bahasa melayu sebagai bahasa rasmi

9
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah oleh sesebuah Negara, negeri atau wilayah. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, system pendidikan, urusan perdagangan dan perusahaan, kehakiman, upacara rasmi dan antarabangsa. Bagi sesetengah negara, bahasa rsmi digunakan oleh kerajaan dan pemerintah dalam dokumen rasmi kerajaan berbanding penggunaan bahasa kebangsaan. Dalam konteks Malaysia, bahasa rasmi bererti pelaksanaan bahasa Melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti: a) Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara. b) Media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam dan antara jabatan c) Penulisan dokumen dan rekod kerajaan. d) Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara. e) Penulisan semua jenis boring urusan rasmi kerajaan. Selepas mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal di Malaysia. Bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perbahasan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Begitu juga dalam pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah, bahasa melayu telah digunakan secara meluas. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bertambah baik setelah seksyen 8,

Upload: zihad-zainal

Post on 24-Jun-2015

873 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI

Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah oleh sesebuah Negara, negeri atau wilayah. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, system pendidikan, urusan perdagangan dan perusahaan, kehakiman, upacara rasmi dan antarabangsa. Bagi sesetengah negara, bahasa rsmi digunakan oleh kerajaan dan pemerintah dalam dokumen rasmi kerajaan berbanding penggunaan bahasa kebangsaan.

Dalam konteks Malaysia, bahasa rasmi bererti pelaksanaan bahasa Melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:

a) Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara.

b) Media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam dan antara jabatanc) Penulisan dokumen dan rekod kerajaan.d) Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara.e) Penulisan semua jenis boring urusan rasmi kerajaan.

Selepas mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal di Malaysia. Bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perbahasan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Begitu juga dalam pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah, bahasa melayu telah digunakan secara meluas. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bertambah baik setelah seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan dipinda pada Jun 1991. Bahasa Melayu juga digunakan dalam urusan surat menyurat, minit mesyuarat dan dokumen kerajaan termasuklah akta, buku rancangan pembangunan Malaysia serta dokumen dan ucapan belanjawan Menteri Kewangan. Tegasnya, bahasa Melayu telah digunakan dalam semua upacara rasmi pentadbiran di Malaysia.

Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu ditetapkan menjadi wahana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun. Dengan menghayati dan menghormati semangat perlembagaan itu, setiap pelaksana dasar kerajaan wajib

Page 2: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi. Oleh itu, semua surat, notis, minit mesyuarat, memorandum dan dokumen-dokumen lain mesti ditulis dalam bahasa Melayu. Hal ini merupakan idealisme yang tersirat di sebalik pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia melalui penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula berkuat kuasa pada April 1963. Akta ini mengandungi tiga seksyen yang meliputi aspek tulisan, bentuk angka dan bahasa yang digunakan dalam boring rasmi kerajaan. Pada tahun 1967, iaitu selepas 10 tahun merdeka, Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan dan mula berkuat kuasa pada 1 September 1967 di semenanjung Malaysia. Akta ini kemudian disemak dan akhirnya disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Persamaan yang jelas antara kedua-dua akta ini adalah tentang bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi kegunaan masyarakat. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 memperuntukkan bahawa selepas 1 September 1967, bahasa Kebangsaa atau bahasa Melayu hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecuali dalam beberapa kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris, perhubungan antarabangsa, hubungan diplomatic dan sebagainya. Penekanan tentang penggunaan bahasa dalam ‘semua urusan rasmi’ ini semakin mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang ditulis oleh Nik safiah karim (1980:9)

“Jika ditinjau penggunaan bahasa Melayu hari ini, konsep “digunakan dalam semua urusan rasmi”, ini boleh dikatakan sudah terlaksana, walaupun taraf kejayaan masih menjadi tanda Tanya. Bahasa Melayu ialah bahasa pentadbiran negara yang digunakan dalam hamper semua situasi, di pejabat-pejabat, dalam mesyuarat-mesyuarat dan perdebatan di parlimen. Bahasa Melayu ialah bahasa utama bagi alat sebaran kerajaan dan juga merupakan alat perhubungan dalam kalangan sebahagian besar daripada penduduk negara ini,”

Hal ini bermakna, pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi jelas termaktub dalam:

i) Perlembagaan Persekutuan, perkara 152 Fasal 1(a) dan Fasal 3ii) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 Seksyen 2 dan Seksyen 6.

Terdapat juga keadaan bahasa minority turut diberikan pengiktirafan sama seperti bahasa rasmi. Bahasa itu digunakan di sesebuah negara, diajarkan di sekolah-sekolah dan digunakan dalam komunikasi rasmi, tetapi tidak semestinya sama status seperti bahasa rasmi sebenar. Sebagai contoh, bahasa Tamil dan Mandarin diajar secara

Page 3: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

rasmi di sekolah-sekolah jenis kebangsaan di Malaysia tetapi bahasa ini bukanlah bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Justeru, bagi sesetengah negara perkara yang berhubung dengan pilihan bahasa yang perlu digunakan sebagai bahasa rasmi menjadi isu politik yang sentiasa diperdebatkan.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identity nasional dan lambing bagi sesebuah bangsa atau negara. Bahasa Kebangsaan digunakan untuk tujuan politik dan komunikasi rasmi. Bahasa Kebangsaan mempunyai kaitan rapat dengan sejarah bangsa dan negara itu sendiri. Setiap negara yang merdeka perlu memiliki bahasa Kebangsaan yang dapat melambangkan identity bangsa dan negara tersebut. Namun demikian, ada negara yang mempunyai lebih dari satu bahasa Kebangsaan seperti negara kanada yang mengiktiraf bahasa perancis dan Bahasa Inggeris yang digunakan secara bersama-sama. Sesuatu bahasa itu diiktiraf sebagai bahasa Kebangsaan melalui penggubalan undang-undang.

Fungsi utama bahasa Kebangsaan secara khusus adalah untuk menyerlahkan lambing inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. Tidak ketinggalan juga pengisian bahasa kebangsaan juga dapat bertindak sebagai alat perhubungan dan seterusnya akan menghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang hampir sama. Usaha untuk mengharmonikan rakyat Malaysia melalui penggunaan satu bahasa yang sama ini dicadangkan berdasarkan system pendidikan kebangsaan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1955 yang kemudiannya dikenali sebagai nama Penyata Razak (1956). Bahasa Melayu pada zaman awalnya berfungsi sebagai asas bagi perjuangan kemerdekaan dan seterusnya sebagai asas untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan pada zaman selepas kemerdekaan. Ternyata bahawa fungsi bahasa Melayu adalah berterusan sepanjang zaman.

Page 4: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Page 5: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Page 6: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

Semasa pemerintahan British, penggunaan bahasa Melayu dalam system pendidikan amat terhad. Bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Melayu hingga darjah 4, di Maktab Perguruan Sultan Idris dan di maktab Perguruan Perempuan Melaka. Kedudukan bahasa Melayu dalam system pendidikan negara mulai meningkat apabila Penyata Razak (1956) dilaksanakan. Penyata Razak juga merupakan asas kepada pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dasar ini menyatakan:

Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar. Walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

Tegasnya, Penyata Razak yang dijadikan Dasar Pelajaran Kebangsaan itu adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu melalui system persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Penyata ini kemudiannya disemak oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib yang menjadi Menteri Pelajaran pada ketika itu. Jawatankuasa ini mengeluarkan Laporan Rahman Talib 1960. Antara cadangan yang melibatkan kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah:

a) Pelajaran rendah dalam bahasa Kebangsaan dimajukan dengan mengadakan pelajaran menerusi bahasa kebangsaan di sekolah rendah kerajaan dengan syarat ada guru yang sesuai, dan semua sekolah rendah bantuan akan diubah menjadi sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan dengan mengadakan guru yang mendapat latihan yang sesuai.

b) Bantuan separuh kepada sekolah menengah cina dimansuhkan mulai bulan Januari 1960. Walau bagaimanapun, sekolah ini boleh menerima bantuan penuh sekiranya bahasa pengantar diubah kepada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

c) Semua peperiksaan awam di sekolah menengah dijalankan dalam bahasa-bahasa rasmi negara sahaja.

d) Menambah bilangan guru-guru terlatih untuk sekolah menengah kebangsaan dan guru-guru khas bahasa kebangsaan untuk sekolah rendah jenis kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

e) Mengusulkan supaya langkah-langkah selanjutnya diambil bagi mengukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan dalam system pendidikan Malaya. Dalam hal ini, tiap-tiap calon diwajibkan lulus dalam bahasa kebangsaan, bagi peperiksaan

Page 7: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

masuk sekolah menengah. Lulus bahasa kebangsaan juga diwajibkan bagi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sejak tahun 1962.

Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam system pendidikan negara ini, peralihan daripada bahasa pengantar bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu untuk berbagai-bagai mata pelajaran dimulakan pada tahun 1968. Mata pelajaran yang mula-mula mengalami pertukaran ialah mata pelajaran yang dianggap penting, iaitu Matematik dan Sains, kemudian diikuti Sejarah dan Geografi. Hal ini bermakna bahasa Melayu telah diberikan status sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah menengah buat pertama kalinya melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan. Secara umumnya, pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah seperti yang berikut: