bil. 43/2015 edaran dalaman sahaja 7 julai 2015 sesb … · menteri tenaga, teknologi hijau &...

1
INFO Terkini Bil. 43/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 7 Julai 2015 KOTA KINABALU – Bersempena bulan Ramadhan pada tahun ini, SESB telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim daripada rumah kebajikan Persatuan Rumah Anak Yatim & Tahzir Darul Yatama Yacob Khan, Kg. Rancangan Mawao Membakut, Beaufort pada 3 Julai 2015 bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Majlis tersebut adalah program tahunan SESB setiap kali bulan Ramadhan yang juga merupakan inisiatif murni syarikat bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang tidak bernasib baik. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili selaku tetamu kehormat telah hadir dalam majlis tersebut dan seterusnya mengagihkan duit raya bagi pihak SESB kepada seramai 52 orang anak yatim yang berkenaan. Turut hadir Pengarah Kawasan Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah Pn. Nazlin bte Ab. Alin Sediki, Pengarah Urusan SESB Ir. Hj. Abd. Razak Sallim berserta ahli pengurusan, ketua jabatan dan anggota kerja SESB yang lain. ® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat SESB ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil. 43/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 7 Julai 2015 SESB … · Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili selaku tetamu kehormat telah hadir

INFO Terkini Bil. 43/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 7 Julai 2015

KOTA KINABALU – Bersempena bulan Ramadhan pada

tahun ini, SESB telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa

bersama anak-anak yatim daripada rumah kebajikan

Persatuan Rumah Anak Yatim & Tahzir Darul Yatama

Yacob Khan, Kg. Rancangan Mawao Membakut, Beaufort

pada 3 Julai 2015 bertempat di salah sebuah hotel

terkemuka di Kota Kinabalu.

Majlis tersebut adalah program tahunan SESB setiap kali

bulan Ramadhan yang juga merupakan inisiatif murni

syarikat bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat

(CSR) khusus untuk golongan yang tidak bernasib baik.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air Y.B. Datuk Seri

Panglima Dr. Maximus J. Ongkili selaku tetamu kehormat

telah hadir dalam majlis tersebut dan seterusnya

mengagihkan duit raya bagi pihak SESB kepada seramai

52 orang anak yatim yang berkenaan. Turut hadir

Pengarah Kawasan Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat

Sabah Pn. Nazlin bte Ab. Alin Sediki, Pengarah Urusan

SESB Ir. Hj. Abd. Razak Sallim berserta ahli pengurusan,

ketua jabatan dan anggota kerja SESB yang lain.

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

SESB ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM