bidang pembelajaran yang diuji.pptx

15
PENGUASAAN ILMU PENGUASAAN KEMAHIRAN PENGHAYATAN DAN AMALAN BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI

Upload: nana-rahim-fx

Post on 22-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

PENGUASAAN ILMU PENGUASAAN KEMAHIRANPENGHAYATAN DAN AMALAN

BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI

Page 2: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

PENGUASAAN ILMU

Ashraf (1995) – menjelaskan konsep kuasa penting dan bererti yang dipunyai oleh manusia ialah kekuatan inteleknya.

Intelek merujuk kepada kebijaksanaan dan kebolehan berfikir serta sifat cerdik pandai.

Sebagai seorang guru kita hendaklah mempunyai pengetahuan daripada pelbagai aspek kerana kibijaksanaan dan pengetahuan merupakan keperluan yang sangat penting bagi seorang pendidik.

Page 3: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

Samb..

Al-Abrasyi (1974)- menekankan perlu bagi seorang guru sentiasa berusaha mempertingkatkan pengetahuannya samaada dalam bidang yang diajarnya ataupun cara dia mengajar ilmu tersebut.

Seorang guru perlu mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk pengetahuan yang mendalam terhadap mata pelajaran yang diajarnya.

dengan kurangnya pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang diajarnya akan mendatangkan rasa bimbang

Page 4: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

Samb..

Dengan kurangnya pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang diajarnya akan mendatangkan rasa tidak percaya kepada dirinya menyebabkan sifat yang beku dan mendatangkan rasa bimbang dan ini seterusnya akan menghilangkan kepercayaan murid.

Hassan Langgulung( 1997)- menekankan kepentingan pengetahuan sebagai suatu asas untuk memperoleh bentuk-bentuk kemahiran kognitif yang lebih tinggi.

Page 5: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

Samb..

Menurutnya lagi, tugas guru atau pengajar ialah menolong murid-murid belajar dengan menekankan kepada kemampuan dan kesediaan ilmiah mereka untuk mengetahui dan melakukannya.

Maka tunjuk ajar dan dorongan melalui guru sebagai orang dewasa yang bijak dan cerdik amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 6: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

PENGUASAAN KEMAHIRAN

menurut Dunkin dan Biddle (1974)-Kemahiran mengajar ialah perkara yang penting dalam kompenan keperluan guru.

Seseorang guru itu perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran.Kemahiran mengajar @ teaching skills meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid-murid dengan berkesan.

Page 7: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

Samb..

Kemahiran mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada 3 istilah penting:

Pendekatan,Kaedah Teknik• Seorang guru yang ingin menguasai

kemahiran mengajar perlu menguasai ketiga-tiga elemen tersut untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Page 8: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

Pendekatan

Pendekatan bermaksud mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dan setiap pendidikan itu hendaklah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran.

Pendekatan harus berlandaskan kepada model,prinsip atau teori pembelajaran.Contohnya: daripada umum kepada spesifik (deduktif), daripada mudah kepada kompleks dan lain-lain..

Page 9: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

Kaedah

Kaedah pula adalah perancangan atau pttosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik.

Menurut (Ahmad 1997), kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran.

Page 10: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

Teknik

Teknik pula nerujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah.

Teknik merangkumi aktiviti,perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.

Seperti pendekatan dan kaedah,guru perlu menggunakan teknik yang sesuai untuk membangkitkan minat murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 11: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

Contoh teknik kemahiran:Teknik soal jawabTunjuk caraMenghafalLatih tubisyarahan

Page 12: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

Penghayatan dan amalan

Penerapan amalan dilakukan menerusi pembiasaan atau latihan (Alavi, 2007). Sebagai contoh, Islam menganjurkan ibubapa membiasakan anak dengan ibadat solat seawal usia tujuh tahun. Pembiasaan solat dapat melatih anak agar memahami dan melaksanakan amalan tersebut sebagai mentaati suruhan Allah s.w.t. (Ulwan, 1996).

Amalan adalah lahir daripada keimanan. Keimanan pula pemangkin yang membangkitkan motivasi insan untuk melakukan amalan dan bersungguh dalam melaksanakan amalan tersebut (Al-Zindani, 1986). Amalan dalam konteks Pendidikan Islam merujuk kepada aspek ibadah

Page 13: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

Samb..

Aspek penghayatan dan amalan di sini biasanya merujuk kepada ibadah khusus yang meliputi ibadah fardu ain dan fardu kifayah seperti wuduk, solat berjemaah, tayammum, puasa wajib dan sunat, sembelihan, haji, pengurusan jenazah dan bacaan Al-Quran, Yasin serta doa.

Page 14: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx

Samb.

Penerapan tersebut tidak hanya berlaku dalam lingkungan kelas tetapi menjangkau program sekolah, asrama dan tentu sekali tidak dipinggirkan peranan ibu bapa di rumah. Inisiatif dan kesungguhan guru menerapkan elemen amalan juga seharusnya bertitik tolak daripada pemahaman yang jelas tentang elemen amalan itu sendiri.

Page 15: BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI.pptx