bil. amal murah rezeki mudah sentiasa yang ke jam” “a filej idwbccb 1 amal murah rezeki mudah...

15
AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa dan tawaduklah terhadap Allah.” (Mafhum hadis riwayat Abu Daud, at-Tabrani, al-Baihaqi dan lain-lain) PERCUMA PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) Bersambung ke hlm. 2 “A mal yang paling mudah ialah sedekah... Masukkan ke dalam tabung (atau ke dalam akaun penerima) dengan niat sedekah untuk diri sendiri, untuk isteri, untuk ibu bapa, anak-anak dan orang-orang yang kita kasihi; ganjarannya terus dicatat penuh – tanpa pengurangan dan cacat cela…” Berbeza amal dan ibadah lain yang melibatkan interaksi dan pandangan mata dan telinga orang lain yang boleh menimbulkan berbagai reaksi dan pe- rasaan. Justeru sempena adanya beberapa projek pembangunan JAM’IYAH seper sekolah dan surau; eloklah ahli-ahli JAM’IYAH dan orang ramai agar meng- ambil peluang menghulurkan derma, sedekah dan wakaf yang pahalanya bakal mengalir hingga kiamat selagi struktur bangunan itu terus digunakan untuk ke- penngan umat dan agama. Demikian disarankan olehTuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Sulaiman, Ketua Pen. Pengarah Kanan, Bahagian Pengu- rusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) keka merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) kali ke-64 yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya memuji amalan masyarakat Islam di Selangor umumnya; di mana sahaja diadakan kelas-kelas pengajian dijalankan (terutamanya di masjid-masjid) sambil mengaji sambil bersedekah. “Itulah amalan mudah; walau pun mungkin murah (sedikit) tetapi mengundang rezeki dari Allah de- ngan janji keuntungan yang berterusan.” Tuan Haji Zainal kemudian menyebut- kan bagaimana Nabi sewaktu Mikraj ke langit telah diperlihatkan satu kaum yang menanam di waktu pagi dan menuai di waktu petang; dan ada yang menuai sepanjang masa yang kesemuanya itu merupakan gambaran pahala bagi orang- orang yang senasa bersedekah jariah. Justeru (sementara masih hidup) lakukan sedikit pengorbanan tetapi ganjarannya berterusan bagi merealisasi- kan impian JAM’IYAH agar organisasi kita berada pada martabatnya yang sendiri di kalangan NGO yang lain, saran beliau lagi. Seterusnya beliau menyeru kepada barisan pelapis muda agar mencontohi kegigihan para pemimpin JAM’IYAH yang sebelumnya yang gigih memperjuangkan Ketua Pen. Pengarah Kanan Bhg. Pengurusan Masjid JAWI, Tuan Haji Zainal Abidin Haji Sulaiman (tengah) sedang mengisi borang keahlian JAM’IYAH sebagai ahli seumur hidup dengan disaksikan oleh Naib YDP I Tuan Haji Hishamuddin Tan Sri S.O.K.Ubaidullah (duduk kiri) dan Naib YDP II Dr. Ann Wan Seng (duduk kanan), SUA, Ustaz Haji Milatusamsi Haji Hassan (berdiri kanan) dan AJK Ustaz Faisal Amar Maskam Yahya (berdiri kiri). NOTA EDITOR: Kami difahamkan Tuan Haji Zainal Abidin kini menjawat sebagai Nazir Masjid Puncak Alam, Shah Alam, sebaik beliau bersara wajib iaitu beberapa minggu selepas merasmikan Mesyuarat Agung JAM’IYAH ke-64. “Jadilah pendakwah yang sentiasa ke jam...” 2019 / 1440H Bil. 67 SJ 67.indd 1 2/12/19 7:45 AM

Upload: dangdung

Post on 09-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67•2018/1440H 1

AMAL MURAH REZEKI MUDAH

“Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa dan tawaduklah terhadap Allah.”

(Mafhum hadis riwayat Abu Daud, at-Tabrani, al-Baihaqi dan lain-lain)

PERCUMAPERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH)

Bersambung ke hlm. 2

“Amal yang paling mudah ialah sedekah... Masukkan ke dalam tabung (atau ke dalam akaun

penerima) dengan niat sedekah untuk diri sendiri, untuk isteri, untuk ibu bapa, anak-anak dan orang-orang yang kita kasihi; ganjarannya terus dicatat penuh – tanpa pengurangan dan cacat cela…”

Berbeza amal dan ibadah lain yang melibatkan interaksi dan pandangan mata dan telinga orang lain yang boleh menimbulkan berbagai reaksi dan pe-rasaan.

Justeru sempena adanya beberapa projek pembangunan JAM’IYAH seperti sekolah dan surau; eloklah ahli-ahli JAM’IYAH dan orang ramai agar meng-ambil peluang menghulurkan derma, sedekah dan wakaf yang pahala nya bakal mengalir hingga kiamat selagi struktur bangunan itu terus digunakan untuk ke-pentingan umat dan agama.

Demikian disarankan olehTuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Sulaiman, Ketua Pen. Pengarah Kanan, Bahagian Pengu-rusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ketika me rasmi kan Mesyuarat Agung Tahunan Per se kutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) kali ke-64 yang di adakan di Masjid Wilayah Per sekutuan Kuala Lumpur.

Beliau kemudiannya memuji amalan masyarakat Islam di Selangor umumnya; di mana sahaja diadakan kelas-kelas pe ngajian dijalankan (terutamanya di masjid-masjid) sambil mengaji sam bil bersedekah. “Itulah amalan mudah; walau pun mungkin murah (sedikit) te tapi mengundang rezeki dari Allah de-

ngan janji keuntungan yang ber terusan.”Tuan Haji Zainal kemudian menyebut-

kan bagaimana Nabi sewaktu Mikraj ke langit telah diperlihatkan satu kaum yang menanam di waktu pagi dan menuai di waktu petang; dan ada yang menuai sepanjang masa yang kesemuanya itu merupakan gambaran pahala bagi orang-orang yang sentiasa bersedekah jariah.

Justeru (sementara masih hidup) lakukan sedikit pengorbanan tetapi

ganjarannya berterusan bagi merealisasi-kan impian JAM’IYAH agar organisasi kita berada pada martabatnya yang sendiri di kalangan NGO yang lain, saran beliau lagi.

Seterusnya beliau menyeru kepada barisan pelapis muda agar mencontohi kegigihan para pemimpin JAM’IYAH yang sebelumnya yang gigih memper juangkan

Ketua Pen. Pengarah Kanan Bhg. Pengurusan Masjid JAWI, Tuan Haji Zainal Abidin Haji Sulaiman (tengah) sedang mengisi borang keahlian JAM’IYAH sebagai ahli seumur hidup dengan disaksikan oleh Naib YDP I Tuan Haji Hishamuddin Tan Sri S.O.K.Ubaidullah (duduk kiri) dan Naib YDP II Dr. Ann Wan Seng (duduk kanan), SUA, Ustaz Haji Milatusamsi Haji Hassan (berdiri kanan) dan AJK Ustaz Faisal Amar Maskam Yahya (berdiri kiri).NOTA EDITOR: Kami difahamkan Tuan Haji Zainal Abidin kini menjawat sebagai Nazir Masjid Puncak Alam, Shah Alam, sebaik beliau bersara wajib iaitu beberapa minggu selepas merasmikan Mesyuarat Agung JAM’IYAH ke-64.

“Jadilah pendakwah

yang sentiasa ke jam...”

2019 / 1440HBil. 67

SJ 67.indd 1 2/12/19 7:45 AM

Page 2: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67 • 2018/1440H2

AHLI-AHLI JAWATANKUASA AGUNG JAM’IYAH SESI 2017–2019

PenaungYAB Tuan Amirudin bin Shari

(Menteri Besar Selangor)

Yang DipertuaTuan Haji Zakariah bin Isa

Tim. Yang DipertuaProf. Dr. Ab. Aziz bin Mohd. Zin

Naib Yang Dipertua ITuan Haji Hishamuddin bin Tan Sri S.O.K.

Ubaidullah

Naib Yang Dipertua IIDr. Ann Wan Seng

Setiausaha AgungHaji Milatusamsi Haji Hassan

Pen. Setiausaha Agung ISujaidi Dasuki @ Sabda S.

Pen. Setiausaha Agung IICik Umie Zaitun binti Junoh

Bendahari AgungDr. Mokhtar bin Abu Bakar

Penolong Bendahari AgungFathil bin Gzali

Ahli-Ahli Jawatan KuasaAhmad Bin Muhamad GhafarEncik Mohd. Rijal bin Haris

Dr. Raudlotul Firdaus binti Fatah YasinHaji Afifi bin Haji Ahmad

Dr. Muhammad Faisal bin AshaariFaisal Amar bin Miskam Yahya

Hajah Qurrotul Aien binti Fatah YasinAhmad Arif bin Mohd. Arshad

Abdullah bin OsmanEn. Imran Javed bin Mohamed AliDra. Hafsah binti Abdul Rahman

Drs. Haji R.S. Sofyan

Setiausaha KerjaEncik Nor Izham Ismail

SUARA JAM’IYAH diterbitkan olehPersekutuan Seruan Islam Selangor dan

Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH)Darul JAM’IYAH, No. 25, Lot 203, Jalan

Rahmat, off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 03-40441950/1951

Faks: 03-40441952Pengerusi Penerbitan

Haji Sujaidi Bin Dasuki @ Sabda S.Emel: [email protected]

Sidang PengarangSabda S., Haji Ahmad Muhamad Ghafar, Abu Bakar Ali, Muhammad Syawal Saad, Afifi Hj Ahmad, Ahmad Arif Mohd Arshad,

Zulfa Husna Selamat

Sumbangan rencana dan pandangan mengenai Suara JAM’IYAH alamatkan kepada: [email protected]

PengedaranMohd. Haiqal Idris, Rabiatul Adawiyah

Khairuddin, Nasriah Ahmad, Nur Baity S. Nor

Langganan percuma alamatkan kepada: E-mel: [email protected]

Urus CetakWadah Merdeka Sdn. Bhd.

44-1, Jalan 8/38D, Plaza Sinar, Taman Sri Sinar, 51200 Kuala Lumpur.

Tel: 03-62729375 Faks: 03-62746050

Emel: [email protected]

Dari halaman 1

organisasi itu hingga bertahan sampai 64 tahun.

“Selama lebih setengah abad tidak pernah campur tangan dalam isu-isu yang kontroversi. Low-profile tetapi aktiviti berjalan terus…”

Beliau kemudiannya menyebutkan bagaimana suatu ketika JAM’IYAH me­mohon bantuan sebanyak RM60,000 tetapi pihak JAWI hanya meluluskan se paruh dari yang diminta, namun begitu katanya, program-programya terus dilaksanakan sebagaimana yang di rancang.

Justeru beliau menyarankan agar semua NGO mencontohi kesabaran dan pendekatan JAM’IYAH yang sentiasa istiqamah dengan aktiviti dakwah.

Bagi melancarkan kerja-kerja dak-wah, NGO Islam juga disaran agar sen tiasa berkerjasama dengan jabatan­jabatan agama di Selangor dan Wilayah Persekutuan; agar tidak berlaku pertindi­han aktiviti dengan NGO Islam yang lain nya.

Menyentuh mengenai ibadat, beliau mentaksirkan bahawa setiap manu sia diberi kesempatan oleh Allah secara purata 60 tahun. Dalam tempoh itu kata-nya, secara hitung panjang (me nurut pemerhatian para ulama) 30 tahun digunakan untuk tidur; sementara 30 tahun lagi untuk ibadat.

Namun katanya, ibadat yang 30 tahun itu termasuk idabat yang dilakukan di zaman kanak-kanak dan remaja yang mungkin kurang sempurna. Sementara itu, ibadat yang dilakukan ketika usia dewasa pula (ada yang) dilakukan bercampur riak dan takbur. Selain itu – ada juga ibadat yang dilakukan dalam keadaan yang tidak tenang, resah dan gelisah; malah kadang-kadang ada yang dilakukan bercampur marah…

“Di samping itu, ada pula ibadah yang dilakukan dengan rasa malas sambil tidur….”

Beliau kemudiannya menerangkan lebih lanjut mengenai EMPAT keadaan:

1. Ibadat di zaman kanak-kanak dan remaja yang belum berapa sempurna, dari segi bacaan dan ketepatan waktu;

2. Ibadat yang dilakukan setelah dewa sa, tetapi dilakukan dengan rasa menunjuk-nunjuk serta mengharap pujian dan sanjungan;

3. Beribadat dalam keadaan “resah dan gelisah” — umpamanya ketika dalam solat berjemaah — ada makmum yang resah jika imam membaca surah panjang; malahan ada yang marah

se hingga tidak mahu bermakmumkan imam berkenaan.

4. Beribadat dalam keadaan “ber-malas­malas sambil tidur” ialah seperti mendengar tazkirah atau majlis ilmu sambil tertidur… malahan ada yang “berceramah” sesama sendiri.

Justeru katanya di usia senja, segala ibadat harus dilakukan dengan penuh khusyuk agar kefahaman sepenuhnya dapat dihadam, di samping mendapat ganjaran dan keberkatan.

Tuan Haji Zainal Abidin turut men-ceritakan pengalamannya ketika ber­dakwah di salah sebuah kampung di Sarawak.

Sebelumnya menurut beliau, tiga orang guru telah mengajar dengan meng gunakan sebuah kitab yang sama, tetapi sehingga ketiga­tiga guru ber­kenaan kembali ke rahmatulah - kitab yang dipelajarinya belum juga khatam. “Bukan kerana ketebalan kitabnya, tetapi kerana tahap kefahaman peserta yang rendah…”

Di hari pertama sebelum memulakan pengajian beliau bertanya: “Tuan-tuan semua ada air wuduk?”

Lalu mereka serentak menjawab: “Tidak ada ustaz, biasanya kami sedia-kan air kopi saja...”

Ini menunjukkan bahawa istilah asas pun mereka tidak faham, tetapi dengan kesungguhan mereka belajar, akhirnya mereka dapat mengkhatamkan kitab berkenaan dan kebanyakan mereka faham.

Menurut Tuan Haji Zainal Abidin lagi perkara utama dalam menyampaikan dakwah atau ceramah mestilah dengan hikmah. “Penceramah mestilah sentiasa ke jam…”

“Jadilah penceramah yang sentiasa melihat ke jam…” Ulangnya.

Maksudnya, bukan kejam terhadap mad’u, atau sentiasa pejam mata; tetapi mata dan pandangan kita mesti lah sen­tiasa melihat jam dan masa yang diambil (ketika menyampaikan cera mah). Erti nya, masa yang diambil mestilah se suai dengan daya tahan mad’u. Jangan sam pai pendengar bosan, mengantuk dan tertidur pun kita masih meneruskan ceramah…”

Di akhir ucapannya Tuan Haji Zainal Abidin mengagumi prestasi JAM’IYAH dalam lapangan dakwah dan berhasrat untuk menyertai pertubuhan yang sudah berusia 64 tahun itu. Beliau ber hasrat agar kehidupan bersaranya dapat dipenuhi dengan aktiviti dakwah ber sama dengan teman-teman dalam JAM’IYAH.

SJ 67.indd 2 2/12/19 7:45 AM

Page 3: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67•2018/1440H 3

Walaupun di sepanjang 64 tahun JAM’IYAH tidak pernah mencampuri siasah,

tetapi ahlinya disaran agar sentiasa mengikuti isu­isu semasa terutama yang menyangkut permasalahan umat dan yang boleh mengeruhkan keharmonian masyarakat beragama.

Demikian ingatan YDP Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH), Tuan Haji Zakariah Isa ketika mengalu­alukan kehadiran para ahlinya dan tetamu jemputan di Mesyuarat Agung Tahunan (MAT/AGM) JAM’IYAH kali ke-64 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Beliau mengingatkan: “Jangan mudah percaya kenyataan jahil, nanti kita juga jadi jahil…”

Ingatan itu merujuk kepada tendensi ahli-ahli JAM’IYAH yang saban hari melayari media sosial yang terkadang dicetuskan oleh blogers yang berkepentingan dalam sesuatu parti hingga menjadi viral dan popular.

Ucapan YDP yang ringkas itu hanya menjurus kepada penyatuan fikrah, keprihatinan belia dan kewaspadaan terhadap isu-isu semasa.

“Pentas kita adalah dakwah…” Setiap isu siasah yang mendatang mestilah ditapis dengan kebijaksanaan minda dan hikmah; bukannya dengan emosi perkauman dan taksub kepartian.

Menurutnya, walaupun ahli JAM’IYAH digalakkan agar peka dengan suasana, tetapi letakkan dakwah sebagai keutamaan, tekan beliau.

Beliau yang terpaksa memohon izin kepada VIP ketika menyatakan hal yang sedemikian memandangkan dewasa ini terdapat isu-isu kontroversi yang viral yang setengahnya memainkan sentiment agama dan perkauman.

“Benar – bahawa mad’u JAM’IYAH mencakupi berbagai bangsa, namun jangan lupa terhadap garis panduan dalam menyampaikan dakwah.” Beliau kemudiannya menyebutkan dua potong ayat yang mafhumnya:

“Serulah jalan Tuhan kamu dengan hikmah dan bijaksana…”

Ada tiga perkara penting; iaitu dakwah disampaikan dengan cara yang sesuai dengan kumpulan sasaran; dengan cara yang lemah lembut dan kasih sayang, serta berilah nasihat yang baik-baik dan jangan berbantah-bantah..

“Dengan matlamat itu, marilah kita sama-sama berganding bahu sebagai satu pasukan dalam setiap aktiviti yang kita rancang.”

Di akhir bicara, Tuan Haji Zakariah mengulangi saranannya terhadap generasi Y (orang-orang muda) agar lebih ramai menyertai JAM’IYAH dan terjun dalam lapangan dakwah secara serius; kerana dakwah adalah tugas utama setiap mukmin yang amat dituntut oleh Allah SWT dengan membesarkan kekuasaan-Nya dan mematuhi perintah-Nya serta meng-geruni balasan dosa terhadap-Nya.

Diharapkan, dengan gandingan veteran dan belia yang terdiri daripada berbagai disiplin dan aliran, kita akan dapat memartabatkan Islam sebagai agama yang tertinggi dan tiada

AWAS, KENYATAAN JAHIL...

TUAN HAJI ZAKARIAH ISA

YDP JAM’IYAH

yang lebih tinggi darinya (Islam).“Marilah kita bantu-membantu

dalam perkara kebajikan dengan rasa takwa dan jangan bekerjasama dengan perkara-perkara dosa dan yang membawa kepada per musu-han.”

Seramai 117 orang ahli JAM’IYAH telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan JAM’IYAH kali ke-64 yang telah diadakan pada 27 Oktober, 2018 bertempat di Masjid Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

SJ 67.indd 3 2/12/19 7:45 AM

Page 4: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67 • 2018/1440H4

“Kita kerja secara sukarela; dengan berkorban waktu dan tenaga – justeru utamakanlah ‘hasanah’ dalam berbicara mengenai tata-cara pengurusan dan pentadbiran; sebagai mana kita menggunakan ‘hikmah’ dalam kerja-kerja dakwah.

Sementara kaum wanita – walaupun sentiasa dalam keadaan sukut, mereka merupakan sayap penentu dalam barisan kepimpinan JAM’IYAH. Hal ini amat dimengerti oleh Ketua Wanita JAM’IYAH, Ibu Habsah

KETERBUKAAN minda dan jiwa tenang menangani persoalan adalah kunci mengapa JAM’IYAH

sentiasa disenangi oleh para ahli.Isu-isu yang terkadang hangat tetapi

disambut dengan pencerahan yang tenang; adalah kunci penambat hati warga organisasi yang secara langsung menjadi pemangkin silaturrahim dalam organisasi yang selamanya bekerja secara lillahi Taala.

Yang menariknya – dalam setiap gerak aktiviti sejak dahulu lagi hingga kini wanita sering mendominasi dalam setiap program JAM’IYAH sama ada halaqah mingguan, usrah bulanan hatta haul tahunan (AGM) kaum hawa sentiasa memeriahkan suasana.

Umpamanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-64 yang lalu, dari 117 kehadiran 76 daripadanya adalah wanita; manakala kaum Adam seolah-olah sekadar menjadi semangat bagi memenuhi syarat. Namun begitu — dalam sesi pembentangan penyata kewangan, kaum lelaki lebih lantang membuat teguran.

Biasanya di dalam kehangatan suasana mesyuarat— YDP, Tuan Haji Zakariah Isa – selaku pengerusi mesyuarat, akan bertindak sebagai moderator agar suasana kekal harmoni.

“Bantu membantulah dalam per-kara kebajikan dengan rasa taqwa dan janganlah memanaskan suasana (bantu membantu) dalam hal-hal keburukan yang mendatangkan dosa (termasuk menghangatkan suasana yang boleh membangkitkan emosi),” ucap YDP menenangkan suasana.

Ibu Habshah (dua dari kiri) bersama cucunya (duduk kiri sekali) dan sebahagian dari ahli JAM’IYAH di Mesyuarat Agung Tahunan ke-64.

Generasi Y yang meng anggotai JAM’IYAH dianggar­kan mencapai 20% dari keseluruhan ahli­nya yang seramai 10,200 orang (setakat Dis 2018) namun ke­hadirannya pada se­tiap kali AGM amat dingin. “Di manakah kalian...?”

SJ 67.indd 4 2/12/19 7:45 AM

Page 5: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67•2018/1440H 5

Abd. Rahman yang memegang jawatan itu sejak lebih 15 tahun lalu. Beliau percaya bukan semua yang vokal dalam mesyuarat popular dalam pemilihan serta mahir dalam pengurusan dan pentadbiran. “Namun begitu kita perlu anak-anak muda yang aktif…”

Mesyuarat agung kali 64 ini tidak ada pemilihan; namun penentuannya dinilai melalui prestasi dan keberke-sanan dakwah yang dilakukan sepan-jang tahun penilaian, ujar Ibu Habsah lagi. “Ini termasuk berapa ramai

Anak muda ini turut bersemangat dalam perbincangan.

Seorang ahli turut menyampaikan pandangannya dalam AGM JAM’IYAH.

Tuan Haji Mohd. Yatim Hassan Rawi turut memberi pendapat.

Tuan Haji Yusof Gani tidak pernah ketinggalan setiap kali AGM JAM’IYAH.

per tambahan ahli baru dan tingkat umur yang menyertai JAM’IYAH di sepanjang tempoh dua tahun perlantikan.”

Sehingga kini keahlian JAM’IYAH telah mencecah angka 10,200 orang termasuk ahli seumur hidup dan ahli bersekutu (yang tinggal di luar Selangor) tetapi di dalam setiap mesyuarat agung hanya dihadiri oleh ahli-ahli veteran.

“Di manakah generasi muda JAM’IYAH?” tanya ibu Habsah.

SJ 67.indd 5 2/12/19 7:45 AM

Page 6: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67 • 2018/1440H6

MINDA

Daulat Tuanku!

Apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar papan tanda

jalan yang bertulisan Cina di jalan-jalan di Shah Alam, Selangor segera diturunkan dan diganti dengan hanya menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu rumi ia suatu langkah permulaan kepada memartabatkan semula bahasa Melayu.

Baginda menitahkan agar operasi menanggalkan semua papan tanda jalan yang berbahasa Cina dibuat segera sebelum 11 Disember, iaitu sebelum menjelang tarikh ulang tahun keputeraan baginda.

Isu mengenai papan tanda jalan berbahasa Cina di Shah Alam mulai panas apabila gambar papan tanda tersebut dimuat naik oleh penduduk Shah Alam dalam laman media sosial sehingga menyebabkan orang ramai mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang memasukkan tulisan Cina sebagai tidak wajar.

JAM’IYAH tidak bertujuan untuk menyentuh soal siasah atau politik, tetapi apabila kontrek sosial yang sudah termaktub di dalam perlembagaan seperti agama, bahasa dan budaya dilanggar menjadikan ada pihak yang tidak senang dan resah.

Sebelum itu beberapa papan petunjuk jalan di Shah Alam dan di beberapa tempat dan daerah ada yang memaparkan tulisan jawi bagi membunyikan nama-nama jalan yang ditulis di dalam tulisan rumi; namun apabila secara tiba­tiba di Shah Alam pula papan-papan tanda disertakan

dengan tulisan Cina menampakkan se-macam ada pertandingan tulisan!

Walaupun tindakan itu juga pernah dikritik oleh media arus perdana yang kemudiannya menimbulkan reaksi dari berbagai pihak, namun tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa tempatan dengan alasan ianya telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang bersidang pada 13 Oktober 2017 yang lalu; sehinggalah

adanya titah dari pihak istana.Menyantuni isu berkenaan, kami

di JAM’IYAH amat menyanjung tinggi titah perintah Ke bawah Duli Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan agar semua papan tanda jalan yang bertulis tulisan Cina diganti dengan segera dengan hanya menggunakan satu bahasa, iaitu tulisan rumi.

Tulisan Cina di Papan Tanda Jalan dan Nasib Tulisan Jawi

Akhbar Utusan Melayu/Jawi (Mingguan) yang terakhir.

Kekuatan tulisan jawi terletak pada karektor hurufnya yang mudah dibunyikan sebagaimana ejaan arab dapat dibaca walau tanpa baris sebagaimana kita membaca hadis­hadis yang tanpa baris.

SJ 67.indd 6 2/12/19 7:45 AM

Page 7: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67•2018/1440H 7

ibunda negara-negara di mana mereka belajar. Mereka terlebih dahulu mempelajari dan menguasai bahasa dan tulisan asing bagi menguasai sepe-nuhnya media pengantar ilmu yang mereka pelajari dalam bahasa asing.

Di Kuala Selangor suatu ketika dulu seorang berbangsa Cina mahir dalam kaligrafi jawi bukan sahaja mengenai ejaan jawi, malah boleh menulis ber-bagai khat jawi termasuk nasah, rakaah dan thulus. Hasil dari kemahiran beliau diaplikasikan untuk tujuan ekonomi dengan melakukan khidmat mengukir batu nesan bagi perkuburan Islam di mana beliau sendiri masih tetap dengan kepercayaan asalnya.

Kekuatan tuisan jawi terletak pada karektor hurufnya yang mudah di-bunyikan sebagaimana ejaan Arab dapat dibaca walau tanpa baris sebagaimana kita membaca hadis-hadis yang tanpa baris.

Umpamanya dalam sistem ejaan lama Jawi banyak persamananya dengan tulisan Arab/al Quran seperti ejaan qalam, solat, kitab, halal, kufur, batal, najis, dll. Berbanding dengan sistem ejaan jawi baru yang mengikut bunyi dan sebutan. Namun itu bukan-lah persoalannya – yang menjadi kegembiraan dan kebanggaan kita ialah titah dari peringkat teratas yang mengarahkan agar bahasa Melayu di martabatkan semula dalam papan-papan tanda jalan dan tidak didahului dengan tulisan Cina yang diletakkan di sebelah atas!

Nasib JawiMengulas lebih lanjut – oleh kerana

pada asalnya papan-papan tanda jalan (di Selangor khasnya) ada yang bertulis jawi, kami juga bersetuju jika tulisan jawi terus dikekal dan dimartabatkan semula, bukan sahaja pada papan tanda jalan malahan meliputi papan iklan, bena, bunting dan juga pemidang bagi berbagai promosi dan program.

Harus diakui bahawa pencinta jawi bukan sahaja dari kalangan orang Melayu tetapi termasuk orang-orang Cina, Inggeris, Rusia dan lain-lain.

Sifatnya sebagai pencinta jawi, mereka faham bahawa dengan tulisan jawilah (melalui Utusan Melayu/Jawi) negara ini beroleh kemerdekaan secara aman dan melalui tulisan jawi jugalah (Utusan Melayu/Jawi) kerajaan memupuk muhibah dan keharmonian kaum dan men tenteramkan suasana ketika berlaku rusuhan kaum.

Demikianlah keberkatan JAWI bukan sahaja menjaga kepentingan budaya Melayu tetapi kepentingan semua kaum. Dalam erti kata lain, Jawi mem­punyai ‘ONG’ dalam membantu men-tenteramkan keadaan dan me mupuk muhibah antara kaum.

Kita tidak mempertikai tulisan Cina sebagai salah satu media ilmu, tetapi dengan tindakan memadam papan tanda bertulis Jawi yang sedia ada kepada tulisan Cina memperlihatkan suatu sikap seperti kaduk naik junjung.

Di Kelantan tulisan jawi diberi tempat pada papan-papan tanda iklan termasuk di kedai-kedai Cina. Di Brunei Jawi diutamakan di setiap papan tanda perniagaan termasuk di kedai-kedai Cina. Begitu juga di sesetengah tempat seperti di Kemboja, Acheh dan di Patani dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa JAWI mempunyai roh dan semangat setiakawan di kalangan berbagai bangsa dan negara di Asia.

Jawi sebagai tulisan yang menyamai dengan tulisan Arab (sebagai yang tersurah di dalam kitab al-Quran) mem-punyai keberkatan sendiri di dalam kehidupan berbagai bangsa dan agama.

Sebab itu kami di JAM’IYAH terus menghidupkan Jawi di dalam buletin Suara JAM’IYAH dengan mengadakan ruang khas rencana jawi (bukan ruang belajar jawi) bagi mengekalkan ke-ber katan dakwah dan kesejahteraan organi sasi.

Di dalam Suara JAM’IYAH kita mem-peruntukkan sekurang-kurangnya dua

Kami mengalu­alukan sumbangan orang ramai bagi membina Sekolah Integrasi JAM’IYAH di Pulau Indah (gambar) yang dianggarkan memerlukan kos sebanyak RM20 juta. Sebarang sumbangan sila salurkan melalui PER. SERUAN ISLAM SELANGOR DAN W.P. no. akaun: 14­014­01­013125­7 (Bank Islam Bhd.) atau PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN no. akaun: 11038­100­2811 (Bank Rakyat)

halaman rencana tulisan jawi yang me-nyentuh mengenai dakwah.

Semakin pupusTradisi membaca jawi semakin pupus

apabila akhbar Utusan Melayu edisi jawi terhenti atas sebab­sebab ekonomi kerana kurangnya jumlah edaran dan tiada iklan yang membantu menampung kos penerbitan.

Walaupun kemudiannya diterbitkan semula dalam bentuik sisipan dan diedarkan secara percuma melalui akhbar Utusaan Malaysia setiap hari Isnin menjadikan ianya kurang dihargai.

Dalam usaha memperkasakan semula jawi kami mencadangkan agar jawi diajar di akhbar-akhbar berbahasa Inggeris, bahasa Cina dan Tamil ter-masuk di akhbar-akhbar bahasa Punjabi agar semua bangsa dapat menguasai Jawi. Malahan tulisan Cina dan Tamil juga boleh diajarkan di dalam akhbar-akhbar berbahasa Melayu.

Cadangan ini bukan bermaksud untuk dakwah, tetapi untuk memberi peluang kepada bangsa lain mempelbagaikan penguasaan bahasa dalam pelbagai tulisan dan bacaan sebagaimana trend masa kini di mana ramai anak-anak Melayu belajar di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Begitu juga – dewasa ini semakin ramai pelajar kita yang dihantar belajar ke Jepun, Korea malah ke Rusia mengi-kuti berbagai kursus profesional yang pengajarannya diajar dalam bahasa

SJ 67.indd 7 2/12/19 7:45 AM

Page 8: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67 • 2018/1440H8

Bahaya Melewati Kotak Fikir

Oleh Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. ZinTimb. YDP JAM’IYAH

Manusia lahir di dunia dengan pelbagai kelebihan. Pada tubuhnya terdapat emosi, akal

fikiran dan hati nurani yang kesemuanya merupakan komponen anggota yang pada asasnya untuk menjamin kesela-matan dan kebaikan setiap manusia.

Namun kegunaan komponen terse-but, terutamanya akal fikiran yang menjadi teras kepada yang lain tidak dilakukan untuk kepentingan yang ber­panjangan, terutamanya kepen tingan masa depan. Malah, ia banyak diguna-kan untuk keselamatan dan kebaikan jangka pendek. Akibatnya, keselamatan dan kebaikan masa depan sering terabai.

Persoalannya, apakah dengan fikiran sudah mencukupi untuk menjamin ke-hidupan masa depan?

1.1. Kenapa Manusia Berfikir?Manusia menjadi makhluk yang

istimewa berbanding dengan makhluk­makhluk lain kerana dengan fikiran manusia boleh:

1. Mengenali benda dan tanda.2. Memahami sesuatu.3. Mengembang dan menafsirkan

sesuatu.4. Menganalisis sesuatu.5. Membuat jangkaan, agakan, telahan

dan andaian terhadap sesuatu.6. Membuat persiapan untuk

menghadapi sesuatu.7. Ada keinginan dan harapan kepada

sesuatu yang disukai. Sebaliknya, ada kekhuatiran, kebimbangan dan ketakutan kepada sesuatu yang tidak diingini.

8. Mencari-cari rahsia dan hikmah di sebalik sesuatu.

9. Merekaciptakan sesuatu.

Dengan kebolehan tersebut, layaklah manusia dilantik sebagai khalifah di bumi ini. Dari sudut ini, manusia

mengatasi malaikat, kerana kelebihan malaikat hanya pada ketaatan dan ke patuhan terhadap perintah Allah. Ber-dasarkan tugas yang diberikan, malaikat tidak memerlukan kelebihan­kelebihan yang ada pada manusia.

Justeru apabila Allah menguji malaikat dan manusia ketika untuk me lantik khalifah di bumi, (dengan pem benta ngan nama-nama benda dan ke gunaan nya kepada keduanya) ternyata manusia mempunyai kelayakan dengan jawatan itu. Allah menjelaskan perkara tersebut (2: 31­33) yang bermaksud:

31. Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: “Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.”

32. Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

33. Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.” Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah ber firman: “Bukankah Aku telah kata-kan kepada kamu, bahawasanya Aku menge tahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyata kan dan apa yang kamu sembunyi kan?”

Berdasarkan kelebihan akal fikiran yang menjadi teras kepada tindakan, didapati manusia dapat mengemukaan bukan setakat apa yang diberikan dalam pengajaran itu, malah lebih dari-padanya. Sedangkan malaikat dapat mengemukakan setakat yang di ajarkan sahaja.

Akal fikiran menjadi teras kepada tindakan seseorang, kumpulan, masya­

rakat dan negara untuk kepentingan masa kini dan masa depan; sama ada dalam masa yang terdekat atau masa depan yang lebih panjang. Jika hasil tindakan (dari pemikirannya) hanya memberi keuntungan jangka pendek ia merupakan pemikiran negatif; dan jika memberi keuntungan jangka panjang, itu merupakan pemikiran positif.

Seorang pelajar di peringkat rendah berfikir untuk tidak belajar, lalu berhenti belajar. Dia menganggap pengajian sebagai beban. Akibatnya, kehadirannya dalam masyarakat dengan keadaan tanpa ilmu. Untuk melepaskan diri dari perasaan rendah diri dia mengambil dadah bagi melepaskan tension. Dengan ini tindakannya ke arah merosakkan masa depannya.

Sebaliknya, ada pelajar yang ter-paksa bersusah payah untuk belajar, dengan menghadapi banyak masalah dan rintangan. Akhirnya dia berjaya me-ngejar cita­citanya. Dia berfikir ke arah masa depannya yang baik, walaupun pada peringkat permulaannya terpaksa menghadapi banyak rintangan dan kesusahan.

Ada orang berfikir untuk mendapat­kan wang segera dengan cara menipu, rasuah,mencuri, membunuh atau se-bagainya. Dia berfikir ke arah merosak­kan diri sendiri dan orang lain, untuk mendapatkan keselesaan segera dan sementara.

Ada orang berfikir untuk menghilang­kan sakitnya dengan sering mengguna-kan ubat penahan sakit, tanpa memikir-kan tentang kesan buruk dari pada pe ngambilan ubat berkenaan. Akibat-nya, dia terpaksa menanggung penyakit lain yang sukar diubati.

Persoalannya ialah, apakah peng-hidupan ini sekadar di dunia ini sahaja atau ada lagi kehidupan selepas mati? Allah menjelaskan perkara ini, antaranya melalui firman­Nya (37: 16­17) yang bermaksud:

[ Dipetik dari manuskrip “Janji Allah Pasti” yang bakal diterbitkan JAM’IYAH ]

SJ 67.indd 8 2/12/19 7:45 AM

Page 9: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67•2018/1440H 9

16. “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?”

17. “Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?”

Dari ayat di atas dapat difahamkan bahawa sejak dahulu lagi terdapat golo ngan yang bertanya-tanya tentang ke bangkitan semula setelah sekian lama mati dan berada dalam kubur. Perkara tersebut sukar untuk dipercayai oleh sesetengah golongan manusia, malah ada yang menolaknya se bagai dongeng orang tua-tua dahulu kala. Bagi sesetengah orang tidak boleh me­nerimanya, apalagi untuk mempercayai adanya hari pembalasan dari per-

maksud:76. Maka ketika dia berada pada

waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia ber-kata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang.”

77. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat.”

78. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan

tersebut berbeza dengan sangkaan kaumnya yang hanya berdasarkan penglihatan zahir warisan peninggalan nenek moyang.

Justeru untuk membuka pemikiran manusia Allah berfirman (52: 35­36) yang bermaksud:

35. (Mengapa mereka tidak ber-iman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?

36. Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).

Ayat tersebut mengemukakan persoalan-persoalan tentang kewujudan Pencipta sebagai panduan yang jelas dan tepat. Manusia yang wujud sejak dahulu hingga kini, apakah lahir secara kebetulan? Tentu sekali­kali tidak!

Benar bahawa setiap orang datang dari ibu bapa masing-masing. Tetapi, ibu bapa yang mula-mula (yang pertama) datang dari mana? Atau, adakah setiap manusia menciptakan dirinya sendiri? Kalau begitu, bagaimana setiap manusia dizahirkan ke alam ini.

Dalam al-Quran, banyak persoalan yang ditimbulkan supaya diberikan perhatian dan difikir bagi mencari jawapan yang tepat dan betul. Antara persoalan yang ditimbulkan dapat kita perhatikan melalui surah al­Waqiah (56) yang antara mafhumnya dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Tentang air mani yang dipancar-kan ke dalam rahim yang membawa kepada zuriat manusia. Bagaimana ia bermula dan membentuk? Apa kandu-ngannya? Bagaimanakah proses nya sehingga bertukar menjadi manusia yang berjaya dilahirkan untuk membesar seterusnya? Adakah tiada suatu per­aturan (sunnah) yang mengawal per-jalanannya dalam proses perkem bangan dari awal hingga akhirnya? (56: 58-59)

2. Tentang tanaman yang ditanam yang bermula dari benih sehingga membesar dan dapat mengeluarkan hasilnya untuk kegunaan manusia. Bagaimanakah proses kejadiannya dari benih yang begitu kecil bertukar menjadi pokok yang begitu berbeza bentuk dan saiznya? Apakah yang terkandung dalam benih asal dan bagaimana ia

Bersambung ke hlm. 18

Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin (kiri) menerangkan mengenai ‘Bahaya Melewati Kotak Fikir’ kepada editor Suara Jam’iyah – Sabda S.

buatan nya di dunia ini. Tidak kurang juga yang mempersenda-senda kan sahaja. Sedangkan, golongan yang tidak percaya kan itu lupa pada diri; dari mana mereka datang?

Begitu juga mengenai alam ini de-ngan segala keindahan dan kesempur-naan nya yang tersusun rapi mengikut tabiatnya (sunnah) sehingga peredaran-nya boleh dikira dengan tepat. Contoh-nya pe ngiraan waktu solat dan berlaku-nya gerhana, bagi masa-masa akan datang, malah berpuluh-puluh tahun akan datang, semuanya dapat ditentu-kan dengan tepat tanpa ralat.

Justeru dengan segala ketepatan itu, apakah fikiran manusia tidak boleh memikirkan tentang siapakah yang mewujudkan? Bolehkah kesempurnaan alam ini terjadi secara kebetulan sahaja?

Dicatatkan yang Nabi Ibrahim (as) pernah mencari Tuhan. Dalam hal ini, Allah berfirman (6: 76­79) yang ber­

cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar.” Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: “Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).”

79. “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain).”

Ayat-ayat tersebut mencatatkan tentang bagaimana Nabi Ibrahim (as) mencari Tuhan yang mencipta, memiliki, mengurus tadbir dan menentukan segala sesuatu. Penglihatan terhadap sesuatu yang disangkakan Tuhan semuanya ternafi untuk dijadikan Pencipta alam. Namun, berdasarkan pemikiran yang tepat akhirnya baginda berjumpa dengan yang pasti. Keadaan

SJ 67.indd 9 2/12/19 7:45 AM

Page 10: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67 • 2018/1440H10

Membina Sahsiah Hebat,Lestari Dunia Akhirat

Abu Jahal binasa kerana kedudukannya;Abu Lahab hina kerana bangga keturunannya;Abu Muslim kerana kekuasaannya;Al-Mutanabbi runtuh kerana kemasyhuran;Al-Hajjaj kerana sikapnya bongkak;Ibnul al-Furat (menteri) binasa kerana sikapnya yang zalim.

Bahawa barangsiapa hanya ber-gantung kepada Allah SWT; beramal semata-mata kerana-Nya dan selalu mendekatkan diri kepada-Nya, maka Allah SWT akan memuliakan dan mengangkat darjatnya walaupun ia bukan dari keturunan yang baik, tanpa kedudukan, tanpa harta dan keluarga.

Contohnya:

Imam Adz-Dzahabi dalam bukunya ‘Siyaru A’lam an-Nubala’ yang terdiri dari 23 jilid, menghuraikan tentang perjalanan hidup orang-

orang terkenal; sama ada khulafah, ulama, raja-raja, pemimpin, para menteri, orang-orang kaya atau para penyair.

Mereka membina sahsiah melalui pembacaan, perbandingan dan berguru dengan guru-guru yang mursyid serta mengamalkan segala suruhan yang terkandung di dalam al-Quran serta menghindari segala larangan-Nya.

Sesungguhnya setiap ayat yang terkandung di dalam al-Quran adalah untuk kesejahteraan manusia sejagat. Walau sejauh mana kupasan dan ulasan mengenainya (ayat-ayat Allah) pentafsir tidak akan lari dari tujuan asal membimbing, membina dan memandu arah pembaca ke jalan yang diredai Allah; kerana segala yang mereka tulis dan tafsir akan dipertanggung jawabkan di hari perhitungan.

Banyak contoh kejatuhan peribadi dan sahsiah manusia disebabkan melawan tabie dan menentang ayat-ayat thamawi. Mereka beranggapan bahawa harta, pangkat, kedudukan, kekuatan dan bala tentera sebagai kekuasaan yang mutlak dan abadi; sedang di sana ada kuasa yang Maha Perkasa dan yang Maha Bijaksana yang memantau segala pergerakannya.

Bahawa barangsiapa bergantung kepada selain dari Allah SWT sama ada harta-benda, anak-isteri, saudara-mara, kedudukan atau pekerjaan, maka Allah SWT akan jadikan mereka sangat cenderung kepada itu semua. Ia akan menjadi penyebab kesengsaraan, azab dan kecelakaan baginya.

Contohnya:Firaun celaka kerana kedudukannya;Qarun binasa kerana hartanya;

Thalut dengan kehebatannya;Bilal dengan azannya;Shuhaib dengan pengorbanannya;Atha’ dengan pengetahuannya;Julaibib dengan istiqamahnya.

Dalam hubungan ini terdapat pe-patah Arab yang membuat misalan tentang kehidupan semut dan segelas madu yang ditemuinya.

“Tidaklah kenikmatan dunia bererti apa-apa, melainkan bagai segelas madu. Maka siapa yang hanya men-jilat dan mengecapnya sedikit, ia akan selamat. Namun siapa yang men cebur-kan diri ke dalamnya, ia akan binasa.”

Membina Sahsiah HebatTidak ada sumber kekuatan lain,

selain dari membaca al-Quran, men-

HEBAT DI DUNIA: Kaum Thamud telah engkar suruhan nabinya. Mereka menarah bukit bukau untuk membina rumah-rumah kediaman bagi mengelak dari ribut taufan, sebagaimana yang pernah dialami oleh kaum Aad; tetapi azab Allah lebih dahsyat datangnya dengan hanya menurunkan bunyi yang amat dahsyat lalu gegendang telinga mereka pecah dan kesemua kaum Thamud mati bergelimpangan di dalam rumah-rumah kediamannya.

Oleh Ustaz Abdullah Osman

SJ 67.indd 10 2/12/19 7:45 AM

Page 11: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67•2018/1440H 11

dalami kandungannya dan merenung kandungan ayat-ayatnya serta men-tadabburnya merupakan perkara yang dapat melahirkan jiwa yang merdeka, bahagia dan lapang dadanya.

Begitu juga tidak ada kubu dan pen dinding yang paling kuat dan kebal se lain dari menggunakan kubu per taha-nan al-Quran.

Allah SWT menjadikan kitab-Nya itu sebagai petunjuk, pelajaran, cahaya, rahmat, barakah, perintah, penawar penyakit atas semua yang ada dalam akal dan hati.

Rasulullah SAW sangat gemar men-dengar bacaan al-Quran dari orang lain kerana ia lebih menyentuh hati. Baginda sering meminta para sahabat membacakan untuknya pada hal ayat-ayat Allah itu telah diturunkan kepada baginda dan telah hadam dalam dirinya sehingga disebutkan bahawa akhlak baginda sendiri adalah al-Quran.

Dengan mendengar alunan al-Quran beliau merasa tenteram, khusyuk dan tenang sebagaimana kita mendengar bacaan qari yang kita gemari yang diperdengarkan melalui radio atau rakaman audio. Terasa kehebatannya.

Di samping itu sayugia juga kita mentalaah hadith-hadith dan buku-buku tafsir untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan tentang ayat-ayat al-Quran sebagai penjelasan.

Antara tafsir yang dapat memper-jelaskan lagi kandungan ayat-ayat suci ialah seperti:

Tafsir at-ThabariTafsir Ibnu KatsirTafsir al-BaghawiTafsir al-ZamakhsyariTafsir al-QurthubiTafsir Fi Zilalil QuranTafsir asy-SyanqathiTafsir ar-RaziTafsir Fathul QadirTafsir KhazinTafsir Abu MasudTafsir al-Qasimi.Melalui rujukan itu kita akan ber-

oleh manfaat dengan mendapat nilai tambah dengan senang, tenang dari-pada membaca berbagai sumber yang tidak muktabar yang boleh meletihkan hati dan mencelarukan pemikiran.

Justeru marilah kita mempertajam-kan pemikiran, menenangkan hati dan perasaan dengan membaca

amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruhan dan tegahan) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).” (Surah an-Nisa’: 66)

Dan janganlah kita menjadi seperti orang­orang (kafir dan munafik) yang berkata, “Kami dengar, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu mene­rima dan mematuhinya).”

Kekuatan Kedua:Sesungguhnya apabila Allah SWT

membersihkan hamba-Nya dari dosa-dosa dan menimpakan cubaan dengan kesulitan sebagaimana Dia menguji mereka dengan kelapangan.

Demikian juga Allah SWT mensilih-gantikan pelbagai keadaan terhadap mereka sebagaimana Dia mensilih-ganti kan siang dan malam.

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu keluar di jalan Allah (untuk menegak kan agama Islam) dan (untuk menyelamat-kan) orang-orang yang tertindas dari

kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (ber-doa dengan) berkata: ‘Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang mengawal (agama kami), dan jadikan lah bagi kami se-orang pe mimpin yang membela kami.” (Surah an-Nisa’: 75)

KesimpulanJusteru untuk membina sahsiah

hebat di dunia dan akhirat landasannya ialah al-Quran. Walaupun terdapat kata-kata bahawa “agama itu akal” namun kita harus menggunakan akal dengan panduan al-Quran dan bukan-nya secara semberono dan melawan tabie dan fitrah semula jadi manusia.

Selalulah merujuk kitab-kitab muk-tabar dan tidak berbangga dengan logik akal dan kemasyhuran serta ke-dudukan dan kekuasaan yang akhirnya meruntuhkan tamadun manusia se-luruhnya!

HEBAT DI DUNIA: Penemuan rangka kaum Aad yang jasadnya setinggi pohon kurma. Mereka sombong dan angkuh dengan tubuh yang besar dan perkasa; sehingga mencabar Allah untuk segera menurunkan bala jika benar Nabi Syuib itu utusan Allah; lalu Allah turunkan taufan pasir yang amat dahsyat menerbangkan tubuh-tubuh mereka seperti ranting-ranting kering.

tafsir-tafsir yang diperakui kesahihannya serta mengikuti kelas­kelas tadabbur al-Quran sebagai aktiviti harian secara istiqamah guna menghimpun seberapa banyak bekalan untuk hari perhitungan.

Baginda Nabi SAW pernah menegas kan bahawa amalan yang paling disukai olehnya adalah yang dilakukan dengan berterusan walaupun sedikit.

Bangkit dengan Kekuatan

Kekuatan Pertama:“Dan sesungguhnya

kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): ‘Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu’, nescaya mereka tidak akan me-laku kannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan se-sungguhnya kalau mereka

SJ 67.indd 11 2/12/19 7:45 AM

Page 12: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67 • 2018/1440H12

Sabda S. mengungkapkanRainbow Mountain

Subhanallah – segala yang disebutkan di dalam al-Quran kini terungkai satu demi satu dan

sekaligus menjadi bukti kebesaran Allah SWT yang menjadikan siang dan malam buat manusia di akhir zaman.

“Tidakkah kamu melihat betapa Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan buah-buahan yang berbagai warna dan daripada gunung-gunang pula ada yang bergaris-garis putih dan merah yang beraneka warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.” (Surah al­Fatir 35: 27)

SJ 67.indd 12 2/12/19 7:45 AM

Page 13: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67•2018/1440H 13

KESEKIAN lama memikirkan – terutama yang tinggal di Banjaran Titiwangsa – khatulistiwa dan di kawasan bukit kapur dan batuan granit kuarza, hatta yang tinggal di kawasan Merapi, Indonesia – lewat pemukim di kawasan tanah liat dan tanah gambut – tidak terfikir kapan bisa menemui gunung berwarna warni bagaikan pelangi – sehingga terjelmanya gunung pelangi di Zhangye National Geopark, Gansu, China.

Banjaran yang disebut sebagai Rainbow Mountain di China itu meliputi sekitar 510 kilometar per­segi; pada mulanya dianggap sebagai editan kerana kilauannya yang di luar kebiasaan alam pergunungan, namun setelah terbukti sebagai realiti, kini

Zhangye menjadi geo-peranginan yang mempesonakan – dan tidak hairanlah jika ianya di isytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2011.

Bukit-bukau dan lembahnya terdiri daripada lapisan batuan merah, diselang-seli dengan warna hijau zamrud, coklat dan kuning cerah; tanpa dibalut lumut-lumut yang berselaput atau selerakan daunan dari pepohonan, sama ada tumbuhan yang tegak merendang atau yang menjalar sebagai di perkebunan; menjadikan persekitarannya bebas dari keliaran makhluk hutan – hanya sesekali kawanan burung-burung kecil berter bangan menikmati keheningan alam.

Dari kejauhan pandangan – keanggunan banjarannya mengimbau bagai jaluran pelangi biru kuning merah hijau; dan terkadang meng-ubah persepsi seperti kilauan fata morgana dan hanyutan buih sabun di air permukaan awan; namun semakin didekati bagaikan adunan kuih kukus yang jalur lapisannya teramat bagus hingga mempesonakan setiap pengunjung dengan mata yang fokus; pun begitu apabila dilihat dari jarak sederhana ia umpama ‘teater sutera’ yang sedang melabuhkan tirainya; sedang di bahagian lainnya membentuk tompokan berbagai objek dan warna persis modern art yang amat abstrak sifatnya.

Kepelbagaian warnanya masih terserlah walaupun dari kejauhan lebih dari 10 kilometer.

Laluan bertangga dibina menelusuri jajaran bukit-bukau dan lembah hingga sampai kepada ketinggian yang sederhana bagi membolehkan para pengunjung melihat persekitaran secara keseluruhan.

Batuan berwarna hijau zamrud kehijauan – persis belantara di hutan tropika, merupakan salah satu sudut yang mempesona.

Bersambung ke hlm. 15

SJ 67.indd 13 2/12/19 7:45 AM

Page 14: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67 • 2018/1440H14

ۈ ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ ې ې ې ې ىى ائ ائ ەئ ەئ

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu-

lah orang-orang yang benar-benar ber iman. Mereka memperoleh ke-ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.” (Surah al-Anfal 8: 74)

Allah mengiktiraf orang­orang yang beriman, kemudian mereka berhijrah serta berjihad di jalan Allah dan juga orang-orang yang mem bantu mereka (iaitu golongan Muhajirin dan Ansar). Pengiktirafan ter tinggi ke atas mereka yang benar­benar beriman, iaitu golongan

Siddiqin, mereka dijanjikan keampu-nan dan kemuliaan di sisi Allah dan di masuk kan ke dalam syurga. Itulah rezeki terbaik lagi mulia.

ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ

ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹٹ

ٹ ٹ ڤ ڤ

Gambar fail: Barisan pejuang Mujahidin Afghanistan (bersolat) yang suatu ketika dulu berjihad melawan pencerobohan Russia.

JIHAD: PERLUKAH KE MEDAN

PERANG?

SJ 67.indd 14 2/12/19 7:45 AM

Page 15: Bil. AMAL MURAH REZEKI MUDAH sentiasa yang ke jam” “A fileJ IDWBCCB 1 AMAL MURAH REZEKI MUDAH “Ubatlah penyakitmu dengan sedekah jariah dan hadapilah ombak musibah dengan doa

SUARA JAM’IYAH No.67•2018/1440H 15

“Orang-orang yang terdahulu lagi pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada-Nya dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah 9: 100)

Peristiwa Hijrah menjadikan dua golongan ini iaitu mereka yang ber-hijrah (Muhajirin) dan juga mereka yang membantu golongan yang ber hijrah (Ansar) dimuliakan Allah dengan kemuliaan yang sangat istimewa. Allah golongkan mereka se­bagai golongan (Sabiqunal Awwalun).

Walaupun ayat-ayat di atas dituju khusus kepada orang yang berhijrah

di zaman Nabi SAW; namun maksud umum al-Quran adalah ditujukan ke-pada kita (pembca al-Quran).

Hijrah di sudut zamannya telah berlalu. Namun di sudut praktisnya, hijrah masih perlu kita lakukan dalam kehidupan dan perjuangan. Walaupun jihad dikatakan sebagai hijrah yang paling mulia; namun kita juga berpeluang memperolehi kemuliaan di sisi Allah SWT sebagai-mana orang-orang yang berjuang di medan jihad, apabila kita dapat menjadi ‘pengikut mereka dengan baik.’

Maknanya kita digalakkan men-contohi mereka dalam jihad memper-juangkan agama Allah SWT, di mana peluang dan ruang untuk kita berbuat demikian masih banyak.

Kelebihan berhijrah diberikan kepada mereka (khususnya); namun juga diberi kepada kita sekiranya kita

dapat mengikuti jejak mereka [9: 100]. Ini bermaksud bahawa peluang tetap ada kepada kita selama mana kita mahu menuruti jejak para sahabat. Mereka berhijrah dan berjihad. Kita juga boleh berhijrah dan berjihad di jalan Allah.

Justeru supaya langkah per-jua ngan tidak tergelincir dari landasan kita harus mohon kepada Allah SWT supaya menunjukkan jalan sebenar se-bagai mana yang dilakukan oleh orang-orang yang diberi petunjuk Allah dan beroleh nikmat husnul khatimah. Mereka ini (siddiqin dan solehin) adalah antara golongan yang dijanji kan beroleh nikmat Allah SWT iaitu syurga.

Walaupun dari segi bahasa bahawa hijrah itu bermaksud beralih tempat; namun ia memberi makna yang luas termasuk berubah situasi dari kesusahan kepada kesenangan dan kebahagiaan, dari jahil kepada berilmu dan beramal, dari malas kepada rajin yang berterusan, dari beramal secara bersederhana kepada bersungguh­sungguh dan istiqamah; dan itulah jihad yang sebenarnya!

– Isemail Basri

Dalam buku Jihad Di Afghanistan terbitan Knight Publisher (1981) terdapat catatan para diplomat yang memperoleh maklumat dari pasukan tentera Russia yang menyebutkan; bahawa mereka melihat pasukan berkuda ‘terbang’ melewati bukit bukau dan lembah dan dikuti dengan bedilan yang tidak diketahui dari mana arahnya; sementara respons dari para ulamak menyebutkan bahawa ia merupakan bantuan Allah kepada para mujahid yang berjihad mempertahankan agama dan negara.

Bagaimanapun menurut para penduduk setempat fenomena itu sering berbeza mengikut cuaca dan suasana.

Dengan pola ketakjubannya, Zhangye kini menjadi destinasi para wisata dari pelusuk dunia yang sekaligus menjadi kegilaan para pencinta alam yang ingin menyaksikan jelmaan alam tanpa mempersoalkan bagaimana asal usul kejadian.

Para pengkaji menganggarkan terjadinya sedemikian merupakan adunan berbagai unsur sebatian batuan kapur, pasir dan mineral yang dihablur melalui pancaran terik mentari bersama gulitan angin kering dan udara basah yang silih berganti mendesah­desah siang dan malam sejak lebih 24 juta tahun lamanya. Justeru hanya hati yang terkunci rapi yang tega menafikan kewujudannya secara ‘kun fayakun’.

“Kami memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri; sehingga jelaslah kepada mereka bahawa al-Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (untuk membuktikan) bahawa sesungguhnya Dia menyaksi kan segala sesuatu?”

(Surah Fussilat 41: 53)

Dari hlm. 11

SJ 67.indd 15 2/12/19 7:45 AM