bila manusia memperalatkan manusia

4
BILA MANUSIA MEMPERALATKAN MANUSIA BILA MANUSIA MEMPERALATKAN MANUSIA Manusia hidup menjadi alat kepada siapa? Apabila seseorang umpamanya berkata, “Saya memperhambakan diri kepada seni.” Apakah pengertian yang dapat ditangkap daripadanya? Mengapakah orang tidak berkata saja, “Saya memperhambakan diri kepada peminat seni.” Ungkapan yang pertama bersifat kabur dan terlalu am. Seseorang tidak boleh menjadi hamba kepada benda tidak bernyawa, apatah lagi benda yang dia sendiri hasilkan. Ungkapan kedua lebih tepat kerana jelas siapa memperhambakan siapa, atau siapa membiarkan dirinya diperhambakan oleh siapa. Cuma orang susah untuk menerima hakikat dirinya diperhambakan (diperalatkan) kerana rata-rata manusia mahukan kebebasan. Sebenarnya manusia hidup di muka bumi Allah ini memang menjadi alat kepada satu sama lain, samada kita sedar atau tidak. Allah yang Maha Adil dan Bijaksana menjadikan nasib menusia berbagai-bagai ragam. Allah jadikan segolongan manusia miskin, segolongan lagi kaya. Allah menjadikan manusia bodoh dan manusia cerdik, manusia lemah dan manusia kuat. Dengan kedudukan diri yang pelbagai ini, dapatlah manusia saling alat-memperalati untuk hidup. Kalau umpamanya Allah menjadikan semua manusia bodoh, tidak terpimpin kehidupan mereka. Kalau Allah memenuhi bumi ini dengan manusia-manusia cerdik belaka, rosak binasalah sistem kehidupan kerana tiada siapa bersedia menerima tunjuk ajar lagi. Begitu juga kalau Allah jadikan semua manusia sama-sama mempunyai bakat seni yang tinggi, tiada siapa lagi yang akan menyanjung tinggi hasil seni. Kalau demikian, bagaimanakah manusia boleh saling memperalati tanpa masing-masing pihak rugi di dunia dan rugi di akhirat? Allah berfirman yang maksudnya: “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepada aku.” Dalam satu ayat lain, Allah menerangkan bahawa tugas menusia di muka bumi ialah sebagai khalifah Allah. Apabila manusia membiarkan dirinya diperhambakan oleh Allah dengan melakukan ibadah, manusia mewujudkan Hablumminallah. Dan apabila mereka alat-memperalati untuk menyempurnakan tugas sebagai khalifah Allah, mereka mewujudkan hablumminannas. Inilah hakikat kehidupan manusia. Kalau manusia berpegang kepada hakikat ini dan meyakininya sungguh-sungguh, tiada siapa yang akan rugi 1

Upload: zull-asy-syahidi

Post on 14-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kemanusiaan

TRANSCRIPT

Page 1: Bila Manusia Memperalatkan Manusia

BILA MANUSIA MEMPERALATKAN MANUSIA

BILA MANUSIA MEMPERALATKAN MANUSIA

Manusia hidup menjadi alat kepada siapa? Apabila seseorang umpamanya berkata, “Saya memperhambakan diri kepada seni.” Apakah pengertian yang dapat ditangkap daripadanya? Mengapakah orang tidak berkata saja, “Saya memperhambakan diri kepada peminat seni.”

Ungkapan yang pertama bersifat kabur dan terlalu am. Seseorang tidak boleh menjadi hamba kepada benda tidak bernyawa, apatah lagi benda yang dia sendiri hasilkan. Ungkapan kedua lebih tepat kerana jelas siapa memperhambakan siapa, atau siapa membiarkan dirinya diperhambakan oleh siapa. Cuma orang susah untuk menerima hakikat dirinya diperhambakan (diperalatkan) kerana rata-rata manusia mahukan kebebasan. Sebenarnya manusia hidup di muka bumi Allah ini memang menjadi alat kepada satu sama lain, samada kita sedar atau tidak.

