april 2008 - fp.utm.my · pdf fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar...

27

Upload: doque

Post on 24-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang
Page 2: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan : ……………………………………….

Nama Penyelia : TUAN HJ. HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : APRIL 2008

Page 3: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA KESELAMATAN DAN

KESIHATAN DI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU.

NURBAIZURA BINTI YAHYA

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………...........

Nama Penulis : NURBAIZURA BINTI YAHYA

Tarikh : APRIL 2008

Page 5: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

iii

DEDIKASI

Diabadikan buat insan-insan yang tersayang ,

Teristimewa Buat , Ayahanda dan Bonda yang dikasihi…..

(Hj Yahya Bin Hj Rahmat & Hajah Zuraidah Bt Hj Idris) Yang sentiasa mendoakan kejayaanku…..

menjagaku dan mendidikku sehingga ku tahu mengenal erti kejayaan sehingga aku megah berdiri di kalangan bijak pandai….

Teristimewa buat,

Tunangku (Mohd Azhar Bin Mohd Salleh @ Khalid)

Yang sentiasa memberi peransang dan semangat sepanjang perjauanganku…. Menunjukkan ku jalan kecermerlangan....

Khas buat,

Kakak serta adik-adikku tersayang….. Terima kasih di atas dorongan dan penghargaan yang diberikan selama ini….

Yang memjadikan ku terus mengapai cita-cita….

Jua buat, Buat teman-teman yang mengenali diri ini.... menjaga diri ini ketika disambar keresahan...

Kenang daku dalam doa kalian Semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah s.w.t.

Amin…

Page 6: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah dan

izinNya memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya dalam menyempurnakan

Projek Sarjana Muda (PSM) bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan jayanya.

Persediaan dan perancangan yang rapi dan teratur diperlukan bagi

memperolehi kejayaan dalam menghasilkan projek ini kerana kejayaan tidak akan

datang secara kebetulan, sebaliknya ia perlu dicari dan dikejar. Walau bagaimanapun

kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa tunjuk ajar, bantuan, kerjasama,

sokongan, galakan dan pengorbanan beberapa orang tertentu di sekeliling saya.

Justeru itu saya merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Tn Hj Hassan Bin Hushin selaku penyelia yang begitu banyak membimbing

dan membantu tanpa rasa jemu dengan curahan idea-idea yang bernas dan menarik.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua

pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang banyak

memberi sokongan dan dorongan dalam merealisasikan projek ini dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada Ustaz

Jelani Bin Ramly selaku Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru

yang telah memberi kebenaran dan kerjasama kepada saya untuk menjalankan kajian

di sekolahnya. Sekian terima kasih.

Page 7: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat amalan pengurusan kurikulum,

pengurusan keselamatan dan pengurusan kesihatan di Sekolah Rendah Islam

Hidayah (SRIH). Sampel kajian terdiri daripada 68 orang guru SRIH. Soal selidik

digunakan sebagai intrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan

untuk melihat amalan pengurusan kurikulum, amalan pengurusan keselamatan dan

amalan pengurusan kesihatan di SRIH. Nilai keboleh percayaan instrumen kajian ini

adalah α= 0.916. Data maklumat yang diperolehi telah dianalisis dengan

menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial ( SPSS )Versi 14.0 serta analisis

deskriptif berbentuk peratus dan min. Hasil kajian mendapati min keseluruhan bagi

pengurusan kurikulum dan pengurusan keselamatan adalah tinggi. Oleh itu jelas

membuktikan bahawa semua aspek pengurusan ini diamalkan oleh pihak sekolah.

Walaubagaimanapun bagi elemen pengurusan kesihatan berada pada tahap

sederhana. Penyelidik mencadangkan kepada pihak sekolah untuk mempertingkatkan

keberkesanan amalan pengurusan kurikulum serta keselamatan dan kesihatan di

kalangan pihak sekolah dengan menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan

kesihatan. Cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan

penambahbaikan.

Page 8: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the curriculum, safety and health

management practices in Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH). 68 SRIH teachers

were selected as the sample of this research. Questionnaire was the research

instrument in this research. Descriptive statistic analysis was used to identify the

curriculum, safety and health management practices in Sekolah Rendah Islam

Hidayah. The value of alpha for the pilot test conducted was 0.916. The data

gathered were analyzed using Statistic Package for Social Science (SPSS) 14.0 For

Windows. The data was analyzed descriptive and it was presented in the value of

mean and percentage. Results showed that, for curiculum and safety management

element practice in SRIH with high value of mean. It clearly shows that all

management aspects already implemented among school team. But, in health

management element it’s found that at the moderate level. Finally, this research

suggests that school authorities should improve the effectiveness of management

practices among school team by forming a Safety and Health committee. Ideas for

further research have been submitted for purposes of continous improvement.

Page 9: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop dan Batasan Kajian 7

Page 10: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.8 Definisi Operational 7

1.8.1 Pengurusan 7

1.8.2 Pengurusan Kurikulum 8

1.8.3 Pengurusan Keselamatan 8

1.8.4 Pengurusan Kesihatan 8

1.8.5 Kurikulum 9

1.8.6 Sekolah Rendah Islam Hidayah 9

1.8.7 Amalan 9

1.9 Kesimpulan 9

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Teori Berkaitan 10

2.2.1 Definisi Pengurusan 10

2.2.2 Definisi Pengurusan Sekolah

Menurut Perspektif Islam 11

2.2.3 Konsep Pengurusan dari

Pelbagai Perspektif 13

2.3 Kajian Terdahulu 17

2.3.1 Kajian di Malaysia 18

2.3.2 Kajian Luar Negara 19

2.4 Pengurusan Kurikulum Sekolah 20

2.5 Pengurusan Keselamatan Sekolah 28

2.6 Pengurusan Rancangan Kesihatan

Sekolah 32

2.7 Kesimpulan 36

Page 11: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 37

3.l Pengenalan 37

3.2 Reka Bentuk Kajian 38

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 38

3.4 Tempat Kajian 39

3.5 Instrumen Kajian 39

3.5.1 Soal Selidik 39

3.6 Kajian Rintis 42

3.7 Kesahan Soal Selidik 43

3.8 Prosedur Kajian 44

3.9 Kaedah Penganalisaan Data 44

3.10 Pengumpulan Data 46

3.11 Analisis Data 46

3.12 Kesimpulan 48

BAB 4 ANALISIS DATA 49

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis Latar Belakang Responden

Kajian: Bahagian A 49

4.2.1 Jantina 50

4.2.2 Umur 50

4.2.3 Latar Belakang Pendidikan 51

4.2.4 Tempoh Perkhidmatan 51

4.3 Dapatan Persoalan Kajian 1 52

4.4 Dapatan Persoalan Kajian 2 61

4.5 Dapatan Persoalan Kajian 3 63

4.6 Kesimpulan 65

Page 12: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN 68

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Rumusan 69

5.3 Perbincangan Latar Belakang

Responden 69

5.4 Perbincangan Hasil Kajian 70

5.5 Cadangan Kajian 81

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 82

5.7 Kesimpulan 83

BIBLIOGRAFI 84

LAMPIRAN A - G 90-122

Page 13: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Tahap dan Taraf Pencapaian Sekolah 16

