bahasa badan

Upload: farah-mohd-ariffin

Post on 10-Jul-2015

105 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAHASA BADAN JUGA DIKENALI SEBAGAI BAHASA BUKAN LISAN

Adakah senyuman yang diberikan oleh wanita ini ikhlas ataupun tidak?

3

Adakah simbol yang ditunjukkan oleh lelaki ini memberikan mesej yang baik ayaupun sebaliknya?

4

Komunikasi7%

38%

55%

Bahasa Badan Suara Perkataan

5

Tubuh badan kita juga berkomunikasi walaupun ketika ia tidak bergerak-gerak. Orang boleh membaca beberapa jenis maklumat berkenaan diri kita daripada sosok badan kita, ketinggian, berat badan, kulit, mata dan rambut kita.

Ada orang menilai sama ada kita sesuai dijadikan rakannya berdasarkan ciri-ciri pada tubuh kita. Bahasa badan orang yang dilawan bercakap juga boleh kita diketahui sama ada dia positif atau negatif, bosan atau berminat, atau berpura-pura berminat.

Lima jenis gerak geri: Emblem Ialah gerak-geri yang menggantikan perkataan yang kita ucapkan. Contohnya, kita menunjukkan ibu jari tangan kanan kita tanda bagus atau jari telunjuk untuk gambarkan satu.

Penggambar Gerak-geri ini kita buat seiring dengan kata-kata yang diucapkan. Gerak-geri ini betul-betul menggambarkan apa yang kita maksudkan. Contohnya, apabila kita berkata besar, tangan kita bergerak bagi menggambarkan saiz besar.

Pelukis Rasa Wajah kita boleh melukiskan berbagai-bagai perasaan yang kita rasai antaranya marah, takut, ragu, sedih, geram dll. Gerak-geri ini mungkin timbul di luar kawalan kita, ataupun mungkin disengajakan bagi menguatkan maksud apa yang kita lafazkan.

Pengawal/ Regulator Apabila kita mendengar orang lain bercakap, kita membuat gerak-geri tertentu bagi mengawal mereka bercakap. Ada kalanya kita menggunakan gerak-geri tubuh kita bagi memberitahu dia Teruskan, ataupun Tolong Berhenti Bercakap atau Cepatlah dll. Jika kita berminat dengan ucapannya, kita akan mengangguk-anggukkan kepala tetapi jika tidak, kita akan menguap atau memicit-micit kepala.

Penyesuai Gerak-geri ini dilakukan kerana ada keperluan untuk melakukannya. Contoh, menggaru kepala yang gatal, menjilat bibir yang kering dll. Ada sesetengah gerak-geri tidak sesuai dilakukan di depan orang seperti mengorek hidung, meludah atau mencungkil gigi.

A. Memberi tekanan Kebanyakan bahasa badan yang kita gunakan

adalah untuk memberi tekanan apa yang sedang kita katakan. Contoh, sambil berkata sambil senyum, atau mencebik bibir, menumbuk meja atau mengangguk-angguk kepala.

B. Menambah maklumat Ada kalanya sambil kita bercakap, sambil kita

memberi maklumat tambahan. Maklumat itu tidak kita sebut dalam percakapan kita. Contohnya, sambil bercakap, kita menggelenggelengkan kepala untuk memberitahu maklumat tambahan.

C. Menafikan Ada kalanya apa yang kita ucapkan, kita sendiri

tidak setuju dengannya. Jadi bahasa badan kita menunjukkan reaksi berbeza. Contoh, mulut kita berkataya tetapi kepala kita berkata tidak dengan menggelenggelengkannya.

D. Mengawal Ada masanya kita gunakan bahasa badan bagi

mengawal aliran percakapan. Contoh, kita mengangkat tangan ke atas tanda ingin bersuara atau mengangkatnya separuh tubuh dengan tapak tangan di hadapan, tanda kita belum habis bercakap.

E. Mengulang Ada masanya mulut kita bercakap. Kemudian

bahasa badan kita mengatakan perkara yang serupa juga. Contoh, Mari kita pergi sekarang kemudian tangan kita digerakkan tanda mengajak. Atau kita berkataAwak faham tak? kemudian kita angkat kening kita.

F. Menggantikan Ada kalanya mulut kita diam. Sebagai gantinya, bahasa badan kita sahaja yang

bercakap. Contoh, kita tidak berkata ya tetapi cuma kepala kita yang mengangguk.

Ada empat jenis jarak ruang: 1.Jarak Intim Jarak ini di antara sentuhan sebenar hingga 18 inci. Dalam jarak ini, kita boleh memandang, menyentuh, mendengar dan menghidu bau orang itu malah merasa nafasnya. Dalam jarak sebegini, bahasa badan lebih utama daripada kata-kata. Jika percakapan pun, adalah rahsia yang sangat rahsia dan dalam bentuk suara bisikan.

2.Jarak Peribadi Jarak ini antara 18 inci hingga 4 kaki. Jarak ini kita bawa ke masa-mana kita pergi. Orang lain hanya boleh menyentuh kita dari jauh sahaja iaitu dengan menghulur tangan mereka. Dalam jarak ini topik yang dipercakapkan ialah hal-hal peribadi. Orang-orang yang dalam jarak ini ialah adik beradik dan sahabat rapat. Suara yang digunakan ialah suara rendah.

3. Jarak Sosial Jarak ini antara 4 kaki hingga 12 kaki. Kita gunakan dalam majlis-majlis sosial. Ia adalah jarak rasmi dengan tujuan rasmi. Hal diperkatakan boleh didengar orang lain. Suara yang digunakan adalah suara penuh. Jarak ini sesuai bagi perbincangan atau mesyuarat di pejabat.

4. Jarak Am Jarak ini antara 12 kaki hingga 25 kaki. Ini adalah jarak yang digunakan oleh tokoh-tokoh.

Jarak ini digunakan untuk majlis-majlis ucapan

rasmi. Suara yang digunakan adalah suara kuat.

Muka kita banyak bercakap terutama mengenai perasaan kita. Tanpa sepatah kata, kita boleh menyatakan apa perasaan kita melalui muka kita. Dengan muka, kita dapat gambarkan perasaan bahagia, seronok, takut, marah sedih, benci, minat, hairan dll.

4 jenis perbuatan menggunakan muka : A. Melebih-lebihkan ekspresi Kita melebih-lebihkan komunikasi muka kita bagi gambarkan sesuatu perkara. Contoh, kita lakukan perkara ini tanda kita amat seronok menerima hadiah yang tidak diduga.

B. Mengurangkan ekspresi Kita kurangkan ekspresi wajah ini kerana tidak mahu menunjukkan semua perasaan kita. Contoh, kita sedar ada kalangan kita tidak mendapat hadiah, maka untuk menjaga hatinya, kita lakukan perbuatan ini.

Menghapuskan ekspresi Kita hapuskan ekspresi wajah kita supaya kelihatan seolah-olah tidak berasa apa-apa. Contoh, kita pura-pura tidak berasa sedih atau risau di depan orang lain kerana tidak mahu orang lain turut sedih atau risau.

Menutup ekspresi Kita tutup ekspresi wajah kita yang sepatutnya

tidak kita tutup kerana kita tidak mahu orang lain tahu .perasaan kita ketika itu. Contoh, kita tutup perasaan kecewa dengan menggunakan ekspresi wajah gembira.

Apakah gambaran yang ada pada mata anda?

4/28/2012

[email protected]

30

4/28/2012

[email protected]

31

Mendapat maklum balas

Gambaran dusta

Gambaran hubungan

Gambaran status

4/28/2012

[email protected]

32

Komunikasi MATA adalah jenis bahasa badan yang paling penting. Kajian menunjukkan apabila kita meminati apa yang kita lihat, anak mata akan membesar. Kajian juga mendapati kaum perempuan lebih banyak melakukan sentuhan mata berbanding lelaki. Meskipun begitu, kaum perempuan juga lebih banyak melarikan pandangan apabila bertembung mata.

Ada 4 panduan sentuhan mata: A.

Kalau ada orang di sebelah sana memandang tepat kepada kita, orang itu mengajak kita berinteraksi. Kalau kita membalas pandangannya, itu bermaksud kita terima ajakannya. B. Pandangan yang tepat dan berterus terang biasanya diterima dengan baik.

C.

Kalau kita sedang berucap dan kita menyentuh hadirin dengan pandangan, mereka akan mendapat kesan kita seorang yang berhemah tinggi, ikhlas dan jujur. D. Dalam perbualan normal, kita membuat sentuhan mata yang pendek-pendek dan sekali sekala. Kalau cara itu diganti dengan sentuhan mata yang lama, itu tandanya kita lebih berminat kepada orang itu, bukan kepada apa yang dibualkannya.

Mengikut teori program neurolinguistik, gerak-geri mata menunjukkan apa yang difikirkannya : Mata memandang ke kanan ke atas menunjukkan

kita sedang cuba menggambarkan kejadian yang belum pernah dilihat. Mata memandang ke kiri dan ke kanan menunjukkan kita sedang gambarkan kejadian yang pernah kita lihat.

Mata yang di tengah-tengah tetapi menjeling ke

kanan menunjukkan sedang membayangkan bunyi yang yidak pernah didengar. Mata yang di tengah-tengah tetapi menjeling ke kiri menunjukkan sedang cuba membayangkan bunyi yang pernah didengar. Mata yang memandang ke kiri dan ke bawah menunjukkan sedang bercakap dengan dirinya sendiri.

Mata yang memandang ke kanan dan ke bawah

menunjukkan orang itu sedang merasakan pelbagai sensasi seperti bau, perisa, sentuhan dan perasaan. Mata yang berada di tengah tetapi tidak terfokus menunjukkan orang itui sedang cuba melihat gambar-gambar dalam otaknya.

Orang berdusta tidak mahu bertentang mata. Dia akan berusaha melarikan pandangan matanya ke tempat lain. Apabila bercakap, matanya lebih suka memandang objek lain daripada orang yang dilawan bercakap. Mata orang berdusta banyak berkelip-kelip. Kelipannya pula lebih laju daripada biasa.

Ada kalanya kita tidak suka disentuh dan tidak mahu menyentuh orang lain. Kajian menunjukkan orang-orang yang takut berkomunikasi secara lisan juga tidak suka berkomunikasi menggunakan sentuhan. Kaum perempuan lebih banyak memulakan sentuhan dan lebih banyak menerima sentuhan.

1. Menyampaikan emosi Kita menyentuh seseorang bagi menyampaikan

emosi positif seperti sokongan, penghargaan, cinta, kasih sayang dll. Perbuatan ini dilakukan oleh kalangan yang punyai hubungan rapat.

2. Mengawal Kita juga menggunakan sentuhan bagi mengawal

kelakuan orang lain termasuk sikap dan perasaan mereka. Kita sentuh mereka apabila kita mahu mereka patuh kepada kita .

3. Menunjukkan status Sentuhan begini bagi memberitahu kedudukan

dan status kita yang lebih tinggi daripadanya. Biasanya orang bawah tidak boleh menyentuh orang berstatus atas sesuka hati tanpa kebenarannya.

4. Sentuhan sopan Sentuhan sebegini juga berkaitan budaya dan

adat resam. Contohnya, bersalam, berpeluk kerana bertemu atau mahu berpisah dll.

5. Sentuhan tugas Sentuhan ini dilakukan kerana kehendak tugas. Contoh, doktor menyentuh dahi untuk merasa

suhu badan pesakit atau anggota anggota lain yang perlu dirawat.

Merangkumi solekan, perhiasan dan cara berpakaian. Pakaian boleh menyampaikan banyak mesej seperti kedudukan ekonomi, pendidikan, sosial, moral dan sebagainya. Contoh: Masyarakat Barat menganggap jika memakai tali leher yang tidak kemas, individu tersebut tidak dapat mengurus diri dengan baik. Pakaian penting pada peringkat membentuk tanggapan awal, namun ia berkurangan apabila hubungan semakin akrab.46

Mesej bukan verbal dapat disampaikan secara tidak sengaja melalui postur badan. Contoh: Pelajar yang berminat mendengar kuliah akan

mempamerkan postur tubuh yang tunduk ke hadapan.

- Pelajar yang tidak berminat akan mendagu.47

Tubuh ketua kita hanya bersandar di kerusi

sedang kita menyatakan idea tanda dia tidak berminat. Jika ramai daripada audiens menggeliat dan menguap sedang kita berucap, tanda ucapan kita membosankan. Jika pembantu kanan kita asyik melihat jam, tandanya kita perlu berhenti atau rehat sebentar daripada mesyuarat yang dikendalikan.

OK atau KO ?

49

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perlakuan dalam bahasa bukan lisan, antaranya ialah:1) Ruang dan masa 2) Perbezaan status 3) Jarak komunikasi

4) Psikologi5) Gender 6) Budaya50

Garis panduan komunikasi bukan lisan

Berwaspada apabila membuat interprestasi atau menilai komunikasi tanpa lisan. Mengawal perlakuan tanpa lisan pada diri sendiri.

51

Bahasa bukan lisan berlaku secara spontan tanpa kawalan dan ia berlaku serentak dengan komunikasi secara tuturan. Ia terdedah kepada pelbagai interprestasi sama ada tepat atau tidak. Setiap satu bentuk bahasa bukan lisan mencerminkan budaya dan identiti peribadi seseorang dan mempengaruhi komunikasi.52

53