bahagian pengurusan sekolah harian · pdf filekepada semua murid tahun 6 pada tahun 2016 yang...

Download BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN · PDF filekepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2016 yang bersekolah di sekolah rendah ... (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris) ... Intervensi

If you can't read please download the document

Upload: dangtruc

Post on 08-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

    Sila catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

    BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA MALAYSIA

    Tel : +603-88849586 (Aras 3) +603-88849370 (Aras 4) Faks : +603-88849315 Laman Web : www.moe.gov.my

    CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERT. NO. : AR4166

    CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERT. NO. : AR4166

    KPMSP.600-10/26/4Jld.11(99) 29 Ogos 2016

    Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan, MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2017 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2016 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara. 3. Murid-murid yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

    BIL ASRAMA

    1MALAYSIA NAMA SEKOLAH

    1

    A1M KUALA LUMPUR

    VICTORIA INSTITUTION, KUALA LUMPUR (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)

    LELAKI SAHAJA

    SMK (L) METHODIST KUALA LUMPUR (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)

    LELAKI SAHAJA

    ST JOHN INSTITUTION, KUALA LUMPUR (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)

    LELAKI SAHAJA

    SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR LELAKI SAHAJA

    2 A1M JOHOR SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR

    PEREMPUAN SAHAJA

    3 A1M SABAH MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH LELAKI & PEREMPUAN

    4 A1M SARAWAK KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK

    LELAKI & PEREMPUAN

    4. Untuk makluman YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan, syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan. Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M ialah pada 2 Januari 2017 (Selasa).

  • 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Sila catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung

    5. Sehubungan dengan itu, perhatian dan tindakan YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan adalah dimohon agar dapat memaklumkan tentang permohonan A1M ini ke semua sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 9 Disember 2016:

    Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017 Unit Asrama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 WP Putrajaya

    6. Sebarang penyelarasan boleh dirujuk ke Bahagian ini melalui Unit Asrama, Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama (SPKIA) di talian telefon 03-88849432/ 9341 dan faks 03-88849342. 7. Bersama ini disertakan Borang Permohonan Ke Tingkatan Satu Program Asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 serta Brosur A1M untuk makluman dan tindakan pihak YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan. Borang tersebut boleh juga dimuat turun dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my. Kerjasama serta sokongan YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian.

    SEHATI SEJIWA

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    KEMENJADIAN MURID ASRAMA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

    Saya yang menurut perintah,

    DATO ABDULLAH BIN MAD YUNUS Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia