bahasa melayu tahun 2008

29
Pendahuluan Pengajaran Sastera Melayu telah diperkenalkan tahun 1957 dan merupakan mata pelajaran pada peringkat sekolah menengah sahaja. Kurikulum kesusasteraan Melayu bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Selain itu, kurikulum Kesusasteraan Melayu disemak semula selaras dengan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu. Penggunaan sastera dalam Bahasa Melayu telah memperluaskan lagi pengetahuan pelajar dalam penggunaan bahasa. Melalui bahan sastera pelajar didedahkan bahan yang berupa karya agung berbentuk sastera kerana bahan seperti ini karya penggunaan bahasa mengikut situasi dan konteks tertentu. Bahan yang digunakan dalam Pengajaran Bahasa Melayu perlu dipelbagaikan untuk memperkembangkan pengetahuan pelajar. Selain dari mata pelajaran Kajian Tempatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Sivik, Pengajaran sastera juga harus diberi perhatian. Sesungguhnya, bahan sastera mengandungi banyak unsur dan nilai yang sejagat yang sangat membantu dalam proses penerapan ilmu di kalangan pelajar. 1

Upload: rendrs

Post on 13-Jun-2015

616 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Tahun 2008

Pendahuluan

Pengajaran Sastera Melayu telah diperkenalkan tahun 1957 dan merupakan

mata pelajaran pada peringkat sekolah menengah sahaja. Kurikulum

kesusasteraan Melayu bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi

intelek,rohani,emosi dan jasmani. Selain itu, kurikulum Kesusasteraan Melayu

disemak semula selaras dengan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu.

Penggunaan sastera dalam Bahasa Melayu telah memperluaskan lagi

pengetahuan pelajar dalam penggunaan bahasa. Melalui bahan sastera

pelajar didedahkan bahan yang berupa karya agung berbentuk sastera

kerana bahan seperti ini karya penggunaan bahasa mengikut situasi dan

konteks tertentu.

Bahan yang digunakan dalam Pengajaran Bahasa Melayu perlu

dipelbagaikan untuk memperkembangkan pengetahuan pelajar. Selain dari

mata pelajaran Kajian Tempatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Sivik,

Pengajaran sastera juga harus diberi perhatian. Sesungguhnya, bahan

sastera mengandungi banyak unsur dan nilai yang sejagat yang sangat

membantu dalam proses penerapan ilmu di kalangan pelajar.

Pemilihan dan proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan untuk

pengajaran. Pemilihan bahan haruslah releven dengan objektif pengajaran

bertujuan meningkatkan tahap pencapaian kemahiran pelajar. Penggunaan

sumber dalam pengajaran Bahasa Melayu amat meluas kerana setiap bahan

mengandungi unsur-unsur pengajaran. Walau pun begitu, pemilihan bahan

haruslah bersesuaian dengan kemahiran pengajaran yang disampaikan.

1

Page 2: Bahasa Melayu Tahun 2008

Soalan 1

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia untuk

menjana minda, rohani dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan

budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing kearah pembinaan insan

bestari maka wajar penggunaan bahan sastera dalam bahasa Melayu perlu

diaplikasikan. Menurut Hasim Awang(1985), “sastera merupakan seni

disampaikan melalui bahasa dan satera juga mampu membina tamadun

sesuatu bangsa.”

Sehubungan itu, Kesusasteraan Melayu dalam konteks pembelajaran

merupakan karya asal yang ditulis dalam Bahasa Melayu yang mengandungi

keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk cerpen, pantun, puisi, novel

drama dan sajak.

1. Nilai

Nilai kemanusian yang dikenali sebagai nilai murni atau nilai moral yang

bermaksud sesuatu perbuatan atau tingkalaku positif yang diamalkan dalam

kehidupan harian. Penyerapan nilai kemanusian dalam pendidikan

Kesusateraan Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki

akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai kemanusian

bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan

berkeperibadian mulia.

Penghayatan nilai-nilai murni dan pengajaran bahan sastera dapat

disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti berlakon, deklamasi sajak, teater

dan syair. Sebagai contoh Buku Sastera “Hikyat Hang Tuah” telah dilakonkan

semula oleh allahyaraham Tan Sri P.Ramlee telah memberi gambaran

sebenar peristiwa isi buku sastera tersebut.

2

Page 3: Bahasa Melayu Tahun 2008

2. Bahasa Kiasan

Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa Melayu adalah untuk

membantu penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar. Bahan sastera

yang digunakan perlu diambil kira dari segi penggunaan bahasa, penerapan

nilai dan struktur yang digunakan. Sebagai contoh bahasa kiasan adalah

bentuk bahasa yang menerangkan sesuatu kiasan kepada perkara lain sama

ada menyebutkan atau membuat perbandingan.

Contoh.

Bahasa kiasan menyebut perbandingan

i. Tinggi seperti gala

ii. Badanya besar seperti gajah

iii. Cantik seperti bidadari

3. Ragam Bahasa

Ragam bahasa ialah ciri bahasa tertentu digunakan agar pendengar dapat

menghayati secara berkesan isi cerita tersebut. Berikut adalah contoh-contoh

ragam bahasa.

Bahasa sindiran

Perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak di

sebut secara langsung kepada orang yang dituju.

Contoh:

Aku seorang saja yang bekerja bagai nak mampus di sini.

(Menyindir orang lain yang malas bekerja)

3

Page 4: Bahasa Melayu Tahun 2008

Bahasa mengait

Bahasa yang mengusik dan kadang bergurau.

Contoh:

Ada hati juga orang tuan ni!

Bahasa mengejek

Bahasa yang mengatakan seseorang dengan gaya yang mengajukan

keburukan serta mempermain-mainkan.

Contoh:

Hai, inikah yang dikatakan kawan baik!

Bahasa Terbalik

Perkataan-perkataan yang menpunyai maksud yang berlawan daripada apa

yang dikatakan tetapi masih boleh difahami.

Contoh:

Hai, lain kali buatlah bising lagi.

4. Struktur

Penggunaan bahan sastera mempunyai struktur seperti tema, persoalan,

watak dan perwatak, plot gaya bahasa, latar nilai. Setiap bahagian ini perlu

dipelajari oleh murid untuk membolehkan murid menerokai bidang yang luas

dalam penggunaan bahasa. Penerangan mengenai setiap struktur bahan

sastera yang digunakan dijelaskan di bawah :

Tema

Tema ialah persoalan peratama dalam sesebuah karya sastera dan

terungkap secara langsung dan tidak langsung.

4

Page 5: Bahasa Melayu Tahun 2008

Persoalan

Permasalahan yang diketengahkan dalam sesbuah karya dan ada hubung

kait dengan tema.

Watak

Orang yang memegang watak utama dalam sesebuah karya.

Plot

Susunan peristiwa yang menggerakkan cerita berdasarkan sebab dan akibat.

Latar

Latar ialah latar belakang sesebuah karya sastera. Latar mengandungi

pelukisan masa, tempat, dan keadaan masyarakat yang melingkungi cerita.

5

Page 6: Bahasa Melayu Tahun 2008

Soalan 2

Teknik pengajaran kesusasteraan Melayu sangat penting untuk

menghidupkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan berkesan.

Antara teknik dan aktiviti yang sesuai dengan pengajaran pembelajaran

kesusasteraan Melayu adalah seperti berikut :

Lakonan

Lakonan ialah satu proes pembelajaran yang mampu mengembangkan aspek

sossial, fizikal, intelek dan bahasa pelajar. Teknik lakonan juga memberi

peluang kepada pelajar mencuba bakat melalui gabungan aksi dan gerak

berdasarkan dialog.

Berikut ialah contoh pengajaran lakonan dalam penggunaan bahan sastera :

Rujukan : Modul Buku Sastera Sekolah Kebangsaan Tahun 5

Tajuk Buku : Mentari Kembali Bersinar

Bab : Dugaan dan Cabaran

Penulis : Suziana Che Wil

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

1. Guru meminta murid-murid

membaca petikan bab 2 dalam

masa 10 minit.

1. Membaca petikan dengan

senyap.

2. Bersoal jawab tentang isi petikan. 2. Murid memberi respon.

3. - Guru melantik dua orang murid

melakonkan dialog.

- Memberi peluang kepada murid

untuk mencuba melakonkan

dialog.

3. Murid lain mendengar dengan

teliti.

4. Guru membuat kesimpulan isi

pelajaran.

4. Murid mendengar.

6

Page 7: Bahasa Melayu Tahun 2008

Amin

Ayah

Amin

Ayah

Amin

Ayah

Amin

:

:

:

:

:

:

:

Ayah ke mana tadi?

Ayah pergi ke rumah Tok Ayub mencari pekerjaan.

Ada kerjakah?

Ada. Menyirat jala dan tampal perahu.

Amin tolong ayah nanti.

Mak engkau mana?

Ada di dapur sedang menjerang air.

Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru

1.

2.

3

4.

Mengapakah ayah Amin Ke rumah Tok Ayub?

Apakah pekerjaan yang ditawarkan oleh Tok Ayub?

Mengapakah Amin ingin membantu ayahnya?

Apakah yang menyebabkan ayah Amin mencari pekerjaan pada musim

tengkujuh?

7

Page 8: Bahasa Melayu Tahun 2008

Teater Bercerita

Tajuk : Mentari Kembali Bersinar (SUZIANA CHE WIL)

Bab : Bab 1 Musim Tengkujuh

Teknik ini membolehkan pelajar mengaplikasikan bahan cerita yang dibaca

dalam bentuk lakonan secara spontan.

Bahan Rujukan : Modul Buku Sastera Sekolah Kebangsaan Tahun 5 (PPK)

1.

2.

3.

4.

Pelajar membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan gambaran

umum kandungan bab 1.

Guru mengedarkan teks bacaan kepada pelajar yang terlibat sebagai

pencerita.

Guru menyebut nama pelajar melakonkan aksi yang telah dibaca. Setelah

selesai. Pelajar lain akan menyambung lakonan seterusnya.

Pelajar lain membuat catatan nama watak. tempat kejadian, nilai murni, isi

penting untuk tujuan perbincangan.

Soalan-soalan lisan

1.

2.

3.

4.

5.

Namakan watak-watak yang terlibat dalam cerita bab 1 dalam buku

“Mentari Kembali Bersinar”?

Di manakah peristiwa ini berlaku?

Apakah pekerjaan bapa Amin?

Mengapakah Amin hendak membantu ayahnya?

Apakah sikap baik yang dimiliki oleh Amin?

8

Page 9: Bahasa Melayu Tahun 2008

Kerusi Panas

Teknik ini adalah berupa penghayatan terhadap perwatakan yang dilakonkan.

Pelakon yang melakonkan sesuatu watak akan disoal oleh ahli dalam

kumpulan untuk mendapatkan penjelasan dengan teliti .

1.

2.

3.

4.

5.

Guru mengedarkan teks bacaan kepada setiap kumpulan.

Ahli kumpulan membaca teks bacaan secara bergilir-gilir.

Ketua kumpulan membahagikan watak kepada ahli-ahli kumpulan.

Wakil kumpulan yang memegang watak tampil ke hadapan membuat

persembahan.

Ahli kumpulan mengemukakan soalan untuk mendapatkan maklumat.

Petikan.

Di dalam sebuah hutan,ada seekor Sang Kecil.Setiap hari Sang Kecil akan

mencari makanan di sekitar hutan.Sang Kecil itu mempunyai seekor anak

yang amat nakal.Anak Sang Kecil ini bukan sahaja malas mencari makanan

tetapi juga suka tidur.

Pada suatu hari,anak Sang Kecil mencari-cari ibunya.Setelah puas berusaha

mencari ibunya,Anak Sang Kecil keletihan danmerasa terlalu lapar.Anak sang

Kancil pun menangis sambil memegang perutnya yang sakit.Tiba-tiba dia

terjumpa dengan seekor monyet lalu monyet itu bertanya mengapa anak

Sang Kecil itu menangis.Anak Kancil memberitahu bahawa dia sedang

mencari ibunya dan tersesat.

Monyet mengajak anak kancil itu mengikutnya untuk mencari ibu anak kancil

itu.Tidak lama kemudian mereka menemui ibu kancil yang kerisauan mencari

anaknya. Ibu Sang kancil amat gembira menemui semula anaknya dan

9

Anak Kancil Kehilangan Ibu

Page 10: Bahasa Melayu Tahun 2008

mengucapkan terima kasih kepada monyet itu.

Soalan-soalan yang dijangka ditanya oleh murid

1.

2.

3.

4.

5.

Di manakah anak kancil itu tinggal?

Ke manakah ibu kancil itu pergi?

Bagaimanakah sikap anak kancil itu?

Siapakah yang menolong anak kancil itu?

Bagaimanakah keadaan ibu kancil ketika mencari anaknya?

10

Page 11: Bahasa Melayu Tahun 2008

Soalan 3

Teater Bercerita

Rancangan Pengajaran ini diubahsuai daripada rancangan pengajaran harian

yang telah disediakan oleh Cikgu Khabrin S. Idris yang mengajar di Sekolah

Kebangsaan Ladang Sapong, Tenom.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas : Tahun 5

Tarikh : 14 Februari 2008

Hari : Khamis

Masa : 9.30 – 10.30 pagi

Kemahiran : 11.3 Aras 1 (ii)

Mengenal pasti watak dan perwatakan yang terdapat

dalam teks.

11.3 Aras 1 (iii)

Memberi pandangan tentang watak dan perwatakan

yang terdapat dalam teks.

Objektif : Diakhir pelajaran ini murid-murid dapat

Menyampaikan cerita dengan sebutan, intonasi dan

penghayatan yang terdapat dalam teks.

Sistem bahasa : Kata Banyak Makna

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Sastera

Pendidikan Moral

Nilai Murni : Baik hati

Berdikari

Hemah tinggi

11

Page 12: Bahasa Melayu Tahun 2008

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Guru mengarahkan murid-murid duduk dalam separuh bulatan.

Guru mengagihkan teks bacaan kepada murid.

Murid bercerita dengan menggunakan intonasi, sebutan dan penghayatan

yang betul.

Murid menceritakan teks bacaan mengikut giliran yang disebut oleh guru.

Murid bersoal jawab tentang cerita yang dilakonkan.

Murid menyatakan tema cerita.

Murid meramal kesudahan cerita.

Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.

Refleksi Pengajaran

12

Page 13: Bahasa Melayu Tahun 2008

13

L A M P I R A N

TEKS CERITA

TAJUK:SAYANG SERINDIT

BAB: 4TERJATUH DARI POKOK

Page 14: Bahasa Melayu Tahun 2008

14

Terjatuh Dari Pokok

Seperti biasa Marzuki bangun tidur lalu pergi mandi dan

bersembahyang.Selepas bersebahyang dia bersandar pada belakang

katilnya.Sambil itu dia terkenang kembali mimpinya malam itu.Ia terasa seakan-

akan benar berlaku di hadapan matanya.Cuma dia berasa hairan kenapa

burung itu mesti datang dengan anaknya yang banyak kemudian,pergi

membawa anak-anaknya sekali?

Keadaan di luar telah semakin cerah dan hingar-bingar dengan kokokkan ayam

dan kicauan burung. Paling ketara ialah kicauan burung murai dari atas pokok

nangka di hujung biliknya.Kemudian,dia terdengar suara burung kelicap yang

terbang ke pokok pisang abu di belakang rumahnya.Burung itu menyedut madu

bunga pisang dengan paruhnya yang tirus panjang dan melengkung itu.

Dia cuba mendengar-dengar kalau ada suara burung serindit,tetapi tidak

kedengaran.Hari masih terlalu awal lagi.Hanya suara burung merbah yang

banyak kedengaran di hujung kampung dekat hutan pokok tahi ayam.Burung

merbah suka makan buah pokok tahi ayam yang berwarna hitam,tetapi manis

dan berpalut itu.Marzuki tidak tahu bahawa burung serindit tidak keluar pada

waktu pagi.Namun dia tetap berharap.

Page 15: Bahasa Melayu Tahun 2008

15

“Cip, cip,cip”Marzuki meniru memanggil anak burung itu.

Tiada jawapan.hanya kicauan burung murai,kelicap dan merbah yang

kedengaran.Sambil itu di kejauhan kedengaran suara burung bubut

menyahut memanggil hujan.Kemudian,jauh di puncak bukit di belakang

kampong kedengaran pula suara burung terbang rumah mak

mertua.Suaranya dimulai satu…satu bunyi seperti orang menebang tiang

rumah.Kang ! kan! Bunyi itu semakin lama semakin kerap kemudian diikuti

bunyi derumannya.Kemudian burung itu tertawa seperti orang dewasa

tertawa. “Kah ! kah ! kah!”

Lama juga burung tukang itu senyap kemudian menebangnya

semula.Demikian bunyi itu berulang-ulang.Bunyi itu hanya diam apabila hari

telah meninggi panas dan mulai terasa panas. Bunyi burung itu sudah lali di

telinga Marzuki.Bunyinya sama seperti bunyi yang telah biasa di

telinganya,iaitu bunyi sang ungka di tengah gunung.

Marzuki masih belum puas hati.Dia turun ke halaman rumah sambil

memerhati sekelilingnya.Dia menghirup udara segar di kampung.Dia masih

tercari-cari anak burung serinditnya itu.

“Cip, cip, cip”dia meniru bunyinya memanggil anak burung itu.

Page 16: Bahasa Melayu Tahun 2008

16

Dia pun tidak mendengar jawapannya.Dia mendapakan tangannya lagi

Sambil menyedut udara segar disekelilingnya. Sambil matanya tetap

meliar.Hari telah semakin meninggi dan dia masih berharap.

“Marzuki,emak dengan ayah kamu nak pergi ke pekan.Kamu tunggu rumah

ya. kalau nak bersarapan, mak dah siapkan di bawah tudung saji tu,”

kedengaran suara Mak Cik Suriani datang menjengah di tingkap.

“Baiklah, emak,” sahut Marzuki.

“Ada apa-apa yang kamu nak pesan,boleh ayah belikan?” Pak Cik Harun

bertanya.

“Tak ada apa,ayah.Cuma kalau ayah singgah di kedai buku,bolehlah ayah

belikan buku cerita untuk Marzuki,” kata Marzuki.

“Baiklah.Nanti ayah belikan,”kata Pak Cik Harun sambil memeriksa basikalnya

di bawah rumah.Dia memastikan basikalnya berkunci sebelum ditinggalkan.

Pak Cik Harun dan Mak Cik Suraini pergi ke pekan dengan menaiki bas.Dia

bercadang hendak menemui pariah buah-buahan yang telah biasa

dengannya.Dia ingin menjual buah rambutan yang telah menguning dan buah-

buahan mempelam yang telah tua dan mulai masak di kebunnya.Dengan

mendapatkan peraih lebih awal,Pak Cik Harun berharap akan mendapat harga

yang lebih baik.

14

Page 17: Bahasa Melayu Tahun 2008

17

Marzuki masih duduk di luar. Dia duduk di atas pangkin di bawah

Pokok ceri. Sambil itu matanya terus meliar memerhati keadaan

sekeliling.Sesekali dia memandang ayahnya dan ibunya yang sedang

menunggu bas di muka jalan masuk rumahnya.Dia masih mengharap anak

burung serindit itu muncul dan kalu boleh hinggap di atas tangannya lagi.

Kalau boleh biarlah anak burung itu selalu mengunjunginya.

Setelah beberapa lama duduk di pangkin itu, Marzuki ke rumahnya

semula.Dia bersarapan. Ada kuih apam dan air kopi yang telah hampir sejuk

di bawah tudung saji di atas meja makan. Kemudian, Marzuki memasang

televisyen. Namun, siarannya tidak dapat menarik perhatiannya

langsung.Ingatannya masih pada anak burung serindit itu juga.

Hari sudah lewat tengah hari. Emak dan ayah Marzuki masih belum pulang

lagi.Selepas sembahyang zohor,Marzuki bercadang untuk pergi ke kebun

ayahnya. Dia teringatkan tempat anak burung itu ditemui.Dia ingin pergi ke

sana untuk melihatnya.dia percaya anak burung itu ada di sana.Dia pergi

menutup tingkap dan mengunci pintu rumahnya.Dia turun ke bawah lalu

mencapai basikalnya.Dia mengelilingi rumah itu sebelum meneruskan

perjalanannya menuju ke kebun buah-buahan ayahnya.

Sampai sahaja di kebun,Marzuki terus meletakkan basikalnya di tepi

pondok.Dia sandarkan basikalnya pada tiang pondok itu.Dia menuju ke

pangkal pokok tempat ditemui anak burung seminggu yang lalu.

Page 18: Bahasa Melayu Tahun 2008

18

Dia berharp akan dapat menemui sesuatu di sana.Dia menjengah ke

sana -sini, tetapi anak burung itu tetap tidak kelihatan.Marzuki duduk dan

bersandar pada sebatang pokok mempelam.Dia memandang ke arah buah

mempelam yang lebat itu.

Entah bagaimana tiba-tiba sebiji buah mempelam gugur di hadapannya.Buah

sudah masak dengan warna kuning keemasan.Dia mencapai buah itu lalu

digigitnya.Sedap dan manis sekali rasanya.Marzuki makan dengan

lahapnya.Namun sebiji mempelam memang tidak cukup.Ada banyak lagi buah

yang menguning di atas pokok.Marzuki ingin mendapatkannya lagi.Dia mencari

galah yang selalu ayahnya gunakan.Tiada galah di tempat yang biasa

diletakkan.

Puas di carinya ke serata ceruk tetapi tidak bertemu.Marzuki percaya tentu

ayahnya telah menyorokkan galah itu daripada budak-budak nakal yang

mungkin akan mencuri buah-buahan tersebut.Dia melangut ke atas.Geramnya

bukan kepalang melihat banyak buah yang telah masak.Seperti selalu,Marzuki

ingin memanjat sahaja pokok tersebut.Batangnya pun tidak lah sebesar sangat

dan pokoknya tidak pula terlalu tinggi.

Marzuki menanggalkan seliparnya lalu memanjat pokok mempelam epal itu.dari

satu dahan ke satu dahan dicapainya lalu samapai ke atas.Terasa juga gayatnya

apabila berada di atas pokok.Semasa berada di atas pokok,dilihatnya ada

banyak lagi buah yang telah masak ranum.Geramnya tidak terkira.Dia mencapai

gugusan buah yang hampir dengannya. Bau wangi buah itu cukup

menyelerakan.Itulah buah mempelam epal yang pokoknya berusia lebih dua

puluh tahun.

16

Page 19: Bahasa Melayu Tahun 2008

19

Dia memasukkan buah itu ke dalam poket. Baik aku ambil lagi untuk

dibawa pulang,fikiran Marzuki apabila melihat buah yang telah banyak masak

itu. Apabila hendak mencapai buah yang agak besar di hadapannya,tiba-tiba…

“Praap,bbum!” Marzuki terpijak dahan yang telah mati dan reput. Bedebub! Dia

terjatuh ke tanah.

“Aduh,aduh!” Marzuki seorang diri. Dia mengaduh kesakitan. Dia memegang

kakinya dan cuba banun tetapi kakinya terasa sengal dan jatuh terjelepok

semula.kakinya terasa amat perit dan buntutnya pula sakit sekali. Dia jatuh

dengan kakinya terlibat ke bawah buntut. Dia mengalami kecederaan.

Marzuki cuba menyentuh kakinya yang terasa perit itu. Dia nampak ada kesan

merahnya di sana. Dia mengaduh lagi apabila sakitnya cukup terasa. Dia cuba

bangun menuju ke pondok tetapi kakinya terlalu sakit. Dia sudah tidak boleh

bangun lagi. Kakinya mencengkam dan berdenyut-denyut tetapi apabila

diperhatikan tidak pula kelihatan lukanya.

“Tolong!” Marzuki menjerit meminta tolong.Suaranya lemah kerana menahan

kesakitan.Mukanya berkerut.Kemudian,dia mengerang kesakitan yang teramat

sangat.Dia terus sudah tidak mampu untuk menjerit lagi.

Marzuki tersandar di pangkal pokok itu.Dia sudah tidak boleh bergerak.Tidak

pula ada sesiapa pun di situ yang diharap dapat menolongnya.Jeritannya pula

tidak didengari orang.

Page 20: Bahasa Melayu Tahun 2008

20

“Aduh,sakitnya”, keluh Marzuki membelek kakinya.Air matanya mula

meleleh kerana tidak tertahan sakitnya.

“Cip, cip, cip,” anak burung itu berbunyi lagi.

“Cip, cip,cip,”Marzuki mengajuknya. ”Wahai serindit yang baik hati,marilah

turun ke sini! Aku sedang sakit nie,”seru Marzuki.

Tiba-tiba seekor burung serindit mengepak – ngepak sambil melayang turun

hinggap di atas bahunya. Marzuki kehairanan apabila melihat rupa burung itu

sudah berlainan.Bulunya sudah penuh dan saiznya sama dengan burung-

burung dewasa yang lain. Oh,anak burung itu telah pun dewasa! Fikirnya..

18

Page 21: Bahasa Melayu Tahun 2008

Penutup

Penggunaan bahan sastera dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dapat memberi peluang kepada pelajar menerokai kepelbagaian bentuk

bahasa digunakan dalam pembelajaran. Keadaan ini dapat menimbulkan

keseronokan semasa pembelajaran. Penggunaan bahan hendaklah disokong

kuat minat dan bakat guru dalam mengerakkan hala tuju pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu agar objektif Pengajaran Bahasa Melayu dapat

dicapai.

21

Page 22: Bahasa Melayu Tahun 2008

Rujukan

HBML 1103 Pengenalan pendidikan Bahasa Melayu

Nov 2007 oleh Dr.Ali Mahmood OUM

Buku Modul Pengajaran Sastera Sekolah Kebangsaan Tahun 5

Tajuk Buku:Mentari Kembali Bersinar

Pusat Perkembangan Kurikulum 2007

Bukun Modul Pengajaran Sastera Sekolah Kebangsaan Tahun 5

Tajuk Buku: Sayang Serindit

Pusat Perkembangan Kurikulum 2007

Buku cerita Sastera;

Sayang Serindit

Rabitul Adwiyah Shafie

Cetakan 2005

Buku cerita Sastera

Tajuk: Mentari Kembali Bersinar

Suziana Che Wil

Cetakan 2005

Huraian Sukatan Mata Pelajaran,

Kesusateraan Melayu,

Tingkatan 5

Kamarudin HJ.Husin & Siti Hajar Hj.Abdul Aziz(1997)

Keterampilan Bahasa.Kuala Lumur.

22

Page 23: Bahasa Melayu Tahun 2008

23