bahasa melayu tahun 4 kertas 1

7
Kertas ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1. Ibu Firdaus tidak berkerja. Ibunya ialah _______ a) suri rumah b) tukang kebun c) tukang masak d) pembantu rumah 2. Mangsa - mangsa banjir di Kampung Binjai telah dipindahkan ke tempat yang selamat dengan menaiki _____ a) bot b) kuda c) basikal d) motosikal 3. Ayah sedang menebang ______ di belakang rumah. a) serai b) pokok c) lalang d) rumput 4. "Apabila mendengar arahan, ______ akan bertindak dengan pantas menuju ke tapak pertandingan," kata Basri. a) aku b) beta c) patik d) hamba 5. Sonata amat mengagumi sikap bapa ____ yang bertanggungjawab dan penyayang. a) ia b) dia c) -nya d) baginda 6. Sultan Kedah meraikan sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun pemerintahan _____. a) dia b) patik c) beliau d) baginda

Upload: felicia-j-nasip

Post on 20-Jul-2016

36 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Ujian pertengahan Semester 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Tahun 4 Kertas 1

Kertas ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

1. Ibu Firdaus tidak berkerja. Ibunya ialah _______a) suri rumahb) tukang kebunc) tukang masakd) pembantu rumah

2. Mangsa - mangsa banjir di Kampung Binjai telah dipindahkan ke tempat yang selamat dengan menaiki _____a) botb) kudac) basikald) motosikal

3. Ayah sedang menebang ______ di belakang rumah.a) seraib) pokokc) lalangd) rumput

4. "Apabila mendengar arahan, ______ akan bertindak dengan pantas menuju ke tapak pertandingan," kata Basri.a) akub) betac) patikd) hamba

5. Sonata amat mengagumi sikap bapa ____ yang bertanggungjawab dan penyayang.a) iab) diac) -nyad) baginda

6. Sultan Kedah meraikan sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun pemerintahan _____.a) diab) patikc) beliaud) baginda

7. Aktiviti _____ udang akan mendatangkan keuntungan yang lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.a) menternakb) mengurungc) menyimpand) mengumpul

Page 2: Bahasa Melayu Tahun 4 Kertas 1

8. Pak Salleh sanggup makan nasi ______ ikan kering sahaja untuk berjimat cermat.a) berlaukkanb) berkuahkanc) berulamkand) berlapikkan

9. Gary masih ______ dengan nyenyak walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12:00 tengah hari.a) tidurb) mimpic) bermaind) berehat

10. Nenek mengirimkan ikan pekasam ____ saya untuk disampaikan kepada Pak Su.a) darib) padac) kepadad) daripada

11. Ai Leng tidak pernah putus asa berusaha _____ mengejar cita-citanya.a) untukb) denganc) kepadad) terhadap

12. Cikgu Rohani berharap ____ketua kelas memastikan setiap peraturan dipatuhi oleh murid-murid yang lain.a) agarb) makac) supayad) sekiranya

13. Beberapa orang yang membaiki jambatan itu sedang berehat menikmati makanan yang disediakan.a) sertab) sambilc) supayad) sedangkan

14. " ________ sedihnya hati terkenangkan peristiwa lalu!" ujur Fatin.a) Cisb) Haic) Amboid) Aduhai

15. Rumah usang yang _____ malap itu sungguh mengerunkan kami.a) dicahayab) tercahaya

Page 3: Bahasa Melayu Tahun 4 Kertas 1

c) bercahayad) mencahaya

16. Majlis itu _____ oleh murid tahun enam sahaja.a) disertaib) diikutic) dilaluid) didapati

17. Datuk terpegun melihat bangunan di Kuala Lumpur yang ______.a) lebar-lebarb) tinggi-tinggic) gemuk-gemukd) pendek-pendek

18. Jalan di kawasan itu licin-lincau selepas hujan. ______ kita mestilah berhati-hati ketika melaluinya.a) Sejak itub) Selain ituc) Namun begitud) Oleh hal yang demikian

19. Emak telah membentangkan dua ______ permaidani berwarna merah.a) tongkolb) bidangc) rawand) buah

20. Bahagian ______ adik perlu diperiksa oleh doktor kerana pedih dan tidak tahan akan cahaya.a) buah hatib) deria rasac) anak matad) darah daging

21. Pengantin lelaki itu kelihatan segak dengan sepasang baju songket berserta tengkolok.a) lawab) molekc) tampand) comel

22. Salim senang sahaja menjawab soalan Matematik itu.a) susahb) mudahc) entengd) sederhana

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

Page 4: Bahasa Melayu Tahun 4 Kertas 1

23. Siapakah yang merasmikan Karnival Borong Sakan itu?a) Karnival akan merasmikan Borong Sakan itub) Karnival Borong akan dirasmikan oleh Sakan.c) Karnival Borong Sakan ibu baharu sahaja dirasmikand) Jika tidak silap, Perdana Menteri yang akan merasmikannya.

24. Adakah kamu yang menconteng buku ini?a) Saya tidak buku apa yang conteng itu.b) Ya, sayalah yang menconteng buku itu.c) Saya tidak pasti individu yang menconteng buku itu.d) Tidak, Vijay yang membalut buku yang berconteng itu.

25. Mengapakah ayah memarahi abang?a) Benar,ayah memarahi abang semalam.b) Ayah memarahi abang kerana dia sering pulang lewat.c) Bukan ayah memarahi abang tetapi ibu.d) Ayah sudah lama hendak memarahi abang.

Pilih soalan yang paling sesuai bagi ayat yang diberi.

26. Tidak apa, terima kasih.a) Di manakah awak tinggal?b) Boleh kah saya membantu awak?c) Siapakah yang bersalah dalam hal ini?d) Bilakah kita akan dapat bertemu lagi?

27. Pemungut buah kelapa sawit itu dibaham harimau semalam.a) Bilakah pemungut buah kelapa sawit itu dibaham harimau?b) Harimau apakah yang membaham pemungut buah kelapa sawit itu.c) Siapakah pemungut buah kelapa sawit itu dibaham harimau?d) Pukul berapakah harimau itu membaham pemungut buah kelapa

sawit itu?

28. Ya, saya yang menelefon kamu semalam.a) Mengapakah kamu menelefon saya semalam?b) Betulkah kamu yang menelefon saya semalam?c) Apakah yang terjadi pada telefon rumah kamu semalam?d) Bagaimanakah kamu pasti dia tidak menelefon saya semalam?

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

29. I Basikal ini jika dijaga dengan baik akan tahan lama. II Buah Limau kasturi ini tahan jika di makan selalu. III Bekalan makanan untuk mangsa banjir itu tahan untuk tempoh seminggu. IV Pekerja itu nekad untuk berhenti kerja kerana tidak tahan dimarahi majikan.

Page 5: Bahasa Melayu Tahun 4 Kertas 1

a) I, II dan IIIb) I, II dan IVc) I, III dan IVd) II, III dan IV

30. I Nenek kelihatan sempit apabila semakin berusia. II Rumah baharu yang didudukinya agak sempit untuk mereka sekeluarga. III Oleh sebab pengetahuannya dalam sejarah sempit, dia tidak dapat menjawab soalan itu. IV Orang berfikiran sempit tidak mudah menerima pendapat orang lain.a) I, II dan IIIb) I,II dan IVc) I, III dan IVd) II , III dan IV

31. " Ibu sudah balik!" jerit Halina Kegirangan.a) Ibu Harlina sudah balik dengan gembirannya.b) Halina menjerit kerana dapat berjalan-jalan dengan ibunya.c) Halina menjerit kegembiraan menyambut kepulangan ibunya.d) Halina dengan perasaan yang gembira menyuruh ibunya pulang.

32. Kereta yang baharu dibasuh oleh ayah kelihatan bersih sekali.a) Ayah baharu sahaja membasuh kereta yang telah bersih itu.b) Kereta baharu ayah itu kelihatan bersih sekali kerana baharu.c) Kelihatan bersih kereta baharu dicuci oleh ayah.d) Kereta baharu itu kelihatan bersih kerana dibasuh oleh ayah.

33. Setiap petang ibu Anita akan pergi ______ di taman permainan.a) ada bakatb) pilih kasihc) ibu angkatd) ambil angin

34. Pesawah itu sungguh ______ tentang pelajaran anak-anaknya walaupun hidupnya miskin.a) ambil beratb) ambil anginc) minta nyawad) muka tembok

35. Pelajar yang ___ sering dirotan oleh guru.a) ibu angkatb) ambil beratc) kepala batud) muka tembok

Jawab soalan 36-40 berdasarkan petikan di bawah.Imai tinggal di kampung Paris, Sabah. Ayahnya, Pak Banah, seorang

nelayan. Dia menangkap ikan di Sungai Kinabatangan. Pak Banah ke sungai pada waktu pagi dengan sampan. Pak Banah menangkap ikan menggunakan jala dan bubu. Hasil sungai yang diperoleh termasuklah ikan keli dan udang galah. Ikan itu dijual oleh Pak Banah di pasar tamu. Pak Banah juga membuat bubu. Dia menjualnya di pasar tamu.

Bubu ialah sejenis alat untuk menangkap ikan. Bubu diperbuat daripada buluh. Bentuknya seperti bakul. Ikan tidak dapat keluar sekiranya memasuki bubu.

Page 6: Bahasa Melayu Tahun 4 Kertas 1

36. Apakah pekerjaan ayah Imai?a) Doktor b) Nelayanc) Polisd) Petani

37. Di manakah Pak Banah menangkap ikan?a) Lautb) Padangc) Pasard) Sungai kinabatangan

38. Apakah yang digunakan oleh Pak Banah untuk menangkap ikan? a) jala dan bubub) pukatc) keretad) pancing

39. Di manakah Pak Banah menjual ikan dan bubu?a) Hospitalb) Pasar tamuc) Rumahd) Stesen bas

40. Apakah bubu?a) Alat untuk menangkap ikanb) Sejenis keretac) Jalad) Rumah