web viewislam yang sampai ke alam melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan...

30
PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU KANDUNGAN 1. Pendahuluan 2. Penyebaran Islam di Tanah Melayu 3. Pengaruh Islam ke atas Masyarakat Melayu 4. Islam semasa Penjajahan Inggeris 5. Kesimpulan Rujukan 0

Upload: lamkhuong

Post on 30-Jan-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU

KANDUNGAN

1. Pendahuluan

2. Penyebaran Islam di Tanah Melayu

3. Pengaruh Islam ke atas Masyarakat Melayu

4. Islam semasa Penjajahan Inggeris

5. Kesimpulan

Rujukan

0

Page 2: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

1. Pendahuluan

Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan

berkembang di Tanah Melayu sejak sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah

dikemukakan oleh sarjana-sarjana tempatan dan Barat berhubung tarikh

kedatangan awal Islam di Tanah Melayu. Namun yang penting Islam telah

bertapak di beberapa buah negeri dan diterima baik oleh masyarakat Melayu.

Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan Melayu Melaka bertindak

menyebarluas pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu.

Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada

kehidupan masyarakat Melayu yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya

iaitu terbentuknya suatu peradaban baru berteraskan Islam. Pengaruh Islam

bukan sahaja berjaya merubah kepercayaan tetapi juga sosio-budaya

masyarakat Melayu dari sudut pemerintahan, pendidikan dan kebudayaan.

Namun perkembangan dan pengaruh Islam menghadapi cabaran apabila kuasa

Barat khususnya Inggeris (British) menjajah Tanah Melayu dengan mencampuri

hal ehwal pentadbiran di negeri-negeri Melayu dengan memperkenalkan

beberapa dasar bercorak sekular dan moden dalam pelbagai aspek sehingga

secara perlahan meminggirkan pengaruh Islam. Situasi ini telah membangkitkan

kesedaran orang Melayu untuk bangkit menentang penjajah menuntut

kemerdekaan demi kesinambungan peradaban Islam yang telah lama bertapak

di negara.

1

Page 3: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

2. Penyebaran Islam di Tanah Melayu

Penyebaran Islam secara berencana dan menyeluruh di Tanah Melayu

berlaku di Melaka apabila munculnya kerajaan Melayu Melaka sebagai pusat

penyebaran Islam di samping sebagai pusat perdagangan yang terpenting di

rantau Alam Melayu. Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Melayu Melaka

dalam menyebarkan Islam ini telah menyebabkan Islam berkembang pesat di

beberapa buah negeri jajahannya di Tanah Melayu. Oleh kerana perkembangan

dan penyebaran Islam yang dilakukan oleh Melaka ini begitu ketara dan

menyeluruh, maka tidak hairanlah kenapa sejarawan Barat beranggapan Melaka

sebagai negeri yang mula-mula menerima Islam di Tanah Melayu pada abad ke-

15M apabila rajanya yang pertama memeluk Islam pada tahun 1414M.1

Namun pandangan ahli sejarah Barat ini disanggah oleh ahli sejarawan

tempatan kerana terdapat beberapa negeri selain Melaka telah menerima Islam

lebih awal seperti Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang sekitar abad ke-7

dan ke-8 Masihi.2 Namun pertapakan Islam di negeri-negeri tersebut pada waktu

itu dianggap sebagai peringkat masa tunas dan kedudukan Islam tidak kukuh

untuk berkembang. Orang-orang Islam hanya merupakan kelompok-kelompok

kecil yang hidup bersendirian dan tidak ada bukti menunjukkan usaha

pengembangan dan penyebaran Islam secara meluas dan menyeluruh di Tanah

1 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah, hlm. 70-71.2 Mahayudin Haji Yahaya (1998), Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. 15.

2

Page 4: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

Melayu dari negeri-negeri tersebut pada waktu itu melainkan hanya Melaka

diperakui berperanan bertindak menyebarluas Islam di rantau ini. 3

Proses pengislaman dalam kerajaan Melaka adalah lebih menyeluruh

sifatnya iaitu bermula dari pihak istana. Oleh yang demikian, proses penyebaran

agama Islam di kalangan rakyat negeri Melaka dan jajahan takluknya menjadi

meluas. Pahang, Terengganu, Johor dan Kedah adalah antara negeri yang

berjaya ditakluki Melaka dan tersebar Islam di sana. Bendahara Tun Perak4

adalah orang yang bertanggungjawab disebalik kejayaan peluasan kuasa

kerajaan Melaka dan penyebaran agama Islam ke seluruh Tanah Melayu.

Pada masa pemerintahan Sultan Muzafar Shah umpamanya, kedudukan

agama Islam semakin kukuh dan berkembang apabila baginda mempergiatkan

lagi penyebaran agama Islam menerusi kuasa politik. Dasar berbaik-baik dengan

kuasa-kuasa asing seperti Siam, Majapahit dan China yang dibuat oleh

pemerintah selepas itu, iaitu Sultan Mansur Shah, membolehkan kerajaan

Melaka menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perkembangan Islam di

dalam dan di luar negeri. Justeru itu, Melaka menjadi sebuah pusat kerajaan

Melayu yang terbesar dan pusat penyebaran agama Islam yang terpenting di

Nusantara pada masa pemerintahan Sultan Mansur Shah. Runtuhnya kerajaan

Majapahit di Jawa adalah hasil gerakan dakwah Islam oleh Melaka.5

3 Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. 515.4 Bendahara Tun Perak dianggap tokoh teragung dalam sejarah Melaka kerana kejayaannya menguatkan kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran agama Islam di samping kejayaannya meluaskan wilayah Melaka.5 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 99-100.

3

Page 5: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

Selain faktor politik dan penaklukan, penyebaran Islam di Tanah Melayu

turut disumbang oleh faktor perkahwinan, perdagangan dan gerakan dakwah

oleh golongan sufi.6 Walaubagaimana pun, faktor terpenting tersebarnya Islam

secara meluas adalah kerana agama itu sendiri di mana sifat-sifatnya dan

kandungannya adalah dengan mudah dapat mendorong orang mengikutinya.7

Sungguhpun, tarikh sebenar kedatangan Islam di Tanah Melayu masih

kabur, namun kedatangan dan penyebaran agama Islam yang berlaku di negeri-

negeri Melayu ini yang menjangkau masa yang lama dan tidak henti-henti telah

membawa pengaruh yang cukup besar dan bermakna kepada masyarakat

Melayu dari aspek pembentukan peradaban mereka.

3. Pengaruh Islam Ke Atas Masyarakat Melayu

Islam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran

sejarah baharu iaitu zaman bertamadun dan berkemajuan.8 Menurut Syed

Muhammad Naquib al-Attas, Islam mempunyai pengaruh yang amat besar,

mendalam dan meluas di Alam Melayu sehingga berjaya mencabut akar umbi

pengaruh Hindu-Buddha. Kedatangan Islam bukan sahaja menandakan

kedatangan zaman baharu, bahkan permulaan suatu zaman moden di rantau ini. 6 Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, hlm. 36.7 Wan Abdul Kadir (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, Kota Bharu: Masfami Enterprise, hlm. 35.8 Muhammad Zaki Badawi (1962), Latarbelakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 37.

