baba nyonya.odt

Download baba nyonya.odt

If you can't read please download the document

Upload: lew

Post on 23-Dec-2015

51 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Baba dan Nyonya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Baba dan Nyonyaadalah segolongan keturunan kaumCinayang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat diNegeri-negeri Selat,Tanah Melayu(kini sebahagianMalaysia), khususnya di negeriMelaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyatBritishdan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru,[1]dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" keranakebudayaanmereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaanMelayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina danBuddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain sepertiKristianyang amat popular di kalangan remaja.[perlu rujukan]

Isi kandungan[sorokkan]1Sejarah

2Budaya2.1Pakaian

2.2Agama

2.3Masakan

2.4Perkahwinan

2.5Muzium

2.6Hubungan politik

3Tokoh-tokoh Baba

4Lihat juga

5Rujukan

6Pautan luar

Sejarah[sunting|sunting sumber]Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacaraagamaorang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.[2]Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai Kings Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British.Budaya[sunting|sunting sumber]Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompokHokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalamloghatHokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunanKantonis,Hakka, dan lain-lain.Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabilaPulau PinangdanSingapuraberkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalambahasa Babaiaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaiankebayadan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka diChina. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan danagamayang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepadakerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaumwanitayang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu.Pakaian[sunting|sunting sumber]Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripadabaju kebaya(baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.Kasut manekialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lama-kelamaan banyak diperoleh dariJepun.Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya 'kebaya encim', serta mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang bermotifkan Cina.Agama[sunting|sunting sumber]Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambutTahun Baru CinadanPerayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.[3]Masakan[sunting|sunting sumber]

Ayam buah keluak.Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnyamasakan "Nyonya"yang menggunakan rempah masakan Melayu. Contohnyaayam kapitan, sejeniskariayam kering;inci kabin, iaituayam gorengcara Nyonya; danpindang bandeng, kuah ikan yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura.Perkahwinan[sunting|sunting sumber]Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan ataumempergundikkanwanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera.[4]Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi.[5][6]Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemarichin choayatau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.[7]Lamaran memerlukan buah tanganpinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragamaIslam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agamaKristian.Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontandondang sayangyang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

Dulang teh tembikar berenamel warna-warni yang dihiasi "burung cenderawasih" gaya Peranakan.Muzium[sunting|sunting sumber]Bahan-bahan bersejarah dari kebudayaan Baba dan Nyonya dipamerkan di pusat-pusat kebudayaan seperti Jonker Street (Melaka), Pulau Pinang danMuzium Peranakan(Singapura). Di tempat-tempat sedemikian, anda boleh mencari muzium yang mempamerkan perabot, makanan, dan pakaian tradisi Baba and Nyonya. Juga terdapat kedai-kedai makan "Nyonya" di Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Jakarta, Semarang, Surabaya, dan juga di Barat. Pertunjukan seni Peranakan mingguan juga diadakan dipasar malamJonker Street.Hubungan politik[sunting|sunting sumber]Pada zaman pendudukan kuasa Barat, kaum Baba Nyonya lebih berada berbanding pendatang China yang baru. Kekayaan dan jalinan erat keluarga membolehkan suku Peranakan membentuk sebuah golongan atasan berbangsa Cina yang amat setia kepada kuasa British atau Belanda,[8]sehingga sukar menerima kemerdekaan Malaysia dan Indonesia.[9]Menjelang pertengahan abad ke-20, kebanyakan suku Peranakan menerima pendidikan Inggeris atau Belanda, kesan penjajahan kepulauan Melayu oleh kuasa-kuasa Barat. Suku Peranakan sanggup memeluk kebudayaan dan pendidikan Inggeris sebagai cara memajukan diri mereka dari segi ekonomi. Oleh itu, jawatan-jawatan pentadbiran dan perkhidmatan awam selalu diisi oleh orang Cina Peranakan terkemuka. Ramai orang Baba dan Nyonya memeluk agama Kristian kerana menganggap agama itu lebih berprestij dan amat rapat dengan kebudayaan sekutu mereka yang berbangsa British dan Belanda.[10]Justeru, masyarakat Peranakan menjadi amat berpengaruh di Melaka dan Singapura, sehingga diberi gelaranKing's Chinesekerana kesetiaan mereka kepada pihak British. Hasil dari perhubungan mereka dengan pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan orang Peranakan fasih berbahasa Cina, Melayu dan Inggeris. Antara kerjaya-kerjaya yang banyak diceburi mereka termasuk saudagar, pedagang, dan orang tengah yang menguruskan perhubungan antara China, Tanah Melayu dan kuasa-kuasa Barat yang amat dihargai oleh British dan Belanda.Separuh awal abad ke-20 menyaksikan perubahan penting dalam sejarah yang mana sebilangan kaum Peranakan makin cenderung untuk menyokong kemerdekaan Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, tiga komuniti Cina bergabung dan bergiat dalam politik.Orang Cina Peranakan juga menyertai peloporan akhbar Indonesia. Mereka menerbitkan impian politik mereka di samping sumbangan dari penulis tempatan yang lain dalam syarikat penerbitan mereka. Pada bulan November 1928, akhbar mingguan berbahasa Cina iaituSin Po() menjadi akhbar pertama yang menerbitkan lirik lagu kebangsaanIndonesia Raya. Kadang-kala, sesiapa yang terlibat dalam kegiatan sedemikian menghadapi ancaman dipenjara atau dihukum mati kerana pihak berkuasa penjajah Belanda mengharamkan penerbitan dan kegiatan nasionalis.Kaum Cina di Indonesiaberkobar-kobar memberikan sokongan kepada gerakan kemerdekaan ketika pendudukan Jepun pada awal 1940-an, apabila semua persatuan Cina diharamkan oleh pihak Jepun. Antara mereka yang terlibat termasuk Siauw Giok Tjhan dan Liem Koen Hian, dan Yap Tjwan Bing, seorang ahli Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia, yang menjadi warga Amerika Syarikat pada 1960-an.

Pakaian pengantin bagi Baba dan Nyonya

Masyarakat Baba Nyonya atau dikenali juga sebagai masyarakat cina peranakan telah wujud di Melaka sejad abad kelima belas lagi. Golongan ini wujud hasil daripada perkahwinan orang-orang dari negeri China yang datang untuk berdagang dengan orang Melayu tempatan. Kebanyakan keturunan Baba Nyonya dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Walaubagaimanapun, arus moden pada masa kini telah meninggalkan sedikit demi sedikit budaya tradisional masyarakat ini tetapi terdapat juga budaya yang masih diamalkan. Adat perkahwinan Baba dan Nyonya merupakan adat perkahwinan yang paling unik di Malaysia kerana terdapat unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu mempengaruhi adat perkahwinan ini.

Pada masa dahulu, perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat penting bagi masyarakat Baba dan Nyonya. Seseorang anak perempuan yang berumur lapan tahun biasanya telah mahir memasak , membuat sulaman , pertukangan tangan dan menjahit. Apabila sudah mencapai tahap yang memuaskan, ibu bapanya akan menyebarkan berita bahawa mereka sedang mencari bakal menantu.Kebiasaannya, orang tengah akan ditugaskan untuk mencari sebuah keluarga lain yang juga sedang mencari pasangan hidup untuk anak lelaki mereka. Pada peringkat pertama, adat merisik akan dilakukan. Wakil pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan untuk mengetahui sama ada gadis yang hendak dipinang itu mempunyai budi pekerti yang baik, bersopan-santun dan pandai menguruskan rumahtangga. Jika keluarga pihak lelaki berkenan dengan calon tersebut, satu rombongan meminang akan dihantar. Peminangan ini diketuai oleh Mueynang.

Dalam proses peminangan ini, kedua belah pihak akan berunding sesama mereka. Mereka akan berbincang mengenai identiti kedua-dua pengantin tersebut. Kebiasaannya, pertolongan seorang tukang tilik diperlukan. Butir-butir penting seperti tarikh lahir, masa lahir, dan tahun mengikut kalendar cina bagi kedua pengantin diambil kira. Misalnya, sekiranya pengantin lelaki dilahirkan pada Tahun Anjing manakala pengantin perempuan pula dalam Tahun Kambing, maka kedua pihak akan berpendapat bahawa pasangan tidak secocok. Walaubagaimanapun, kepercayaan ini tidak lagi diamalkan. Pada masa kini, asalkan bakal menantu adalah pilihan anak mereka maka perkahwinan tersebut akan terus dipersetujui.

Apabila peminangan diterima, pihak perempuan akan meminta tempoh sebulan untuk menguji sama ada perkahwinan ini akan berkekalan atau tidak. Sepanjang tempoh ini, pinggan mangkuk,periuk belanga serta perkakas-perkakas kaca tidak boleh pecah atau jatuh. Jika ini berlaku, maka ditakrifkan perkahwinan tersebut tidak akan berkekalan.Sekiranya pada peringkat tersebut tiada apa-apa yang berlaku peringkat seterusnya akan diteruskan iaitu majlis naik belanja atau hari tukar cincin. Pada majilis ini pihak lelaki akan menyediakan separuh daripada jumlah wang hantaran manakala separuh lagi akan diserahkan pada hari perkahwinan. Semasa majlis naik belanja ini, pihak lelaki akan menghantar dua pasang lilin, empat botol arak, daging babi panggang beserta buah-buahan seperti limau dan epal. Mueynang akan ditugaskan untuk menghantar barangan ini ke rumah pihak perempuan. Pihak perempuan akan mengambil separuh sahaja buah-buahan yang dihantar dan sepasang lilin. Sebagai balasan, pihak perempuan akan memberi dua botol air sirap dan gula-gula kepada pihak lelaki. Ini sebagai tanda mereka amat gembira dan sukacita atas pemberian tersebut. Seterusnya, pertukaran cincin pun dilakukan. Langkah seterusnya, wakil pihak pengantin lelaki akan menghantar sekeping kertas merah bertulisan Cina membawa maksud di mana, waktu dan tempat majlis perkahwinan ini hendak dilangsungkan yang disertakan dengan sepasang lilin. Pihak pengantin lelaki diwakili oleh lilin bergambar naga dan lilin bergambar burung merak mewakili pihak perempuan. Sebelum majlis perkahwinan diadakan, kedua-dua pengantin mesti menjalankan upacara cohtau di rumah masing-masing. Pengantin lelaki akan duduk di atas gantang beras (dibalut kertas merah) yang diletakkan di atas nyiru. Rambutnya disisir oleh seorang budak lelaki. Sementera itu, rambut pengantin perempuan disisir oleh seorang wanita biasanya sanak saudaranya sendiri.

video perkahwinan Baba dan Nyonya di Melaka

Kedua-dua pengantin dikehendaki berpakaian serba putih. Mereka akan diberitahu bahawa mereka akan memasuki alam perkahwinan dan haruslah menjalankan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin.Persediaan untuk majlis perkahwinan dijalankan terutamanya di rumah pihak pengantin lelaki. Rumah dihiasi dengan indah dan beraneka jenis buah-buahan serta bunga diletakkan di meja sembahyang. Seorang wanita berpengalaman dari ahli keluarga pihak lelaki akan ditugaskan untuk menyiapkan berbagai upacara di bilik pengantin seminggu sebelum majlis perkahwinan. Antara upacara tersebut iaiah menaburkan bunga rampai ditengah tilam baru, memasang langsir dan menyusun bantal-bantal yang baru. Manakala di empat penjuru kati diletakkan angpau dan perkakas baru didalam bilik tersebut juga diletakkan angpau. Sepasang lampu minyak tanah dipasang dan perlu dipastikan lampu tersebut tidak dipadam sehingga 12 hari selepas perkahwinan. Bilik ini sentiasa dikunci dan hanya dibuka untuk memastikan lampu tersebut tidak terpadam.

katil pengantin bagi Baba dan Nyonya

Pada hari perkahwinan, pengantin akan menaiki kereta sambil diiringi oleh pengapit ke rumah pengantin perempuan.Tibanya di rumah pengantin perempuan, pintu kereta akan dibuka oleh pemuda,biasanya adik lelaki pengantin perempuan. Dia akan diberi angpau oleh pengantin lelaki.Selain jamuan ringan, kedua pengantin akan bersembahyang dah dianggap sebagai suami isteri oleh ibu bapa pihak perempuan.

Selepas itu, mereka akan pergi ke rumah pengantin lelaki. Acara di rumah pengantin lelaki diadakan secara besar-besaran. Ia dikenali sebagai upacara sembahyang samkai. Adatnya pula dikenali sebagai Perkahwinan Tambo Seroni kerana tiupan serunai dapat didengari sepanjang majlis perkahwinan tersebut. Di rumah pengantin lelaki juga mereka akan bersembahnyang. Selesai sembahyang, kedua-dua pengantin memohon maaf serta meminta halalkan segala makan minum mereka daripada kedua belah ibu bapa mereka.Selepas itu disusuli pula oleh adat sojah . Dalam adat ini,kedua pengantin akan menjamu teh kepada setiap ahli keluarga yang lebih tua daripada mereka. Jika mengikut tradisi, kedua-dua pengantin terpaksa melutut ketika memberi secawan teh kepada orang yang disojah. Pengantin lelaki akan dibanti oleh pak-chi-nek sementara pengantin perempuan pula oleh sang-ke-um . tugas mereka adalah membantu kedua-dua pengantin ketika melutut dan membangun. Ini adalah kerana setiap kali mereka melutut,pakaian haruslah sentiasa kemas dan rapi. Walau bagaimanapun pada masa ini, kedua-dua pengantin tidak lagi dipaksa melutut ketiak adat sojah. Mereka dibenarkan berdiri ketika melakukanya. Biasanya orang-orang yang disojah memberi angpau kepada mereka. Ada juga yang memberi barang kemas seperti rantai atau cincin. Pada keesokan harinya, pengantin perempuan akan menuang teh kepada kedua-dua menantunya sebagai satu tanda bahawa dia sekarang adalah salah satu ahli keluarga tersebut dan akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh keluarga itu. Seterusnya, adat 12 hari akan diadakan 12 hari selepas perkahwinan. Kedua-dua pengantin akan ke rumah pengantin perempuan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pihak perempuan kerana merestui perkahwinan mereka. Satu jamuan diadakan di rumah pengantin perempuan. Pengantin akan dijamu dengan nasi lemak bersama-sama 12 jenis sambal. Pengantin lelaki berjanji kepada mentuanya bahawa dia akan menjaga isterinya dengan baik. Pengantin lelaki akan memberi angpau kepada mentuanya sebagai tanda bahawa anak perempuan mereka kini adalah hak miliknya. Sebagai balasan, ibu bapa pengantin perempuan akan memberi 2 ekor ayam yang berbulu merah ( seekor ayam jantan dan seekor ayam betina) , 2 batang tebu dan 2 batang lilin untuk dibawa pulang bersama-sama. Kesemua barang ini akan dibalut dengan kertas merah. Warna merah memainkan peranan yang penting kerana dipercayai membawa tuah, kebahagian dan keharmonian.

bakul Siah yang digunakan untuk mengisi barangan (makanan) kepada pengantin.

Kedua-dua ekor ayam tadi dibawa balik oleh pihak pengantin lelaki dan dilepaskan di bawah katil pengantin. Kononnya, jika ayam jantan yang keluar dahulu dari bawha katil tersebut, maka anak lelaki akan diperolehi dan begitulah sebaliknya. Kedua-dua ekor ayam tersebut tidak boleh disembelih atau dijual. Ianya hendaklah dipelihara selagi ada hayatnya. Jika semakin banyak ayam tersebut membiak,maka semakin ramai anak yang akan diperolehi. Ayam tersebut dipercayai membawa kemakmuran dah kebahagian kepada keturunan dan kedua-dua pengantin tersebut. Kesimpulannya, kita dapat lihat adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini memakan masa yang agak panjang dan penuh dengan adat istiadat. Walaubagaimanapun, zaman sekarang kaum Baba dan Nyonya banyak meringkaskan adat perkahwinan mereka tetapi masih ada yang masih mengamalkannya kerana mereka tidak mahu adat ini pupus ditelan dek zaman. Keunikan adat Baba dan Nyonya ini sangat menarik kerana gabungan bagi adat yang terdapat pada kaum Melayu dan juga kaum Cina.Apa yang harus kita pegang ialah biarpun adat yang berlainan kita haruslah saling menyokong dan menghormati antara satu sama lain

E-mel

Masyarakat Cina PeranakanMasyarakat Cina Peranakan 1Orang-orang Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat iaitu negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Ahli wanitanya dipanggil nyonya dan ahli lelaki dipanggil Baba. Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di dapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu. Adat lain termasuk mas kahwin diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.Masyarakat Cina Peranakan 2

Pengantin Lelaki Kaum Baba dan Nyonya Melaka

Adat Perkahwinan Baba NyonyaMelangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil.Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masih lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat perkahwinan mereka.Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di mulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan.Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.CHIA N LANG KHEH

Chia N Lang Kheh merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.CHIU THAU

Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia.Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.CHIM PANG

Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.CHOON TOK

Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.CHIAN SIA

Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas. Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan.DUA BELAS HARI

Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.CHIAN CHING KAY, CHE UMM

Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik.Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini nampaknya merumitkan, namun adat ini jugalah yang memperlihatkan betapa istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun ada beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika di teliti seakan-akan adatnya bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini ialah sesuatu yang menarik dan unik.