biologi(1)

5
1) Terangkan maksud biologi secara saintifik . Berikan lima ciri benda hidup. •Biologi berasal dari bahasa Yunani, iaitu “bios” bererti kehidupdan “logos” bererti ilmu atau kajian. Oleh itu, biologi bermaksud kajian saintifik mengenai kehidupan. •Biologi merupakan bidang yang mengkaji hidupan secara saintifik melalui ciri-ciri daripada segi struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Bidang biologi ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab sepsis wujud, serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling. •Lima ciri hidup seperti: a) Memerlukan makanan dan air untuk hidup . b) Memerlukan udara untuk bernafas. c) Boleh bergerak. d) Boleh membesar . e) Boleh membiak.

Upload: celyn-lee

Post on 12-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

1) Terangkan maksud biologi secara saintifik . Berikan lima ciri benda hidup.Biologi berasal dari bahasa Yunani, iaitu bios bererti kehidupdan logos

bererti ilmu atau kajian. Oleh itu, biologi bermaksud kajian saintifik

mengenai kehidupan.

Biologi merupakan bidang yang mengkaji hidupan secara saintifik melaluiciri-ciri daripada segi struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dantaburan benda hidup. Bidang biologi ini mengelaskan dan menerangkanorganisma, fungsi mereka, cara dan sebab sepsis wujud, serta interaksisesama mereka dan alam sekeliling.

Lima ciri hidup seperti:

a) Memerlukan makanan dan air untuk hidup .b) Memerlukan udara untuk bernafas.c) Boleh bergerak.

d) Boleh membesar .

e) Boleh membiak.

2) Biologi juga merupakan bidang sains yang melibatkan penyiasatan tentang organism hidup .Terangkan kajian yang dilaksanakan khususnya dalam bidang kajian utama biologi .

Kajian biologi bermula dengan mempelajari bagaimana sel-sel dari tubuh

badan kita dan bagaimana mereka berfungsi secara individu serta

bekerjasama untuk menjadikan kita hidup dan sihat. Seterusnya kita akanmemahami bahawa jika sel-sel tersebut tidak dapat berfungsi dengan baikseperti biasa, kita akan sakit.

Biologi juga merangkumi sistem penghadaman (digestive),

pernafasan (respiratory), peredaran darah (circulatory), perkumuhan

(excretory), saraf (nervous), endokrin (endocrine) dan

muskuloskeletal(musculoskeletal) yang menyumbang kepada fungsi sel-sel

kita dan membolehkan kita menjalani kehidupan yang normal.

Kita juga akan mengkaji tentang organismayang berlainan (tumbuh-

tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma) dan bagaimana

mereka bergantung antara satu sama lain dengan cekap menggunakan

sumber-sumber asli yang terdapat di planet kita. Juga kita akan

mempelajari tentang pembiakan organisma (reproduction of organisms),

bagi memastikan bahawa gen-gen akan terus-menerus sampai

kepada generasi akan datang agar sesuatu sepsis itu tidak pupus.

3) Sebagai seorang pendidik , jelaskan ciri-ciri benda hidup di kalangan murid anda .

a) Memerlukan makanan dan air untuk hidup . Benda hidup memerlukan makanan untuk hidup. Manusia makan

nasi, daging dan sayur-sayuran untuk meneruskan kehidupan.

Haiwan mendapat makanan di sekeliling kediaman mereka.

Haiwan yang makan daging sahaja dipanggil karnivior, haiwan yang makantumbuhan sahaja disebut herbivior manakala haiwan yang makan kedua-dua jenis daging dan tumbuhan disebut ombivior. Tumbuhan boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.Sesetengah tumbuhan boleh menyimpan makanan

dalam buah atau akar.

Benda hidup memerlukan air untuk hidup.Manusia memerlukan 8 gelas air setiap hari untuk menjaga kesihatan.

Tumbuhan menggunakan akar untuk menyerap air dari tanah.

b) Memerlukan udara untuk bernafas.

Benda hidup memerlukan udara untuk bernafas. Cara benda hidup bernafasberbeza-beza.i) Manusia mengguanakan paru-paru untuk bernafasii) Katak menggunakan kulit untuk bernafas apabila berada di dalam air dan menggunakan paru-paru untuk bernafas apabila berada di darat.iii) Ikan bernafas menggunakan insangiv) Ketam menggunakan buku paru-paru untuk bernafas

c) Boleh bergerak.Benda hidupdapat bergerak. Mereka bergerak untuk mendapatkan air,makanan, dan tempat tinggal.Kadang-kala benda hidup bergerak untukmelarikan diri daripada bahaya. Hanya sebahagian daripada tumbuhandapat bergerak.Sebagai contoh, daun pokok semalu menguncu papabiladisentuh.d) Boleh membesar .

Hidupan boleh bertumbuh. Manusia membesar daripada peringkat bayikepada peringkat dewasa, begitu juga dengan haiwan iaitu daripadaperingkat anak kepada peringkat dewasa.Apabila manusia membesar, saiz badan dan penampilan juga berubah.Tumbuhan membesar daripadaperingkat anak benih kepada peringkat tumbuhand ewasa.e) Boleh membiak.

Benda hidup boleh membiak untuk mendapatkan anak.Ini adalah untukmemastikan benda hidup tidak mengalami kepupusan.Haiwan membiak melalui dua cara. Iaitu bertelur atau melahirkan anak.