berita semasa - bkd.sabah.gov.my · aplikasi e-prestasi (kanan) ke arah pejabat mesra alam jabatan...

5
BERITA SEMASA BAHAGIAN KABINET DAN DASAR JABATAN KETUA MENTERI, SABAH Berita BKD: November 2018

Upload: others

Post on 12-Oct-2019

49 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BERITA SEMASA BAHAGIAN KABINET DAN DASAR

JABATAN KETUA MENTERI, SABAH

Berita BKD: November 2018

BERITA SEMASANOVEMBER

2018 BAHAGIAN KABINET DAN DASAR, JABATAN KETUA MENTERI

Bengkel Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan pada 23 haribulan No-vember 2018 bersamaan hari Jumaat bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Kabinet dan Dasar (BKD) tingkat 27 Pusat Pentadbiran Negeri Sa-bah. Encik Josliw bin Matjumping dan Encik Justin George Nlol adalah pegawai yang telah dihantar oleh pihak Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) untuk memberikan taklimat EKSA dan seramai 16 orang kakitangan telah turut serta dalam bengkel EKSA yang dianjurkan oleh pihak BKD.

Disediakan oleh : Lubelter Voy

BERINTEGRASI KUALITI DEDIKASI

Bengkel Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diken-dalikan oleh Encik Josliw bin Matjumping dari MAMPU

BENGKEL EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

TERIMA KASIH UMSTuan Hajimin Hj Maslin sebagai ketua rom-bongan memberikan cendera kenangan kepada Ketua Kluster EKSA UMS Encik Samsuidin bin Nurdin setelah selesai membuat lawatan di sekitar UMS seperti American Corner Per-pustakaan UMS, Pejabat Penerbitan, Pejabat Multimedia dan ICT, dan Pejabat Pengurusan Fail

Taklimat mengenai pelaksanaan EKSA di UMS yang disampaikan oleh Encik Samsuidin bin Nurdin

Encik Hajimin Hj Maslin (Tengah dari Kiri) bersama rombongan-memberi cendera kenangan kepada Encik Samsuidin bin Nurdin

(Tengah dari Kanan)

INSERT TEXTOccabor sima tempor am quam et dio bea prae. Estectatius alit laut quis voloriatem et faceatur, sam acculpa cone similiquiam est officiis autatempore etur rem ut que dit, sequaestis aut ipitiis rectur aut la velessit omnim audam re velessin.

ROMBONGAN LAWATAN PENANDA ARAS EKSARombongon lawatan penanda aras EKSA ke UMS telah diadakan pada 29 haribulan No-vember 2018 jam 9:00 pagi. Seramai 11 orang kakitangan daripada Bahagian Kabinet dan Dasar telah turut serta dalam lawatan ini dan rombongan diketuai oleh Encik Hajimin Hj Maslin, Ketua Penolong Pengarah Unit Dasar BKD. Lawatan ini merupakan lawatan sambil belajar bagi melihat sendiri pelaksanaan EKSA di UMS.

Disediakan Oleh : Lubelter Voy

Rombongan berkesempatan melawat ke beberapa tempat dan kawasan pelaksanaan EKSA UMS seperti American Corner Perpustakaan UMS, Pejabat Penerbitan, Pejabat Multimedia dan ICT, Pejabat Pengu-rusan Fail dan sebagainya.

NOVEMBER 2018

TAHNIAH!Kuiz Kahoot EKSA telah diadakan setelah selesai sesi taklimat di bilik mesyuarat BKD yang dianjurkan oleh penceramah EKSA Encik Josliw bin Matjumping dan Encik Justin George Nlol. Tiga orang kakitangan BKD berjaya menjawab kuiz yang diberikan dengan mendapat markah yang tertinggi daripada 16 orang peserta yang turut serta dalam kuiz tersebut dan mereka ialah Cik Norhaidayati Hamsar, Cik Nordiania Asaad dan Puan Noradzma Isabelo.

Disediakan oleh : Lubelter VoyPuan Noradzma Isabelo (Kiri), Cik Norhaidayati Hamsar (Tengah), dan Cik Nordiania Asaad ( Kanan )

Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terlibat dalam menjawab soalan yang dikemukakan kepada Y.A.B Ketua Menteri Sabah

Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Mesyuarat Ketiga Penggal PertamaMesyuarat Ketiga Penggal Pertama Yang ke 15 telah berlangsung selama 7 hari bermula 9 haribulan November se-hingga 15 November 2018. Kesemua Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Kerajaan bersiap sedia di bilik Mesyu-arat Layang-Layang Dewan Undangan Negeri Sabah bagi membantu dalam menjawab soalan-soalan yang dikemuka-kan kepada Y.A.B Ketua Menteri Sabah.

Disediakan oleh : Lubelter Voy

NOVEMBER 2018NOVEMBER 2018

Bahagian Kabinet dan Dasar telah menganjur-kan Kursus Sistem Pengurusan Dokumen Ele-ktronik (SPDE) & E-PRESTASI dengan ker-jasama daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah ( JPKN ) pada 3 & 4 haribulan Disember 2018 jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang yang bertempat di JPKN Tingkat 6 Pusat Pentadbiran Negeri Sabah. Kursus ini telah dikendalikan oleh dua orang pegawai dari-pada JPKN sendiri iaitu Puan Zarini Abd Gafar dan Puan Rafidah Ali Hassan. Adalah diharap-kan agar kursus ini secara langsung dapat mem-bantu dalam mencapai objektif ICT BKD

Puan Zarini sedang memberi taklimat mengenai penggunaan Sistem Pengu-rusan Dokumen Elektronik

Puan Zarini sedang melatih Cik Nordiana dan Puan Rosni dalam menggunakan sistem SPDE (Kiri)

Puan Rafidah membuat rondaan bagi melihat samada kakitangan BKD memahami cara penggunaan aplikasi E-Prestasi (Kanan)

KE ARAH PEJABAT MESRA ALAMJabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah telah memberikan sebuah Scanner berjenama HP kepada Pejabat Bahagian Kabinet dan Dasar sempena inisiatif BKD dalam mengarus perdanakan penggunaan applikasi elektron-ik di kalangan kakitangan BKD. Pemberian Scanner ini adalah untuk membantu pejabat BKD dalam membuat pendokumentasian elektronik mereka agar apa yang dipelajari semasa kursus dapat dipraktikkan dalam pekerjaan harian mereka.

KURSUS SPDE & E-PRESTASINOVEMBER 2018