banjir.docx

Upload: miez17

Post on 10-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tajuk : Pencemaran

Pencemaran dalam istilah umum ialah terdapatnya bahan-bahan pencemar seperti kebisingan yang menggangu deria telinga, bahan-bahan kimia, bau-bau yang busuk, air yang bercampur dengan bahan-bahan tidak larut, tanah-tanih yang berubah sifatnya disebabkan oleh perosak dan lain-lain lagi. Akhirnya ia akan memusnah dan mengancam kesihatan manusia, sumber alam, ekosistem dan menggangu keselesaan cara hidup.

Takrifan pencemaran yang lebih spesifik adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Secara amnya pencemaran di negara kita lebih terarah kepada beberapa bentuk pencemaran seperti berikut : Pencemaran udaraialahpembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalamatmosfera. Bahan-bahan pencemar ini termasuklahkarbon monoksida,sulfur dioksida,klorofluorokarbon(CFC),nitrogen dioksidayang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilangindustri. Pencemaran airadalahseperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik. Pencemaran tanahmerupakan peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat,hidrokarbondan racun serangga ke dalam tanah-tanih sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran bunyiyang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB. Pencemaran bauadalah disebabkan oleh pengeluaran bau-bau yang tidak menyenangkan deria hidung yang terjadi kerana proses perebutan atau tindak balas oksidasi bio, pengeluaran bau oleh bahan-bahan kimia tertentu atas sifat semulajadinya.Pencemaran berlaku sama ada kerana proses semula jadi ekosistem ataupun kerana faktor-faktor bencana alam dan juga yang disengajakan oleh manusia.

Pencemaran semulajadi ekosistem

Perubahan dunia sejak azali adalah kerana ianya digerakkan oleh pelbagai punca seperti angin, air, tumbuhan dan segala bentuk perubahan cakerawala. Ia lebih berbentuk universal dan semualajadi. Seperti pencemaran air lumpur yang disebabkan oleh banjir besar yang diakibatkan oleh hujan yang berterusan. Ia mungkin akan menyebabkan tanah runtuh. Disamping itu ia akan menyebabkan juga pencemaran kepada bau-bau busuk lantaran kehadiran sampah-sarap dan pelbagai bangkai haiwan serta kemusnahan tanaman.

Secara tidak langsung kemungkinan pencemaran tanah-tanih akan berlaku disebabkan oleh tumpahan bahan-bahan kimia yang menyebabkan berlaku perubahan fizikal terhadap kesuburan tanah-tanah.

Pencemaran ini biasanya tidak mampu ditangani oleh manusia, ia adalah satu fenomena alam dalam proses ekosistem yang berulang-ulang.

Namun demikian, manusia mampu untuk mengurangkan kejadian pencemaran seperti ini dengan mengurangkan aktiviti-aktiviti pembalakan dan penerokaan tanah yang tidak bersistem yang mengakibatkan kegondolan sebahagian kawasan tanah. Namun demikian, atas dasar pembangunan, kadang-kadang kita tersepit antara dua dilemma ini.

Pencemaran oleh aktiviti manusia

Aktiviti-aktiviti manusia sering menyebabkan berlakunya pencemaran-pencemaran yang tidak disengajakan atau yang disengajakan. Ianya berlaku kerana sikap manusia yang sering tidak mengendahkan kelastarian alam dan bersikap lepas tangan dengan mengharapkan orang lain pula untuk menjaganya.

Seperti perbuatan membuang sampah merata-rata akan menyebabkan beberapa implikasi. Ia akan menyebabkan pencemaran bau busuk jika ia dibiarkan dalam masa yang begitu lama. Selain itu ia mengundang pelbagai hidupan liar dan ungas serta tikus dan lipas untuk membiak. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan penyebaran pelbagai penyakit berjangkit.

Satu ketika dahulu, apabila kerajaan negeri Selangor menamatkan kontrak pungutan sisa pepejal daripada Alam Flora di Selangor, ia telah menimbulkan kekalutan dalam sistem pelupusan sampah. Banyak tempat-tempat terdapat longgokan sampah-sampah yang terbiar sehingga berhari-hari. Ini berlaku terutamanya di penempatan rumah-rumah pangsa yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Pencemaran bau ini telah menjejaskan kehidupan rakyat.

Khas untuk anda yang mempunyai anak-anak atau adik-adik dalam tingkatan 1- 3

Pelancaran Cikgu Matematik : Ke arah transformasi pembelajaran matematik sekolah menengah

Longgokan sampah-sampah ini jika ianya mengandungi bahan-bahan kimia terlarang, maka apabila dihanyut oleh air hujan atau sengaja disalirkan ke longkang-long atau sungai, maka akan terjadilah pencemaran air sungai. Akhirnya sungai-sungai dipenuhi oleh sampah-sarap.

Jika sungai-sungai dipenuhi oleh sampah-sarah, ia akan mengurangkan kandungan oksigen di dalam air. Tambah mengejutkan jika aliran air yang bercampur bahan-bahan kimia ini mengandungi racun yang boleh menyebabkan ikan-ikan mati.

