bahagian kewangan kementerian pendidikan …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1155/garis...

Download BAHAGIAN KEWANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1155/GARIS PANDUAN.pdf · Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh

If you can't read please download the document

Upload: dinhquynh

Post on 12-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 1

    BAHAGIAN KEWANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA

    KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

    TAHUN 2014

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2

    GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN

    DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN TAHUN 2014

    1. PENDAHULUAN

    Pada 25 Oktober 2013, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap

    Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet Tahun 2014 telah

    meluluskan peruntukan sejumlah RM540 juta untuk pemberian

    Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada murid Tahun 1

    hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2014.

    2. OBJEKTIF

    Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan

    persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau

    penjaga murid.

    3. KRITERIA KELAYAKAN

    3.1 Murid warganegara Malaysia; 3.2 Bagi murid bukan warganegara salah seorang

    ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia;

    3.3 Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi

    sesi persekolahan tahun 2014; dan

    3.4 Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan

    Kerajaan.

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 3

    4. TEMPOH PELAKSANAAN

    Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan tahun 2014

    sahaja. 5. KADAR

    Kadar bantuan sebanyak RM100.00 bagi setiap murid. 6. AGIHAN BANTUAN

    Agihan bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan

    Malaysia (KPM) terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)

    atau ke Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah

    yang tidak mempunyai Akaun KWK secara berperingkat mulai 15

    Januari 2014.

    7. TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN / JABATAN

    7.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

    a) Mengeluarkan Surat Siaran dan Garis Panduan

    Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan

    1Malaysia;

    b) Menyalurkan bantuan ke akaun Kumpulan Wang

    Kerajaan (KWK);

    c) Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK,

    bantuan akan disalurkan ke Akaun Khas PPD; dan

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 4

    d) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan

    pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan

    kewangan yang ditetapkan.

    7.2 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan

    Daerah (PPD)

    a) Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai

    pelaksanaan bantuan ini termasuk mengedarkan Surat

    Siaran dan Garis Panduan;

    b) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan

    pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan

    kewangan yang ditetapkan;

    c) Melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal

    Persekolahan 1Malaysia kepada KPM selewat-lewatnya

    pada 31 Mac 2014 seperti format di Lampiran A;

    d) Memaklum dan memohon secara rasmi perkhidmatan

    eskot polis kepada Ketua Polis Negeri dalam urusan

    pengeluaran wang melebihi RM10,000.00; dan

    e) Merekod dan mengagihkan peruntukan yang diterima ke

    sekolah-sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 5

    7.3 Sekolah

    a) Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan;

    b) Menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke

    dalam Buku Tunai KWK di bawah lajur bantuan

    persekolahan yang lain dengan menyelenggara Akaun

    Subsidiari;

    c) Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP.01) apabila

    peruntukan telah sah dimasukkan ke akaun KWK. Resit

    hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha Bahagian

    Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan

    dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM;

    d) Mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan

    mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa/

    penjaga/murid dalam tempoh empat belas (14) hari

    daripada tarikh bantuan diterima;

    e) Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK,

    peruntukan akan disalurkan ke sekolah melalui Akaun

    Khas PPD;

    f) Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah

    TIDAK DIBENARKAN;

    g) Sekolah hendaklah mengagih bantuan secara tunai

    RM100.00 sepenuhnya. Sebarang pemotongan TIDAK

    DIBENARKAN SAMA SEKALI;

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 6

    h) Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani

    Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan

    disaksikan oleh dua (2) orang guru sebagai saksi seperti

    di Lampiran B; dan

    i) Menghantar Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan

    Bantuan kepada JPN/PPD selewat-lewatnya 16 Mac

    2014.

    8. TATACARA PENGELUARAN WANG

    Tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank oleh pihak sekolah

    mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.

    Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai

    seperti berikut :

    8.1 Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/

    Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau

    8.2 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru

    Besar adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah

    keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan

    eskot polis jika difikirkan perlu berdasarkan Arahan

    Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi

    Wang Tunai Dalam Perjalanan.

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 7

    9. MURID BERPINDAH SEKOLAH 9.1 Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid

    yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop TELAH

    BAYAR BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

    1MALAYSIA pada borang perpindahan sekolah murid

    berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan

    agihan bantuan ini di sekolah baharu nanti; atau

    9.2 Murid yang telah berpindah sekolah dan belum menerima

    bantuan ini, hendaklah menuntutnya di sekolah baharu.

