bilangan 1/2013 buletin dalaman jabatan penerangan ... · pdf file6 senarai persaraan anggota...

32
PEMADAH BILANGAN 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak

Upload: truonganh

Post on 31-Jan-2018

310 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH�

Bilangan 1/2013Buletin Dalaman Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak

Page 2: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH �

Dari Meja PengarangPada dasarnya, pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan kesimpulan kepada hasrat rakyat. Terdapat dua objektif utama GTP iaitu pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat. Objektif kedua ialah memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Edisi PEMADAH kembali lagi dengan memaparkan pelbagai peristiwa, program dan aktiviti yang telah dilaksanakan warga Penerangan di peringkat negeri serta jabatan dalam menyokong pelan Transformasi Kerajaan yang sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Warga Penerangan merupakan antara askar di barisan hadapan dalam merealisasikan program transformasi ini. Justeru, kemahiran 4P (pengaturcaraan majlis, penulisan, pidato dan perhubungan awam) di kalangan warga Penerangan harus dipertingkatkan selaras dengan perkembangan sistem pentadbiran berteraskan inovasi dan kreativiti serta ledakan media baru. Media baru merupakan alat yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengutuk dasar kerajaan dan memperkotak-katikkan kepimpinan yang sedia ada. Oleh itu, warga Penerangan dengan kemahiran dan pemikiran intelektual yang dimiliki harus berupaya untuk memberi penjelasan yang tepat dan benar berkaitan dengan sesuatu isu yang melibatkan dasar kerajaan melalui media sosial seperti facebook, twitter, blogs, news portal dan sebagainya. PEMADAH ingin mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kepada semua anggota Jabatan di atas kesungguhan dalam melaksanakan tugas semasa PRU-13. Selamat menjalani ibadah puasa diucapkan kepada semua warga Penerangan yang beragama Islam. Semuga hubungan baik, sikap toleransi dan kerjasama yang terjalin selama ini dikekalkan. Akhir kata, Batang buruk wajar diangkat, kalau tidak jalan tersekat, bekerjasama bermuafakat, agar kerja bertambah berkat.

kandungan2 Dari Meja Pengarang

3 Beri Penjelasan Yang Tepat

4 Jabatan Penerangan Sarawak & Yayasan Media Sarawak Anjurkan Majlis Syarahan Umum

4 Pelancaran Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2013

5 Panel Penilai Bersidang Untuk Memilih Penerima APC

5 Senarai Penerima APC

6 Majlis Persaraan & Perpisahan Anggota 2013

6 Senarai Persaraan Anggota

6 Ketua Cawangan Penerbitan Berpindah Ke Sarikei

7 Lawatan Kerja Pengarah PDN Ke Sarawak

7 Mesyuarat MBJ Bil. 1/2013

8 Jabatan Penerangan Sarawak Buka Pusat Media PRU13

8 Majlis Ramah Tamah Tahun Baru Cina PDN

9 Pameran Raja Kita Di Kota Samarahan

10 Program Jelajah Isu Negeri Sarawak

10 Majlis Makan Malam JPKPKK Sarawak

11 Program ‘Kenali Jiran Kita’ Peringkat Negeri 2013

12 Program Titik Sentuhan Di Rh. Janting, Pakan

12 Program Himpunan Kasih Sayang K1M

13 Program Gemilang Siswa Jati Diri 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013

14 Forum Jati Diri 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak Di Sibu

14 Karnival Jalur Lebar 1Malaysia

15 Karnival Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013

16 Khemah Kerja Kelab 1Malaysia Di Taman Negara Niah

17 Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak

18 Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013

19 Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013

20 - 21 Perhimpunan Bulanan

22 - 23 Pegawai Cemerlang

24 Program Info K1M Di Sematan

24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen Sibuti

25 Program Dialog Setempat Di Kabong

26 Program Gotong-Royong Gemilang Siswa & Komuniti 1Malaysia Telaga Air

27 Ahli Kelab Penerangan Sarawak Sertai 1Million Women & Family Purple Walk

28 Anak Ahli Kelab Penerangan Terima Anugerah

29 - 31 Pertukaran Anggota Jabatan Penerangan Sarawak (Januari - Jun 2013)

32 Tahniah

Pehin Sri Taib menyampaikan syarahan umum.

Page 3: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH�

Ketua Pengarah Penerangan, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman memberitahu bahawa rakyat perlu diberi penjelasan yang tepat dan benar berkaitan isu atau dasar kerajaan bagi mengelak mereka daripada terpengaruh dengan pelbagai tohmahan negatif oleh pihak tidak bertanggungjawab. Jelas beliau, kebebasan bersuara di Internet telah dimanipulasikan sebagai senjata untuk mengutuk kerajaan, dasar serta kepimpinan sedia ada. Kesannya, rakyat menjadi keliru kerana disogokkan dengan pelbagai persepsi negatif terhadap kerajaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya di media

siber. Justeru, rakyat perlu diberi penjelasan tepat dan benar berkaitan sesuatu isu atau dasar kerajaan menerusi program-program yang berteraskan komunikasi bersemuka bagi menyebarkan maklumat dan mendapatkan input daripada rakyat khususnya di negeri ini. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Syarahan Umum ‘Sarawak Selepas Hari Ini, Cabaran dan Peluang’ yang berlangsung di

Hotel Pullman, Kuching pada 11 Mac 2013. Majlis dianjurkan Jabatan Penerangan Sarawak dengan kerjasama Yayasan Media Sarawak sempena Sambutan Perayaan 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia. Tambah Dato’ Haji Ibrahim, Jabatan Penerangan Malaysia selaku agensi pemasaran maklumat kerajaan sentiasa mencari pendekatan terbaik dalam memasarkan dasar-dasar kerajaan, mendengar nadi rakyat melalui reaksi dan pandangan rakyat terhadap kerajaan. “Program ini dilaksanakan sebagai salah satu mekanisme Jabatan Penerangan Malaysia dalam menyediakan platform bagi membincangkan isu-isu berkaitan rakyat dan kerajaan khususnya di negeri ini,” ujar beliau. “Ia penting kerana sebahagian besar masyarakat hari ini lebih bergantung kepada maklumat di Internet khususnya di laman-laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog, News Portal dan banyak lagi,” tambah beliau. Di majlis itu, Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah menyampaikan syarahan tentang peluang-peluang dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi negeri ini dalam beberapa tahun mendatang, dengan mengambil kira perubahan landskap sosio-ekonomi dan impak globalisasi. Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, barisan kabinet negeri, ahli-ahli DUN, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad. Sesi dialog turut diadakan bagi mengupas isu dan dasar kerajaan oleh tiga ahli panel iaitu Pengarah Unit Perancangan Negeri, Datu Ismawi Ismuni, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr. Neilson Ilan Mersat serta Peguam Kanan, Encik Sunny Si dan dipengerusikan oleh Pengerusi Yayasan Media Sarawak, Encik Toman Mamora. Majlis tersebut telah dihadiri lebih 300 peserta terdiri daripada ahli-ahli akademik kanan, ketua-ketua pertubuhan bukan kerajaan, ketua-ketua eksekutif daripada industri, ahli-ahli kanan badan profesional, ahli-ahli politik, ketua-ketua jabatan kerajaan, ahli-ahli media dan ketua-ketua badan agama.

Beri PenjelasanYang Tepat : Dato’ KP

Pehin Sri Taib menurunkan tandatangan di buku pelawat selepas melawat pameran disaksikan (dari kiri), Encik Zaini, Datuk Patinggi Jabu dan Dato’ Haji Ibrahim.

Pehin Sri Taib menyampaikan syarahan umum.

Pehin Sri Taib menerima cenderamata daripada Dato’ Haji Ibrahim.

Pehin Sri Taib (kanan) tertarik melihat gambar yang memaparkan aktiviti-aktiviti beliau sepanjang menjawat jawatan Ketua Menteri. Turut kelihatan Datuk Patinggi Jabu (kiri) dan Dato’ Haji Ibrahim (kedua dari kiri).

Page 4: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH �

Jabatan Penerangan Sarawak Dan Yayasan Media Sarawak Anjurkan Majlis Syarahan UmumJabatan Penerangan Sarawak dengan kerjasama Yayasan Media Sarawak telah menganjurkan Majlis Syarahan Umum pada 11 Mac 2013 bertempat di Hotel Pullman, Kuching. Di majlis yang julung kali diadakan itu, Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah dijemput untuk menyampaikan syarahan bertajuk ‘Sarawak Selepas Hari Ini, Cabaran dan Peluang’, berkisar tentang peluang-peluang dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi negeri ini dalam beberapa tahun mendatang, dengan mengambil kira perubahan landskap sosio-ekonomi dan impak globalisasi. Majlis tersebut telah dihadiri lebih 300 peserta terdiri daripada ahli-ahli akademik kanan, ketua-ketua pertubuhan bukan kerajaan, ketua-ketua eksekutif daripada industri, ahli-ahli kanan badan profesional, ahli-ahli politik, ketua-ketua jabatan kerajaan, ahli-ahli media dan ketua-ketua badan agama. Program itu disusuli sesi dialog di mana para peserta berpeluang mengemukakan soalan dan mendapat penjelasan berhubung isu-isu berkaitan. Terdahulu, pada 6 Mac 2013, satu rombongan yang diketuai Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad telah mengadakan kunjungan ke atas Ketua Menteri di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, Kuching. Turut serta bagi menyampaikan taklimat berhubung program berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah (KPP), Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Encik Samuel Simon dan KPP, Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Encik Ambrose Cheng Loi Hee dan Pengerusi Yayasan Media Sarawak, Encik Toman Mamora.