2.2 Tahap Pencapaian Sekolah Berdasarkan Peratus Pencapaian 16

3.1 Pecahan Item Soal Selidik 41

3.2 Nilai Alpha Cronbach 42

3.3 Panduan Penentu Skor Item 45

3.4 Amalan Penilaian Responden Berdasarkan Min 47

3.5 Kaedah Statistik yang digunakan untuk menguji Objektif 48

4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina 50

4.2 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur 50

4.3 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Latar Belakang 51

Pendidikan

4.4 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan 52

4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 52

Min Bagi Aspek Pengurusan Jawatan Kuasa Kurikulum Sekolah

4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 54

Min Bagi Aspek Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 56

Min Bagi Aspek Pengurusan Jawatankuasa Jadual Waktu Guru

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 58

Min Bagi Aspek Pengurusan Penyeliaan Pengajaran dan

Pembelajaran

Page 14: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 59

Min Bagi Aspek Pengurusan Perancangan Pengajaran

dan Pembelajaran

4.10 Jadual Perbandingan Min Aspek-Aspek Pengurusan Kurikulum 61

4.11 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 62

Min Bagi Aspek Sistem Kawalam Keselamatan

Murid

4.12 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 64

Min Bagi Aspek Aspek Sistem Kawalam Kesihatan

Murid

Page 15: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Elemen Dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 15

3.1 Format Instrumen 45

3.2 Pengiraan Julat Min 47

Page 16: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

xiv

SENARAI SINGKATAN

Bil - Bilangan

IPS - Institusi Pendidikan Swasta

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

SIH - Sekolah Islam Hidayah

SRIH - Sekolah Rendah Islam Hidayah

SMIH - Sekolah Menengah Islam Hidayah

KBSR - Kurikulum bersepadu Sekolah Rendah

UPSR - Unit Peperiksaan Sekolah Rendah

SPPM - Sijil Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh

SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

SKIPS - Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta

JKS - Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

HEM - Hal Ehwal Murid

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

ISO - International Organization for Standardization

SIRIM - Standards and Industrial Research Institute of Malaysia

MAMPU - Malaysian Adminstrative Modernisation and Management

Planning Unit

TQM - Total Quality Management

JNS - Jemaah Nazir Sekolah

MS - Malaysia Standard

IPS - Instrumen Pemastian Standard

GPK - Guru Penolong Kanan

Page 17: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

xv

SENARAI SINGKATAN

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

RKS - Rancangan Kesihatan Sekolah

JERI - Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek

MUSLEH - Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad

JPMP - Jawatan Kuasa Panitia Mata Pelajaran

Page 18: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 90

B Analisis Nilai Alpha Kajian Rintis 98

C Surat Akuan Menjalankan Kajian Di 99

Sek. Ren. Islam Hidayah

D Kesahan Soal Selidik 102

E Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 103

F Analisis Data Kajian Statistik Deskriptif 104-108

G Surat Pekeliling 109-122

Page 19: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan swasta telah wujud di Malaysia semenjak tahun 1950an. Pada

ketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai

persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

agama. Pada awal tahun 1970an, perkembangan semasa peranan dan fungsi sistem

pendidikan telah mewujudkan sekolah swasta bagi menampung para pelajar untuk

meneruskan pelajaran diperingkat menengah.

Tahun 1980an telah menyaksikan suatu perubahan yang penting di mana

pendidikan swasta turut sama menyediakan peluang pendidikan diperingkat

pendidikan tinggi sebagai alternatif kepada mereka yang tidak terpilih memasuki

institusi-institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Pada hari ini pendidikan swasta di

Malaysia telah berkembang dengan begitu pesat dengan penubuhan lebih banyak

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institusi Pendidikan Swasta (IPS).

Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh

institusi pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan

bantuan Kerajaan dan ia dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan,

pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah

Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

Page 20: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

2

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah menyediakan segala

kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran kepada semua kanak-kanak di

Malaysia khususnya di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Antara

kemudahan-kemudahan yang dimaksudkan termasuklah keselesaan bangunan, kerusi

meja, buku teks, makmal komputer dan guru bertauliah serta bilangan guru yang

mencukupi.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan untuk

semua, sektor swasta turut sama menyumbang kepada usaha tersebut. Banyak

Institusi Pendidikan Swasta atau ringkasnya IPS, beroperasi di seluruh negara bagi

menyediakan peluang pendidikan kepada warganegara Malaysia dan juga

warganegara antarabangsa.

Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru merupakan sebuah sekolah

swasta yang ditubuhkan bertujuan untuk memberi pendidikan Islam kepada anak-

anak bukan sahaja berasal dari Johor tetapi juga Sarawak, Sabah, Singapura dan

Indonesia dari darjah satu hingga darjah 6. Sekolah dibina tanpa bertujuan untuk

mencari keuntungan. Dalam menjalankan pendidikan, Sekolah Rendah Islam

Hidayah tidak terlepas dalam menjaga sistem pengurusan sekolah. Pelajar dapat

mempertingkatkan prestasi mereka jika sistem pengurusan sekolah adalah berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Satu sistem pengurusan yang sistematik perlu diwujudkan dan dilaksanakan

di sekolah bagi memastikan sekolah sentiasa mempertingkatkan keberkesanan

pengurusan di sekolah dengan menggunakan “Self Assessment” sebagai mekanisme

kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Mengikut Morphet, John dan Reller (1982), matlamat sesebuah organisasi

adalah untuk mengadakan keadaan yang mempertingkatkan kecekapan pengurusan

dan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan yang dapat mempertingkatkan

Page 21: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

3

kecekapan organisasi bagi mencapai matlamatnya. Dalam hubungan ini, bagi

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan sesebuah sekolah itu,

amalan dan beberapa perkara harus dipertimbangkan dengan teliti. Oleh itu dalam

pengurusan sekolah perlu di wujudkan sistem, peraturan dan norma kerja yang harus

dipatuhi oleh semua individu.

Di Malaysia kita memperkenalkan sistem piawaian untuk keluaran yang

dipasarkan dan memastikan kualiti keluaran tersebut. Hal ini termasuklah sijil

piawaian yang diberikan oleh SIRIM. Di peringkat antarabangsa kita mempunyai

piawaian yang ditentukan oleh suatu badan yang diiktiraf yang disebut sebagai ISO

9000 atau QS 9000. Dalam sistem pengurusan kita mempunyai kaedah untuk

menentukan kualiti dengan memperkenalkan Pengurusan Berkualiti Menyeluruh atau

TQM (Total Quality Management). ( Mohd Yusof Hj Osman, 2000).

Dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara terdapat Standard Kualiti

Pendidikan Malaysia-Sekolah (SKPM) yang digunakan oleh Jemaah Nazir Sekolah

(JNS) untuk memastikan pendidikan yang diberikan mencapai standard kualiti yang

tinggi. SKPM digunakan untuk sekolah dan institusi awam manakala untuk sekolah

dan institusi swasta memperkenalkan Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta

(SKIPS).

Kementerian Pendidikan akhir-akhir ini menerima laporan dan aduan

mengenai kejadian dimana murid menjadi mangsa kepada pelbagai jenis perbuatan

jenayah semasa dalam perjalanan pergi dan balik sekolah, yang dilakukan oleh orang

yang tidak berperikemanusiaan. Meskipun perbuatan jenayah tersebut dilakukan

diluar kawasan sekolah dan memang sukar bagi sekolah untuk membuat

pengawasan, namun Kementerian Pendidikan berpendirian bahawa keselamatan dan

kebajikan murid hendaklah sentiasa menjadi keutamaan perhatian pihak sekolah.

Sekolah Rendah Islam Hidayah merupakan sebuah sekolah swasta yang

hanya mengandungi garis panduan yang terhad dari segi pengurusan kurikulum serta

keselamatan dan kesihatan. Kebanyakan penyeliaan dan pemantauan sekolah dalam

Page 22: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

4

pengurusan kurikulum serta keselamatan dan kesihatan ini dibuat oleh guru besar dan

lembaga pengelola sekolah. Pemeriksaan dalaman oleh pihak sekolah perlu

dijalankan untuk menilai amalan pengurusan sekolah sebelum mengadakan audit luar

dari Musleh dan Jemaah Nazir.

1.3 Penyataan Masalah

Pengurusan sesebuah sekolah yang berkesan memainkan peranan yang

penting untuk memastikan sekolah berkenaan mencapai matlamat yang diharapkan.

Jika sesebuah sekolah mengkehendaki keputusan yang cemerlang dalam apa jua

bidang, maka pentadbir sekolah berkenaan perlulah mempunyai matlamat dan

strategi yang jelas untuk mencapai maksud yang diharapkan. Sesebuah sekolah yang

berhasrat menuju ke arah kecemerlangan perlulah mempunyai satu standard dalam

pengurusan penilaian yang memainkan peranan oleh guru dalam mengamalkan

pengurusan yang efektif.

Masalah yang dihadapi di sekolah swasta ialah tiada satu standard piawaian

yang dikhaskan kepada sekolah untuk digunakan sebagai garis panduan dalam sistem

penilaian pengurusan sekolah swasta di Malaysia. Berdasarkan kepada latar

belakang masalah yang dinyatakan, oleh itu pengkaji ingin menjalankan satu kajian

untuk mengenalpasti sama ada amalan pengurusan mengenai elemen pengurusan

kurikulum, pengurusan keselamatan dan pengurusan kesihatan di beri kepentingan

oleh guru di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru .

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pengurusan di Sekolah

Rendah Islam Hidayah, mengenai elemen pengurusan kurikulum, pengurusan

Page 23: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

5

keselamatan dan pengurusan kesihatan. Justeru itu kajian ini menjurus secara

spesifik untuk menjawab persoalan kajian berikut:

i. Mengenalpasti amalan Pengurusan Kurikulum di Sekolah Rendah Islam

Hidayah, Johor Bahru.

ii. Mengenalpasti amalan Pengurusan Keselamatan di Sekolah Rendah Islam

Hidayah, Johor Bahru.

iii. Mengenalpasti amalan Pengurusan Kesihatan di Sekolah Rendah Islam

Hidayah, Johor Bahru.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan cuba dijawab di dalam kajian ini iaitu berdasarkan

beberapa perkara yang telah disebutkan sebelum ini. Antaranya ialah:

i. Apakan amalan Pengurusan Kurikulum di Sekolah Rendah Islam Hidayah

Johor Bahru?

ii. Apakah amalan Pengurusan Keselamatan di Sekolah Rendah Islam Hidayah,

Johor Bahru?

iii. Apakah amalan Pengurusan Kesihatan di Sekolah Rendah Islam Hidayah,

Johor Bahru?

Page 24: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

6

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pihak

sekolah berkenaan mempertingkatkan lagi sistem pengurusan di Sekolah Rendah

Islam Hidayah (SRIH). Ia juga dapat memberikan garis panduan kepada pihak

sekolah terutamanya pentadbir bagi mewujudkan sistem pengurusan yang lebih

efisyen dan berkualiti tinggi. Pengkaji menganggap kajian itu penting kerana:

a. Menjadikan instrumen yang telah dibina oleh penyelidik sebagai penilaian

dalaman (self assessment) kepada sekolah untuk proses penambahbaikan.

b. Penyelidikan ini boleh dijadikan panduan secara am atau dirujuk oleh guru

dan pihak pentadbir supaya dapat memantapkan lagi sistem pengurusan

kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan.

c. Sebagai panduan dan kesedaran kepada pihak sekolah supaya memperbaiki

sistem pengurusan yang sedia ada.

d. Kajian ini juga memberi peluang kepada guru-guru meningkatkan kemahiran-

kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran untuk pencapaian kerja yang

cemerlang.

e. Maklumat dari kajian ini boleh dijadikan ‘benchmarking’ kepada sekolah-

sekolah swasta di Malaysia untuk mencapai standard kualiti yang di iktiraf di

dunia.

f. Memberi kesedaran kepada pihak sekolah supaya mewujudkan guru-guru

yang berkeyakinan tinggi dan menyediakan diri sebaik mungkin untuk

menjadi seorang guru yang berkualiti pada abad 21 ini untuk mendidik serta

melahirkan generasi yang berkualiti.

