arfin bin bidin

9
KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK 1.0 Pendahuluan Kepentingan seni visual, muzik dan pergerakan Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara masa kini. Sifat pendidikan tidak statik malah menarik perhatian dan menuntut perubahan dalam proses penyampaian ilmu. Cabaran negara pada masa kini ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Menurut Ayob Jantan (2005) cabaran utama yangdihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan adalah melahirkan warganegara yang berdaya tahan,dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat nasionaldan antarabangsa.Dalam hal ini, pendidikan yang berkualiti bakal menyumbang inovasi dan produktiviti yang tinggi bagi menangani cabaran negara dalam arus globalisasi. Selari dengan ini, usaha-usaha memantapkan sistem penyampaian, menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dan memastikan kurikulum adalah relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara.Dalam konteks pendidikan yang luas dan menyeluruh, Seni Dalam Pendidikan (SDP) merupakan satu lagi cabang ilmu ke arah melahirkan generasi pelajar yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Terdapat tiga bidang utama dalam mata pelajaran ini, iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.Ketiga-tiga bidang ini merupakan alat dan saluran yang penting di dalam usaha meningkatkan persepsi, estetika dan kreativiti pelajar dalam pembelajaran mereka. Dengan lain perkataan, usaha untuk melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)berbunyi:Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyelruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha iniadalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Justeru, penggabungan ketiga-tiga mata pelajaran ini dalam SDP adalah selaras dengan usaha untukmelahirkan warga pelajar yang seimbang dan berkualiti. Selain itu, usaha untuk mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih bermakna serta mencapai tujuannya. 1 2.0 Kepentingan Mata Pelajaran Muzik Kepentingan Muzik mempunyai kelebihan dan unsur yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada mata pelajaran ini merupakan subjek yang diajar di sekolah dan merentasi kurikulum dalam mata pelajaran lain. Pada pandangan saya, mata pelajaran ini lebih menjurus kepada rasional untuk melahirkan pelajar yang serba boleh dalam pembelajaran mereka serta kegiatan harian yang berkaitan.Tambahan pula, mata pelajaran ini sangat baik dan wajar dipelajari semua golongan tidak mengira usia dan latar belakang. Mata pelajaran ini dapat memupuk bakat dan minat dalam jangka masa panjang

Upload: rubieybiey

Post on 16-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bukan

TRANSCRIPT

KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

1.0 Pendahuluan

Kepentingan seni visual, muzik dan pergerakan Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara masa kini. Sifat pendidikan tidak statik malah menarik perhatian dan menuntut perubahan dalam proses penyampaian ilmu. Cabaran negara pada masa kini ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Menurut Ayob Jantan (2005) cabaran utama yangdihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan adalah melahirkan warganegara yang berdaya tahan,dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat nasionaldan antarabangsa.Dalam hal ini, pendidikan yang berkualiti bakal menyumbang inovasi dan produktiviti yang tinggi bagi menangani cabaran negara dalam arus globalisasi. Selari dengan ini, usaha-usaha memantapkan sistem penyampaian, menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dan memastikan kurikulum adalah relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara.Dalam konteks pendidikan yang luas dan menyeluruh, Seni Dalam Pendidikan (SDP) merupakan satu lagi cabang ilmu ke arah melahirkan generasi pelajar yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Terdapat tiga bidang utama dalam mata pelajaran ini, iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.Ketiga-tiga bidang ini merupakan alat dan saluran yang penting di dalam usaha meningkatkan persepsi, estetika dan kreativiti pelajar dalam pembelajaran mereka. Dengan lain perkataan, usaha untuk melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)berbunyi:Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyelruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha iniadalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Justeru, penggabungan ketiga-tiga mata pelajaran ini dalam SDP adalah selaras dengan usaha untukmelahirkan warga pelajar yang seimbang dan berkualiti. Selain itu, usaha untuk mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih bermakna serta mencapai tujuannya.

1

2.0 Kepentingan Mata Pelajaran MuzikKepentingan Muzik mempunyai kelebihan dan unsuryang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada mata pelajaran ini merupakan subjek yang diajar di sekolah dan merentasi kurikulum dalam mata pelajaran lain. Pada pandangan saya, mata pelajaran ini lebih menjurus kepada rasional untuk melahirkan pelajar yang serba boleh dalam pembelajaran mereka serta kegiatan harian yang berkaitan.Tambahan pula, mata pelajaran ini sangat baik dan wajar dipelajari semua golongan tidak mengira usia dan latar belakang. Mata pelajaran ini dapat memupuk bakat dan minat dalam jangka masa panjang supaya memiliki ciri insan yang berbudaya, mempunyai citarasa seni yang tinggi dan kreatif. Dalam konteks sebagai guru yang mengajar di sekolah, pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif. Peranan sebagai seorang guru seni yang kreatif dan inovatif amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus berkesan dan relevan.Bagi bidang Muzik ianya akan memberi kefahaman berkenaan dengan kemahiran-kemahiran muzikdan memberi respon kepada ekspresi diri. Pada pandangan saya, bidang muzik dalam pendidikan dapat memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika dalam kehidupan. Matlamat akhir pendidikan yang berasaskan muzik mampu mencungkil bakat dan perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiah. Melalui muzik kita dapat meluahkan perasaan dan berkarya seperti nyanyian, pergerakan dan memainkan alat muzik sesuai dengan tahap kemampuan dan minat kita.Oleh itu, sebagai guru muzik harus berperanan menjadi pemangkin kepada para pelajar dengan membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan keatif bagimenghadapi perubahan-perubahan semasa. Unggapan dibawah menggambarkan betapa pentingnya peranan saya sebagai guru sebagai penyalur ilmu dan kemahiran kepada para pelajar.As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldnt be teaching because education is a constant prosess of change. Every single time you teachsomething tosomeone, it is ingested, something is done with it, and new human being emerges(Leo Buscaglia dalam Boon Pong Ying, 2005)2

3.0 Penghubungkaitan PengajaranPenghubungkaitan pelajaran merupakan satu tugas yang penting bagi seseorang guru. Pengajaran bukan sahaja menyampaikan maklumat sahaja tetapi yang lebih penting ialah membina dan mengembangkan idealisme hidup yang baik, berhemah dan mendorong seseorang menjadi manusia yang berjaya dan berjasa.Dalam proses mencari idea-idea baru dan idealisme pengajaran yang optimum, cabaran seseorang guru adalah amat getir supaya pengajarannya sentiasa relevan dan tidak kaku dan beku (Abd. RahimAbd. Rahsid, 2005). Kaedah penghubungkaitan ibarat isi dan kuku ,lagu dan irama, tanpa irama pincanglah lagu .Hubungan yang rapat dan saling berkaitan merupakan satu bentuk penyelesaian masalah bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Bagi menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran secara penghubungkaitan terdapat beberapa kriteria penting yang perlu dipatuhi, antaranya;(1) Mempunyai semangat saling bergantungan di kalangan pelajar. Dalam hal ini mereka mempunyai matlamat yang sama bagi mencapai kejayaan.(2) Kemahiran sosial untuk berkomunikasi juga sebahagian daripada aspek yang sangat penting.Proses interaksi sosial memerlukan mereka berhubung dan bekerjasama agar pembelajaran menjadi lebih aktif dan bermakna.(3) Kesedaran akuntabiliti pada setiap individu sangat penting. Keadaan ini akan memberi ruang dan peluang untuk mereka mengenali tanggungjawab masing-masing dalam kumpulan tersebut. Suasana ini akan mewujudkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif di dalam kumpulan.(4) Penilaian secara kumpulan dijalankan bagi menentukan kelancaran aktiviti yang dijalankan.Keadaan ini dapat mengukur dan mengetahui sejauh mana kejayaan dan pencapaian aktiviti yang dijalankan secara bersama. Proses menyelesaikan masalah (problem-sloving) dapat digabungdengan aktiviti ini bagi menentukan tahap pencapaian mereka. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator iaitu membimbing mereka ke arah penyelesaian masalah.

3

(5) Penggabungan idea dapat disatukan menjadi perkara pokok kepada permasalahan dalam prosespembelajaran.(6) Mewujudkan suasana dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran mereka. Proses interasisosial di kalangan pelajar disandarkan kepada persekitaran yang kondusif dan memberangsangkan.(7) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai satu matapelajaranDalam penghubungkaitan, terdapat tiga jenis bidang pembelajaran iaitu penghubungkaitan antara mata pelajaran; penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan; dan menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Dalam konteks ini, penghubungkaitan merupakan satucara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkait rapat antara satu sama lain tanpa ada menimbulkan masalah yang baru.Guru bertanggungjawab merancang pengajarannya dengan sistematik supaya dapat mencapaimatlamat dan berkesan. Di samping itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator iaitu memberi motivasi dan dorongan ke atas pelajar supaya sentiasa bersemangat dan terus berusaha dalam pelajaran mereka. Selain itu, guru-guru juga berperanan sebagai penyampai pengukuhan di mana mereka merancang dan memberi aktiviti-aktiviti yang mencabar dan mengukuhkan pengetahuan serta kemahiran pelajar. Mereka juga bertanggungjawab menyediakan bahan pembelajaran yang sesuaidan menarik supaya pelajar terus berminat untuk belajar. Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981) alatbantu pembelajaran dianggap sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dan pelajar dan pelajar sesama pelajar bagi mempercepatkan proses pemahaman mereka.Dalam konteks ini, peranan guru yang merancang pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran supaya tidak membosankan pelajar. Guru-guru perlu kreatif dan inovatif dalam menggunakan media (cetak dan elektronik) sebagai sokongan pengajaran mereka. Penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid (Kamarudin Hj. Husin, 1988).4

Proses refleksi ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran juga sangat penting. Para guru wajarmenguasai kemahiran ini supaya dapat mengesan kelemahan serta kekuatan pengajaran mereka.Sesuatu pengajaran yang berkesan dan bermakna perlu memberikan iktibar dan pengajaran yang berguna kepada pelajar. Abd. Rahim Abd Rashid (2005) menjelaskan pembelajaran yang bersifa trefleksi membolehkan pelajar mendapat iktibar dan pengajaran daripada sesuatu yang sudah berlaku.4.0 Pengintegrasian Mata PelajaranPengintegrasian merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Terdapat banyak jenis pengintegrasian yang boleh dijalankan dalam pengajaran di sekolah.Antaranya pengintegrasian pelbagai kemahiran dan mata pelajaran tertentu dalam konteks kurikulumdi sekolah rendah. Dalam tugasan ini, aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan adalah yang berkaitan dengan integrasi Seni Visual dalam pendidikan, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran Sains. Secara nalurinya, kanak-kanak amat menggemari aktiviti melukis dan mewarna. Dengan kemahiran ini para pelajar dapat mengaplikasi kemahiran melukis mereka dengan melukis gambar dan objek dalam mata pelajaran Sains mereka. Antaranya ialah seperti melukis gambar haiwan dan tumbuhan. Para pelajar dapat melahirkan karya seni mereka dalam meningkatkan pemahaman mereka supaya kekal lama.Di samping itu, murid-murid boleh melukis peta minda bagi mengingati sesuatu topik yang berkaitan dengan pembelajaran Sains mereka di sekolah. Pelajar sangat mudah mengingati isi pelajaran dengan menggunakan peta minda yang mereka reka sendiri. Menurut Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998) peta minda membolehkan pelajar mengingat sesuatu dengan mudah. Disamping itu, kemahiran menggabungkan dan menseimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kirisemasa belajar adalah amat sesuai bagi seseorang pelajar.Bagi muzik ianya boleh diintegrasikan dengan aktiviti nyanyian yang melibatkan topik-topik sains yang berkaitan. Guru berperanan mencipta lirik lagu yang sesuai dengan tema atau topic pembelajaran semasa di dalam kelas. Aktiviti ini wajar disusuli dengan unsur-unsur pergerakan yang sesuai supaya pelajar lebih meminati pengajaran guru dan mengingati isi pelajaran mereka dengan lebih lama lagi. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh pelajar menyanyikan lagu Bangau Oh Bangau sambil melakukan pergerakan apabila mengajar topik yang berkenaan dengan Haiwan adalah benda hidup.5

5.0 Manfaat Aktiviti PengintegrasianPengintegrasian ini banyak memberi manfaat kepada pelajar terutama dalam menguasai kemahiran belajar. Banyak peluang dan ruang untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang berguna dalam usaha melatih mereka menjadi pelajar yang aktif dan progresif. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengancara bersepadu.Di samping itu, pembelajaran para pelajar tidak terhad kepada sesuatu bidang sahaja dalam satutempoh masa, sebaliknya mereka akan didedahkan dengan bidang lain yang mempunyai kaitansupaya pembelajaran mereka lebih bermakna lagi. Para pelajar akan menjadi lebih kreatif dan kritisdalam pemikiran mereka, terutama dalam mengadaptasi konsep kemahiran belajar mereka.Selain itu, para pelajar akan lebih brminat dalam pelajaran mereka. Penggabungan pelbagai kemahiran dan bidang ilmu memberi gambaran yang luas kepada pengetahan mereka sekaligus mendidik mereka menjadi lebih rasional dan berdaya saing di dalam pembelajaran mereka. Sebagairumusan, aktiviti pengintegrasian ini banyak memberi faedah kepada para pelajar dan membantumereka dalam proses pembelajaran mereka di sekolah.Bahan Bantu Dalam Aktiviti Meneroka .Penerokaan bermaksud menyelidik sesuatu untuk mendapatkan pengetahuan dengan cara menjelajah. Dalam hal ini, bahan bantu atau alat amat diperlukan bagi membantu aktiviti meneroka di kalangan pelajar. Para pelajar digalakkan meneroka dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai supaya mereka lebih kreatif dan imaginatif. Guru bertindak sebagai fasilitator bagi memudah aktiviti pelajar. Bagi menguasai aktiviti-aktiviti untuk meneroka, peralatan-peralatan yang boleh digunakan pada peringkat awal adalah seperti meja, kerusi panjang, kerusi, gelong rotan, tali,bongkah dan rotan. Bahan-bahan ini mudah diperolehi di sekolah. Pelajar digalakkan meneroka secara bersendirian bagi membiasakan diri mereka dengan alat dan aktiviti sebelum meneroka dengan peralatan yang sebenar.Bagi membolehkan pelajar meneroka, sewajarnya mereka diberi ruang dan peluang untuk bergerak,melompat, berjalan-jalan supaya lebih yakin dalam situasi sebenar.Apabila mereka sudah menguasai kemahiran dan biasa dengan alat sebenar, barulah mereka menggunakan peralatan yang sebenar.Peralatan sebenar yang boleh digunakan adalah seperti palang imbangan, palang selari,peti pelanadan gelang. Pada peringkat ini pelajar sudah yakin dan boleh memperagakan aksi dan kemahiran mereka pada tahap yang maksimum.6Pada tahap memperolehi pengalaman, mereka melibatkan diriaktiviti permainan yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam menyalurkan ketahanan diripelajar. Proses membentuk daya tahan berlaku di samping menimbulkan tarikan serta keseronokan dikalangan pelajar.Setelah memperolehi pengalaman dalam bentuk yang sebenar pelajar menemui potensi ekspresif diri melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Mereka akan menjadi matang dan mampu meluahkan pandangan secara objektif dalam jangka masa yang panjang. Di samping itu, tahap kematangan mereka berada pada skala yang tinggi dan difahami oleh orang lain.Kesan penggunaan alat kepada proses pengajaran dan pembelajaran dapat membentuk konsep kendiri pelajar secara positif. Mereka akan menjadi orang yang responsif dan dapat menyesuaikan diridengan persekitaran yang sihat. Di samping itu, sahsiah pelajar akan terserlah dan personaliti mereka sangat baik. Berkenaan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, alat ini akan memberirangsangan persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi ke atas setiap pelajar. Keadaan ini akan membentuk sahsiah pelajar yang positif dan konsep kendiri yang stabil. Justeru, alat yang digunakan akan memberi lebih ekspresi terhadap pelajar dalam proses melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.6.0 MUZIK PELBAGAI BUDAYA DAN PENDIDIKAN MUZIK DI MALAYSIAPendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan modelprogram muzik Eropah yang hanya fokuskan teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal Barat.Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita bermain alat perkusi, alat tiupandan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam, orkestra dan nyanyian koir barat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Sejak sekolah rendah lagi diperkenalkan dengan alat-alat muzik barat seperti rekorder, kibod dan alat-alat perkusi barat yang lain.Selain itu pelajar-pelajar yang mempelajari muzik barat dianggap lebih elit dan eksklusifdibandingkan dengan pelajar yang tidak belajar muzik barat.Keadaan ini telah menyebabkan sistem muzik selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dianggap tidak penting olehgolongan pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri. Zaharul Lailidin Saidon(14:2009) menyatakan, amalan pendidikan muzik di Malaysia masih berorientasikan danberkisar secara eksklusif sekitar tradisi muzik klasikal barat. Ini dapat diperhatikan di semuaperingkat instutusi pembelajaran muzik formal, daripada rekabentuk kurikulum sehinggalah ke pendekatan pengajaran yang digunakan di bilik darjah atau dewan kuliah.7Oleh yang demikian, esei ini membincangkan muzik pelbagai budaya (multicultural music) dan muzik dunia (world music) serta isu-isu tentang pendidikan muzik di Malaysia.Terdapat kekosongan besar atau lohong dalam interaksi seni dan budaya dalamkalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Senario ini wujud sejak zamanpenjajahan lagi. Dimana, penjajah memang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divideand rule) untuk memudahkan mereka mengeksploitasi kekayaan ekonomi. Dasar inimenyebabkan tiada interaksi yang sebenar berlaku dalam aspek seni dan muzik dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Interaksi seni dan muzik ini sepatutnyawujud selaras dengan interaksi sosial dalam masyarakat Malaysia. Dimana, interaksi seni dan muzik pelbagai budaya tidak berkembang hebat setanding interaksi sosial yang sedia ada dalam masyarakat Malaysia.Dalam konteks perpaduan dan interaksi pelbagai budaya ini, seni dan muzikmerupakan satu media tanpa perbualan yang senang diterima oleh semua masyarakat dandapat merentasi sempadan tanpa mengira kaum, bahasa dan budaya.Pembelajaran muzikpelbagai budaya, dapat menambahkan sikap toleransi yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar dan juga masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Sikap toleransi inilah yangmenjadi akarumbi kepada perpaduan yang diidam-idamkan oleh pemimpin negara danmasyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, pemahaman dan penghayatan setiap elemenpelbagai budaya dalam masyarakat Malaysia sangatlah penting. Tetapi matlamat tersebutmenjadi tandatanya kerana, masih terdapat pelbagai halangan untuk mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang betul-betul tahu dan faham tentang budaya setiap etnik dan kaum di Negara kita.Masih terdapat masyarakat Malaysia yang belum mengenal dan faham pun tentangseni dan budaya etnik lain. Ketidaksefahaman inilah yang menjadi punca kepada pergolakan yang sekali-sekala melanda di Negara kita. Menurut Dr.Suseela Pensyarah Kanan FakultiPengurusan Pendidikan, Polisi Dan Perancangan, Universiti Malaya,Its because of peoples poor understanding of other culture and lack of learningfrom each other that misunderstanding occur( New Sunday Times, 1 Mar 2009)

8Kekangan dalam pemahaman pelbagai budaya (multicultural) ini hanya dapat diatasi melalui pemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita. Jadi,pengetahuan dan pengalaman tentang muzik pelbagai budaya harus diperkembangkan lagi untuk memahami dan mempelajari budaya etnik lain di Malaysia.Tetapi, terdapat kekosongan besar atau dalam erti kata lain tiada bahan-bahanpengajaran dan pembelajaran ensembel muzik tradisional lain di Malaysia, khasnya ensemble muzik Cina dan India. Kekosongan ini tidak seharusnya berlaku dalam pendidikan muziktradisional lain di Malaysia. Malah muzik tradisional lain, khususnya muzik Cina dan India menerima nasib yang sama seperti muzik tradisional Melayu yang hanya menjadi bahan.kajian, penyelidikan dan persembahan untuk tujuan akademik sahaja. Seperti kata JohanOthman,While ethnic music, especially of the Malays (Makyong for example) is mostlyconfined within the academia (for study, research and practical performance] and function within the tourism industry as a showcase product, Chinese and Indian sacred and secularmusic are performed at various rituals and temple rite. (Johan Othman, 2002: Wacana Seni,Cultural Decentralization Within A Post-Colonial Territory: Movements In Malaysian Musical Culture, Jilid 1,84) Muzik pelbagai budaya ini hanya dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti persembahan Kementerian Pelancongan sekadar memperagakan dan menunjukkan kepelbagaian dan kekayaan seni dan budaya negara kita kepada pelancong asing sahaja. Tambahan pula,warisan seni dan muzik setiap etnik di negara kita hanya dipelajari, diamalkan dan berkisardalam komuniti masing-masing sahaja. Dalam erti kata yang sebenar, tiada pengadunanberlaku dalam konteks muzik pelbagai budaya di negara kita. Hanya beberapa individu yanghebat seperti Ramli Ibrahim, yang dapat mempelajari dan membawa seni tarian India Barat hanaatiyam, ke suatu tahap yang tertinggi di dalam konteks seni dan muzik pelbagaibudaya ke persada dunia!

9Walaubagaimanapun, pada masa kini kesedaran tentang kepentingan warisan muziktempatan yang kaya dengan pelbagai budaya (multicultural) telah wujud dalam kalanganpendidik. Menurut Prof. Tan Sooi Beng,Increasing numbers of educators realize that there is a need to introduce their owntraditional music ( including the music of minorities) as well as the music of South East Asiaand other part of the world to the young through the music curriculum. (Dr.Tan Sooi Beng,2008 : A Paradigm Shift in teaching Music In Schools, Traditional Music andMulticulturalism in Malaysian Education. Education In The Asia Pasific Region: Issues,Concerns And Prospects, volume 11, Chapter 18, 249)Usaha ini patut disanjungi dan dipuji oleh pendidik-pendidik muzik di Negara kitakerana usaha tersebut telah meningkatkan muzik etnik berbilang kaum di tanahair kita dipersada dunia.Pelbagai kajian dan projek telah dijalankan mengenai muzik etnik di tanahair kitaoleh pengkaji-pengkaji seperti Patricia Matusky, Tan Sooi Beng dan Ghouse Nasaruddin .Mereka telah menghasilkan literatur yang terbanyak dalam muzik tempatan.Untukmemartabatkan dan merealisasikan warisan muzikal tradisional dan pelbagai budaya dinegara kita. Menyedari kekosongan dan kekurangan ini , Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah yang bijak dengan memberi kepentingan kepada Muzik Tradisionaldan Muzik Pelbagai Budaya Tempatan dalam kurikulum sekolah menengah. Dalam objektifsukatan pelajaran sekolah menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan target pencapaian pelajar seperti berikut:setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik di peringkat menengah, pelajar berkebolehanbermain muzik instrumental secara solo dan dalam ensemble muzik konvensional dantradisional dengan mengamalkan teknik yang betul( Sukatan Pelajaran Pendidikan MuzikSekolah Menengah, 2003)

11Objektif Kurikulum Pendidikan Muzik yang tersebut telah memberi peluang kepada anak-anak kita mengenali dan bergiat aktif dalam permainan alat-alat muzik tradisional dantradisional lain selain daripada muzik konvensional iaitu muzik Barat. Usaha ini telahmemberi pengiktirafan kepada muzik tradisional tempatan amnya, dan muzik tradisional lainkhususnya muzik taradisional etnik-ernik lain di Malaysia seperti ensemble muzik Cina dan ensemble muzik India. Dengan erti kata lain KPM telah memberi peluang kepada anak-anakkita mengenali dan mempelajari muzik tradisional tempatan yang teridiri daripada pelbagaibudaya (multicultural) dan pelbagai etnik.Ini telah diterapkan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Menengah. Iaitu,di bawah aspek 2.3 Pengalaman Ensembel Muzik Tradisional, 2.3.1 Penyertaan DalamEnsembel Muzik Tradisional dinyatakan bahawa, Pihak sekolah boleh memilih EnsembelCaklempong, Ensembel Gong Sabah/Sarawak, Orkestra Cina, Ensembel Muzik India danensembel muzik tempatan yang tiada kaitan dengan pemujaan untuk mengajar pendidikanmuzik tempatan. Terdapat banyak buku dan video untuk mengajar muzik-muzik tempatan.Banyak bahan rujukan ensembel tradisional kompang, gamelan dan caklempong telahdibangunkan dalam bentuk buku panduan, audio dan video. Namun bahan-bahan yangdihasilkan dalam ensembel muzik tradisional Melayu tidak mencukupi. Selain daripadaensembel muzik tradisional tempatan, tiada buku panduan, audio ataupun video bagaimanacara untuk belajar dan mengajar ensembel muzik tradisional lain, khususnya ensembel muziktradisional India dan Cina. Dimana, kaum India dan Cina merupakan komponen kaum utama dalam masyarakat Malaysia yang kaya dalam nilai seni, muzik dan budaya.Terdapat kekosongan besar atau dalam erti kata lain tiada bahan-bahan pengajaran danpembelajaran ensembel muzik tradisional lain di Malaysia, khasnya ensembel muzik Cinadan India. Kekosongan ini tidak seharusnya berlaku dalam pendidikan muzik tradisional laindi Malaysia. Penonjolan tradisi muzik pelbagai kaum ini harus dimantapkan lagi dalampendidikan muzik di Malaysia. Zaharul Lailidin Saidon (2009:18) menyatakan,penonjolan tradisi muzik pelbagai kaum merupakan sesuatu yang digalakkan sebagaimanifestasi prinsip bersatu dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang didokong olehkerajaan. Oleh itu, kurikulum pendidikan muzik di institusi pendidikan formal perlu turutmenjelmakan dan mempraktikkan perinsip yang sama.

12Kekangan dalam pemahaman setiap budaya ini hanya dapat diatasi melaluipemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita. Seruan 1Malaysia hanya akan menjadi kenyataan apabila wujud persefahaman dan perpaduan diantara berbilang kaum dan pelbagai budaya (multicultural) di negara kita. Persefahaman dan perpaduan pelbagai budaya seharusnya ditanam dan dipupuk pada generasi muda dariperingkat persekolahan lagi. Seruan 1 Malaysiaini hanya akan menjadi kenyataan apabila wujud persefahaman dan perpaduan di antara berbilang kaum dan pelbagaibudaya (multicultural) di negara kita. Persefahaman perpaduan inilah yang menjadiimpian setiap rakyat Malaysia yang inginkan kebahagian dan keharmonian tanahairtercinta.Oleh yang demikian, langkah-langkah yang sepatutnya perlu diambil untuk dapat memenuhi manifestasi kerajaan dengan membantu dan mengisi kekosongan dalambahan-bahan pengajaran dan pembelajaran alat-alat ensembel muzik pelbagai budayauntuk memartabatkan warisan muzik pelbagai budaya di tanahair kita.7.0 KesimpulanSebagai kesimpulan dapatlah dikatakan mata pelajaran Muzik memainkan peranan penting dalam mencorakkan keterampilan pelajar dalam banyak aspek. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kondusif mampu melahirkan dayakreativiti, persepsi, estetika, inovatif dan semangat jati diri pelajar yang tinggi. Bidang-bidang kemahiran Seni Dalam Pendidikan (SDP) yang mencakupi aspek penghubungkaitan, pendekatan bertema dan pengintegrasian mata pelajaran jelas memperlihatkan kepentingan pengajian ini dipelajari dan sekaligus memperkayakan khazanah ilmu dalam konteks global. Justeru, SDP adalah wadah yang tidak kurang pentingnya dalam mencanangkan warisan bangsa serta menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.