analisis soalan upsr 20146dedikasi.weebly.com/uploads/4/3/9/9/43998997/analisis_soalan_upsr... ·...

10
ANALISIS SOALAN UPSR 2014

Upload: vuquynh

Post on 31-Jan-2018

254 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANAlisis soAlAN UPsR 20146dedikasi.weebly.com/uploads/4/3/9/9/43998997/analisis_soalan_upsr... · soalan yang telah dikemukakan pada tahun 2014. Soalan 1 pada tahun ini melibatkan

ANAlisis soAlAN UPsR 2014

Page 2: ANAlisis soAlAN UPsR 20146dedikasi.weebly.com/uploads/4/3/9/9/43998997/analisis_soalan_upsr... · soalan yang telah dikemukakan pada tahun 2014. Soalan 1 pada tahun ini melibatkan

÷×−

1. KEMAHIRAN BERBAHASA (Soalan 1 hingga 30)

Pada minggu ini, cikgu akan mengupas satu persatu soalan yang telah dikemukakan pada tahun 2014. Soalan 1 pada tahun ini melibatkan golongan kata yang biasa keluar iaitu berkaitan kata ganti nama diri. Pilihan jawapan ‘mereka’ hampir boleh dijadikan jawapan. Namun begitu, berdasarkan konteks ayat kita dapati bahawa jawapan ‘dia’ lebih sesuai untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan (tunggal). Bagi soalan 2, calon sekali lagi diuji dengan soalan kata ganti nama diri. Calon mungkin agak mudah untuk menjawab kerana ayat ini menggambarkan pengawal istana bercakap dengan pembesar negeri berkenaan, sultan. Kata ganti nama diri ‘baginda’ paling sesuai dipilih untuk menggantikan nama raja atau sultan. Soalan 3 pula ialah soalan kata adjektif. Kata kerja ialah ‘kata yang menerangkan sifat’. Perkataan ‘semerbak’ yang membawa maksud harum menepati konteks ayat yang berkenaan. Kata kunci dalam ayat ini ialah rangkai kata ‘... bau jambangan bunga mawar’. Untuk soalan 4 pula, calon sekali lagi diuji dari aspek penggunaan kata adjektif. Jawapan yang paling tepat ialah ‘bangga’ yang bermaksud senang dan besar hati mendengar berita kejayaan sahabatnya. Soalan 5 masih lagi melibatkan kata adjektif. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau keadaan. Berdasarkan ayat yang diberikan, ayat tersebut jelas menunjukkan keadaan ‘padat’ bagi menggambarkan jumlah penduduk yang ramai di sebuah kawasan perumahan. Jawapan ‘maju’ tidak sesuai kerana hanya merujuk kepada pembangunan dan begitu juga bagi jawapan ‘kurang’ kerana terdapat perkataan ‘terkejut’ dalam ayat yang boleh dijadikan kata kunci. Pilihan jawapan ‘banyak’, langsung tidak menepati konteks ayat dan situasi yang dimaksudkan. Bagi soalan 6, calon diuji berkenaan kata arah. Calon perlu memahami penggunaan kata arah yang berkaitan dengan gambar yang diberikan. Ternyata soalan ini tidak mengelirukan. Jawapan ‘samping’ yang bermaksud sebelah kiri atau kanan menepati konteks ayat dan gambar yang ditunjukkan. Soalan 7 pula calon mula dilibatkan dengan kata kerja dan soalan ini ialah soalan aras sederhana dan tidak mengelirukan. Jawapan yang lebih sesuai dan paling tepat ialah ‘tercapai’ kerana ‘tercapai’ sangat sesuai digunakan bagi menggambarkan maksud berjaya menjadi juara. Soalan 8, calon diuji dengan soalan berkaitan penggunaan kata majmuk yang paling tepat. Pilihan jawapan yang diberikan jelas tidak mengganggu calon untuk memilih jawapan yang paling tepat. Ternyata kata majmuk ‘papan kenyataan’ yang bermaksud papan tempat bagi meletakkan sebarang pengumuman amat tepat dipilih sebagai jawapan iaitu sebagai tempat melihat jadual pertandingan bola baling. Soalan 9 pula ialah soalan berkaitan kata penjodoh bilangan bergambar. Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Pilihan jawapan yang paling tepat ialah ‘sebilah’. Penjodoh bilangan ‘sebilah’ sangat tepat digunakan untuk benda yang tajam dan runcing seperti pahat. Soalan 10, jawapan kata ganda berimbuhan yang paling tepat ialah ‘memperkecil-kecil’. Kata ganda berimbuhan ‘memperkecil- kecil’ yang bermaksud ‘menganggap tidak penting sangat’ menepati konteks ayat. Soalan 11 pula, calon diuji dengan soalan berkaitan kata hubung. Jawapan untuk soalan 11 ialah ‘sehingga’. Kata hubung ‘sehingga’ dalam ayat ini menerangkan maksud ayat iaitu tempoh Hamdan bekerja sebagai pembantu kedai. Soalan 12 ialah soalan imbuhan pinjaman. Imbuhan pinjaman ialah imbuhan yang dipinjamkan daripada bahasa lain. Contoh imbuhan pinjaman awalan ialah maha-, pra-, tata-, panca, swa-, tuna, dan eka. Imbuhan pinjaman ‘tatasusila’ merupakan perkataan yang paling tepat digunakan dalam ayat tersebut bagi menggambarkan budi pekerti baik yang perlu ditunjukkan dalam majlis. Bagi soalan 13, jawapan paling tepat ialah ‘diseru’ yang membawa maksud orang ramai diajak atau dipelawa untuk menghulurkan derma kepada mangsa gempa bumi. Pilihan jawapan yang turut popular dipilih oleh calon bagi soalan ini ialah ‘dihebah’. Kata kerja ‘dihebah’ tidak sesuai digunakan kerana bermaksud diumumkan. Soalan 14, calon diuji dengan soalan berkaitan penggunaan kata bantu yang tepat. Kata bantu ialah aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan, iaitu sama

