bahasa mela yu kertas 2 - lamanbahasa's blog · pdf fileprogram peningkatan prestasi...

23
SULIT PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA OIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak. www.lamanbahasa.wordpress.com

Upload: lythien

Post on 06-Feb-2018

271 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

SULIT

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM

TAHUN 2012

BAHASA MELA YU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh min it

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA OIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 2: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

2

Soalan 1 : Rumusan [30markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu romusan tentang langkah pencegahan kes-kea kekejaman terhadap kanak-kanak dan manfaatnya. Panjangnya rumusan tidak meleblhl120 patah perkataan.

Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian menyayat hati yang membabitkan pembunuhan kanak-kanak. Pembunuhan kejam ini meninggalkan kesan yang mendalam kerana negara kita baru saja diumumkan sebagai negara aman yang ke-19 di dunia. Paling sadis jenayah disabitkan oleh perlakuan individu yang bermasalah jiwa dan mental serta tidak boleh dikenal pasti kerana individu ini kelihatan normal dan hidup bebas dalam masyarakat. Berdasarkan kajian, kes jenayah kanak-kanak juga boleh ber1aku di mana-mana sahaja dan tingkah laku pefakunya sukar dijangkakan kerana tidak semua kes mempunyai corak perlakuan jenayah yang sama. Kes ini juga boleh dikaitkan dengan individu pedofilia yang mengalami gangguan psikoseksual.

Watau bagaimanapun, ibu bapalah yang per1u bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak. Kebanyakan kes jenayah yang terjadi disebabkan kealpaan ibu bapa yang membenarkan kanak-kanak ini bersendirian. Sebenamya, ibu bapa kepada kanak-kanak yang berusia bawah tujuh tahun secara sengaja mendedahkan anak mereka kepada kemungkinan diculik atau dilarikan, boleh dikenakan hukuman mengikut seksyen 31 Aida Kanak-kanak 2001. Seksyen 33 pula menyatakan adalah menjadi kesalahan jika ibu bapa atau penjaga membiarkan anak mereka tanpa pengawasan orang dewasa atau meninggalkan anak untuk satu tempoh yang tidak munasabah atau membiarkan mereka dalam keadaan tidak munasabah.

lbu bapa harus mengajar anak supaya mempunyai sifat curiga kepada orang yang tidak dikenali dan mengehadkan sempadan kehadiran orang yang tidak 'diiktiraf sebagai saudara mara atau sahabat keluarga. Kanak-kanak di bawah umur pula seharusnya sentiasa berada di bawah pengawasan keluarga. Kanak-kanak tidak seharusnya dibiarkan keluar bersendirian tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Jangan sudah terhantuk, baru tengadah. Kesilapan sedetik ini akan menyebabkan penderitaan sepanjang hayat. Walaupun pesanan seperti ini sentiasa disampaikan, masih ada lagi ibu bapa yang beranggapan tiada salahnya membenarkan anak kecil berada di luar rumah kerana mereka sudah biasa dengan persekitaran kawasan tempat tinggal. lbu bapa per1u mencari titik keseimbangan bagi memastikan masa berkualiti dapat diberikan kepada anak-anak. lbu bapa juga perlu sedar bahawa anak-anak juga berhak untuk bersama-sama mereka. Jangan mengawasi anak-anak hanya secara bermusim. Sebagai contoh, ketika ber1aku kes kehilangan kanak-kanak seperti Nurin Jazlin Jazmin dan Oirang barulah ibu bapa sibuk memastikan keselamatan anak mereka terjamin. Selepas seketika, ingatan terhadap kejadian kanak-kanak hilang, dibunuh dan dibakar semakin terhakis. lbu bapa kembali bersikap sambillewa.

Harus menjadi ingatan, kejadian jenayah akan berlaku apabila wujud peluang yang fuas untuk penjenayah bertindak. Penjenayah tidak seharusnya diberikan ruang dan peluang seperti ini. Peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan persekitaran anak

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 3: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

3

sentiasa selamat. lbu bapa merupakan benteng pertama dalam memastikan kehidupan anak terjamin. Semoga kisah arwah Nurul Nadirah Abdullah menjadi pengajaran yang berguna kepada semua pihak.

(Oipetik dan diubah sual daripada rencana Jangan amb/1 mudah keselamatan anak dlluar rumah oleh Anuar Patho Rohman,

Berlta Harian lsnin 9 April 2012)

Soalan 2 : Pemahaman [ 35 marlcah]

Soalan 2(a) Petlkan Umum

Berdasarlcan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kejadian menyayat hati. [2 marlcah]

(ii) Mengapakah pelaku jenayah terhadap kanak-kanak sukar dikenal pa$ti? [3 marlcah]

(iii) Berikan pendapat anda tentang peranan masyarakat dalam memerangi kes-kes kekejaman terhadap kanak-kanak.

[4 marlcah]

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 4: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

4

Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

lnilah dia! Pak Husain pahlawan kami! "Masa yang betuf-betuf tidak bertemu, aku kira hampir tiga pufuh tahun," tiba-tiba

Pak Husain berkata. "Ya," jawabku. Kita berpisah dalam tahun empat puluh enam. Sekarang tujuh puluh

tiga." Pak Husain menikam pendangannya ke wajahku. Aku yang sudah empat puluh

enam tahun. Dia masih kelihatan begitu gagah. Sahagian muka dan tubuhnya masih kelihatan tegap kalaulah tidak kerana kakinya yang buntung. Usianya sudah meningkat enam puluh. Barangkali lebih.

"Nampaknya, Pak Husain masih segar," kataku menanam harapan pada dadanya. Dia senyum sahaja. Merenung orang ramai. "Selalu sakit~sakit. Mak Da sudah meninggal. Lima tahun lalu." Aku mengucap kalimah suci. Mengangguk-angguk. "Jemputfah ke rumah kami," kataku. "Kami tinggal di Jalan Bayam. Abang dan adik

kebetulan ada." "Terima kasih, Khalid!" Pak Husain menanamkan matanya ke dalam mataku. "Aku

nak ke Padang Bemban, rumah cucuku. Dia aqiqah." Ketika kami berpamit, perpisahanku dengan Pak Husain merentangkan sebuah

jalan ingatan tentang kekejaman perang. Dia mengingatkan aku pada sifat kekejaman untuk sesuatu perebutan pengaruh politik yang memperalatkan nyawa.

Pahlawan Buntung itu tersiuk-siuk pergi!

( Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung oleh S.Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i} Huraikan maksud menanam harapan pada dadanya. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga keadaan diri Pak Husain mengikut pandangan penuJis [3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 5: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

5

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kekanda kepada Sultan Maliku'I-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, 9rang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, "Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya."

Antara mereka yang hadir itu seorang bemama Tun Aria Benong. Tun Aria Benong tiada mahu tiada mahu Merah Silu dijadikan raja. Ujarnya, "Jikalau ia kita jadikan raja, nescaya anak cucu kita diperintahnya."

Megat Iskandar bermuafakat lagi dengan segala orang dan baginda tetap hendak merajakan Merah Silu, lalu Merah Silu diangkat menjadi raja.

(Dipetik daripada Merah Silu, antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata nescaya anak cucu kita diperintahnya berdasarkan petikan di atas.

(ii) Nyatakan tiga sebab Merah Silu dipilih menjadi raja.

(iii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan amalan muafakat dalam pemilihan pemimpin?

[2 markah)

[3 markah]

[3 markah]

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 6: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

6

Soalan 2(d) Puisi . . . Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Adat Sezaman

Peradaban zaman semakin berlalu meninggalkan kesan mendalam

terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik

santun si dara jadi idaman warak si teruna jadi ikatan

si tua tersenyum mesra memandang teruna dara sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana ...

Masa itu telah jauh zaman sudah berlalu

santun sang dara dan warak sang teruna telah lenyap

si tua berduka lara memandang teruna dara bergandingan tanpa silu

tanpa hormat tanpa batasan

adat sezaman ditinggal jauh adat agama dipandang remeh adat kuning jadi ikutan.

Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berdasarkan sajak di atas, nyatakan amalan mulia teruna dan dara pada zaman dahulu.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja kini mengabaikan adat dan agama?

[3 markah]

(iii) Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 7: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

7

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supayajelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i} memelihara (ii) memulihara (iii) menambah (iv) menambak (v) menjirus (vi) menjurus

[6 markah]

(b) Pisahkan setiap ayat majmuk di bawah ini menjadi dua ayat tunggal dengan mengekalkan maksudnya.

i. Malaysia mempunyai kelebihan menerajui pengeluaran produk halal kerana orang Islam akan lebih yakin membeli produk keluaran negara Islam.

ii. Kehidupan hari ini lebih mencabar dan kita perlu peka terhadap setiap perubahan yang berlaku.

iii. Antioksida pada teh hijau dan teh hitam mampu melambatkan pembentukan bakteria di dalam mulut.

[6 markah}

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Alangkah terkejutnya apabila mengetahui bahawa suara puntianak menggilai itu bukanlah suara sebenar tetapi rakaman daripada telefon bimbit milik rakanku.

(ii) Langkah kerajaan menurunkan ta'arif elektrik bagi penggunaan domestik dan komersial akan mengurangkan kos operasi pelbagai sektor industri bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara.

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 8: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

8

(iii) Tanah runtoh berfaku akibat pembangunan tanpa mengambil kira atau memahami peranan hutan dan bukit-bukau sebagai kawasan tadah hujan yang penting.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesa/ahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleiJ menyenaraikan Jebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau ists7ah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Setengah orang suka mengambil kesempatan apabila seseorang ditindih kesusahan.

(ii) Pihak kerajaan tempatan diusulkan agar memperbanyak aktiviti yang menguntungkan kepada para remaja.

(iii) Ayah menasihati agar kami mengikut rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk supaya kami tidak bersikap bongkak.

[6 markah]

(e) Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi menglsi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Tuan Haji Ali: Jika tidak ada kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan hala tuju negara, kita akan dianggap seperti ........ (1) ......... . kerana mengikut sahaja kehendak orang lain.

Prof. Hasni: Jadi, anak muda perfulah sedar tanggungjawab mereka mempertahankan negara dan sanggup berkorban sehingga ke titisan darah terakhir. Peribahasa ......... (2) ......... perlu menjadi pegangan mereka.

Tuan Haji Ali: Kita mengharapkan generasi muda di negara ini dapat meneruskan legasi negara supaya setanding dengan negara maju, sesuai dengan peribahasa ......... (3} ........... .

[6 markah]

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 9: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

9

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soa/an di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-nove/ yang berikut:

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. (ii) Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir.

(a) Jelaskan peleraian cerita daripada sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

(b) Huraikan satu pengajaran bagi kedua-c:lua buah novel yang anda pelajari.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 10: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM

TAHUN 2012

BAHASA MELAYU

Kertas 2

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

SULIT

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 11: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

2

Markah penuh : 110 markah

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagikan kepada:

a. Isi - 20 markahb. Bahasa - 10 markah

(a) Isi [ 20 markah]

Nota:

(i) Panduan mengira perkataan:

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan.

1. Nama khas2. Perkataan berulang3. Penggunaan kata depan4. Tarikh5. Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan6. Gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa. (iii) Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah MarkahPendahuluan 2Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4 16Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah markah 20

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 12: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

3

Pendahuluan/Pengenalan [2 markah]

Petikan membincangkan cara/kaedah/usaha pencegahan kes-kes kekejamanterhadap kanak yang berlaku di Malaysia/di negara ini. (2m)

Isi tersurat [4 - 12 markah](langkah)

1. Ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan kanak-kanak.(2m)2. Ibu bapa harus mengajar anak supaya mempunyai sifat curiga kepada orang

yang tidak dikenali (2m)3. Mengajar anak mengehadkan sempadan kehadiran orang yang tidak ' diiktiraf '

sebagai saudara mara atau sahabat keluarga.(2m)4. Kanak-kanak di bawah umur seharusnya sentiasa di bawah pengawasan

keluarga (2m)5. Ibu bapa perlu mencari titik keseimbangan bagi memastikan masa berkualiti

dapat diberikan kepada anak-anak. (2m)6. Ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak juga mempunyai hak untuk bersama-

sama mereka. (2m)7. Jangan mengawasi anak-anak secara bermusim. (2m)8. Penjenayah tidak seharusnya diberikan ruang dan peluang untuk bertindak. (2m)9. Ibu bapa juga perlu memastikan persekitaran anak sentiasa selamat. (2m)

Isi tersirat [4 - 12 markah](manfaat)

1. Keselamatan anak-anak lebih terjamin/selamat sepanjang masa. (2m)2. Kes-kes jenayah terhadap kanak-kanak dapat dicegah lebih awal. (2m)3. Kanak-kanak lebih prihatin terhadap keperluan menjaga keselamatan diri/ kanak-

kanak terdidik untuk bertindak sendiri menghalang jenayah terhadapmereka. (2m)

4. Ibu bapa lebih prihatin terhadap pergerakan anak-anak. (2m)5. Undang-undang kesalahan jenayah terhadap kanak-kanak menjadi lebih kemas

(2m)6. Melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap keselamatan kanak-kanak. (2m)7. Pihak polis/pihak berkuasa dapat bertindak segera jika ada laporan. (2m)

Kesimpulan [2 markah]

1. Semua pihak perlu berganding bahu mencegah kekejaman terhadap kanak-kanakagar keselamatan kanak-kanak terjamin. (2m)

Atau

2. Kes kekejaman terhadap kanak-kanak perlu diperangi habis-habisan supaya generasimuda dapat menikmati kehidupan yang sejahtera (2m)

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 13: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

4

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada setengah markah isi seperti yangdinyatakan dalam jadual berikut.

Peringkat Markah isi MarkahBahasa

Huraian

Baik18 - 20

15 - 17

9 - 10

7 - 9

- Kesinambungan isi baik- Struktur ayat/tatabahasa baik- Kosa kata luas- Tanda baca/ejaan betul.

Sederhana12 - 14

8 - 11

6 - 7

4 - 6

- Kesinambungan isi masih baik- Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan- Kosa kata masih memuaskan- Tanda baca/ejaan masih Memuaskan

Lemah 1 - 7 1 - 4 - Pada keseluruhannya serba kekurangan/ tidak memuaskan

Nota:

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun

jumlah perkataan kurang daripada 120 perkataan, berikan 0 markah.(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 perkataan, markah tidak dipotong.(v) Jika jawapan ditulis dalam bentuk poin, berikan 50% daripada markah

bahasa yang diperoleh.

[Markah bahasa maksimum : 10 markah]

Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:2(a) : 9 markah2(b) : 9 markah2(c) : 8 markah2(d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga 2(d)1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks, dan jawapan itu tepat/betul, berikan

separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 14: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

5

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah:DESKRIPSI MARKAH

- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2

- Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1

- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3

- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis

2

- Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah:DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4

- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3

- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2

- Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

Soalan 2 (a) : Petikan UmumMarkah

(i) Maksud rangkai kata kejadian menyayat hati

Peristiwa/perkara/perihal yang menghiris perasaan/jiwa [maksimum: 2 markah]

(ii) Pelaku jenayah terhadap kanak-kanak sukar dikenal pasti kerana - mereka kelihatan normal 1

- mereka hidup bebas 1- tingkah laku mereka sukar dijangkakan 1- corak perlakuan jenayah mereka tidak sama 1

[maksimum: 3 markah]

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 15: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

6

(iii) Peranan masyarakat bagi memerangi kes kekejaman terhadap kanak-kanak- Prihatin/peka/sensitif terhadap keselamatan kanak-kanak 1- Melaporkan kes kepada pihak berkuasa dengan segera 1- Bertindak spontan menghalang kejadian 1- Peka akan kehadiran orang asing/luar yang dicurigai/tidak dikenali 1- Menegur/menasihati ibu bapa/ahli keluarga yang bertindak kejam terhadapkanak-kanak 1

[maksimum: 4 markah]

Soalan 2(b) : Petikan Cerpen

(i) Maksud menanam harapan pada dadanya- menaruh kepercayaan terhadapnya/membina keyakinan dirinya

[maksimum: 2 markah](ii) Tiga keadaan diri Pak Husain

- dia kelihatan begitu gagah 1- muka/tubuhnya masih tegap 1- kakinya buntung/kudung 1- nampak segar/sihat/cergas 1- tersiuk-siuk/nampak kesakitan ketika beredar 1

[maksimum : 3 markah](iii) persoalan dalam petikan

- Menghargai persahabatan yang sudah lama terjalin.Contoh: Pertemuan semula Pak Husain dan penulis setelah berpisahhampir 30 tahun. 1+1

- Mengenang/menghargai jasa pahlawanContoh: Penulis mengatakan bahawa Pak Husain ialah pahlawanmereka.

1+1- Kasih sayang terhadap ahli keluarga

Contoh: Pak Husain hendak menghadiri majlis aqiqah cucunya. 1+1

Persoalan daripada keseluruhan cerpen

- Kekejaman/kezaliman peperangan demi meluaskan empayar pemerintahanContoh: Tentera Jepun sanggup membunuh rakyat tempatan bagimemastikan Tanah Melayu dapat ditakluki sepenuhnya. 1+1

- Pengorbanan menyelamatkan penduduk kampungContoh: Pak Husain bersusah payah mengatur perpindahan orangkampung ketika Jepun menyerang. 1+1

- Sikap tolong-menolong semasa peperanganContoh: Pak Husain meminta Khalid menyelamatkan keluarganyasebelum dibunuh oleh tentera Jepun. 1+1

- Ketabahan mengharungi kesengsaraan hidup semasa perangContoh: Pak Husain tabah meneruskan kehidupan walaupun kaki kirinyakudung akibat ledakan bom. 1+1

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 16: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

7

[maksimum: 4 markah]Soalan 2(c ) : Petikan Prosa Klasik

(i) Maksud nescaya anak cucu kita diperintahnyatentulah/pastilah keturunan/waris/zuriat kita dikuasainya

[maksimum: 2 markah]

(ii) Tiga sebab- Baginda memang sudah menjadi raja 1- Keturunan hartawan/kaya 1- Boleh menumpang berlindung/bernaung/berteduh 1

[maksimum: 3 markah]

(iii) Kelebihan- Pilihannya lebih tepat 1- Pemimpin itu disukai ramai 1- Tiada pilih kasih/bias 1- Mengurangkan kontroversi 1- Institusi/badan/pasukan menjadi lebih sepakat/mantap 1

[maksimum: 3 markah]

2(d) : Pemahaman Puisi

(i) Amalan mulia teruna dan dara- Anak gadis bersopan santun 1- Pemuda/peria warak 1

[maksimum: 2 markah]

(ii) Sebab- Zaman berubah. 1- Budaya Barat mempengaruhi kehidupan 1

Pendidikan agama longgar/kurang mantap 1- Penerapan adab sopan semakin terhapus 1- Tanggungjawab mendidik diserahkan kepada orang lain 1

[maksimum: 3 markah]

(iii) Gaya bahasaResponsiContoh

- terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik

- santun si dara jadi idamanwarak si teruna jadi ikatan

1+1Kata panggilanContoh : si, sang 1+1

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 17: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

8

.

Anafora :- terlalu indah apabila dipandang

terlalu mulia apabila diselidikatau

- adat sezaman ditinggal jauhadat agama dipandang remehadat kuning jadi ikutan.

