bab g waktu bekerja

91
PERINTAH-PERINTAH AM BAB G WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA

Upload: aini-raudhah-radzali

Post on 26-Jun-2015

753 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab g Waktu Bekerja

PERINTAH-PERINTAH AM

BAB G

WAKTU BEKERJA

DAN LEBIH MASA

Page 2: Bab g Waktu Bekerja

PERINTAH-PERINTAH AM BAB G

WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA

PERINTAH-PERINTAH AM yang berikut telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan.

(Berkuatkuasa mulai 1 Februari 1974)

Page 3: Bab g Waktu Bekerja

WAKTU BEKERJA

WAKTU BEKERJA PEJABAT

WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT(Giliran/Pusingan Kerja)

Page 4: Bab g Waktu Bekerja

WAKTU BEKERJA PEJABAT

Kecuali dengan kebenaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan awam, semua pejabat hendaklah memakai Waktu Bekerja Pejabat seperti berikut :-

Di negeri-negeri di mana hari Jumaat adalah cuti mingguan, waktu bekerja pejabat adalah :-

P.A. 1

a)

Hari Bekerja Penuh - 8.00 pg – 4.00 ptg

Hari Bekerja Separuh - 8.00 pg – 12.45 t/h

Waktu Makan - 12.45 t/h – 2 ptg pada hari bekerja penuh

Page 5: Bab g Waktu Bekerja

Di negeri-negeri di mana hari Jumaat bukan cuti mingguan, waktu bekerja pejabat adalah :-

b)

Hari Bekerja Penuh - 8.00 pg – 4.15 ptg

Hari Bekerja Separuh - 8.00 pg – 12.45 t/h

Waktu Makan - 12.45 t/h – 2 ptg(kecuali hari Jumaat) pada hari bekerja penuh

Waktu Makan - 12.45 t/h – 2.45 ptg(hari Jumaat –

Semenanjung)

Sabah dan Sarawak - 11.30 pg – 2.00 ptg

Page 6: Bab g Waktu Bekerja

2007

Pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di semua agensi Kerajaan Persekutuan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007.

(i)

Tempoh Waktu Pejabat WBB adalah seperti berikut:-

(ii)

Page 7: Bab g Waktu Bekerja

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

Isnin - Khamis 9 jam

Jumaat 7 jam 30 minit

Isnin - Khamis 9 jam

Ahad 7 jam 30 minit

Kedah, Kelantan dan Terengganu

Negeri Hari Tempoh Waktu Pejabat(Sehari)

Tempoh Waktu Pejabat WBB

Page 8: Bab g Waktu Bekerja

WBB ini mempunyai 3 Waktu Peringkat (WP) iaitu WP1, WP2 dan WP3. Manakala Waktu Pejabat dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

(iii)

Waktu Peringkat, Waktu Bekerja dan Waktu Rehat adalah ditetapkan seperti jadual-jadual di bawah:-

(iv)

Page 9: Bab g Waktu Bekerja

WAKTUBEKERJA

WAKTU REHAT

WAKTU BEKERJA

HARI WAKTUPERINGKAT

(WP)

2.00 ptg – 4.30 ptg

2.45 ptg – 4.30 ptg

2.00 ptg – 5.00 ptg

2.45 ptg – 5.00 ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg

12.15 tgh – 2.45 ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg

12.15 tgh – 2.45 ptg

7.30 pg – 1.00 ptg

7.30 pg – 12.15 tgh

8.00 pg – 1.00 ptg

8.00 pg – 12.15 tgh

WP1

WP2

Isnin-Khamis

Jumaat

Isnin - Khamis

Jumaat

2.00 ptg – 5.30 ptg1.00 ptg – 2.00 ptg8.30 pg – 1.00 ptgWP3 Isnin - Khamis

2.45 ptg – 5.30 ptg12.15 tgh – 2.45 ptg8.30 pg – 12.15 tghJumaat

Waktu Bekerja Berperingkat di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,

Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya)

Page 10: Bab g Waktu Bekerja

WAKTUBEKERJA

WAKTU REHAT

WAKTU BEKERJA

HARI WAKTUPERINGKAT

(WP)

2.00 ptg – 4.30 ptg

2.00 ptg – 4.30 ptg

2.00 ptg – 5.00 ptg

2.00 ptg – 5.00 ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg

11.30 pg – 2.00 ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg

11.30 pg – 2.00 ptg

7.30 pg – 1.00 ptg

7.30 pg – 11.30 pg

8.00 pg – 1.00 ptg

8.00 pg – 11.30 pg

WP1

WP2

Isnin-Khamis

Jumaat

Isnin - Khamis

Jumaat

2.00 ptg – 5.30 ptg1.00 ptg – 2.00 ptg8.30 pg – 1.00 ptgWP3 Isnin - Khamis

2.00 ptg – 5.30 ptg11.30 pg – 2.00 ptg8.30 pg – 11.30 pgJumaat

Waktu Bekerja Berperingkat di Sabahdan Wilayah Persekutuan Labuan

Page 11: Bab g Waktu Bekerja

WAKTUBEKERJA

WAKTU REHAT

WAKTU BEKERJA

HARI WAKTUPERINGKAT

(WP)

2.00 ptg – 4.30 ptg

2.15 ptg – 4.30 ptg

2.00 ptg – 5.00 ptg

2.15 ptg – 5.00 ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg

11.45 pg – 2.15 ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg

11.45 pg – 2.15 ptg

7.30 pg – 1.00 ptg

7.30 pg – 11.45 pg

8.00 pg – 1.00 ptg

8.00 pg – 11.45 pg

WP1

WP2

Isnin-Khamis

Jumaat

Isnin - Khamis

Jumaat

2.00 ptg – 5.30 ptg1.00 ptg – 2.00 ptg8.30 pg – 1.00 ptgWP3 Isnin - Khamis

2.15 ptg – 5.30 ptg11.45 pg – 2.15 ptg8.30 pg – 11.45 pgJumaat

Waktu Bekerja Berperingkat di Sarawak

Page 12: Bab g Waktu Bekerja

WAKTUBEKERJA

WAKTU REHAT

WAKTU BEKERJA

HARI WAKTUPERINGKAT

(WP)

2.00 ptg – 4.30 ptg

2.45 ptg – 4.30 ptg

2.00 ptg – 5.00 ptg

2.45 ptg – 5.00 ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg

12.15 tgh – 2.45 ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg

12.15 tgh – 2.45 ptg

7.30 pg – 1.00 ptg

7.30 pg – 12.15 tgh

8.00 pg – 1.00 ptg

8.00 pg – 12.15 tgh

WP1

WP2

Isnin-Khamis

Ahad

Isnin - Khamis

Ahad

2.00 ptg – 5.30 ptg1.00 ptg – 2.00 ptg8.30 pg – 1.00 ptgWP3 Isnin - Khamis

2.45 ptg – 5.30 ptg12.15 tgh – 2.45 ptg8.30 pg – 12.15 tghAhad

Waktu Bekerja Berperingkat di Kedah, Kelantan dan Terengganu

Page 13: Bab g Waktu Bekerja

OBJEKTIF WBB

Objektif WBB ialah :

Meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang awam

(i)

Memanjangkan tempoh masa perkhidmatan kepada orang awam

(ii)

Mempertingkatkan sistem penyampaian kepada orang awam

(iii)

Page 14: Bab g Waktu Bekerja

Memberi pilihan masa bekerja kepada pegawai mengikut Waktu Peringkat yang sesuai dengan keperluan pegawai dan keluarga.

(iv)

Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas melalui pergerakan secara berperingkat semasa pegawai pergi dan balik daripada pejabat.

(v)

Page 15: Bab g Waktu Bekerja

PELAKSANAAN WBB

WBB wajib dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan d seluruh negara kecuali bagi pegawai yang tidak mengamalkan waktu pejabat biasa seperti waktu bekerja giliran.

(i)

Bagi menjamin keberkesanan WBB, pegawai hendaklah membuat perancangan WP dengan memilih WP1 atau WP2 atau WP3 bagi setiap bulan dalam setahun dengan menggunakan borang berkenaan, tertakluk kepada persetujuan Ketua Jabatan.

(ii)

Page 16: Bab g Waktu Bekerja

Bagi perkhidmatan kaunter yang perlu dibuka secara berterusan, Ketua Jabatan boleh membuat penyesuaian kepada Waktu Rehat pegawai dengan syarat masa rehat pegawai diganti pada hari yang sama.

(iii)

Page 17: Bab g Waktu Bekerja

TARIKH KUATKUASA

Pelaksanaan WBB berkuatkuasa mulai 1 Jun 2007

Tertakluk kepada penerimaan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.

(i)

PEMAKAIAN

Sekiranya pelaksanaan WBB diterima, maka WBB adalah wajib dilaksanakan.

(ii)

Page 18: Bab g Waktu Bekerja

Pejabat-pejabat yang memerlukan satu waktu bekerja yang berlainan daripada P.A. 1 dan 2 hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

P.A. 4

Mengadakan Waktu Bekerja Yang Berlainan

Page 19: Bab g Waktu Bekerja

Semua pegawai, termasuk Ketua-ketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat-pejabat dalam masa yang ditetapkan. Seseorang pegawai yang hendak meninggalkan pejabatnya di waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai yang menjaganya sebelum berbuat demikian.

P.A. 5

Mematuhi Waktu Bekerja

Page 20: Bab g Waktu Bekerja

Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja sehari biasa, maka ini akan meliputi satu masa bekerja atau giliran bekerja sebanyak lapan jam melainkan seperti dinyatakan dalam Perintah Am 7. Bila sesuatu jenis kerja itu tidak bersambung terus menerus maka Waktu Bekerja sehari biasa itu boleh jadi lebih daripada lapan jam tetapi tidak boleh melebihi 12 jam.

KERJA SEHARI BIASA(P.A. 6 BAB ‘G’)

WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT(GILIRAN / PUSINGAN KERJA )

Page 21: Bab g Waktu Bekerja

Pekerjaan dalam seminggu hendaklah mengandungi enam masa bekerja atau giliran iaitu terdiri dari 5 masa bekerja sebanyak 8 jam sekali dan satu giliran sebanyak 6 jam sekali. Seseorang pegawai hendaklah diberi satu hari dalam seminggu sebagai hari rehat

KERJA SEMINGGU(P.A. 7 BAB ‘G’)

Page 22: Bab g Waktu Bekerja

Waktu Bekerja Giliran seseorang pegawai adalah ditentukan tertakluk kepada asas-asas berikut -

WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT(GILIRAN)

Masa Kerja termasuk Masa Rehat dalam seminggu hendaklah berjumlah 46 jam;

Page 23: Bab g Waktu Bekerja

Masa Kerja tidak termasuk Masa Rehat dalam seminggu hendaklah berjumlah 41 jam;

Masa Kerja sehari untuk hari pertama hingga hari kelima hendaklah berjumlah 8 jam termasuk Masa Rehat;

Masa Kerja sehari untuk hari keenam hendaklah berjumlah 6 jam;

Page 24: Bab g Waktu Bekerja

Masa Rehat selama 1 jam hendaklah diberi apabila bekerja selama 8 jam pada hari pertama hingga hari kelima; dan

Hari Rehat Mingguan hendaklah diberi 1 hari dalam seminggu mengikut jadual gilirannya.

Page 25: Bab g Waktu Bekerja

WAKTU BEKERJA BIASA (Terus – Menerus)

WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT(GILIRAN/PUSINGAN KERJA)

5 giliran/pusingan x 8 jam = 40 jam

1 giliran/pusingan x 6 jam = 6 jam

46 jam

Page 26: Bab g Waktu Bekerja

WAKTU REHAT (MAKAN)

5 giliran/pusingan x 1 jam (Rehat) = 5 jam

Jumlah Waktu Bekerja sebenar dalam seminggu adalah -

46 jam – 5 jam = 41 jam

CATATAN:

Peraturan P.A. Bab ‘G’, S.P.P. Bil. 1/1980

Page 27: Bab g Waktu Bekerja

a) Giliran / Pusingan 1

CONTOH WAKTU BEKERJA TERUS MENERUS

AhadHari Waktu Bekerja

8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh

Isnin 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh

Selasa 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh

Rabu 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh

Khamis 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh

Jumaat 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Separuh

Sabtu - Hari Rehat Mingguan

Catatan : Waktu Bekerja dari jam 2 ptg – 4 ptg pada Hari Bekerja Penuh dikira sebagai kerja lebih masa (2 jam)

Page 28: Bab g Waktu Bekerja

b) Giliran / Pusingan 2

CONTOH WAKTU BEKERJA TERUS MENERUS

AhadHari Waktu Bekerja

4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh

Isnin 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh

Selasa 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh

Rabu 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh

Khamis 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh

Jumaat 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Separuh

Sabtu - Hari Rehat Mingguan

Catatan : Waktu Bekerja dari jam 10 mlm – 12 mlm pada Hari Bekerja Separuh adalah dikira sebagai kerja lebih masa

Page 29: Bab g Waktu Bekerja

Waktu Bekerja Terputus-putus seseorang pegawai adalah ditentukan tertakluk kepada asas-asas berikut -

WAKTU BEKERJA TERPUTUS-PUTUS

Masa Kerja sehari boleh lebih daripada 8 jam tetapi tidak melebihi 12 jam termasuk sekurang-kurangnya 1 jam Masa Rehat.

Page 30: Bab g Waktu Bekerja

Masa Kerja tidak termasuk Masa Rehat dalam seminggu hendaklah berjumlah 41 jam.

Masa Kerja termasuk Masa Rehat dalam seminggu hendaklah berjumlah 46 jam.

Hari Rehat Mingguan hendaklah diberi 1 hari dalam 1 minggu.

Page 31: Bab g Waktu Bekerja

WAKTU BEKERJA BIASA (TERPUTUS-PUTUS)

WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT(GILIRAN/PUSINGAN KERJA)

Waktu kerja sehari – lebih daripada 8 jam tetapi tidak lebih daripada 12 jam.

Page 32: Bab g Waktu Bekerja

Contoh:

Waktu Kerja - 6.00 pagi – 9.00 pagi (3 jam)

Bebas dari tugas - 9.00 pagi – 11.00 pagi (2 jam)

Waktu Rehat - 11.00 pg – 12.00 t/hari (1 jam)

Waktu kerja - 12.00 t/hari – 2.00 ptg (2 jam)

Bebas dari tugas - 2.00 ptg – 4.00 ptg (2 jam)

Waktu kerja - 4.00 ptg – 6.00 ptg (2 jam)

12 jam

Page 33: Bab g Waktu Bekerja

WAKTU KERJA SEHARI

Waktu Kerja = 7 jam

Waktu Rehat

Bebas dari tugas

12 jam

= 1 jam

= 4 jam

Page 34: Bab g Waktu Bekerja

WAKTU KERJA SEMINGGU

Waktu Kerja = 41 jam

Waktu Rehat

Bebas dari tugas

= 5 jam

= 20 jam

Page 35: Bab g Waktu Bekerja

Di mana sesebuah Jabatan dikehendaki memberi perkhidmatan selama 7 hari dalam seminggu, Ketua Jabatan patutlah, bila ini dapat dilaksanakan dengan mudah tanpa menganggu perkhidmatan, mengatur hari bertugas pegawai-pegawainya sebegitu cara supaya tiap-tiap pegawai itu boleh diberi hari rehat mingguannya mengikut ugamanya.

HARI MINGGUAN MENGIKUT UGAMA(P.A. 8 BAB ‘G’)

Page 36: Bab g Waktu Bekerja

Di mana seseorang pegawai yang berugama Islam tidak dapat diberi hari Rehat Mingguan pada hari Jumaat maka masa yang berpatutan bolehlah diberi kepadanya untuk menunaikan sembahyang Jumaat.

MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT(P.A. 10 BAB ‘G’)

Page 37: Bab g Waktu Bekerja

LEBIH MASA

Page 38: Bab g Waktu Bekerja

PEKELILING PERKHIDMATANBIL. 9 TAHUN 1991

BAYARAN LEBIH MASA

Peruntukan Bayaran Lebih Masa seperti dalam -

Perintah Am Bab ‘G’

Perintah Am 40, Bab ‘C’

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1968

Page 39: Bab g Waktu Bekerja

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16 Tahun 1975

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1977

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 1977

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 24 Tahun 1977

Page 40: Bab g Waktu Bekerja

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 25 Tahun 1977

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1980

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1989

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1994

Page 41: Bab g Waktu Bekerja

PEGAWAI / ANGGOTA YANG LAYAK DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

DI BAWAH SSB

Kumpulan Sokongan

[Perenggan B 24(b) Lampiran D6,

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 tahun

1991, muka surat 1341].

Page 42: Bab g Waktu Bekerja

PEGAWAI / ANGGOTA YANG TIDAK LAYAK DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

DI BAWAH SSB

Kumpulan Pengurusan & Profesional

[Perenggan B 24 (b) Lampiran D6, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 tahun 1991, muka surat 1341].

Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Anggota dalam perkhidmatan Polis, Penjara, Bomba dan Tentera.