ada kerja itu akan, sedang, sudah, masih, baru, mula atau belum dilaksanakan. Bagi soalan 14, jawapan yang paling tepat ialah ‘mungkin’. Kata bantu ‘mungkin’ sangat tepat digunakan bagi menggambarkan keadaan atau situasi tidak pasti yang mungkin berlaku berkaitan dengan jerebu di Malaysia. Soalan 15 ialah soalan kata sendi nama. Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi nama yang sesuai dan yang paling tepat ialah ‘dari’. Kata sendi nama ‘dari’ digunakan untuk masa dan tempat dan sangat sesuai bagi menunjukkan ‘masa’ yang digunakan dalam ayat tersebut iaitu ‘zaman kanak-kanak lagi’. Soalan 16 dan soalan 17 ialah soalan berkaitan kata ganda berentak. Kata ganda berentak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Jawapan yang paling tepat dalam soalan 16 ialah ‘sesat barat’. Kata ganda ini menggambarkan keadaan sekumpulan pelancong yang telah tersesat ketika masuk ke kawasan hutan. Kata ganda ‘simpang-siur’, ‘silap langkah’ dan ‘pontang-panting’ memang tidak sesuai langsung dipilih sebagai pilihan jawapan bagi ayat tersebut. Bagi soalan 17 pula, jawapan yang paling tepat bagi menggambarkan keadaan pekerja yang bertanggungjawab serata bersungguh-sungguh ialah tidak ‘dolak-dalik’. Bagi soalan 18, sudah pastilah pilihan jawapan dan simpulan bahasa yang paling tepat ialah ada gaya yang bermaksud ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehan Najihah menjadi ketua murid. Kata kunci bagi soalan ini ialah perkataan ‘wibawa’ Soalan 19, kata seerti bagi perkataan ‘menjengah’ ialah ‘mengunjungi’. Kedua-dua perkataan ini bermaksud melihat atau menengok nenek, manakala soalan 20 pula melibatkan penggunaan kata berlawan dan kata lawan bagi perkataan ‘berhijrah’ sudah pastilah ‘menetap’. Kata ‘berhijrah’ dalam ayat yang diberikan membawa maksud berpindah atau meninggalkan sesuatu tempat. Dua soalan yang melibatkan kata banyak makna turut diuji. Soalan 21 melibatkan penggunaan kata ‘teguh’. Jawapan yang paling tepat ialah C iaitu bagi ayat III dan IV. Bagi ayat I sepatutnya ialah ‘tepat’ atau ‘bernas’ dan ayat II ialah ‘terus’. ‘Teguh’ bagi ayat III bermaksud kukuh, manakala dalam ayat IV, ‘teguh’ membawa maksud kuat atau kukuh. Bagi soalan 22 pula melibatkan penggunaan kata ‘cetek’ dan jawapannya ialah D iaitu I dan IV. Bagi ayat II sepatutnya ialah ‘reda’ dan ayat III ialah ‘dingin’. ‘Cetek’ bagi ayat I bermaksud ‘kurang’. Sementara itu, dalam ayat IV, ‘cetek’ membawa maksud belum banyak atau kurang. Pada tahun ini, seperti biasa calon diberi satu soalan untuk memilih jawapan yang sesuai dan satu soalan untuk memilih ayat tanya yang sesuai. Untuk memilih jawapan yang sesuai, calon perlu meneliti kunci ayat tanya yang diberi. Dalam soalan 23, jawapannya ialah D kerana soalan berkehendakkan sebab datuk ceria menyambut kepulangan cucunya. Bagi soalan 24 jawapan yang paling tepat ialah C kerana maksud soalan yang diberikan dalam jawapan C merujuk kepada jumlah terkini mangsa banjir di pusat penempatan mangsa banjir dan ayat soalan dalam C sangat sesuai dengan rangsangan jawapan yang diberikan. Sementara itu, soalan 25 dan 26 pula calon perlu memilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. Kedua-dua soalan ini agak susah sedikit kerana memerlukan calon membaca dengan teliti ayat yang diberi, kemudian menentukan satu ayat lain yang sama maksud. Selain itu, calon juga perlu melihat struktur ayat dan juga penggunaan kata yang mungkin akan menyebabkan sesuatu ayat itu akan berubah dari segi maksudnya. Ayat yang diberi juga agak panjang iaitu antara 7 hingga 15 patah perkataan. Jawapan yang tepat untuk soalan 25 ialah A dan jawapan untuk soalan 26 ialah C. Soalan 27 dan 28 setiap tahun merupakan soalan yang mempuyai aras kesukaran yang tinggi. Calon perlu meneliti setiap ayat untuk melihat jika ada kesalahan tatabahasa atau penggunaan kata dalam ayat. Untuk memudahkan calon mencari ayat yang betul, calon perlulah mencari ayat yang salah terlebih dahulu. Untuk soalan 27 jawapannya ialah A. Pilihan jawapan B salah kerana perkataan ‘di atas’ sepatutnya ditukarkan kepada ‘atas’ kerana pengguna ‘di’ menunjukkan tempat atau arah. Pilihan jawapan C salah kerana kata sendi nama ‘dari’ sepatutnya ditukarkan kepada kata sendi nama ‘daripada’. Pilihan jawapan D salah kerana kata hubung ‘sampai’ yang sepatutnya ditukarkan kepada ‘sejak’. Kata nafi ‘sejak’ yang digunakan tidak sesuai dengan ayat. Calon sekali

