bara memanah smktw

4
KERTAS KERJA PROGRAM BARA MEMANAH SMK TAMAN WIDURI SUNGAI JAWI, 14200 SEBERANG PERAI SELATAN 1. Tujuan 1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapat peruntukan kewangan daripada Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Pulau Pinang. 2. Rasional 2.1 Sekolah ini mempunyai kemudahan padang yang selamat dan stor alatan sukan yang sesuai untuk mengembangkan sukan memanah. 2.2 Terdapat beberapa faktor yang memangkinkan penerimaan masyarakat khususnya para pelajar dalam sukan ini dan seterusnya menjayakan program ini, antaranya ialah:- 2.2.1 Sekolah ini telah dikenal pasti mempunyai atlet- atlet memanah yang berpotensi. Terdapat pelajar sekolah ini telah berjaya mewakili pasukan pelapis negeri Pulau Pinang di kejohanan peringkat kebangsaan. 2.2.2 Terdapat perkembangan dalam cara dan sistem memanah; dengan teknik, taktik dan peralatan moden sistem pemanahan dan dibuat lebih tepat dan teratur. 2.4.3 Keseronokan yang dinikmati oleh pemanah semasa menjalankan aktiviti ini. 2.2.4 Sukan memanah telah mendapat tempat dan mempunyai peluang yang cerah untuk dimenangi dalam peringkat negeri, kebangsaan maupun antarabangsa. 2.2.5 Sukan ini tidak memerlukan saiz tubuh badan yang besar dan sentuhan badan dengan pihak lawan malah

Upload: cicer-amee

Post on 25-Sep-2015

243 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA MEMANAH

TRANSCRIPT

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN

KERTAS KERJAPROGRAM BARA MEMANAHSMK TAMAN WIDURISUNGAI JAWI, 14200 SEBERANG PERAI SELATAN1.Tujuan

1.1Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapat peruntukan kewangan daripada Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Pulau Pinang.

2.Rasional

2.1Sekolah ini mempunyai kemudahan padang yang selamat dan stor alatan sukan yang sesuai untuk mengembangkan sukan memanah.2.2Terdapat beberapa faktor yang memangkinkan penerimaan masyarakat khususnya para pelajar dalam sukan ini dan seterusnya menjayakan program ini, antaranya ialah:-

2.2.1Sekolah ini telah dikenal pasti mempunyai atlet-atlet memanah yang berpotensi. Terdapat pelajar sekolah ini telah berjaya mewakili pasukan pelapis negeri Pulau Pinang di kejohanan peringkat kebangsaan.2.2.2Terdapat perkembangan dalam cara dan sistem memanah; dengan teknik, taktik dan peralatan moden sistem pemanahan dan dibuat lebih tepat dan teratur.

2.4.3Keseronokan yang dinikmati oleh pemanah semasa menjalankan aktiviti ini.

2.2.4Sukan memanah telah mendapat tempat dan mempunyai peluang yang cerah untuk dimenangidalam peringkat negeri, kebangsaan maupun antarabangsa.

2.2.5Sukan ini tidak memerlukan saiz tubuh badan yang besar dan sentuhan badan dengan pihak lawan malah lebih memberi keutamaan kepada kemahiran, kekuatan mental, ketenangan dan teknik.

2.3Menyedari hakikat inilah, pihak sekolah untuk merancang dan mewujudkan Pasukan Memanah di sekolah ini bagi melahirkan atlit memanah yang berpotensi dan berketrampilan.

3.Objektif

3.1Mencungkil bakat-bakat baru dari sekolah ini untuk diasuh dan diketengahkan.

3.2Memberi pendedahan kepada para atlit bentuk latihan yang bersistematik berteraskan kemahiran dan teknik-teknik yang terkini.

3.3Melahirkan atlit-atlit yang berkaliber dari sekolah ini untuk mewakili negeri ke pertandingan di Peringkat MSSM, SUKMA dan seterusnya mewaklili negara pada satu masa nanti.

4.Pelaksanaan

4.1Tarikh

4.1.1Mulai Disember 2014

4.2Hari

4.2.1Setiap hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad

4.3Masa

4.3.1Selasa Khamis - Jam 4.00 - 6.30 petang

4.3.2Sabtu dan Ahad- Jam 9.00 11.30 pagi.

4.4Tempat Latihan

4.4.1Padang SMK Taman Widuri

4.4.2Padang Awam Jawi (Pusat Latihan Memanah MSD SPS)

4.5Jurulatih

4.5.1Sekolah ini mempunyai seorang guru yang telah menghadiri Kursus Kejurulatihan dan akan dibantu oleh jurulatih dari Pusat Latihan Memanah MSD Seberang Perai Selatan.

4.6Atlet

4.6.1Akan dipilih di kalangan pelajar yang berada di Tingkatan 1 dan 24.7Peralatan

4.7.1Kemudahan & Peralatan yang terdapat di sekolah ini

i.Padang Memanah

15m x 90 m

ii.Bow Latihan

2 set

iii.Bow Pertandingan

2 set

iv.Arrow

2 dzn

v.Target Butts

1 unit6.Pemantauan

6.1Bagi tujuan memastikan program ini berjalan lancar; pemantauan dan penilaian akan dibuat dari masa ke semasa program ini berjalan. Segala kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki dan dilaksanakan pada tahun berikutnya.. Langkah ini adalah wajar untuk mengelak daripada kelemahan dan pembaziran.

7.Implikasi Kewangan

7.1Untuk menjayakan program ini, sejumlah RM 2000.00 diperlukan bagi membiayai pembelian peralatannya.

i. Arrow Alluminium2 dzn X RM 250.00

RM 500.00ii. Plastik Fletchers2 pack X RM 60.00

RM 120.00

iii. G Nock

2 pack X RM 40.00

RM 80.00iv. Long Stabilizer

2 unit X RM 250.00

RM 500.00

v. Short Stabilizer2 unit X RM 120.00

RM 240.00

vi. Finger Tab W&W2 unit X RM 120.00

RM 240.00

vii. Spinwing

4 packX RM 50.00

RM 200.00

viii. Arrow Rest

12 unit X RM 10.00

RM 120.00

___________

JUMLAHRM 2000.008.Penutup

8.1Setiap usaha yang baik dan sempurna akan membawa hasil yang memuaskan dan cemerlang. Adalah diharapkan dengan perancangan ini, serta komitmen dari semua pihak hasrat dan cita-cita akan tercapai.