4

Page 6: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

Ujarnya, segala-galanya berpunca daripada tamadun yang dibawa oleh Islam

berasaskan kepada rasionalisme dan kebebasan cara berfikir berbanding

dengan zaman sebelumnya yang tidak berasaskan kepada rasionalisme dan

akal fikiran masyarakat dibelenggu oleh kepercayaan yang salah.9

Pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas ini secara tidak langsung

menolak beberapa pendapat sarjana barat yang mengatakan bahawa pengaruh

Islam di Alam Melayu itu adalah suatu yang tipis iaitu hanya kulit sahaja

sedangkan di dalamnya adalah unsur Hindu dan Buddha. Anggapan sarjana

Barat ini telah mengelirukan. Bagaimana boleh dianggap penyebaran Islam itu

secara tipis sedangkan orang-orang Melayu itu menganut dan terlibat secara

dalaman dengan Islam.10 Sebenarnya pengaruh unsur Hindu dan Buddha itulah

yang tipis kerana agama Hindu dan Buddha hanya didalami dan diamalkan oleh

golongan istana sedangkan rakyat bawahan tidak mempunyai kefahaman yang

tepat berkenaan dengan agama-agama tersebut.11

Sejak orang Melayu menerima agama Islam, dapat ditegaskan ia

mempengaruhi secara mendalam dan melibatkan keseluruhan cara hidup harian

anggota masyarakat itu dan tidak hanya pada sistem kepercayaan sahaja.

9 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 3-4. 10 Wan Abdul Kadir (1992), Pembinaan Tradisi Dan Budaya Ekspresif: Budaya Melayu, Petaling Jaya: Masfami Enterprise, hlm. 25.11 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, hlm. 12.

5

Page 7: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

Perubahan yang berlaku ini merupakan suatu revolusi yang telah sama sekali

mengubah corak sosial dan politik masyarakat tersebut.12

Umumnya kedatangan Islam telah membawa pengaruh yang cukup besar

ke atas masyarakat Melayu sehingga mencorakkan lanskap peradaban mereka.

Pengaruh Islam ke atas masyarakat Melayu dapat dilihat pada aspek-aspek

berikut:

a. Aspek Akidah (Kepercayaan)

Kesan paling ketara dengan kedatangan Islam ke dalam masyarakat

Melayu ialah bertukar agama daripada beragama Hindu atau Buddha atau

kepercayaan animisma kepada berakidah Islam yang mentauhidkan dan

menyembah Allah s.w.t,13 di samping menyakini kewujudan malaikat, perutusan

para nabi, penurunan kitab-kitab, kewujudan hari akhirat dan ketentuan qadha

dan qadar.

Pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan juga menjadi benar

iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah s.w.t bukan untuk tujuan-tujuan

lain selain dari itu. Amalan berakidah tidak hanya terikat pada amalan ibadah-

ibadah yang diwajibkan sahaja tetapi juga pada setiap tindakan dan perbuatan.

12 Mohammad Redzuan Othman (2005), Islam Dan Masyarakat Melayu, hlm. 1. 13 Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 540.

6

Page 8: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

Kefahaman tauhid yang menjadi asas akidah Islam berjaya meresap masuk ke

dalam jiwa orang Melayu sehingga sukar untuk digugat keislaman mereka.

Sebab itu, cubaan untuk menyeberluas agama Kristian oleh penjajah ke atas

orang Melayu tidak memberi kesan. Malahan sampai kini, hubungan antara

Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan.14

b. Aspek Politik dan Pentadbiran

Kesan segera pengislaman di Tanah Melayu ialah kemunculan kerajaan

Islam seperti kerajaaan Islam Melaka. Sistem politik dan pentadbiran kerajaan

Islam ini telah memperkenalkan sistem pemerintahan empayar Uthmaniyah

dengan meletakkan ‘sultan’ sebagai ketua negara dan ketua agama Islam. Di

dalam perlaksanaan pentadbiran, sultan dijadikan ‘Khalifah Allah di bumi’ dibantu

oleh golongan penasihat yang terdiri daripada alim ulama dan mufti.15 Berbeza

dengan sistem kerajaan sebelum Islam di mana golongan agama tidak

mendapat tempat yang istimewa di dalam istana.

Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi

tidaklah dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti zaman Hindu yang

perlu disembah. Sultan bertanggungjawab menjadikan agama Islam sebagai

agama rasmi negara bagi mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan

14 Wan Abdullah bin Hj. Wan Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun Alam Melayu Serta Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam ITM, hlm. 223.15 Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (2004), Cetakan ke Empat, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 168.

7

Page 9: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

kemudahan sama ada dari segi penyebaran, pentadbiran dan perlaksanaan

hukum-hukumnya.16

Sultan juga bertanggungjawab memperkenalkan dan melaksanakan

undang-undang berdasarkan hukum syariah Islam dalam pentadbirannya bagi

menjamin keadilan dan kesaksamaan, walaupun di dalam beberapa perkara

tidak begitu sempurna dan kurang memuaskan. Hukum Kanun Melaka dan

Hukum Laut Melaka adalah antara contoh undang-undang bertulis yang

mengandungi hukum syariah Islam yang dikuatkuasakan dan dilaksanakan di

dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Di dalam undang-undang

berkenaan telah dicatatkan beberapa peruntukkan undang-undang mengikut

perundangan jenayah Islam seperti hukuman mencuri, membunuh, zina dan

sebagainya. Selain itu, dimuatkan juga peruntukkan tentang soal nikah kahwin,

pembahagian pusaka (faraid), hal yang berkaitan dengan muamalah seperti

urusan jual beli dan sebagainya juga dilaksanakan menurut sistem Islam. 17

c. Aspek Pendidikan dan Keilmuan

Mengenai sistem pendidikan dan ilmu pengetahuan ternyata agama Islam

telah membawa beberapa perubahan dan pembaharuan kepada peradaban

Melayu. Oleh sebab agama Islam menerima naungan daripada istana raja-raja

Melayu, maka istana telah dijadikan pusat kegiatan dan penyebaran ilmu

16 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 131-132.17 Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 541-542.

8

Page 10: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

pengetahuan. Begitulah halnya yang berlaku di Melaka, bermula daripada

sultannya yang pertama sehingga sultan yang terakhir sebelum tahun 1511M

mengambil berat tentang perkembangan pelajaran dan pendidikan Islam.18

Pernah diceritakan Sultan Mahmud Shah pernah mengunjungi rumah maulana

Yusuf untuk mempelajari kitab ”Maklumat”, di samping belajar dengan maulana

Sadar Johan.19

Institusi-institusi pendidikan sama ada rasmi atau tidak rasmi seperti

pendidikan di peringkat madrasah, pondok atau pesantren, masjid dan surau

telah wujud. Ini menunjukkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira

kedudukan sosial berpeluang untuk mendapat dan mempelajari ilmu

pengetahuan terutama mengenai ajaran Islam. Kesannya, ramailah masyarakat

Melayu yang celik huruf berbanding sebelum kedatangan Islam di mana ilmu

pengetahuan hanya dipelajari oleh golongan istana sahaja. Kesan lain ialah

muncullah golongan intelektual terutama alim ulama di beberapa pusat tamadun

Melayu Islam dengan karya-karya utama mereka terutama karya-karya

berbentuk keagamaan yang disampaikan dalam bentuk persuratan yang

dinamakan sastera kitab.20

Ulama dalam bidang agama ini tidak hanya berperanan sebagai guru

agama, pengarang kitab-kitab dan penasihat raja-raja malah turut berjihad

18 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 141.19 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hlm. 402.20 Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2004), hlm. 168.

9

Page 11: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

sebagai pahlawan di medan perang. Oleh itu, golongan ini sentiasa mendapat

penghormatan yang tinggi di kalangan masyarakat dan juga pemerintah.21

Kedatangan Islam secara tidak langsung telah mengangkat martabat

bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa ilmu pengetahuan dan penyebaran

dakwah di Alam Melayu dan dianggap sebagai Lingua-Franca di rantau ini.

Justeru itu, Islam dikatakan bertanggungjawab mengasaskan sistem pendidikan

yang terawal di Alam Melayu.22

Selain itu, dengan kemasukan Islam juga telah menjadikan bahasa

Melayu daripada bahasa lisan kepada bahasa persuratan, apabila tulisan jawi

diperkenalkan, melalui pengajaran yang berasaskan kepada al-Quran. Secara

kebetulan huruf-huruf jawi yang diperkenalkan oleh tulisan Arab amat sesuai

sekali dengan cara bahasa Melayu dituturkan.23

Penglibatan pedagang dan mubaligh Islam dari Arab dalam usaha

menyebarkan Islam di Alam Melayu secara tidak langsung turut mempengaruhi

penggunaan istilah dan perkataan bahasa Arab dalam bahasa Melayu.

Penggunaan istilah dan perkataan tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada

perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak tetapi juga

merangkumi segala aspek kehidupan yang lain seperti perkataan sultan, ilmu,

kitab, masjid, hisab, alam, sedekah dan lain-lain yang dipinjam dari bahasa

21 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 404.22 Syed Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu., hlm. 41.23 Mustafa Hj. Daud (1987), Pengantar Tamadun Islam, Petaling Jaya: Media Indah , hlm. 118.

10

Page 12: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

Arab.24 Hal ini tentunya memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu

dan menjadi simbol kekuatan Islam menerusi bahasa.

d. Aspek Sosial

Walaupun tidak sepenuhnya unsur-unsur sosial Islam mempengaruhi

masyarakat Melayu, namun sudah terdapat nilai-nilai persamaan taraf antara

manusia, tidak wujud lagi sistem perhambaan dan amalan kasta25 sebagaimana

yang diamalkan sebelum kedatangan Islam. Sungguhpun masih kedapatan

perbezaan status antara golongan bangsawan dengan rakyat tetapi perbezaan

itu tidaklah begitu ketara.26

Islam mengajar anggota-anggota masyarakat Melayu mengeratkan

hubungan persaudaraan sesama Islam, bantu-membantu dan tolong-menolong.

Peraturan dan panduan hidup adalah berasaskan kepada agama Islam.27 Unsur-

unsur metafizik yang berkaitan dengan rukun iman dan perkara-perkara

sam’iyyat28 serta hukum syarak yang terdapat dalam ajaran Islam seperti wajib,

sunat, makruh, haram dan harus amat mempengaruhi pemikiran orang-orang

Melayu di mana segala kegiatan yang dilakukan semata-mata didorong untuk

mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dalam kegiatan ekonomi misalnya, amalan 24 Dasuki bin Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 544.25 Kasta diertikan sebagai lapisan masyarakat atau tingkatan golongan dalam masyarakat, lihat Kamus Dewan (1996), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka26 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 133.27 Wan Abdul Kadir (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, hlm. 39.28 Sam’iyyat ialah beriman dengan perkara-perkara ghaib seperti percaya adanya siksaan kubur selepas mati adalah perkara benar dan tetap akan berlaku kepada orang yang telah meninggal dunia.

11

Page 13: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

riba, merampas dan penipuan dalam jual beli tidak lagi diizinkan. Bagi mendapat

keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan umum, kekayaan yang diperolehi

hendaklah dikeluarkan zakat dan digalakkan berwakaf dan melakukan amal

jariah.29 Demikianlah pengaruh agama Islam dalam membentuk masyarakat dan

budaya Melayu yang lebih kukuh, yang belum pernah berlaku sebelum ini.

e. Aspek Kesenian

Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti

arkitektur, epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya.30 Aspek

arkitektur atau seni bina dapat dilihat pada bangunan masjid, surau atau

madrasah, istana, rumah, kota dan sebagainya. Khusus tentang masjid yang

merupakan pusat ibadat umat Islam mempunyai beberapa ciri asasi pengaruh

kesenian Islam seperti bumbung kubah, mihrab dan mimbar, menara dan tulisan-

tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding masjid.31

Epigrafi seperti prasasti atau batu bersurat dan batu-batu nisan

kebiasaannya terdapat tulisan-tulisan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat al-

Quran serta angka-angka Arab. Batu nisan di Langgar Kedah misalnya terdapat

catatan kalimah Syahadah dengan tulisan khat kufi. Manakala prasasti di

Terengganu terdapat nasihat dan perintah bagi mentaati hukum-hukum syarak.32

29 Ibid., hlm. 134-135.30 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 390.31 Ibid., hlm. 391.32 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 135.

12

Page 14: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

Salah satu kesenian Islam yang terpenting ialah kaligrafi atau seni khat

Islam. Seni khat Islam ini dapat dilihat pada bangunan-bangunan masjid, batu

nisan atau batu bersurat, di samping tertulis pada benda-benda lain seperti

tembikar, mata wang, pakaian dan lain-lainnya.33

Adapun tentang seni logam, antara jenis-jenisnya ialah mata wang dan

senjata-senjata. Tentang mata wang, ianya menonjolkan nilai Islam dalamnya,

dengan menekankan sifat keadilan kepada raja-raja. Demikan juga pada senjata

keris, dari segi fungsi dan motif-motif ragam hias khususnya daripada ayat-ayat

al-Quran yang terukir pada hampir keseluruhan senjata ini yang mempunyai nilai

estetika yang tinggi.34

4. Islam Semasa Penjajahan Inggeris

Inggeris atau British adalah penjajah Tanah Melayu paling lama iaitu

bermula mengambil alih Tanah Melayu daripada penguasaan pihak Belanda

menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 sehingga mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957. Pada peringkat awal penjajahan, dasar pihak

Inggeris ialah tidak mahu mencampuri urusan yang berkaitan agama Islam dan

adat istiadat Melayu. Bagi pentadbir British, agama Islam yang telah sebati

dalam kebudayaan orang-orang Melayu bukanlah satu ancaman. Jika

33 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 394.34 Ibid, hlm. 395.

13

Page 15: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

mencampuri urusan agama seperti mengembangkan agama Kristian mungkin

akan mencetuskan ketegangan yang boleh mendatangkan masalah besar

kepada kepentingan ekonomi mereka. Oleh yang demikian mereka meletakkan

urusan yang berkaitan dengan hal-hal agama di bawah kuasa sultan sebagai

penaung.35

Menurut Muhammad Redzuan Othman, perluasan penjajahan British ke

atas Tanah Melayu ternyata tidak banyak mengubah amalan Islam dalam

kalangan orang Melayu, malah komitmen mereka terhadap agama pula tidak

pernah terjejas pada bila-bila masa.36 Namun begitu, penyerapan pengaruh

Barat tetap berlaku apabila Inggeris campurtangan dalam urusan pentadbiran

dan undang-undang kerajaan Melayu sehingga menghakis sedikit demi sedikit

pengaruh Islam. Seperti yang diungkapkan oleh Ahmad Ibrahim;

“Walaupun ada fasal yang menyatakan bahawa Raja-raja Melayu bersetuju menerima semua nasihat British kecuali dalam hal-ehwal mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu namun British sama ada secara langsung atau tidak langsung telah campurtangan dalam hal-ehwal agama dan pentadbiran. British secara tidak langsung telah membawa masuk undang-undang Inggeris menggantikan sebahagian besar pemakaian undang-undang Islam dan adat Melayu”.37

Menurut Ahmad Ibrahim lagi dengan memetik kenyataan R.J Wilkinson, tidak

boleh diragui lagi bahawa undang-undang Islam akan menjadi undang-undang

Tanah Melayu sekiranya undang-undang British tidak masuk dan menahannya.38

35 Mohammad Redzuan Othman (2005), Islam Dan Masyarakat Melayu, hlm. 17.36 Ibid., hlm. 23.37 Ahmad Mohamad Ibrahim (1986), Sistem Undang-undang Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 49.38 Ibid.

14

Page 16: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

Ekoran campurtangan Inggeris dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu

dengan memperkenalkan undang-undang Inggeris sehingga mengenepikan

sebahagian besar undang-undang Islam telah membangkitkan kemarahan di

kalangan orang-orang Melayu terutama dari golongan nasionalis Melayu dan

juga golongan ulama’. Namun semua gerakan penentangan ini dapat dipatahkan

oleh pihak penjajah. 39

Sungguhpun gerakan penentangan ini dapat dipatahkan, namun sedikit

sebanyak membuatkan pihak Inggeris mempertimbangkan kedudukan undang-

undang Islam dengan bertindak mengubah struktur pentadbiran agama Islam

dan undang-undang Mahkamah Syariah yang sedia wujud di samping

menubuhkan Majlis Agama Islam serta menggubal undang-undang untuk

dilaksanakan di mahkamah tersebut.40

Menurut Kassim Thukiman, pada zaman penjajahan Barat, Islam tidak

memberi kesan ke atas sistem politik masyarakat Melayu dan hanya dijadikan

sebagai agama rasmi di setiap negeri Melayu. Perkembangan agama Islam juga

semakin merosot dan terhad pemakaiannya. Ini kerana kerajaan British telah

menginstitusikan bidang agama menyebabkan ia menjadi sangat birokratik.41

Akibat campurtangan Inggeris, aspek-aspek lain turut terjejas seperti

ekonomi, pendidikan dan budaya. Proses modenisasi yang menjurus kepada

39 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 201.40 Ibid., hlm. 202.41 Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, hlm. 48.

15

Page 17: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

mementingkan kemajuan kebendaan yang dilakukan oleh pihak Inggeris dalam

pelbagai aspek ini telah mempengaruhi cara hidup masyarakat Melayu.

Kesannya, berlakulah suatu pemisahan dalam cara hidup di mana Islam hanya

pada ibadah ritual sahaja. Ini bermakna Inggeris berjaya menerapkan budaya

sekular dalam sistem pentadbiran dan kehidupan masyarakat Melayu. Di bidang

ekonomi misalnya, pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem kapitalis yang

menekankan aspek kebendaan bukannya aspek spiritual sebagaimana dalam

Islam. Pengaruh kapitalis ini mula tersebar di bandar-bandar moden di negara ini

kerana ia merupakan ukuran kemajuan Barat.42 Oleh itu, untuk mencapai

kemajuan seperti kemajuan orang-orang Barat masing-masing berusaha

mengejar kebendaan atau material.

Begitu juga dalam sistem pendidikan di mana sistem pendidikan sekular

mengambil-alih sistem pendidikan tradisional. Stamford Raffles dikatakan

pelopor sistem pendidikan sekular ini, kerana dialah yang mula-mula

menganjurkan supaya pelajaran bahasa Melayu diasingkan dari dasar pelajaran

al-Quran.43 Sistem pendidikan Inggeris ini secara halus mula menanam sikap,

nilai dan wolrdview Barat kepada murid-murid tempatan. Barat menyalurkan

nilai-nilai Barat dan melakukan proses modenisasi atau pembaratan menerusi

sistem pendidikan. Akibatnya lahirlah golongan yang cenderong kepada budaya

Barat apatah lagi dari segi psikologinya kedudukan orang Inggeris pada waktu

dipandang tinggi. Ini kerana kemajuan yang dicapai oleh Barat dari aspek luaran

42 Wan Abdul Kadir (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, hlm. 48.43 Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah Dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbitan Pena, hlm. 357.

16

Page 18: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

seperti teknologi, sains dan ilmu pengetahuan dengan sendirinya meletakkan

kedudukan orang-orang Barat di atas.44

Pengaruh budaya Barat juga disebarkan melalui penayangan filem-filem

Barat yang ternyata mendapat sambutan di kalangan muda-mudi Islam sehingga

mengabaikan amalan cara hidup Islam. Perlakuan, pakaian, fesyen dan

seumpamanya yang ditonjolkan menerusi filem-filem Barat selalu menjadi ikutan

orang-orang muda yang kebiasaannya mendapat tentangan dari golongan tua.

Ini kerana nilai-nilai dalam budaya Barat itu bertentangan dengan nilai-nilai

tradisi dan agama Islam.45

Menurut Haji Dasuki Haji Ahmad, sekurang-sekurangnya dua kesan

ditinggalkan oleh penjajah; pertamanya, melemahkan pengaruh Islam di Tanah

Melayu di mana kedatangan penjajah Barat dan penerapan kebudayaan Barat

serta kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi telah menambah

kemerosotan pengaruh Islam. Keduanya, memundurkan kehidupan orang Islam

akibat penguasaan ekonomi tempatan oleh penjajah Barat di samping

pembangunan yang dibawa oleh penjajah tidak memberi faedah kepada orang-

orang Melayu.46

44 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 49.45 Ibid., hlm. 50-51.46 Dasuki Haji Ahmad (1980), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 16-17.

17

Page 19: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

5. Kesimpulan

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu jelas telah membawa pengaruh yang

cukup besar kepada masyarakat Melayu. Islam yang tersebar ke seluruh Tanah

Melayu melalui beberapa faktor telah berjaya merubah kepercayaan, pemikiran

dan cara hidup orang-orang Melayu sehingga membentuk satu peradaban

Melayu yang berbeza dengan sebelumnya. Pengaruh Islam ini terus

berkembang dengan baik dalam tempoh yang agak lama.

Namun begitu pengaruh Islam telah terjejas apabila pihak Barat datang

menjajah terutama penjajah British atau Inggeris yang telah berjaya mencampuri

urusan hal-ehwal orang-orang Melayu dengan memperkenalkan dasar-dasar

Barat menerusi sistem Residen. Akibatnya nilai-nilai tradisi dan agama Islam

yang mewarnai politik, perundangan, ekonomi dan pendidikan dalam masyarakat

Melayu semakin terhakis dan terpisah.

Walaupun penjajahan Inggeris telah menjejaskan pengaruh Islam dan

membantutkan perkembangannya dalam pelbagai aspek, namun dari aspek

kepercayaan dan pegangan akidah orang-orang Melayu tidak terjejas dan tetap

dipertahankan. Akidah Islam yang sudah tertanam dalam diri dan sebati dengan

jiwa orang Melayu sejak sekian lama telah membangkitkan kesedaran dan

semangat di kalangan mereka untuk berjuang menentang penjajahan Barat ini

sehinggalah membawa kepada kemerdekaan tanahair pada tahun 1957.

18

Page 20: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

Selepas mencapai kemerdekaan, pengaruh dan perkembangan Islam kembali

mewarnai peradaban Malaysia.

19

Page 21: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

Rujukan

Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah Dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbitan Pena.

___________________ (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah.

Ahmad Mohamad Ibrahim (1986), Sistem Undang-undang Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (2004), Cetakan ke Empat, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kamus Dewan (1996), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mahayudin Haji Yahaya (1998), Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Zaki Badawi (1962), Latarbelakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .

Mustafa Hj. Daud (1987), Pengantar Tamadun Islam, Petaling Jaya: Media Indah.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Abdul Kadir (1992), Pembinaan Tradisi Dan Budaya Ekspresif: Budaya Melayu, Petaling Jaya: Masfami Enterprise.

20

Page 22: Web viewIslam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah ... atau tingkatan golongan dalam ... kemajuan Barat dalam bidang sains dan teknologi

_______________ (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, Kota Bharu: Masfami Enterprise.

Wan Abdullah bin Hj. Wan Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun Alam Melayu Serta Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam ITM.

21