1+1

- bahasa Arab Contoh: warak. 1+1

- bahasa klasik/arkaikContoh: teruna/dara/singgahsana 1+1

- repetisiContoh: apabila/adat/sama cantik/sama padan/ tanpa/si, 1+1

- asonansiContoh: terlalu indah apabila dipandang (ulangan i)

si tua tersenyum mesra (ulangan e) 1+1

- aliterasiContoh: santun si dara jadi idaman (ulangan d)

bergandingan tanpa silu (ulangan n) 1+1

- perlambanganContoh: adat kuning (maksudnya budaya Barat yang meruntuhkanakhlak) 1+1

[maksimum: 4 markah]

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 18: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

9

Soalan 3Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada

Soalan 3(a) : 6 markahSoalan 3(b) : 6 markahSoalan 3(c) : 6 markahSoalan 3(d) : 6 markahSoalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan dan jalan bahasa/tanda baca untuk

keseluruhan soalan.3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.5. Jika memberi makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap

ayat.7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu

ayat.8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah bagi setiap ayat.10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah11. Ayat yang tidak logik berikan 0 markah

Soalan 3 (a) Bina Ayat

(i) memelihara :membela, menjaga, merawat, mengerjakan, mengusahakan.memulihara :memulihkan serta menjaga, melindungi sesuatu supaya

sentiasa berada dalam keadaan yang baik(ii) menambah :menjadikan lebih banyak, memberi tambah, menokok,

menjumlahkan dengan, mencampurmenambak :menimbunkan/melonggokkan tanah dll supaya tinggi, menurap jalan dll dengan tanah, melepa, membina tambak pada, membuat benteng pada

(iii) menjirus :menyiram dengan airmenjurus :mengarah, menuju (terus ke atau kepada)

[Maksimum : 6 markah]

Perhatian bagi soalan 3(b)

1. Berikan 1 markah bagi setiap jawapan yang betul.

(i) Malaysia mempunyai kelebihan menerajui pengeluaran produk halal. Orang Islam akan lebih yakin membeli produk keluaran negara Islam.

(ii) Kehidupan hari ini lebih mencabar. Kita perlu peka terhadap setiap perubahan yang berlaku.

(iii) Antioksida pada teh hijau mampu melambatkan pembentukan bakteriadi dalam mulut.Antioksida pada teh hitam mampu melambatkan pembentukan bakteriadi dalam mulut.

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 19: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

10

[Maksimum : 6 markah]

3(c)

[Maksimum : 6 markah]

3 (d)

Bil. Kesalahan Pembetulan

i. Setengah Sesetengah/setengah-setengah

ditindih ditimpa

Ii diusulkan disarankan/dicadangkan

menguntungkan kepada para remaja menguntungkan para remaja

Iii menasihati agar kami menasihati kami

rasmi resmi

[Maksimum : 6 markah]

Perhatian bagi soalan 3(e)

1. Berikan 2 markah bagi setiap peribahasa yang betul

bil peribahasa

1 seperti lembu dicucuk hidung

2 biar putih tulang jangan putih mata

3 duduk sama rendah berdiri sama tinggi

Bil. Kesalahan Pembetulan

i. puntianak pontianak

menggilai mengilai

ii. ta’arif tarif

memperkukuhkan memperkukuh

Iii runtoh runtuh

tadah tadahan

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 20: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

11

[Maksimum : 6 markah]

Soalan 4

Markah penuh 15 markah.

Panduan pemarkahan bagi soalan 44(a)

(i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap(iii) Berikan 2 markah bagi setiap peristiwa yang lengkap/jelas dengan huraian.(iv) Berikan 1 markah bagi peristiwa yang kurang lengkap/kurang jelas.(v) Markah isi maksimum 4 markah (maksimum 2 markah bagi setiap isi)(vi) Markah bahasa maksimum 3 markah(vii) Markah bahasa diberikan secara ‘impression’

i. Baik = 3 markahii. Sederhana = 2 markahiii. Lemah = 1 markah

(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa(ix) Calon tidak menjawab 0 markah

[Maksimum : 7 markah]

4(a) Peleraian cerita

Novel Azfa Hanani:· Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah sudah menerima kehadiran Azfa Hanani

sebagai dirinya sendiri iaitu bukan sebagai Tengku Murni.· Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Datuk Tengku Makmur.· Cikgu Zamin akan mengahwini kakak Kamilah iaitu rakan Azfa Hanani di Sekolah

Menengah Sri Dian.· Azfa Hanani menganggap Nordin dan Roslan sebagai kawan-kawan baiknya.· Hari Sumbangsih Sekolah Menengah Taman Sari telah berlangsung dengan jayanya.· Kumpulan Budak Glamor telah berpecah.· Iskandar terbunuh dan Laili dirawat di ICU kerana terlibat dengan kemalangan.· Pasukan Forum Remaja menempa kejayaan gemilang di peringkat negeri dan Azfa

Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum terbaik.· Azfa Hanani telah pergi ke rumah Ekran kerana terlalu ingin menemuinya. Dia terperanjat

melihat kehadiran Abang Muzaffar.· Tengku Muzaffar berbaik-baik dengan Ekran dan membantu Ekran membina gerai

burger baru.· Rahsia keluarga Ekran terbongkar.

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 21: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

12

Kembara Amira

Peleraian cerita· Amira berjaya melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPT di Kuala Lumpur dalam jurusan

aeroangkasa.· Malique berjaya menggagalkan projek cari gali emas dan dia sudah terputus hubungan

dengan O’hara. Malique telah dilantik menjadi ketua kampung dan terus berbakti di hutantersebut.

· Itai pula melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Kubang Kerian, Kelantan. Diaberusah menerima Tau sebagai bapa dan Malique sebagai abangnya.

· Jacinta berada di Paris kerana terlibat dengan perniagaan ayahnya dalam bidang fesyen.· Prof. Zaidah meneruskan kerja-kerja arkeologinya. Doktor Zawawi tidak lagi bekerja

dengan Prof Zaidah. Dia kini cuba mengesan khazanah Melayu yang tenggelam di laut.Tempat Doktor Zawawi digantikan oleh Rusdi.

4(b)(i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.(iii) Berikan 1 markah bagi setiap pengajaran yang lengkap daripada mana-mana

novel.(iv) Berikan 2 markah bagi setiap huraian yang lengkap(v) Berikan 1 markah bagi huraian yang kurang lengkap(vi) Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel)(vii) Markah bahasa maksimum 2 markah(viii) Markah bahasa diberikan secara impression. Baik = 2 markah Lemah = 1 markah(ix) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.(x) Calon tidak menjawab, 0 markah.

[Maksimum: 8 markah]

4(b) Pengajaran

Azfa Hanani:

i). Kita hendaklah sanggup berkorban untuk mendapat kebaikan.Contohnya:Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menyamar sebagai Tunku Murni supaya pelajarannyatidak tercicir/Zuriani mendapat rawatan yang lebih baik.

ii).Kita hendaklah tabah dalam menghadapi kesukaran semasa belajar.Contohnya:Azfa Hanani sanggup berulang-alik ke sekolah dengan menaiki bas sejauh 30 kilometer pergibalik dan berjimat cermat kerana kekurangan wang persekolahan.

iii).Kita hendaklah ingat akan asal usul kita walaupun di mana-mana kita berada.Contohnya:Azfa Hanani tetap mengakui akan dirinya yang miskin walaupun telah tinggal bersama keluargayang berada.

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 22: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

13

iv).Kita janganlah buruk sangka terhadap seseorang sebelum menyelidik terlebih dahulu tentangdirinya.Contohnya:Datuk Tengku Makmur menyangka Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni keranahendakkan wang sedangkan penyamaran itu ialah suatu pengorbanan yang ikhlas.

v).Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai kejayaan.Contohnya: Murid-murid tingkatan lima yang diketuai oleh Ekran bekerjasama dalam menjayakan Hari Sumbangsih/ Malam Bakat Sumbangsih.

vi).Kita hendaklah menepati janji yang telah kita lafazkan.Contohnya:Datuk Tengku Makmur/Datin Maziah mengambil Azfa Hanani tinggal bersama-sama merekakerana mereka telah berjanji pada enam belas tahun dahulu untuk memberikan kasih sayangkepadanya.

vii).Kita hendaklah insaf sekiranya melakukan sesuatu kesalahan.Contohnya:Tengku Muzaffar sedar kelemahan dirinya dalam hal keagamaan.

iii). Kita janganlah mencuri kerana perbuatan itu dilarang oleh agama.Contohnya:Azfa Hanani mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian.

ix). Kita janganlah sombong dengan kedudukan keluarga yang dianggap kaya.Contohnya:Laili bersikap sombong dengan kawan-kawan di sekolah/ dia anak orang kaya/ Anak datukMinhad yang menderma RM 10,000 pada tahun lepas.

x). Kita janganlah menjadi remaja yang liar.Contohnya:Iskandar cuba menggoda Azfa Hanani dan menunggang motosikal bersama Laili. AkibatnyaIskandar mati dan Laili dirawat di ICU kerana kemalangan.

Kembara Amira:

i).Kita hendaklah menunjukkan sifat kasih sayang sesama manusia/ alam sekitar. Contohnya:

Prof.Zaidah tetap menjaga keharmonian hutan itu walaupun dia seorang ahli arkeologi / Tauterlalu sayang akan hutan tempat tinggalnya sehingga sanggup menyamar menjadi makhlukmisteri kerana ingin menjaga keselamatan hutan itu daripada pencerobohan orang luar yangingin mengeksploitasi hutan itu.

ii). Kita haruslah menghormati pendapat/pandangan orang lain/ Jangan asyik bekerja sehingga mengabaikan anak sendiri. Contohnya: Prof Zaidah menghormati pendapat Pak Lias agar memberikan lebih perhatian kepada anaknya, Amira.

iii).Kita mestilah sabar dalam menghadapi sebarang masalah/dugaan hidup. Contohnya: Prof Zaidah merupakan seorang yang sangat sabar dalam menjalankan tugas sebagai ahli arkeologi, walaupun banyak peristiwa pahit dilaluinya.

www.lamanbahasa.wordpress.com

Page 23: BAHASA MELA YU Kertas 2 - Lamanbahasa's Blog · PDF filePROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM TAHUN 2012 BAHASA MELA YU Kertas 2 Dua jam tiga puluh min it JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

14

iv).Kita harus tahu menilai erti persahabatan yang sebenar. Contohnya: Hubungan persahabatan antara Jacinta dengan Amira begitu rapat walaupun berbeza agama dan bangsa. Oleh sebab itulah Jacinta sering mengikut Amira membantu Prof.Zaidah dalam bidang arkeologi.

v). Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan/pertolongan. Contohnya:

Ludin dan Itai membantu merawat tangan Prof Zaidah sehingga sembuh setelah tangan kiriProf Zaidah terseliuh akibat kemalangan / Amira dan rakan-rakannya bekerjasama danberusaha bersungguh-sungguh mencari Malique yang hilang sehingga akhirnya merekaberjaya menemukan Malique di puncak gunung.

vi).Kita hendaklah menghormati ibu bapa walaupun kita kecewa dengan tindakan mereka. Contohnya: Pada mulanya, Jacinta kecewa dengan tindakan bapanya kerana telah berkahwin lain sedangkan ibunya baru meninggal dunia 4 tahun yang lalu. Namun, akhirnya dia menerima kenyataan itu dan mengikut bapanya ke Paris mengusahakan perniagaan fesyen di sana.

vii).Jangan mudah berputus asa. Contohnya: Tau tidak pernah berputus asa untuk bertemu semula dengan anaknya/Sabi setelah anak itu dilarikan oleh isterinya semasa anak itu/Sabi masih kecil. Akhirnya Tau bertemu semula dengan anaknya/Sabi kerana naluri seorang bapa yang ada dalam hatinya begitu kuat.

viii).Jangan memusnahkan alam sekitar atas tujuan memperoleh keuntungan. Contohnya: Pembalak haram dan pencari emas sanggup memusnahkan alam sekitar kerana ingin mencari kekayaan/ John O’hara mempergunakan Malique untuk mencari lokasi kawasan emas yang terdapat dalam hutan itu.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT.

www.lamanbahasa.wordpress.com