apa yang kita dapat lihat ialah

4
Apa yang kita dapat lihat ialah, dalam bidang pendidikan dan pelajaran, Ibn Khaldun telah berpendapat bahawa ilmu itu telah terlibat secara keseluruhan mengikut pandangan Islam yang mana berbeza dengan teori Barat yang berkonsepkan sekular. Sumbangan Dalam Penulisan Ibnu Khaldun telah membawa satu penulisan yang baru dan diikuti oleh penulis-penulis buku kini. Itu penulisan autografi pengarang pada akhir buku. Ibnu Khladun melalui kitab agung nya Al-Ibar telah menuliskan autografi dirinya pada jilid tujuh, jilid terakhir daripada kitabnya itu. Beliau telah menceritakan sejarah hidupnya secara terperinci dan setiap peristiwa dalam hidupnya dicatat oleh Ibnu Khaldun. Antara yang ditulis oleh Ibnu Khladun ialah sejarah pendidikannya, jawatan-jawatannya dan peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya. Penulis-penulis buku telah meniru cara Ibnu Khladun ini. Cuba kita lihat pada buku-buku di pasaran. Di bahagian luar buku-buku pasti aka nada autografi si pengarang buku itu. Inilah antara perubahan yang dibawa oleh ibnu kahldun, si pemikir agung.

Upload: yuyu-liplap

Post on 10-Jul-2016

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Yang Kita Dapat Lihat Ialah

Apa yang kita dapat lihat ialah, dalam bidang pendidikan dan pelajaran, Ibn Khaldun

telah berpendapat bahawa ilmu itu telah terlibat secara keseluruhan mengikut

pandangan Islam yang mana berbeza dengan teori Barat yang berkonsepkan

sekular.

Sumbangan Dalam Penulisan

Ibnu Khaldun telah membawa satu penulisan yang baru dan diikuti oleh penulis-

penulis buku kini. Itu penulisan autografi pengarang pada akhir buku. Ibnu Khladun

melalui kitab agung nya Al-Ibar telah menuliskan autografi dirinya pada jilid tujuh, jilid

terakhir daripada kitabnya itu. Beliau telah menceritakan sejarah hidupnya secara

terperinci dan setiap peristiwa dalam hidupnya dicatat oleh Ibnu Khaldun. Antara

yang ditulis oleh Ibnu Khladun ialah sejarah pendidikannya, jawatan-jawatannya dan

peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya. Penulis-penulis buku telah meniru cara

Ibnu Khladun ini. Cuba kita lihat pada buku-buku di pasaran. Di bahagian luar buku-

buku pasti aka nada autografi si pengarang buku itu. Inilah antara perubahan yang

dibawa oleh ibnu kahldun, si pemikir agung.

Ibnu Khaldun merupakan seorang ahli pemikir yang melangkaui zaman. Beliau telah

menghasilkan kitab agungnya iaitu Al-Ibar yang berkisar mengenai ilmu sosiologi.

Kaedah-keadah pengkajiannya terhadap sejarah berbeza dengan keadah sedia ada

kerana ahli sejrah sedia ada hanya mencatat sejarah sebagai fakta. Contohnya ahli

sejrah sedia ada mencatatkan nama peristiwa dan tahun berlaku peristiwa tersebut.

Namun berlainan dengan Ibnu Khladun, beliau bukan sekadar mencatatkan

peristiwa malah beliau membincangkan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut.

tulisan-tulisan kreatif Ibnu Khldun ini berdasarkan pengalaman dan pemikiran

kreatifnya  sehingga Berjaya menjadikan sejarah sebagai satu bidang ilmu yang

unggul. Ini terbukti apabila buku-bukunya telah dikaji oleh masyarakat dunia.

Page 2: Apa Yang Kita Dapat Lihat Ialah

Pengaruh pemikiran Ibnu Khladun dalam bidang sejarah, falsafah sejarah,sosiologi,

sains politik dan pendidikan amat besar sehinggakan buku-bukunya telah diterjemah

dalam banyak bahasa timur dan barat antaranya ialah Bahasa Inggeris, Bahasa

Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Turki dan juga Bahasa Melayu. Kitab muqddimah

dikenali dalam bahasa inggeris dengan nama “Prolegomenon” dan juga  “An Arab

Philosophy of History”.  Kitab –kitab yang telah diterjemah kedalam bahasa lain

sentiasa dikaji dan diperbaharui

SUMBANGAN IBNU KHALDUN

Dunia telah mengiktiraf Ibnu Khladun sebgai bapa sosiologi kerana dia telah

melakukan revolusi terhadap pengkajian sejrah yang sedia ada. Dalam kajian

sejarah beliau, beliau telah memperluaskan bidang pengkajian sejarah dengan

menfokuskan sesuatu peristiwa sejarah kepada dua ketogori asas. Ketogori pertama

ialah akal. Manakala ketogori kedua pula ialah undang-undang sosial dan fizikal

keadaan setempat. Selain itu, dalam kajian sejarah beliau, Ibnu Khaldun telah

menekankan kepada empat pekara dalam menanalisis sesuatu peristiwa sejarah.

Pertama sekali beliau mengaitkan peristiwa-peristiwa antara satu sama lain melalui

sebab dan akibat. Keduanya ialah beliau membuat analogi antara masa lalu dan

masa sekarang. Seterusnya Ibnu Khaldun mengambil kira kesan terhadap

persekitaran. Perkara kempat pula ialah beliau mengambil kira kesan keadaan yang

diwarisi dan ekonomi.

Seluruh dunia berterima kasih kepada Ibnu Khladun kerana jasa beliau dalam

memperkenalkan skop kajian baru dalam sejarah. Beliau merupakan orang yang

pertama menganalisis sesuatu peristiwa dengan menekankan sebab dan akibat

sesuatu peristiwa berlaku Beliau merupakan insan yang pertama yang mengkaji

sejarah dari skop sebab dan akibat. Ibnu Khaldun juga mengaitkan perubahan

sistem sosial antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti iklim, tanah,

Page 3: Apa Yang Kita Dapat Lihat Ialah

makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi mereka. Ahli-ahli

sosiologi dunia kini menggunakan kaedah yang ditinggalkan oleh Ibnu Kaldun dalam

mengkaji sesuatu peristiwa sejarah. Hal ini demikian kerana, kaedah yang dibawa

Ibnu Khaldn ini lebih teliti dan tepat berbanding dengan keadah lama yang hanya

merekod sejarah tanpa memahami sebab-sebab sebenar yang menyebabkan

sesuatu peristiwa berlaku.