bank islam

5
Bank Negara Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia terus mengukuhkan hubungan luarnya di peringkat antarabangsa dan serantau untuk memupuk kerjasama kewangan yang lebih rapat. Di peringkat serantau, dengan proses pengawasan ekonomi kekal sebagai tonggak agenda antarabangsa, langkah yang penting telah diambil untuk mempertingkatkan kerjasama ekonomi dan kewangan. Usaha ini tertumpu pada pengukuhan pembangunan institusi dan infrastruktur dan pembinaan kapasiti dalam perkhidmatan kewangan Islam, pasaran bon dan pengaturan pembiayaan. Inisiatif juga diambil untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dan membanteras pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Melalui peningkatan kerjasama serantau dalam pelbagai bidang ini, ia akan membentuk asas untuk merealisasikan potensi yang boleh terhasil daripada integrasi ekonomi dan kewangan yang lebih rapat di rantau ini. Di peringkat pelbagai hala, saranan dibuat agar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia menangani isu kepimpinan dan struktur tadbir urus dan keperluan untuk kajian semula kuota supaya mencerminkan dengan wajar sumbangan ekonomi dan suara negara Asia dalam sistem kewangan antarabangsa. Pengawasan Ekonomi Bank Negara Malaysia secara aktif menyertai proses pengawasan ekonomi dalam berbagai-bagai forum pelbagai hala dan serantau pada tahun 2005. Dalam forum pelbagai hala, isu pengawasan diperbincangkan pada mesyuarat IMF, Bank Dunia dan Bank for International Settlements (BIS). Pertimbangan dasar ditumpukan terhadap peranan rantau masing-masing dalam memastikan penyelesaian secara teratur bagi ketidakseimbangan global dan dalam mengurus risiko yang mungkin timbul akibat harga minyak yang tinggi. Adalah diakui bahawa semua negara anggota bertanggungjawab secara kolektif dalam memastikan pertumbuhan ekonomi global yang stabil dan lebih seimbang. IMF dan Bank Dunia akan memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kepaduan dan ketekalan sistem monetari, kewangan, dan perdagangan antarabangsa, dan dalam memupuk kerjasama antarabangsa bagi menangani cabaran ekonomi. Di peringkat serantau, Bank turut menyertai pelbagai inisiatif untuk membangunkan keupayaan pengawasan serantau yang berkesan yang melengkapi sistem yang sudah diterima pakai oleh institusi kewangan antarabangsa. Pengawasan ekonomi yang dijalankan di peringkat serantau merangkumi perkara yang diliputi pada Mesyuarat Eksekutif Bank-bank Pusat Asia Timur dan Pasifik (EMEAP), Bank-bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN), Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN),

Upload: shalany-vijayakumar

Post on 11-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BANK ISLAM

TRANSCRIPT

Page 1: Bank Islam

Bank Negara

Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia terus mengukuhkan hubungan luarnya di peringkat antarabangsa dan serantau untuk memupuk kerjasama kewangan yang lebih rapat. Di peringkat serantau, dengan proses pengawasan ekonomi kekal sebagai tonggak agenda antarabangsa, langkah yang penting telah diambil untuk mempertingkatkan kerjasama ekonomi dan kewangan. Usaha ini tertumpu pada pengukuhan pembangunan institusi dan infrastruktur dan pembinaan kapasiti dalam perkhidmatan kewangan Islam, pasaran bon dan pengaturan pembiayaan. Inisiatif juga diambil untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dan membanteras pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Melalui peningkatan kerjasama serantau dalam pelbagai bidang ini, ia akan membentuk asas untuk merealisasikan potensi yang boleh terhasil daripada integrasi ekonomi dan kewangan yang lebih rapat di rantau ini. Di peringkat pelbagai hala, saranan dibuat agar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia menangani isu kepimpinan dan struktur tadbir urus dan keperluan untuk kajian semula kuota supaya mencerminkan dengan wajar sumbangan ekonomi dan suara negara Asia dalam sistem kewangan antarabangsa.

Pengawasan Ekonomi

Bank Negara Malaysia secara aktif menyertai proses pengawasan ekonomi dalam berbagai-bagai forum pelbagai hala dan serantau pada tahun 2005. Dalam forum pelbagai hala, isu pengawasan diperbincangkan pada mesyuarat IMF, Bank Dunia dan Bank for International Settlements (BIS). Pertimbangan dasar ditumpukan terhadap peranan rantau masing-masing dalam memastikan penyelesaian secara teratur bagi ketidakseimbangan global dan dalam mengurus risiko yang mungkin timbul akibat harga minyak yang tinggi. Adalah diakui bahawa semua negara anggota bertanggungjawab secara kolektif dalam memastikan pertumbuhan ekonomi global yang stabil dan lebih seimbang. IMF dan Bank Dunia akan memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kepaduan dan ketekalan sistem monetari, kewangan, dan perdagangan antarabangsa, dan dalam memupuk kerjasama antarabangsa bagi menangani cabaran ekonomi.

Di peringkat serantau, Bank turut menyertai pelbagai inisiatif untuk membangunkan keupayaan pengawasan serantau yang berkesan yang melengkapi sistem yang sudah diterima pakai oleh institusi kewangan antarabangsa. Pengawasan ekonomi yang dijalankan di peringkat serantau merangkumi perkara yang diliputi pada Mesyuarat Eksekutif Bank-bank Pusat Asia Timur dan Pasifik (EMEAP), Bank-bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN), Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), ASEAN bersama Republik Rakyat China (RR China), Jepun dan Korea (ASEAN+3), dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). Antara inisiatif itu termasuk peningkatan dan integrasi mekanisme pengawasan ekonomi ASEAN+3 ke dalam rangka kerja Inisiatif Chiang Mai (CMI). Ini akan membolehkan pengesanan segera terhadap sebarang perkara yang luar daripada kebiasaan dan tindakan dasar pemulihan yang pantas. Ia juga untuk memudahkan pengaktifan peraturan swap dua hala (BSA) di bawah CMI, sambil pada masa yang sama mengelakkan sebarang bahaya moral.

Satu lagi bidang yang diberi keutamaan ialah pemantauan aliran rentas sempadan. Melalui Kumpulan Pakar SEACEN (KPS) mengenai Aliran Modal, Bank Negara Malaysia telah menyertai pertukaran maklumat mengenai aliran modal di kalangan anggota SEACEN. Semasa Mesyuarat Kelima KPS mengenai Aliran Modal yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2005, pembinaan model sistem amaran awal serantau bagi pertukaran arah aliran modal telah dibincangkan, bertujuan untuk menerima pakai model itu sebagai satu alat tambahan bagi kerja analisis data untuk Pusat SEACEN. Pembentukan sistem amaran awal pada tahun 2006 akan melengkapkan lagi aktiviti pemantauan yang bakal menjuruskan langkah penting ke hadapan dalam membuat penilaian mengenai perkembangan aliran modal serantau yang lebih baik.

Page 2: Bank Islam

Melalui forum EMEAP dan SEACEN, Bank Negara Malaysia meneruskan penyertaan aktifnya dalam perbincangan isu pengawasan ekonomi, inisiatif bagi pembinaan kapasiti dan latihan warga bank pusat. Memandangkan aliran modal adalah besar dan tidak menentu, liberalisasi kewangan dan peningkatan integrasi dengan pasaran global merupakan agenda terpenting dalam rangka kerja bagi kestabilan kewangan. Satu lagi bidang keutamaan ialah pembangunan sektor kewangan, terutamanya pelaksanaan dan impak rangka kerja kecukupan modal Basel II yang baru. Ini perlu diperkukuh dengan memantapkan kapasiti bank pusat dan bank perdagangan demi pelaksanaan Basel II secara berkesan. Untuk tujuan ini, Pusat SEACEN perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan untuk memudahkan pelaksanaan Basel II.

