arnab dan kura-kura

4
Terima kasih Pengerusi Majlis , para Hakim yang bijaksana dan Penjaga masa yang setia. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kawan-kawan nama saya Haziqah Syazwani Bte Ismail. .Pada hari ini , saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Arnab dan Kura-kura. Ini kisab Arnab Dengan Kura-kura Arnab sangat Sombong Kura-kura sabar Di dalam sebuah hutan , semua binatang hidup dalam satu kumpulan yang aman damai dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Namun begitu terdapat dikalangan binatang tersebut yang suka bercakap besar dan bersikap sombong.Binatang tersebut ialah seekor Arnab. Arnab selalu bercakap besar dan selalu mengejek binatang lain didalam hutan tersebut.Dia selalu mengatakan bahawa dialah binatang yang paling pantas sekali didalam hutan tersebut dan tidak dapat dikalahkan oleh binatang lain. Pada suatu hari , semasa Arnab sedang duduk dibawah sebatang pokok , lalulah seekor kura-kura di hadapannya. Melihat kura-kura yang berjalan perlahan-lahan itu dia pun mula mengejeknya. “ wahai kura-kura yang berkaki pendek , berjalan terkedek-kedek , kulit awak macam ubi keledek “ katanya sambil ketawa dengan suara yang nyaring HA….HA…HA

Upload: ismail-bin-tahir-mael

Post on 16-Jan-2016

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Arnab Dan Kura-kura

Terima kasih Pengerusi Majlis , para Hakim yang bijaksana dan Penjaga masa yang setia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kawan-kawan nama saya Haziqah Syazwani Bte Ismail. .Pada hari ini , saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Arnab dan Kura-kura.

Ini kisab ArnabDengan Kura-kura

Arnab sangat SombongKura-kura sabar

Di dalam sebuah hutan , semua binatang hidup dalam satu kumpulan yang aman damai dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Namun begitu terdapat dikalangan binatang tersebut yang suka bercakap besar dan bersikap sombong.Binatang tersebut ialah seekor Arnab. Arnab selalu bercakap besar dan selalu mengejek binatang lain didalam hutan tersebut.Dia selalu mengatakan bahawa dialah binatang yang paling pantas sekali didalam hutan tersebut dan tidak dapat dikalahkan oleh binatang lain.

Pada suatu hari , semasa Arnab sedang duduk dibawah sebatang pokok , lalulah seekor kura-kura di hadapannya. Melihat kura-kura yang berjalan perlahan-lahan itu dia pun mula mengejeknya. “ wahai kura-kura yang berkaki pendek , berjalan terkedek-kedek , kulit awak macam ubi keledek “ katanya sambil ketawa dengan suara yang nyaring HA….HA…HA

Bila mendengar ejekan Arnab tersebut , kura-kura merasa tersinggung dan terus menjawab “ kaki ku memang pendek tapi nampak cantik tapi awak kaki sahaja cantik tapi berjalan macam orang main jengkek “ Arnab sungguh marah dan tercabar bila mendengar kata kura-kura tadi.

Arnab ajak lumbaDengan kura-kuraKancil jadi hakim

Tunggu sebelah sana

Arnab tidak berpuas hati dan mencabar kura-kura supaya bertanding lumba lari dengannnya. Kura-kura bersetuju dengan cadangan Arnab meminta supaya Sang Kancil yang menjadi hakim.

Page 2: Arnab Dan Kura-kura

Arnab lari kencangTinggal kura-kuraLalu Arnab tidur

Tidur bawah pokok……Hoi

Arnab terus berlari pantas meninggalkan kura-kura jauh dibelakangnya.Dia dengan bongkaknya berkata “ Ah ! mustahil kura-kura dapat mengalahkan aku , sedang aku sudah berada jauh di hadapan”. “ Sementara menunggu kura-kura itu baik aku tidur dulu dibawah pokok ini “ kata Arnab lagi. Dia pun terus tertidur dibawah pokok tersebut.

Kura-kura jalanDengan perlahan-lahan

Kura-kura johanJadikan tauladan

Kura-kura tidak mudah berputus asa dan mengalah. Dia terus berjalan dan berjalan meninggalkan arnab yang masih tertidur di bawah pokok tersebut sehinggalah sampai ke garisan penamat. Binatang-binatang lain yang menyaksikan pertandingan tersebut terus bersorak menyokong kura-kura “ cepat……cepat…..cepat……kata mereka. Mendengar bunyi yang bising tersebut arnab pun terjaga. Dia sungguh terkejut bila melihat kura-kura sudah dekat dengan garisan penamat. Sang Kancil mengumumkan kura-kura johan. Arnab sangat malu dan terus meminta maaf dengan kura-kura.

Kawan-kawan , pengajaran daripada cerita ini ialah ;

1. Kita tidak boleh bersikap sombong dan bercakap besar2. Kita tidak boleh memandang rendah dengan kebolehan orang lain.3. Jangan mudah bersikap putus asa .4. Memaafkan orang lain adalah perbuatan yang mulia

Demikianlah cerita saya untuk hari ini. Sekian , terima kasih.

Page 3: Arnab Dan Kura-kura