aromaterapi

13
1 GGGB 4243 TEKANAN, SOKONGAN DAN PENGAJARAN PROJEK: LAPORAN PAMERAN AROMATERAPI DISEDIAKAN UNTUK: PROF. MADYA DR. ROSADAH BINTI ABD MAJID DISEDIAKAN OLEH: SITI KHAIRUNISA BINTI JASMANI (A137210) ZAIHAN BINTI MAT HUSSIN (A137093) SITI NUR RABIATUL ADAWIYAH BT. NAZARI (A137685) DAYANGKU SITI NUR AMALINA BINTI PENGIRAN MAHMUD (A138727) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: cikgu-nisa

Post on 18-Jul-2015

265 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

1

GGGB 4243

TEKANAN, SOKONGAN DAN PENGAJARAN

PROJEK: LAPORAN PAMERAN AROMATERAPI

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF. MADYA DR. ROSADAH BINTI ABD MAJID

DISEDIAKAN OLEH:

SITI KHAIRUNISA BINTI JASMANI (A137210)

ZAIHAN BINTI MAT HUSSIN (A137093)

SITI NUR RABIATUL ADAWIYAH BT. NAZARI (A137685)

DAYANGKU SITI NUR AMALINA BINTI PENGIRAN MAHMUD (A138727)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2

Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA SURAT

Tajuk Laporan 1

Isi Kandungan 2

1.0 Pengenalan 3

2.0 Definisi Aromaterapi 3

3.0 Kebaikan Aromaterapi 3-4

4.0 Aromaterapi dari Bahan Semulajadi 4-5

5.0 Aromaterapi dari Bahan yang Diproses 5-6

6.0 Kajian Lepas 6-8

7.0 Penambahbaikan 9

8.0 Kesimpulan 9

9.0 Rujukan 10

Lampiran

3

1.0 Pengenalan

Program “Suburkan Ketenangan, Tangani Tekanan” merupakan program yang dijalankan bagi

memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) tentang kaedah untuk menguruskan tekanan dengan baik. Pendedahan tersebut

dijalankan dengan dua cara iaitu melalui pembentangan dan pameran. Salah satu pameran yang

dijalankan dalam program tersebut ialah pameran aromaterapi. Maklumat tentang aromaterapi

akan diterangkan serba sedikit dengan menyentuh dari segi definisi, kebaikan, bahan-bahan

aromaterapi dari semulajadi hingga ke bahan yang telah diproses serta kajian-kajian lepas bagi

mengukuhkan keberhasilan aromaterapi dalam menguruskan atau mengurangkan tekanan.

2.0 Definisi Aromaterapi

Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu “Aroma” bermaksud bau

atau haruman, dan “Teraphy” yang bermaksud rawatan. Sejak zaman 6000 tahun yang lalu,

bermula dari tamadun purba di Cina, Mesir dan India telah menggunakan intisari bunga-

bungaan, tumbuh-tumbuhan dan keunggulannya untuk penyembuhan. Aromaterapi merupakan

suatu seni penyembuhan yang berasaskan dari alam semulajadi. Prinsip asas dari aromaterapi

adalah untuk menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang sistem imunisasi

secara tidak langsung.

Aromaterapi adalah sejenis perubatan alternatif yang menggunakan minyak semulajadi

daripada bunga, daun, batang, akar atau pucuk tumbuh-tumbuhan untuk tujuan kesihatan-

menaikkan fungsi kognitif, mengurangkan rasa sakit, mengurangkan stres, membantu sistem

imun, mengawal hormon, mengawal perasaan hati atau mood, emosi dan fizikal. Penggunaan

intisari minyak (Essential Oils) secara intensif dan meluas daripada haruman lembut yang unik

dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam merupakan perawatan terapeutik

yang sangat hebat. Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya

mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani.

3.0 Kebaikan Aroma Terapi

Aromaterapi secara umumnya membantu meningkatkan keupayaan mental dan emosi, membantu

dan merangsang pertuturan dan komunikasi, merangsang pemikiran dan kreativiti, meningkatkan

4

kualiti kehidupan dari segi fizikal, perasaan dan semangat, melegakan otot-otot melalui urutan

dan emosi, menyenangkan hati dan perasaan dan menjalin perasaan deria dan emosi positif.

4.0 Aromaterapi Dari Bahan Semulajadi

Bahan semulajadi boleh dijadikan sebagai aromaterapi seperti halia, lemon, daun pudina, serai

dan daun pandan. Halia ialah sejenis bahan semulajadi yang sesuai untuk dijadikan aromaterapi.

Kelebihan menghidu halia ialah dapat menghilangkan stress yang dihadapi. Khasiat halia dalam

merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan

oleh pakar-pakar perubatan moden. Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang

dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan. Halia atau nama

saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125

miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat,

gentian, vitaminC dan niasin. Kesan halia ialah memberikan ketenangan, membantu

menghangatkan badan yang sejuk dan mudah masuk angin, tidak terlalu panas dan sesuai untuk

urutan aromaterapi.

Lemon pula kaya dengan antioksidan vitamin C, yang diketahui peranannya dalam

menyokong sistem pertahanan badan. Asid askorbik (vitamin C) yang terdapat dalam lemon

mempunyai ciri anti –radang dan digunakan sebagai bahan sokongan tambahan untuk rawatan

asma dan simptom masalah pernafasan yang lain. Lemon juga mengandungi saponin yang

menunjukkan ciri-ciri antimikrob yang boleh membantu menghindari selsema (flu). Asid

askorbik yang terkandung dalam lemon juga meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan

yang mana ia memainkan peranan penting dalam sistem imun. Kelebihan menghidu lemon

adalah memberikan kesan ketenangan, menyegarkan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan

membuat kulit terasa licin

Selain itu, serai mempunyai elemen Citral yang merangsang untuk menyingkirkan

kolestrol berlebihan, urik asid, toksin dan lemak dalam badan. Aktiviti ini menggalakkan

peredaran darah ke seluruh anggota badan. Selain itu, aromaterapi yang wujud semulajadi

daripada pokok serai ini dapat menghilangkan tekanan dan seterusnya dapat mengurangkan

gangguan fikiran serta meningkatkan produktiviti kerja seseorang. mempunyai ciri-ciri anti-

kemurungan yang bermanfaat untuk keadaan saraf dan juga berkaitan tekanan, dapat

5

mengurangkan kebimbangan dan gejala kemurungan serta membantu menguatkan sistem saraf

dan berguna untuk keadaan seperti penyakit parkinson.

Akhir sekali, daun pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga labiatae

dan ia tergolong dalam spesies mentha, siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila

dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan. Daun

pudina juga sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman, bertindak sebagai

antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan

mengeluarkan peluh. Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema,

sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina

boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan. Selain itu, ia juga

dapat melegakan sakit kepala dan sakit saraf menguatkan mental dan fizikal untuk meransang

dan membantu untuk lebih fokus dan segar dan sentiasa memberi tumpuan dengan sesuatu

keadaan.

5.0 Aromaterapi Dari Bahan Yang Diproses (Minyak Pati)

Aromaterapi dari bahan yang diproses merupakan minyak pati yang mana bahan-bahan

semulajadi dan dicampur dengan bahan-bahan lain. Minyak pati aromaterapi telah dipelbagai dan

juga dikeluarkan dari pelbagai syarikat. Contoh minyak pati aromaterapi antaranya ialah

lavender, daun teh, minyak kayu putih, bunga ros, bunga kenanga, rosemary, pine, dan bunga

kantan.

Lavender mempunyai bau yang menarik dan berkeupayaan mengurangkan stress. Ia juga

bagus untuk melegakan batuk, selsema dan migrain. Minyak lavender disapu pada bantal atau

dalam air mandian bagi membantu untuk tidur yang nyenyak. Ia juga mempunyai ciri antiseptic,

antidepressant, anti-inflammatory, diuretic, sebagai ubat penenang dan juga sebagai deodorant.

Minyak pati Ylang-ylang atau bunga kenangan mempunyai bau yang wangi dan bagus untuk

mengurangkan stres, meringankan sakit kepala, muntah-muntah, mengurangkan hipertensi dan

penyakit kulit. Bunga kenangan juga merangsang pertumbuhan rambut dan melawan jangkitan

pada usus serta digunakan untuk menimbulkan suasana romantik.

Minyak Kayu Putih pula membantu mengurangkan kesakitan, seperti perut kembung,

masuk angin, sakit perut, loya, pening kepala, dan gatal akibat gigitan serangga, digunakan untuk

6

melegakan pernafasan semasa selesema dan memberikan kesan ketenagangan sehingga dapat

mengurangkan stress setelah seharian beraktiviti. Selain itu, minyak pati bunga Kantan juga

mempunyai nilai yang besar dalam rawatan pelbagai penyakit psikologi. Ia digunakan untuk

memerangi kemurungan dan penumpuan yang lemah. Ia juga amat berkesan dalam merawat

gangguan keresahan

Peppermint digunakan secara meluas untuk menambahkan kepekaan minda. Ia

merupakan herba semulajadi yang menambahkan tenaga. Cirinya yang menyejukkan menambah

baik mood, menajamkan tumpuan, membantu dalam penghadaman. Minyak pati bunga ros pula

merupakan minyak aromaterapi yang berkuasa dalam merawat penyakit berkaitan wanita. Bunga

ros membantu dalam mengatasi kemurungan, keresahan, penghadaman, aliran darah, masalah

jantung dan pernafasan seperti asma dan bagus untuk kulit.

6.0 Kajian Lepas

Beberapa kajian telah dijalankan mengenai keberkesanan aromaterapi dalam kehidupan. Melalui

kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan, aromaterapi mempengaruhi pelbagai aspek,

antaranya dari segi emosi, tahap tekanan, tahap tekanan dalam darah, kebimbangan dan

keletihan.

Kajian Cannard (1996) menyatakan bahawa menggunakan aromaterapi memberi kesan

terhadap pola tidur individu. Ianya memberi kesan yang baik terhadap masalah pola tidur yang

tidak teratur. Cannard membuat kajian tentang kesan aromaterapi menggalakan rasa santai dan

pengurangan tekanan di hospital-hospital. Sampel kajian beliau adalah pesakit-pesakit yang

sudah tua dan yang mempunyai pola tidur yang tidak teratur. Dalam usaha untuk menambah baik

perkara tersebut, pihak hospital menggunakan cara tradisional. Hasil kajian mendapati bahawa,

dengan menggunakan aromaterapi tersebut memberi kesan yang ketara dan baik terhadap

gangguan corak atau pola tidur pesakit. Selain itu, pada masa yang sama ianya juga

mengurangkan ubat pelali pada waktu malam untuk rawatan.

Selain itu, Diego, Jones, Field, Hernandez-reif, Schanberg, Kuhn, Galamaga, McAdam

dan Galamaga (1998) telah menjalankan kajian tentang pengaruh positif aromaterapi terhadap

mood, pola elekroencephalogram (EEG) dan pengiraan matematik. Dalam kajian ini, mereka

7

menilai aktiviti pola EEG, ketelitian dan mood untuk 40 orang responden dewasa dalam masa 3

minit aromaterapi dengan menggunakan dua jenis aroma iaitu lavender dimana jenis ini dianggap

mempunyai bau yang menyenangkan dan bauan rosemary iaitu yang mempunyai bau yang

merangsang. Responden diberikan pengiraan matematik mudah sebelum dan selepas terapi. Hasil

kajian mendapati bahawa kumpulan lavender menunjukkan peningkatan kuasa Beta,

menunjukkan peningkatan rasa mengantuk, mempunyai perasaan kurang tertekan dan dilaporkan

boleh melaksanakan pengiraan dengan lebih cepat dan tepat. Manakala, kumpulan rosemary pula

menunjukkan pengurangan alpfa frontal dan kuasa Beta, kumpulan ini menunjukkan peningkatan

ketelitian semasa membuat pengiraan matematik. Kumpulan rosemary ini juga dilaporkan

mempunyai rasa kebimbangan yang rendah, selain dilaporkan mempunyai rasa yang lebih tenang

dan berhati-hati. Walau bagaimanapun, kumpulan ini hanya boleh membuat pengiraan

matematik dengan cepat tetapi tidak tepat selepas sesi aromaterapi dijalankan.

Kajian tentang kesan kaedah pemyedutan menggunakan minyak pati terhadap responden

yang menghidap masalah tekanan darah dan tindak balas tekanan terhadap responden yang

mempunyai hipertensi juga dijalankan. Kajian telah dilaksanakan oleh Hwang (2006). Tujuan

kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan aromaterapi pada tekanan darah dan tekanan pada

pesakit yang mempunyai masalah hipertensi. Terdapat 52 orang responden yang dibahagikan

kepada beberapa kumpulan mengikut jenis minyak pati, kumpulan placebo dan kumpulan

kawalan rawak. Penggunaan aromaterapi adalah dengan menggunakan kaedah menghidu bauan

seperti lavender, ylangylang dan bergamot sekali sehari selama empat minggu. Untuk mengesan

keberkesanan aromaterapi ini, tekanan darah dan nadi diukur setiap dua kali seminggu. Selain

itu, tahap kortisol serum, tahap catecholamine tekanan subjektif dan tahap kebimbingan juga

diukur sebelum dan selepas rawatan pada tiap-tiap tiga kumpulan. Data dianalisis menggunakan

ANNOVA, ANNOVA sehala, ujian chi(2)-test menggunakan perisian SPSS versi 10.0. Hasil

keputusan kajian ini mendapati bahawa tekanan darah, nadi, tekanan subjektif, tahap

kebimbangan dan tahap kortisol serum di kalangan tiga kumpulan secara statistiknya berbeza.

Kesimpulannya kajian ini mencadangkan kaedah menghidu menggunakan minyak pati

(aromaterapi) dalam rawatan intervensi klinikal berkesan dalam mengurangkan tidak balas

psikologi tekanan dan tahap kortisol serum. Selain itu, ianya juga mengurangkan tekanan dalam

darah dan tekanan yang dihadapi responden (Hwang 2006).

8

Ji (2009) pengkaji dari Korea, beliau telah membuat kajian untuk mengkaji kesan

aromaterapi pada tekanan dan tekanan balas dalam kalangan remaja. Kaedah dua kumpulan reka

bentuk rentas telah digunakan untuk kajian ini. Rawatan eksperimen adalah aroma penyedutan

minyak dan rawatan plasbo adalah rawatan yang menggunakan rantai leher yang memngandungi

aroma. Terdapat 36 sampel yang mengikuti kajian ini. Untuk menganalisis data Ujian-t, ujian-t

berpasangan dan ujian ketepatan Fisher, perisian SPSS digunakan. Hasil kajian mendapati

bahawa tahap tekanan pelajar yang menyedut bauan aromaterapi adalah jauh lebih rendah

berbanding pelajar yang mendapat rawatan placebo. Tindak balas tekanan adalah jauh lebih

rendah berbanding pelajar yang menerima rawatan aroma. Kesimpulan kajian ini menyatakan,

kajian penyedutan aroma boleh menjadi kaedah pengurusan tekanan belajar yang sangat

berkesan.

Jo (2010) dalam kajiannya untuk mengkaji mengenai kesan penyedutan aroma pada

tekanan, keletihan dan mood jururawat dalam bilik bedah. Seramai 48 orang responden yang

terdiri daripada jururawat mengambil bahagian. Antaranya 25 orang jururawat dipilih secara

rawak dalam kajian eksperimen dan 23 orang jururawat dipilih secara rawak dalam kumpulan

kawalan. Kumpulan eksperimen diberikan rantai yang mempunyai aroma minyak pati sebanyak

0.22cc. Antara aroma yang diberikan adalah campuran dari lavender, zeranium dan mazoram

dengan nisbah 5:3:2. Untuk mengetahui keberkesanan kajian ini, keputusan pra-ujian dan pasca-

ujian terhadap tahap tekanan, keletihan dan mood dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Data

yan diperolehi dianalisis menggunakan ujian-t dan ANCOVA menggunakan perisian SPSS 10.0.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa dari segi statistik terdapat penurunan ketara dalam

tekanan dan keletihan, dan menunjukkan peningkatan mood dan ketenangan selepas penyedutan

aroma. Kesimpulannya, penyedutan aroma boleh mempengaruhi dan memberi kesan positif

kepada tekanan, keletihan dan perasaan.

Kesimpulan dari hasil-hasil kajian yang lepas membuktikan bahawa aromaterapi

memberi kesan dan mempengaruhi kehidupan manusia. Terapi ini terbukti boleh digunakan

untuk membuat rawatan tekanan, pola tidur, kebimbangan dan emosi individu.

9

7.0 Penambahbaikan

Penambahbaikan yang boleh dilakukan jika hendak menjalankan pameran aromaterapi antaranya

ialah memperbanyak lagi kajian-kajian lepas tentang aromaterapi. Tambahan lagi, jika para

peserta yang terlibat merupakan pelajar dari sarjana dan PHD. Ini dapat membantu mereka untuk

menjalankan kajian pada masa akan datang. Selain itu, segala persoalan dari peserta dapat

dijawab dengan baik. Manfaat bagi setiap bahan semulajadi untuk digunakan sebagai

aromaterapi perlu diberikan penjelasan secara mendalam. Cara penggunaan aromaterapi dari

bahan semulajadi seperti serai, lemon, dan halia perlu dikongsikan agar peserta yang

mengunjungi tapak pameran dapat mengaplikasikan di rumah kelak.

8.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pameran aromaterapi memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan

mahasiswi UKM dalam mengurus atau mengurangkan tekanan yang mereka hadapi dengan

menggunakan bau-bauan seperti lavender, ros dan sebagainya. Penggunaan aromaterapi bukan

sahaja pada minyak pati namun ia juga boleh diperoleh dari bahan semulajadi yang segar.

Peralatan untuk digunakan dalam menaikkan bau-bauan aroma tersebut juga dapat dikongsikan

dengan para peserta program di samping memberikan pandangan dan juga mendengar

pandangan dari peserta program yang menjalankan kajian tentang aromaterapi. Ini memberikan

satu ruang kepada ajk pameran aromaterapi dan juga peserta untuk saling memberikan idea

sekaligus mewujudkan satu perhubungan yang baik.

10

9.0 Rujukan

Cannard, G. 1996. The effect of aromatherapy in promoting relaxation and stress reduction in a

general hospital. Complementary Therapies In Nursing And Midwifery. 2(2). Hlm. 38-40.

Diego, M. A., Jones, N. A., Field, T., Hernandez-reif, M., Schanberg, S., Kuhn, C., Galamaga,

M., McAdam, V., & Galamaga, R. 1998. Aromatherapy positively affects mood, EEG

patterns of alertness and math computations. International Journal of Neuroscience. Vol.

96. Hlm. 217-224.

Hwang, JH. 2006. The effects of the inhalation method using essential oils on blood pressure and

stress responses of clients with essential hypertension. Europe PubMed Central. 36(7).

Hlm. 1123-1134.

Ji, YS. 2009. The effects of aromatherapy on stress and stress responses in adolescents. Journal

of Korean Academy of Nursing. Vol 39, issue 3. Hlm. 357-365.

Jo, MJ. The effects of aroma inhalation on stress, fatigue, mood and vital signs of the nurses in

the operating rooms. Journal of Korean Academy Adult of Nursing. 22(2). Hlm. 153-160.

11

LAMPIRAN

Gambar di atas menunjukkan minyak pati aroma terapi iaitu jenis lavender, ocean dan rose.

Minyak pati tersebut akan diletakkan di atas bekas seramik yang mana di bawah akan dibakar

lilin. Apabila minyak pati tersebut dipanaskan menggunakan lilin, ia dapat menaikkan bau

minyak pati tersebut sehingga keseluruhan ruangan terutamanya di bilik.

Minyak pati jenis

lavender

Minyak pati jenis

ocean Minyak pati jenis rose

Bekas seramik

12

Gambar di atas merupakan bahan-bahan semulajadi yang dipamerkan semasa program

berlangsung. Bahan – bahan semulajadi ini mudah diperoleh di pasaraya berdekatan dan

menjimatkan kos.

serai

Daun sirih

lemon

halia

Daun pudina

13

Gambar – gambar menunjukkan para peserta program mengunjungi tapak pameran Aromaterapi.