Encik Zaini menyampaikan taklimat ringkas kepada Pehin Sri Taib tentang Program syarahan umum.

Pehin Sri Taib (kedua dari kanan) merakam gambar kenangan bersama (dari kiri) Encik Toman, Encik Samuel, Encik Zaini dan Encik Ambrose Cheng.

Pelancaran Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan �0��

Pada tahun ini, Jabatan Penerangan Sarawak sekali lagi mengelolakan Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan untuk tahun 2013. Peraduan kali ke-22, lebih istimewa kerana

memberi fokus kepada Sambutan 50 Tahun Sarawak Dalam Malaysia. Pelancaran peraduan telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad pada Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Penerangan Negeri di Jalan Bako, pada 30 April 2013. “Sebagai salah satu program sambutan, tajuk-tajuk esei berkisar kepada kejayaan ekonomi, sejarah, bendera negeri, masyarakat majmuk dan masa hadapan negeri Sarawak,” kata Encik Zaini dalam ucapan pelancaran beliau. Sarawak mencapai kemerdekaan dari pemerintahan British pada 22 Julai 1963 dan tiga bulan selepas itu pada 16 September 1963, Sarawak bersama Malaya, Sabah dan Singapura (tarik diri pada 1965) membentuk Malaysia. Peraduan ini dibahagikan kepada kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Bahasa Iban dan penyertaan dibahagikan kepada kategori orang awam dan pelajar sekolah menengah atas. Tarikh tutup telah ditetapkan pada 31 Julai 2013. Pada tahun lepas, sejumlah 447 penyertaan telah diterima daripada orang awam dan pelajar sekolah.

Encik Zaini (kedua dari kiri) bersama Ketua-ketua Penolong Pengarah dan anggota Bahagian Penerbitan Dasar Negara menunjukkan isyarat ‘bagus’ selepas upacara pelancaran.

Page 5: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH�

Panel Penilai Bersidang Untuk Memilih Penerima APCPada 25 Mac 2013, Panel Penilai Prestasi telah bersidang untuk memilih penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Penerangan Malaysia bagi Tahun 2012. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Penerangan Negeri dan dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad dan dihadiri Ketua-Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian. Panel ini menentukan bahawa anggota yang dicalonkan benar-benar layak bagi menerima APC. APC adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan

Encik Zaini (tengah) sedang mempengerusikan mesyuarat Panel Penilai bagi memilih penerima APC, Jabatan Penerangan Sarawak Tahun 2012.

lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi. Penerima APC akan menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan Hadiah Prestasi sebanyak RM1000.00.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012Bil. Nama Jawatan Tempat Bertugas1. Zaini bin Mohamad Pegawai Penerangan S48 Ibupejabat Penerangan Negeri Sarawak2. Wasrin bin Jakaria Pegawai Penerangan S44 Pejabat Penerangan Bahagian, Sibu/Mukah3. Donny Minggu Ling Pembantu Penerangan S17 Pejabat Penerangan Daerah, Julau4. Jamilah binti Buji Pen. Peg. Penerangan S27 Ibupejabat Penerangan Negeri (PKPM)5. Sumardi bin Sugiman Pen. Peg. Penerangan S27 Pejabat Penerangan Daerah, Lundu6. Joseph anak James Pen. Peg. Penerangan S32 Pejabat Penerangan Daerah Marudi7. Salinah binti Salleh Pen. Peg. Penerangan S32 Pejabat Penerangan Daerah, Serian8. Awang Asmanizam bin Awg. Ahmad Dawi Pembantu Penerangan S17 Pejabat Penerangan Daerah, Sarikei9. Mohamad Azuel Abdullah Pen. Peg. Penerangan S27 Pejabat Penerangan Daerah, Betong

10. Wiazmi Bin Sepawi Juruteknik J22 Ibupejabat Penerangan Negeri (KPK)11. Jackson Tan Pembantu Tadbir (Kew.) W17 Ibupejabat Penerangan Negeri (KPK)12. Jamali bin Daud Pekerja Awam Rendah R1 Pejabat Penerangan Daerah, Sarikei13. Norhayati binti Mohammad Pembantu Tadbir (P/O) N17 Pejabat Penerangan Bahagian, Sarikei14. Edward Kelupang Pembantu Tadbir (P/O) N17 Pejabat Penerangan Bahagian, Sibu/Mukah15. Mulyani binti Nong Che’ Pen. Peg. Penerangan S27 Ibupejabat Penerangan Negeri (MKK)16. Iswandi bin Ismail Pekerja Awam Rendah R3 Ibupejabat Penerangan Negeri (PDN)17. Priscilla Khaty anak Paul Kapa Pembantu Penerangan S17 Pejabat Penerangan Daerah, Limbang18. Soprin bin Mairat Pekerja Awam Rendah R3 Ibupejabat Penerangan Negeri (PDN)19. Azmi bin Jarawi Kelasi/Jurumudi A1 Pejabat Penerangan Daerah, Sibu20. Chan Suk Leng Pembantu Penerangan S17 Pejabat Penerangan Daerah, Sibu21. Rudy bin Jaya Pembantu Penerangan S17 Pejabat Penerangan Daerah, Bintulu22. Shukor bin Mohamad Amit Kelasi/Jurumudi A1 Pejabat Penerangan Daerah, Lundu23. Fadil bin Sulaiman Juruaudio Visual N17 Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman24. Rohani binti Kassiran Pembantu Tadbir (P/O) N17 Ibupejabat Penerangan Negeri (PDN)25. Awang Othman bin Awang Bujang Kelasi/Jurumudi A1 Pejabat Penerangan Daerah, Sarikei26. Mohammad Khairuddin Tham bin Abdullah Pen. Peg. Penerangan S27 Ibupejabat Penerangan Negeri (MKK)27. Nicholas anak Patrick Dabot Pembantu Penerangan S17 Pejabat Penerangan Daerah, Kuching28. Idi bin Bujang Kelasi/Jurumudi A1 Pejabat Penerangan Daerah, Marudi29. Raszina anak Kawie Pembantu Penerangan S17 Pejabat Penerangan Daerah, Kuching30. Sere’e bin Sapiee Artis Budaya B17 Ibupejabat Penerangan Negeri (PKPM)31. Wong Leh Hee Pembantu Laut A17 Pejabat Penerangan Daerah, Meradong32. Awang Mohd. Khairul bin Awang Othman Pereka B22 Ibupejabat Penerangan Negeri (KVS)33. Sabtuyah binti Haji Umar Pembantu Tadbir (KES) N27 Ibupejabat Penerangan Negeri (KPK)34. Nazarni bin Salleh Pekerja Awam Rendah R6 Pejabat Penerangan Daerah, Niah35. Edward Dolman anak Adrian Suji Juruteknik J22 Ibupejabat Penerangan Negeri (KPK)

Page 6: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH �

Majlis Persaraan DanPerpisahan Anggota �0��Majlis Persaraan dan Perpisahan Anggota, Jabatan Penerangan Sarawak 2013, telah berlangsung di Hotel Grand Margherita, Kuching pada 29 April 2013. Di majlis tersebut, tiga orang pegawai dan anggota yang bersara pada tahun 2013 telah diraikan. Mereka terdiri daripada mantan Pemangku Ketua Penolong Pengarah (KPP) Komunikasi Visual dan Seni Reka (KVS), Puan Nor Aini Basri, Jurufoto, Haji Hafaz Suni dari Cawangan Foto dan Encik Quek Han Boon dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (KPK). Majlis tersebut turut meraikan pegawai serta anggota yang berpindah tempat bertugas. Mereka yang terlibat ialah Encik Salehuddin Klewan dan Puan Mazuriwati Ahmad dari Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM). Encik Salehuddin berpindah ke Kolej Komuniti, Segamat, Johor Darul Takzim manakala Puan Mazuriwati berpindah ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Puan Fazalina Bojeng, Pembantu Tadbir di Bahagian KPK, berpindah ke Jabatan Penyiaran (RTM), Kuching apabila dinaikkan pangkat dari Gred N17 ke Gred N22. Majlis turut dihadiri Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad, Ketua-Ketua Penolong Pengarah serta pegawai dan anggota Jabatan Penerangan Sarawak.

Keterangan gambar:

1. Puan Nor Aini menerima cenderamata daripada Encik Zaini.

2. Haji Hafaz yang bersara wajib menerima cenderamata daripada Encik Zaini.

3. & 4. Encik Salehuddin dan Puan Mazuriwati menerima cenderamata daripada Encik Zaini.

5. Puan Fazarina yang berpindah ke RTM menerima cenderamata daripada Encik Zaini.

1

5

Persaraan

Bil. Nama Pegawai JawatanBahagian/ Pejabat

AsalJenis

PersaraanTarikh

Kuatkuasa1 Cheng Ing Sing Pembantu Penerangan S22 PPB Kuching Pilihan 1.1.20132 Hafaz bin Suni Jurufoto B22 KVS Wajib 9.1.20133 Nor Aini binti Basri Pereka S41 KVS Pilihan 22.4.20134 Quek Han Boon Pembantu Tadbir N26 KPK Wajib 22.5.20135 Mathew @ Eric Junit Pemandu R6 PPB Sri Aman Wajib 30.7.2013

KC Penerbitan Berpindah Ke SarikeiKetua Cawangan Penerbitan, Bahagian Penerbitan Dasar Negara (PDN), Puan Normala Juatan, telah berpindah ke Pejabat Penerangan Bahagian Sarikei selaku Pegawai Penerangan Bahagian mulai 27 Mei 2013, setelah ditangguhkan selepas Pilihan Raya Parlimen Ketigabelas. Puan Normala telah bertugas sebagai Ketua Cawangan Penerbitan di bahagian PDN sejak 17 Januari 2011. Sebelum ini,

beliau berkhidmat di Bahagian Media dan Komunikasi Korporat. Sepanjang mengetuai Cawangan Penerbitan,

beliau begitu komited melaksanakan tugas yang diamanahkan dan menunjukkan ciri kepimpinan beliau ketika menerajui cawangan ini. Pada 23 Mei 2013, bertempat di Pejabat Bahagian Penerbitan Dasar Negara (PDN) di Ibu Pejabat Penerangan Negeri di Jalan Bako, telah berlangsung Majlis Penghargaan untuk Puan Normala. Majlis telah dihadiri Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Encik Ambrose Cheng Loi Hee, Ketua Cawangan Pengurusan Maklumat, Puan Normah Ja’afar dan anggota bahagian PDN. Bagi anggota PDN khususnya di Cawangan Penerbitan meskipun berat melepaskan beliau, seluruh anggota mengucapkan terima kasih kepada Puan Normala atas khidmat dan sumbangan beliau, semoga beliau akan lebih berjaya di tempat baharu.

Page 7: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH�

Lawatan Kerja Pengarah PDN Ke SarawakPada 20 hingga 21 Januari 2013, Pengarah Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Datin Hajah Omi Habibah Shariff telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Penerangan Sarawak. Turut serta ialah timbalan beliau, Haji Shaari Idris dan dua orang pegawai iaitu Puan Norhazuren Halid serta Puan Norlida Ibrahim. Dalam kunjungan singkat di Sarawak, beliau telah mengadakan perjumpaan bersama pegawai dan anggota Bahagian Penerbitan Dasar Negara (PDN), Jabatan Penerangan Sarawak. Beliau yang akan bersara wajib, telah berkesempatan menyampaikan amanat dan berkongsi pengalaman sepanjang menerajui Bahagian PDN dengan anggota-anggota di sini. Majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Ibupejabat Penerangan Negeri pada 21 Januari 2013, turut dihadiri Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad.

Datin Omi (tengah) di Majlis Perjumpaan bersama pegawai dan anggota Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Sarawak.

Datin Omi (hadapan) melawat ke Bahagian PDN, Sarawak.

Encik Zaini menyampaikan cenderamata kenangan kepada Datin Omi.Datin Omi (duduk, kedua dari kiri), Haji Shaari, Encik Zaini dan Encik Ambrose Cheng merakam gambar bersama anggota PDN, Sarawak.

Mesyuarat MBJ Bil. �/�0��Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.1/2013 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, di Pejabat Penerangan Bahagian Kuching/Samarahan pada 14 Mac 2103. Mesyuarat telah dihadiri Ketua-Ketua Penolong Pengarah Bahagian dan wakil-wakil pekerja pelbagai kategori dan gred jawatan. Pada mesyuarat tersebut, Pegawai Penerangan Bahagian Limbang, Encik Mohamad Azlan Charles Abdullah telah dipilih sebagai Pengerusi Wakil Pekerja manakala Puan Habibah Mansor selaku Setiausaha Wakil Pekerja untuk Jabatan Penerangan Sarawak. Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi. Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih

menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif. Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

Page 8: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH �

Bagi menyediakan kemudahan kepada wartawan untuk membuat liputan dan mendapat informasi terkini sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Jabatan Penerangan Sarawak dengan kerjsama Jabatan Penyiaran (RTM) telah membuka Pusat Media PRU13. Bertempat di Auditorium Kecil RTM, Kuching, pusat media ini dibuka pada 18 April hingga 5 Mei 2013, beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam. Lokasi yang sama telah digunakan sebagai pusat media pada Pilihan Raya Negeri pada tahun 2011. Pusat ini dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk ruang sidang media, komputer dengan akses Internet, WiFi, telefon dan mesin faks, maklumat proses pilihan raya di Malaysia, profil dan peta kawasan-kawasan Parlimen di Sarawak. Selain itu, wakil media juga boleh mendapatkan biodata penyandang kerusi Parlimen, keputusan Pilihan Raya Negeri Ke-10 2011, daftar pemilih terkini setakat Disember 2012 yang diwartakan pada 22 Februari 2013. Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi, nama pegawai pengurus kawasan Parlimen, nota kepada pengarang dan siaran media daripada Jabatan Penerangan, antara kemudahan yang turut disediakan. Pusat media ini dikendalikan oleh anggota Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (MKK) dan turut dibantu beberapa anggota dari bahagian lain. Pada 19 April 2013, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri, Datu Haji Takun Sunggah yang diiringi Pemangku Pengarah Penerangan Sarawak, Encik Zaini Mohamad telah mengadakan lawatan ke pusat

Jabatan Penerangan Sarawak Buka Pusat Media PRU��

Pada 28 Februari 2013, telah berlangsung Majlis Ramah Tamah Tahun Baru Cina yang dianjurkan Bahagian Penerbitan Dasar Negara (PDN) bertempat di Pejabat PDN. Selain bermatlamat mengeratkan silaturahim sesama anggota, majlis turut meraikan perpisahan tiga orang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor yang telah menjalani latihan praktikal di Jabatan Penerangan Sarawak. Pelajar berkenaan terdiri daripada Cik Azimah Mohd. Zainuddin dan Encik Mohd. Asri Asmadi, pelajar Jurusan Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka manakala Muhd. Muiz Pauzi, pelajar Jurusan Sarjana Muda Seni Lukis dan Foto Media Kreatif, menjalani latihan mulai 22 Januari hingga 03 Mac 2013. Cik Azimah telah ditempatkan di Bahagian PDN sementara Encik Mohd. Asri dan Muhd. Muiz di Bahagian Komunikasai Visual dan Seni Reka. Majlis telah dihadiri Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Encik Ambrose Cheng Loi Hee, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, pegawai-pegawai serta anggota Bahagian Penerbitan Dasar Negara.

Majlis Ramah Tamah Tahun Baru Cina PDN

media tersebut bagi melihat sendiri kemudahan yang disediakan. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Kejuruteraan TV RTM, Encik Ahmad Razally dan Ketua Penolong Pengarah MKK, Encik Samuel Simon.

Encik Zaini (kedua dari kanan) dan Encik Samuel (kanan) mengiringi Datu Haji Takun meninjau dan melihat sendiri kemudahan yang disediakan kepada wakil media di Pusat Media PRU13 di Auditorium Kecil, RTM Kuching.

Pegawai dan anggota yang mengendalikan Pusat Media PRU13 merakam gambar bersama Encik Samuel (duduk, tengah).

Page 9: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH�

Bersempena Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV Peringkat Negeri 2013 yang berlangsung pada 1 Jun 2013 di Kota Samarahan, Jabatan Penerangan Sarawak telah mengadakan ‘Pameran Raja Kita’ bertempat di Dewan Suarah, Kota Samarahan. Pameran itu diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan kepada masyarakat tentang peranan dan kedudukan Institusi Raja dan konsep Raja Berperlembagaan dalam sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Ia memaparkan sejarah dan warisan Agong dari yang pertama hingga ke-14 sekarang.

Para pengunjung boleh menyaksikan pelbagai gambar dan maklumat berkaitan institusi beraja negara dan berlangsung mulai 1 hingga 3 Jun 2013, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara gambar lain yang dipamerkan ialah berkaitan institusi beraja termasuk pakaian, peralatan, anugerah, nobat, bendera dan aktiviti

Yang di-Pertuan Agong di dalam serta luar negara. Pameran itu diadakan secara bersegmen bermula dari sejarah dan latar belakang raja, aktiviti dan majlis pelantikan dua tahun lepas. Gambar pelbagai aktiviti Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin juga dipaparkan.Perasmian pameran pada 1 Jun 2013, telah disempurnakan oleh Tun Salahahuddin yang turut dihadiri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Raghad Kurdi Taib. Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang serta isteri Dato Sri Empiang Jabu, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad. Sementara itu, pengunjung ke-100, 300, 500 dan 1,000 berpeluang memenangi hadiah, begitu juga pengunjung yang menyertai kuiz turut diberikan hadiah.

Tun Salahuddin yang diiringi Encik Zaini melawat pameran.

Encik Zaini menerangkan mengenai replika tengkolok, salah satu daripada pakaian kebesaran Yang di-Pertuan Agong.

Tun Salahuddin menangani plak perasmian sambil disaksikan (dari kanan) Pehin Sri Taib, Encik Zaini dan Dato Sri Michael Manyin.

Tun Salahuddin menerima cenderamata berupa sebuah lukisan wajah beliau daripada Encik Zaini. Turut kelihatan (dari kanan) Toh Puan Hajah Norkiah, Puan Sri Raghad, Pehin Sri Taib dan Dato Sri Michael Manyin.

Page 10: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH �0

Program Jelajah Isu Negeri SarawakProgram Jelajah Isu Negeri Sarawak telah berlangsung pada 31 Januari 2013 bertempat di Meritz Hotel, Miri. Program telah dihadiri para pegawai serta anggota jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Sarawak dan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf, Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Penerangan (Penerangan Strategik), Datuk Hajah Poziah Abd Rahman.

Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf menyampaikan ucaptama.

Majlis Makan Malam JPKPKK

Majlis Makan Malam JPKPKK Sarawak telah diadakan pada 1 Februari 2013 bertempat di Merizt Hotel, Miri. Majlis telah dihadiri pegawai serta anggota Jabatan Penerangan Sarawak serta ahli-ahli JPKPKK Sarawak. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Tenaga, Hijau Teknologi dan Air, Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui.

Mengikuti taklimat dari penceramah jemputan

Encik Zaini Mohamad menyampaikan cenderamata kepada Dato’ Sri Peter Chin.

Persembahan dari kakitangan Jabatan.

Sebahagian anggota yang hadir.

Page 11: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH��

Program ‘Kenali Jiran Kita’ Peringkat Negeri Sarawak 2013 telah berlangsung pada 15 hingga 16 Februari 2013 bertempat di Kampung Kolong 1, Matang, Kuching. Program ini merupakan sebahagian daripada program Jabatan Penerangan Malaysia di bawah Komuniti 1Malaysia (K1M) dan dianjurkan Jabatan Penerangan Sarawak dengan kerjasama K1M Kawasan Kolong 1, Taman Malihah dan Taman Allamanda Indah. Perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Haji Fadillah Haji Yusof pada 16 Februari 2013 dan dihadiri lebih 500 orang penduduk Taman Alamanda Indah, Taman Malihah dan Kolong 1 serta penduduk kawasan sekitar. P e n g a n j u r a n n y a bermatlamat merapatkan lagi perpaduan rakyat pelbagai kaum, memupuk budaya hormat-menghormati dan berbudi bahasa dalam kehidupan berjiran, mengeratkan semangat kejiranan yang secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat saling bantu-membantu dalam kalangan masyarakat. Selain itu, ia menggalakkan penglibatan masyarakat dalam program dan aktiviti kerajaan. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang dua hari tersebut termasuk majlis ceramah agama, pertandingan futsal, pertandingan masakan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan nyanyian karaoke, kerja gotong-royong dan penyampaian sumbangan titik sentuhan. Hadir sama pada perasmian program tersebut ialah wakil Pengarah Penerangan Negeri, Encik Abdul Taib Abdillah, Pengerusi K1M Kolong 1, Taman Malihah dan Taman Allamanda Indah, Encik Ahmad Haji Nahap.

Datuk Haji Fadillah (keempat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima.

Datuk Haji Fadillah (kiri) bersama-sama ahli jawatankuasa program, berbasikal untuk menyampaikan sumbangan titik sentuhan kepada penerima di Kolong 1, Matang.

Datuk Haji Fadillah menyampaikan ucapan sempena perasmian program tersebut.

Page 12: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH ��

Program‘Titik Sentuhan’Di Rh. Janting,PakanProgram ‘Titik Sentuhan’ anjuran Jabatan Penerangan Sarikei telah berlangsung di Rumah Panjang Janting, Lemujan, Pakan pada 21 Februari 2013. Program tersebut telah dirasmikan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum. Turut serta dalam program ini ialah Timbalan Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad bersama anggota jabatan. Datuk Joseph Salang bersama anggota jabatan telah melaksanakan kerja membaik pulih Rh. Janting.

Datuk Joseph Salang menyempurnakan perasmian Program ‘Titik Sentuhan’ di Rh Janting , Lemujan Pakan.

Program Himpunan Kasih Sayang K�M

Program Himpunan Kasih Sayang, Komuniti 1Malaysia (K1M) telah berlangsung mulai 23 hingga 24 Februari 2013 bertempat di Rh. Sedau anak MgPali, Pakan. Pelbagai acara telah diadakan termasuk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan nyanyian karaoke, acara sukaneka K1M Daerah Julau dan Pakan, ceramah dari Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan serta pameran dari Jabatan Arkib, Telekom dan Jabatan Kesihatan. Turut diadakan ialah ‘Program Titik Sentuhan’ dengan penyerahan kerusi roda dan tongkat kepada

golongan kurang berkemampuan. Selain itu, sumbangan barangan makanan turut disampaikan kepada ibu tunggal yang kurang berkemampuan. Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad serta anggota jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Sarawak.

Datuk Joseph Salang menyerahkan bantuan kerusi roda kepada penerima.

Page 13: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH��

Program Gemilang Siswa Jati Diri �Malaysia Peringkat Negeri Sarawak �0��

Program Gemilang Siswa Jati Diri 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013 telah berlangsung pada 2 Mac 2013 bertempat di Dewan Serbaguna, Politeknik Kuching. Program ini dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Gabungan Pesatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Berita Harian. Program ini dikelolakan dua kali setahun di setiap negeri, bermatlamat untuk memupuk semangat perpaduan, jati diri, patriotisme, progresif dan berdaya saing serta adil berteraskan gagasan 1Malaysia dan Rukun Negara. Pengisian program ini ialah sesi forum yang menampilkan ahli panel yang terdiri daripada Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Madya Haji Mohammad Yusof, Ketua Biro Media dan Perhubungan GAPENA, Haji Borhan Md. Zain serta Pensyarah Fakulti Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Dr. Abang Zainoren Abang Abdurahman. Perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Di majlis itu, lima orang pelajar Politeknik yang cemerlang dalam bidang akademik telah menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad. Sepanjang program, pameran juga telah diadakan yang melibatkan Jabatan Penerangan Sarawak, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Arkib Negara. Program ini telah dihadiri lebih 500 peserta terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua

masyarakat, pelajar-pelajar Politeknik Kuching, ahli-ahli Komuniti 1Malaysia dan masyarakat setempat. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Kuching, Puan Shamsuria Mohamad Ariffin serta ketua-ketua jabatan dan agensi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Sarawak.

Datuk Dr. Wan Junaidi (kanan) menerima cenderamata daripada

Encik Zaini (kiri).

Salah seorang pelajar Politeknik menerima sumbangan daripada Encik Zaini (kiri).

Sebahagian pelajar Politeknik Kuching yang hadir

pada sesi forum.

Ahli panel forum, Dr. Abang Zainoren (kanan), Haji Borhan (kedua dari kanan) dan Professor Madya Haji Mohammad Yusof (kedua dari kiri).

Page 14: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH ��

Forum Jati Diri �Malaysia Peringkat Negeri Sarawak �0�� Di SibuForum Jati Diri 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Gabungan Pesatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Berita Harian telah berlangsung di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC), Kampung Bandung, Sibu pada 10 Mac 2013. Program ini dianjurkan untuk kali kedua selepas penganjuran program serupa di Politeknik Kuching pada 2 Mac 2013. Forum kali ini menampilkan ahli panel terdiri daripada Ketua Eksekutif, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Professor Madya Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Ketua Biro Media dan Perhubungan GAPENA, Haji Borhan Md. Zain dan Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Polis (ACP) Shafiee Ismail. Perasmian penutupan program telah disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nasar dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, Dr. Annuar Rapaie, Pemangku Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Encik Zaini Mohamad, Ketua Staff Markas 9 Briged, Leftenan Kolonel Kamarulzaman Mohd Adeni, Temengong Vincent Lau Lee Ming, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Junaco, Sibu.

Dari kiri, Lt. Kol. Kamarulzaman, Encik Zaini, Datuk Amar Asfia, Dr. Annuar dan Temenggong Vincent Lau menyaksikan sesi perbincangan forum.

Dr. Annuar (kanan) yang turut hadir menerima cenderamata daripada Encik Zaini disaksikan Datuk Amar Asfia (kiri).

Pelatih-pelatih PLKN yang hadir di Majlis Forum Jati Diri 1Malaysia.

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia telah diadakan pada 1 hingga 2 Februari 2013 bertempat di Pekarangan Permy Mall, Miri. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk seperti gerai pameran dan jualan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Jabatan Penerangan Sarawak juga tidak ketinggalan menyertai pameran tersebut.

Page 15: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH��

Karnival Komuniti �Malaysia Peringkat Negeri Sarawak �0��Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Sarawak 2013 telah berlangsung di Halaman Samarahan, Kota Samarahan mulai 5 hingga 7 April 2013. Program tiga hari ini melibatkan lebih 4,500 orang pengunjung yang terdiri daripada ahli-ahli K1M sekitar bahagian Samarahan dan Kuching serta penduduk setempat yang sama-sama mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuk gerai jualan, pameran dan acara sukan serta permainan. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Belia Sarawak, Haji Abdul Karim Haji Rahman Hamzah pada 6 April 2013. dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Sri Mohammad Ali Mahmud, ADUN Sadong Jaya, Encik Aidel Lariwoo, Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Moyhamad, wakil Residen Samarahan, Pegawai Daerah Kota Samarahan dan Pegawai Daerah Asajaya. Aktiviti kemasyarakatan turut diadakan, melibatkan pemberian sumbangan kepada golongan ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan. Bantuan berbentuk wang tunai dan sumbangan barangan makanan telah disampaikan oleh Haji Abdul Karim Haji Rahman Hamzah. Selain itu, sebuah rumah di Kampung Tanjung Bundong telah dibaikpulih semasa program gotong-royong Sukarelawan K1M yang dirasmikan oleh Dato Sri Haji Mohammad Ali Mahmud. Sepanjang program tiga hari itu, gerai dan jualan pameran telah diadakan yang melibatkan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Negeri Sarawak. Turut sama ialah agensi perbankan, syarikat swasta, pertubuhan dan ahli-ahli Komuniti 1Malaysia.

Ketibaan Haji Abdul Karim yang diringi Encik Zaini disambut oleh ahli-ahli Komuniti 1Malaysia.

Haji Abdul Karim melawat ke gerai jualan dan pameran.

Haji Abdul Karim menerima cenderamata daripada Encik Zaini.

Haji Abdul Karim menghulurkan sumbangan untuk Tabung Wira

Lahad Datu.Tidak ketinggalan acara bermukun untuk hiburan pengunjung

Karnival Komuniti 1Malaysia.

Page 16: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH ��

Khemah Kerja Kelab �Malaysia Di Taman Negara NiahKhemah Kerja Kelab 1Malaysia Bil.1/2013 anjuran Jabatan Penerangan Sarawak telah berlangsung mulai 17 hingga 19 Mei 2013 bertempat di Taman Negara Niah, Miri. Program ini disertai 103 ahli Kelab 1Malaysia serta 11 orang Guru Penyelaras daripada sekolah-sekolah dari Bahagian Bintulu, Miri dan Limbang. Sekolah-sekolah terlibat termasuk Kolej Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Miri, SJKC Chung Hua Miri, SMK Telang Usan Miri, SMK Limbang, SMK Mendamit Limbang, SMK Belaga, SMK Asyakirin Bintulu, SMK Sebauh Bintulu, SJKC Chung Hua Bintulu, SMK Trusan Lawas dan SMK Merapok, Lawas. Penganjuran program tahunan ini, antara lain bermatlamat menyemai dan meningkatkan semangat patriotik di kalangan ahli-ahli kelab. Sepanjang tiga hari program tersebut, para peserta telah mengikuti sesi ceramah Penghayatan 1Malaysia dan Rukun Negara, ceramah ‘Klik Dengan Bijak’ oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, latihan dalam kumpulan serta lawatan sambil belajar ke Gua Niah. Perasmian penutupan dan penyampaian sijil pada 19 Mei 2013, telah disempurnakan Timbalan Residen Bahagian Miri, Encik Abdul Aziz Haji Mohamad Yusuf yang mewakili Residen Bahagian Miri. Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan, Encik Zaini Mohamad ketika berucap memuji penglibatan aktif para peserta dalam aktiviti yang diadakan.

Melalui penyertaan dalam program ini, beliau berharap para pelajar akan lebih memahami mengenai semangat cintakan negara dan pentingya semangat patriotik. Majlis turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Encik Helmy Hamid, KPP Media dan Komunikasi Korporat, Encik Samuel Simon dan Pegawai Penerangan Bahagian Miri/Bintulu, Encik Aziz Abdul Rahman.

Encik Abdul Aziz (duduk, tengah) merakam gambar bersama peserta Khemah Kerja Kelab 1Malaysia Bil.1/2013.

Encik Zaini menyampaikan cenderamata kepada Encik Abdul Aziz

(tengah) sambil disaksikan tetamu yang lain.

Encik Abdul Aziz (ketiga dari kiri) menyampaikan Sijil Penyertaan kepada guru pengiring.

Page 17: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH��

Pertandingan Pidato �Malaysia Peringkat Negeri Sarawak �0��Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013, menyaksikan penyertaan seramai tujuh orang peserta yang mewakili bahagian masing-masing bagi merebut gelaran johan dan seterusnya membawa cabaran negeri Sarawak di peringkat kebangsaan. Mereka terdiri daripada Encik Arman Sahari mewakili Bahagian Sibu/Mukah, Encik Zaini Bilong (Limbang), Dr. Mary Chalang (Miri/Bintulu), Cik Nor Haniza Hanapi (Sarikei), Encik Sulaihi Yahya (Sri Aman/Betong), Encik Nik Mat Pelet (Kapit) dan Encik Sila Robin (Kuching/Samarahan). Pertandingan peringkat saringan bagi memilih tiga peserta yang layak ke peringkat akhir telah berlangsung pada 22 Mei 2013, di Ibu Pejabat Penerangan Negeri di Jalan Bako, Kuching. Tiga peserta iaitu Dr. Mary Chalang, Encik Sila Robin dan Cik Nor Haniza Hanapi telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013, yang diadakan pada 23 Mei 2013 bertempat di Auditorium P. Ramlee, RTM Kuching. Hadir bagi menyempurnakan perasmian dan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan. Pada pertandingan akhir, Cik Norhaniza Hanafi, 19, mewakili Bahagian Sarikei telah muncul johan. Pegawai Pengirian, Dr. Mary Chalang, wakil Miri/Bintulu, naib johan dan Encik Sila Robin (Kuching/Samarahan) di tempat ketiga. Johan menerima wang tunai RM1,500, Piala Exco Penerangan Negeri dan piala iringan, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima RM1,000 dan RM500 berserta piala dan sijil penyertaan. Majlis turut dihadiri Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Datuk Dr. Stephen Rundi Utom, Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad, Pengarah RTM Sarawak, Puan Salmah Ibrahim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Encik Hassan Busu.

Dr. Mary Chalang

Encik Sila Robin

Cik Norhaniza

Peserta Pertandingan Pidato 1Malaysia 2013 Peringkat Negeri Sarawak merakam gambar kenangan bersama Datuk Amar Haji Awang Tengah. Turut kelihatan (dari kiri), Puan Salmah, Datuk Dr. Stephen Rundi, Encik Zaini dan Encik Hasan.

Encik Zaini menyampaikan cenderamata kepada Encik Abdul Aziz

(tengah) sambil disaksikan tetamu yang lain.

Page 18: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH ��

Pengisahan Kenegaraan �Malaysia Peringkat Negeri Sarawak �0��Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013 telah berlangsung di Dewan Sri Gading, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu pada 25 Jun 2013. Bertemakan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, penganjuran pertandingan ini bermatlamat untuk menggalakkan masyarakat untuk menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai peristiwa bersejarah, tokoh-tokoh yang telah diiktiraf kejayaan mereka di negara ini sebagai satu usaha pendidikan berterusan yang boleh dimanfaatkan dalam proses pembinaan negara bangsa dan jati diri rakyat Malaysia. Selain itu, ia bermatlamat untuk memupuk dan menyuburkan semangat integrasi nasional antara wilayah, suku kaum, budaya, agama serta kepercayaan melalui rentetan sejarah dan perjuangan tokok-tokoh negara semasa berjuang menentang penjajahan dan membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah. Lima buah kumpulan yang terdiri daripada Kumpulan Lau Belawai Bai mewakili Bahagian Sarikei, Kumpulan Semadi Auqaw (Miri/Bintulu), Kumpulan Nerais (Sibu/Mukah), Kumpulan Pena Fort Sylvia (Kapit) dan Kumpulan Sifir Dunia ( Sri Aman/ Betong) telah bersaing di peringkat saringan yang diadakan di Hotel Harbour View, Kuching pada 21 Jun 2013.

Pada pertandingan akhir, Kumpulan Sifir Dunia yang dianggotai oleh Ashraf Bakhiya Roslan dan Muhd. Izzat Ariffin, telah diumumkan sebagai Johan. Naib Johan dimenangi Kumpulan Pena Fort Sylvia, wakil Bahagian Kapit manakala saguhati utama telah dimenangi oleh Kumpulan Nerais wakil Bahagian Sibu/Mukah. Majlis telah dihadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Hadir sama ialah Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri Opar, Encik Ranum Mina dan Pegawai Daerah Lundu, Encik Azmi Haji Bujang.

Aksi-aksi peserta Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013.

Para pemenang merakam gambar bersama Tan Sri Haji Adenan Haji Satem (kedua dari kanan) dan Encik Zaini Mohamad (kanan) serta tetamu kehormat yang lain.

Page 19: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH��

Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab �Malaysia Peringkat Negeri Sarawak �0��

Pertandingan Akhir Sketsa Rukun Negara Kelab 1 Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013 telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Aman di Sri Aman pada 29 Jun 2013. Pertandingan dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun ini menyaksikan penyertaan daripada sejumlah 20 pasukan Kelab 1Malaysia mewakili sekolah-sekolah menengah di Sarawak. Peringkat saringan bagi memilih lima buah pasukan yang layak ke pertandingan akhir diadakan 27 dan 28 Jun 2013. Pertandingan akhir telah dihadiri Ahli Parlimen Sri Aman, Encik Masir Kujat yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Pada pertandingan itu, pasukan Kelab 1Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku, Bau telah dinobatkan sebagai johan dan membawa pulang hadiah

wang tunai bernilai RM2,000 serta piala. Naib johan disandang oleh pasukan Kelab 1Malaysia, SMK Matu yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,500 manakala pasukan Kelab 1Malaysia, SMK Kabong membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 setelah muncul pemenang tempat ketiga. Dua buah pasukan menerima hadiah berupa saguhati wang tunai bernilai RM500 bagi Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013 ialah SMK Pakan dan SMK Chuang Hua Miri. Majlis turut dihadiri Pemangku Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Encik Zaini Mohamad, Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman dan Betong, Puan Freda Mathew Manggi, para guru dan pelajar SK Agama Sri Aman.

Aksi para peserta di Pertandingan Akhir Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2013.

Para pemenang merakam gambar bersama Encik Masir dan tetamu kerhormat yang lain.

Page 20: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH �0

BulananPerhimpunanPemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad menyatakan anggota Jabatan Penerangan selaku barisan hadapan perlu mempunyai kemahiran supaya dapat menyampaikan maklumat yang berkesan, cekap dan tepat. Jelas beliau, kemahiran ini perlu dimanfaatkan dalam menghadapi tugasan sewaktu Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13). Beliau turut melancarkan kempen amalan senyum selaras dengan seruan kerajaan untuk mempergiatkan amalan senyum di kalangan penjawat awam. Beliau berharap dengan membudayakan amalan senyum maka ikatan silaturahim di kalangan warga Penerangan akan menjadi lebih kukuh. Justeru, kemesraan akan turut terjalin dengan masyarakat umum semasa melaksanakan program dan aktiviti jabatan di lapangan.

Januari

FebruariPemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad menyeru agar semua pegawai Jabatan Penerangan Sarawak mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk melaksanakan tugas pada Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13). Beliau memaklumkan bahawa persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya sedang rancak dilaksanakan dengan pelbagai program dan aktiviti seperti program Semarak 1Malaysia, Sembang Warung dan Program Himpunan Kasih Sayang. Beliau menasihati para pegawai di lapangan peka terhadap isu-isu semasa dan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh supaya laporan yang disediakan tepat dan jelas bagi memudahkan urusan perumusan laporan isu-isu semasa. Beliau memberitahu warga Penerangan bahawa pada tahun ini Jabatan Penerangan turut berperanan penting bersama pihak kerajaan Negeri Sarawak dalam melaksanakan program sempena sambutan Sarawak Merdeka dalam Malaysia. Ini termasuk majlis pelancaran sambutan perayaan Jubli Emas Sarawak, simposium budaya, pameran Sarawak Gemilang 50 tahun, majlis kesyukuran, perarakan dan rapat raksasa serta perarakan kapal berhias.

Encik Zaini melancarkan kempen ‘Jom Jaga Kesihatan’.

Puan Fauziah Pauji menerima hadiah hari lahir daripada Encik Zaini.

Encik Zaini melancarkan Kempen Senyum.

Page 21: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH��

Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad menyeru semua anggota jabatan bekerjasama dan bekerja keras membantu kerajaan bagi memastikan kesinambungan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri. Beliau menjelaskan bahawa, Pilihan Raya Umum Ketigabelas merupakan pilihan raya umum pertama bagi Perdana Menteri Datuk Patinggi Mohd. Najib Tun Razak. Justeru, Jabatan Penerangan perlu menunjukkan komitmen untuk memastikan kepimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak dapat diteruskan bagi menentukan hala tuju negara serta memartabatkan kepimpinan kerajaan dan memperkasakan perkhidmatan awam. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada anggota Penerangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2012.

April

BulananPerhimpunan MacPemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad menyeru semua anggota Penerangan agar sentiasa mengamalkan semangat bekerjasama sebagai satu pasukan, taat setia kepada jabatan dan berkongsi maklumat dalam usaha ke arah membina sebuah organisasi yang cemerlang, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13). Di samping itu, beliau juga menasihati warga Penerangan mempertingkatkan kemahiran dalam mengendali blog dan laman sosial agar tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi, khususnya dalam menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan. Encik Zaini kemudiannya merasmikan pelancaran Kempen Tabung Wira Lahad Datu.

Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad menyeru anggota Jabatan Penerangan Sarawak supaya sentiasa menimba pengetahuan baru dan mempertingkatkan kemahiran diri agar mampu menghadapi apa juga cabaran selaras dengan perubahan. Jelas beliau, antara perubahan ialah pewujudan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menggantikan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Justeru, anggota Jabatan Penerangan perlu sentiasa komited dalam melaksanakan peranan menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan secara tepat dan cekap kepada rakyat. Beliau turut menyeru anggota jabatan supaya mengikut bergerak seiring dengan transformasi perkhidmatan awam dan memperkasakan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak rakyat.

Mei & Jun

Encik Zaini (tengah) merasmikan pelancaran kempen Tabung Wira Lahad Datu.

Warga Penerangan turut memberi sumbangan ikhlas.

Persembahan sketsa oleh artis PENTARAMA.

Upacara memotong kek bagi meraikan ulangtahun Hari Lahir Encik Zaini serta anggota penerangan yang lahir pada bulan Mei dan Jun.

Page 22: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH ��

Untuk Bulan Januari - Jun 2013Pegawai Cemerlang Jabatan

Nama : nurie anak BotikTempat Bertugas : Bahagian Perkhidmatan

Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat

Januari

Nama : Juliana binti abdullahTempat Bertugas : Bahagian Kuching / Samarahan

Nama : nur atirah binti abdullahTempat Bertugas : Bahagian gerak Saraf Dan Pengurusan isu

Februari

Nama : Jemat bin SaieTempat Bertugas : Bahagian Kuching / Samarahan (Daerah Kuching)

MacNama : lee nyuk lanTempat Bertugas : Bahagian Penerbitan Dasar negara

Nama : Maria anak TungkatTempat Bertugas : Bahagian Kuching / Samarahan (Daerah Simunjan)

Page 23: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH��

Nama : Rosli bin gundiTempat Bertugas : Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan

April

Nama : Sapuan bin ayuTempat Bertugas : Bahagian Kuching / Samarahan

Nama : Hatta bin aliTempat Bertugas : Bahagian Kuching / Samarahan Daerah Kuching (PMR)

Mei

Nama : Zainal abidin bin MataliTempat Bertugas : Bahagian Kuching / Samarahan (Daerah Simunjan)

Nama : Khadijah binti ahmadTempat Bertugas : Bahagian Komunikasi Visual Dan Seni Reka

Jun

Nama : iskandar bin ahmadTempat Bertugas : Bahagian geraksaraf Dan Pengurusan isu

Page 24: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH ��

Program InfoK�M Di SematanProgram Info Komuniti 1Malaysia (K1M) anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Lundu, Kolej Komuniti Santubong dan K1M Kampung Tanah Hitam telah berlangsung pada 23 hingga 24 Februari 2013 di Pekan Sematan, Lundu. Antara pengisian program dua hari tersebut ialah pertandingan futsal dan penganjuran kursus jangka pendek termasuk Pembuatan Mi Kuning, Asas Gentian Kaca, Asas Solekan, Jahitan Manik dan Gubahan Bunga Telur. Program ini telah mendapat sambutan baik penduduk setempat apabila lebih dua ratus orang telah turut serta. Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil pada 24 Februari 2013, telah dihadiri Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Haji Bujang Helmi Hazmi yang seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta. Hadir sama pada majlis penutupan ialah Pemangku Pegawai Penerangan Bahagian Kuching dan Samarahan, Encik Aris Hipni, Pengarah Kolej Komuniti Santubong, Encik Mad Noh Lajim, Pegawai Penerangan Daerah Lundu, Encik Sumardi Sugiman dan Timbalan Pengerusi K1M Kampung Tanah Hitam, Penghulu Haji Olddie.

Majlis Apresiasi Penggerak Bestari Parlimen Sibuti

Haji Bujang Helmi (ketiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta terbaik kursus.

Haji Bujang Helmi merakam gambar bersama peserta kursus.

Majlis Apresiasi Penggerak Bestari sempena Program Sepakat Komuniti 1Malaysia (K1M) Parlimen Sibuti telah berlangsung di Hotel Grand Palace, Miri pada 26 Mac 2013. Majlis telah dihadiri Ahli Parlimen Sibuti, Haji Ahmad Lai Bujang serta lebih 200 orang ahli K1M dari kawasan Parlimen Sibuti. Dalam ucapan beliau, Haji Ahmad Lai menyeru ahli-ahli K1M supaya memanfaatkan pergerakan tersebut untuk mengukuhkan perpaduan dan kerjasama sedia ada dalam kalangan mereka dan kerajaan. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pegawai Penerangan Bahagian Miri dan Bintulu, Encik Aziz Abdul Rahman dan Pegawai Penerangan Daerah Miri, Encik Wahid Muhamad serta ketua-ketua kaum dari kawasan Parlimen Sibuti.

Haji Ahmad Lai (kelima dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Johan Pertandingan Nyanyian Karaoke Peringkat K1M, Encik Emran Dris dari K1M Kampung Danau, Sibuti. Turut kelihatan ialah Encik Aziz (keempat dari kiri) dan Encik Wahid (ketiga dari kanan).

Haji Ahmad Lai beramah mesra bersama ahli-ahli Komuniti 1Malaysia.

Page 25: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH��

Program Dialog Setempat Berlangsung Di Kabong

Program Dialog Setempat anjuran Jabatan Penerangan

Sarawak telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat

Daerah Kecil Kabong, Saratok pada 6 Februari 2013.

Penganjuran program ini bermatlamat untuk

memberikan peluang kepada masyarakat setempat

mendapatkan maklumat dan penjelasan serta khidmat

nasihat di samping menyalurkan aduan kepada agensi-

agensi berkaitan.

Perasmian program telah disempurnakan oleh

Timbalan Pengangkutan II merangkap

Ahli Parlimen Saratok, Encik Jelaing

Mersat.

Encik Jelaing menyifatkan

program seumpama ini sebagai

platform terbaik bagi agensi-agensi

kerajaan untuk mendekati masyarakat,

memahami permasalahan yang

dihadapi dan pada masa yang sama

memberi penjelasan mengenai

peranan dan tanggungjawab masing-

masing secara lebih terbuka.

Pengisian program ialah sesi

ceramah daripada Pegawai Pertanian,

Kawasan Pembangunan Pertanian

Bersepadu (IADA) Kalaka-Saribas,

Encik Rasheed Abdul Rahman dan

Encik Bakeri Shamsudin daripada

Jabatan Tanah dan Survei.

Sementara ahli panel yang

dijemput untuk sesi dialog ialah

daripada Polis DiRaja Malaysia

(PDRM), Jabatan Kerja Raya, Majlis

Daerah Saratok, Malaysian Palm Oil

Berhad (MPOB) Saratok, Jabatan

Pertanian, Pertubuhan Peladang

Kawasan Kalaka dan SESCO.

Program yang turut dihadiri

Menteri Muda Kemajuan Tanah

Sarawak merangkap Ahli Dewan

Undangan Negeri Kalaka, Datuk Haji

Abdul Wahab Aziz, menyaksikan

penyampaian sumbangan kepada

sembilan orang ibu tunggal dari

kawasan Kabong manakala Encik

Jelaing menyampaikan Perwartaan

Rizab Gunasama Bumiputera masing-masing kepada

Ketua Kampung Sungai Benang dan Ketua Kampong

Sungai Endut, Kabong.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ketua

Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi

dan Pembangunan Masyarakat, Encik Helmy Hamid,

ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat dari

sekitar Saratok.

Encik Jelaing (tengah) menyampaikan Perwartaan Rizab Gunasama Bumiputera kepada Ketua Kampung Sungai Benang, Encik Awang Sepawi Awang Mohamad (kanan) disaksikan Datuk Haji Abdul Wahab (kiri) dan Encik Helmy (kedua dari (kanan).

Datuk Haji Abdul Wahab menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal dari Kampung Baru Darat Kabong, Puan Dayang Esah Aba Lily (kanan) disaksikan Encik Jelaing (kiri) dan Encik Helmy (kedua dari kanan).

Page 26: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH ��

Program Gotong-Royong Gemilang Siswa dan Komuniti �Malaysia Di Telaga AirPada 3 Mac 2013, Program Gotong-royong Gemilang Siswa dan Komuniti 1Malaysia (K1M) telah berlangsung di Kampung Telaga Air, Kuching. Program ini melibatkan penyertaan 100 orang pelajar Politeknik Kuching bersama ahli-ahli K1M dan penduduk kampung yang bergotong-royong membersih dan menceriakan kawasan di sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Telaga Air, masjid dan sepanjang jalan utama. Selain itu, penduduk kampong telah mengadakan kenduri kampong di mana mereka bergotong-royong untuk menyediakan makanan pagi dan tengah hari kepada peserta di Esplanade Kampung Telaga Air. Hadir bagi menyempurnakan perasmian program ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, Dr. Haji Abdul Rahman Haji Junaidi. Peserta program telah turut melaksanakan khidmat masyarakat untuk golongan yang memrlukan di mana mereka telah bergotong-royong membaiki rumah salah seorang penduduk Kampung Telaga Air, Encik Abu Musa. Sumbangan berbentuk keperluan harian telah juga disampaikan kepada sepuluh penerima di kampong ini, selain sumbangan sebuah kerusi roda kepada pesakit angin ahmar, Puan Nauyah Haji Juki. Turut serta dalam program ini ialah Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Encik Zaini Mohamad, wakil Pengarah Politeknik Kuching, Puan Shamsuria Mohamad Ariffin, Pengerusi K1M Telaga Air, Encik Sapuan Oya, Penghulu Zon Telaga Air, Encik Morshidi Johari, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Encik Helmy Hamid, pegawai dan anggota Jabatan Penerangan Sarawak.

Pelajar-pelajar Politeknik Kuching turut menjayakan program Politeknik Kasih Bersama Komuniti di Kampung Telaga Air bersempena pelancaran program tersebut yang dijalankan serentak di kesemua politeknik di seluruh negara.

Pelajar-pelajar Politeknik Kuching membuat kerja gotong-royong di SK Telaga Air.

Kerja gotong-royong membaiki rumah seorang penduduk kampung, Encik Abu Musa.

Dr. Haji Abdul Rahman menyampaikan sumbangan kerusi roda

kepada Puan Nayah sambil disaksikan oleh Encik Zaini (keempat dari

kanan) dan Encik Helm (kanan)

Page 27: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH��

Ahli Kelab Penerangan Sarawak Sertai 1 Million Women & Family Purple WalkProgram 1 Million Women & Family Purple Walk 2013 Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung di Taman Pertemuan (Le’Park), Perkarangan Dewan Suarah, Kuching pada 17 Mac 2013 dan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Program 1 Million Women & Family Purple Walk 2013 diadakan serentak di setiap bahagian seluruh negeri dan disertai lebih 50,000 peserta. Ahli-ahli Kelab Penerangan Sarawak bersama keluarga masing-masing, tidak ketinggalan untuk turut sama menjayakan program ini. Di Kuching, menyaksikan sejumlah 180 kontingen telah turut serta dan sebahagiannya dianggotai lebih 1,000 peserta. Program ini dilancarkan bersama 1Malaysia Komuniti PERWANI (Perkumpulan Wanita) oleh Perdana Menteri, Datuk Patinggi Mohd. Najib Tun Abdul Razak di Dataran Putrajaya yang disertai oleh seramai 400,000 peserta. Turut sama di acara tersebut ialah isteri Ketua Menteri, Puan Sri Raghad Kurdi Taib, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Hajah Fatimah Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Sebahagian daripada ahli Kelab Penerangan Sarawakyang turut serta dalam Program1Million Women & Family Purple Walk 2013.

Pehin Sri Taib dan Puan Sri Raghad turut serta dalam acara berjalan kaki.

Program dimulakan dengan acara senamrobik.

Sebahagian daripada peserta yang menyertai acara jalan kaki sempena Program 1Million Women & Family Purple Walk 2013.

Page 28: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH ��

Anak Ahli Kelab Penerangan Terima Anugerah

Majlis Perhimpunan Pagi Dan Anugerah Cemerlang Anak Warga Penerangan telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Aras B1, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Putrajaya pada 28 Jun 2013. Majlis dihadiri Ketua Pengarah Penerangan, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik), Datuk Hajah Poziah Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Encik Tarmidzi Hashim, pegawai-pegawai kanan serta anggota-anggota Jabatan Penerangan Malaysia. Dalam amanat beliau, Dato’ Haji Ibrahim menyeru warga jabatan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang tugas masing-masing dan seterusnya menggalakkan warga jabatan untuk melanjutkan pelajaran.. Dato’ Haji Ibrahim kemudiannya menyampaikan anugerah Anggota Cemerlang bagi bulan April dan Mei 2013 dan Anugerah Cemerlang Anak Warga Penerangan. Anak-anak anggota Kelab Penerangan Sarawak yang cemerlang dalam bidang akademik turut sama menerima anugerah di majlis tersebut. Mereka terdiri daripada Shaiful Ishraf Sudirman, anak Puan Pusparina Mohd. Rashidi yang memperoleh 5A dan Nurul Syaza Elya Hanapi, anak Puan Zubaidah Haji Bohari, juga mendapat keputusan yang sama dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Manakala Nurul Fathin Aisha Mahdi, anak Encik Mahdi Lihi, mendapat 7A, 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Leesa Quek, anak Encik Quek Han Boon mendapat 10A dalam peperiksaan yang sama. Seorang lagi anak Puan Zubaidah Bohari, Mohd. Syazwan Zakaria Hanapi menerima anugerah cemerlang bagi kategori institusi pengajian tinggi apabila memperoleh CGPA 3.89, dalam bidang Kejuruteraan (Asasi Kejuruteraan UiTM).

Dari kiri, Nurul Fathin Aisha Mahdi, Leesa Quek, Nurul Syaza Elya

Hanapi dan Mohd. Syazwan Zakaria Hanapi

Anggota Kelab Penerangan Sarawak mengiringi anak masing-masing untuk menerima anugerah.

Penerima Anugerah Cemerlang Anak Warga Penerangan merakam gambar kenangan bersama Dato’ Haji Ibrahim (duduk, keenam dari kanan). Turut kelihatan Datuk Poziah (kelima dari kanan) dan Encik Tarmidzi (kelima dari kiri).

Page 29: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH��

Pertukaran Anggota Jabatan Penerangan SarawakJanuari hingga Jun 2013

Bil. Nama Pegawai JawatanPertukaran Tarikh

KuatkuasaDari Ke

1Mohamad Hamsah bin Haji Leman

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22

KPK Penjara16 Januari

2013

2 Bolhan bin Basah Ahli Fotografi B17 KVS PPB Miri 15 Mac 2013

3 Florence Lu Lee Min Pembantu Penerangan S17 PPD Sarikei PPD Meradong 11 Mac 2013

4 Dyg. Affizah binti MaulanahPenolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Hospital Kanowit

ICT, KPK 8 April 2013

5 Fazalina binti Mohd BojengPembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

KPKJabatan Penyiaran (RTM)

15 April 2013

6 Johan HamudyPenolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

KPK INTAN Sarawak 8 April 2013

7 Mazuriwati binti AhmadPenolong Pegawai Penerangan S27

PKPMHospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah

15 April 2013

8 Salehuddin bin Klewan Pegawai Penerangan S41 PKPMKolej Komuniti Segamat, Johor

18 Mei 2013

9 Alfadzilah Alam Juru Audio Visual N17Politeknik Kuching

PKPM 15 Mei 2013

10 Normala binti Juatan Pegawai Penerangan S41 PDN PPB Sarikei 27 Mei 2013

11 Freda Mathew Manggi Pegawai Penerangan S41 PPB Sarikei PPB Sri Aman 27 Mei 2013

12 Andak bin Uni Pembantu Penerangan S22 PPD Miri

PSP (Cawangan Penyelidikan dan Naziran)

17 Jun 2013

13 Salawati binti Sharkawi Pembantu Penerangan S22PPD Sibu (PMR)

PPD Kuching (PMR)

17 Jun 2013

14Dayang Koh Nanong binti Awg. Jaie

Pembantu Penerangan S17PPD Meradong

PPD Kuching 17Jun 2013

15 Ahgenis Adin Pembantu Penerangan S17 PPD Kanowit PPD Sarikei 17Jun 2013

16 Helmie bin Ekni Pembantu Penerangan S17 PPD Lawas PPD Belawai 17Jun 2013

17 Mohd Haffis bin Seria Pembantu Penerangan S17 PPDK Belawai PPD Matu 17Jun 2013

18Mohamad Ali bin Mohamad Jahar

Pembantu Penerangan S17 PPD Matu PPD Mukah 17Jun 2013

19 Jane Chua Choo Kim Pembantu Penerangan S17 PPD Kuching PPD Lundu 17Jun 2013

20 Melina anak Kelali Pembantu Penerangan S17 PPDK NiahPPDK Long Lama

17Jun 2013

21 Macswyzer ak. Richard Riot Pembantu Penerangan S17 PPD Kuching PPD Serian 17Jun 2013

22 Juliani binti Bolhi Pembantu Penerangan S17 PPD Sarikei PPD Limbang 17Jun 2013

23 Priscilla Kathy anak Paul Pembantu Penerangan S17 PPD Limbang PPD Sarikei 17Jun 2013

24 Nicholas anak Patrick Dabot Pembantu Penerangan S17 PPD Kuching PPDK Niah 17Jun 2013

Page 30: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH �0

25 Hussein bin Rajidin Pembantu Penerangan S17 PPD Lundu PPD Saratok 17Jun 2013

26Andrew Ladin anak Langkang

Juru Audio Visual Gred N17

PPD Kanowit PPD Tatau 17Jun 2013

27 Rozi bin Ahmat @ Jimi Juru Audio Visual N17PPD Samarahan

Ibu Pejabat 17Jun 2013

28 Muhammad Fariq Bin Firdus Juru Audio Visual N17 Ibu Pejabat PPD Sibu 17Jun 2013

29Affandi bin Abdullah Abdul Ramman

Juru Audio Visual N17 PPD BauPPD Samarahan

17Jun 2013

30 Habil bin Rus Juru Audio Visual N17 PPD Tatau PPD Kanowit 17Jun 2013

31Muhammad Asha’ari bin Bujang

Juru Audio Visual N17 PPD Sibu PPD Kuching 17Jun 2013

32Wasrin @ Balascius Bin Jakaria

Pegawai Penerangan S44

Jabatan Penerangan Bahagian Sibu/Mukah

Jabatan Penerangan Bahagian Miri/Bintulu

15 Jun 2013

33 Aziz bin Abdul Rahman Pegawai Penerangan S44

Jabatan Penerangan Bahagian Miri/Bintulu

Jabatan Penerangan Bahagian Kuching/Samarahan

15 Jun 2013

34Nur Ain Abdullah @ Judy anak Henry

Pegawai Penerangan S41 PKPM

Bahagian Penerbitan Dasar Negara (Cawangan Penerbitan)

15 Jun 2013

35 Umar bin MahelenPenolong Pegawai Penerangan S27

Pejabat Penerangan Daerah Julau

Pejabat Penerangan Bahagian Limbang

15 Jun 2013

36 Maria anak TungkatPenolong Pegawai Penerangan S27

Pejabat Penerangan Daerah Simunjan

Pejabat Penerangan Daerah Julau

15 Jun 2013

37 Azami bin Bujang Pembantu Penerangan S22PPDK Balingian

PPD Miri 15 Jun 2013

38 Juraini binti Ahmad SobriPembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

KPK PDN17 Jun 2013

39 Yus Razina binti RangkutPembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

KPK PPB Kuching 17 Jun 2013

40Rabiah binti Mohamad Husain

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

KPK PKPM 17 Jun 2013

41 Rohani binti KassiranPembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

PDN KPK 17 Jun 2013

42 Khadijah binti SepawiPembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

PPB Kuching KPK 17 Jun 2013

43 Shahrizal bin Shaminan Pekerja Awam R1 PDN PKPM 17 Jun 2013

44 Chang Chin Lu @ Sandra Pekerja Awam Gred R1 PDN KVS 17 Jun 2013

45 Ahmad Nazlan bin Razili Pekerja Rendah Awam R4 KPK PDN 17 Jun 2013

46Shamsuddin bin Abdul Wahab

Pekerja Awam R3 KPK PSP 17 Jun 2013

47 Zainab binti Othman Pekerja Awam R4KPK

PPD Kuching 17 Jun 2013

Page 31: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH��

Anggota Dinaikkan Pangkat Tahun �0��Bil. Nama Jawatan Gred

Tempat Bertugas

PenempatanTarikh

Kuatkuasa

1Mohamad Hamsah bin Haji Leman

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

N22N26 KPK

Penjara, Kuching16 Januari 2013

2 Fazalina binti Mohd. BojengPembantu Tadbir

(Perkeranian/Operasi) N17

N22 KPKJabatan Penyiaran

(RTM)15 April 2013

3 Akin @ Allin anak Angan PAP N1 N4 MKK KPK 14 April 2013

Anggota Baru Tahun �0��Bil. Nama Jawatan

TarikhKuat Kuasa

Jabatan

Dari Ke

1 Mohd Firdaus bin KarosPegawai Penerangan

S411 Januari 2013 Lantikan baru

MKK (Cawangan Media)

2 Jennifer Wong Mei FongPembantu Tadbir

(Perkeranian/Operasi) N17

7 Januari 2013 IPD SentulPPB Sibu

3Mohammad Tarmizi bin Abdul Halim

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

N224 Februari 2013

Filem Negara Malaysia

KPK

4 Florence Lu Lee MinPembantu

Penerangan S1711 Mac 2013 Ibu Pejabat JPM

PPD Meradong

5Dayang Affizah binti Maulanah

PPSM F29 8 April 2013 Hospital KanowitICT, KPK

6 Alfadzilah Alam Juru Audio Visual N17 15 Mei 2013 Politeknik KuchingPPD Sri Aman

(pinjam ke PKPM)

Anggota Berhenti Kerja Tahun �0��Bil. Nama Jawatan Bahagian Tarikh Berhenti

1 Joseph Unggu Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 PPB Limbang 1.1.2013

48Mohamad Khaliffa bin Morshidi

Pekerja Awam R1 PPD KuchingKPK (Pejabat Pengarah Negeri)

17 Jun 2013

49 Akin @ Allin anak Angan Pembantu Am Pejabat N4KPK (15.2.2013)

MKK 17 Jun 2013

50 Fatimah binti Abdul Hamid Pekerja Awam R4 KVS KPK 17 Jun 2013

Page 32: Bilangan 1/2013 Buletin Dalaman Jabatan Penerangan ... · PDF file6 Senarai Persaraan Anggota ... 24 Program Info K1M Di Sematan 24 Majlis Aspirasi Penggerak Bestari Parlimen ... anggota

PEMADAH ��

TahniahTahniah diucapkan kepada pegawai Jabatan

Penerangan Sarawak yang telah dianugerahkan

Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B).

Tiga pegawai yang terlibat ialah Ketua

Penolong Pengarah, Bahagian Media dan

Komunikasi Korporat (MKK), Encik Samuel

Simon, Pegawai Penerangan, Encik Francis

Bunchol Lasam, kini bertugas sebagai Pegawai

Perhubungan Awam di Kolej Komuniti Mas

Gading, dan Penolong Pegawai Penerangan di

MKK, Encik Mohd. Khairuddin Tham Abdullah.

Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah

Kebesaran Negeri telah disempurnakan

oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua

Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang

Muhammad Salahuddin di Grand Ballroom, Miri

Marriot Resort & Spa pada 17 Januari 2013.

Encik Samuel Simon menerima Pingat Perkhidmatan Bakti daripada Tun Salahuddin.

Encik Francis Bunchol menerima pingat daripada Tun Salahuddin.

Encik Mohd. Khairuddin menerima pingat daripada Tun Salahuddin.