Page 43: Bab g Waktu Bekerja

BILA BAYARAN LEBIH MASABOLEH DIBAYAR

Apabila pegawai/anggota Kumpulan Sokongan dikehendaki/diarah oleh Ketua Jabatan/Pejabat bekerja -

Melebihi tempoh masa bekerja yang ditetapkan (Waktu Bekerja pejabat atau giliran/pusingan kerja)

Page 44: Bab g Waktu Bekerja

BILA BAYARAN LEBIH MASABOLEH DIBAYAR

Pada Hari Rehat Mingguan

Pada Hari Kelepasan Am

Page 45: Bab g Waktu Bekerja

KERJA-KERJA YANG MELAYAKKAN DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Kerja-kerja Lebih Masa yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Pejabat atas kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan.

Kerja-kerja Lebih Masa tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenang oleh seseorang pegawai untuk maksud dibayar Elaun Lebih Masa.

Page 46: Bab g Waktu Bekerja

KERJA-KERJA YANG MELAYAKKAN DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Kerja-kerja Lebih Masa itu hendaklah bagi

kerja-kerja bersifat rasmi sahaja, iaitu

menjalankan tugas-tugas bagi jawatannya

atau jabatannya, tetapi bukan untuk

menjalankan tugas-tugas bersifat

peribadi/personalnya.

Page 47: Bab g Waktu Bekerja

CORAK / JENIS KERJA YANG LAYAK DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Meliputi jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemerosesan, penyeliaan dan pengawasan dengan tertakluk kepada syarat-syarat kerja seperti berikut -

Kerja-kerja kecemasan;

Page 48: Bab g Waktu Bekerja

CORAK/JENIS KERJA YANG LAYAK DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan pada hari berikutnya oleh sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan;

Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi bidang tugas biasanya;

Page 49: Bab g Waktu Bekerja

CORAK/JENIS KERJA YANG LAYAK DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa yang terhad.

[Perenggan B24, Lampiran D6, P.P. Bil. 9 Tahun 1991]

Page 50: Bab g Waktu Bekerja

JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA(P.A. 12 BAB ‘G’)

Takrif yang berikut akan dipakai bagi menentukan jenis-jenis kerja yang boleh dibayar bayaran lebih masa.

“Kerja Siang” bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6 pagi hingga 10 malam.

Page 51: Bab g Waktu Bekerja

JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA(P.A. 12 BAB ‘G’)

“Kerja Malam” bermakna sebarang

giliran bertugas tambahan yang

dikerjakan di antara jam 10 malam

hingga 6 pagi.

Page 52: Bab g Waktu Bekerja

JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA(P.A. 12 BAB ‘G’)

“Kerja Kecemasan” bermakna sebarang tugas yang diistiharkan oleh Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga pekerja lebih daripada biasa. Masa seseorang pegawai sedang bertugas biasa yang diistiharkan sebagai kecemasan akan dianggap sebagai termasuk dalam kerja kecemasan.

Page 53: Bab g Waktu Bekerja

JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA(P.A. 12 BAB ‘G’)

Lazimnya kerja kecemasan ini ialah bagi memulihkan semula perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan penting yang terputus atau terganggu, atau memelihara perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan tersebut daripada terganggu atau terancam.

Page 54: Bab g Waktu Bekerja

JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA(P.A. 12 BAB ‘G’)

Sesuatu kecemasan itu hendaklah dianggap berakhir bila perhubungan-perhubungan telah tersambung semula atau perkhidmatan-perkhidmatan penting telah berjalan semula, atau apabila kedua-duanya lepas daripada gangguan atau ancaman.

Page 55: Bab g Waktu Bekerja

KADAR BAYARAN LEBIH MASA(P.A. 13 BAB ‘G’)

Kadar bayaran bagi kerja-kerja di Perintah Am 12 adalah dikira dengan mendarab bayaran sejam dengan gandaan bayaran seperti dalam Lampiran A. Bayaran sejam bagi seseorang pegawai adalah diperolehi dengan membahagi gaji tahunannya dengan faktor 313 x 8.

[Gaji Pokok x 12 x Jumlah Gandaan]

313 x 8

Page 56: Bab g Waktu Bekerja

PEKELILING PERKHIDMATANBI. 2 TAHUN 1977

KADAR GANDAAN BAYARAN LEBIH MASA(P.A. 13)

Berikut ialah kadar gandaan bayaran lebih masa mengikut jenis kerja lebih masa.

