apa itu ubuntu

2
APA ITU UBUNTU? Entri ini merupakan panduan asas untuk sesiapa yang tertanya-tanya tentang apa itu Ubuntu? Apakah yang dimaksudkan dengan Ubuntu? Sebutannya ooo-boon-too bukan youuu-boon-too.. Tak percaya? Rujuk -> How To Pronounce "Ubuntu" Perisian Bebas atau Sumber Terbuka Pada lewat tahun 1980-an, menjadi kebiasaan bagi peminat atau pengatur cara program komputer untuk berkongsi perisian serta kod sumbernya. Ketika itu, sistem operasi (OS) Unix banyak diguna pakai oleh industri dan akademik. Bagaimanapun, OS ini menjadi terlalu ketat dengan paten sehingga menghalang pengguna komputer bebas untuk menukar kod-kod programnya. Richard Stallman, seorang saintis komputer melahirkan projek untuk mencipta klon kepada OS Unix yang dipanggil GNU - akronim bagi “GNU's Not Unix” yang mana mengamalkan dasar “kebebasan perisian”. Falsafah Perisian Bebas (Free software) atau Sumber Terbuka membenarkan pengguna mendapatkan kod sumber, berkongsi dan melakukan perubahan tanpa sebarang halangan. Richard percaya konsep ini lebih menyihatkan serta lebih natural dengan sifat manusia. Perisian Bebas juga lebih fleksibel untuk disesuaikan mengikut kehendak dan keadaan pengguna. Apa Itu Linux dan Apa Itu Kernel? Apabila GNU berkembang, banyak aplikasi UNIX telah pun diklon dan secara praktikalnya boleh dikatakan terdapat jumlah perisian yang mencukupi untuk dijadikan suatu OS yang baru akan tetapi GNU kekurangan satu item penting yang dipanggil kernel. Kernel merupakan jantung kepada mana-mana OS yang melakukan fungsi asas seperti menjadi “orang tengah” dalam komunikasi antara perisian dan perkakasan. Pada tahun 1991, seorang pelajar Universiti Helsinki, Linus Benedict Torvalds melakukan projek peribadi untuk menghasilkan kernel. Kernel ini pada asalnya ingin dinamakan Freax oleh Linus walau bagaimanapun, rakannya, Ari Lemmke yang menjaga server untuk memuat turun kernel ini menamakan direktori Linus sebagai Linux. Sejak itu, Linux diguna sebagai nama rasmi kernel ini. Keadaan bertambah rancak apabila Linus mengeluarkan versi kernelnya sebagai Perisian Bebas yang mana mendorong lebih banyak penyumbang kod menyertai projek ini dan seterusnya mematangkan kernel ini untuk digunakan secara massa. Akhirnya, Linux digabungkan dengan aplikasi-aplikasi GNU menjadikannya sebuah OS yang lengkap yang dipanggil GNU/Linux. Tetapi ramai pengguna komputer berasa janggal memanggilnya GNU/Linux kerana tulisannya yang panjang serta pelik dari segi

Upload: muhd-nur-iman

Post on 29-Jul-2015

616 views

Category:

Technology


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apa itu Ubuntu

APA ITU UBUNTU?

Entri ini merupakan panduan asas untuk sesiapa yang tertanya-tanya tentang apa itu Ubuntu?

Apakah yang dimaksudkan dengan Ubuntu? Sebutannya ooo-boon-too bukan youuu-boon-too..

Tak percaya? Rujuk -> How To Pronounce "Ubuntu"

Perisian Bebas atau Sumber Terbuka

Pada lewat tahun 1980-an, menjadi kebiasaan bagi peminat atau pengatur cara program komputer untuk berkongsi perisian

serta kod sumbernya. Ketika itu, sistem operasi (OS) Unix banyak diguna pakai oleh industri dan akademik. Bagaimanapun,

OS ini menjadi terlalu ketat dengan paten sehingga menghalang pengguna komputer bebas untuk menukar kod-kod

programnya.

Richard Stallman, seorang saintis komputer melahirkan projek untuk mencipta klon kepada

OS Unix yang dipanggil GNU - akronim bagi “GNU's Not Unix” yang mana mengamalkan dasar “kebebasan perisian”.

Falsafah Perisian Bebas (Free software) atau Sumber Terbuka membenarkan pengguna mendapatkan kod sumber,

berkongsi dan melakukan perubahan tanpa sebarang halangan. Richard percaya konsep ini lebih menyihatkan serta lebih

natural dengan sifat manusia. Perisian Bebas juga lebih fleksibel untuk disesuaikan mengikut kehendak dan keadaan

pengguna.

