bahasa melayu saintifik

26
PENGANTAR LINGUISTIK (BMM 3072) Bahasa Melayu Saintifik Disediakan Oleh : Rosman Bin Muhamad Amin Rafiza Binti Darus Pensyarah Akademik : Puan Hajah Nik Noraini Binti Raja Abdullah

Upload: rafiza-diy

Post on 13-Apr-2017

708 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Saintifik

PENGANTAR LINGUISTIK (BMM 3072)

Bahasa Melayu SaintifikDisediakan Oleh :

Rosman Bin Muhamad AminRafiza Binti Darus

Pensyarah Akademik :Puan Hajah Nik Noraini Binti Raja Abdullah

Page 2: Bahasa Melayu Saintifik

Konsep

◦Bahasa Melayu berkembang dan maju selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat penuturnya.◦Mampu mengungkapkan pelbagai konsep seperti dalam bidang pendidikan, undang-undang, sains dan teknologi, ekonomi dan bidang-bidang profesional yang lain.

Page 3: Bahasa Melayu Saintifik

Ciri Bahasa Melayu Saintifik

◦Bahasa Melayu menggunakan istilah-istilah yang sesuai yang boleh dibuktikan secara emperikal dan boleh menghuraikan sesuatu konsep yang berfokus kepada penghuraian bahasa.

◦Istilah-istilah dapat menerangkan struktur, sistem, dan pola-pola bahasa sesempurna yang mungkin.

Page 4: Bahasa Melayu Saintifik

◦3 Penggunaan istilah- istilah ini penting kerana dengan langsung dapat merujuk kepada benda-benda, peristiwa-peristiwa, objek-objek, sifat-sifat dan konsep-konsep dan sebagainya yang diperlukan dalam penghuraian sesuatu fenomena.◦Bahasa Melayu ilmiah menggunakan istilah-istilah teknikal dalam penghuraian bahasa supaya ia wujud sebagai subjek yang diselidiki dengan segala sifatnya yang saintifik.

Page 5: Bahasa Melayu Saintifik

BAHASA MELAYU SEBAGAI

BAHASA ILMU

Page 6: Bahasa Melayu Saintifik

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu◦Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1981. ◦Penggunaan bahasa Melayu di peringkat sekolah dan universiti berfungsi sebagai bahasa penyalur ilmu.◦Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mampu mengungkap ilmu-ilmu yang tinggi seperti memperkatakan bidang yang berkaitan dengan sains, ekonomi, perundangan, teknologi maklumat, dan bidang-bidang lain yang terdapat dalam dunia moden kini.

Page 7: Bahasa Melayu Saintifik

◦Ini jelas dilihat menerusi pelbagai laras yang ditulis dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan bidang-bidang tertentu.

◦Bahasa Melayu telah digunakan dalam pelbagai buku akademik untuk kegunaan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi.

Page 8: Bahasa Melayu Saintifik

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

BM telah digunakan di Kepulauan

Melayu kira-kira abad ke-7

Penggunaan BM semakin meluas

kerana BM mudah

dituturkan berbanding

bahasa yang lain

Ciri keterbukaan BM menjadi lingua franca

dan bahasa ilmu di kepulauan

Melayu

Page 9: Bahasa Melayu Saintifik

Zaman Kesultanan Melayu Melaka

merupakan zaman kegemilangan BM

sebagai bahasa ilmu

Kini, mengikut Perkara 152 Perlembagaan

Malaysia, BM dijadikan sebagai bahasa

kebangsaan yang secara tidak langsung

mengiktiraf BM sebagai bahasa ilmu

Page 10: Bahasa Melayu Saintifik

Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu ialah peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar

ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden

seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan,

dan agama.

Page 11: Bahasa Melayu Saintifik

Usaha-usaha Ke Arah Menjadikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Utama Dalam Sistem

Pendidikan.

Page 12: Bahasa Melayu Saintifik

Pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956

Diperteguhkan dengan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada tahun 1960

Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961

Diperkukuh lagi dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 17(1) yang menyatakan, “ Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan…”

Page 13: Bahasa Melayu Saintifik

Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di Era

Global

Page 14: Bahasa Melayu Saintifik

Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang berubah-ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris

Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah.

Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitkan buku-buku berunsur ilmiah yang diterbitkan dikalangan guru.

Page 15: Bahasa Melayu Saintifik

Terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan sama ada di sektor swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan seperti surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain.

Ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa undang-undang, untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik, betul, dan indah.

Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan.

Page 16: Bahasa Melayu Saintifik

Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing.

Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga dengan penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi

Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan utama.

Page 17: Bahasa Melayu Saintifik

Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

Ilmu

Page 18: Bahasa Melayu Saintifik

Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam

sebelum melakukan perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum

khususnya pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Memberikan kuasa mengambil tindakan

kepada Dewan Bahasa dan Pustaka supaya dapat bertindak kepada

pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP

dari segi undang-undang.

Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi

sumbangan ilmiah dan diberi pengiktirafan agar mendorong

penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru.

Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu

LANGKAH-LANGKAH

Page 19: Bahasa Melayu Saintifik

Penghasilan cakera padat mengenai panduan Bahasa

Isyarat Malaysia yang diterjemahkan dari bahasa

asing amat dialukan

Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi

awam seharusnya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmu ini dalam usaha mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi.

Page 20: Bahasa Melayu Saintifik

CIRI-CIRI BAHASA ILMUBahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri-ciri yang

tersendiri.

Abdullah Hassan (1986: 95) menyatakan bahawa bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual, dan elitis.

Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu, Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan permisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan.

Page 21: Bahasa Melayu Saintifik

10 Ciri Khusus Sesuatu Bahasa Ilmiah Menurut Awang Sariyan (1996: 259-261)

Berdasarkan Lima Belas Ciri Yang Dikemukakan Oleh Johannes (Kongres,

1978).

Page 22: Bahasa Melayu Saintifik

Tingkat bahasa rasmi

• Bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi iaitu bahasa yang mematuhi rumus-rumus bahasa.

• Oleh itu, bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa baku, tidak terdapat kesalahan tatabahasa dan tidak menggunakan bahasa basahan.

Nada formal dan objektif

• Bahasa ilmiah mestilah bersifat formal.

• Setiap fakta atau hujah mesti dikemukakan dengan sempurna, iaitu menggunakan bahasa yang teratur dan jelas.

• Tulisan juga mestilah bersifat objektif, iaitu berdasarkan fakta dan hasil kajian.

Sudut pandangan orang ketiga

• Untuk mewujudkan keobjektifan penulisan.

• Contoh ungkapan : ‘Berdasarkan kajian saya, saya dapati bahawa…’ dinyatakan sebagai ‘Berdasarkan kajian, penyelidik didapati bahawa…’ .

Page 23: Bahasa Melayu Saintifik

Ragam pasif• Digunakan bagi

mengelakkan penglibatan diri penulis.

• Dalam struktur pasif, penekanan diberikan kepada objek ayat bukannya subjek pelaku.

Istilah khusus• Laras bahasa ilmiah

ditandai oleh istilah dan lambang khusus mengikut bidang tertentu.

• Pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisan ilmiah.

Wacana pemaparan• Dalam penulisan

ada empat jenis wacana yang biasa digunakan, iaitu pemaparan, perbincangan, pelukisan, dan penceritaan.

• Dalam tulisan ilmiah, jenis wacana pemaparan mendapat tempat yang utama.

Page 24: Bahasa Melayu Saintifik

Nada bersahaja• Tulisan ilmiah

perlu dihindari ungkapan yang keterlaluan, berlebihan dan emosional.

• Contoh : amat malang, amat mendukacitakan, sayangnya, malang sekali dan seumpamanya.

Kata membazir• Penggunaan

kata mestilah tepat dan sesuai.

• Kata membazir tidak diperlukan kerana kata-kata seperti itu tidak berfungsi dan menjelaskan makna.

• Tulisan ilmiah tidak memerlukan ‘hiasan’ .

Ayat majmuk• Tulisan ilmiah

sering ditandai oleh penggunaan ayat majmuk.

• Penggunaannya adalah untuk mengungkapkan hal-hal yang abstrak dan kompleks. 

Bantuan ilustrasi• Tulisan ilmiah

seringkali dimuatkan dengan jadual, rajah, gambar, peta, dan sebagainya.

• Adakalanya huraian menggunakan bahasa sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan ilustrasi.

Page 25: Bahasa Melayu Saintifik

KESIMPULANi. Pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap

kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu.

ii. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia.

iii. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan.

iv. Oleh yang demikian, bahasa Melayu sememangnya mampu menjadi bahasa ilmu. 

Page 26: Bahasa Melayu Saintifik

SEKIAN, TERIMA KASIH