asal usul nama sabak bernam

5
Asal usul Nama Sabak Bernam. Pada zaman dahulu, ada satu tempat di dalam negeri Selangor. Penduduk di tempat itu rajin bercucuk tanam. Pelbagai tanaman yang ditanam oleh mereka. Antaranya termasuklah padi, jagung, ubi kayu, labu dan keladi. Penduduk kampung juga mengambil nira kelapa untuk dijadikan gula. Tidak berapa lama selepas itu, enam orang pemuda yang berdagang singgah di tempat itu. “Marilah kita bersama-sama bercucuk tanam di daerah ini,” kata pemuda pertama kepada kawan-kawannya. “Ya, nampaknya tempat ini aman dan subur,” jawab pemuda kedua. “ Apa kata kita bercucuk tanam dan menetap di sini?’ kata pemuda ketiga. “Setuju!” jawab pemuda-pemuda yang lain. Mereka pun meminta kebenaran untuk tinggal di tempat itu daripada penduduk yang ada di situ. Setelah mendapat kebenaran mereka mencari tapak yang sesuai untuk bercucuk tanam. Mereka bersama-sama membersihkan tapak itu. Dipetik daripada buku teks tahun 6 KBSR.

Upload: jacksparrow-epred-j-justin

Post on 10-Aug-2015

310 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

cerita asal usul

TRANSCRIPT

Page 1: Asal Usul Nama Sabak Bernam

Asal usul Nama Sabak Bernam.

Pada zaman dahulu, ada satu tempat di dalam negeri Selangor.

Penduduk di tempat itu rajin bercucuk tanam. Pelbagai tanaman yang

ditanam oleh mereka. Antaranya termasuklah padi, jagung, ubi kayu,

labu dan keladi. Penduduk kampung juga mengambil nira kelapa untuk

dijadikan gula.

Tidak berapa lama selepas itu, enam orang pemuda yang berdagang

singgah di tempat itu.

“Marilah kita bersama-sama bercucuk tanam di daerah ini,” kata pemuda

pertama kepada kawan-kawannya.

“Ya, nampaknya tempat ini aman dan subur,” jawab pemuda kedua.

“ Apa kata kita bercucuk tanam dan menetap di sini?’ kata pemuda

ketiga.

“Setuju!” jawab pemuda-pemuda yang lain.

Mereka pun meminta kebenaran untuk tinggal di tempat itu daripada

penduduk yang ada di situ. Setelah mendapat kebenaran mereka

mencari tapak yang sesuai untuk bercucuk tanam. Mereka bersama-

sama membersihkan tapak itu.

Enam orang anak muda iturajin bercucuk tanam. Mereka mengerjakan

sawah. Selain itu, mereka juga mengambil nira kelapa untuk dijadikan

gula. Pada mulanya, nira kelapa itu diusahakan oleh mereka secara

kecil-kecilan sahaja. Namun, oleh sebab kerajinan mereka, maka

dapatlah mereka mengumpulkan nira yang sangat banyak. Keenam-

enam orang anak muda itu berfikir bagaimana mereka hendak memasak

air nira kelapa yang sangat banyak itu.

Dipetik daripada buku teks tahun 6 KBSR.

Page 2: Asal Usul Nama Sabak Bernam

1. Baca ayat di atas dengan intonasi yang berbeza.

2. Jelaskan maksud perkataan, frasa dan ayat yang dicetak

berwarna.

Sihat tanpa rokok

Pada hari kedua, murid-murid tahun enam dikehendaki ke dewan untuk

mendengar ceramah. Faiz, Azli, Boon Seng dan Ranjit duduk di barisan

hadapan. Mari kita dengar sebahagian daripada ceramah tersebut.

Guru-guru dan anak-anak yang saya kasihi,

Amalan merokok itu ibarat membakar diri sendiri. Saya berkata demikian

kerana banyak kesan buruk akibat tabiat merokok. Asap rokok

menjadikan gigi perokok berwarna kuning. Selain itu, tar daripada asap

rokok akan berkumpul di celah-celah gigi dan di hujung gigi

menyebabkan gigi perokok mempunyai garis-garis berwarna coklat yang

sukar untuk dihilangkan. Kuku perokok pula akan berwarna kekuning-

kuningan dan bibir mereka kehitam-hitaman. Mereka juga mempunyai

bau nafas yang kurang menyenangkan.

Merokok bukan sahaja membawa kesan buruk kepada perokok tetapi

juga terhadap anak dan isteri mereka. Anak dan isteri perokok berisiko

tinggi untuk mendapat kanser tekak, kanser paru-paru dan sakit jantung.

Oleh itu, jauhilah rokok untuk membina keluarga yang sihat dan

bahagia.

Sebenarnya banyak factor yang mempengaruhi seseorang itu merokok.

Misalnya, banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa

mereka. Ada juga yang ingin kelihatan lebih hebat dan diterima oleh

kelompok tertentu. Tidak kurang juga yang merokok untuk mengatasi

tekanan. Kajian yang dilakukan membuktikan bahawa banyak remaja

Dipetik daripada buku teks tahun 6 KBSR.

Page 3: Asal Usul Nama Sabak Bernam

mula merokok ketika berusia 15 tahun. Namun begitu, jangan

terperanjat kerana ada yang mula merokok seawal usia tujuh tahun.

Hadirin sekalian,

Menurut kajian, 25 peratus daripada jumlah kematian di Negara kita

berpunca daripada tabiat merokok. Hal ini demikian kerana setiap

batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan

kimia beracun yang membahayakan kesihatan. Antara penyakit yang

kerap dihidapi perokok termasuklah kanser paru-paru, sakit jantung,

barah mulut dan strok.

Oleh sebab tabiat merokok membahayakan kesihatan, tidakan yang

tegas harus dilakukan untuk mengurangkan bilangan perokok di Negara

kita. Selain “Kempen Berhenti Merokok” serta mengisytiharkan tempat

larangan merokok yang dijalankan oleh pihak kerajaan, ibu bapa juga

berperanan untuk menjelaskan kesan buruk merokok kepada anak-

anak. Pihak sekolah juga patut menghukum murid yang merokok. Maka,

cita-cita untuk melahirkan masyarakat tanpa rokok mungkin akan

terlaksana.

1. Senaraikan lima isi penting yang terdapat dalam teks ceramah.

2. Asingkan isi penting tersebut mengikut kategori di bawah.

Isu Tentang

Rokok

Faktor Individu

Merokok

Kesan Merokok Langkah

Mengatasi

Dipetik daripada buku teks tahun 6 KBSR.