azlihartini bt ishak - fp.utm.my · kaedah pengiraan kepekatan dan peneutralan serta kaedah...

26
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR BAGI TOPIK ASID DAN BES DALAM MATA PELAJARAN KIMIA KBSM TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS TULEN AZLIHARTINI BT ISHAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR BAGI TOPIK

ASID DAN BES DALAM MATA PELAJARAN KIMIA KBSM

TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS TULEN

AZLIHARTINI BT ISHAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 2: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR BAGI TOPIK ASID DAN BES DALAM MATA PELAJARAN KIMIA KBSM TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS TULEN.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya : AZLIHARTINI BT ISHAK_____________________________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama

dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan didalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran

bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah

mengikut kadar yang di persetujui kelak. 5. * Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan salinan tesis ini

sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KAMPUNG KEDONDONG KADOK, EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH B. SIDEK 16450 KOTA BHARU, (NAMA PENYELIA) KELANTAN DARUL NAIM. Tarikh: 11 MAC 2004 Tarikh: 11 MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 3: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)

SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR BAGI TOPIK ASID DAN BES DALAM

MATA PELAJARAN KIMIA KBSM TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS TULEN

AZLIHARTINI BT ISHAK

Tesis ini disampaikan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

ii

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).”

Tandatangan : __________________________________

Nama Penyelia : EN.ROSNI ZAMUDDIN SHAH B.SIDEK

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 5: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : __________________________

Nama Penulis : AZLIHARTINI BT ISHAK

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 6: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

iv

DEDIKASI

Buat abah, Ishak bin Isa dan ma, Naimah binti Mohammad yang tercinta,

Segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan merupakan satu semangat

dan kekuatan untukku meneruskan kehidupan walau pelbagai onak duri dilalui dalam

menimba ilmu.

Buat kak, kak Zah, abang Din, abang, adik-adik dan Luqman...

Kehadiran kalian telah menceriakan suasana hidupku, menanamkanku seribu

keazaman untuk terus berjaya dalam hidup ini.

Buat teman-temanku Di, Liza dan Zu......

Persahabatan yang kita jalinkan adalah ukhuwah di antara hati-hati yang inginkan

keredhaan Illahi, semoga jalinan ini akan kekal hingga ke akhirnya....

Segala bantuan dan dorongan kalian amatlah ku hargai......

Wassalam......

Page 7: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, setinggi-

tinggi syukur Alhamdulillah, akhirnya laporan dan perisian projek ini dapat juga

disiapkan dengan sempurna.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Encik Rosni Zamuddin Shah B. Sidek

selaku penyelia Projek Sarjana Muda, segala nasihat dan bimbingan yang beliau

berikan amat membantu dalam menjayakan pembinaan projek ini. Ucapan terima

kasih juga buat pegawai di Jabatan Multimedia yang banyak membantu dalam

pengurusan teknikal perisian ini.

Tidak lupa juga buat ma, abah, kakak, abang dan adik-adik tersayang yang

banyak memberi sokongan moral, kawan-kawan seperjuangan serta insan-insan yang

pernah membantu, jasa kalian amat disanjungi. Semoga Allah dapat membalas jasa

baik kalian.

Page 8: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

vi

ABSTRAK

Penggunaan teknologi komputer yang semakin berkembang kini telah

membawa satu perubahan yang ketara dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer

(PBK) perlu diperluaskan agar tidak ketinggalan jauh dari aplikasi teknologi komputer

berkenaan. PBK ini dapat dijadikan sebagai satu alat bantu mengajar yang boleh

membantu guru-guru dalam pengajaran mereka serta membantu pelajar dalam

pembelajaran mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dijalankan

dengan menarik hasil daripada gabungan elemen multimedia dalam PBK. Sehubungan

itu satu perisian yang bertajuk Asid dan Bes telah dibina bagi kegunaan pelajar-pelajar

dalam mata pelajaran Kimia KBSM tingkatan empat aliran sains tulen. Melalui perisian

ini, pelajar dapat memahami tentang Konsep dan Sifat bagi Asid dan Bes, kaedah-

kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang

ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

Macromedia Authorware 6.5 sebagai perisian utama dan perisian SWiSH 2.0, Sonic

Foundry Sound Forge 4.5, Adobe Photoshop 7.0 dan Adobe Premiere 6.0 sebagai

perisian sokongan.

Page 9: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

vii

ABSTRACT

The applications of computer technology have brought an impact to our

education system. In view of the fact, there should be a wide development in Computer

Aided Learning software (CAL) concecutively to generate all the effectiveness of the

latest computer technology application. CAL software can be used as the teaching aid

tool which can enhance the teaching and learning process. The combination of

multimedia elements in the CAL software can create an exciting environment in

teaching and learning process. It can also conveys benefits to both parties teachers and

students. Hence, the software entitled Asid dan Bes was developed for the chemistry

subject meant for form 4 student. With the usage of the software, students could have a

better understanding of the concepts and nature of asid and base, the calculation method

of concentration and neutralization and also the experiment that practically presented in

the software. This software was developed by using the Macromedia Authorware 6.5,

SWiSH 2.0, Sonic Foundary Sound Forge 4.5, Adobe Photoshop 7.0 as well as Adobe

Priemere 6.0.

Page 10: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI SINGKATAN/ISTILAH xiii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 11: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

ix

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Kepentingan Projek 9

1.6 Skop Projek 10

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 10

1.8 Definisi Istilah 11

BAHAGIAN DUA

SOROTAN PENULISAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Konsep Teknologi Pendidikan 14

2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 17

2.4 Penggunaan Multimedia dalam Pendidikan 24

2.4.1 Teks 25

2.4.2 Grafik 26

2.4.3 Video 26

2.4.4 Animasi 26

2.4.5 Audio 27

Page 12: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

x

2.4.6 Hipermedia 27

2.5 Alat Bantu Mengajar 27

2.6 Teori Pembelajaran Berasaskan Komputer 28

2.6.1 Teori Behaviorisme 29

2.6.2 Teori Sistem 31

2.6.3 Teori Kognitif 33

BAHAGIAN TIGA

REKA BENTUK PEMBANGUNAN PERISIAN

BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN PERISIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Fasa Analisis 36

3.2.1 Pemilihan Tajuk dan Skop 36

3.2.2 Objektif Pengajaran 37

3.2.3 Kumpulan Sasaran 37

3.3 Rekabentuk Pembangunan Perisian 38

3.3.1 Model Rekabentuk Pembangunan Perisian 38

3.3.2 Carta Alir Perisian 40

3.3.3 Implikasi Teori Pembelajaran 48

3.4 Perisian dan Perkakasan Pembangunan 48

3.4.1 Perisian Pembangunan 49

3.4.2 Perkakasan Pembangunan 49

3.5 Perisian dan Perkakasan Main Balik 50

3.5.1 Perisian Main Balik 50

3.5.2 Perkakasan Main Balik 51

Page 13: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

xi

BAHAGIAN EMPAT

HASIL REKA BENTUK PERISIAN

BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 52

4.2 Perbincangan Struktur Asas Perisian 53

4.2.1 Pengenalan 58

4.2.2 Tutorial 60

4.2.3 Eksperimen 62

4.2.4 Latih Tubi 63

4.2.5 Permainan 66

4.2.6 Keluar 66

4.3 Pakej Perisian 68

BAHAGIAN LIMA

KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN

BAB V KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Kesimpulan 69

5.2.1 Konsep Pendidikan dalam PBK 70

5.2.2 Kemahiran Pembangun 71

5.2.3 Peralatan Pembangunan 71

5.3 Masalah Yang Dihadapi 72

5.3.1 Kos 72

5.3.2 Masa 73

Page 14: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

xii

5.3.3 Penggunaan Perisian 73

5.4 Cadangan 74

Page 15: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

xiv

SENARAI SINGKATAN/ISTILAH

ABM - Alat Bantu Mengajar

CAI - Computer Aided Instruction

CAL - Computer Aided Learning

CAT - Computer Assisted Testing

CBI - Computer Based Instruction

CBL - Computer Based Learning

CD - Compact Disk

CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory

ComIL - Computer Integrated Learning System

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

FTP - File Transfer Protocol

IPTA/IPTS - Institutsi Pendidikan Tinggi Awam/Swasta

IRC - Internet Relay Chat

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

MIMOS - Malaysian Institude of Microelectronic System

MSC - Multimedia Super Corridor

MTMN - Majlis Teknologi Maklumat Negara

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Simbol-simbol Carta Alir 41

Page 17: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Fasa reka bentuk pembangunan perisian berdasarkan 39

Model ADDIE

4.1 Paparan montaj 54

4.2 Paparan pendaftaran nama pengguna 54

4.3 Paparan ucapan selamat datang 55

4.4 Paparan menu perisian 55

4.5 Paparan objektif pembelajaran 56

4.6 Paparan status pengguna 56

4.7 Paparan panduan pengguna 57

4.8 Paparan menu utama 58

4.9 Paparan pengenalan 59

4.10 Paparan menu tutorial 60

4.11 Paparan animasi kehadiran ion hidroksonium 61

4.12 Paparan animasi kehadiran ion hidrogen 61

4.13 Paparan utama eksperimen 62

4.14 Paparan video pada subtajuk eksperimen 63

4.15 Paparan utama latih tubi 64

4.16 Paparan maklum balas betul 64

4.17 Paparan maklum balas salah 65

4.18 Paparan markah 65

4.19 Paparan permainan 66

4.20 Paparan keluar 67

4.21 Paparan penghargaan 67

Page 18: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Penilaian Perisian Multimedia 75

Page 19: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan adalah satu ledakan daripada

arus kemajuan teknologi maklumat dunia. Penggunaannya merupakan satu impak yang

baik dan efektif dalam arus pengaplikasian melalui sistem pendidikan yang menjanjikan

satu inovasi yang baru dan canggih.

Teknologi maklumat sinonim kepada sejenis alat yang dipanggil komputer.

Komputer berkebolehan dalam memanipulasikan maklumat di mana data telah

diorganisasikan sebagai simbol yang difahami untuk memberikan output kepada

pengguna. Tambahan pula, semua data yang dimanipulasi dapat dicapai dengan cepat dan

pantas serta mampu mengaturnya walau dalam penyelesaian yang kompleks. Menyedari

hakikat ini, hampir semua bidang dan sektor pekerjaan termasuk sistem pendidikan di

negara kita yang menggunakan komputer untuk memudahkan segala urusan.

Page 20: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

Sistem pendidikan di Malaysia telah bermula dengan satu sistem tradisi yang

terbatas pada penggunaan buku dan khidmat tenaga pengajar. Kini, satu reformasi telah

berlaku di mana sekolah-sekolah di Malaysia telah meluaskan penggunaan teknologi

komputer bukan sekadar sebagai penyelenggaraan sistem pentadbiran malah juga sebagai

Alat Bantu Mengajar (ABM) yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini diperkayakan dengan elemen multimedia iaitu

gabungan elemen animasi, grafik, teks, audio dan video. Konsep ini dikenali sebagai

konsep Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).

Menurut Wan Salihin, Mohamad dan Rio Sumarni (1998); Multimedia

Pendidikan merupakan satu aplikasi multimedia yang berasaskan rekabentuk pengajaran

dan pembelajaran hasil daripada gabungan media seperti animasi, grafik, teks, audio dan

video dengan berasaskan teori pembelajaran dan pendekatan pengajaran yang sesuai.

Penerapan elemen-elemen multimedia sebagai satu bahan yang membantu pengajaran

guru dalam bilik darjah telah dikenalpasti sebagai satu teknik yang berkesan.

Menurut Zol Azlan Hamidin (1997), komputer digunakan sebagai Alat Bantu

Mengajar (ABM) supaya pelajar dapat memahami pelajaran dengan berkesan. Model

sains dapat diterangkan dengan baik oleh guru dengan bantuan komputer. Begitu juga,

beberapa konsep dalam pembelajaran sains, guru boleh menggunakan kaedah simulasi

komputer yang berdasarkan program yang mengandungi persamaan matematik sebagai

mewakili perlakuan alat atau bahan sebenarnya.

Mengikut petikan yang dipetik daripada Mingguan Malaysia, 7 Oktober 1995, YB

Menteri Pendidikan Malaysia “Penggunaan multimedia dengan memasukkan unsur

hiburan dalam pendidikan merupakan satu dimensi baru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran”. Saranan ini ada betulnya kerana unsur hiburan yang tidak keterlaluan

dapat membuatkan pelajar tertarik untuk mempelajari isi kandungan yang ingin

Page 21: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

diketengahkan. Penggunaan unsur hiburan ini secara langsung akan mengubah cara

pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Di samping itu, guru dapat

menyediakan kaedah alternatif dalam pengajaran selain daripada penggunaan kapur dan

papan hitam

1.2 Latar Belakang Masalah

Komputer merupakan peralatan penting sejak penciptaannya kerana ia telah

banyak memudahkan aktiviti harian manusia. Dengan perkembangan internet, perkakasan

dan perisian, komputer bukan sahaja berguna dalam perindustrian dan perdagangan tetapi

juga penting dan sangat sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.

Contohnya penubuhan Majlis Teknologi Maklumat Negara (MTMN) pada tahun

1994, adalah bermatlamat untuk mempertingkatkan penggunaan dan pembangunan IT

sebagai teknologi strategi dalam pembangunan negara. Penubuhan pelbagai institusi

kerajaan dan swasta yang memberikan perkhidmatan ke arah menjayakan usaha

mempertingkatkan penguasaan kemahiran menggunakan komputer bagi rakyat Malaysia

dapat dijadikan sebagai bukti bahawa penggunaan komputer banyak memberikan

manfaat kepada manusia.

Guru adalah agen perubahan bagi memenangi cabaran teknologi maklumat.

Kemampuan memanfaatkan kemahiran komputer dalam pengurusan pendidikan serta

mengamalkannya dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting. Dalam pendidikan

yang berkonsepkan sains, secara khususnya bagi mata pelajaran kimia, penerangan

Page 22: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

pengajaran dengan menggunakan buku teks sahaja adalah tidak mencukupi kerana

gambar-gambar yang ditunjukkan adalah statik dan kurang menarik minat pelajar.

Akibatnya, pelajar akan hilang minat dalam mempelajari kimia dan menganggap konsep

kimia adalah abstrak dan sukar untuk difahami.

Maka, penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) sebagai

Alat Bantu Mengajar (ABM) dapat menjadikan persembahan pengajaran sebagai suatu

yang menarik dan menyeronokkan. Ini kerana pelajar dibenarkan berinteraksi dan aktif

dalam proses pembelajaran. Perisian PBK ini menggunakan konsep interaktiviti

pengguna dimana membenarkan pelajar menjelajahi program pembelajaran mengikut

keinginan mereka.

Pembinaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan satu

usaha baik dan murni. Sejajar dengan hasrat Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020

seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat Dato’ Sri Dr. Mahathir

Mohamad, kini dalam bidang pendidikan rata-rata sekolah telah menerapkan penggunaan

komputer di kalangan guru-guru sekolah. Pada tahun 1999, konsep Sekolah Bestari telah

diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk mendedahkan

generasi muda kepada ilmu asas komputer.

Mengikut Loi Hua King, laporan Projek Sarjana Muda, Kajian oleh Rio Sumarni

Sharifuddin (1996) menunjukkan bahawa kesanggupan guru untuk membangunkan

perisian adalah tidak menggalakkan. Maka, ianya dapat diatasi dengan satu usaha mereka

bentuk perisian multimedia yang berkualiti agar dapat menimbulkan minat mereka

menceburi bidang penghasilan perisian multimedia ini.

Page 23: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Malaysian Institute of

Microelectronic System (MIMOS) melalui projek pembangunan perisian (Zoraini et al.,

1990) telah melaksanakan satu program yang melibatkan penggunaan komputer secara

besar-besaran di dalam bilik darjah. Projek perisian yang dipanggil Computer Integrated

Learning System (ComIL) telah dijalankan secara percubaan di beberapa buah sekolah

terpilih di seluruh negara mulai 1992 (Zulkifli dan Raja Maznah, 1994). Ini manunjukkan

bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga sentiasa peka kepada kepentingan

komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Manakala program Literasi Komputer pula telah dilaksanakan di negeri Sarawak,

yang bermula pada sesi 1992/93 dimana lima buah sekolah menengah luar bandar telah

dipilih sebagai perintis. Sehingga tahun 1997, penglibatan program Literasi Komputer

turut diperluaskan ke 40 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah, ia dikenali

sebagai program Jaringan Pendidikan. Dapatan daripada tinjauan terhadap program-

program yang dijalankan mendapati bahawa secara umumnya pelajar-pelajar dan guru-

guru yang terlibat bersikap positif terhadap program komputer. Guru-guru juga

menunjukkan minat yang mendalam dan komited di dalam tugas mereka (Jabatan

Pendidikan Sarawak, 1997). Untuk menjamin keberkesanan dalam pemupukan generasi

celik komputer, mata pelajaran komputer telah diperkenalkan kepada bakal pendidik

yang mengikuti kursus pengajian di universiti.

Namun begitu, dalam tahun 1998, kajian Mohamad Junaidi terhadap kalangan

pelajar (guru-guru) yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Johor mendapati

mereka yang menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer,

mempunyai minat yang tinggi dan gembira menggunakannya tetapi tidak memainkan

peranan yang aktif dalam penggunaan Pengajaran Berbantukan Komputer.

Page 24: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

Bagi merealisasikan keberkesanan PBK sebagai satu inovasi dalam bidang

pendidikan, penghasilan satu reka bentuk perisian dalam mata pelajaran Kimia bagi tajuk

Asid dan Bes telah dilaksanakan. Diharap, dengan adanya perisian seumpama ini, pelajar

tidak lagi menghadapi masalah dalam memahami dan menguasai keseluruhan tajuk ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisi adalah tidak mampu untuk

meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar yang baik dan berkekalan. Sehubungan

dengan itu, ramai pelajar menghadapi masalah dalam mempelajari konsep sains

khususnya mata pelajaran Kimia kerana konsep kimianya yang abstrak. Menurut Abu

Hassan Kassim (1999) “Sains adalah untuk pemahaman umum, salah satu ciri sains

adalah berkait dengan probablistic determinism”. Melalui ciri sains ini, alasan yang

lengkap terhadap suatu fenomena yang berlaku dapat diberikan namun, mengapakah

masih terdapat pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Kimia?.

Selaras dengan hasrat itu, perisian pendidikan bagi Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) sebagai satu Alat Bantu Mengajar (ABM) yang menerapkan

penggabungan elemen teks, animasi, grafik, audio dan video telah banyak dipasarkan.

Namun kekurangan tetap timbul kerana kurangnya perisian yang betul-betul menepati

sukatan mata pelajaran yang telah digariskan oleh pihak kementerian serta masih terdapat

beberapa kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Perisian itu adalah lebih tertumpu

kepada memainkan peranan sebuah buku elektronik yang memerlukan pelajar

menggunakan komputer sahaja.

Page 25: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kimia KBSM tingkatan

empat, khususnya dalam tajuk Asid dan Bes adalah banyak menggunakan konsep-konsep

abstrak yang sukar digambarkan oleh pelajar. Antaranya adalah:

(i) Peranan ion hidrogen dan ion hidroksida dalam menunjukkan sifat asid

dan bes

(ii) Darjah penceraian asid dan alkali iaitu penceraian asid lemah dan asid

kuat serta penceraian alkali lemah dan alkali kuat; konsep penceraian

lengkap dan separa bagi tindak balas penceraian asid dan bes.

(iii) Perkaitan nilai pH dengan kemolaran.

Sebagai contohnya, kemolaran yang rendah adalah tidak menggambarkan suatu

larutan itu cair begitu juga sebaliknya. Maklumat dalam soalan yang berbentuk

penyelesaian masalah tentang pengiraan perkaitan bilangan mol, jisim dan isipadu

dengan pengiraan kepekatan dan kemolaran suatu larutan; Tindak balas peneutralan dan

pentitratan asid-bes iaitu kefahaman mengenai pertambahan isipadu yang tertentu akan

memberikan perubahan kepada takat kesetaraan dan takat akhir bagi sesuatu proses dan

salah pengkonsepan melibatkan kuantiti zat terlarut yang sama tetapi pada kepekatan

yang berbeza.

Mengikut Edward L. Vockell-Computers for Teachers and Educators,

“The computer can often simulate a real-life situation or event. There are

numerous setting in education would be desirable for a student to engage of problem-

solving activity. For example, student could learn a great deal about various scientific

and mathematical concept........ and student to apply their knowledge and skills.”

Page 26: AZLIHARTINI BT ISHAK - fp.utm.my · kaedah pengiraan Kepekatan dan Peneutralan serta kaedah eksperimen yang ditunjukkan secara praktikal. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan

“Taylor (1980) has outline 3 roles that computer can play in education; those of

the tutor, the tools and the tutee. The computer act as a tutor when it provides

educational information for learner, as a tools when learner use the computer to solve

problem that arise during their educational endeavors. And as tutee when the learner

organize information in such a way as to teach the computer to model or react

appropriately to some aspect of experience or knowledge”.

Justeru perisian ini dibina agar dapat membantu pengajaran guru dan

pembelajaran pelajar dalam tajuk Asid dan Bes.

1.4 Objektif Projek

Pembinaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk

Asid dan Bes ini adalah bertujuan untuk:

(i) Membangunkan satu perisian yang dapat membantu pelajar-pelajar

tingkatan Empat Sains Tulen dan guru-guru dalam bidang Kimia KBSM

(ii) Membantu pemahaman dan pembelajaran konsep-konsep dalam tajuk Asid

dan Bes serta penghitungan yang berkaitan dengannya.