bab 6 _ kesimpulan (2)

5
69 BAB 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.1 PENDAHULUAN Dalam pengurusan sumber air yang cekap, penjimatan dalam pengurusan sumber perlu dititik beratkan. Air hujan merupakan sumber yang tidak ternilai untuk manusia malahan i a boleh digunakan untuk pel bagai tujuan. Justeru itu, pengurusannya haruslah cekap dan bijaksana supaya tidak dibazirkan dengan sewenang-wenangnya. Sebagai manusia, kita seharusnya memikirkan jalan untuk terus berusaha dalam meminimumkan pembaziran sumber alam yang tidak ternilai ini, penciptaan alat- alat baru yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya haruslah diteruskan untuk meminimumkan pembaziran sumber air. Dalam projek semester akhir ini, penyelidik 

Upload: hafiz-nurahim

Post on 03-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 6 _ Kesimpulan (2)

7/28/2019 Bab 6 _ Kesimpulan (2)

http://slidepdf.com/reader/full/bab-6-kesimpulan-2 1/5

69

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 PENDAHULUAN

Dalam pengurusan sumber air yang cekap, penjimatan dalam pengurusan

sumber perlu dititik beratkan. Air hujan merupakan sumber yang tidak ternilai untuk 

manusia malahan ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Justeru itu, pengurusannya

haruslah cekap dan bijaksana supaya tidak dibazirkan dengan sewenang-wenangnya.

Sebagai manusia, kita seharusnya memikirkan jalan untuk terus berusaha

dalam meminimumkan pembaziran sumber alam yang tidak ternilai ini, penciptaan alat-

alat baru yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya haruslah diteruskan untuk 

meminimumkan pembaziran sumber air. Dalam projek semester akhir ini, penyelidik 

Page 2: Bab 6 _ Kesimpulan (2)

7/28/2019 Bab 6 _ Kesimpulan (2)

http://slidepdf.com/reader/full/bab-6-kesimpulan-2 2/5

70

telah mengenalpasti bahawa sistem penuaian air hujan mampu menjimatkan kos dan

sumber air yang sesuai digunakan oleh pelbagai pihak.

6.2 KESIMPULAN

Berdasarkan hasil kajian, menyimpan air hujan menerusi konsep

 penuaian hujan atau pelaksanaan Sistem Pengumpulan Hujan (SPAH) seharusnya

menjadi amalan kepadasemua pihak kerana ia boleh digunakan untuk menyimbah

tandas, menyiram tumbuhan atau landskap, mencuci kereta dan kegunaan lain tanpa

menjejaskan pengambilan air yang dirawat.

Penuaian air hujan juga mampu mengurangkan risiko banjir di kawasan

tertentu terutamanya negeri Kelantan yang merupakan antara negeri yang tertinggi

menerima purata hujan lebat di Malaysia kerana ia mampu memperlahankan pengaliran

air terus memasuki pusat bandar berikutan pusat tadahan atau sungai berhampiran gagal

menampung kapasiti jumlah hujan.

Penuaian itu dilakukan dengan pelbagai kaedah termasuk menyediakan

tangki khas bagimengumpulkan hujan. Cuma penyambungan talang atau lebih dikenali

sebagai ‘gutter’  perlu dijalankan pada bumbung rumah dan saluran paip bagi

membolehkan air hujan terus memasuki tangki khas disediakan sebelum digunakan

untuk aktiviti tertentu. Natijah paling ketara, sistem ini dapat mengurangkan penggunaan

air dirawat serta menjimatkan kos rawatan air untuk tempoh jangka panjang.

Page 3: Bab 6 _ Kesimpulan (2)

7/28/2019 Bab 6 _ Kesimpulan (2)

http://slidepdf.com/reader/full/bab-6-kesimpulan-2 3/5

71

Berdasarkan kajian melalui soal selidik yang kami jalankan, kebanyakan

rakyat Kelantan masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang sistem

 penuaian air hujan. Ini mungkin disebabkan oleh sistem ini masih belum meluas

digunakan di seluruh negara dan kurangnya promosi tentangnya. Sistem penuaian air 

hujan merupakan salah satu alternatif apabila berlaku krisis air tetapi penggunaannya

hanya terhad untuk satu tempoh tertentu sahaja. Hal ini demikian ia tidak dapat

menyelesaikan masalah krisis air yang besar dan berpanjangan. Sistem ini mendapatkan

sumber daripada air hujan dan jika krisis air disebabkan oleh cuaca kering yang

 berpanjangan, sistem ini hanya membantu untuk sesuatu tempoh sahaja. Apabila air 

hujan yang dikumpul kehabisan, alternatif lain perlu dicari.

 Namun begitu, ia sangat membantu sekiranya terputus bekalan air di

sesuatu kawasan dan inilah yang menjadikan fungsi sistem penuaian air hujan sebagai

alternatif. Walaubagaimanapun, penggunaan sistem ini harus bermula dengan bangunan-

 bangunan pejabat dan bangunan-bangunan kerajaan sebagai langkah permulaan

mengembangkan sistem tersebut bukan sahaja di negeri Kelantan tetapi di seluruh

negara. Setakat ini, hanya dua buah bangunan kerajaan di Kelantan yang menggunakan

sistem penuaian air hujan ini termasuk lokasi kajian kami di Banguanan JPS Jajahan

Pasir Puteh, Kelantan dan Bangunan Latihan Pengurusan Air Negara (NAWMI) yang

terletak di Kota Bharu. Sehubungan dengan itu, pihak berkaitan harus meneliti semula

 pendekatan yang sesuai bagi mewajibkan pemasangan sistem penuaian air hujan dalam

setiap pembinaan bangunan di negeri Kelantan.

Page 4: Bab 6 _ Kesimpulan (2)

7/28/2019 Bab 6 _ Kesimpulan (2)

http://slidepdf.com/reader/full/bab-6-kesimpulan-2 4/5

Page 5: Bab 6 _ Kesimpulan (2)

7/28/2019 Bab 6 _ Kesimpulan (2)

http://slidepdf.com/reader/full/bab-6-kesimpulan-2 5/5

73

Bagi meluaskan penggunaan sistem penuaian air hujan di Kelantan,

 promosi adalah cara terdapat untuk untuk memperkenalkan aplikasi sistem ini. Semua

 pihak harus mengambil peranan masing-masing bagi mengembangkan sistem ini di

Kelantan dan penggunaannya dari sekarang supaya dapat mendidik mesyarakat Kelantan

 berjimat cermat terhadap penggunaan air domestik sedia ada lebih-lebih lagi, Kelantan

merupakan antara negeri yang kekurangan bekalan air bersih di Malaysia. Ianya akan

menjadi sebagai rutin jika diaplikasikan secara berterusan dan ini dapat menjimatkan kos

tenaga di loji rawatan air.

Selain daripada itu, kajian terhadap kualiti air hujan juga perlu bagi

meluaskan aplikasinya seperti menguji kualiti air bagi memastikan ianya boleh

diminum. Malah kajian ujikaji terhadap kekeruhan air hujan yang dikumpul juga dapat

membantu mengurangkan tahap kekeruhan air hujan sekaligus meyakinkan pengguna

terhadap kebersihannya. Keperluan rawatan air hujan yang berpatutan juga perlu seperti

menggunakan membran dan sebagainya. Disamping itu, komponen yang terlibat dalam

 pembinaan sistem penuaian air hujan juga harus dikaji semula agar bersesuaian dengan

kualiti air yang dikehendaki.