athletic rules 2015

Download Athletic Rules 2015

If you can't read please download the document

Upload: nasrun78

Post on 24-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

rules

TRANSCRIPT

KEJOHANAN OLAHRAGA

LOGOPPDBTGlogo mssp

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH - SEKOLAH DAERAH BENTONGKE 55 / 2015

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGANKejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Balapan dan Padang Amatur Malaysia (KOM), Peraturan-Peraturan Am MSSM, Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan SekolahSekolah Daerah Bentong 2015.

2.ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGANBilAcaraLelakiPerempuan

18T15T12T18T15T12T

1100 mXXXXXX

2200 mXXXXXX

3400 mXX-XX-

4800 mXX-XX-

51500 mXX-XX-

63000 m Terbuka---X--

75000 m TerbukaX-----

880 m Lari Berpagar--X 0.762M--X 0.762M

9100 m Lari Berpagar---X 0.840MX 0.762M-

10110 m Lari BerpagarX 0.992MX 0.914M----

11200 m Lari Berpagar-X 0.840M--X 0.762M-

12400 m Lari BerpagarX 0.914M--X 0.762M--

133000 m J/Kaki -X-X-

145000 m J/Kaki X--X--

15Lompat TinggiXXXXXX

16Lompat JauhXXXXXX

17Lompat KijangXX-XX-

18Melempar CakeraX 1.50KGX 1.00KG -X 1.00KG X 1.00KG -

19Merejam LembingX 700 GX 600 G-X 600 GX 600 G-

20Melontar PeluruX 5.45KGX 4.55KGX 2.72KGX 4.00KGX 4.00KGX 2.72KG

21Baling Tukul Besi TerbukaX 5.45KG--X 4.00KG--

224 x 100 mXXXXXX

234 x 200 m--X--X

24Pentathlon---X--

25HeptathlonX-----

264 x 400 mXX-XX-

JUMLAH1916819168

Acara 80 M Lari Berpagar

Bilangan PagarTinggi PagarPagar 1 dari Garisan PermulaanPagar ke PagarPagar akhir Ke Garisan Penamat

80.762 M12 M8 M12 M

2.2.Acara 200 M Lari BerpagarKategoriBilangan PagarTinggi PagarPagar 1 Dari Garisan PermulaanPagar ke PagarPagar akhirKe GarisanPenamat

L15 50.840 m20 M35 M40 M

P15 50.762 m20 M35 M40 M

2.3.Acara 4 X 200 M2.3.1.Pelari pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan mula di garisan 1 stagger seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 M2.3.2.Pelari kedua akan bersedia di garisan 1 stagger (garisan ini akan disediakan)2.3.3.Pelari ketiga akan bersedia di garisan stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 M, sama dengan permulaan 800 M) selepas menerima baton dari pelari kedua, peserta ketiga mesti berlari di lorong masing-masing sehingga selekoh pertama dan kemudiannya ia boleh memotong masuk ke lorong pertama.2.3.4.Pelari akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut kedudukan pelari yang datang dan menerima baton dengan syarat ia tidak menghalang serta menolak peserta lain (semua peserta berada di lorong pertama 10 M di belakang permulaan 200 M)

2.4.Acara Pentathlon2.4.1.Acara yang dipertandingkan dalam Acara Pentahtlon ialah 100m lari berpagar, lompat tinggi, lontar peluru, lompat jauh dan 800 meter.

2.5.Acara Heptathlon2.5.1.Acara yang dipertandingkan dalam Acara Heptathlon ialah 110m lari berpagar, lompat tinggi, lontar peluru, lompat jauh, rejam lembing, 400 meter dan 1500 meter.

3.HADIAH - HADIAH3.1.Acara individu sehingga 1500 M: Pertama, Kedua dan Ketiga sahaja3.2.Acara individu 2000 M dan jarak lebih daripadanya: Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima.3.3. Acara Pasukan: Empat pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya menduduki tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.

4.CARA PERTANDINGANSetiap pasukan sekolah/zon adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan bagi acara lari berganti-ganti.

4.2 Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut:

KUMPULAN UMURINDIVIDULARI BERGANTI-GANTI

18 tahun dan ke bawah3 termasuk acara terbuka2

15 tahun dan ke bawah3 termasuk acara terbuka2

12 tahun dan ke bawah 2 acara2

4.3 Peserta Tingkatan 6 tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini. 5. PENDAFTARAN PESERTA5.1.Pendaftaran peserta hendaklah dibuat PADA atau SEBELUM 3 hb. Mac 2015* dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi. Borang Penyertaan Rasmi hendaklah di download dari e-mail : [email protected]. Password : mssdbentong. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke e-mail [email protected]. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah DILENGKAPKAN dan disahkan oleh pihak pentadbir sekolah masing-masing. * pendaftaran sekolah menengah (pendaftaran zon pada 5 Mac 2015). Rujuk perkara 6.2

5.2.Peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara Iari berganti-ganti juga mestilah didaftarkan.

5.3Syarat Umur: Umur peserta dikira pada 1 JANUARI tahun pertandingan.

5.3.1Bawah 12 Tahun - Peserta mesti dilahirkan pada atau selepas 1.1.20035.3.2Bawah 15 Tahun - Peserta mesti dilahirkan pada atau selepas 1.1.20005.3.3Bawah 18 Tahun - Peserta mesti dilahirkan pada atau selepas 1.1.1997*5.4Semua peserta kecuali peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan asal jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen JPN KP09/KPPK 09 dengan gambar ukuran pasport dari Jabatan Pendafataran Negara. Manakala peserta yang sedang memohon mendapatkan kad pengenalan kali pertama perlu menunjukkan dokumen JPN KP11/KPPK11 dengan gambar ukuran pasport dari Jabatan Pendaftaran Negara.

Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan salinan sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan.

Peserta yang mengambil bahagian hendaklah didaftarkan hanya pada satu peringkat umur sahaja yang dibenarkan dan tidak boleh didaftarkan pada peringkat umur yang lain.

Semua pengurus hendaklah melengkapkan maklumat atlet melalui sistem e-PreSS (http://presspahang.com/press/login.php) dan sila cetak borang M01/R01 melalui sistem tersebut termasuk surat kebenaran penjaga. Pengurus juga dikehendaki menyertakan salinan kad pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan Sekolah peserta.

Peserta Tingkatan Enam Atas TIDAK BOLEH menyertai Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Bentong Kali ke 55, Tahun 2015.

6. PENGESAHAN PESERTA-PESERTA

Mesyuarat Pengundian

Mesyuarat Pengesahan dan undian tidak akan diadakan. Undian lorong dan giliranakan dijalankan oleh jawatankuasa pertandingan Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan

Taklimat pengurus pasukan akan diadakan pada 5 MAC 2015*. Semasa taklimat ini hanya penarikan diri tanpa penggantian sahaja yang dibenarkan.

6.3.Penarikan diri semasa kejohanan dijaIankan:6.3.1.Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa taklimat pengurus-pengurus pasukan tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya KECUALI dengan mengemukakan surat pengesahan Pegawal Perubatan Kejohanan maka peserta itu dianggap menarik diri tanpa sebab. OIeh itu peserta tersebut tidak dibenarkan menyertai lagi mana-mana acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.6.3.2.Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara yang didaftarkan atas namanya.

6.3.3.Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan syarat peserta tersebut mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

6.4.Penggantian dalam acara lari berganti-ganti:Penggantian dalam acara lari berganti-ganti dihadkan kepada 2 orang peserta yang didaftarkan dalam borang penyertaan rasmi. Peraturan ini meliputi penyertaan pada peringkat saringan (separuh akhir) hingga ke peringkat akhir.

7.MELAPORKAN DIRI PESERTA7.1.Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi hingga ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.7.2.Peserta-peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus ke Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.7.3.Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan di papan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pertukaran / pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.7.4.Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju masing-masing di hadapan dan belakang KECUALI bagi acara lompat tinggi boleh memakai nombor di hadapan sahaja.Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dan dianggap telah menarik diri.

8.PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN8.1.Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar dari arena pertandingan oleh Penyelia Peserta8.2.Bagi acara balapan, selepas sesuatu perlumbaan tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing sambil berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke khemah peserta dengan serta-merta tanpa masuk ke arena semula.

9.MEMANASKAN BADAN9.1.Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditetapkan sahaja.

10. BLOK PERMULAAN10.1.Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk peringkat umur 18 Tahun Ke Bawah dan 15 Tahun Ke Bawah (Lelaki dan Perempuan) mulaan dekam dan Blok Permulaan BOLEH DIGUNAKAN (mengikut kesesuaian atlet-TIDAK AKAN DISEDIAKAN)Acara:100 M, 200 M, 400 M, 100 M Lari Berpagar, 110 M Lari Berpagar, 400 M Lari Berpagar, 4 x 1OOM dan 4 x 400M10.2.Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk peningkat umur 12 Tahun Ke Bawah (Lelaki dan Perempuan) permulaan dekam MESTI DIGUNAKAN, tetapi penggunaan Blok Permulaan tidak diwajibkan dan terpulang kepada peserta itu sendiri.Acara: 100 M, 200 M, 80 M Lari Berpagar, 4 x 100 M, 4 x 200 M11.PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN

11.1.Paku Kasut: Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis padang. Panjang maksima paku kasut (spikes) boleh melebihi 6mm, termasuk untuk acara Lompat Tinggi dan Rejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut boleh melebihi 9mm.11.2Peralatan: Pihak pengelola akan menyediakan semua peralatan, namun tidak termasuk blok permulaan dan spike.

CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGANPeserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk menandakan di tempat-tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan pita yang disediakan sendiri oleh pengurus pasukan masing-masing.

13.UKURAN TINGGI PERMULAAN13.1.Bagi acara Lompat tinggi, ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut:BilKategoriUkuran Permulaan

1Lelaki Bawah 18 Tahun1.50 M

2Lelaki Bawah 15 Tahun1.40 M

3Lelaki Bawah 12 Tahun1.10 M

4Perempuan Bawah 18 Tahun1.15 M

5Perempuan Bawah 15 Tahun1.10 M

6Perempuan Bawah 12 Tahun1.00 M

14. PAPAN LONJAKAN ACARA LOMPAT KIJANGJarak Papan Lonjakan dan kawasan mendarat bagi acara L/Kijang adalah seperti berikut:

Peringkat UmurLelakiPerempuan

18 tahun ke bawah11 / 13 M7 / 9 M

15 tahun ke bawah9 / 11 M5 / 7 M

15. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN DAN PENENTUAN KEDUDUKAN

15.1.Penentuan Peserta Terbaik15.1.1. Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada Peserta Terbaik Lelaki 18TKB, Perempuan 18 TKB, Lelaki 15 TKB, Perempuan 15 TKB, berdasarkan pencapaiannya mencatat rekod baru MSSD atau MSSP dan sebagainya (mana yang Iebih baik pencapaiannya)15.1.2.Sekiranya tiada rekod yang diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas dalam acara individu akan diambilkira15.1.3.Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan pingat gangsa dalam acara individu akan diambilkira.15.1.4.Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentusetiap peserta.

15.2.Johan Keseluruhan15.2.1.Johan keseluruhan ialah Kontinjen Olahraga Sekolah / Zon yang memenangi pingat emas terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan diambil kira; jika masih seri, kiraan pungutan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira.

16. SEPARUH AKHIR

16.1.Empat (4) Separuh AkhirPemenang setiap separuh akhir dan empat (4) pencatat masa terpantas akan Iayak memasuki Peringkat Akhir.16.2.Tiga (3) separuh AkhirDua (2) peserta pemenang dan dua (2) peserta yang mencatat masa yang terbaik bagi ketiga-tiga separuh akhir Iayak ke Peringkat Akhir.16.3.Dua (2) separuh akhirTiga (3) peserta pemenang dan setiap sepanuh akhin dan dua (2) lagi peserta yang mencatat masa terbaik daripada kedua-dua separuh akhir layak ke Peringkat Akhir.

16.4.Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan pada para 16.1, 16.2 dan 16.3, maka penentuan kelayakan akan bergantung kepada kedudukan peserta dalam saringannya. Jika berlaku kedudukan yang sama, cabutan undi akan dilakukan oleh Juri Rayuan.

16.5.Semua pengundian lorong untuk acara akhir, semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Perangkaan dan Keputusan Rasmi dengan pengawasan / penyeliaan ahli-ahli Juri Rayuan

17.HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN PASUKAN SEKOLAH DAN ZON

17.1Kad-kad warna dan nombor berikut akan digunakan untuk kelas dan jantina

17.1.1.Peringkat umur 18 Tahun Ke Bawah - Nombor warna hitam atas kain putih.17.1.2.Peringkat umur 15 Tahun Ke Bawah - Nombor warna hitam atas kain biru.Peringkat umur 12 Tahun Ke Bawah - Nombor warna hitam atas kain kuning.

17.2Huruf dan Nombor PesertaRujuk Lampiran (dalam e-mail)

18. BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOM, kecuali perkara-perkara berikut:

Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSM (Temerloh) kelak.

Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada

Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi umumkan bagi acara pusingan awal.

Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

18.2.3.Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja)

19. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Balapan dan Padang MSSD (Bentong), berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.

Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam undangundang Balapan dan Padang KOM terkini, peraturanperaturan Am MSSM atau peraturanperaturan pertandingan kejohanan Balapan dan Padang MSSM / MSSP / MSSD. Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini.

20. HAL-HAL LAIN

20.1.Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

20.2. Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan pesertapeserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN. Peserta tidak dibenarkan melintasi arena/balapan untuk sebarang pergerakan yang tidak melibatkan acara yang sedang dilangsungkan (mohon pengurus ambil maklum dan war-warkan kepada peserta masing-masing)

20.3.Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku:

20.3.1.Semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan dan stadium.

20.3.2.Semasa kejohanan dijalankan.

20.3.3. Di dalam dan di luar kawasan stadium.

20.3.4. Di tempat-tempat penginapan.

20.4.Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah. JAWATANKUASA TEKNIKAL & PEMBANGUNAN BALAPAN DAN PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH BENTONG 2015