Allah yang Maha Adil dan Bijaksana menjadikan nasib menusia berbagai-bagai ragam. Allah jadikan segolongan manusia miskin, segolongan lagi kaya. Allah menjadikan manusia bodoh dan manusia cerdik, manusia lemah dan manusia kuat. Dengan kedudukan diri yang pelbagai ini, dapatlah manusia saling alat-memperalati untuk hidup.

Kalau umpamanya Allah menjadikan semua manusia bodoh, tidak terpimpin kehidupan mereka. Kalau Allah memenuhi bumi ini dengan manusia-manusia cerdik belaka, rosak binasalah sistem kehidupan kerana tiada siapa bersedia menerima tunjuk ajar lagi. Begitu juga kalau Allah jadikan semua manusia sama-sama mempunyai bakat seni yang tinggi, tiada siapa lagi yang akan menyanjung tinggi hasil seni.

Kalau demikian, bagaimanakah manusia boleh saling memperalati tanpa masing-masing pihak rugi di dunia dan rugi di akhirat? Allah berfirman yang maksudnya: “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepada aku.” Dalam satu ayat lain, Allah menerangkan bahawa tugas menusia di muka bumi ialah sebagai khalifah Allah.

Apabila manusia membiarkan dirinya diperhambakan oleh Allah dengan melakukan ibadah, manusia mewujudkan Hablumminallah. Dan apabila mereka alat-memperalati untuk menyempurnakan tugas sebagai khalifah Allah, mereka mewujudkan hablumminannas. Inilah hakikat kehidupan manusia. Kalau manusia berpegang kepada hakikat ini dan meyakininya sungguh-sungguh, tiada siapa yang akan rugi membiarkan dirinya diperalatkan atau ketika masing-masing saling memperalati. Malah Allah menjamin kebahagiaan di dunia dan di kampung akhirat. Apabila seseorang dilantik menjadi pemimpin misalnya, pada hakikatnya dia menjadi alat kepada orang-orang di bawah kepimpinannya dalam ertikata orang-orang bawahan itu mesti mendapat faedah daripada kepimpinannya. Sebagai pemimpin pula, dia menjadikan orang-orang bawahannya sebagai alat untuk menjayakan kepimpinannya. Pemimpin mesti adil manakala orang-orang bawahan atau rakyat mesti taat. Alat memperalati secara ini menepati kehendak kedua-dua ayat tadi dan manusia-manusia inilah yang dijamin dengan rahmat Allah. Mendapat rahmat Allah bererti mendapat kebahagiaan sebenar di dunia dan akhirat.

Orang-orang yang tidak yakin dengan rahmat Allah akan alat memperalati untuk memuaskan kehendak nafsu semata-mata. kalau nafsu sukakan kemasyhuran, meraka akan berusaha mendapatkan kemasyuran, dan dalam menuju kemasyhuran itu meraka akan memperalatkan orang lain samada mereka sedar atau tidak.

1

Page 2: Bila Manusia Memperalatkan Manusia

BILA MANUSIA MEMPERALATKAN MANUSIA

Seorang penyanyi misalnya memperalatkan peminat-peminatnya untuk membantu dia menjadi masyhur. Disogoknya mereka dengan hiburan yang melalaikan sesuai dengan nafsu mereka yang sukakan keseronokan. Peminat-peminat ini mengorbankan masa dan wang untuk membantu penyanyi yang mereka minati menuju kemasyhuran, tanpa menyedari diri mereka sebenarnya menjadi alat.

Penyanyi itu pula, tanpa dia sedari, diperalatkan oleh peminat-peminatnya untuk kepuasan nafsu mereka. Kalau hati kecil peminat boleh diselami, ia mungkin berbunyi lebih kurang begini, “Kamu mahukan kemasyhuran, kami boleh tolong dapatkan tetapi puaskan nafsu kami dan jangan cerita masalah kamu kepada kami. Kami hanya mahukan hiburan, tidak mahu dengar masalah kamu.”

Sebab itu kita lihat penyanyi sering berpura-pura di depan peminat. Kalau ada masalah, mereka masih boleh ketawa riang di pentas semata-mata untuk memuaskan nafsu peminat.

