beg kertas thn 6

Upload: hayatun-syamila-mohd-mansor

Post on 17-Oct-2015

62 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

membentuk dan membuat binaan

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)PENDIDIKAN SENI VISUALTAHUN 2014

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni VisualKelas : 6 UPMTarikh : 10 Februari 2014Bilangan Murid : / 30 orang muridBidang : Membentuk dan membuat binaanTajuk : Beg kertasMasa : 10.50 pagi 11.50 pagi (60 minit)Objektif pengajaran dan pembelajaran :Pada akhir pengajaran, murid dapat :1) Menghasilkan beg kertas dengan menggunakan teknik lipatan.2) Membuat hiasan pada beg kertas.3) Mengetahui alat dan bahan yang digunakan untuk membuat beg kertas.

Alat dan bahan : Kertas lukisan, pensel,pembaris, pensel warna, gunting, gam dan tali.Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Video, komputer riba dan contoh beg kertas.Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat dan memegang beg kertas. : Murid pernah melihat hiasan pada beg kertas.Penerapan nilai : Berdisiplin, kekemasan dan kerjasama.Strategi Pengajaran : 1. Belajar cara belajar - murid belajar dengan menggunakan deria yang berbeza iaitu visual, audio dan kinestetik. 2. Konstruktivisme - murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengalaman sedia ada berkenaan rupa serta bentuk beg kertas.KBKK : Murid dapat menjana idea secara kreatif dalam menghasilkan hiasan pada beg kertas.: Murid dapat menjana dan membuat hubung kait mengenai perkara yang pernah dialami dengan pembelajaran bagi menghasilkan reka bentuk serta hiasan pada beg kertas.

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :LANGKAH / MASAISI KANDUNGANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU & MURIDSTRATEGI P&P / ABM / NILAI

Set Induksi(5 minit)

Aktivitipenjanaan idea.

1) Penyoalan berkenaan bahan yang ditunjukkan di hadapan kelas. Apakah bahan yang dapat kamu lihat di hadapan ini? Pernah lihat atau pegang beg kertas? Apakah fungsi beg kertas?

1) Guru menunjukkan contoh beg kertas di hadapan kelas.2) Murid melihat beg kertas yang ditunjukkan di hadapan kelas.3) Guru menyoal murid mengenai pemahaman mereka berkenaan beg tersebut.4) Murid menjawab soalan guru berdasarkan pemahaman mereka.BBM : Contoh beg kertas

Penerapan nilai :Kerjasama

Langkah 1(10 minit)

Pengenalan kepada beg kertasPengenalan kepada : Beg kertas beg yang diperbuat daripada kertas. Contoh beg kertas :

Fungsi beg kertas : Untuk meletakkan barang. Sebagai hiasan.

Alat dan bahan yang diperlukan : Kertas pembalut hadiah Kertas warna Gam Riben Gunting

1) Guru membuat penerangan di hadapan kelas.2) Guru menunjukkan hasil beg kertas yang dihasilkan oleh guru sendiri.3) Murid mendengar penerangan guru dan melihat contoh hasil karya yang dihasilkan oleh guru.BBM :Contoh beg kertas.

Penerapan nilai :Kerjasama dan berdisiplin.

LANGKAH / MASAISI KANDUNGANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU & MURIDSTRATEGI P&P / ABM / NILAI

Langkah 2(10 minit)

Edaran alat dan bahan kepada murid.Tunjuk langkah dan edaran alat serta bahan untuk menghasilkan beg kertas

Langkah-langkah :1) Lipat kertas kepada dua bahagian.2) Lipat hujung kertas dan gamkan.3) Tanda kertas sebanyak 5 cm di kiri dan kanan kertas dan lipat bahagian tersebut.4) Buka lipatan dan kemaskan.5) Lipat bahagian bawah dan gamkan.6) Lipat semula sebanyak 5 cm di bahagian bawah dan buka lipatan.7) Lukis corak di atas kertas dan warnakan.8) Tebuk 2 lubang pada bahagian atas beg kertas.9) Letakkan tali dan ikat untuk dijadikan tempat pemegang.10) Kemaskan hiasan pada beg kertas.1) Guru menunjukkan langkah untuk menghasilkan beg kertas menerusi paparan video.2) Guru menunjuk langkah di hadapan kelas.3) Murid mendengar arahan serta melihat langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru.

BBM : Video, contoh beg kertas.

Alat dan bahan :Kertas lukisan, pensel, pensel warna, gunting dan gam.

Penerapan nilai :Kerjasama dan berdisiplin.

Strategi pengajaran :Belajar cara belajar.

Langkah 3(20 minit)

Proses penghasilan beg kertas. Proses penghasilan :1) Murid melaksanakan sepuluh langkah seperti yang ditunjukkan guru untuk menghasilkan beg kertas.1) Guru memantau sambil membantu murid yang memerlukan bantuan semasa menyiapkan karya tersebut.2) Murid mendengar arahan guru dan menghasilkan beg kertas.Alat dan bahan :Kertas lukisan, pensel, pensel warna, gunting, gam dan tali.

Penerapan nilai :Kerjasama, kekemasan.

Strategi pengajaran :Konstruktivisme

LANGKAH / MASAISI KANDUNGANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU & MURIDSTRATEGI P&P / ABM / NILAI

Penutup(5 minit)

Sesi apresiasi dan penilaian.Sesi apresiasi dan penilaian. Guru membuat penyoalan kepada murid berkenaan pembelajaran pada hari itu. Guru meminta murid untuk melakonkan aksi membawa beg kertas di hadapan kelas. Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan untuk membuat ulasan karya. Penilaian dibuat berdasarkan tiga tahap iaitu : Baik Sederhana Lemah Murid membuat ulasan di hadapan kelas. Murid diminta untuk mengemaskan meja dan alatan serta bahan yang telah digunakan.Penerapan nilai :Kerjasama, kebersihan.

Hasil karya murid.