bab 7 pengenalan perdagangan elektronik

9
RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 1 TAJUK 7 PENGENALAN PERDAGANGAN ELEKTRONIK 7.0 SINOPSIS Tajuk ini menjelaskan secara terperinci bagaimana e-Dagang memainkan peranan yang penting dalam mengintergrasikan perniagaan dengan teknologi maklumat. Bagaimana dua kemahiran bidang ilmu yang berbeza bergabung untuk menghasilkan satu bidang baru yang hebat dalam perniagaan. Pada masa kini, rangkaian komputer merupakan laluan yang sangat penting. Kebanyakan bentuk maklumat kini boleh disimpan dan diproses secara elektronik. Perdagangan elektronik memerlukan pengurusan rangkaian teknologi dan maklumat yang teliti . Pilihan ini melibatkan pertukaran antara kelajuan, kebolehpercayaan, dan kos. 7.1 HASIL PEMBELAJARAN 7.1.1 Mengintergasi dan menilai persekitaran E-dagang, teknologi, ekonomi, organisasi dan pengguna. 7.1.2 Mendefinasikan perdagangan elektronik dari perspektif yang berbeza 7.1.3 Boleh menerangkan peranan yang dimainkan oleh pemasaran dan teknologi. 7.1.4 Boleh menamakan secara terus prinsip teknologi dalam perdagangan elektronik. 7.1.5 Menghurai n bagaimana teknologi dan automasi baru merubah dunia koperat. 7.1.8 Boleh menerangkan lima cara untuk mencipta nilai maklumat.

Upload: zainol-shari

Post on 27-Oct-2015

114 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

PPG

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 7 Pengenalan Perdagangan Elektronik

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1

TAJUK

7

PENGENALAN PERDAGANGAN

ELEKTRONIK

7.0 SINOPSIS

Tajuk ini menjelaskan secara terperinci bagaimana e-Dagang memainkan

peranan yang penting dalam mengintergrasikan perniagaan dengan teknologi

maklumat. Bagaimana dua kemahiran bidang ilmu yang berbeza bergabung untuk

menghasilkan satu bidang baru yang hebat dalam perniagaan.

Pada masa kini, rangkaian komputer merupakan laluan yang sangat penting.

Kebanyakan bentuk maklumat kini boleh disimpan dan diproses secara elektronik.

Perdagangan elektronik memerlukan pengurusan rangkaian teknologi dan maklumat

yang teliti . Pilihan ini melibatkan pertukaran antara kelajuan, kebolehpercayaan,

dan kos.

7.1 HASIL PEMBELAJARAN

7.1.1 Mengintergasi dan menilai persekitaran E-dagang, teknologi, ekonomi, organisasi dan pengguna. 7.1.2 Mendefinasikan perdagangan elektronik dari perspektif yang berbeza

7.1.3 Boleh menerangkan peranan yang dimainkan oleh pemasaran dan teknologi.

7.1.4 Boleh menamakan secara terus prinsip teknologi dalam perdagangan

elektronik.

7.1.5 Menghurai n bagaimana teknologi dan automasi baru merubah dunia koperat. 7.1.8 Boleh menerangkan lima cara untuk mencipta nilai maklumat.

Page 2: Bab 7 Pengenalan Perdagangan Elektronik

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

2

7.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

7.3 PENGENALAN

Mendefinisikan “perdagangan elektronik” adalah lebih sukar berbanding

menerangkan tentang “perdagangan”. Ia adalah kerana perdagangan elektronik

ini bergantung kepada teknologi yang menjadikan ia subset kepada dunia

perdagangan yang luas.

Perkembangan perkhidmatan yang meluas menyebabkan kerumitan

mengkategorikan produk dan perkhidmatan dalam perdagangan elektronik. Ia

juga menyokong kenyataan bahawa perniagaan berkaitan infrastruktur juga telah

berkembang pesat ke dalam aktiviti-aktiviti lain.

DEFINISI PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Berdasarkan kepada sumber yang berlainan, perdagangan elektronik

mempunyai definisi yang berlainan.

Pengenalan Perdagangan

Elektronik

Intergrasi

Perniagaan

Peruncitan

Teknologi dan

Masyarakat

Jenis-jenis Perniagaan Internet

- Produk - Perkhidmatan

Page 3: Bab 7 Pengenalan Perdagangan Elektronik

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

3

Dari perspektif ahli ekonomi, perdagangan elektronik adalah alat yang

menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos,

menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan perkhidmatan

penghantaran.

Dari perspektif pegurusan, perdagangan elektronik adalah aplikasi teknologi ke

arah penggunaan mesin dan aliran kerja sesuatu perniagaan.

Dari perspektif pemasaran, perdagangan elektronik adalah pengangkutan yang

baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu sasaran pasaran melalui

pengiklanan, promosi dan publisiti.

Dari perspektif teknologi, perdagangan elektronik bermakna penghantaran

maklumat, produk, perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer.

Setiap satu perspektif adalah berguna bagi memahami dan melaksanakan

pelan perniagaan perdagangan elektronik. Di dalam pelan perniagaan tersebut,

perspektif-perspektif tersebut digabungkan untuk membentuk satu kenyataan

tentang bagaimana perdagangan elektronik akan digunakan bagi mendapatkan

keuntungan kepada syarikat.

Dengan menggabungkan perspektif ekonomi dengan pengurusan, kita

boleh mentafsirkan tugas yang perlu dibuat untuk memastikan perdagangan

elektronik berhasil. Melihat „perdagangan‟ sebagai sistem di mana urusniaga

adalah interaksi antara pembeli dan perniaga yang menyediakan rangkaian kerja

untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh mereka yang terlibat dalam

sistem tersebut.

Setiap transaksi memerlukan penerimaan dan pembayaran apabila

barangan atau perkhidmatan diterima. Penggunaan teknologi untuk

meningkatkan tahap keberkesanan perdagangan kepada perdagangan

elektronik. Penggabungan perspektif ekonomi dengan pemasaran, memasukkan

transaksi sebagai sebahagian dari komunikasi. Masyarakat, di pihak mereka

atau syarikat mereka, membuat keputusan tentang produk dan perkhidmatan

Page 4: Bab 7 Pengenalan Perdagangan Elektronik

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4

yang menyediakan nilai yang terbaik bagi wang mereka. Komunikasi pasaran

adalah berfungsi untuk memaklumkan, mengingatkan dan memujuk pelanggan

mengenai nilai wang sebelum dan selepas pembelian. Teknologi membantu

memaklumkan produk baru kepada pelanggan dan kepada pengguna.

Gabungan antara pengurusan dengan pemasaran akan menghasilkan

projek yang lebih besar. Peranan pengurus adalah untuk merancang,

melaksana, menilai dan mengawal; manakala peranan pemasar adalah

menaksir, menilai dan menambahbaik. Melalui kerjasama, mereka boleh

manafsirkan kos dan faedah projek yang dijalankan, menangani projek dengan

baik. Dalam perniagaan moden,peranan teknologi maklumat dalam pengurusan

projek adalah sangat penting, bermula dari pemprosesan perkataan yang

digunakan untuk mencetak kertas kerja projek, sehingga mengumpul data

pencapaian, menganalisis data dan mentafsir kedudukan semasa projek.

Internet dan perkhidmatan yang dipanggil World-Wide-Web (WWW atau

Web) telah menjadi alat komunikasi kepada pertumbuhan pesat rangkaian

komputer. Internet adalah seni bina baru, sebuah struktur kemudahan maklumat

yang besar, perkhidmatan komunikasi dan media. Ianya dapat menawarkan

akses yang mudah bagi pembeli dan juga peniaga dalam skala global.

Penggunaan internet dalam platform komersial merupakan suatu kemajuan.

Perdagangan tidak akan terhad kepada penjualan barangan dan

perkhidmatan sahaja. Kerajaan menggunakannya untuk mengurangkan kos dan

menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Masyarakat telah mengakses

secara meluas sumber maklumat yang berkembang pesat dan juga

kepelbagaian perkhidmatan.

Penggunaan internet, melalui Web, merupakan sebuah perluasan kepada

keperluan asas manusia untuk berkomunikasi dan menyatakan idea.

Pengunaannya adalah sangat meluas seperti;

Page 5: Bab 7 Pengenalan Perdagangan Elektronik

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

5

Dari segi kepentingan perkhidmatan perubatan, doktor terpaksa berjumpa

dan merawat pesakit dalam masa yang singkat atau terhad. Perkongsian

penggunaan laman web akan membantu meningkatkan perkhidmatan

kepada pesakit dalam penjagaan kesihatan mereka.

Pengeluar berskala besar mewujudkan spesifikasi mereka secara online dan

meningkatkan skop pengedaran. Dengan terdapatnya maklumat pada

spesifikasi dan rekaan baru , firma tersebut dapat mengkaji peluang yang

wujud mengikut kemampuan mereka, mengurangkan risiko dan kos .

Bilangan kedai yang boleh dilawati secara online jauh melebihi perniagaan

yang boleh dilawati secara fizikal. Pelanggan tidak lagi hanya bergantung

kepada kedai-kedai yang dilawati atau bergantung kepada katalog yang

diterima melalui pos. Secara online, pelanggan boleh membeli barangan dari

kedai-kedai yang terdapat di dalam atau luar negara.

7.3.1 INTEGRASI PERNIAGAAN

Proses perniagaan secara on-line dianggotai secara tidak tetap dan juga

dalam kumpulan yang berselerak. Untuk menguruskannya secara lebih

berkesan, suatu perisian baru iaitu perisian bersepadu telah dibina.

Kebiasaannya, sistem ini digubah dalam tiga bahagian :

Pengkalan data teknologi : Satu pengkalan data (repository)

perkongsian yang mengandungi maklumat terperinci dan spesifikasi

semua bahan (materials), produk dan peralatan

Sistem perancangan : Pengaturan pengeluaran untuk tempoh tertentu

yang mengandungi jadual kerja kakitangan (personnel) dan keperluan

bahan mentah

Pengukuran pencapaian : membandingkan pencapaian sebenar dengan

perancangan.

Page 6: Bab 7 Pengenalan Perdagangan Elektronik

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

6

Sistem ini melangkaui batasan satu organisasi sahaja. Ia dapat menyepadukan

kontraktor, pembekal dan pelanggan. Mematuhi standard akan mengurangkan

ketidakpastian dan memastikan ketepatan jangkaan /unjuran. Ketelusan

maklumat dan komunikasi yang kerap menghasilkan kerjasama yang berkesan.

Secara keseluruhan dengan adanya jaringan yang berkesan perniaagan juga

akan berkembang maju

7.3.2 PERUNCITAN

Adakah imej secara maya (virtual images) dapat menyelesaikan perkara-perkara

berikut :-

Rasa deria mengangkat sesuatu produk ; merasa sesuatu bahan dan teksturnya

serta kekuatannya ; mencubanya seperti pakaian ; atau duduk di atas sofa atau

tilam sebelum buat keputusan membeli

Peruncit menghadapi cabaran-cabaran di atas dalam penggunaan internet untuk

menjual produk mereka. Dalam dunia nyata, urusniaga di atas berlaku

disebabkan wujudnya peraturan, adat-adat dan amalan-amalan yang

membentuk kepercayaan. Satu cabaran asas adalah untuk mengguna prinsip-

prinsip asas daripada dunia nyata ke dalam dunia maya.

Selain daripada isu-isu prosedur meningkatkan keyakinan pengguna terhadap

imej digital dan memudahkan proses memulangkan barangan yang rosak atau

tidak diperlukan, peruncitan secara maya mesti juga menyelesaikan masalah

keselamatan data dan kerahsiaan pengguna (consumer privacy).

Masalah keselamatan dalam internet mempunyai pelbagai bentuk. Virus dalam

fail, lampiran email yang merbahaya, pentadbir sistem yang cuai dan pelbagai

lagi isu keselamatan. Masalah ini mesti diterima dan diselesaikan supaya

pengguna yakin dan percaya dengan sistem rangkaian komputer. Mengguna

perisian anti-virus, tidak membuka email yang tidak dipercayai sumbernya, dan

Page 7: Bab 7 Pengenalan Perdagangan Elektronik

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

7

membuat pertimbangan yang wajar terhadap pembayaran mengguna web

adalah langkah-langkah kes keselamatan yang boleh dipertimbangkan.

Lain-lain masalah diselesaikan secara sistematik, contohnhya sistem

penyampaian digital. Pelanggan memulakan pembelian dengan memuat

turunkan agen penyampaian syarikat ( company's agent delivery). Agen

mengarah pelanggan mengisi maklumat peribadi dan kad kredit. Sterusnya

agen akan mengesahkan urusniaga, memuat turun dan memasang (install)

perisian yang dibeli kepada sistem pengguna. Urusniaga menjadi selamat sebab

agen penyampaian mengguna saluran komunikasi sendiri dengan pelayan

(server). Urusniaga yang diurus oleh agen adalah tepat sebab dapat

membandingkan fail-fail yang dipasang dengan yang disimpan dalam pelayan.

Maka ia dapat menjamin penyampaian elektronik bagi setiap pembelian perisian,

serta memudahkan pengguna dengan tidak payah memuat turun dan memasang

sendiri perisian tersebut.

Pengguna memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap integriti dan

keselamatan sesuatu sistem,sebelum mengemukakan maklumat/data peribadi

ke dalam web. Maklumat peribadi yang diguna dalam internet atau disimpan

dalam pengkalan data adalah dikawal melalui kod rahsia (encryption).

7.3.3 MASYARAKAT DAN TEKNOLOGI

Dari sudut pandangan sosial, laman web menambahkan lagi tekanan

akibat maklumat yang berlebihan. Banyak interaksi bersemuka boleh dilakukan

secara elektronik dan dalam jarak yang jauh pada masa sekarang. Komunikasi

sebegini bukan sahaja mungkin tetapi sangat terkenal terutamanya di antara

mereka yang tidak pernah atau sukar untuk bertemu. Disebabkan oleh

perbezaan yang terlalu jauh, penciptaan teknologi adalah bergantung kepada

undang-undang dan standard moral. Sebarang persekitaran komersial dibina

Page 8: Bab 7 Pengenalan Perdagangan Elektronik

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

8

berasaskan interaksi personal. Perkembangan perdagangan elektronik yang

sangat pantas bergantung kepada aplikasi berkesan teknologi dan juga amalan

komersial yang baik.

Masyarakat memerlukan keyakinan bahawa dunia maya ciptaan teknologi

dapat menguatkuasakan perundangan dan standard moral yang tinggi demi

keselamatan pengguna. Ini mesti dilaksanakan mengguna juga teknologi

Ada lima cara mencipta nilai daripada maklumat :-

1 mengumpulkannya (gather it)

2 mengorganisasikannya (organise it)

3 memilihnya (select it)

4 mensintesiskannya (synthesize it)

5 mengagihkannya (distribute it)

Maklumat peribadi boleh diperolehi secara sukarela atau automatik dalam

web. Peniaga membuat profil-profil pengguna untuk membantu menjayakan

matlamat perniagaan. Pelawat diminta memberikan maklumat peribadi secara

sukarela melalui tawaran insentif seperti perkhidmatan percuma apabila menjadi

ahli. Pelayan web (web servers) menjejak corak lawatan dan pendedahan

kepada pengiklanan secara terperinci tentang profil pengguna.

Data peribadi yang dikumpul akan dijual kepada pihak tertentu. Sejak

ianya dicipta Internet mempunyai tradisi untuk menukar maklumat (information

barter) dimana maklumat ( spt. reka bentuk, penyelesaian, dokumentasi) .

Maklumat merupakan komoditi yang didagangkan dan juga sebagai medium

pertukaran.

Perkara yang merisaukan pengguna adalah maklumat peribadi yang

didagangkan, tidak ada pengawalan dari segi ketepatan, integritii dan

penggunaannya.

Dalam dunia perdagangan berasaskan pengetahuan digital, persepsi kita

terhadap kekayaan (wealth) perlu diubah. Kesan web dirasai di semua sektor

dalam masyarakat. Teknologi dan automasi dapat meningkatkan produktiviti. Ia

juga membuka peluang-peluang baru manakala yang lama akan pupus/hilang.

Page 9: Bab 7 Pengenalan Perdagangan Elektronik

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

9

Kerajaan akan mengenalpasti bagaimana kekayaan dibentuk serta dimana ia

berlaku, mereka akan mencari cara baru untuk mengenakan cukai dan

mengagihkan kekayaan baru ini. Kekayaan baru ini adalah hasil cipataan

rangkaian global digital.

7.3.4 Jenis-jenis Perniagaan Internet

Pasaran perlu dilengkapi dengan transaksi antara pembeli dan pembekal.

Hierarki merupakan hubungan pembekal-pelanggan untuk jangka masa panjang,

dikoordinasikan oleh pengurusan berbanding kuasa pasaran.

Apabila mekanisma pasaran dijalankan, pembeli membeli boleh menawarkan

kombinasi terbaik terhadap perkara seperti harga, kuantiti, standard kualiti,

jadual penghantaran dan sebagainya.

Di bawah mekanisma berhierarki, seorang pembeli tidak memilih daripada

kalangan penjual yang berpotensi tetapi mendapatkan barangan dan

perkhidmatan dari pembekal yang mula-mula dikenalpasti. Ini adalah kerana

firma tersebut memilih pembekal untuk sejumlah transaksi dan hubungan

mereka terikat dengan perjanjian.

Dalam persekitaran pasaran, pelanggan boleh membeli di sekitar mereka

untuk mendapatkan kombinasi harga, kualiti atau lain-lain keperluan yang

terbaik. Persaingan di kalangan pembekal mewujudkan pilihan. Pembeli tidak

akan bersikap mengambil peluang perbezaan tawaran antara pembekal yang

ada.

Hierarki terbentuk apabila kos transaksi adalah tinggi, bekalan mestilah

dijamin dan/atau pembekal tidak cukup bersaing untuk menghadkan sikap

mengambil peluang. Untuk mengekalkan kestabilan, hubungan jangka panjang

antara pembeli dan penjual, serta kos transaksi dikurangkan.

. Perniagaan akan terus berorientasikan manusia, berpegang kepada

keperluan dan keinginan manusia. Perdagangan elektronik boleh menjadikan

aliran kerja lebih efisyen, transaksi lebih jelas dan menyediakan peluang untuk

perniagaan baru.

TAMAT