bidang 3_nilai berkaitan dengan alam sekitar

6
BAB 3 Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar Ekosistem adalah satu sistem yang melibatkan tindak balas dan perhubungan antara haiwan, tumbuhan dan manusia dengan alam persekitaran yang tidak bernyawa. Kitaran ini akan terancam sekiranya berlaku gangguan atau kerosakan terhadap alam sekitar. Sebagai makhluk yang diciptakan dengan sempurna, kita bertanggungjawab untuk memastikan alam sekitar sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat. Oleh itu, adalah penting bagi kita menguruskan alam ini dengan bijak agar keharmonian antara hidupan dengan alam sekitar terpelihara.

Upload: beevy-gb

Post on 12-Jun-2015

8.764 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: bidang 3_nilai berkaitan dengan alam sekitar

BAB 3

Nilai Berkaitan Dengan Alam SekitarEkosistem adalah satu sistem yang melibatkan tindak balas dan perhubungan antara haiwan,

tumbuhan dan manusia dengan alam persekitaran yang tidak bernyawa. Kitaran ini akan terancam

sekiranya berlaku gangguan atau kerosakan terhadap alam sekitar. Sebagai makhluk yang

diciptakan dengan sempurna, kita bertanggungjawab untuk memastikan alam sekitar sentiasa dalam

keadaan bersih dan sihat. Oleh itu, adalah penting bagi kita menguruskan alam ini dengan bijak agar keharmonian antara hidupan dengan alam sekitar

terpelihara.

Page 2: bidang 3_nilai berkaitan dengan alam sekitar

3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam sekitar

Definisi

Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam

sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem

Ciri-ciri

1. Memahami akan kepentingan ekosistem untuk kesejahteraan

hidup.

2. Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga ekosistem.

3. Mengamalkan sikap menjaga kebersihan alam sekitar.

4. Cara-cara menyayangi dan menghargai alam sekitar:

(a) Mengawal aktiviti pembalakkan.

(b) Mengawal pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai.

(c) Menanam pokok bagi mengekalkan kehijauan alam.

(d) Membuang sampah ke dalam tong kitar semula.

Page 3: bidang 3_nilai berkaitan dengan alam sekitar

3.2 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitarDefinisi

Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia

dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan

alam sekeliling terpelihara.

Ciri-ciri

1. Mengetahui dan memahami kepentingan menjaga kebersihan

alam sekitar.

2. Mengamalkan sikap suka menjaga kebersihan persekitaran.

3. Memupuk sikap menjaga kebersiha alam sekitar seperti

mengamalkan kitar semula.

4. Melakukan aktiviti untuk mengekalkan keindahan dan kebersihan

alam sekitar seperti menanam bunga.

5. Menyedari bahawa manusia dan alam sekitar adalah saling

memerlukan untuk hidup yang sejahtera.

Page 4: bidang 3_nilai berkaitan dengan alam sekitar

3.3 Kemampanan Alam Sekitar

Definisi

Pengkalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab

bersama untuk kesejahteraan hidup.

Ciri-ciri

1.Menjaga dan menguruskan alam sekitar dengan baik.

2.Mengetahui akan kesan aktiviti manusia terhadap flora dan fauna.

3.Menyedari dan memahami kesannya jika alam sekitar tidak

diuruskan dengan baik dan selamat.

4.Kita hendaklah mengetahui cara atau tindakan yang perlu diambil

bagi menjaga alam sekitar.

5.Hutan memberikan sumbangan yang besar kepada semua hidupan.

Oleh itu, manusia mestilah berganding bahu untuk menjaga sumber

hutan agar tidak musnah.

Page 5: bidang 3_nilai berkaitan dengan alam sekitar

3.4 Peka terhadap isu-isu alam sekitar

Definisi

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan

berusaha menyelesaikannya.

Ciri-ciri

1. Sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah yang berkaitan

dengan alam sekitar.

2. Mengenal pasti kesan pencemaran alam terhadap kehidupan.

3. Mengambil berat akan isu-isu alam sekitar, malah berusaha untuk

menanganinya.

4. Memupuk sikap bekerjasama menjaga alam sekitar daripada

tercemar.

5. Turut melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan

alam sekitar.

Page 6: bidang 3_nilai berkaitan dengan alam sekitar

SMK Perempuan LikasSabah