bab 1 petunjuk negara maju dan sejahtera

36
KENEGARAAN MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA BAB 1 – PETUNJUK NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA PETUNJU K NEGARA MAJU DAN SEJAHTE RA AGAMA DAN KEPERCAYAA N EKONOMI POLITIK PRASARANA SOSIAL DAN BUDAYA EKOLOGI SAINS DAN TEKNOLOGI

Upload: affendy

Post on 30-Sep-2015

1.714 views

Category:

Documents


166 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

KENEGARAANMALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERABAB 1 PETUNJUK NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA

A. PENGENALAN Berteraskan matlamat menjadikan Malaysia Negara maju, rakyat perlu bersatu padu dan focus untuk membawa kemajuan kepada Negara. Setiap individu akan memegang impian menjadikan Malaysia Negara maju yang akan membawa kesejahteraan tanpa mengira kaum dan agama. Negara maju boleh didefinisikan sebagai Negara yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi dan sekuriti yang tinggi. ( mengukur KDNK, tahap perindustrian, kualiti hidup dan infrastruktur ). Indeks Kualiti Hidup Malaysia ( IKHM) diguna untuk mengukur tahap kemajuan dan kesejahteraan rakyat dalam tempoh tertentu. Ia merangkumi 11 komponen iaitu:a. Pendapatan dan pengagihanb. Persekitaran kerjac. Pengangkutan dan komunikasid. Kesihatane. Pendidikanf. Perumahang. Alam sekitarh. Kehidupan keluargai. Penyertaan socialj. Keselamatan awamk. Kebudayaan dan liburan IKHM dijadikan kayu ukur bagi memahami perubahan dan kemajuan kualiti hidup dari segi aspek fizikal, social, ekonomi dan psikologi. Maka, penilaian keberkesanan dasar ekonomi dan member panduan perancangan dasar dan strategi masa depan dapat dilaksanakan.

1.2 AGAMA DAN KEPERCAYAAN Agama merujuk kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat Malaysia iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Islam sebagai agama rasmi Malaysia merupakan agama akidah mempercayai kewujudan Allah yang mengutamakan aspek akidah, syariah dan akhlak kehidupan. Agama juga berkaitan dengan tatasusila masyarakat iaitu bukan sahaja perhubungan dengan Tuhan tetapi juga membentuk keharmonian sesama manusia dalam hidup bermasyarakat. Agama dan kepercayaan berperanan membina masyarakat harmoni dan bertamadun serta mencapai kesejahteraan.1.1.2 Kedudukan agama dalam Perlembagaan Persekutuan PP menetapkan bahawa agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan ( perkara 3 PP ) dan dari segi perundangan dan pengurusan agama diletakkan kepada bidang kuasa negeri. Kuasa agama Islam bagi negeri tidak beraja dan wilayah persekutuan diletakkan di bawah tanggungjawab YDPA. Perlembagaan juga menetapkan penganut agama lain bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing asalkan tidak bertentangan dengan perlembagaan. Agama dan kercayaan rakyat Malaysia berkaitan dengan kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia misalnya orang Melayu beragama Islam, kaum Cina beragama Buddha sementara masyarakar pribumi di Sabah dan Sarawak masih mengamlkan kepercayaan nenek moyang mereka. Amnya, agama Islam bermatmamat untuk:a. Melahirkan insan yang mempercayai Allah berkuasa menentukan segalanya.b. Melahirkan insan yang mempunyai cara hidup mengikut fitrahc. Melahirkan insan yang bertanggungjawab sebagai khalifah dan melahirkan hala tuju dalam kehidupan. Beragama merupakan keperluan bagi seluruh warganegara berdasarkan teras ideologi negara iaitu Rukun Negara iaitu KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. Misalnya:a. Masyarakat Islam berkembang di zaman kesultanan Melayu Melaka oleh pedagang Arab berkembang ke pantai timur dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu.b. Masyarakat Cina pula mengamalkan agama dan kepercayaan berdasarkan fahaman Taoisme iaitu falsafah dan keagamaa iaitu tao bermaksud jalan iaitu mencapai ketenangan fikiran, keamanan, keharmonian, kemanusiaan, keberanian, kebijaksanaan dan kesetiaan.c. Masyarakat India pula mengamalkan agama Hindu berdasarkan konsep banyak Tuhan, hokum karma, kelahiran semula berdasarkan kitab veda yang terbahagi 3 iaitu Rig Veda, Sama Veda dan Yajur Veda. Ia berkembang dengan kitab-kitab seperti Atharva, Brahmanas, Aranyakas dan Upanisads yang semuanya membincangkan aspek politik, kebudayaan dan cara hidup.d. Masyarakat di Sabah pula yang majoritinya Kadazan Dusun mengamalkan animism ( pagan) yang berepgang teguh kepada pantang larang dan tafsiran mimpi. Turut mengamalkan pemujuaan seperti pesta Tadau Keamatan yang disempurnakan bomoh wanita digelar Bobohizan.e. Masyarakat di Sarawak majoritinya Iban, Melayu dan Melanau. Masyarakat Iban memegang kepercayaan animism dan kini sebahagian besar sudah Bergama Kristian. Melayu Sarawak Bergama Islam begitu juga masayarakat Melanau ada yang Bergama Islam, Kristian dan mengamalkan anismisme. Islam sebagai agama rasmi banyak memperkenalkan institusi berteraskan Islam seperti perbankan islam, insurans islam, Zakat dan Baitulmal dll.1.1.3 Agama Islam Dalam Sistem pemerintahan Negara Nilai-nilai Islam diamalkan dalam pentadbiran Negara seperti dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam yang merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk membentuk pentadbiran yang selaras dengan agama untuk Negara dan rakyat. Nilai merupakan satu factor utama untuk memastikan kelahiran masyarakat yang disegani. Penerapan nilai Islam dalam pentadbira Negara dilaksanakan melalui nilainya yang dapat diterima oleh semua rakyat dan asas penting pembentukan identity dan perpaduan. Tanpa nilai universal ini rakyat akan terdorong menerima nilai-nilai negative yang asing bagi rakyat Malaysia. Terdapat 11 asas dalam nilai-nilai Islam ini yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan iaitu:a. Amanahb. Tanggungjawabc. Ikhlasd. Dedikasie. Sederhanaf. Tekung. Bersihh. Berdisiplini. Bekerjasamaj. Berbudi mulia dank. Bersyukur Agama Islam juga dijadikan asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang selaras dengan nilai-nilai Islam itu sendiri.

1.1.4 Peranan Agama dan Kepercayaan mempengaruhi Negara Maju dan Sejahtera Agama memandu dan mendidik setiap penganutnya untuk berbuat kebaikan. Bagi Islam, berbuat baik akan memperolehi pahala dan sebagai tanda tunduk kepada Allah yang satu, Agama memainkan fungsi kawalan social. Setiap agama menyarankan kepada kebaikan dengan kod etika yang diamalkan oleh penganutnya antaranya:a. Rajin berusaha tanpa berputus asab. Kerukunan dan persaudaraanc. Bertanggungjawab dan amanahd. Pandangan baik masyarakat luar terhadap Malaysia yang rakyatnya mengamalkan nilai-nilai baik

1.1.5 Cabaran Terdapat 4 cabaran terhadap kepercayaan agama dan amalan dan antaranya ialah:

1.1.6 Langkah Memelihara Amalan Agama dan Kepercayaan

1.2 EKONOMI Program Transformasi Ekonomi (ETP) merupakan usaha kerajaan untuk memacu Negara menjadi Negara maju. Pencapaian status Negara maju dilaksanakan tanpa mengabaikan mana-mana kaum mengikut prinsip keadilan dan pengagihan kekayaan secara saksama dan perkongsian. Berikut adalah beberapa petunjuk kemajuan ekonomi Malaysia:a. KDNK diperolehi dari pelbagai sector ekonomi seperti pembuatan, pembinaan, pertanian, perkhidmatan dllb. Menentukan sendiri hala tuju ekonomi tidak bergantung kepada institusi kewangan dunia hingga diletakkan dalam kumpulan D15 yang berkembang dari segi ekonomi.c. Kemajuan fizikal diukur sebagai kemajuan Negara dengan mercu tanda yang menjadi petunjuk kemajuan Malaysia.d. Kesejahteraan hidup rakyat dinilai diukur mellaui peluang pekerjaan dalam Negara yang meningkatkan Indeks Pembangunan Manusia (HDI). Juga dinilai melalui pelbagai kemudahan dan diiktiraf sebagai uppermiddle-income economicse. Komitmen kerajaan terhadap keselesaaan rakyat kerajaan membentuk pelbagai dasar ekonomi dan social seperti membasmi kemiskinan, pendidikan, persamaan gender, menambah baik kesihatan awam penlestarian alam sekitar.f. Berinteraksi dengan kumpulan ekonomi dunia berhubung baik dengan Negara asing yang menjadi kekuatan ekonomi negara seeprti Dialog Utara Selatan, Kerjasama Selatan-Selatan dll.g. Peluang pekerjaan Dasar kerajaan membuka peluang pekerjaan untuk membendung pengangguran dengan menggalakkan kemasukan pelabur asing dalam pelbagai sector. Kini kadar pengangguran Negara ialah kurang 4%.h. Pendapatan pendapatan perkapita Malaysia ialah US$7000 setahun dan dijangka memingkat US$15000 menjelang 2020.i. Industrialisasi merupakan petunjuk kemajuan sesebuah Negara. Maka Malaysia menjadikan perindustrian sebagai asas tingkat pendapatan Negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat dan dianggap sebagai engin kemajuan negara

1.2.1 Perkembangan Ekonomi Malaysia

1.2.2 Sistem Ekonomi Malaysia Sebagai Negara demokrasi, Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran terbuka. Ia menggambarkan bentuk perdagangan yang tidak memihak sesuatu blok ekonomi sahaja. Malaysia berdagang dengan As, Rusia, China dll. Ini membolehkan pembangunan ekonomi yang kukuh dengan kemasukan pelabur asing, pembukaan pasaran baru dan peningkatan imbangan dagangan dan pembayaran. Ekonomi melalui beberapa tahap iaitu :a. Berasaskan buruh sekitat 70an kerana kekurangan keupayaan modal tetapi buruh yang ramai dan murah menjadi tonggak ekonomi. Preatasi ekonomi masih rendah dan pendapatan Negara masih kurang baik. b. Ekonomi berasaskan modal Prinsip intensif modal dengan penggunaan teknologi dengan mengurangkan intensif buruh. Bermula dengan pengenalan DEB dan berkembang di zaman Tun Dr. Mahathir. Menggalakkan pelaburan asing dan meningkatkan kemahiran rakyat dalam bidang ekonomi.c. Ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi diperkenalkan melalui kemajuan dalam ICT. Ekonomi berkembang melalui internet peringkat global dan kerajaan perkenalkan e-ekonomi, e-kerajaan dan e-perniagaan.1.2.3 Cabaran Dalam Pembangunan Ekonomi Negara Pelbagai cabaran ekonomi yang dilalui oleh Malaysia baik dalam atau luar negeri dan cabarannya dalam bentuk ekonomi dan bukan ekonomi. Antara cabarannya ialah:a. Cabaran ekonomi global - misalnya kelembapan ekonomi dunia khasnya AS dan Jepun maka ekonomi Malaysia turut terjejas dengan permintaan produktiviti Negara menurun. Tambahan kini syarikat global dan serantau bersaing untuk mendapat tempat dalam ekonomi dan mempunyai lebih banyak peluang untuk pilihan lokasi baru.b. Krisis kewangan Berlaku di Asia tahun 1980an dan hujung 1990an telah menjejaskan ekonomi Malaysia. Nilai ringgit menurun tetapi tidak memohon bantuan IMF untuk mengelakkan ekonomi Malaysia dikawal pihak asing. Kejatuhan nilai ringgit mengakibatkan barangan Malaysia sukar dieksport kerana kekurangan permintaan dan kesannya Bursa Saham Malaysia mengalami kejatuhan pasaran.c. Harga komoditi antarabangsa tidak menentu misalnya getah, kelapa sawit, timah yang mampu menjejaskan pendapatan Negara. Perolehan pendapatan Negara mengalami kesukaran kerana perubahan dasar yang tidak mendapat kerjasama swasta menjelang 2020.d. Peraturan perdagangan berbentuk tariff dan bukan tariff yang dikenakan oleh blok ekonomi dunia mampu menjejaskan ekonomi Malaysia. Sekatan terhadap pengeluaran minyak sawit Malaysia oleh Negara Kesatuan Eropah dll.e. Persaingan dari Negara berkepentingan saingan dari lain-lain Negara melalui sabotaj terhadap barangan Malaysia. Misalnya propaganda terhadap minyak kelapa sawit oleh AS.f. Sikap rakyat Malaysia kurang menyokong usaha kerajaan kurang menyokong usaha kerajaan seperti Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia, Dasar Penjimatan Negara dan sebagainya.g. Kurang kesediaan kerajaan dan agensi melakukan transformasi sesetengah agensi kerajaan kurang cekap dalam penyampaian dan perkhidmatan. Maka kerajaan membentuk GTP ( Pelan Transformasi Kerajaan ) dan ETP.h. Masalah kekurangan buruh buruh tempatan kurang dan terpaksa mendapatkan buruh luar dalam sektor pembinaan, perladangan, industri yang member impak kepada politik, ekonomi dan sosial. Negara terpaksa mengupah pakar luar Negara dengan kos yang tinggi.

1.2.4 Strategi Membina Kemajuan Ekonomi Negara1. Merancang dan melaksanakan pelbagai dasar pembangunam Melaksanakan pelbagai dasar seperti Dasar Perindustrian dan Dasar Pertanian Negara. Laksanakan dasar-dasar social seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Wanita Negara, Dasar perpaduan Kebangsaan dan sebagainya. Menubuhkan Majlis Perundingan Negara untuk menggalakkan setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Bantuan bank kepada peniaga-peniaga kecil untuk mengelakkan pinjaman daripada along. Dengan perancangan yang betul, usaha mencapai sasaran Negara maju dan sejahtera boleh dilaksanakan.2. Menarik kemasukan pelabur asing Menyediakan pelbagai insentif seperti pengecualian cukai dan iklim pelaburan kondusif yang menguntungkan kedua-dua pihak. Maka, peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan menambah keupayaan ekonomi Negara disamping mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan dalam Negara.3. Membuka pasaran Membuka pasaran ekonomi di luar Malaysia dan meningkatkan eksport Negara Menggalakkan firma tempatan mempelbagaikan produktiviti dan perkhidmatan. Majlis Perundingan Ekonomi Negara ( MPEN ) bertindak membantu kerajaan membuat dasar dalam pelbagai sektor ekonomi dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.4. Kerjasama perdagangan dengan Negara luar Berunding Negara Negara luar sedia ada atau baru untuk memperkembangkan ekonomi Negara. Kerjasama ekonomi di selatan Filipina antaranya dalam bidang perladangan,kewangan dan perlombongan dengan termetrinya perjanjian antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Moro ( MILF ) pada 15 Okt 2012. 5. Mempelbagaikan ekonomi Negara Daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berkaitan pemprosesan sumber kekayaan Negara. Melalui MBE, kerajaan merancang penggunaan sumber asli Negara bukan komponen utama pengeluaran tetapi mempertimbangkan keseluruhan impak jangka panjang terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.

6. Menambah baik sistem penyampaian Penyampaian yang baik member pulangan ekonomi seperti pelabur asing serta firma tempatan dan menyelesaikan urusan dengan pantas. ( Rujuk ringkasan MEB )7. Memantapkan perpaduan Negara Rakyat yang bersatu padu mampu member focus kepada usaha pembangunan baik diperingkat etnik, rakyat atau wilayah.( Rujuk MEB dari segi pendekatan dan IPS Negara )

1.3 POLITIK Malaysia mengamalkan politik berdasarkan parti. Hingga kini, Malaysia ditadbir oleh BN. Sejarahnya pada 1957, Malaysia diketuai oleh Parti Perikatan dengan parti komponen utama ialah UMNO dan kini diterajui oleh UMNO, MCA dan MIC. Proses politik Malaysia berteraskan konsep perkongsian kuasa ( konsosialisme) dengan kepentingan bersama diselesaikan cara bersama. Politik di Malaysia mengamalkan prinsip menjaga kepentingan setiap kaum dan mencapai hasrat perpaduan. Malaysia dijadikan model oleh Negara luar kerana politiknya berasaskan politik pemuafakatan. PP membuktikan bahawa semua perkaranya berdasarkan tolak ansur antara parti komponen yang mengambil kira kepentingan setiap kaum yang ada.1.3.1 Ciri-ciri Sistem Politik Malaysia Kerajaan yang dibentuk biasanya mewakili sesebuah parti misalnya di AS terdapat parti Republikan dan Demokrat sementara di Britain ada parti Buruh dan konservatif silih berganti menerajui kerajaan. Di Malaysia kerajaan mendapat mandate melalui pemuafakatan parti berbeza dalam parti komponen iaitu BN yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC. Maka politik Malaysia berdasarkan perkauman yang mewakili kaum-kaum yang ada di Malaysia. Ia dikaitkan dengan sifat majmuk masyarakat yang berbeza budaya, agama, fahaman dan bahasa tetapi disatukan dibawah satu parti politik komponen iaitu:a. UMNO ditubuhkan 1946 bertujuan mempertahankan kedudukan melayu dan bumiputera, menentang dasar Malayan Union, memelihara ketuanan Melayu. UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah dengan mengambil alih USNO yang mengalami keretakan.b. MCA diasaskan oleh Tun Tan Cheng Lock bersama Tun Leong Yew Koh dan Kolonel HS lee 1949. Bermatlamat menyatukan masyarakat Cina di TM dan bekerjasama dengan kerajaan menentang komunis.c. MIC pula diasaskan pada 1946 oleh Tun Sambathan untuk menjaga kepentingan kaum India. d. Parti Gerakan ditubuhkan pada 1968 dengan ahlinya majoritinya kaum Cina dan menyertai BN pada 1972.e. Parti lain dalam komponen BN ialah : PPP, PBB,PBS,PBRS, UPKO dll Politik yang wujud di Malaysia berasaskan elit kaum tanpa mengorbankan kepentingan kaum masing-masing. Gabungan parti komponen dalam BN telah membukti kejayaan membina Malaysia yang menuju kea rah Negara maju.

1.3.2 Implikasi Kepelbagaian Parti Politik Pasca Kemerdekaan Kematangan demokrasi boleh berlaku jika setiap parti politik berpolitik secara matang dan menjunjung kepentingan Negara. Terdapat beberapa implikasi yang timbul iaitu:a. Keterbukaan masyarakat tempatan merupakan penduduk tetap Malaysia sanggup berkongsi kuasa dan kepentingan untuk menikmati kejayaan Negara.b. Dasar perkongsian kuasa dan kontrak social merupakan dasar yang dipersetujui dan menjadi pegangan untuk mencorakkan suasana politik di Malaysia. Prinsip ini dinamakan proses intraksi intergrasi.c. Asimilasi dalam kebudayaan dan pendidikan iaitu penenrimaan dan pengabungan budaya unik rakyat Malaysia membentuk keharmonian politik dalam komponen BN.1.3.3 Cabaran Terdapat pelbagai cabaran yang wujud dalam politik di Malaysia antaranya :a. Wujud pemimpin yang keliru dan cauvinis mengambil kesempatan menggunakan isu perkauman untuk perolehi sokongan.b. Peristiwa 13 mei 1969 sejarah hitam Negara iaitu perbalahan kaum akibat ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.c. Masyarakat yang ekstrem bersikap ekstrem terhadap kerajaan dengan menganggap usaha-usaha kerajaan hanya memihak kepada sesuatu kaum sahaja.d. Perbezaan bahasa dan budaya boleh mewujudkan salah faham antara kaum dan sikap curiga antara kaum.e. Media massa merupakan cabaran dalam system politik Negara. Media sering memperbesarkan sesuatu isu hingga wujud kebencian antara kaum.f. Kepelbagaian system persekolahan berkemungkinan akan mewujudkan masalah perpaduan antara kaum. 1.3.4 Langkah-langkah Membina Negara Maju Melalui Politik Malaysia boleh menikmati kemajuan apabila ahli politik berpolitik secara sihat mengikut lunas demokrasi dan perlembagaan. Undang-undang perlu digunakan kepada ahli politik yang melanggar peraturan yang terkandung dalam PP seperti isu sensisitf seperti hak istimewa melayu dan bumiputera, kedudukan raja-raja Melayu dll melalui Akta Keselamatan Negara. Rakyat perlu memupuk nilai-nilai social yang tinggi dalam masyarakat seperti bertolak ansur yang dapat merapatkan perbezaan sikap kaum. Dasar-dasar kerajaan untuk merapatkanperpaduan kaum melalui DEB, Rukun Negara, DasarPelajaran Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Melalui GTP dalam salah satu cabarannya ialah membanteras jenayah. Terkandung di dalam cabaran ini adalah langkah untuk menguatkuasakan undang-undang politik sedia ada dan menjalankan kajian untuk mengubahsuai pembiayaan politik. Ini bermakna :a. setiap ahli politik dan parti politik disyaratkan mendedahkan sumber pembiayaan dan perbelanjaan mereka kepada SPRM.b. Akta pertubuhan 1966 diperkukuhkan kepada semua parti politik yang disyaratkan menyediakan laporan kepada Pendaftar Pertubuhan.c. Melalui Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, SPRM memantau mana-mana calon terlibat dengan rasuah

1.4 PRASARANA Merupakan satu daripada lambang kemajuan sesebuah Negara. Malaysia Negara yang semakin maju mempunyai mercu tanda dan prasarana yang boleh dibanggakan. Semakin banyak dan berkualiti prasarana maka semakin maju sesebuah Negara yang member pelbagai manfaat kepada Negara dalam pelbagai aspek. Antara manfaat kemajuan prasarana dalam Negara ialah:a. Menggambarkan kemajuan sesebuah Negarab. Menggalakkan pertumbuhan ekonomic. Memberi keselesaan hidup kepada rakyatd. Menyedia peluang pekerjaan kepada rakyat Setiap prasarana yang disediakan oleh kerajaan akan dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan sendiri seperti FELDA, UDA dll. Prasarana di Malaysia yang disediakan ada yang bersifat kebajikan dan ekonomi.1.4.1 Prasarana Bersifat Kebajikan1. Pendidikan Setiap rancangan Malaysia memperuntukkan pendidikan sebagai peruntukan tertinggi selaras menaik taraf sistem pendidikan negara yang dapat melahirkan modal insan cemerlang untuk masa depan. Peruntukan pendidikan dibahagikan kepada aspek pengurusan dan pembangunan seperti menaik traf premis pendidikan seperti sekolah baru, makmal komputer. Memperkenalkan MBMMBI menggantikan PPSMI. Menyediakan pendidikan percuma dan buku teks percuma kepada semua pelajar untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Dengan ini, Kementerian Pelajaran diberi kesitimewaan menguruskan kewangan sendiri supaya hasrat kerajaan tercapai.2. Kesihatan Mutu perkhidmatan kesihatan di Malaysia antara yang terbaik di rantau ASEAN. Wujud pertambahan kualiti perkhidmatan kesihatan ialah:a. Usaha berterusan kerajaan melalui pendidikan kesihatan seperti ceramah, seminar, pameran dll.b. Penyediaan lebih banyak hospital, klinik, klinik 1 Malaysia.c. Penyediaan lebih ramai doctor, pakar perunding kesihatan mahupun penyediaan lebih ramai pelajar perubatan.d. Menaik taraf hospital-hospital lama dengan pelbagai kemudahan wad, peralatan makmal dan klinik.e. Penambahan pusat perubatan swasta supaya rakyat mempunyai pilihan untuk kemudahan kesihatan.3. Pentadbiran Kerajaan menambahkan prasarana pentadbiran untuk kemudahan rakyat berurusan dengan kerajaan. Penempatan hampir semua kementerian di pusat pentadbiran Putrajaya merupakan langkah sistem kerajaan berpusat bagi memudahkan pengurusan pentadbiran. Prasarana pentadbiran moden diperkenalkan misalnya pentadbiran secara online dengan setiap kementerian, jabatan mewujudkan laman web masing-masing untuk memudahkan capaian rakyat melalui kaedah e-kerajaan.1.4.2 Kemudahan Bersifat Ekonomi1. Jalan raya dan perhubungan Kemudahan bersifat ekonomi ialah rangkaian pengangkutan yang merangkumi janringan jalanraya dan lebuhraya. Wujud juga pusat perkhidmatan pengangkutan bersepadu di KL, Cheras dan Pudu. KL Central misalnya merupakan pusat perkhidmatan pengangkutan berpusat seperti LRT, Komuter, bas dan teksi. Dalam program Transformasi Kerajaan (GTP) usaha meningkatkan sistem pengangkutan di Bandar dan luar Bandar dilaksanakan. Beberapa objektif kerjaan memajukan system pengangkutan Malaysia:a. Merancang, menilai dan mengkaji dasar pengangkutan Negara dan kemudahan awam yang dapat member sokongan kepada sektor lain untuk pembangunan ekonomi.b. Memastikan rangkaian pengangkutan awam efisyen, mencukupi dan kompetatif.c. Memastikan peruntukan mencukupi kepada agensi berkaitan mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk melaksanakan pembangunan pengangkutan.d. Mengawasi dan menyelaras pelaksanaan program seperti yang dirancang. Misalnya MRT.e. Menggubal dasar strategi program pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam suapaya lebih efisyen. Beberapa lebuh raya baru dibina untuk kemudahan ekonomi dan rakyat seperti Lebuh raya Puchong, Lebuh raya Transborneo dan sebagainya. Kesannya, kawasan sekitar dan kawasan baru sekitar pembangunan lebuhraya berkembang disamping melonjakkan sector pelancongan Negara misalnya.

2. Telekomunikasi Sistem telekomunikasi Negara berkembang pesat kerana wujud permintaan dan penawaran yang tinggi seperti Telekom Malaysia, Celcom, Maxis dll. Kemajuan ini disokong dengan penggunaan sistem satelit yang dilancarkan sepeti MEASAT, TiungSAT, RazakSAT yang membolehkan akses komunikasi dicapai dengan pantas dan berkualiti. Permintaan terhadap penggunaan internet berkembang sama ada melalui talian tetap dan mudah alih. Memudahkan system e-niaga dilaksanakan iaitu urusan niaga dalam talian. Ia mendatangkan kesan positif kepada system pendidikan, sosial, ekonomi Negara.1.4.3 Cabaran Terdapat pelbagai cabaran dalam usaha menyediakan prasarana di Malaysia antaranya:a. Peruntukan kewangan yang besar dan kos berskala besarb. Penerokaan sumber alam boleh member kesan pencemaranc. Sikap pengguna yang tidak menghargai usaha kerajaand. Sambutan masyarakat terhadap sesetengah prasarana mengecewakan.1.4.4 Langkah Memajukan Prasarana Beberapa langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk tujuan kemajuan prasarana dan antaranya ialah:a. Mewujudkan Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) pada 1998 dengan asset sepenuhnya dari kerajaan untuk menstrukturkan semula pengangkutan awam ibu Negara.b. Melalui EPU, kerajaan menyediakan perancangan memajukan prasaranan infrastruktur awam dengan:i. Merancang, menilai dan mengkaji dasar kemudahan pengangkutan Negara yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi Negara.ii. memastikan perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan Negara mencukupi, efisyen dan berdaya saingiii. Memastikan peruntukan mencukupi untuk mencapai objektif tersebutiv. memastikan agensi berkaitan mampu mengimplementasikan program pembangunan Negara.c. Kerajaan menyediakan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) untuk merancang pengurusan pengangkutan awam dan berkuasa lesen pengakutan awam digantung.d. Melaksanakan program pendidikan keselamatan penggunaan jalanraya dengan kerjasama agensi berkaitan seperti Petronas, SHELL dll.

1.5 SOSIAL DAN BUDAYA Untuk menjadi Negara maju, Malaysia tidak harus mengabaikan nilai social dan budaya rakyat sebagaimana termaktub dalam hasrat Wawasan 2020 iaitu:Kemajuan yang dicitakan ialah kemajuan sempurna tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata, malah meliputi kewujudan masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh Negara-negara lain. Dasar Sosial Negara juga berpegang kepada pengukuhan aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap individu baik sebagai unit keluarga mahupun komuniti tanpa mengira kaum, fahaman politik dan agama dijamin oleh kerajaan mendapat peluang yang sama dalam proses pembangunan Negara. Setiap individu boleh memberi sumbangan kepada perkembangan Negara dan menghapuskan ketidakadilan sosial. Walaupun Malaysia mencapai tahap Negara maju, budaya masyarakat penyayang dan mengutamakan kepentingan Negara dari kepentingan individu perlu dikekalkan. Rakyat juga dipupuk dengan budaya kecemerlangan kerja sebagaimana terkandung dalam Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Sogoshosa yang diadaptasi dari Jepun dan Korea Selatan. Antara bentuk sosial dan budaya mengikut kaum ialah:

1.5.1 Cabaran Terdapat pelbagai cabaran untuk membentuk keadilan sosial dan budaya. Antaranya ialah:a. Perbezaan budaya salah satu faktor yang mencabar intergrasi kaum yang mudah mencetuskan prasangka, etnosentrisme yang boleh mengugat intergrasi nasional. b. Cabaran terhadap perlembagaan iaitu perkara yang telah dipersetujui antara pemimpin Negara sebelum merdeka seperti hak keistimewaan melayu, agama rasmi, kewarganegaraan sering dipertikaikan yang boleh menjejaskan hubungan antara etnik.c. Perbezaan status ekonomi yang ketara iaitu perbezaan ekonomi antara kaum boleh melunturkan intergrasi dan wujudnya perasaan sangsi terhadap antara satu sama lain.d. Tindakan mencabar kerajaan terhadap dasar membantu sesuatu kaum misalnya bantuan kerajaan terhadap kaum melayu dan bumiputera sering disalah anggap oleh sesetengah individu yang dilabelkan sebagai tidak menyeluruh.e. Cabaran bersifat politik di mana sesetengah pemimpin politik sering mempolitikkan sesuatu isu perkauman untuk meraih undi. Misalnya isu sekolah Wawasan yang isunya dipolitikkan oleh pemimpin pembangkang.f. Hanya mementingkan diri dan kumpulan boleh menjejaskan proses intergrasi mengikut wilayah hanya kerana perbezaan ideologi politik.1.5.2 Strategi Pengukuhan Sosiobudaya1. Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Bagi Negara yang terdiri daripada pelbagai etnik, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan teliti untuk melahirkan masyarakat bersifat keMalaysiaan. Maka DKK dilancarkan pada 1971 selepas peristiwa 13 Mei 1969 dengan 3 prinsip utama:a. Berteraskan kebudayaan rakyat asal iaitu penggunaan BM sebagai cara hidup, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, keseniaan dll.b. Unsur kebudayaan lain yang sesuai diterima dan digunapakai berasaskan prinsip perlembagaan.c. Agama Islam sebagai teras utama iaitu nilai-nilai pada agama Islam dijadikan teras kepada nilai kesejagatan.

2. Perkongsian nilai Kesepaduan social dan budaya rakyat dibentuk melalui penrkongsian nilai-nilai murni yang diamalkan yang melibatkan:a. Asimilasi percantuman dan penyatuan antara etnik hingga membentuk budaya dan identiti yang sama.b. Akomodasi setiap etnik menyedari perbezaan budaya tetapi menghormati nilai dan norma antara satu sama laim.c. Akulturasi iaitu proses meminjam budaya etnik lain dan disesuaikan dengan etnik tersebut.d. Amalgamasi proses mencantum budaya yang berbeza membentuk entity baru sama ada bersifat sementara atau kekal.3. Strategi politik Setiap pemimpin politik perlu mengelak dari mempolitikkan sesuatu isu untuk tujuan politik selaras dengan Pelan Tindakan Perpaduan dan Intergrasi Nasional. Pemimpin perlu bekerjasama menjayakan program-program kerajaan untuk menstabilkan perpaduan.4. Strategi Ekonomi Iaitu proses pengagihan kekayaan Negara secara saksama dan tidak dikuasai oleh sesuatu etnik sahaja dan dilaksanakan secara bersesuain. Terbukti melalui DEB 1971 1990, DPN 1991 -2000, DWN 2001 2010 yang melaksanakan program serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.5. Strategi pendidikan Pendidikan boleh membasmi kemiskinan dan mendapat peluang pekerjaan lebih baik. Usaha penyatuan budaya dan etnik boleh dicapai melalui pendidikan melalui sukatan yang sama bagi semua kaum, dan dilaksanakan sejak seawall usia 5 tahun lagi melalui pendidikan pra sekolah.

6. Program atau aktiviti kerajaan Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk mengukuhkan semangat nasionalisme antaranya:a. Program Latihan Khidmat Negarab. Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)c. Bantuan kewangan kerajaan BR1M, Bantuan kepada setiap pelajar dll.d. Program nilai-nilai murni dan kempen berbudi bahasae. Program kebudayaan seperti program rumah terbuka dllf. Pembentukan gagasan 1 Malaysia.7. Penguatkuasaan undang-undang Pelaksaan undang-undang boleh membantu kerajaan mengatasi masalah pergeseran antara kaum. Misalnya ISA digantikan dengan Akta Keselamatan Negara, Akta Hasutan ( Akta Kesejahteraan Sosial. Mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti kehilangan jawatan, denda melebihi RM2000 dan penjara melebihi 1 tahun.

1.6 EKOLOGI Ekologi adalah disiplin kajian perkaitan antara organism hidup dengan alam sekitar. Ia merupakan cabang sains melibatkan hubungan antara organism dengan persekitaran. Ekologi saling bergantungan dan kepelbagaian biologi atau biodiversity merujuk keanekaan antara organism hidup daripada pelbagai sumber.

1.6.1 Kepelbagaian Ekologi bagi Kemajuan NegaraPengekalan kitar hidrologi Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerap air. Tumbuhan hijau menyerap air dalam tanah dan membebaskan melalui proses transpirasi. Penyerapan air secara berperingkat dan menukarkan air kepada oksigen dapat mengawal banjir terutama di kawasan Bandar. Kerosakan harta benda akibat banjir dapat dielakkanModifikasi iklim Biodiversity member khidmat ekosistem iaitu mengawal perjalanan cuaca dan iklim. Menyerap radisasi cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia mampu mempengeruhi iklim dan menyerderhanakan suhu dan kesannya mempengaruhi pertanian dan pembangunan ekonomiMengawal hakisan tanah Hakisan tanah kerap member impak kepada ekonomi Negara. Sampah dari hutan yang terkumpul di lantai hutan berfungsi menghalang tanah merekah dan mengikat tanah terutamanya di kawasan tanah tinggi. Tumbuhan dan mikroorganisma berfungsi dalam proses pembentukan tanah dan meningkatkan produktiviti kawasan pamah. Di kawasan paya bakau, ia berfungsi sebagai penampan hakisan ombak. Berjaya mengawal kawasan hakisan pantai dan merupakan aspek baru eko pelancongan Negara.. Maka, kurang hakisan tanah mampu menjana ekonomi pertanian Negara dan perikanan Negara.

Membantu pergerakan kitar oksigen dan nitrogen Ekologi yang baik membantu tumbuhan menghasilkan oksigen. Hidupan mikro membantu menambah kesuburan tanah dan menetapkan kadar nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian bioderversiti menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsure ammonia dan nitrat yang boleh menganggu kesuburan tanah.Nilai Perubatan Di Malaysia terdapat pelbagai sepsis tumbuhan yang berfungsi sebagai sumber perubatan seperti herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flora dan fauna menghasilkan kepelbagaian produk komersil seperti tongkat ali, jarum emas, kacip Fatimah, tunjuk langit, misai kucing, buah mahkota dewa dan gamat.Bekalan bahan mentah Pemeliharaan bioderversiti dapat mengekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Laut yang terpelihara membekalkan sumber protin kepada manusia, kandungan air dalam tanah membekalkan air bersih untuk kegunaan. Bahan-bahan mentah seperti petrol, gas asli, dll menyumbang kepada kesejahteraan Negara dari segi pendapatan dan pekerjaan.Tempat riadah dan pelancongan Biodervisiti yang pelbagai di Malaysia mampu dijadikan tempat riadah dan konsep eko pelancongan. Meningkatkan kemasukan pelancong asing dan mempromosikan Malaysia di Negara luar.Nilai intrinsik Kepelbagaian biodiversiti mempunyai NILAI TERSENDIRI & HAK UNTUK HIDUP Setiap asas biodiversiti mempunyai hak untuk hidup sama seperti manusia, ia mempunyai deria rasa, ingatan dan ini menggalakkan rakyat memelihara alam sekitar.

6.1.2 Langkah Membina Negara Maju dan Sejahtera Melalui Ekologi Menjaga kawasan tadahan hujan Memelihara habitat flora dan fauna Berusaha menyederhanakan suhu bumi. Mengekalkan sumber makanan kepada makanan dan tumbuhan yang dapat meningkatkan ekonomi Negara bagi perkembangan pertanian dan penternakan. Meningkatkan hasil kraftangan Negara dan ubatan dan dapat dipasarkan di peringkat antarabangsa. Mengekalkan khazanah hutan Negara untuk generasi akan datang. Meningkatkan pendapatan Negara melalui pembalakan dan ekologi hutan yang terancang membekalkan pelbagai produk kayu kayan. Menggunakan sumber flora dan fauna sebagai ubatan seperti akar kayu, gamat dan spirulina yang kaya dengan khasiat kesihatan. Meningkatkan sector ekopelancongan berdasarkan keunikan biodiversity Malaysia.

1.7 Sains dan Teknologi1.7.1 Kepentingan Sains dan Teknologi Kepelbagaian sains dan teknologi Negara mampu:a. Mengurangkan kebergantungan kepada sumber buruh yang akan mengalami kemerosotan dan bilangan serta kadar upah yang tinggi.b. Memenuhi tuntutan semasa yang memerlukan kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai aspek seperti perindustrian, perubatan, pertanian dll. Kepelbagaian sains dan teknologi juga menjadi alat pembangunan ekonomi, memperbaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat. Kepelbagaian ini dilihat dari sudut:Perindustrian Penggunaan mesin dan computer mempercepatkan pengeluaran produk seperti di kilang Honda, Proton dan Perodua, robotik diguna sebagai agen pengeluaran produk yang cekap.Pembinaan Penggunaan teknologi kejuruteraan binaan yang mampu menghalang bangunan runtuh akibat gempa. Penggunaan teknologi hijau dalam pembinaan merupakan kemajuan dalam sector pembinaan.Perubatan Penggunaan sains dan teknologi mampu menghasilkan produk ubatan seperti ubat hipertensi, diabetis selain rawatan kanser. Penyelidik perubatan Malaysia telah dianugerahkan dengan Anugerah John Hopkins iaitu Institut Perubatan Malaysia Berjaya menghasilkan presripsi ubatan kanser yang diiktiraf diperingkat dunia.ICT Penggunaan jalur lebar merupakan sumbangan besar kepada pembangunan Negara dimana:a. Rakyat semakin mahir menggunakan kemajuan ICT untuk meningkatkan pengetahuan.b. Melahirkan usahawan internet yang berjaya melalui laman web social.c. Perniagaan dan perdagangan Negara berkembang dengan aplikasi e dagang.d. Sistem penyampaian maklumat Negara berkembang ke tahap tinggi dengan pelaksanaan e kerajaan1.7.2 Strategi Memajukan Sains dan Teknologi Dilaksanakan melalui Dasar Sains dan Teknologi iaitu:a. Mengintergrasikan strategi sains dan teknologi dengan DPN, Dasar Pertanian, Dasar Perindustrian .b. Menggunakan sumber sains dan teknologi untuk mencapai matlamat pembentukan keupayaan teknologi tempatan.c. Menubuhkan pusat R&D untuk memperkembangkan bidang pertanian, industry, pengkomputeran berasaskan sains dan teknologi.d. Menubuhkan Pusat Pengumpulan Maklumat Sains dan Teknologi untuk menyelaras pelaksanaan dasar.e. Menggalakkan penyertaan sector awam dan swasta dalam penggunaa sains dan teknologi terkini.f. Menubuhkan Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara ( IRPA ) untuk merancang program penekanan R&Dg. Menubuhkan Majlis Penyelaran Perindstrian dan Teknologi untuk mengubah Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian.h. Meramaikan bilangan pelajar dan kursus dalam aliran sains dan teknologi.i. Menyuburkan budaya sains di kalangan masyarakat seperti program inovasi, robotik dll.j. Pemindahan dan penyerapan teknologi luar dan diadaptasikan mengikut budaya Negara.k. Menggalakkan kepulangan saintis tempatan yang berkhidmat dengan syarikat besar di luar Negara.1.7.3 Cabaran Pencemaran akibat perkembangan sains dan teknologi seperti pembuangan sisa industrti, pemanasan global, kebocoran ozon, sisa radioaktof. Teknologi hybrid pada kenderaan masih mahal berbanding teknologi petrol yang memberi kesan kepada alam sekitar. Teknologi hidoelektrik pula, banyak mengorbankan ekosistem. Teknologi nuklear pula boleh member kesan sisa nuklear kepada hidupan bumi. Tahap keupayaan modal Negara masih terbatas misalnya kurangnya geran penyelidikan sains dan teknologi bagi universiti awam di Malaysia. Peminjaman teknologi dari Negara luar merencatkan usaha membangunkan teknologi sendiri secara meluas.