Page 57: Bab g Waktu Bekerja

GANDAAN BAYARAN

Hari Bekerja Biasa

Hari Bekerja Biasa

Hari Bekerja Biasa

Kerja Siang 1 1/8 kali 1 1/4 kali *1 3/4 kali

Kerja Malam 1 1/4 kali 1 1/2 kali *2 kali

Kerja Kecemasan

Bagi baki masaDalam giliran

1 1/2 kali(Siang)

1 1/2 kaliSiang)

1 3/4 kali(Siang)

Pegawai Sedangbertugas

1 3/4 kali(Malam)

1 3/4 kali(Malam)

2 kali(Malam)

Page 58: Bab g Waktu Bekerja

GANDAAN BAYARAN

Hari Bekerja Biasa

Hari Bekerja Biasa

Hari Bekerja Biasa

Setelah tamatgiliran

*1 3/4 kali(Siang)

*1 3/4 kaliSiang)

*1 3/4 kali(Siang)

*2 kali(Malam)

*2 kali(Malam)

*2 kali(Malam)

Pegawai TiadaBertugas

*1 3/4 kali(Siang)

*1 3/4 kaliSiang)

*1 3/4 kali(Siang)

*2 kali(Malam)

*2 kali(Malam)

*2 kali(Malam)

Pegawai boleh mendapat bayaran minima tidak kurang daripada 2 jam bagi tugas ini, walaupun tugas itu tidak sampai 2 jam.

Page 59: Bab g Waktu Bekerja

PELBAGAI

Page 60: Bab g Waktu Bekerja

KETUA JABATAN BOLEH MENGHENDAKI PEGAWAI BERKHIDMAT DI LUAR MASA BIASA

Walau apapun perbekalan-perbekalan lain dalam bab ini, termasuk Perintah-Perintah Am 3 dan 10, seseorang Ketua Jabatan atau pejabat boleh menghendaki mana-mana pegawainya bertugas di luar masa yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan.

Page 61: Bab g Waktu Bekerja

KETUA JABATAN BOLEH MENGHENDAKI PEGAWAI BERKHIDMAT DI LUAR MASA BIASA

Ini termasuklah kehadiran ke pejabat lebih

awal atau tinggal di pejabat lebih lewat

daripada masa yang ditetapkan, atau hadir di

pejabat pada hari-hari minggu atau kelepasan

am.

[PERINTAH AM, 17, BAB ‘G’]

Page 62: Bab g Waktu Bekerja

BERKHIDMAT DI LUAR MASA BIASA (P.A. 17 BAB ‘G’)

Walau apapun perbekalan-perbekalan lain

dalam bab ini, termasuk Perintah-Perintah Am

3 dan 10, seseorang Ketua Jabatan atau

Pejabat boleh menghendaki mana-mana

pegawainya bertugas di luar masa yang

ditetapkan apabila pada pandangannya ini

adalah untuk kepentingan awam atau

kepentingan perkhidmatan.

Page 63: Bab g Waktu Bekerja

BERKHIDMAT DI LUAR MASA BIASA (P.A. 17 BAB ‘G’)

Ini termasuklah kehadiran di pejabat lebih

awal atau tinggal di pejabat lebih lewat

daripada masa-masa yang ditetapkan, atau

hadir di pejabat pada hari-hari minggu atau

Kelepasan Am.

Page 64: Bab g Waktu Bekerja

TINGGAL DI ATAS PANGGILAN (P.A. 18 BAB ‘G’)

Ketua Jabatan boleh dan akan menentukan

cara-cara giliran tinggal di atas panggilan di

rumah bagi pegawai-pegawai di bawah

jagaannya bila tinggal di atas panggilan

adalah perlu untuk kepentingan perkhidmatan

atau kepentingan awam.

Page 65: Bab g Waktu Bekerja

PERMULAAN DAN AKHIR TUGAS (P.A. 19 BAB ‘G’)

Di mana tempat bekerja adalah jauh daripada

tempat melapurkan diri, pegawai-pegawai

adalah dianggap mulai bekerja di tempat

mereka melapurkan diri dan dianggap

menamatkan kerja di tempat yang sama.

Page 66: Bab g Waktu Bekerja

BAYARAN LEBIH MASA DAN ELAUN-ELAUN KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI DI LUAR KAWASAN

IBU PEJABAT

Pegawai berkelayakan adalah boleh menuntut Bayaran Lebih Masa bersekali dengan elaun-elaun kerana menjalankan tugas rasmi di luar kawasan Ibu Pejabat, seperti Elaun Harian, Elaun Makan, Elaun Lojing, Elaun Perjalanan Kenderaan dan sebagainya di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1992 dengan tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ditetapkan.

[ SURAT JPA(S)63/31 (SV 12) - 15 NOVEMBER 2001 ]

Page 67: Bab g Waktu Bekerja

MASA DALAM PERJALANAN

Seseorang pemandu yang diarah Bekerja Lebih

Masa di luar kawasan pejabat adalah layak

menuntut bayaran Lebih Masa termasuk masa

perjalanan kerana tugas memandu adalah

tugas hakiki pemandu berkenaan.

Page 68: Bab g Waktu Bekerja

MASA DALAM PERJALANAN

Bagi seseorang pegawai selain daripada pemandu, masa perjalanan di luar masa Kerja boleh dikira sebagai Kerja Lebih Masa jika tempoh waktu bertugas di luar kawasan pejabat itu adalah kurang daripada tempoh 24 jam. Jika tempoh tersebut melebihi 24 jam, maka seseorang pegawai tersebut adalah tidak layak dibayar bayaran Lebih Masa bagi masa dalam perjalanan.

[ SURAT JPA(S)63/31 (SV 12) - 15 NOVEMBER 2001 ]

Page 69: Bab g Waktu Bekerja

CUTI GANTIAN

Seseorang pegawai yang tidak berkelayakan

mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa

atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi

cuti gantian kerana di panggil bertugas lebih

masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am

atau kelepasan mingguan.

Page 70: Bab g Waktu Bekerja

CUTI GANTIAN

Cuti Gantian hendaklah sama banyak

dengan masa yang dipanggil bertugas

lebih masa itu.

[ PERINTAH AM, 40, BAB ‘C’ ]

Page 71: Bab g Waktu Bekerja

CUTI GANTIAN

Satu hari Cuti Gantian hendaklah

bersamaan 9 jam kerja-kerja lebih masa,

sama ada diberi pada hari bekerja penuh

atau pada hari bekerja separuh.

Page 72: Bab g Waktu Bekerja

BAYARAN LEBIH MASA DI GANTI DENGAN CUTI GANTIAN

Ketua Jabatan boleh dengan budibicaranya

untuk memberi Cuti Gantian kepada pegawai

yang memohon supaya kerja-kerja lebih masa

yang telah dilakukannya digantikan dengan

Cuti Gantian tertakluk kepada kepentingan

awam atau kepentingan perkhidmatan.

Page 73: Bab g Waktu Bekerja

BAYARAN LEBIH MASA DI GANTI DENGAN CUTI GANTIAN

Ketua Jabatan tidak boleh memaksa seseorang

pegawai untuk diberi Cuti gantian bagi

Bayaran Lebih Masa yang dilayakinya.

Page 74: Bab g Waktu Bekerja

HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA

Ketua Jabatan/Pejabat hendaklah mentadbir

kerja-kerja Lebih Masa supaya jumlah tuntutan

Bayaran Lebih Masa dalam sebulan bagi

seseorang pegawai/ kakitangan itu tidak

melebihi 1/3 daripada gaji bersih bulanannya.

[P.P. Bil. 2/1977 – Perenggan 9 Lampiran D, S.P.P. Bil. 1/1980)]

Page 75: Bab g Waktu Bekerja

HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI

SESEORANG PEGAWAI

Pegawai/kakitangan boleh diberi Bayaran

Lebih Masa yang jumlahnya melebihi 1/3

daripada gaji bulanan dengan syarat-syarat

berikut -

Page 76: Bab g Waktu Bekerja

HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI

SESEORANG PEGAWAI

Semua pekerja yang terlibat dalam sesuatu

urusan di tempat yang sama telah

menjalankan kerja lebih masa yang

melibatkan pelangkauan had 1/3 daripada

gaji bersih bulanan.

Page 77: Bab g Waktu Bekerja

HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI SESEORANG PEGAWAI

Pekerja yang tidak mahu membuat kerja-

kerja lebih masa telah membuat pengakuan

sebegitu dengan surat.

Sesuatu keadaan yang difikirkan sangat-

sangat munasabah tetapi terkeluar

daripada panduan di atas.

Page 78: Bab g Waktu Bekerja

HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI SESEORANG PEGAWAI

Tuntutan hendaklah dipersijilkan oleh

Pegawai Tingkatan tertinggi dalam

Kumpulan A.

[ S.P.P. Bil. 21/1977]

Page 79: Bab g Waktu Bekerja

HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI SESEORANG PEGAWAI

Bayaran Elaun Lebih Masa kepada Drebar

Menteri / Timbalan Menteri adalah tidak terhad

kepada 1/3 daripada sebulan gajinya.

[ S.P.P. Bil. 24/1977]

Page 80: Bab g Waktu Bekerja

TUNTUTAN LUAR KAWASAN PEJABAT

Bagi seseorang pegawai yang bertugas di luar

kawasan pejabatnya, maka kadar tuntutan

bayaran Lebih Masa hendaklah dikira

berdasarkan Waktu Bekerja dimana

terletaknya kawasan pejabat seseorang

pegawai berkenaan.

Page 81: Bab g Waktu Bekerja

BAYARAN LEBIH MASA SEBENAR

Bayaran Lebih Masa dibayar berdasarkan

Masa Kerja Lebih Masa yang sebenar telah

dilakukan oleh seseorang pegawai tidak

termasuk masa tidak menjalankan tugas

seperti rehat, makan dan masa sembahyang.

Page 82: Bab g Waktu Bekerja

BAYARAN LEBIH MASA SEBENAR

Masa Rehat bagi seseorang pegawai yang

menjalankan tugas pada Masa Rehat

hendaklah diganti pada hari yang sama.

Sekiranya masa Rehat tersebut tidak dapat

diganti pada hari yang sama pegawai boleh

dibayar Bayaran Lebih Masa.

Page 83: Bab g Waktu Bekerja

TUNTUTAN HARI KELEPASAN AM(WAKTU BEKERJA GILIRAN)

Jika hari giliran bertugas seseorang pegawai

jatuh pada Hari Kelepasan Am maka

seseorang pegawai layak menuntut Bayaran

Lebih Masa atas kadar Hari Kelepasan Am

bagi tempoh Waktu Bekerja pada hari

tersebut.

Page 84: Bab g Waktu Bekerja

PENUNDAAN HARI KELEPASAN AM(WAKTU BEKERJA GILIRAN)

Jika Hari Rehat Mingguan yang telah

ditetapkan bagi seseorang pegawai bekerja

giliran jatuh pada Hari Kelepasan Am, maka

Hari Kelepasan Am bagi seseorang pegawai

tersebut itu ditunda pada hari bekerja

berikutnya.

Page 85: Bab g Waktu Bekerja

TUNTUTAN LEBIH MASA(PEMANDU)

Seseorang pemandu tidak layak menuntut

Bayaran Lebih Masa sekiranya menjalankan

tugas yang tidak berkaitan dengan tugas

rasmi jabatan atau tugas rasmi pegawai

yang dibawanya.

Page 86: Bab g Waktu Bekerja

TUNTUTAN LEBIH MASA(PEMANDU)

Masa menunggu di luar Masa kerja bagi

seseorang pemandu kerana menjalankan

tugas rasmi jabatannya atau tugas rasmi

pegawai yang dibawanya adalah dikira

sebagai Kerja Lebih Masa. Walau

bagaimanapun Ketua jabatan hendaklah

memastikan bahawa tempoh menunggu itu

adalah munasabah.

Page 87: Bab g Waktu Bekerja

TUNTUTAN LEBIH MASA(PEMANDU)

Seseorang pemandu tidak layak menuntut

bayaran Lebih Masa bagi masa

perjalanannya dari rumah ke pejabat atau ke

tempat melapor diri untuk bertugas dan

sebaliknya.

Page 88: Bab g Waktu Bekerja

TUNTUTAN LEBIH MASA(PEMANDU)

Seseorang pemandu layak menuntut

bayaran Lebih Masa bagi masa

perjalanannya dari rumah pegawai ke

pejabat atau sebaliknya.

Page 89: Bab g Waktu Bekerja

KURSUS, SEMINAR, BENGKEL DAN SEUMPAMANYA

Peserta-peserta Kursus, Seminar, Bengkel

dan seumpamanya tidak layak menerima

bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian,

walaupun ia melibatkan kerja-kerja Lebih

masa dalam tempoh kursus, seminar dan

bengkel tersebut.

Page 90: Bab g Waktu Bekerja

LEBIH MASA BAGI PEGAWAI YANG MENANGGUNG KERJA(PEKEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN

1997)

Pegawai yang sedang menerima Elaun

Tanggungan Kerja adalah layak diberi

Bayaran Lebih Masa dengan syarat ditolak 2

jam dari tempoh Waktu Bekerja Lebih Masa

yang telah dijalankan.

Page 91: Bab g Waktu Bekerja