Apa Itu Linux dan Apa Itu Kernel?

Apabila GNU berkembang, banyak aplikasi UNIX telah pun diklon dan secara praktikalnya

boleh dikatakan terdapat jumlah perisian yang mencukupi untuk dijadikan suatu OS yang

baru akan tetapi GNU kekurangan satu item penting yang dipanggil kernel.

Kernel merupakan jantung kepada mana-mana OS yang melakukan fungsi asas seperti

menjadi “orang tengah” dalam komunikasi antara perisian dan perkakasan.

Pada tahun 1991, seorang pelajar Universiti Helsinki, Linus Benedict Torvalds melakukan

projek peribadi untuk menghasilkan kernel. Kernel ini pada asalnya ingin dinamakan Freax

oleh Linus walau bagaimanapun, rakannya, Ari Lemmke yang menjaga server untuk

memuat turun kernel ini menamakan direktori Linus sebagai Linux. Sejak itu, Linux diguna

sebagai nama rasmi kernel ini. Keadaan bertambah rancak apabila Linus mengeluarkan versi kernelnya sebagai Perisian

Bebas yang mana mendorong lebih banyak penyumbang kod menyertai projek ini dan seterusnya mematangkan kernel ini

untuk digunakan secara massa.

Akhirnya, Linux digabungkan dengan aplikasi-aplikasi GNU menjadikannya sebuah OS

yang lengkap yang dipanggil GNU/Linux. Tetapi ramai pengguna komputer berasa

janggal memanggilnya GNU/Linux kerana tulisannya yang panjang serta pelik dari segi

Page 2: Apa itu Ubuntu

bunyi. Maka kebanyakkan orang hanya menyebutnya Linux.

Apa Itu Distribution?

Oleh sebab, Linux bersifat bebas maka sesiapa sahaja boleh menyunting kod-kodnya dan menghasilkan OS baru

berasaskan Linux. Ini menyebabkan pelbagai variasi Linux wujud diluar sana. Variasi-variasi inilah yang disebut sebagai

distribution atau dalam singkatannya sebagai distro. Antara distro Linux yang terkenal termasuklah Ubuntu, Debian, Red

Hat, Fedora, openSUSE dan pelbagai lagi.

Apa Itu Ubuntu?

Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi Linux yang paling popular di kalangan pengguna desktop. Pertama kali

dikeluarkan pada 20 Oktober 2004. Ia menekankan pada kepenggunaan dan keselamatan. Ubuntu diasaskan oleh Mark

Shuttleworth, seorang ahli perniagaan dari Afrika Selatan. Perkataan Ubuntu berasal dari puak Zulu, Afrika yang bermaksud

“kemanusiaan kepada yang lain” atau “humanity towards others”.

Sokongan

Ubuntu mendapat sokongan pembangunannya dari syarikat Canonical Ltd. dan juga ahli komunitinya yang ramai. Ubuntu

juga akan mengeluarkan versi baru setiap enam (6) bulan iaitu pada bulan April dan Oktober tiap-tiap tahun. Kemaskini dan

naik taraf Ubuntu adalah percuma. Terdapat dua jenis sokongan bagi versi Ubuntu iaitu versi Long Term Support (LTS) dan

bukan LTS.

Versi dan Tempoh Sokongan

Long Term Support (LTS) ---> Tiga (3) tahun untuk Desktop Edition, Lima (5) tahun untuk Server Edition.

Biasa atau bukan LTS ---> 18 bulan untuk Desktop Edition dan Server Edition.

Versi Keluaran

Ubuntu versi baru akan dikeluarkan pada setiap enam (6) bulan yang mana nombor versi itu dipilih mengikut tahun dan

bulan ia dikeluarkan. Ia juga akan menggunakan nama kod (codename) bagi setiap versinya. Nama ini dipilih dalam dua

perkataan dan menggunakan huruf permulaan yang serupa pada kedua-dua perkataan.

Keperluan Minimum Ubuntu

Sebelum anda melakukan proses pemasangan Ubuntu, pastikan komputer anda mempunyai spesifikasi minimum seperti :

CPU 700 MHz

RAM 256 MB

Ruang Cakera Keras 4 GB

SUMBER/KREDIT : Buku Panduan Asas Ubuntu 10.04 LTS Desktop Edition