bahagian c_bm

8
BM 2 THN 4 PKSR 1/ MEI 2012 LAMPIRAN A NAMA :_________________________ BAHAGIAN C ( 20 markah ) ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu itu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Halim berasal dari Kampung Aman. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya. Ayah dan ibunya bekerja sebagai nelayan. Halim mempunyai lima orang adik. Halim dan adik-adiknya tidak pernah bergaduh. Mereka sering hidup berbaik-baik antara satu sama lain. Halim menjaga adik-adiknya bagai menatang minyak yang penuh. Halim melaksanakan kewajipannya sebagai anak sulung dengan membantu membaiki jala yang rosak. Halim melakukan tugas-tugas harian tanpa bergantung kepada orang lain. Selain itu, Halim juga mementingkan pelajarannya. Oleh itu, apabila ada masa lapang dia akan mengulang kaji pelajaran dan berbincang dengan kawan-kawannya. Halim juga sering mendapat markah yang cemerlang pada setiap kali peperiksaan diadakan. Dia bercita-cita tinggi untuk mengubah taraf hidup keluarganya. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1

Upload: reduan-md-isa

Post on 21-Nov-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

BM 2 THN 4 PKSR 1/ MEI 2012

LAMPIRAN ANAMA :_________________________

BAHAGIAN C

( 20 markah )

( Masa yang dicadangkan : 20 minit )

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu itu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Halim berasal dari Kampung Aman. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya. Ayah dan ibunya bekerja sebagai nelayan.

Halim mempunyai lima orang adik. Halim dan adik-adiknya tidak pernah bergaduh. Mereka sering hidup berbaik-baik antara satu sama lain. Halim menjaga adik-adiknya bagai menatang minyak yang penuh.

Halim melaksanakan kewajipannya sebagai anak sulung dengan membantu membaiki jala yang rosak. Halim melakukan tugas-tugas harian tanpa bergantung kepada orang lain.

Selain itu, Halim juga mementingkan pelajarannya. Oleh itu, apabila ada masa lapang dia akan mengulang kaji pelajaran dan berbincang dengan kawan-kawannya. Halim juga sering mendapat markah yang cemerlang pada setiap kali peperiksaan diadakan. Dia bercita-cita tinggi untuk mengubah taraf hidup keluarganya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAMPIRAN BNAMA:__________________________

BAHAGIAN C

( 20 markah )

( Masa yang dicadangkan : 20 minit )

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu itu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ismail berjalan dengan berhati-hati. Ketika itu keadaan jalan raya agak sibuk. Dia menoleh ke kiri, ke kanan dan ke kiri semula sebelum melintas jalan raya. Setelah memastikan tiada kenderaan barulah Ismail melintas. Dia sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya. Ibu bapa dan gurunya sentiasa mengingatkannya agar berhati-hati semasa di jalan raya. Dia sentiasa patuh akan nasihat mereka.

Ketika dia hendak melintas, dia ternampak seorang wanita tua sedang membawa bakul. Bakulnya sarat dengan barang-barang. Wanita tua itu ingin melintas jalan. Ismail berasa kasihan apabila melihat wanita tua itu. Wanita tua itu kelihatan takut-takut untuk melintas jalan. Ismail terus mendapatkan wanita tua itu. Dia menawarkan bantuan kepada wanita tua itu. Ismail menjinjing bakul sambil menuntun tangan wanita tua itu. Setelah mendapati kenderaan tiada, dia dan wanita tua itu pun melintas jalan.

Setelah tiba di seberang jalan, Ismail membantu wanita itu ke perhentian bas. Wanita tua itu mengucapkan terima kasih kepada Ismail. Dia memuji sikap Ismail yang sudi membantunya. Dia memberikan sejumlah wang RM5 kepada Ismail sebagai menghargai pertolongannya. Ismail menolak pemberian wanita tua itu. Ismail bersalam dengan wanita tua itu sebelum beredar dari situ.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3.7 ANALISIS DATA.

Berdasarkan ujian pra dan pasca dijalankan, dapatan ujian telah diperolehi seperti berikut:

JADUAL 3: Analisis Ujian Pra.

GRED

Penskoran Bilangan Jumlah

Peratusan

Kumpulan 1Kumpulan 2

Cemerlang

(17-20)2135%

Baik

(12-16)7512 20%

Sederhana

(6-11)9112033.3%

Tidak memuaskan

(1-5)12132541.6%

Berdasarkan analisis ujian Pra, didapati hanya 5% murid yang mencapai tahap yang cemerlang. Sejumlah murid yang mewakili 20 % mendapat penskoran yang baik, diikuti sebanyak 33.3 % mendapat pencapaian yang sederhana manakala sejumlah 41.6 % mendapat markah yang tidak memuaskan. Ujian pra yang dilaksanakan menyaksikan peratusan yang tinggi untuk pencapaian yang tidak memuaskan. Ini menyatakan bahawa sesuatu tindakan harus diambil untuk mengatasi fenomena tersebut. Cadangan kajian ini akan dilakukan untuk membantu mengatasi masalah tersebut.

Dapatan data yang akan dipungut dalam kajian ini akan direkodkan dan dianalisis serta diproses dengan menggunakan bentuk jadual, peratusan dan graf. Dalam kajian ini terdapat 10 item soalan yang dibina bagi menguji dan mengenal pasti kelemahan murid terhadap kemahiran-kemahiran yang diuji. Jika responden berjaya menjawab dengan betul item-item yang diberikan, maka ini bermakna mereka telah dapat memahami kemahiran-kemahiran yang disampaikan oleh guru. Jika jawapan yang diberikan itu salah maka ini menunjukkan murid kurang memahami kemahiran-kemahiran yang disampaikan. Selain itu, ketidakfahaman ini mungkin berlaku disebabkan oleh kaedah yang digunakan ini menyukarkan sesuatu kemahiran untuk difahami oleh murid ataupun kaedah yang digunakan tidak berupaya menarik minat mereka untuk belajar. Jumlah markah yang diperuntukkan bagi 20 markah dan dikira dalam bentuk peratusan .Saya telah menyediakan beberapa set latihan bagi menilai tahap penguasaan murid.

Seterusnya saya telah membuat analisis dan menilai kemahiran-kemahiran yang menjadi masalah kepada murid. Daripada data yang diperoleh, saya merancang sesi pengajaran dan pembelajaran Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Penulisan (Bahagian C) yang bertujuan untuk mengatasi masalah dan kelemahan murid dalam penguasaan penerapan nilai-nilai murni.

Setelah selesai sesi pembelajaran seperti yang telah ditetapkan, responden kajian akan diberikan set latihan kedua untuk mengukur sama ada terdapat peningkatan prestasi bagi kumpulan sasaran. Borang kaji selidik juga diedarkan kepada murid untuk mendapatkan respon mereka terhadap pembelajaran dengan menggunakan kaedah ini. (Lampiran B)

4