    10. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN

    10.1 Kekurangan Peruntukan

    a) Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada

    menerima bantuan ini, pihak sekolah diminta

    mendahulukan peruntukan sedia ada sekolah seperti

    wang SUWA dan lain-lain peruntukan sekiranya

    peruntukan asal tidak mencukupi; dan

    b) Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan

    peruntukan tambahan kepada Bahagian Kewangan KPM

    melalui JPN/PPD bersama Senarai Akuan

    Penerimaan/Penolakan Bantuan. Tarikh akhir untuk JPN

    kemukakan kepada KPM adalah pada 31 Mac 2014.

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 8

    10.2 Lebihan Peruntukan

    Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar

    hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian

    Kewangan, KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan,

    Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada

    31 Mac 2014.

    11. PENUTUP

    11.1 Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan

    dan Perakaunan Sekolah yang sedang berkuatkuasa pada

    masa ini.

    11.2 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan

    Khas Awal Persekolahan 1Malaysia hendaklah dikemaskini dan

    disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan

    pengauditan.

    11.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai

    pelaksanaan program ini, JPN/PPD/Sekolah boleh

    menghubungi pegawai Bahagian Kewangan, KPM seperti

    berikut:-

    i) Puan Ramlah binti Mohamad Amin No. Telefon : 03-88847642

    No. emel: [email protected]

    ii) Encik Mohd. Adyirwan bin Arshad

    No. Telefon : 03-88847091

    No. emel: [email protected]

    mailto:[email protected]:[email protected]

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 9

    Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Kewangan, Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA.

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 10

    LAMPIRAN A

    RUMUSAN AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014 (DISEDIAKAN OLEH PIHAK JPN DAN DIKEMUKAKAN KEPADA KPM SELEWAT-LEWATNYA PADA 31 MAC 2014)

    NEGERI: JABATAN: ALAMAT JABATAN: NO. TELEFON / FAKS: JUMLAH KESELURUHAN LEBIHAN PERUNTUKAN: RM JUMLAH KESELURUHAN KEKURANGAN PERUNTUKAN: RM

    BIL. KOD SEKOLAH NAMA SEKOLAH NO. AKAUN BANK

    SEKOLAH NAMA BANK

    JUMLAH LEBIHAN

    PERUNTUKAN (RM)

    JUMLAH KEKURANGAN PERUNTUKAN

    (RM)

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 11

    BIL. KOD SEKOLAH NAMA SEKOLAH NO. AKAUN BANK

    SEKOLAH NAMA BANK

    JUMLAH LEBIHAN

    PERUNTUKAN (RM)

    JUMLAH KEKURANGAN PERUNTUKAN

    (RM)

    JUMLAH KESELURUHAN

    Disediakan oleh: Disahkan oleh: (Tandatangan) (Tandatangan)

    Nama: Nama:

    No. K/P: No. K/P:

    Jawatan: Jawatan:

    Tarikh: Tarikh:

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 12

    LAMPIRAN B

    SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014 (DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN DIKEMUKAKAN KEPADA JPN/PPD SELEWAT-LEWATNYA PADA 16 MAC 2014 )

    KOD SEKOLAH: NAMA SEKOLAH: ALAMAT SEKOLAH: NO. TELEFON / FAKS: NO.AKAUN BANK SEKOLAH: NAMA BANK: PERUNTUKAN DITERIMA: RM PERUNTUKAN DIAGIH: RM LEBIHAN/ KURANGAN: RM

    BIL. NAMA MURID MENERIMA (/) / MENOLAK (X)

    NAMA PENERIMA NO. KAD

    PENGENALAN PENERIMA

    TARIKH TANDATANGAN

    PENERIMA

  • Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 13

    BIL. NAMA MURID MENERIMA (/) / MENOLAK (X)

    NAMA PENERIMA NO. KAD

    PENGENALAN PENERIMA

    TARIKH TANDATANGAN

    PENERIMA

    Guru Pembayar: Guru Saksi: Disahkan Oleh Pengetua/Guru Besar (Tandatangan) (Tandatangan) (Tandatangan)

    Nama: Nama: Nama:

    No. K/P: No. K/P: No. K/P:

    Jawatan: Jawatan: Jawatan:

    Tarikh: Tarikh: Tarikh: