ayat murah rezeki

Upload: syahir-shenji

Post on 28-Oct-2015

251 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

AYAT MURAH REZEKI DAN CEPAT KAYA Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Saudara-saudari boleh amalkan membaca sebanyak 33x atau sekadar kemampuan tiap-tiap lepas solat ayat ke54 dari surah Shad.

"INNA HAAZA,LARIZKUNA MAA LAHU MIN NAFAD"

Sesungguhnya inilah rezeki Kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya.

Digalakkan umat Islam untuk kaya dengan niat untuk mudah menunaikan ibadah haji dan membantu umat Islam dengan cara menyediakan peluang pekerjaan dan mengeluarkan zakatPosted by Perawat Islam

Sebelum dibuka kedai atau perniagaan di pekan sehari-hari, maka hendaklah di baca ayat ini (Ayat 11 Surah Al-Jumuah) sebanyak tiga kali ;

Ertinya :Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (diatas minbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Kemudian di sambung dengan membaca Surah An-Nasr sebanyak tiga kali; sambil membuka pintu kedai;

Ertinya :Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah), Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,- Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat.