avenue of stars

15
Avenue of Stars Berikutan usaha industri perleman Hong Kong sejak abad yang lepas, ramai di Asia telah biasa dengan pemandangan di bandar ini biarpun belum pernah menjejak kaki di sini. Avenue of Stars memberi penghormatan kepada nama-nama yang telah membantu menjadikan Hong Kong sebagai Holly!ood "imur , di samping memberikan pela!at satu pemandangan panorama kepada bandar ini iaitu latar langitnya yang indah, yang terletak se#ara dramatik dengan dibayangi oleh "he $eak. %engan plak komemoratif, #etakan tapak tangan selebriti, #atatan peristi!a penting, tanda ingatan lem, patung sai& sebenar adi!ira aksi kungfu Bru#e 'ee, dan replika gangsa kartun poular (#%ull, Avenue of Stars melambangkan glamor industri lem Hong Kong yang terletak di sekitar )i#toria Harbour. "ahukah anda* Anda boleh menjejaki panggung Hong Kong yang berusia lebih satu abad di Avenue of Stars, bermula dengan +bapa panggung Hong Kong+ iaitu 'ai man-!ai, yang pada tahun telah mengarah lem #ereka pertama Hong Kong iaitu /huang&i "ests his 0ife, hinggalah kepada superstar antarabangsa masa kini seperti ja#ky 1han dan 1ho! 2un 3at. Keadaan di sini sentiasa #eria, dengan sekitar 4 persembahan termasuk mu&ik, drama dan tarian yang dianjurkan setiap bulan. 5nilah masa terbaik untuk menyaksikan pertunjukan multimedia Symphony of 'ights. Alamat6$romenade, "sim Sha "sui, Ko!loon ("7 8ast "sim Sha "sui Station, 89it :. 3ollo! the signs to the Avenue of Stars. "he $eak

Upload: sitarazmi

Post on 05-Oct-2015

110 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Travel tips

TRANSCRIPT

Avenue of Stars

Berikutan usaha industri perfileman Hong Kong sejak abad yang lepas, ramai di Asia telah biasa dengan pemandangan di bandar ini biarpun belum pernah menjejak kaki di sini. Avenue of Stars memberi penghormatan kepada nama-nama yang telah membantu menjadikan Hong Kong sebagai "Hollywood Timur", di samping memberikan pelawat satu pemandangan panorama kepada bandar ini iaitu latar langitnya yang indah, yang terletak secara dramatik dengan dibayangi oleh The Peak.Dengan plak komemoratif, cetakan tapak tangan selebriti, catatan peristiwa penting, tanda ingatan filem, patung saiz sebenar adiwira aksi kungfu Bruce Lee, dan replika gangsa kartun poular McDull, Avenue of Stars melambangkan glamor industri filem Hong Kong yang terletak di sekitar Victoria Harbour.Tahukah anda?Anda boleh menjejaki panggung Hong Kong yang berusia lebih satu abad di Avenue of Stars, bermula dengan 'bapa panggung Hong Kong' iaitu Lai man-wai, yang pada tahun 1913 telah mengarah filem cereka pertama Hong Kong iaitu Zhuangzi Tests his Wife, hinggalah kepada superstar antarabangsa masa kini seperti jacky Chan dan Chow Yun Fat.Keadaan di sini sentiasa ceria, dengan sekitar 30 persembahan termasuk muzik, drama dan tarian yang dianjurkan setiap bulan. Inilah masa terbaik untuk menyaksikan pertunjukan multimedia Symphony of Lights.Alamat:Promenade, Tsim Sha Tsui, KowloonMTR East Tsim Sha Tsui Station, Exit J. Follow the signs to the Avenue of Stars.The Peak

Jika hanya satu perkara yang anda boleh lakukan di Hong Kong, pergilah ke The Peak. Jika banyak yang boleh dilakukan, pergilah juga ke The Peak. Puncak tertinggi di Pulau Hong Kong ini adalah kawasan kejiranan paling eksklusif di Hong Kong sejak era kolonial, pada waktu udara sejuk menarik golongan kaya dan ternama; dan di waktu era selepas adanya alat pendingin hawa, pemandangan indah di sini menjadikan ia tempat tarikan ramai.Pemandangan ini jugalah yang menjadikan The Peak satu daripada tarikan popular di Hong Kong. Pada waktu siang, mata anda akan terpaku melihat bangunan pencakar langit dan Victoria Harbour sehinggalah ke bukit-bukau menghijau New Territories. Pada lewat petang, panorama ini seakan-akan mencair dan bertukar warna menjadi merah jambu dan jingga sebelum disirami cahaya di bawah anda. Anda juga mungkin dapat mendengar bunyi kesibukan bandararaya di bawah bukit ini.Tahukah anda?Babak pembukaan dan penutup filem tahun 1955, Soldier of Fortune yang dibintangi Clark Gable telah difilemkan di Trem Peak. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Trem Peak di Galeri Sejarah Trem Peak, yang terletak di Trem Peak Terminus Bawah.Vantage PointsThe Peak Tower yang berbentuk andas ini mempunyai platform untuk melihat yang dikenali sebagai Sky Terrace 148, selain daripada kedai-kedai makanan dan jualan barangan. Pemandangan indah juga boleh dilihat dari Lugard Road Lookout, Lions View Point Pavillion dan teres pemerhati di Peak Galleria. Bagi menikmati pemandangan indah lagi, anda boleh berjalan sejauh 3.5 kilometer di Peak Circle Walk.Trem The PeakMenaiki Trem Peak adalah memberi pengalaman dan pemandangan indah tersendiri - pencakar langit Hong Kong dapat dilihat melewati tingkap kereta api bukit itu pada sudut yang tidak dijangkakan ketika pendakian The Peak dengan kenderaan itu.Terletak di Lower Terminus, Galeri Sejarah Trem Peak memberi penghormatan kepada Trem The Peak, warisannya dan sejarah Hong Kong. Sejak 1888, Trem The Peak telah berkhidmat kepada Hong Kong secara senyap dan telah menyaksikan perubahan di bandaraya itu selama 120 tahun. Galeri ini membawakan semula memori kepada pelawat tempatan dan pelawat asing bagaimana Mutiara Timur ini mula mendapat sinarnya.Alamat:Mid Levels, Hong KongTel:+852 2849 0668 (The Peak Tower)+852 2522 0922 (The Peak Tram)+852 2849 4113 (The Peak Galleria)Laman Web:www.thepeak.com.hkwww.thepeakgalleria.com

Bagaimana ke sanaPeak Tram from the Peak Tram Lower Terminus on Garden Road (reach it by taking bus 15C from the lay-by outside the Star Ferry pier in Central, or walk from MTR Central Station, Exit J2.)Bus 15 from Exchange Square bus terminus (near MTR Hong Kong Station, Exit D)Minibus 1 from MTR Hong Kong Station public transport interchange.Ocean Park Hong Kong

Ocean Park Hong KongDibuka pada 1977, Ocean Park Hong Kong adalah taman tema hidupan laut bertaraf dunia yang memaparkan haiwan, tunggangan dan pertunjukan, serta menawarkan pelawat suatu pengalaman yang menggabungkan hiburan dengan pendidikan dan pemuliharaan. Ia terletak di selatan Pulau Hong Kong, di kawasan seluas 870,000 meter persegi. Kawasan The Waterfront dan The Summit disambungkan dengan Cable Car atau kereta kabel dan kereta api Ocean Express.Polar Adventure - Terokai kutub Utara dan Selatan dalam sehariTarikan terbaru Ocean Park iaitu Polar Adventure memberikan anda peluang meneroka kutub Utara dan Selatan dengan menaiki tunggangan bob sled, serta dapat melihat penguin jenis king secara dekat. Anda juga boleh saksikan walrus Pasifik yang mempunyai belalai panjang, anjing laut bintik, musang artik, burung hantu salji dan haiwan luar biasa. Apabila anda mahu berehat, Restoran Tuxedo menghidangkan juadah sambil anda menikmati pemandangan lebih 70 ekor penguin beraksi di atas ais.Old Hong Kong - Rasai semula memori zaman dahulu!Old Hong Kong membawakan anda budaya unik Hog Kong pada tahun-tahun 1950an, 1960an dan 1970an. Nikmati pemandangan dan bunyi-bunyian pada zaman dahulu di atas Heritage Tram. Anda akan terpegun dengan warna dan kesibukan hidup melalui jalan-jalan dan senario lama yang direka semula secara tepat. Alami nostalgia ini dan bawa pulang cenderahati antik untuk menjadikan memori ini terus hidup!Thrill MountainDi zon ini, tetamu boleh berada di tebing tinggi dengan menaiki roller coaster tergantung Hair Raiser, ataupun bergayut secara terbalik dengan menaiki The Flash. Terbang tinggi dengan The Aviator untuk merasai sensasi penerbangan, dan kemudian pandu dan langgar benda di sekeliling anda dengan menaiki bumper car. Jangan lupa naiki Rev Rooster, sejenis tunggangan berkelajuan tinggi dan penuh tenaga.RainforestNaiki rakit dan anda akan tenggelam dalam bunyi-bunyian hutan hujan tropika. Dalam pengembaraan ini, anda akan menemui pelbagai jenis haiwan menarik dari seluruh dunia. Saksikan telatah monyet terkecil di dunia, Pygmy Marmoset; juga haiwan kecil comel, serta Capybara iaitu tikus terbesar di dunia. Saksikan juga Kinkajou dan Green Aracari, burung toucan terkecil di dunia.Aqua CityAqua City adalah kawasan marin bertema yang akan memberi pengalaman bawah laut yang berbeza kepada anda. Di sini anda boleh melihat Symbio, satu pertunjukan pelbagai deria yang memaparkan skrin air 360 darjah pertama di dunia. Anda juga boleh membuat penerokaan ke dalam Grand Aquarium yang menempatkan 5000 ekor ikan daripada 400 spesis dan hidupan akuatik lain yang menakjubkan. Anda boleh melihat dari kubah akuarium terbesar di dunia yang mempunyai garis pusat 5.5 meter ataupun melalui panel menonton gergasi sebesar 8x13 meter. Pastikan anda berhenti di Neptune restoran untuk merasai pengalaman makan di akuarium, yang pertama seumpamanya di Hong Kong.Amazing Asian AnimalsPameran Amazing Asian Animals membolehkan anda menyaksikan haiwan-haiwan yang jarang dilihat di Asia. Lakukan pengembaraan interaktif di Giant Panda Adventure di mana anda dapat mempelajari tentang haiwan asal paling bernilai di Asia termasuklah panda gergasi, panda merah, salamander gergasi Cina dan buaya Cina. Saksikan kecantikan ikan emas di pameran Goldfish Treasures, ataupun saksikan burung-burung berwarna-warni dan juga memerang kecil di Panda Village.Tarikan popular lain termasuklah Sea Jelly Spectacular, tunggangan turbo The Abyss, roller coaster Mine Train dan juga pertunjukan di Ocean Theatre yang tidak boleh dilepaskan.Ketika musim perayaan, Ocean Park Hong Kong akan menganjurkan acara khas seperti Halloween Bash, parti Halloween terbesar Asia dan aktiviti permainan air, Summer Splash.Ocean Park Hong Kong komited untuk mempromosi dan menyokong pemuliharaan haiwan di Hong Kong dan di seluruh Asia. Sebahagian daripada kutipan tiket masuk dan barangan jualan akan diberikan kepada Ocean Park Conservation Foundation, Hong Kong untuk menyokong projek-projek pemuliharaan hidupan liar.Bagaimana ke sanaBus 629 from Central Pier 7 or from MTR Admiralty Station, Exit B and alight at the park.Hong Kong Disneyland

Anda tidak akan dapat memastikan apakah misteri yang akan dirungkai ketika melawat Mystic Point, tarikan terbaru dan eksklusif Hong Kong Disneyland. Pada musim panas ini, Lord Henry Mystic, seorang pengembara aneh telah bermurah hati untuk membuka rumahnya kepada orang ramai. Pelawat boleh menaiki ciptaan terbarunya, "Mystic Magneto-Electric Carriage" untuk menyaksikan barangan yang dikumpulnya dari seluruh dunia. Di Mystic Point, anda tidak boleh percaya kepada deria anda. Terokai sendiri apa yang benar dan apa yang tidak!Grizzly GulchGrizzly Gulch memberikan satu pengalaman baru dan asli yang telah dibangunkan secara eksklusif untuk Hong Kong Disneyland. Naikilah tunggangan Big Grizzly Mountain Mine Cars dan alami pengembaraan hebat yang merentasi lanskap hutan yang menakjubkan. Sertai keseronokan di Geyser Gulch ini, dan akhiri penerokaan anda dengan Grizzly Gulch Welcome Wagon Show yang mengagumkan, dan juga keriangan bergambar Wild West Photo. Hati-hatilah dengan beruang Grizzly yang nakal dan rintangan air yang sukar!Toy Story LandEksklusif di Asia, Toy Story Land adalah taman tema terbaru di Hong Kong Disneyland untuk memberikan pengalaman yang sukar dilupakan kepada pelawat dari pelbagai peringkat umur. Sertai patung mainan kegemaran anda daripada filem Toy Story, untuk bermain di belakang rumah Andy di mana semua orang boleh meneroka dunia yang bersaiz besar ini, dengan tiga tarikan bersaiz gergasi. Kereta mainan Andy RC Racer* pasti akan membuatkan adrenalin anda mengalir laju apabila anda berlumba di coaster berbentuk U setinggi 27 meter. Sertai pengembaraan untuk terbang tinggi Toy Soldier Parachute Drop, dan ketawalah sekuat hati ketika menaiki Slinky Dog Spin** Disney/Pixar Hasbro, Inc. Mattel, Inc. Poof-Slinky, Inc.Mattel, IncKeseronokan tanpa henti Siang ke MalamTerdapat banyak lagi memori magikal yang menanti keluarga anda di Hong Kong Disneyland, di mana anda dapat memulakan pengembaraan merentasi empat taman tema: Main Street USA, Fantasyland, Adventureland dan Tomorrowland. Tarikan yang mesti dilihat termasuklah Flights of Fantasy Parade yang akan membawakan anda ke atas setinggi langit, dengan watak-watak Disney kegemaran anda yang menyanyi dan menari di sepanjang Main Street USA; Mickey's PhilharMagic di mana Donald Duck mengingati semula detik-detik paling seronok dalam filem-filem animasi Disney secara 3D; The Golden Mickeys pula adalah persembahan muzikal gaya Broadway yang memaparkan Mickey dan rakan-rakannya; dan juga Fantasy Gardens di mana Mickey, Minnie dan Goofy membuat penampilan kejutan untuk bertemu dan bermesra dengan tetamu - jadi, jangan lupa bawa kamera dan buku autograf.Mahu keseronokan melampau dan ketawa di angkasa? Naiki tunggangan Space Mountain, atau bantu Buzz Lightyear menentang makhluk asing dalam Buzz Lightyear Astro Blasters. Naiki juga bot di It's a Small World untuk perjalanan merentasi glob berwarna-warni dan anda akan menemui lebih 100 patung bergerak dengan pelbagai kostum.Ikuti perjalanan di Disneyland Railroad di sekeliling taman berkenaan atau ketahuilah rahsia bagaimana untuk melukis Mickey Mouse dan rakan-rakannya di Animation Academy. Juga, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Disney in the Stars Fireworks pada waktu malam.Dua hotel bertema Disney memberikan anda rumah sementara untuk anda pulang berehat setelah seharian bergembira. Nikmati hidangan bufet antarabangsa dengan watak Disney, dan pastikan anda sempat menemui Goofy yang akan sekali-sekala datang ke kolam renang di hotel itu untuk mandi-manda. Pastikan anda memasukkan pengembaraan ini di dalam pelan percutian anda!Acara khas sepanjang tahunHong Kong Disneyland pada setiap musim akan meraikan gabungan pelbagai tarikan dan hiburan yang direka khas untuk acara Cina dan Barat seperti Sambutan Tahun Baru Cina, Disney's Haunted Halloween, Sparkling Christmas dan acara-acara musim panas.FASTPASSFASTPASS Disneyland akan menjimatkan anda waktu berbaris di kala anda terus menikmati keseronokan di taman itu. Masukkan tiket masuk taman itu ke dalam stesen FASTPASS Disney di mana-mana tempat tarikan yang terlibat untuk mendapatkan masa. Kemudian anda boleh pergi dan kembali semula apabila tiba giliran anda.Ladies' Market

Lebih 100 buah gerai yang menawarkan pakaian, aksesori dan cenderahati, Ladies' Market di Tung Choi Street memberikan satu kilometer peluang untuk anda mempraktikkan kemahiran tawar-menawar. Ia mendapat nama kerana banyaknya barangan untuk wanita pelbagai peringkat usia yang dijual di situ seperti pakaian dan aksesori; walaubagaimanapun, dengan adanya jam tangan, kosmetik, beg, barangan perhiasan rumah, CD dan kota perhiasan yang ditawarkan, anda tidak perlulah ke pasar itu hanya untuk mendapatkan sepasang stokin nilon.MTR Mong Kok Station, Exit E2. Walk along Nelson Street for two blocks.Bus 1, 1A, 2, 6 or 9 from Tsim Sha Tsui Star Ferry pier and get off at Nelson Street stationTemple Street Night Market

Apabila matahari terbenam, peniaga telah sedia meletakkan barangan jualan mereka manakala penyanyi opera dan penilik nasib juga telah bersedia. Inilah Temple Street Night Market, sebuah bazar jalanan yang popular yang dinamakan sempena nama tokong Tin Hau yang terletak di tengah-tengahnya, dan telah menjadi latar tempat bagi banyak filem.Barangan kecil, peralatan teh, elektronik, jam tangan, pakaian lelaki, jed dan antik boleh diteliti dan ditawar-menawar, manakala nasi claypot, makanan laut, mee dan juadah lain juga boleh didapati di sini.Temple Street Night Market adalah contoh terbaik bagi kemeriahan di pasar Cina bagaikan persembahan teater dan perayaan. Persembahan ini boleh disaksikan setiap malam.Hong Kong Convention and Exhibition Centre (and Golden Bauhinia Square)

Hong Kong Convention and Exhibition CentreDengan langsir kaca dan bumbung aluminium 40,000 meter persegi yang diukir seperti seekor burung yang sedang terbang, Hong Kong Convention and Exhibition Centre adalah mercu tanda utama latar langit Pulau Hong Kong. Dikenali di seluruh dunia sebagai HKCEC, bangunan mengadap pelabuhan ini menggunakan teknik pembinaan dari atas ke bawah untuk menangani cabaran tanah terhad, menggunakan kaedah inovatif dan telah memenangi banyak anugerah industri.Peminat Jackie Chan mungkin mengingati bangunan ini pada babak akhir filem New Police Story; ia juga menjadi latar drama yang lebih penting iaitu Upacara Penyerahan pada 30 Jjun 1997. Pada waktu ini, bekas British Crown Colony diserahkan kembali kepada Republik China dan Hong Kong Special Administrative Region ditubuhkan.Di peringkat antarabangsa, HKCEC diketahui sebagai pusat konvensyen dan pameran bertaraf dunia dan diundi sebagai Pusat Konvensyen dan Pameran Terbaik Asia untuk kali kesembilan oleh anugerah industri pada 2012.Golden Bauhinia SquareBunga bauhinia adalah lambang Hong Kong. Forever Blooming Bauhinia Sculpture yang memberikan Expo Promenade namanya, Golden Bauhinia Square, adalah pemberian Pusat Kerajaan untuk melambangkan Penyerahan 1997 - satu acara yang penting kepada penduduk dunia dan menjadi acara mercu tanda dalam sejarah kurun ke-20.Hari ini, tempat ini popular dengan pelawat China yang datang untuk bergambar dengan Reunification Monument, yang tertulis kaligrafi Presiden Jiang Zemin yang mewakili China pada Upacara Penyerahan, dan menikmati kegemilangan dan simbol acara menaikkan bendera dengan Victoria Harbour sebagai latarnya.PromenadeTsim Sha Tsui Promenade

Bermula dengan Menara Jam dari era kolonial hinggalah ke Hung Hom, berjalan menyusuri Tsim Sha Tsui Promenade akan membawa anda melewati Pusat Kebudayaan Hong Kong, Hong Kong Space Museum, Hong Kong Museum of Art dan Avenue of Stars. Namun, seperti kebanyakan pasangan bercinta ataupun peminat fotografi di sesiaran itu, pandangan anda akan terarah ke selatan dengan topografi dramatik dan binaan indah, di mana latar langit Pulau Hong Kong membayangi perairan sibuk Victoria Harbour.Menara Jam

Berketinggian 44 meter, menara jam yang tua ini dibina pada tahun 1915 sebagai sebahagian daripada terminal Kowloon-Canton Railway. Stesen yang satu masa dulunya amat sibuk ini kini tidak ada lagi, tetapi menara batu dan granit merah yang kini dipelihara sebagai Monumen Deklarasi, terus tegak dan menjadi peringatan kepada Zaman Arang Batu. Ia juga menjadi mercu tanda paling diingati bagi jutaan imigran Cina yang melalui terminal ini untuk memulakan hidup baru bukan sahaja di Hong Kong, tetapi di bahagian lain di dunia, dengan menggunakan pelabuhan di bandar ini.Madame Tussauds Hong Kong

Dengan lebih 100 patung lilin seperti manusia, Madame Tussauds Hong Kong membawakan keseronokan dan pengalaman interaktif dengan selebriti, di mana setiap orang boleh menjadi bintang, ataupun membandingkan diri mereka dengan orang sebenar.Terletak di The Peak Tower, pelawat boleh menikmati muka-muka terkenal dalam enam tema: Hong Kong Glamour, Historical and National Heroes, World Premiere, SCREAM, The Champions, dan Music Icons. Pelajari seni pertahankan diri dari Bruce Lee, praktikkan Wing Chun dengan Donnie Yen, bergambar dengan Barack Obama, alami glamor di karpet merah dengan Nicole Kidman, lepak bersama Angelina Jolie dan Brad Pitt, main bola keranjang dengan Yao Ming, menari dengan Lady Gaga, main bola bersama David Beckham, rasai degup jantung Andy Lau dan temui McDull dan Madame Mak, dua watak kartun popular Hong Kong.SCREAM adalah tarikan seram pertama di Hong Kong. Dengan latar menyeramkan sebuah pusat orang gila, ia menjanjikan persembahan yang menakutkan dengan penggunaan orang sebenar dan makhluk dari lilin. Apabila melalui koridor gelap, pelawat perlu memberanikan diri untuk menempuhi tempat yang dipenuhi dengan pembunuh psiko yang berkeliaran.Sempurnakan perjalanan di Madame Tussauds Hong Kong dengan singgah di kedai cendera hati yang menawarkan pelbagai cendera hati dan hadiah, daripada tangan lilin, kepada patung kecil menyerupai anda, kiub gelas 3D dan banyak lagi.Imej yang ditunjukkan di laman web ini menggambarkan patung lilin yang direka dan dimiliki Madame Tussauds.Pemandangan PelabuhanHarbour Cruises

Victoria Harbour sudah semestinya nadi kepada Hong Kong, dan untuk menikmatinya, anda perlu menyelaminya (tentulah bukan secara literal). Naiki pelayaran pelabuhan untuk menyaksikan bandarya ini dari pusat simbolik, dan lawati pelabuhan semulajadi yang telah menyambungkan Hong Kong dengan dunia selama lebih 160 tahun. Daripada lawatan hop-on-and-off waktu tengah hari atau pelayaran di waktu senja, anda boleh mengalami kehidupan Hong Kong mengikut cara yang anda suka.Dek Pemerhatian sky100 Hong Kong

Terletak di tingkat 100 bangunan tertinggi Hong Kong (International Commerce Centre (ICC)), - Dek Pemerhatian sky100 Hong Kong adalah dek pemerhatian tertutup tertinggi di bandaraya ini, menawarkan pemandangan 360 darjah Victoria Harbour.Untuk sampai ke sini, sebuah lif berkelajuan tinggi akan membawa anda menaiki 100 tingkat dalam masa 60 saat. Anda juga boleh meneroka pameran interaktif dek pemerhatian ini bersama-sama dengan lawatan multimedia ke atas sejarah dan budaya Hong Kong. Booth foto profesional dengan teknologi termaju augmented-reality (AR) memberikan gambar dengan latarbelakang khas dan efek 3D, dan anda juga boleh membuat pelan perjalanan dengan menggunakan peralatan perancangan di situ.Star Ferries

Bot-boat Star Ferries telah berkhidmat dengan setia membawa penumpang berulang-alik dari Pulau Hong Kong ke Kowloon sejak 1888. Kedua-dua belah Victoria Harbour ini kini disambungkan oleh sistem jalan dan kereta api bertaraf dunia, tetapi jutaan orang masih menaiki kapal-kapal Star Ferry setiap tahun. Ramai pelawat menaiki bot untuk melihat lebih dekat pelabuhan yang paling banyak difotografi, manakala penduduk tempatan menggunakannya kerana ia masih menjadi pengangkutan yang cekap dan berkesan. National Geographic menarafkan Star Ferry sebagai satu daripada 50 tempat yang kekal dalam hidup.Tsim Sha TsuiTsim Sha Tsuiadalah sebuah tempat yang masih termasuk ke dalam bagian wilayah Distrik Yau Tsim Mong, letaknya berada di bagian selatan Kowloon. Sebagai sebuah wilayah, Tsim Sha Tsui terbilang cukup ramai dan padat dengan berbagai pusat perbelanjaan dan kuliner yang menyediakan berbagai pilihan belanja kepada pengunjung. Pengunjung yang datang ke Tsim Sha Tsui pun bukan hanya wisatawan dari luar negeri belaka namun juga pengunjung yang merupakan warga Hongkong sendiri.Sebagai salah satu daerah teramai di Hongkong, Tsim Sha Tsui memiliki banyak pilihan belanja dari mulai gerai toko-toko yang menjual pakaian branded, toko perhiasan dan jam tangan mewah, kamera dan lain sebagainya.Selain itu disini juga banyak terdapat mall besar yang menjual berbagai produk yang bisa dibutuhkan, mall-mall besar tersebut seperti Miramar, The One, K11 dan lain sebagainya. Jika Anda puas berbelanja atau sekedar mencuci mata di area Tsim Sha Tsui yang menawan Anda juga bisa untuk mengisi perut dengan berbagai pilihan kuliner yang ada di area ini.Pilihan kuliner yang pertama Food Republic, sesuai dengan namanya tempat makan ini menjual berbagai olahan makanan dari berbagai negara seperti Vietnam, Malaysia, Singapura, Thailand, Korea, jepang dan lain sebagainya, sehingga jika Anda kurang familiar dengan makanan asli Hongkong bisa memilih tempat makan yang terletak di Silvercord Mall, lalu yang kedua adalah Sing Lum Khui (Rice Noodle House), menu favorit di tempat makan ini adalah mie yang bisa memilih kuahnya sendiri. Lalu jika Anda ingin menikmati makanan yang halal tanpa ada kekhawatiran maka bisa memilih Al-Maidah Restaurant yang terletak di gedung Tsim Sha Shui Mansion lantai dasar.