arahan kepada pelajar guru semasa proses pengundian

2
Arahan kepada pelajar guru semasa proses pengundian. 1. Terdapat tiga pusat pembuangan undi dibuka iaitu di Gelanggara, Dewan Agung dan Dewan Persidangan. 2. Pusat mengundi telah ditetapkan untuk ambilan-ambilan tertentu. Sila rujuk dan patuhi jadual waktu keluar mengundi yang telah disediakan bagi melicinkan perjalanan pilihan raya. 3. Waktu mengundi bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.30 petang. Pusat mengundi akan ditutup dengan rasminya pada pukul 3.30 petang. Sekiranya semua pelajar guru telah mengundi di pusat berkenaan sebelum pukul 3.30 petang, pihak SPR akan menutup pusat mengundi lebih awal. Usai pusat mengundi ditutup, proses mengira undi akan dijalankan. 4. Semua pelajar guru diwajibkan mengundi pada pilihan raya kali ini. Sesiapa yang gagal hadir atau gagal mengundi akan dikenakan tindakan disiplin. 5. Semasa mengundi, pelajar guru wajib berpakaian mengikut kod permakaian pelajar guru IPGM. 6. Setiap pelajar guru wajib mengemukakan Kad Matriks Pelajar atau Kad Pengenalan atau Slip Pengenalan Diri Sementara. Sekiranya pelajar guru gagal mengemukakan mana-mana salah satu perkara ini, pelajar guru tersebut dihalang untuk mengundi. Maka kehadiran pelajar guru tersebut tidak akan dikira. 7. Kad Matriks Pelajar akan dipegang oleh urus setia SPR semasa proses mengundi dan akan dipulangkan di pintu keluar pusat mengundi sejurus selepas selesai. 8. Pelajar guru dilarang sama sekali untuk membawa masuk sebarang bentuk beg, buku, fail, makanan dan minuman serta lain-lain bahan yang dirasakan tidak perlu ke dalam pusat mengundi. Segala barangan yang dibawa perlu diletakkan di luar pusat mengundi. 9. Pelajar guru dilarang membuat bising di dalam pusat dan kawasan sekitarnya.

Upload: ana-bella

Post on 25-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

SPR

TRANSCRIPT

Page 1: Arahan Kepada Pelajar Guru Semasa Proses Pengundian

Arahan kepada pelajar guru semasa proses pengundian.

1. Terdapat tiga pusat pembuangan undi dibuka iaitu di Gelanggara, Dewan Agung dan

Dewan Persidangan.

2. Pusat mengundi telah ditetapkan untuk ambilan-ambilan tertentu. Sila rujuk dan

patuhi jadual waktu keluar mengundi yang telah disediakan bagi melicinkan

perjalanan pilihan raya.

3. Waktu mengundi bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.30

petang. Pusat mengundi akan ditutup dengan rasminya pada pukul 3.30 petang.

Sekiranya semua pelajar guru telah mengundi di pusat berkenaan sebelum pukul

3.30 petang, pihak SPR akan menutup pusat mengundi lebih awal. Usai pusat

mengundi ditutup, proses mengira undi akan dijalankan.

4. Semua pelajar guru diwajibkan mengundi pada pilihan raya kali ini. Sesiapa yang

gagal hadir atau gagal mengundi akan dikenakan tindakan disiplin.

5. Semasa mengundi, pelajar guru wajib berpakaian mengikut kod permakaian pelajar

guru IPGM.

6. Setiap pelajar guru wajib mengemukakan Kad Matriks Pelajar atau Kad Pengenalan

atau Slip Pengenalan Diri Sementara. Sekiranya pelajar guru gagal mengemukakan

mana-mana salah satu perkara ini, pelajar guru tersebut dihalang untuk mengundi.

Maka kehadiran pelajar guru tersebut tidak akan dikira.

7. Kad Matriks Pelajar akan dipegang oleh urus setia SPR semasa proses mengundi

dan akan dipulangkan di pintu keluar pusat mengundi sejurus selepas selesai.

8. Pelajar guru dilarang sama sekali untuk membawa masuk sebarang bentuk beg,

buku, fail, makanan dan minuman serta lain-lain bahan yang dirasakan tidak perlu ke

dalam pusat mengundi. Segala barangan yang dibawa perlu diletakkan di luar pusat

mengundi.

9. Pelajar guru dilarang membuat bising di dalam pusat dan kawasan sekitarnya.

10. Calon atau mana-mana wakil kelab penyokong atau mana-mana pihak dilarang

membuat sebarang aktiviti kempen melalui verbal, bahan bercetak mahupun bahan

visual elektronik di dalam pusat dan kawasan sekitarnya.

11. Setiap pelajar guru berhak mematuhi segala arahan dan peraturan semasa

mengundi. Pihak SPR berhak menghalang pelajar guru dari mengundi atau

melaporkan salah laku kepada pihak HEP.

12. Pelajar guru hendaklah menanda simbol ‘X’ di dalam kotak calon yang disediakan.

13. Hanya satu undian sahaja untuk setiap jawatan. Sekiranya terdapat lebih dari satu

tanda pangkah bagi jawatan tersebut, kertas undi dikira rosak.

14. Undi yang bertanda pangkah ‘X’ dalam petak yang disediakan sahaja diterima.

Selain dari tanda tersebut dikira sebagai undi rosak.

15. Keputusan pilihan raya akan dijumlah dan diumumkan di Dewan Persidangan.