Alat memperalati secara demikian merugikan kedua-dua pihak. Tukang hibur rugi kerana dalam usaha hendak memuaskan nafsu orang lain yang sukakan hiburan, dirinya sendiri mungkin tidak terhibur. Dan di akhirat dia akan dibalas dengan siksa neraka kerana menggunakan suara dan kecantikannya untuk melalaikan manusia daripada mengingati Allah. Pencari-pencari hiburan diperolehi hanya bersifat sementara. Mereka tidak menemui kebahagiaan sebenar melalui hiburan yang melalaikan dan mereka juga rugi di akhirat kerana dibalas neraka oleh Allah kerana mensia-siakan masa dengan berlalai-lalai.

Kalau tukang hibur itu mendakwa dia memperhambakan diri kepada seni, dia sebenarnya menyembunyikan ketelanjurannya. Dia sebenarnya benar-benar telah menjadi alat kepada nafsunya sendiri yang sukakan kemasyhuran dan kemewahan dan manjadi alat pula kepada nafsu orang lain yang sukakan keseronokan dan hiburan. Inilah yang dikamsudkan oleh Allah sebagai “bantu-membantu mengerjakan kejahatan.” Alat memperalatkan perlu-memerlukan dan bantu-membantu adalah fitrah semulajadi manusia. Supaya tidak rugi di dunia dan di akhirat, manusia perlu menyesuaikan fitrah semulajadi itu dengan syariat yang telah Allah gariskan. Manusia tidak boleh mengelak daripada menjadi alat.

Seorang yang mempunyai bakat melukis misalnya, mesti merelakan dirinya diperalatkan dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah menerusi lukisan. Lukisan-lukisannya mesti diisi dengan roh Islam, boleh mendorong hati mencintai Allah dan boleh menginsafkan orang kepada kebenaran. Pelukis tidak boleh melukis atas dorongan perasaan semat-mata. Untuk membolehkannya mengisi lukisan-lukisannya dengan roh Islam, pelukis perlu menghayati Islam sungguh-sungguh.

Begitu juga seorang yang Allah kurniakan suara baik, dia mesti merelakan dirinya diperalatkan untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah, mungkin sebagai penceramah atau pendendang lagu-lagu dakwah (tanpa muzik yang haram). Dia mesti melepaskan dirinya daripada belenggu nafsunya sendiri yang suka dipuja dan disanjung serta nafsu orang lain yang sukakan hiburan melalaikan.

Dalam kehidupan ala jahiliah, tiada siapa suka dirinya diperalatkan walaupun hampir tidak ada seorang pun yang terlepas daripada menjadi alat. Sebab, apabila manusia alat-memperalati untuk tujuan selain daripada menegakkan hukum hakam Allah, pihak yang diperalatkan selalunya rugi. Mungkin rugi harta, rugi maruah, rugi kebahagiaan atau mungkin juga rugi nyawa. Tetapi oleh kerana pihak yang diperalatkan tidak sedar dirinya diperalatkan, dia tidak sedar dirinya rugi.

2

Page 3: Bila Manusia Memperalatkan Manusia

BILA MANUSIA MEMPERALATKAN MANUSIA

Islam menyelamatkan manusia daripada kerugian dengan menyediakan jalan bagaimana manusia boleh mengeksploitasi bakat dan kebolehan satu sama lain tanpa masing-masing pihak rugi. Setiap kebolehan dan bakat itu dieksploitasi sungguh-sungguh supaya manusia berjaya dengan peranannya sebagai khalifah Allah. Bakat dan kebolehan yang digunakan bukan mengikut jalan yang Allah gariskan ialah bakat dan kebolehan yang disia-siakan walaupun ia mungkin melahirkan kepuasan kepada individu. Ibarat beruk diberi bunga, dia tidak menggunakan bunga itu untuk berhias. Dia mungkin puas dengan mengunyah-ngunyah bunga itu saja. Orang begini tentulah mendapat kemurkaan yang besar daripada Allah. Kemurkaan Allah tidak lain balasannya kecuali neraka.

3