Kejadian pencemaran ammonia ke atas sungai-sungai di Selangor baru-baru ini telah menyebabkan loji-loji rawatan air terpaksa dihentikan buat seketika. Dengan penutupan loji-loji ini maka akan menyebabkan ratusan ribu penduduk menghadapi masalah bekalan air mentah terawat.

Perbuatan lepas tangan ini juga akhirnya akan mengundang perubahan ekosistem dan mencacatkan pemandangan. Jika ianya berterusan akan menyebabkan imej sesuatu kawasan itu dipandang rendah. Secara tidak langsung ia akan menurunkan nilai hartanah di kawasan tersebut.

Dalam kita merancang pembangunan setempat atau peringkat nasional, kita tidak harus mengenepikan unsur-unsur pencemaran ini. Ini termasuklah pembinaan projek-projek insfrastruktur dan bangunan. Di samping itu pembinaan kawasan-kawasan industri juga haruslah diklasifikasikan mengikut bahan-bahan gunaannya serta barang-barang buanganya.

Dalam projek-projek pembinaan, sering mengabaikan aspek pencemaran. Ini termasuklah membiarkan sampah-sarap dan longgokan bahan-bahan binaan yang akan mengakibatkan takungan air. Ia adalah salah satu punca mengapa nyamuk aedes mudah membiak dan demam denggi tidak pernah turun dari carta penyakit-penyakit tropika bawaan nyamuk.

Pembuangan sisa-sisa pepejal dan juga bendalir kimia ke merata tempat maupun ke dalam longkang yang berakhir ke sungai-sungai oleh pihak indsustri haruslah ditangani dengan lebih sistematik. Kini kita sering dipaparkan dengan longkang-longkang besar dipenuhi dengan sampah sarap serta takungan minyak kotor terutamanya dari pusat-pusat servis kenderaan. Kesan daripada takungan minyak yang terus mengalir ini akan meninggalkan bau yang busuk.

Pencemaran bunyi pula sering berlaku di tempat-tempat industri dan tapak pengoperasian kuari di mana bahan-bahan letupan digunakan untuk memecahkan ketulan atau bongkah batu-batan. Kadang-kadang ianya dilakukan bukan di waktu yang ditentukan. Ia sering menggangu ketenteraman penduduk terutamnya jika kekerapan letupan tidak ditangani dengan betul oleh pihak penguasa.

Peleseran oleh pemandu-pemandu motorsikal dan kereta yang sering sengaja menguatkan bunyi jentera mereka apabila melalui sesuatu kawasan. Yang paling menjelekkan ialah kelibat anak-anak muda yang berlumba haram di mana tentunya akan saling menunjukkan kekuatan bunyi enjin kereta atau motorsikal. Dari segi keselamatan sudah tentunya akan membahayakan nyawa sendiri yang pengguna jalanraya.

Manakala pencemaran yang paling ketara dihadapi oleh penduduk Malaysia terutamanya di pantai barat Semenanjung ialah pencemaran udara. Selain daripada pelepasan karbon dioksisa dari asap kenderaan dan industri yang menjadi punca utama kepada kejadian pencemaran udara, pencemaran habuk jerebu yang didatangkan dari negara jiran, Indonesia terutamanya di waktu-waktu musim panas lebih mendatangkan kemudaratan kesihatan.

Bagaimanapun kedegilan Indonesia untuk menandatangani penjanjian pengekangan pembakaran terbuka terutamanya di kawasan ladang-ladang di Indonesiatelah mengundang kemarahan rakyat dari Malaysia dan Singapura. Dengan catatan IPU tidak sihat sudah cukup untuk memberi kita amaran tentang bahaya habuk jerebu ini kepada kesihatan.

Ia bukan sahaja memendekkan daya penglihatan, malah telah menjejaskan industri pelancungan dan pengurangan kedatangan pelancung. Malah banyak penerbangan antarabangsa dan domestik terpaksa dibatalkan.

Apakah langkah-langkah pencegahan

Antara langkah-langkah pencegahan ialah dengan menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat terhadap pelaku-pelaku pencemaran ini. Ia harus dilakukan bukan sahaja terhadap orang ramai malah di pihak industri.

Beberapa bulan yang kita dikejutkan dengan pencemaran air di Sungai Selangor yang mengakibatkan loji air dihentikan buat beberapa hari. Akhirnya didapati sebuah bengkel mencuci kenderaan perdagangan yang beroperasi di Rawang telah dengan sengaja melepaskan sisa-sisa minyak dan kotoran lain ke sungai. Akhirnya pengusaha tersebut telah dihukum denda yang tinggi.

Tempat-tempat pelupusan sampah haruslah mempunyai sistem pengaliran dan benteng penampan bagi mengelakkan bahan-bahan kimia yang terurai daripada proses pengoksidanan itu mengalir ke sungai-sungai berhampiran ataupun mencemarkan tanah-tanih di kawasan berhampiran.

Rakyat haruslah diberikan kesedaran dari masa ke semasa tentang pentingnya tanggungjawab bagi menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata. Ia adalah langkah pertama ke arah menjaga kelastarian setempat dan mendidik masyarakat agar mencintai alam. Langkah penguatkuasaan undang-undang haruslah dijalankan seperti di negara jiran, Singapura yang akan mendenda kepada sesiapa sahaja yang membuang sampah merata-rata.