basic crypto trading class - techcryption.b-cdn.net€¦ · dompet kripto merupakan sebuah dompet...

14

Upload: others

Post on 16-Jun-2020

16 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

✓Yuran Rendah▪ Yuran untuk memindahkan wang menerusi rangkaian ‘peer-to-peer’ Bitcoin adalah lebih murah dan

transaksi berjalan pantas.

✓Cekap▪ Pengguna boleh melakukan transaksi dan menukarkan mata wang kripto secara langsung antara satu

sama lain menerusi sistem tidak berpusat. Setiap transaksi akan disahkan menerusi blok rantai.

✓Selamat▪ Pembayaran menjadi lebih selamat kerana berlaku secara langsung daripada satu individu atau bisnes

ke pihak lain (P2P), jadi tiada penglibatan pihak ketiga untuk proses pembayaran.

Apakah Itu Dompet Mata Wang Kripto?

✓ Dompet kripto merupakan sebuah dompet digital yang menyimpan kunci peribadi dan awam yang berinteraksi dengan pelbagai blok rantai untuk membenarkan pengguna menghantar dan menerima mata wang digital serta melihat baki yang ada.

✓ Apabila anda membeli, menyimpan atau menghantar Bitcoin (BTC), syiling berkenaan dapat dilihat dalam dompet digital.

✓ Dompet ini selalunya berbentuk aplikasi yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar atau dekstop. Tetapi turut ada variasi lain seperti dompet web dan ‘hardware’.