Page 25: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

7

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan melibatkan kesemua 68 orang guru di Sekolah

Rendah Islam Hidayah.(SRIH). Kajian ini terbatas kepada pengurusan kurikulum

serta pengurusan keselamatan dan kesihatan. Item-item kajian digubal untuk

mendapatkan maklumat tentang pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan

dan kesihatan. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah tinjauan dengan

menggunakan set soal selidik.

Kajian ini mengkaji elemen pengurusan Kurikulum, pengurusan Keselamatan

dan pengurusan Kesihatan yang merangkumi aspek jawatankuasa kurikulum sekolah,

panitia mata pelajaran, jawatankuasa jadual waktu guru, penyeliaan pengajaran dan

pembelajaran, perancangan pengajaran dan pembelajaran, ciri asas sistem kawalan

keselamatan murid, penekanan keselamatan murid luar kawasan sekolah dan

perkhidmatan kesihatan murid.

1.8 Definisi Operasional

Penyelidik telah menggunakan beberapa istilah dalam kajian untuk

menerangkan perbendaharaan kata yang dimaksudkan supaya lebih jelas dan tepat.

Definisi operasional yang diterangkan dalam bahagian ini adalah merupakan istilah-

istilah yang bersesuian dengan konteks kajian ini sahaja.

1.8.1 Pengurusan

Pengurusan dalam kajian ini adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang

dilaksanakan oleh pengetua dan guru sekolah dalam amalan pengurusan sekolah.

Aktiviti-aktiviti tersebut melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, penyeliaan,

Page 26: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

8

kawalan dan penilaian khususnya berkaitan dengan kurikulum, keselamatan dan

kesihatan.

1.8.2 Pengurusan Kurikulum

Pengurusan Kurikulum dalam kajian ini adalah merujuk kepada aspek

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, Panitia Mata Pelajaran, Jawatankuasa Jadual

Waktu Guru, Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran serta Perancangan Pengajaran

dan Pembelajaran. Setiap aspek mempunyai fungsi yang penting yang mesti

dilakukan untuk menentukan kejayaan pengurusan kurikulum supaya matlamat dan

objektif yang ditentukan tercapai.

1.8.3 Pengurusan Keselamatan

Pengurusan Keselamatan dalam kajian ini merujuk kepada penekanan ciri-ciri

asas keselamatan dan penekanan terhadap keselamatan murid di dalam dan luar

kawasan sekolah.

1.8.4 Pengurusan Kesihatan

Pengurusan Kesihatan dalam kajian ini merujuk kepada penekanan ciri-ciri

pengurusan kesihatan murid dari segi perkhidmatan kesihatan, penyelenggaraan

kantin dan kebersihan keseluruhannya.

Page 27: APRIL 2008 - fp.utm.my · PDF fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang

9

1.8.5 Kurikulum

Kurikulum dalan kajian ini adalah merujuk kepada rancangan atau program

pengajian yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman,

strategi pembelajaran dan pengajaran serta penilaian untuk mencapai objektif

pendidikan.

1.8.6 Sekolah Rendah Islam Hidayah

Dalam kajian ini, Sekolah Rendah Islam Hidayah adalah sebuah institusi

pendidikan swasta yang tempat di negeri Johor Bahru yang berteraskan Islam dan

tidak bermatlamatkan keuntungan. Kajian dilakukan ke atas sekolah ini adalah

bertujuan melihat amalan kualiti pengurusan kurikulum, pengurusan keselamatan dan

pengurusan kesihatan di SRIH.

1.8.7 Amalan

Sesuatu yang dilakukan oleh pihak sekolah di dalam pengurusan kurikulum

serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di Sekolah Rendah Islam Hidayah.

1.9 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan dalam penulisan bab satu, ia menekankan kepada latar

belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan

kajian dan definisi operasional. Kajian ini diharapkan dapat membuat satu

kesimpulan bahawa pengurusan yang diamalkan oleh pihak sekolah di Sekolah

Rendah Islam Hidayah boleh membantu pihak sekolah mencapai matlamat dalam

pengurusan dan dijadikan sebagai sumber rujukan pada masa depan.