bab 3 : pentadbiran negeri-negeri melayu bersekutu 3.1 kekayaan hasil bumi di perak...

13
1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Secara umumnya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah dan emas berjaya ditadbir urus dengan baik sehingga negeri tersebut makmur telah menarik minat kuasa Acheh, Belanda dan British untuk menguasai negeri tersebut Kekayaan bijih timah Perlombongan bijih timah abad ke-15 i. Diusahakan oleh orang Melayu di lembah sungai untuk kegunaan tempatan dan diperdagangkan ii. Perdagangan di bawah pengawasan pembesar sebagai pemilik lombong dan membekalkan keperluan perbelanjaan iii. Pembesar memperolehi kawasan pegangan melalui surat tauliah sultan iv. Contohnya Che Long Jaafar di Larut Perak dapat surat tauliah daripada Paduka Seri Sultan Shabudin Riayat Syah v. Sultan menerima hasil perdagangan vi. Kaedah tradisional melombong bijih timah iaitu melampan Perlombongan bijih timah abad ke-16 hingga abad ke-17 i. Tertumpu di Sungai Perak, Kuala Kangsar, Kelian Intan, Manjung dan Beruas ii. Perak pelabuhan utama menghasilkan bijih timah iii. Tumpuan pedagang terutama Portugis iv. Kekayaan dan kemakmuran Perak menyebabkan Acheh meletakkan Perak sebagai negeri naungannya v. Perak menjadikan bijih timah bahan untuk mendapatkan perlindungan Portugis bagi membebaskan Perak daripada Acheh Perlombongan bijih timah abad ke-18 i. Perak Bijih timah dikeluarkan oleh pelombong kecil Melayu di kawasan Larut (Kerian, Kurau, Larut, Terong dan Beruas) Sultan Muzafar membuat perjanjian menjual bijih timah kepada Belanda Kota Belanda di Pulau Pangkor di bina sebagai gedung menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Perak Akhir abad ke-18 hasil merosot akibat aktiviti penyeludupan untuk dijual pedagang British di Pulau Pinang

Upload: others

Post on 24-Aug-2021

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

Secara umumnya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang kaya dengan hasil bumi seperti

bijih timah dan emas berjaya ditadbir urus dengan baik sehingga negeri tersebut makmur telah menarik

minat kuasa Acheh, Belanda dan British untuk menguasai negeri tersebut

Kekayaan bijih timah

Perlombongan bijih timah abad ke-15

i. Diusahakan oleh orang Melayu di lembah sungai untuk kegunaan tempatan dan diperdagangkan

ii. Perdagangan di bawah pengawasan pembesar sebagai pemilik lombong dan membekalkan

keperluan perbelanjaan

iii. Pembesar memperolehi kawasan pegangan melalui surat tauliah sultan

iv. Contohnya Che Long Jaafar di Larut Perak dapat surat tauliah daripada Paduka Seri Sultan

Shabudin Riayat Syah

v. Sultan menerima hasil perdagangan

vi. Kaedah tradisional melombong bijih timah iaitu melampan

Perlombongan bijih timah abad ke-16 hingga abad ke-17

i. Tertumpu di Sungai Perak, Kuala Kangsar, Kelian Intan, Manjung dan Beruas

ii. Perak pelabuhan utama menghasilkan bijih timah

iii. Tumpuan pedagang terutama Portugis

iv. Kekayaan dan kemakmuran Perak menyebabkan Acheh meletakkan Perak sebagai negeri

naungannya

v. Perak menjadikan bijih timah bahan untuk mendapatkan perlindungan Portugis bagi

membebaskan Perak daripada Acheh

Perlombongan bijih timah abad ke-18

i. Perak

Bijih timah dikeluarkan oleh pelombong kecil Melayu di kawasan Larut (Kerian, Kurau,

Larut, Terong dan Beruas)

Sultan Muzafar membuat perjanjian menjual bijih timah kepada Belanda

Kota Belanda di Pulau Pangkor di bina sebagai gedung menyimpan bijih timah yang

diperolehi dari Perak

Akhir abad ke-18 hasil merosot akibat aktiviti penyeludupan untuk dijual pedagang British

di Pulau Pinang

Page 2: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

ii. Selangor

Perlombongan bijih timah di Kuala Selangor

Sultan Ibrahim membuat perjanjian menjual bijih timah kepada Belanda.

Perlombongan bijih timah abad ke-19

i. Larut

Diusahakan oleh Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim di Klian Pauh dan Klian Baru

dengan membawa masuk pelombong Cina

Kuala Sepetang dijadikan pelabuhan mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang

ii. Lembah Kinta

Pengeluar utama bijih timah dunia

Kegiatan pelombongan mewujudkan bandar Gopeng, Ipoh dan Kampar

Sultan Ismail mengusaha dan memajukan kawasan perlombongan bijih timah di Lembah

Kinta menyebabkan muncul Bandar Papan dan Pengkalan Peguh

iii. Jugra

Pusat pentadbiran Kesultanan Selangor

Juga pusat pengutipan cukai bijih timah melalui Sungai Langat untuk ke pelabuhan

Melaka

iv. Kuala Lumpur

Pusat pengeluaran bijih timah yang penting di Selangor

Bijih timah di lombong di Ampang

Mendorong orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan

Pembentukkan Bandar Kuala Lumpur yang diambil dari nama Sungai Lumpur (Sungai

Gombak sekarang)

v. Lukut

Diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina

Raja Jumaat kemudiannya berjaya menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan bijih

timah terkenal

Lukut diserahkan kepada Sungai Ujong melalui rundingan antara Sultan Selangor

bersama pemerintah Sungai Ujong

Selangor menerima Kajang, Semenyih dan Beranang yang sebelum ini di dalam

kawasan Sungai Ujong

Page 3: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

Kekayaan Hasil Emas

Kawasan jalur emas sebahagian besar terdiri daripada negeri Pahang yang meliputi Raub.

Melalui rekod Negara China, emas menjadi ekspot utama Pahang sejak abad ke-13.

Menurut catatan Portugis, pada abad ke-16 emas di Pahang diperdagangkan ke Melaka dan Sultan

Pahang menggunakan emas sebagai hadiah kepada negeri-negeri lain.

Berdasarkan sumber India, Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi yang

bermaksud Bumi Emas

Catatan Yunani (2M) menamakan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Golden Khersonese yang

bermaksud Semenanjung Emas

Lokasi Perlombongan Emas di Pahang

i. Perlombongan emas telah dilakukan di Hulu Pahang iaitu di sekitar Sungai Tembeling, Sungai

Jelai dan Sungai Semantan

ii. Kawasan-kawasan penting perlombongan emas ialah Raub, Tui, Tersang, Selising, Penjom,

Kechau dan Hulu Dong.

Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-16 dan ke-17

Dijalankan oleh orang Melayu, orang asli dan orang Minagkabau

Menggunakan kaedah mendulang dan melampan

Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-18

Kekayaan emas menarik kehadiran oramg Cina dari Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan

Menggunakan kaedah melampan

Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang pada abad ke-19

Sultan Ahmad member konsesi kepada orang Eropah

Menggunakan kaedah lombong dedah dan lombong bawah tanah

Latihan Objektif

1. Apakah kekayaan hasil bumi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang menarik minat British

menguasai Negara kita?

I. Bijih timah

II. Bijih besi

III. Arang batu

IV. Emas

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

Page 4: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

2. Pada 28 Februari 1850, Paduka Seri Sultan Shabudin Riayat Syah telah menganugerahkan daerah

Larut kepada seorang tokoh untuk melombong bijih timah. Siapakah tokoh tersebut?

A. Dato’ Sagor C Long Jaafar

B. Dato’ Maharajalela D Tengku Kudin

3. Apakah tujuan pembinaan Kota Belanda di Pulau Pangkor pada tahun 1670?

A. Gedung menyimpan bijih timah C Gedung menyimpan makanan

B. Kubu pertahanan tentera Belanda D Tempat penginapan Gabenor

4. Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti ekonomi di Perak pada abad ke16-17

Apakah kesan aktiviti tersebut ke atas Perak?

A. Mengukuhkan pengaruh pembesar C Menjadi negeri naungan Acheh

B. Menjamin kedudukan pembesar D Menerima ancaman Portugis

5. Apakah faktor yang mempengaruhi kemunculan Bandar Gopeng, Ipoh dan Papan?

A. Pembukaan lading-ladang getah C Perlombongan bijih timah

B. Pusat pentadbiran kerajaan D Pertambahan penduduk

6. Tokoh berikut merupakan tokoh penting dalam sejarah Tanah Melayu

Apakah persamaan tokoh tersebut?

A. Membangunkan bandar baharu C Memajukan perlombongan

B. Menandatangani perjanjian D Memodenkan pentadbiran

7. Dialog berikut mungkin berlaku di Pahang pada abad ke-19

Apakah kaedah yang dimaksudkan dalam dialog tersebut ?

I. Lombong bawah tanah III Mendulang

II. Lombong dedah IV Melampan

A i dan ii B i dan iv C ii dan iii D iii dan iv

Perlombongan di Sungai Perak

Perlombongan di Manjung dan Beruas

Raja Busu

Sultan Ismail

Ali : Sekarang ini, orang Eropah yang mendapat hak melombong emas

Ahmad : Orang Eropah begitu berjaya disebabkan mereka menggunakan

kaedah perlombongan yang berkesan

Page 5: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

8. Apakah nilai yang diperolehi daripada maklumat berikut?

A. Berilmu B Bersyukur C Berwaspada D Bersederhana

Bahagian B

1.

a) Namakan dua kawasan perlombongan emas yang terdapat di Pahang

i. ……………………………………….

ii. ……………………………………….

[2 markah]

b) Nyatakan kaedah kegiatan perlombongan emas di Pahang:

i. Pada abad ke 16 dan ke-17

…………………………………………………………………………..

ii. Pada abad ke-19

……………………………………………………………………………

[2 Markah]

c) Pada pendapat anda, mengapakah pelombong Eropah berjaya menguasai perlombongan emas di

Pahang pada abad ke-19?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[4 Markah]

Berdasarkan sumber India, Semenanjung Tanah Melayu dikenali

sebagai Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas

Kawasan perlombongan emas di negeri-negeri Melayu tertumpu di kawasan jalor emas yang

sebahagian besarnya terletak di negeri Pahang

Page 6: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

3.2 Perluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

Pengenalan

Perkembangan perindustrian yang berlaku di Eropah menyebabkan British memerlukan bahan mentah

yang mencukupi untuk menjamin pengeluaran hasil industri Eropah

Kemakmuran negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah mendorong British berusaha

meluaskan kuasa ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

Strategi Brtitish Meluaskan kuasa di Negeri-Negeri Melayu

British menggunakan pelbagai taktik untuk meluaskan kuasa di negeri-negeri Melayu seperti strategi

manipulasi, desakan dan ugutan serta perjanjian dengan pemerintahan tempatan.

a) Strategi Manipulasi

Suasana yang tidak stabil dan kekacauan yang berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan

membuka peluang kepada British untuk melaksanakan strategi manipulasi dengan memberi bantuan

kepada pihak yang berkepentingan untuk membolehkan British meluaskan pengaruhnya.

Manipulasi British di Perak

British mengambil peluang untuk menguasai Perak apabila berlakunya kekacauan di Perak

Gabenor Negeri-negeri Selat , Andrew Clarke mengambil peluang ini untuk campurtangan dan

bertindak sebagai orang tengah menamatkan kekacuan di Perak

Alasan British adalah untuk menyelamatkan rakyat Perak daripada keadaan kucar kacir.

Kekacuan di Perak disebabkan oleh:

i. Perang Larut 1861-1874

Pemerintah Larut, Ngah Ibrahim telah membawa masuk ramai pelombong Cina

untuk memajukan perlombongan bijih timah

Kumpulan Ghee Hin dan Hai San bergaduh untuk mempertahankan hak dan

kepentingan masing-masing hingga tercetus Perang Larut

Ini menjejaskan perdagangan bijih timah di Negeri-negeri Selat

Pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat mendesak British

campurtangan untuk melindungi pelaburan mereka dalam perlombongan bijih

timah

ii. Perebutan takhta Kesultanan Perak

Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan

Perak

Mengikut sistem ini, bakal raja perlu melalui jawatan Raja Di Hilir, Raja Bendahara

dan Raja Muda sebelum ditabal menjadi Sultan

Pada abad ke-19 berlaku krisis takhta kerana sistem penggiliran tidak dipatuhi

Selepas kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail (Raja Bendahara) dilantik sebagai

Sultan dan mendapat sokongan pembesar Hulu Perak termasuk Ngah Ibrahim

Raja Yusoff (Raja Di Hilir) menuntut haknya sebagai sultan setelah lama

diketepikan.

Page 7: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

Raja Abdulllah (Raja Muda) tidak ditabalkan menjadi sultan kerana tidak hadir ke

upacara pemakaman Sultan Ali. Baginda mendapat sokongan pembesar Hilir

Perak seperti Dato’ Maharaja Lela

Andrew Clarke menyokong Raja Abdullah dan menyatakan kesedian British untuk membantu

mengesahkan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dan menamatkan pesengketaan

pelombong Cina demi mewujudkan keamanan di Perak

Manipulasi British di Selangor

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Samad, tercetus pertelingkahan dalam kalangan

kerabat diraja Selangor yang menyebabkan berlakunya Perang Klang

British campurtangan dalam pertelingkahan tersebut untuk meluaskan pengaruh di Selangor

Pihak yang terlibat dalam Perang Klang 1866-1874 ialah:

i. Raja Abdullah bin Raja Jaafar

Sultan Abdul Samad memberi hak mentadbir Klang

Berjaya memajukan Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah

Pembukaan lombong di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur

Mendapat sokongan kumpulan Hai San

ii. Raja Mahadi bin Raja Sulaiman

Putera Raja Sulaiman yang mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja

Abdullah

Menuntut hak ke atas Klang kerana pernah di bawah kekuasaan ayahandanya

dan kemajuan perlombongan

Mendapat sokongan kumpulan Ghee Hin

Kekacauan ini memberi peluang kepada British memanipulasi politik

British memihak kepada Raja dan pembesar Melayu yang boleh membawa keuntungan

British memberi bantuan ketenteraan kepada Tengku Kudin untuk menamatkan Perang

Klang

British mengharapkan sultan menerima perlindungan British untuk kestabilan Selangor.

Manipulasi British di Sungai Ujong, Negeri Sembilan

British berpeluang melakukan manipulasi politik di Negeri Sembilan apabila berlaku perbalahan

pembesar Melayu di Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah

i. Kepentingan Sungai Linggi

Laluan penting yang menghubungkan Sungai Ujong dengan kawasan sekitarnya

Penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar memungut cukai

daripada pedagang bijih timah melalui sungai tersebut untuk ke Melaka

Page 8: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

8 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

ii. Persaingan pembesar memungut cukai di Sungai Linggi

Dato’ Kelana, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Muda Linggi saing bersaing untuk

mengawal pungutan cukai di Sungai Linggi

Persaingan tersebut menjejaskan perdagangan di Negeri-negeri Selat

British memanipulasikan persengketaan dengan member bantuan ketenteraan kepada Dato’

Kelana untuk mengalahkan Dato’ Syahbandar.

Manipulasi Brtisih dalam konflik ini berjaya meletakkan Sungai Ujong yang kaya dengan bijih

timah di bawah kekuasaan British.

b) Desakan dan Paksaan Kepada Raja-Raja Melayu Menerima Perlindungan British

Desakan British di Selangor

British terus mencari alasan setelah gagal memujuk Sultan Abdul Samad menerima perlindungan ketika

memberi bantuan ketenteraan menamatkan Perang Klang

Berlaku rompakan kapal dagang British di perairan Kuala Langat dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke

Melaka

Serangan rumah api Tanjung Rachado

Peristiwa itu digunakan British mendesak sultan menerima perlindungan dengan alasan gagal

mewujudkan keselamatan di perairan Selangor untuk kegiatan perdagangan

Desakan British di Pahang

Tiada alasan untuk campurtangan kerana tiada kekacauan di Pahang

Sultan Ahmad sangat berhati-hati dalam rundingan dengan British

Sultan Abu Bakar ( Johor) membantu British memujuk Sultan Ahmad menerima wakil British

Kematian Goh Hui, rakyat British di perkarangan istana membolehkan British mendesak sultan dengan

alasan tidak mampu mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam

c) Strategi Menandatangani Perjanjian Dengan Pemerintah Tempatan

Bagi mengukuhkan kuasa, Britsih mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk

menerima pengaruh British dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu

Perjanjian pertama British dengan negeri Melayu ialah perjanjian dengan pembesar Perak di Pulau

Pangkor yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor 1874

Perjanjian Pangkor 1874 mengukuhkan kuasa British di Perak

Andrew Clarke memanggil ketua Ghee Hin dan Hai San untuk menamatkan perselisihan faham

Pembesar-pembesar Melayu yang bertelagah, Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor

dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor

Sultan Ismail dan Raja Yusoff tidak menyertai rundingan tersebut

Syarat Perjanjian Pangkor:-

i. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak

ii. Raja Ismail sebagai Raja Muda

iii. Sultan menerima Residen British – nasihat mesti diminta dan dipatuhi dalam semua

urusan pentadbiran kecuali agama Islam dan adat Melayu

Page 9: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

9 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

iv. Ngah Ibrahim diakui Orang Kaya Menteri Perak dan menerima Penolong Residen

v. British berkuasa penuh atas pungutan cukai

Perjanjian Pangkor menandakan kejayaan penguasaan British cecara langsung dalam hal ehwal

pentadbiran dan ekonomi di Perak.

Perjanjian British-Sungai Ujong 1874

Antara syarat perjanjian itu ialah:

i. Dato’ Kelana diktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong

ii. British berkuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi

Perjanjian British-Selangor 1875

Antara syarat perjanjian:

i. British membantu Sultan memerintah negeri

ii. J.G Davidson ditempatkan di Klang dan Frank Swettenham ditempattkan di Langat untuk

membantu pentadbiran

Perjanjian British Pahang 1887

Antara syarat perjanjian ialah:-

i. British menempatkan wakil sebagai pegawai konsul di Pahang

ii. British menjaga keamanan di Pahang

iii. Pahang tidak dibenarkan membuat perjanjian dengan kuasa lain tanpa kebenaran British

Melalui perjanjian, British mengikat persetiaan pemerintah tempatan untuk menerima nasihat British

dalam hal ehwal pentadbiran dan ekonomi di negeri-negeri Melayu.

Latihan

1

2.

Page 10: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

10 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Page 11: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

11 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

Bahagian B

…………………………………………………………

…………………………………………………………

i. …………………………………

ii. …………………………………..

iii. ………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

…… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

1.

Page 12: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

12 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

2.

Page 13: BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak ...mttdaruliman.edu.my/homeschool/notalatihansej_f3... · 2020. 4. 9. · 1 ©Kelas Sejarah Cikgu

13 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

3.