bab_1_-_etika

15
Bab 1: Etika Pada akhir bab ini, anda akan dapat: Menakrifkan konsep etika; Menjelaskan orientasi etika mereka melalui aktiviti penghayatan; Mengenal pasti empat ciri-ciri etika berdasarkan perasaan, agama, undang- undang dan masyarakat; dan Menerangkan kerangka etika umum untuk penghayatan peribadi. 1.1 Pengenalan Senario 1: Anda mengenali seorang rakan sekerja yang sering membawa pulang alat tulis pejabat untuk penggunaan peribadi. Apakah yang patut anda lakukan? Adakah anda akan memberitahu pihak pengurusan atau berdiam diri sahaja? Apakah yang patut anda lakukan? Adakah pilihan anda ini beretika? Senario 2: Anda terdengar jiran anda mendera anaknya dan tanda-tanda seperti lebam dan luka di lengannya jelas kelihatan. Adakah anda akan melaporkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan? Apakah yang patut anda lakukan? Adakah pilihan anda ini beretika?

Upload: thaatchayani-muralle

Post on 21-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Etika

TRANSCRIPT

  • Bab 1: Etika

    Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

    Menakrifkan konsep etika;

    Menjelaskan orientasi etika mereka melalui aktiviti penghayatan;

    Mengenal pasti empat ciri-ciri etika berdasarkan perasaan, agama, undang-undang dan masyarakat; dan

    Menerangkan kerangka etika umum untuk penghayatan peribadi.

    1.1 Pengenalan

    Senario 1: Anda mengenali seorang rakan sekerja yang sering membawa

    pulang alat tulis pejabat untuk penggunaan peribadi. Apakah yang patut

    anda lakukan? Adakah anda akan memberitahu pihak pengurusan atau

    berdiam diri sahaja? Apakah yang patut anda lakukan? Adakah pilihan

    anda ini beretika?

    Senario 2: Anda terdengar jiran anda mendera anaknya dan tanda-tanda

    seperti lebam dan luka di lengannya jelas kelihatan. Adakah anda akan

    melaporkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan? Apakah yang patut

    anda lakukan? Adakah pilihan anda ini beretika?

  • Etika mempunyai pelbagai maksud yang mungkin membawa makna tertentu bagi orang yang

    berlainan. Bagi sesetengah orang, etika merujuk kepada pematuhan undang-undang secara

    umumnya dan bagi sesetengah orang lain pula, etika merujuk kepada pematuhan kepada

    norma-norma sosial.

    Adakah etika berkaitan dengan:

    Perasaan tertentu?

    Kepercayaan agama?

    Undang-undang?

    Norma sosial?

    Di dalam bab ini, anda mendalam konsep etika dan mempelajari apa yang dimaksudkan

    dengan etika dan juga sebaliknya.

    Senario 3: Sebagai seorang ejen hartanah, anda sentiasa di bawah tekanan

    untuk mencapai sasaran jualan dan pengurus anda meminta anda

    menggunakan kaedah tertentu seperti memberi insentif khas kepada

    pelanggan anda dengan menggunakan wang syarikat. Apakah yang patut

    anda lakukan? Adakah pilihan anda ini beretika?

    Senario 4: Anda bertugas menjaga sebuah landasan kereta api. Anda

    ternampak sebuah kereta yang membawa empat orang penumpang

    terhenti di tengah-tengah landasan dan pada masa yang sama, sebuah

    kereta api sedang dalam perjalanan dan mungkin akan melanggar kereta

    tersebut. Anda terfikir untuk menyimpangkan kereta api tersebut ke

    landasan lain tetapi tindakan ini berisiko tinggi kerana landasan tersebut

    sudah usang dan mungkin akan menyebabkan kereta api tersebut terkeluar

    landasan. Apakah yang patut anda lakukan? Adakah anda akan memilih

    untuk menyimpangkan kereta api tersebut ataupun membiarkannya

    melanggar kereta itu? Adakah pilihan anda ini beretika?

  • Jadi apakah maksud etika? Apakah yang dimaksudkan dengan peradaban beretika?

    Gambar rajah 1.1: Apakah yang dimaksudkan dengan peradaban beretika?

    Kebanyakan orang tidak pernah berfikir tentang konsep ini kerana kerana ramai percaya

    bahawa etika merujuk secara umumnya kepada melakukan perkara yang betul.

    Kita tahu membezakan antara perkara yang betul dan salah semenjak kecil lagi. Dalam

    kehidupan seharian kita, kita sentiasa mengimbangkan antara pilihan yang betul atau salah

    pada suatu masa, kadang kala tanpa disedari. Ini merupakan asas kepada kehidupan yang

    beretika. Etika merujuk kepada disiplin peribadi yang wujud di dalam diri kita yang akan

    membantu kita memilih perkara yang betul berdasarkan daya pemikiran dan daya rasional

    kita sendiri.

    Agama juga memainkan peranan yang penting dalam etika kerana semua agama di dunia ini

    mengutamakan nilai etika yang tinggi. Agama merupakan kod etika tertua di dunia dan

    digunakan untuk mentadbir etika masyarakat kita.

    Undang-undang juga memainkan peranan yang penting dalam etika. Andaikan beg anda

    diragut oleh seorang individu yang membawa pisau dan anda telah menembaknya demi

    mepertahankan diri. Anda tidak bersalah dari sisi undang-undang kerana anda telah bertindak

    sedemikian untuk mempertahankan diri. Namun demikian, adakah anda berpendapat yang

    anda telah membuat pilihan yang beretika?

    Di samping itu, etika juga dipengaruhi oleh norma sosial atau definisi etika yang diterima

    umum oleh masyarakat. Definisi ini berbeza mengikut setiap masyarakat.

    Menurut Manuel Velasquez (terkenal dengan penulisannya mengenai etika perniagaan), etika

    merujuk kepada dua perkara.

    1.2 Takrifan

    Apakah etika?

    Apa yang diajar oleh cikgu?

    Mengikut kata ibu bapa?

    Mematuhi norma-norma sosial?

    Mematuhi peraturan?

    Mematuhi ajaran agama?

  • Pertama sekali, etika merujuk kepada taraf konsep

    asas betul dan salah yang mentadbir tindakan manusia

    dari segi hak, manfaatnya kepada masyarakat, keadilan

    atau nilai-nilai tertentu.

    Gambar rajah 1.2: Penakrifan etika mengikut Manuel Velasquez

    Adakah anda bersetuju dengan Manuel Velasquez?

    Secara umumnya, kita menerima ini sebagai syarat pertama kerana premis-premis ini bersifat

    rasional dan munasabah.

    Kedua, etika merujuk kepada proses penelitian dan perkembangan taraf etika seseorang.

    Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan taraf etika anda?

    Lihat gambar rajah seterusnya.

    Menurut Manuel Velasquez, sikap beretika merujuk kepada sikap mengelak perkara-perkara berikut:

    mencuri merogol membunuh memfitnah menyeleweng

    dan mengutamakan

    kejujuran belas kasihan kesetiaan hak untuk hidup hak untuk bebas daripada kemudaratan hak untuk privasi

  • Gambar rajah 1.3: Pembentukan taraf etika

    Setiap tindakan anda sebagai seorang individu adalah pilihan anda sendiri. Namun demikian,

    anda mungkin akan mengambil kira faktor-faktor yang disebut di dalam rajah di atas. Pilihan

    anda untuk bertindak secara beretika adalah berdasarkan pemikiran dan rasionalisasi anda

    sendiri mengenai tindakan yang beretika atau tidak.

    Tindakan anda mesti ditapis oleh pendirian etika dan nilai anda sendiri. Maksudnya, kita

    haruslah sentiasa mengkaji kepercayaan dan tindakan moral kita sendiri supaya kita dapat

    menjamin bahawa kita dan persekitaran kita dapat menepati taraf yang munasabah dan

    berasas teguh.

    Anda mampu menghayati taraf nilai dan etika anda sendiri. Di dalam kursus ini, anda akan

    mempelajari cara menilai taraf etika anda dengan melalui agama dan asas etika juga akan

    diteliti dari aspek ini.

    Pembentukan taraf etika

    Ibu bapa Keluarga Sahabat

    Rakan sebaya Komuniti Media Persekitaran umum

    Taraf etika anda

    FIKIR RASIONALISASI

    Rujuk kembali kepada senario-senario dilema etika di permulaan bab ini dan

    bincangkannya dengan rakan atau keluarga. Apakah tindakan anda dan

    mengapakah mereka berbuat demikian? Adakah taraf etika anda berbeza

    dengan taraf etika keluarga atau rakan anda?

  • Apakah perbezaan antara etika, moraliti dan nilai? Adakah semua konsep ini serupa? Adakah

    konsep-konsep ini berhubung kait antara satu sama lain? Bagaimanakah konsep-konsep ini

    akan membantu anda memahami etika dari aspek agama? Perenggan seterusnya akan

    membantu anda menjawab persoalan-persoalan ini.

    1.2.1 Etika

    Etika (atau falsafah moral) merujuk kepada satu cabang bidang falsafah yang berumur lebih

    2000 tahun dan diasaskan oleh seorang falsafah Yunani bernama Socrates. Istilah etika

    berasal daripada perkataan bahasa Yunani Kuno ethos manakala moral berasal daripada

    perkataan bahasa Latin mores. Kedua-dua perkataan ini embawa maksud sifat.

    Sila rujuk http://open-site.org/Society/Philosophy/Ethics/History untuk mengetahui tentang

    sejarah etika dengan lebih lanjut.

    Socrates gemar mencabar pemikiran orang awam mengenai cara hidup mereka dan bertanya

    soalan berikut kepada masyarakat Yunani Kuno:

    a) Apakah maksud etika bagi anda? Adakah anda keliru dengan takrifan etika

    yang telah diberi?

    b) Apakan kaedah termudah untuk menjelaskan konsep etika dan

    bagaimanakah ianya digunakan untuk menilai tindakan manusia?

    c) Bincangkan isu utama berkaitan dengan usul-usul berikut:

    i) Adakah konsep etika sesuatu yang baru bagi anda?

    ii) Adakah anda keliru dengan kepelbagaian aspek-aspek etika?

    1.3 Etika, Moraliti dan Nilai

  • Gambar rajah 1.4: Socrates Etika merujuk kepada sistem ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi antara

    individu dan masyarakat.

    Etika menggunakan rasional, logik, serta konsep dan penjelasan falsafah untuk meneliti dan

    mencari jawapan kepada persoalan. Dengan mempelajari etika, anda akan:

    Mendalami tingkah laku manusia

    Berfikiran secara terbuka

    Menganalisa hujah, tindakan dan kesan

    Meneliti konsep etika dan melihat bagaimana ianya boleh dipraktikkan

    Jawapan kepada sesuatu persoalan boleh dicapai selepas berfikir mengenai segala fakta dan

    taraf etika yang digunakan untuk menilainya. Dengan ini, anda membuat pilihan yang terbaik

    bagi anda. Oleh sebab ini, pemikiran anda sangat penting.

    Walaupun undang-undang adalah ibarat piawaian untuk menilai tindakan anda dan bertindak

    menghukum sesiapa yang tidak mematuhinya, anda tidak patut bergantung kepada undang-

    undang sahaja sebagai bimbingan kerana ianya boleh ditukar dan tidak bersifat tetap.

    Contohnya, pengguguran anak diizinkan di sesetengah negara dan dilarang di negara-negara

    lain.

    Socrates gemar mencabar

    orang ramai

    mengenai cara kehidupan

    mereka

    Tidakkan anda malu dengan

    keghairahan anda untuk memiliki

    sebanyak kekayaan, status dan

    penghormatan yang mungkin, dan

    keengganan anda untuk menghayati

    kebijaksaan dan kebenaran atau

    keadaan yang terbaik mungkin untuk

    jiwa anda?

    Etika merujuk kepada apa yang anda FIKIRkan berdasarkan

    pemikiran rasional,

    dan BUKAN apa yang anda RASAkan dan TIDAK bergantung

    kepada UNDANG-UNDANG

  • 1.2.2 Moraliti

    Moraliti merujuk kepada tanggapan peribadi seseorang mengenai apa yang betul dan salah,

    dan yang baik dan buruk. Walaupun tanggapan seseorang individu itu tidak semestinya akan

    mempengaruhi orang lain, ia tetap akan menpengaruhi sikap dan nilai-nilai sesebuah

    masyarakat.

    1.2.3 Nilai-nilai

    Nilai merujuk kepada idea atau pegangan kita mengenai apa yang kita percaya dan apa yang

    penting kepada kita. Nilai-nilai kita mungkin berasaskan etika atau keperluan dan kehendak

    semulajadi. Nilai-nilai kita mungkin betul atau salah, munasabah atau tidak munasabah. Ianya

    merujuk kepada asas yang membentuk tindakan kita.

    1.2.4 Perhubungan antara Nilai, Moral dan Etika

    Sebelum kita mengakhiri bahagian ini, mari kita meneliti perhubungan antara nilai, moral dan

    etika seperti yang dapat dilihat pada gambar rajah 1.5.

    Gambar rajah 1.5: Perhubungan antara nilai, moral dan etika

    Nilai Nilai yang dipegang merupakan kualiti atau idea yang kita rasa adalah penting. Ia

    mungkin berasaskan moral atau etika, atau berasaskan keperluan atau kehendak semula jadi.

    Individu

    Nilai (peribadi)

    Moral

    Diterima luas

    Etika

    Diterima umum

  • Ia mungkin baik atau buruk dan munasabah atau tidak munasabah. Setiap tindakan yang kita

    lakukan adalah berasaskan nilai-nilai kita.

    Moral Moraliti merujuk kepada persepsi individu mengenai yang salah dan benar, dan yang

    baik dan buruk. Walaupun persepsi moraliti seseorang itu tidak mendatangkan kesan kepada

    orang lain, ia dapat mempengaruhi nilai dan sikap sesuatu masyarakat.

    Etika Istilah etika merujuk kepada suatu set atau sistem ideal moral. Etika merupakan

    produk masyarakat. Namun demikian, tidak hairanlah yang kebanyakan isu etika berkaitan

    dengan perhubungan di antara individu dan kumpulan yang lebih besar.

    1.3 Etika dan Agama di Asia

    Bahagian ini akan membincangkan etika dari sudut pandangan lima agama berdasarkan kitab-

    kitab suci mereka, sepertimana ditunjukkan pada gambar rajah 1.6.

    Gambar rajah 1.6: Etika daripada sudut pandangan lima agama dan kitab-kitab suci mereka

    a) Etika merujuk kepada sebahagian daripada falsafah. Seperti aspek

    falsafah lain, etika menggunakan rasional, logik dan konsep-konsep

    tertentu.

    Apakah persamaan dan perbezaan yang dapat anda lihat dalam

    menakrifkan konsep etika.

    b) Etika moral kini dianggap mempunyai aspek perbandingan, iaitu dari

    aspek budaya, keadaan dan keperluan seseorang individu itu.

    Bincangkan konsep etika moral sebagai asas kepada negara kita.

    Islam Al-Quran dan Hadith

    Hindu Bhagavad Gita

    Islam Al-Quran dan Hadith

    Konfusianisme Analekta

    Kristian Bible

    Buddha Jalan Lapan Lapis Mulia

  • Pada pendapat anda, apakah peranan agama-agama dan kitab-kitab suci di atas di dalam

    kajian etika kita? Setiap daripada buku suci ini berumur beberapa ratus tahun. Kesemua

    daripada buku suci ini meliputi keperluan-keperluan asas untuk kehidupan yang bermakna.

    Gambar rajah 1.7: Lima aspek kitab suci yang akan diteliti

    Perhubungan antara

    individu dan keluarga

    Perhubungan sosial dan

    intrapersonal

    Perniagaan dan perdagangan Perubatan, sains dan kesihatan

    Alam sekitar

  • Walaupun setiap daripada agama ini membincangkan setiap daripada lima perkara ini dengan

    cara yang berlainan, secara keseluruhannya agama-agama ini berpegang kepada prinsip yang

    sama iaitu:

    Mengelak daripada mencederakan insan lain

    Bertindak mengikut kepentingan masyarakat

    Mencari kebahagiaan

    Kebanyakan agama menengahkan taraf etika yang tinggi dan memberi motivasi tinggi

    berhubung dengan tindakan beretika.

    Sebelum wujudnya sains atau modenisasi, agama dan kepercayaan merupakan garis panduan

    yang membantu kita hidup secara beretika. Adalah sukar untuk mengasingkan antara agama,

    budaya, kepercayaan dan etika, terutamanya di Asia.

    Kebanyakan ahli falsafah Barat seperti St. Thomas Aquinas, Samuel Clarke, William Paley

    dan David Hume percaya bahawa agama dan kepercayaan merupakan asas kepada etika.

    Anda digalakkan membaca tentang falsafah mereka sebagai bacaan tambahan. Apabila kita

    mendalami pemikiran falsafah Barat dalam bab terakhir, anda akan mendapati bahawa

    sebahagian besar daripada falsafah Barat adalah berasaskan pemikiran secara empiris dan

    pertimbangan secara rasional. Kebanyakan daripada ahli falsafah ulung Barat percaya bahawa

    seseorang individu tidak perlu bersifat warak untuk hidup secara beretika.

    Namun demikian, hujah sebegini tidak menafikan etika yang berasaskan agama kerana agama

    adalah berasaskan keimanan. Agama tidak seharusnya tertakluk kepada pemeriksaan saintifik

    kerana keimanan itu adalah berasakan kepercayaan. Seseorang yang tidak percaya tentang

    kewujudan Tuhan juga mempercayai ajaran yang sama seperti mereka yang beragama, iaitu:

    membunuh, mencuri dan menipu adalah salah.

    Mendalami dan memahami sistem kepercayaan pelbagai agama di dunia ini akan membantu

    anda menghayati sumbangan agama lain kepada etika dan juga akan membantu anda

    menghargai agama anda sendiri.

    Dengan melayari internet, cuba tentukan bilangan agama di dunia ini dan huraikan pengajaran asas mereka. Anda boleh bermula dengan melayari http://www.adherents.com/Religions_by_adherents.htm

    a) Bidang etika dan agama di Asia merupakan isu yang menarik kerana dunia Timur dan Barat berbeza dari segi etika yang berasaskan agama. Pada pendapat anda, terdapatkah persamaan antara mereka? Nyatakan persamaan berikut. b) Apakah cabaran yang dibawa oleh abad ke-21 ke atas masyarakat beretika?

  • 1.4 Etika Bertempat

    Konsep etika bertempat telah diperkenalkan oleh Joseph Fletcher dalam bukunya bertajuk

    Situational Ethics (1966). Beliau merupakan pengasas gerakan etika bertempat.

    Fletcher menyatakan bahawa aktiviti membuat keputusan bergantung kepada situasi dan

    bukan berasaskan undang-undang tetap. Menurutnya, hanya Cinta sahaja yang mutlak di

    dunia ini. Cinta sepatutnya menjadi motif sebalik setiap keputusan. Fletcher mengasaskan

    modelnya berdasarkan kenyataan di dalam Perjanjian Baru (New Testament) buku suci Bible

    yang berbunyi Tuhan ialah Cinta (1 John 4:8).

    Gambar rajah 1.8: Joseph Fletcher (1905-1991)

    Joseph Fletcher (1905 1991)

    nnnnnn

    Cinta itu mutlak. Segala

    motif dan keputusan

    haruslah berasaskan

    cinta.

    Layari laman web http://home.earthlink.net/~rlindbeck/fletcher.htm untuk

    mempelajari tentang Joseph Fletcher dengan lebih lanjut. Adakah anda

    bersetuju dengan hujahnya bahawa hanya Cinta yang mutlak di dunia ini?

    Bincangkan dengan rakan-rakan anda di forum PLS.

  • 1.5. Etika Mutlak

    Etika bertempat bersifat relatif dan oleh sebab ini, ianya sentiasa berubah. Namun demikian,

    etika mutlak bersifat tetap. Dalam erti kata lain, ianya tidak akan berubah walau dalam apa

    situasi pun. Di dalam kajian etika, konsep kemutlakan (atau absolutism) selalunya berlawanan

    dengan konsep relativism. Adalah sukar untuk unsur-unsur mutlak berfungsi dalam kehidupan seharian. Contohnya,

    kenyataan janganlah engkau membunuh orang adalah etika mutlak. Tetapi bagaimana pula

    jika anda membunuh untuk melindungi orang yang disayangi?

    Lihat contoh kedua ini: bayangkan anda mendapat tahu bahawa rakan sekerja anda menngajar

    tuisyen pada hujung minggu untuk menampung belanja keluarganya yang besar. Anda sedar

    yang perbuatannya ini salah tetapi pada masa yang sama, anda juga sedar bahawa institusi

    anda tidak membenarkan pekerjanya berbuat demikian supaya mereka tidak terlalu penat

    pada hari minggu, iaitu hari bekerja. Anda bersimpati dengan rakan anda kerana mengalami

    masalah kewangan tetapi pada masa yang sama, anda sedar bahawa perbuatannya itu salah

    dari segi peraturan pekerjaan anda.

    Apakah yang akan berlaku apabila dua kemutlakan bertembung? Contohnya,

    kakak anda memberitahu anda bahawa dia sedang menghidapi penyakit

    kanser dan enggan memberitahu ibu bapa anda kerana tidak mahu mereka

    bimbang. Dia meminta anda merahsiakan perkara ini sekurang-kurangnya

    sehingga penyakit ini berada di peringkat remisi. Namun demikian. ibu bapa

    anda berasa curiga dan bertanya anda jika ada apa-apa dengan kakak anda.

    Apakah yang patut anda lakukan? Adakah anda akan:

    Menepati janji anda dan tidak memberitahu ibu bapa anda; atau

    Memberitahu mereka walaupun kakak anda sudahpun menghalang

    anda daripada berbuat demikian

    Untuk mengetahui tentang orientasi moral anda dengan lebih lanjut, anda

    boleh mengambil ujian di laman web berikut:

    http://outofservice.com/morality

    a) Bincangkan perbezaan antara etika bertempat dan etika mutlak.

    b) Apakah kebaikan dan keburukan etika bertempat? Apakah kebaikan dan

    keburukan etika mutlak?

    c) Fikirkan situasi di mana etika bertempat atau etika mutlak akan lebih

    bermanfaat. Bincangkan dengan rakan kamu. Adakah anda bersetuju dengan

    mereka?

  • Nilai merujuk kepada idea atau pegangan kita mengenai apa yang kita percaya dan

    apa yang penting kepada kita. Nilai-nilai kita mungkin berasaskan etika atau

    keperluan dan kehendak semulajadi. Nilai-nilai kita mungkin betul atau salah,

    munasabah atau tidak munasabah. Ianya merujuk kepada asas yang membentuk

    tindakan kita.

    Moraliti merujuk kepada tanggapan peribadi seseorang mengenai apa yang betul dan

    salah, dan yang baik dan buruk. Walaupun tanggapan seseorang individu itu tidak

    semestinya akan mempengaruhi orang lain, ia tetap akan menpengaruhi sikap dan

    nilai-nilai sesebuah masyarakat.

    Etika merujuk kepada sistem ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi

    antara individu dan masyarakat.

    Etika bertempat menyatakan bahawa aktiviti membuat keputusan bergantung kepada

    situasi dan bukan berasaskan undang-undang tetap. Hanya Cinta sahaja yang mutlak

    di dunia ini.

    Etika bermutlak berasaskan kepercayaan yang terdapat hanya satu kebenaran dan

    bahawa kebenaran ini sentiasa tetap tidak mengira keadaan atau situasi.

    1. Pilih kenyataan yang menerangkan konsep etika.

    a. Ia merujuk kepada suatu cabang falsafah

    b. Ia merujuk kepada gerak hati atau naluri yang membantu anda membezakan antara

    yang baik dan yang buruk.

    c. Ia bergantung kepada undang-undang.

    d. Ia merujuk kepada apa yang anda telah fikirkan dan rasionalisasikan sebagai

    perkara yang betul.

    e. Ia merujuk kepada pendapat masyarakat secara umumnya.

    2. Dengan mempelajari etika, anda sebenarnya sedang:

    a. Mendalami tingkah laku manusia

    b. Meneliti hujah, tindakan dan kesan

    c. Membanding dan merujuk sesuatu konsep itu ke atas apa yang anda rasai

    d. Melihat bagaimana sesuatu konsep itu boleh dipraktikkan ke keadaan tertentu.

    Ringkasan

    Soalan Aneka Pilihan

  • 3. Pilih nilai-nilai yang dikongsi oleh semua agama.

    a. Mengelak daripada menyakiti orang lain

    b. Sentiasa menuntut ilmu dan memperbaikkan diri

    c. Bertindak mengikut kepentingan komuniti

    d. Mencari kebahagiaan