anoreksia

3
Lampiran 1 Obses Kurus Oleh Suzan Ahmad 2011/09/18 SEPERTI anoreksia, masalah bulimia atau bulimia nervosa juga antara masalah kesihatan akibat tabiat makan yang bercelaru. Pesakit bulimia akan makan makanan kegemaran dalam jumlah banyak dan kemudian memuntahkannya semula. Malangnya, bukan saja makanan tetapi asid perut turut dimuntahkan bagi memastikan tiada makanan tersisa. Lazimnya penghidapnya bertindak menjolok anak tekak atau menggunakan pelbagai cara seperti julap dan diuretik (buang air besar atau kecil). Ini dilakukan kerana terlalu ingin mengurangkan berat badan dan pada masa sama masih boleh memakan makanan kegemaran mereka. Menurut Perunding Psikiatri & Hipnoterapi Klinikal Pusat Perubatan Prince Court, Dr Daniel Zainal Abdul Rahman, bulimia ada beberapa kriteria seperti episod makan berulang-ulang dan berlebihan daripada biasa, dalam jangkamasa singkat). “Kedua, timbul rasa menyesal selepas makan yang membawa kepada perbuatan memuntahkan semula makanan dengan menjolok anak tekak dan melakukan senaman keterlaluan dan juga berpuasa secara keterlaluan. “Ketiga, pesakit bulimia menilai diri, kehidupan dan kecantikan diri hanya berasaskan kepada penampilan, berat badan dan makanan. Mereka hanya memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan berat badan kerana di fikiran diri sentiasa gemuk dan tidak menarik. Keempat, aktiviti harian terganggu kerana gaya hidup yang terlalu berahsia, suka menghilangkan diri kerana mahu memuntahkan makanan menyebabkan mereka kurang bersosial dan kurang berkawan. Malah pesakit ini sanggup mengubah dan menyesuaikan gaya hidup mengikut tabiatnya yang suka memuntahkan makanan,” jelas Daniel ketika ditemui baru-baru ini. Menurutnya, pesakit bulimia boleh dikenali kerana tabiat pemakanan yang celaru memberi kesan paling jelas pada gigi dan mulut. Akibat kerap muntah, berlaku hakisan pada enamel gigi, kerosakan gigi dan jangkitan pada gusi. Tabiat kerap muntah juga menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan garam dalam tubuh (elektrolit). Ia boleh menyebabkan kekejangan dan degupan jantung yang tidak teratur. “Bulimia akan memberi kesan buruk kepada seluruh tubuh seperti tidak datang haid, cenderung untuk sembelit dan dehidrasi akibat penyalahgunaan diuretik dan laksatif, tinggi kalori dan nutrien dari makanan seperti kek, kuih muih, ais krim dan makanan segera. Kulit kering dan berkedut, kekurangan zat, rambut dan kuku mudah pecah. Malah kekurangan mineral dan vitamin juga boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang.” Seperti masalah psikologikal lain, bulimia tidak disebabkan oleh satu faktor sebaliknya gandingan beberapa faktor termasuk budaya penjenamaan sosial yang sering dipaparkan media cetak dan elektronik seperti tubuh langsing dan kulit cerah yang dilabelkan sempurna dan ideal. “Ia membawa pula kepada faktor pencetus yang kerap menimpa peragawati, model dan artis ternama. Ini termasuklah remaja yang baru memasuki usia akil baligh yang sangat rapuh jati diri dan masih mencari identiti. Bayangkan apa kesan komen bersahaja ibu, bapa, rakan atau saudara seperti “peha awak besarlah,” atau “muka awak bulatlah.” ke atas mereka. Faktor memudaratkan iaitu gemuk adalah hodoh dan kurus adalah cantik, faktor genetik dan faktor gangguan imej tubuh (lebih kepada anoreksia) juga memberikan kesan psikologi kepada pesakit.

Upload: lyana-a-rahman

Post on 22-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

anorexia nervosa, bulimia

TRANSCRIPT

Lampiran 2

Obses KurusOleh Suzan Ahmad2011/09/18

SEPERTI anoreksia, masalah bulimia atau bulimia nervosa juga antara masalah kesihatan akibat tabiat makan yang bercelaru. Pesakit bulimia akan makan makanan kegemaran dalam jumlah banyak dan kemudian memuntahkannya semula.

Malangnya, bukan saja makanan tetapi asid perut turut dimuntahkan bagi memastikan tiada makanan tersisa. Lazimnya penghidapnya bertindak menjolok anak tekak atau menggunakan pelbagai cara seperti julap dan diuretik (buang air besar atau kecil). Ini dilakukan kerana terlalu ingin mengurangkan berat badan dan pada masa sama masih boleh memakan makanan kegemaran mereka.

Menurut Perunding Psikiatri & Hipnoterapi Klinikal Pusat Perubatan Prince Court, Dr Daniel Zainal Abdul Rahman, bulimia ada beberapa kriteria seperti episod makan berulang-ulang dan berlebihan daripada biasa, dalam jangkamasa singkat).

Kedua, timbul rasa menyesal selepas makan yang membawa kepada perbuatan memuntahkan semula makanan dengan menjolok anak tekak dan melakukan senaman keterlaluan dan juga berpuasa secara keterlaluan.

Ketiga, pesakit bulimia menilai diri, kehidupan dan kecantikan diri hanya berasaskan kepada penampilan, berat badan dan makanan. Mereka hanya memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan berat badan kerana di fikiran diri sentiasa gemuk dan tidak menarik. Keempat, aktiviti harian terganggu kerana gaya hidup yang terlalu berahsia, suka menghilangkan diri kerana mahu memuntahkan makanan menyebabkan mereka kurang bersosial dan kurang berkawan. Malah pesakit ini sanggup mengubah dan menyesuaikan gaya hidup mengikut tabiatnya yang suka memuntahkan makanan, jelas Daniel ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, pesakit bulimia boleh dikenali kerana tabiat pemakanan yang celaru memberi kesan paling jelas pada gigi dan mulut. Akibat kerap muntah, berlaku hakisan pada enamel gigi, kerosakan gigi dan jangkitan pada gusi. Tabiat kerap muntah juga menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan garam dalam tubuh (elektrolit). Ia boleh menyebabkan kekejangan dan degupan jantung yang tidak teratur.

Bulimia akan memberi kesan buruk kepada seluruh tubuh seperti tidak datang haid, cenderung untuk sembelit dan dehidrasi akibat penyalahgunaan diuretik dan laksatif, tinggi kalori dan nutrien dari makanan seperti kek, kuih muih, ais krim dan makanan segera. Kulit kering dan berkedut, kekurangan zat, rambut dan kuku mudah pecah. Malah kekurangan mineral dan vitamin juga boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang.

Seperti masalah psikologikal lain, bulimia tidak disebabkan oleh satu faktor sebaliknya gandingan beberapa faktor termasuk budaya penjenamaan sosial yang sering dipaparkan media cetak dan elektronik seperti tubuh langsing dan kulit cerah yang dilabelkan sempurna dan ideal.

Ia membawa pula kepada faktor pencetus yang kerap menimpa peragawati, model dan artis ternama. Ini termasuklah remaja yang baru memasuki usia akil baligh yang sangat rapuh jati diri dan masih mencari identiti. Bayangkan apa kesan komen bersahaja ibu, bapa, rakan atau saudara seperti peha awak besarlah, atau muka awak bulatlah. ke atas mereka.

Faktor memudaratkan iaitu gemuk adalah hodoh dan kurus adalah cantik, faktor genetik dan faktor gangguan imej tubuh (lebih kepada anoreksia) juga memberikan kesan psikologi kepada pesakit.

Jika dibandingkan dengan aneroksia (pesakit mengelak dari menjamah makanan) bulimia lebih mudah untuk dipulihkan. Pakar psikologi bukan saja perlu menjalankan terapi kepada pesakit tetapi keluarga pesakit juga perlu diberi pengetahuan dan disedarkan mengenai masalah mental yang dilalui pesakit dan bagaimana untuk menghadapinya.

Merawat pesakit bulimia adalah usaha bersama pelbagai pihak. Pakar perlu meyakinkan pesakit bahawa dia perlu percaya, sanggup bekerjasama dan bersifat terbuka untuk pulih sepenuhnya kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang perlu dilakukan membabitkan gaya hidup pesakit dan keluarga. Motivasi pesakit perlu dibangunkan kerana untuk pulih ia masih bergantung kepada disiplin dan kekuatan dalaman pesakit

Pesakit bulimia terlalu tertekan dan sangat beremosi, jadi mengikut fasa tertentu kami mengajar mereka teknik untuk membina harga diri, bertenang, menilai semula cara senaman mereka dan mengubahsuai cara mereka bersenam selepas mengenalpasti masalah psikologikal lain seperti depresi, kegelisahan dan tahap penyalahgunaan bahan diuretik dan julap.

Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Obseskurus/Article/index

Gangguan Pemakanan Masalah MentalOleh Noor Fazrina Kamal28/05/2013

Perunding psikiatri dari Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah berkata, jumlah pesakitanorexia nervosa(anorexia)danbulimia nervosa(bulimia)di Malaysia tidak seteruk di negara seperti Amerika Syarikat, namun angkanya semakin meningkat tahun demi tahun.

"Walaupun Malaysia dikatakan antara negara yang kadar obesitinya tinggi, tetapi kesbulimia dan anorexiamenjadi satu senario membimbangkan," jelas beliau ketika sesi penerangan tentang anorexiadanbulimiadi hospital tersebut baru-baru ini.

Dr. Hamidah menerangkan anorexia dan bulimia sebenar boleh dianggap sebagai penyakit yang membabitkan gangguan tingkah laku pemakanan seseorang.

"Anorexia nervosadinamakan pada tahun 1868 oleh doktor William Gull. Masalah ini terjadi apabila seseorang itu mula mengehadkan dirinya kepada pemakanan.

"Malah pesakit juga mempunyai cara khusus dalam memilih makanan. Mereka begitu teliti pada pemakanan yang mengandungi minyak, lemak dan tidak sesekali memilih makanan bergula yang selalunya terdapat dalam manisan," jelas Dr. Nor Hamidah.

Ini merupakan satu simptom penyakit psikiatri dan dinilai apabila seseorang itu mengalami penurunan berat badan yang ketara (sekurang-kurangnya 15 peratus daripada berat badan asal). Golongan ini juga begitu takutkan obesiti dan kenaikan berat badan.

"Bagi wanita yang mengalaminya, mereka ketiadaan sekurang-kurangnya tiga kitaran haid berturut-turut. Pola diet mereka makin hari makin minimum hingga jadi pembenci makanan dan sering menyalahgunakan ubat julap," ujar beliau.Menurut Dr. Nor Hamidah, menerusi statistik yang diperoleh, seramai 0.37-4.06 daripada 100,000 penduduk negara ini mengalami gangguan pemakanan ini dalam setahun.

Daripada jumlah tersebut, satu hingga dua peratus adalah dalam kalangan remaja di sekolah dan pelajar universiti.

"Jangan terkejut kerana lima hingga 10 peratus daripada jumlah penghidap penyakit gangguan pemakanan ini adalah lelaki.

"Selain itu, golongan yang biasa terkena gangguan pemakanan ini adalah mereka yang datang daripada kelas atasan," ujarnya.Dr. Nor Hamidah juga memberitahu penyakitanorexiajuga tidak mustahil berulang dalam sejarah keluarga.

"Faktor genetik juga memainkan peranan apabila kajianTheanderpada tahun 1970 mendapati enam hingga 10 peratus dalam saudara perempuan bagi pesakitanorexia.

"Selain itu, faktor pekerjaan juga memainkan peranan terutama apabila tugasan mereka seperti sebagai model atau penari balet, menuntut mereka untuk sentiasa langsing dan kurus," katanya.

Apa yang dimaksudkan oleh Dr. Hamidah dengan penyakit adalah merujuk kepada sejenis gangguan psikiatri apabila individu terbabit mula menyekat makanan pada dirinya.

"Pesakitanorexiaadakalanya boleh menjadi simptom pesakitbulimiakerana mereka boleh memuntahkan semula makanan yang telah dimakan.

"Simptom psikiatri menjadi lebih bahaya apabila pesakit mula mengasingkan diri daripada bersosial, timbul tanda-tanda kemurungan, gejala cemas dan menjadi sangat obses.

"Pesakitbulimiajuga akan menjurus kepada simptom gangguan psikiatri seperti kemurungan, cemas, impulsif, konflik seksual dan gangguan dalam keintiman. Gangguan ini memang boleh menjadi keterlaluan disertai dengan gangguan panik serta gangguan keresahan.

"Jangan ingat hanya gangguan psikiatri saja boleh berlaku. Pesakitanorexiadanbulimiaturut berhadapan dengan pelbagai komplikasi fizikal seperti dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit, kompromi jantung dengan pelbagai aritmia, gangguan motiliti gastro usus, masalah buah pinggang, kemandulan, kelahiran pra-matang, komplikasi peri-natal lain, hipotermia dan sebagainya.

"Paling menyedihkan pesakit juga boleh berhadapan dengan serangan jantung lalu terus mengakibatkan kematian," ujarnya.

Beliau turut memberitahu, pada satu kajian yang dilakukan olehTheander(1985), mendapati bahawa gangguan pemakanan yang berterusan selama beberapa tahun telah mengakibatkan 18 peratus pesakit gangguan pemakanan ini mati akibat bunuh diri.

Sumber:http://www.utusan.net.my/utusan/Kesihatan/20130528/kn_01/Gangguan-pemakanan-masalah-mental