Hubungan Pelbagai Hala Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia terus menekankan tentang perlunya IMF dan Bank Dunia mencerminkan pandangan semua negara anggota. Antara isu yang ditekankan oleh Malaysia pada Mesyuarat Tahunan IMF/Bank Dunia pada bulan September 2005, termasuk keperluan suara yang lebih besar dan penyertaan negara sedang berkembang dan membangun dalam IMF dan Bank Dunia, setara dengan kekuatan mereka dalam ekonomi global yang sedang berubah. Malaysia menyatakan bahawa penekanan IMF dan Bank Dunia pada pembaharuan pada peringkat negara dan serantau perlu juga diiringi pembaharuan di peringkat antarabangsa. Berikutan itu, kemampuan menyediakan kepimpinan yang boleh mengimbangi secukupnya kepentingan negara maju dan membangun di peringkat global akan menentukan keberkesanan dan kerelevanan institusi kewangan antarabangsa. Pada masa yang sama, usaha pengawasan IMF perlu merangkumi inisiatif yang akan meningkatkan kapasiti institusi negara membangun dalam mengurus risiko dan keterdedahan mereka sambil mengekalkan kapasiti mereka sendiri untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan. Penekanan lanjut diberikan terhadap kepentingan meningkatkan perkongsian dan pembiayaan pembangunan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (MPM).

Untuk mencapai matlamat ini, Malaysia, sebagai penyumbang kepada Kemudahan Amanah Pengurangan Kemiskinan dan Pertumbuhan IMF, menyokong cadangan yang diperlukan untuk melancarkan Inisiatif Bantuan Hutang Pelbagai Hala (MDRI) dan Kemudahan Kejutan Luaran IMF. Objektif MDRI adalah untuk membantu melegakan bebanan hutang anggota IMF yang berpendapatan rendah yang layak, dan dengan itu membantu mereka mencapai MPM, sementara Kemudahan Kejutan Luaran akan membolehkan IMF menyediakan bantuan kewangan tepat pada waktunya kepada anggota berpendapatan rendah yang terjejas teruk oleh kejutan luaran.

Malaysia terus mengekalkan statusnya sebagai pemiutang bersih dalam IMF. Pada tahun 2005, Malaysia terus termasuk dalam Pelan Transaksi Kewangan (PTK) IMF bagi tempoh suku tahunan sehingga bulan Februari 2006. Di bawah PTK, anggota IMF terpilih (sehingga kini 47) yang mempunyai imbangan pembayaran dan kedudukan rizab yang kukuh mungkin dipanggil untuk menyediakan sumber pertukaran asing untuk menyokong operasi kewangan IMF. Malaysia menyambung semula status PTK IMF sejak bulan September 2002, selepas tidak berstatus PTK sejak tahun 1997.

Pada bulan November, Misi Artikel IV IMF melawat Malaysia untuk membincangkan dan menilai prestasi makroekonomi Malaysia dan isu dasar bagi tahun 2005 dan prospek bagi tahun 2006. Penilaian mereka mendapati bahawa daya tahan Malaysia untuk menghadapi kejutan terus bertambah baik. Mereka merujuk kepada pendekatan pragmatik yang diterima pakai oleh pihak berkuasa Malaysia dalam perumusan dasar makroekonomi dan kemajuan mantap dalam pelaksanaan pembaharuan struktur.

Page 3: Bank Islam

Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia juga giat menyertai mesyuarat yang dianjurkan oleh BIS. Isu penting yang dibincangkan pada mesyuarat itu termasuk reka bentuk dan operasi pembuatan keputusan dasar monetari, kerjasama bank pusat di rantau Asia-Pasifik, penyeliaan aktiviti kewangan, isu berkaitan ketidakseimbangan global dan kenaikan harga minyak yang ketara, dan implikasi keberhutangan sektor isi rumah. Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia membeli 220 saham daripada 35,933 saham tambahan yang ditawarkan untuk jualan pada bulan Januari 2005 oleh BIS kepada pemegang saham yang sedia ada. Dengan langganan ini, pemegangan saham Bank dalam BIS bertambah kepada 3,220 saham untuk mencakupi 0.6% daripada modal BIS yang bertambah.

Bank Negara Malaysia juga melangkah maju dalam kerjasamanya dengan Bank Pembangunan Islam (IDB) di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Malaysia dengan IDB pada bulan Jun 2004. Dua Mesyuarat Peringkat Tinggi diadakan pada tahun 2005 untuk membincangkan bidang kerjasama di bawah MoU itu. Bidang kerjasama ini termasuk mengukuhkan intraperdagangan dan pembangunan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) antara negara anggota Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC). Bidang kerjasama baru terus diterokai oleh pelbagai kumpulan kerja dan pasukan petugas yang ditubuhkan di bawah MoU itu. Kemajuan yang penting telah dicapai dengan pemeteraian Perjanjian Kemudahan Insurans Semula pada bulan Jun 2005 antara Perbadanan Islam bagi Insurans Pelaburan dan Kredit Eksport (ICIEC) dan Malaysia Export Credit Insurance Berhad (MECIB) yang bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan lebih banyak perdagangan dan pelaburan di kalangan negara anggota OIC. Di samping itu, pada bulan September 2005, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) menandatangani satu MoU dengan ICIEC untuk bekerjasama dalam membangunkan program untuk menggalakkan peluang pelaburan di negara anggota OIC.

Bank Negara Malaysia juga merupakan anggota Suruhanjaya Visi 1440H IDB. Peranan Suruhanjaya ini adalah untuk merubah IDB menjadi bank pembangunan unggul dan proaktif yang memiliki pengetahuan yang luas dan kecekapan dalam kesemua bidang terasnya, di samping responsif terhadap pelbagai keperluan rakyat negara anggota dan negara bukan anggota. Suruhanjaya ini menjadualkan pelancaran dokumen Visi 1440H IDB di Kuala Lumpur pada 23 Mac 2006.

Perjanjian Perdagangan Bebas Serantau dan Dua Hala

Rundingan perkhidmatan kewangan pusingan ketiga di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Perkhidmatan (AFAS) selesai dengan pemeteraian ‘Protokol untuk Melaksanakan Komitmen Pakej Ketiga mengenai Liberalisasi Perkhidmatan Kewangan’ oleh Menteri-Menteri Kewangan ASEAN di mesyuarat pada 6 April 2005 di Vientiane, Laos. Protokol itu menguatkuasakan komitmen liberalisasi yang dibuat oleh Negara Anggota ASEAN di bawah rundingan pusingan ketiga yang bermula pada tahun 2002. Komitmen itu melebihi jangkauan komitmen yang dibuat oleh Negara Anggota di WTO di bawah Perjanjian Am mengenai Perdagangan dalam Perkhidmatan (GATS), juga dikenali sebagai ‘komitmen GATS-plus’. Malaysia membuat komitmen GATS-plus dalam bidang khidmat nasihat pelaburan. Rundingan perkhidmatan kewangan pusingan keempat juga dilancarkan oleh Menteri-Menteri Kewangan ASEAN di mesyuarat mereka pada 6 April 2005. Pusingan itu dijangka selesai dalam tempoh tiga tahun.

Page 4: Bank Islam

Bank Negara Malaysia turut menyertai rundingan perkhidmatan yang sedang berjalan, antara lain, di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEANChina, FTA Malaysia-Australia dan FTA Malaysia-New Zealand. FTA dua hala Malaysia yang pertama ditandatangani dengan Jepun pada 13 Disember 2005 dan dikenali secara rasmi sebagai ‘Perjanjian Perkongsian Ekonomi Jepun – Malaysia’. FTA itu adalah komprehensif, merangkumi langkah-langkah liberalisasi, kerjasama dan kemudahan perdagangan dalam bidang barangan, perkhidmatan dan pelaburan. Malaysia dan Jepun bersetuju untuk menubuhkan ‘Kumpulan Kerja mengenai Perkhidmatan Kewangan’ di bawah FTA tersebut. Kumpulan Kerja ini akan menyediakan forum bagi pihak berkuasa pengawalseliaan kewangan di kedua-dua negara untuk bertukar-tukar pendapat mengenai isu kepentingan bersama yang berhubung dengan perkhidmatan kewangan.