antara ibadah sunat yang digalakkan dalam bulan ramadhan

5
ANTARA ibadah sunat yang digalakkan dalam bulan Ramadhan, selain sembahyang tarawih, ialah bertadarrus membaca (tilawah) al-Qur'an al-Karim. Seperti ibadah yang lain, tilawah al- Qur'an juga punya peraturan dan adabnya. Pembaca al-Qur'an (qari` / qari`ah) sebaik-baiknya mengetahui dan mematuhi peraturan dan adab membaca kitab suci itu. Wajib bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya. Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. - Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci. Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama". - Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.” (Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan) Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci

Upload: mohammad-shukri

Post on 09-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KENA

TRANSCRIPT

Page 1: ANTARA Ibadah Sunat Yang Digalakkan Dalam Bulan Ramadhan

ANTARA ibadah sunat yang digalakkan dalam bulan Ramadhan, selain

sembahyang tarawih, ialah bertadarrus membaca (tilawah) al-Qur'an al-Karim.

Seperti ibadah yang lain, tilawah al-Qur'an juga punya peraturan dan adabnya.

Pembaca al-Qur'an (qari` / qari`ah) sebaik-baiknya mengetahui dan mematuhi

peraturan dan adab membaca kitab suci itu. Wajib bagi kita menghalalkan apa yang

dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula

beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya.

Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk

mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.

- Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk

yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.

Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia

tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu

utama".

- Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat

yang dibaca.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran

(khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.” (Hadis Riwayat: Ahmad

dan penyusun Kitab Sunan)

Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-

Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan

Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari)

(Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin

Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.

- Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh

ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan

menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat

Page 2: ANTARA Ibadah Sunat Yang Digalakkan Dalam Bulan Ramadhan

yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar)

Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh

dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil

menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” (Surah Al-Isra’: Ayat

109)

- Membaguskan suara membacanya, sebagaimana sabda Rasulullah yang

bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu

Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang

tidak melagukan al-Quran.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim) 

Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas

dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar

daripada ketentuan kaedah Tajwid.

- Membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah. Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah

daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (Surah An-Nahl: Ayat 98) 

- Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah terus

membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isti’adzah.

Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu

membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isti’adzah saja.

- Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti

daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya.

Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran,

ataukah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad: Ayat 24)

- Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu

membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak

orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah bersabda

bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-

Page 3: ANTARA Ibadah Sunat Yang Digalakkan Dalam Bulan Ramadhan

Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (Hadis Riwayat

Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad)

Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada

Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan

salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam

membaca (al-Qur'an).” (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim)

Jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan

sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran.

Misalnya, membaca dengan suara keras pada larut malam, yang akhirnya

mengganggu orang yang istirahat dan solat malam.

- Dengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah

bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala

dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat.”

(Surah Al-A’raaf: Ayat 204)

- Membaca dengan saling bergantian. Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara

bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan

tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di

dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali

akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah),

malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan

(malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

- Melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat Sajdah,

pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal

daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud,

kemudian membaca “Subhaana Rabbiyal A’laa”' (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha

Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit daripada

sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w

mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah

Page 4: ANTARA Ibadah Sunat Yang Digalakkan Dalam Bulan Ramadhan

pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.

- Berdoa selepas membaca al-Quran. Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa

sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan

mengucapkan: “Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran.” 

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa

apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan

berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

Setiap orang Islam wajib mengatur hidupnya sesuai dengan tuntutan al-Quran. Ia

harus dipelihara kesucian dan kemuliaannya, serta dipelajari dan difahami ayat-

ayatnya.

Pelaksanaan ini adalah sebagai tanda kita beriman kepada al-Quran.