bahasa kebangsaan

7
BAHASA KEBANGSAAN DISEDIAKAN OLEH: TEH MARDIANA BINTI ABU BAKAR KELAS: J 1.3 DEFINISI BAHASA MENURUT SAPIR(1921:8) - suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol yang lahir secara sedar. MENURUT BLOCH & TRAGER DALAM OUTLINE OF LINGUISTIC ANALYSIS(1942:2) - suatu sistem simbol arbitrari(mengikut kehendak hati) untuk sesuatu kumpulan sosial bekerjasama. MENURUT HALL DALAM ESSAY ON LANGUAGE (1968:158)

Upload: nana-kawaii

Post on 14-Feb-2015

30 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

sosiolinguistik

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Kebangsaan

BAHASA KEBANGSAAN

DISEDIAKAN OLEH:

TEH MARDIANA BINTI ABU BAKAR

KELAS: J 1.3

DEFINISI BAHASA

MENURUT SAPIR(1921:8)

- suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol yang lahir secara sedar.

MENURUT BLOCH & TRAGER DALAM OUTLINE OF LINGUISTIC ANALYSIS(1942:2)

- suatu sistem simbol arbitrari(mengikut kehendak hati) untuk sesuatu kumpulan sosial bekerjasama.

MENURUT HALL DALAM ESSAY ON LANGUAGE (1968:158)

- institut untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui simbol-simbol lisan-pendengaran yang arbitrari mengikut tabiat.

- Kesimpulannya, bahasa bermaksud suatu kaedah sesuatu masyarakat berkomunikasi bagi sesuatu tujuan dan kepentingan.

DEFINISI BAHASA KEBANGSAAN

MENURUT KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA

Page 2: Bahasa Kebangsaan

- bahasa yg diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sebagai alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara.

MENURUT KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT

- bahasa yang diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain.

Kesimpulannya,bahasa kebangsaan adalah bahasa yang digunakan oleh rakyat sebagai cara komunikasi dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

KONSEP BAHASA KEBANGSAAN

Menurut Fishman, bahasa kebangsaan mencipta satu lambang untuk menimbulkan satu identiti kebangsaan yang boleh membawa perubahan dan keterlibatan di kalangan rakyat dengan mengatasi segala perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan.

Bahasa Melayu diikhtiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957.

Dasar Bahasa Kebangsaan adalah terkandung dalam Perlembagaan Malaysia:

i. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia

ii. Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67(disemak 1971)

Page 3: Bahasa Kebangsaan

iii.Pemberitahuan Undang-undang No.410(1967)

AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67

digunakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi

teks sahih undang-undang dalam bahasa kebangsaan

bahasa mahkamah hendaklah dalam bahasa kebangsaan

Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan

syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu,

yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi

Perlembagaan Persekutuan Perkara 152

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 152 ini tidak boleh dipinda oleh parlimen. Ianya hanya boleh diubah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Artikel/Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu.

Page 4: Bahasa Kebangsaan

Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi.

Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam.

Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.

FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa dan kedaulatan negara secara unik.

Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan sebagai kerajaan negara tersebut

Fungsi utama bahasa itu adalah menyatukan rakyat.

Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan, seperti Kanada, yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris.

Page 5: Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura.

Bahasa kebangsaan boleh jadi sama dengan bahasa rasmi tetapi tidak semestinya.

BIBLIOGRAFI

Lyons, John.1992.Bahasa dan linguistik:suatu pengenalan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz.1997.Pengajian Melayu 3: kumunikasi bahasa.Selangor:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Internet:Dewan Bahasa Dan Pustaka http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=BAHASA+KEBANGSAAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_kebangsaan