b1 ujian percubaan-bm011_2a

12
SULIT MODUL AGRESIF MENJANA PENCAPAIAN UNGGUL MAJLIS GURU CEMERLANG (BAHASA MELAYU) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) UJIAN PERCUBAAN PERTAMA – UPSR 2014 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN Ogos / September 50 minit 011 Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawaban yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak. 011 © 2014 Hak Cipta Haji Md. Ramli Haji Sabran (HMRS/GC-DGA38/KPM) [Lihat sebelah SULIT

Upload: fadhramli

Post on 03-Aug-2015

318 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: B1 ujian percubaan-bm011_2a

SULIT

MODUL AGRESIF MENJANA PENCAPAIAN UNGGUL

MAJLIS GURU CEMERLANG (BAHASA MELAYU) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

UJIAN PERCUBAAN PERTAMA – UPSR 2014

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN Ogos / September 50 minit

011

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,

pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawaban yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

011 © 2014 Hak Cipta Haji Md. Ramli Haji Sabran (HMRS/GC-DGA38/KPM) [Lihat sebelah

SULIT

Page 2: B1 ujian percubaan-bm011_2a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 2 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Dua Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

Soalan 1 hingga 18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1

Sutan Iskandar berangkat ke balairung seri dengan diiringi oleh pegawai-pegawai yang membawa __________ kebesaran diraja.

A kaus-kaus B iram-iram C panji-panji D tanjak-tanjak

2 Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak kerana makanan ringan ini terlalu banyak mengandungi bahan __________.

A perisa B pelawas C peluntur D pengawet Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Dua orang lelaki yang cacat penglihatan itu __________ di sekitar ibu kota dengan cara bermain muzik.

A merayu B merayau C memohon D mengemis 4 Kapal terbang MAS itu baru sahaja __________ dari Lapangan Terbang Antarabangsa

Putrajaya membawa jemaah haji Malaysia. A berlepas B bertolak C bergerak D berangkat

Page 3: B1 ujian percubaan-bm011_2a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 3 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Dua Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

5

Keadaan tandas di sekolah itu kotor amat dan berbau __________ kerana murid-murid membuang air kecil di luar mangkuk tandas.

A hamis B hapak C hanyir D haring 6

Kesan jangka panjang yang akan dialami jika kita tidak menjaga pemakanan ialah muka yang __________, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat.

A kelat B kelam C kusam D kebam Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7

Pemidato yang bersuara __________ itu telah berjaya menawan hati barisan hakim untuk memilihnya sebagai juara dalam pertandingan tersebut.

A merdu B sengau C lantang D gemeresik 8

__________ hujan lebat, aktiviti itu terpaksa ditunda pada minggu hadapan. __________, semua murid dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

A Oleh sebab ... Justeru B Sementelahan ... Tatkala C Meskipun ... Kalau begitu D Tambahan pula ... Lantaran itu 9 Pada masa senggang, __________ murid lebih gemar menghabiskan masa di hadapan kaca

televisyen daripada mengulang kaji pelajaran. A semua B setengah C beberapa D kebanyakan

Page 4: B1 ujian percubaan-bm011_2a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 4 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Dua Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

10

Murid-murid yang mengikuti lawatan ke Melaka itu dikehendaki berkumpul di __________ sekolah tepat pada pukul 7:30 pagi.

A karangan B pekarangan C perkarangan D pengarangan Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11

Kerja-kerja __________ jalan raya di kampung itu rancak dijalankan sebelum menjelang sambutan Hari Raya Puasa.

A kelebaran B dilebarkan C memperlebar D memperlebarkan

12

Sejak __________ penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza sering mengadakan persembahan di luar negara.

A gelaran B bergelar C menggelar D menggelari 13

Menara Condong atau Jam Tinggi di bandar Teluk Intan sentiasa dipulihara __________ dikekalkan sebagai khazanah __________ tatapan generasi yang akan datang.

A lalu … untuk B untuk … bagi C dan ... kepada D untuk ... kepada

14

“__________ dikehendaki berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat daripada Cikgu Kassim,” umum Rashid kepada murid-murid Tahun Enam Bestari dan Lestari.

A Ketua kelas B Ketua kelas-kelas C Ketua-ketua kelas D Ketua kelas-ketua kelas

Page 5: B1 ujian percubaan-bm011_2a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 5 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Dua Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

15

Kita perlulah __________ antara satu sama lain bagi mengelakkan kesilapan yang serupa berulang kembali.

A tuduh-menuduh B bantu-membantu C nasihat-menasihati D hormat-menghormati 16 Azrul lari __________ apabila dikejar anjing liar ketika dia melalui taman perumahan itu. A kacau-bilau B kelam-kabut C simpang-siur D lintang-pukang 17

Pasukan tentera terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah se __________ lanun yang cuba menggugat keselamatan nelayan Malaysia di perairan Selat Melaka.

A kawan B deretan C angkatan D gerombolan Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18

Encik Haikal menggunakan se __________ cangkul untuk menanam beberapa __________ sampah sarap di belakang rumahnya.

A bilah ... bunjut B buah ... kampit C batang ... buntil D laras ... longgok 19

Maisarah mendedikasikan lagu dendangan Nora itu kepada rakan-rakannya yang kini telah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.

Pilih perkataan seerti bagi mendedikasikan. A menujukan B merakamkan C mengirimkan D menyampaikan

Page 6: B1 ujian percubaan-bm011_2a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 6 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Dua Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

20

Dia membasuh basikalnya sambalewa sahaja oleh sebab itu, basikalnya masih kotor lagi.

Pilih perkataan berlawan bagi sambalewa. A teliti B tegas C tekun D tangkas Soalan 21 dan 22

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21 I Mariam dan Alina bermain seremban pada masa lapang. II Orang dahulu bermain seremban menggunakan biji getah. III Pesta Flora itu sedang berlangsung di seremban selama seminggu. IV Permainan seremban merupakan warisan budaya masyarakat Melayu. A

B C D

I dan III II dan IV I, II dan IV I, III dan IV

22 I Pak Tam ketawa berdekah-dekah apabila adik mencolok pinggangnya. II Pakaiannya yang mencolok mata tidak sesuai dipakai oleh kakitangan awam. III Dia terpaksa menggunakan galah untuk mencolok buah jambu batu yang masak itu. IV Ahli RELA mencolok kawasan yang gelap itu bagi memudahkan pergerakan mereka. A

B C D

I dan III II dan IV I, II dan III II, III dan IV

23

Pilih jawaban yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Bilakah kamu dan keluarga kamu akan pergi bercuti ke Pulau Pangkor? A Kami sekeluarga akan bercuti di Pulau Pangkor. B Kami akan bercuti ke Pulau Pangkor tiga minggu lagi. C Kami akan ke Pulau Pangkor dengan menyewa bas persiaran. D Kami sekeluarga akan pulang ke Pulau Pangkor pada bulan hadapan. 24

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Saya serahkan kunci bilik mesyuarat itu kepada Encik Azman. A Bilakah kamu serahkan kunci bilik mesyuarat itu? B Siapakah yang mengambil kunci bilik mesyuarat itu? C Di manakah kamu letakkan kunci bilik mesyuarat itu? D Apakah yang kamu lakukan pada kunci bilik mesyuarat itu?

Page 7: B1 ujian percubaan-bm011_2a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 7 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Dua Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

Soalan 25 dan 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 “Dila, tolong angkat kain baju di ampaian kerana hari sudah hendak hujan,” kata ibu. A Cuaca mendung menyebabkan ibu menyuruh Dila mengangkat pakaian di jemuran. B Pakaian di ampaian itu diangkat oleh Dila dan ibu kerana hujan sudah mulai turun. C Dila menolong ibunya mengangkat ampaian pakaian itu kerana cuaca mendung. D Ibu khuatir kain baju akan basah terkena hujan jika Dila tidak mengangkatnya. 26 Amalan terlalu mengagung-agungkan barangan import perlu dikikis kerana mutu barangan

keluaran tempatan juga tidak kurang hebatnya. A

Amalan mengagung-agungkan barangan import dan tempatan yang kurang hebat mutunya perlulah dikikis.

B

Jika mutu barangan tempatan telah meningkat, maka amalan mengagung-agungkan barangan import perlulah dikikis.

C

Sungguhpun mutu barangan keluaran tempatan tidak kurang hebatnya, amalan bagi mengagung-agungkan barangan import perlulah dikikis.

D

Oleh sebab mutu barangan keluaran tempatan tidak kurang hebatnya, maka amalan terlalu mengagung-agungkan barangan import perlulah dikikis.

Soalan 27 dan 28

Pilih ayat yang betul.

27 I Abang mengeluarkan sikat lalu menyisirkan rambutnya yang agak kusut itu. II Isteriku menyambut pemberian anak sulung kami sambil mengusapi pipinya. III Lembu-lembu peliharaan Pak Mat sedang merumput di kebun kelapa sawitnya. IV Kelab Kebudayaan itu menghadkan bilangan ahlinya kepada seratus orang sahaja. A

B C D

I dan II II dan III I, II dan III II, III dan IV

28 I Puan Mona menghidangkan suaminya sepinggan mi kari dan secawan kopi. II Opah saya pernah menggunakan kapur batu sebagai alat tulis pada masa itu. III Guru Besar menyesali tindakan murid tahun enam yang ponteng kelas intensif. IV Perlaksanaan program “Satu Kampung Satu Produk” telah mencapai matlamatnya. A

B C D

I dan II II dan IV I, II dan III II, III dan IV

Page 8: B1 ujian percubaan-bm011_2a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 8 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Dua Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

Soalan 29 dan 30

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Yang Berhormat wakil rakyat kawasan itu __________ untuk melihat sendiri masalah yang

dihadapi oleh penduduk kampung tersebut. A turun padang B turun tangga C turun takhta D turun kuasa 30 Haji Samsuddin perlu bersikap __________ semasa beliau menjalankan tugas sebagai ketua

kampung bagi menjaga perasaan anak buahnya. A bagai bulan dipagar bintang B bagai melepaskan batuk di tangga C bagai menarik rambut dalam tepung D bagai menatang minyak yang penuh

Page 9: B1 ujian percubaan-bm011_2a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 9 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Dua Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

Soalan 31 hingga 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Lebih cepat, mudah, menjimatkan kos dan dapat beriadah sambil mengeluarkan peluh.” Itulah antara ungkapan dan penjelasan yang diberikan oleh murid-murid yang menunggang basikal pergi dan balik sekolah. Rata-rata murid-murid ini menunggang dua jenis basikal, iaitu basikal BMX dan basikal bukit atau “mountain bike” Menunggang basikal menjadi alternatif popular dalam kalangan murid selain dihantar oleh ibu bapa dengan kereta, berjalan kaki, menaiki van sekolah atau menaiki bas sekolah. Kebiasaannya murid yang menunggang basikal lebih tertumpu kepada mereka yang rumahnya terletak berhampiran dengan sekolah, tinggal di kawasan taman perumahan, pekan kecil, pinggir bandar, di kawasan kampung atau di kawasan pedalaman. Lokasi yang dinyatakan di atas lebih selamat dan lebih terjamin berbanding di kawasan bandar yang sesak dengan pelbagai kenderaan. Walau bagaimanapun, murid yang memilih untuk berbasikal ke sekolah perlu menunggang dengan cermat dan mematuhi peraturan jalan raya di samping mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Datuk Suret Singh berkata, “pihak kami menggalakkan mereka yang menunggang basikal supaya memakai topi keledar sebagai langkah keselamatan.” Katanya lagi, “Murid juga perlu memastikan tali topi keledar diikat dengan kemas kerana jika berlaku kemalangan topi keledar ini dapat mengelakkan seseorang itu daripada mengalami kecederaan parah. “Murid yang berbasikal juga dinasihatkan agar menggunakan jaket keselamatan dengan bahan pemantul cahaya terutama pada waktu malam. Pasang pelekat itu sama ada di depan atau di belakang jaket tersebut,” ujar Yang Berbahagia Datuk menasihati para penunggang basikal. Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, Selangor. Puan Sariah binti Sidek berkata aspek keselamatan sentiasa dititikberatkan kepada kira-kira 200 orang murid yang menunggang basikal ke sekolah setiap hari. Bilangan murid yang menunggang basikal ialah kira-kira satu perenam murid sekolah ini. Pihak sekolah juga telah mengadakan kempen keselamatan jalan raya dan sentiasa memberikan motivasi dan nasihat kepada murid-murid supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada ketika berada di jalan raya. Murid-murid selalu diingatkan agar bertanggungjawab menjaga basikal masing-masing seperti meletakkan basikal mereka di tempat yang sepatutnya dan memastikan sentiasa dikunci supaya tidak berlaku kecurian.

Page 10: B1 ujian percubaan-bm011_2a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 10 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Dua Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

31 Mengapakah menunggang basikal menjadi pilihan murid-murid SK Sungai Besar? A Lebih cepat sampai ke sekolah kerana jalan raya tidak sibuk B Menjimatkan kos, lebih mudah dan dapat mengeluarkan peluh C Dapat beriadah sambil menghirup udara nyaman pada waktu pagi D Tidak mahu menyusahkan ibu bapa menghantar mereka ke sekolah 32 Apakah langkah keselamatan yang sebaik-baiknya perlu diambil oleh murid-murid bagi

mengelakkan daripada kemalangan semasa berbasikal? A Menunggang basikal secara bersaing-saing B Menyarung jaket pemantul cahaya setiap masa C Memakai topi keledar yang sesuai dan diikat kemas D Menggunakan laluan trafik semasa menunggang basikal 33 Murid-murid yang tinggal di kawasan bandar raya tidak berbasikal ke sekolah kerana A rumah mereka terletak terlalu jauh dari sekolah. B risiko kemalangan yang tinggi kerana banyak kenderaan. C ibu bapa lebih gemar menghantar anak mereka dengan kereta. D jalan raya sempit menyukarkan mereka berbasikal ke sekolah. 34 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan. A Murid SK Sungai Besar, Selangor dianggarkan kira-kira seribu dua ratus orang. B Pihak sekolah membekalkan pelekat pemantul cahaya kepada murid-muridnya. C Datuk Suret Singh ialah Ketua Pengarah Kementerian Pengangkutan Malaysia. D Basikal tidak dapat digunakan di kawasan pedalaman kerana tiada jalan raya. 35 Perkataan alternatif dalam petikan bermaksud A pilihan yang harus dilaksanakan. B pilihan yang merupakan kemestian. C pilihan yang mendatangkan kebaikan. D pilihan yang ditentukan melalui perundingan.

Page 11: B1 ujian percubaan-bm011_2a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 11 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Dua Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

Soalan 36 hingga 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, ini disebabkan negara kita terletak dalam kawasan Khatulistiwa. Iklim negara Malaysia yang stabil sepanjang tahun membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan tropika. Buah-buahan tropika ini pula boleh dikelaskan kepada dua kategori, iaitu buah-buahan bermusim dan buah-buahan tidak bermusim. Sebahagian daripada buah-buahan tropika ini ditanam secara komersial bagi menambahkan hasil pendapatan negara. Sebahagiannya pula ditanam untuk keperluan penduduk tempatan yang dikenali sebagai buah-buahan tempatan. Berikut adalah buah-buahan tempatan yang biasa dan banyak ditanam di Malaysia. Buah durian yang juga dikenali sebagai raja buah-buahan sangat popular kerana buah ini dapat dimakan segar sebaik sahaja jatuh dari pokoknya. Isinya yang lemak-lemak manis sangat digemari oleh masyarakat Malaysia. Buah durian dapat dijadikan tempoyak, lempuk dan perasa dalam makanan seperti aiskrim. Bagi mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, pengambilan buah durian secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan. Jambu batu atau nama saintifiknya psidium guajava ditanam secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980. Jambu batu ditanam secara komersil di Perak, Johor, Selangor dan Pahang. Jambu batu dapat dimakan segar atau sebagai pencuci mulut. Jambu batu juga boleh diproses untuk dijadikan jus, puri, dan jem. Kawasan utama tanaman mangga atau mempelam ialah di Perak, Perlis dan Kedah. Walau bagaimana pun, mangga juga ditanam secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain. Mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerana rasanya yang enak, manis serta harum. Mangga sangat popular sebagai hidangan pencuci mulut dalam kalangan rakyat Malaysia. Rambutan pula ditanam dengan meluas di negeri Perak, Pahang, Kedah, dan Kelantan. Buah rambutan dapat dimakan segar, dijadikan jeruk dan jem. Kini, buah rambutan dapat dijadikan makanan ringan untuk dinikmati pada bila-bila masa. Perkara ini terbukti melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang telah dijalankan oleh pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sik, Kedah Darul Aman, dalam menghasilkan snek rambutan melalui kaedah goreng secara vakum menggunakan isi buah rambutan tersebut. Manggis pula banyak ditanam di negeri Johor, Kelantan, Perak, dan Selangor. Buah manggis terkenal kerana rasanya yang manis, sedap dan enak dimakan segar. Buah manggis mempunyai kulit yang tebal, isinya berwarna putih. Kulit manggis mempunyai pewarna dan getah pada kulit manggis sukar hilang sekiranya terkena pada pakaian.

Page 12: B1 ujian percubaan-bm011_2a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 12 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Dua Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

36 Bahan apakah yang sesuai dimasukkan ke dalam gulai ikan patin? A Jus B Puri C Lempuk D Tempoyak 37 Buah apakah jika diambil berlebihan boleh memudaratkan pesakit darah tinggi? A Durian B Mangga C Manggis D Rambutan 38 Buah-buahan tropika yang bermusim dan yang tidak bermusim banyak ditanam di negeri A Perak. B Kedah. C Pahang. D Kelantan. 39 Semua pernyataan yang berikut tidak benar tentang petikan, kecuali A jambu batu boleh diproses untuk dijadikan jus, puri, dan jem. B lempuk ialah perasa durian yang dimasukkan ke dalam aiskrim. C buah manggis mempunyai kulit yang berwarna putih serta isinya tebal. D para petani di Malaysia mengusahakan tanaman buah-buahan tropika sahaja. 40 Rangkai kata hidangan pencuci mulut dalam petikan bermaksud A minuman atau penganan yang dimakan bersama-sama nasi. B makanan yang ringkas serta dapat disediakan dengan cepat. C alat atau benda yang digunakan untuk mencuci bahagian mulut. D benda manis seperti buah-buahan yang dimakan selepas makan nasi.

KERTAS SOALAN TAMAT