lagi perlu mempunyai kemahiran teknik menjawab soalan berhuruf roman bagi soalan 28. Jawapan bagi soalan 28 ialah B. Pilihan jawapan A salah kerana ayat I salah dari segi penggunaan kata ‘di dalam’. Pilihan jawapan C salah kerana ayat IV memang salah. Penggunaan kata hubung ‘supaya’ dalam ayat IV jelas tidak tepat dan salah. Ayat tersebut sepatutnya menggunakan kata hubung ‘untuk’, manakala pilihan jawapan D juga salah kerana terdapat ayat IV di situ. Bagi soalan 29, peribahasa yang paling tepat ialah ‘seperti lipas kudung’. Lipas kudung bermaksud bergerak dengan pantas sangat menepati konteks ayat yang menggambarkan keadaan pembantu rumah yang cepat membuat kerja. Bagi soalan 30 pula, peribahasa yang paling tepat ialah ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Peribahasa ini bermaksud anak akan mengikut kelakuan bapanya sewaktu kecil.

2. KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMAHAMI (Soalan 30 hingga 40)

Rencana dalam petikan pertama berkaitan laporan aktiviti gotong-royong Kelab Sains di Sekolah Kebangsaan Seri Permai. Petikan ini agak mudah untuk difahami. Soalan 31 ialah soalan berbentuk tersurat dan mudah difahami. Jawapan diberikan secara terus, tetapi calon perlu membaca dan memahami keseluruhan petikan. Soalan tersebut mudah untuk dijawab pembayang jawapan terletak dalam perenggan kedua, baris terakhir. Oleh itu, jawapannya ialah D iaitu Guru Penasihat. Guru Penasihat yang memberikan taklimat kepada semua petugas. Soalan 32 pula juga merupakan soalan tersurat yang jawapannya boleh diperoleh secara terus di dalam petikan. Pilihan jawapan yang diberikan juga tidak terlalu mengganggu calon untuk memilih A. Pembayang jawapan telah disediakan pada perenggan yang pertama dan dalam baris terakhir. Sekali lagi soalan secara terus diberikan dalam soalan 33. Pembayang jawapan bagi soalan ini berada pada perenggan ketiga, baris kedua dalam petikan. Untuk itu jawapannya ialah D. Soalan 34 ialah berkenaan memilih tujuan utama gotong-royong. Kata kuncinya ialah tujuan. Sebagai langkah pertama calon perlu mencari pernyataan berkaitan tujuan gotong-royong terlebih dahulu. Pilihan jawapan yang paling tepat ialah B kerana pilihan jawapan yang lain tidak memberi gambaran ‘semula’ kecuali pilihan jawapan B. Pilihan jawapan B tepat kerana tujuan utama adalah untuk menceriakan taman tersebut ‘semula’. Soalan 35 ini berbentuk perbendaharaan kata. Calon perlu memahami maksud rangkai kata memelihara keceriaan. Seperti yang kita sedia maklum, untuk mencari maksud perkataan atau maksud rangkai kata calon perlu menterjemahkannya secara tersurat dan calon juga perlu mempunyai penguasaan memahami ayat yang baik. Dalam hal ini, calon yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi akan berpendapat bahawa soalan ini merupakan soalan yang mudah untuk dijawab. Oleh itu, maksud yang paling sesuai ialah B iaitu memelihara keceriaan. Petikan kedua pula merupakan puisi berbentuk syair. Syair ini juga agak mudah untuk difahami. Calon boleh mendapatkan pembayang soalan bagi semua soalan yang diberikan dalam puisi. Klu soalan perlu diberi perhatian. Sebagai contoh, soalan 36. Klu soalannya ialah; …bertarung nyawa ibu melahirkan... Pembayangnya ada pada rangkap kedua. Jawapannya ialah D iaitu mempertaruhkan nyawa ketika melahirkan kita. Soalan ini berbentuk terus ataupun tersurat. Begitu juga dengan soalan 37. Klu soalan 37, ... Ayah bekerja untuk membesarkan kita... Jawapannya ialah A iaitu mencari nafkah untuk kehidupan. Pilihan jawapan yang diberikan juga tidak mengelirukan sangat. Dengan erti kata lain, calon tidak perlu terlalu meneliti soalan atau pilihan jawapan yang diberikan. Klu soalan 38, calon diminta memahami dua baris puisi yang diberikan … Janganlah nan lupa daratan, Tidak mengenal kaca dan intan... Jawapannya ialah B. Jawapan soalan 39 ialah C kerana pilihan jawapan yang lain ada pembayangnya dalam petikan. Seperti yang telah dinyatakan dalam ulasan petikan satu, perbezaan bagi soalan ini ialah calon perlu mencari pernyataan yang ada kaitan dengan petikan terlebih. Walau bagaimanapun, untuk soalan 40, calon sekali lagi perlu memahami maksud rangkai kata iaitu rangkai kata 'harum sentiasa'. Pilihan jawapan yang diberikan juga agak mengelirukan. Oleh itu, calon perlu benar-benar memahami dan meneliti maksud rangkai kata tersebut. Jawapannya ialah C iaitu terus berkekalan.

Oleh Anuar Ahmad [email protected]

12 JANUARI 2015 − ISNIN1027 BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN)DIDIKDIDIK

D5

ULASAN SOALAN

Page 3: ANAlisis soAlAN UPsR 20146dedikasi.weebly.com/uploads/4/3/9/9/43998997/analisis_soalan_upsr... · soalan yang telah dikemukakan pada tahun 2014. Soalan 1 pada tahun ini melibatkan

Apa khabar murid-murid? Cikgu harap kamu semua dalam keadaan sihat sejahtera. Pada minggu ini, cikgu akan membuat sedikit analisis tentang soalan UPSR 2014 yang boleh dijadikan panduan kepada murid-murid yang bakal menghadapi UPSR 2015.

Analisis Umum Kertas Bahasa Melayu - Penulisan mempunyai 3 bahagian yang dinilai iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Markah penuh kesemua bahagian ialah 60 markah. Jumlah kesemua soalan yang diberikan ialah 5 soalan dengan setiap bahagian murid hanya perlu menjawab 1 soalan sahaja. Maknanya,murid hanya perlu menjawab 3 soalan. Pemeriksaan yang dijalankan oleh pemeriksa ialah secara holistik dengan melihat keseluruhan jawapan murid dan pemberian markah berdasarkan skor yang telah ditetapkan.

Analisis Bahagian A Jumlah markah bagi Bahagian A ialah 10 markah. Bahagian A merupakan bahagian yang dikatakan agak mudah untuk murid menjawab kerana telah diberi bahan rangsangan iaitu gambar. Analisis ringkas soalan Bahagian A adalah seperti berikut:

Jenis gambar Gambar Tunggal (satu gambar)Lokasi gambar Di sungai Kunci soalan Aktiviti (merujuk watak atau manusia)

Jenis gambar Gambar Tunggal (satu gambar)

Jenis gambar ialah gambar tunggal iaitu satu gambar. Hal ini menunjukkan bahawa watak yang terdapat dalam gambar dipaparkan secara berselerak. Lantaran itu, murid-murid mesti menganalisis gambar yang diberi dengan mengambil masa mencari watak dan aktiviti yang dijalankan. Murid-murid mesti melihat keseluruhan gambar dengan mencari semua aktiviti atau kata kerja yang terdapat dalam gambar. Jika dianalisis gambar yang keluar pada tahun ini bolehlah dikatakan sebagai aras yang sederhana. Hal ini berdasarkan pada aktiviti yang terdapat dalam gambar mengandungi kosa kata yang biasa digunakan oleh murid-murid. Antara kosa kata yang merujuk aktiviti yang terdapat dalam gambar ialah:

mencuci membasuh membilas mengikatmenjala menebar mengangkat memancing

memasukkan berenang bermain bermandi-manda membantu mengait berbual

Namun begitu, terdapat juga kosa kata yang jarang digunakan oleh murid-murid terdapat dalam gambar tersebut. Contohnya:

menyental menambat melilit menebar bersembang

Jumlah kata kerja di atas menunjukkan bahawa aras soalan seimbang antara gambar dengan kata kerja yang ada. Bilangan watak yang terdapat dalam gambar juga melebih 10 orang.

Lokasi gambar Di sungai

Gambar yang dipaparkan juga tidaklah begitu asing kepada murid walaupun mungkin terdapat murid yang tidak pernah pergi ke sungai. Gambar aktiviti di sungai ini banyak terdapat dalam buku, akhbar, majalah dan dipaparkan dalam televisyen. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa gambar yang keluar pada tahun ini agak seimbang atau bersesuaian dengan semua murid di negara kita.

Kunci soalan Aktiviti (merujuk watak atau manusia)

Merujuk pada kunci soalan iaitu “Aktiviti” sudah pastilah jawapan yang ditulis mesti mempunyai kata kerja. Kata kerja merujuk pada aktiviti yang dijalankan oleh watak yang terdapat dalam gambar. Murid digalakkan membina ayat merujuk watak atau orang yang terdapat dalam gambar. Berdasarkan senarai kata kerja di atas, terdapat banyak ayat yang boleh dibina merujuk watak. Antara ayat yang boleh ditulis dan mendapat markah cemerlang adalah seperti berikut:

Pak Ismail yang duduk di tepi sebatang sungai sedang memancing ikan menggunakan sebatang joran.

Penggunaan kata hubung juga boleh membantu calon mendapatkan markah cemerlang. Contoh ayat seperti berikut:

Pak Ismail yang duduk di tepi sebatang sungai sedang memancing ikan menggunakan sebatang joran manakala Pak Abu memerhatikan ikan yang dapat ditangkap.

Seterusnya, cikgu berikan contoh ayat yang boleh mendapat markah cemerlang bagi soalan Bahagian A UPSR 2014.

1. Pak Ismail yang duduk di tepi sebatang sungai sedang memancing ikan menggunakan sebatang joran2. Seorang budak lelaki sedang meletakkan ikan ke dalam sebuah bakul manakala ayahnya memerhatikan ikan yang dapat ditangkap.3. Mak Minah sedang membasuh pakaian di tepi sungai sambil melihat beberapa orang budak lelaki bermandi- manda di sungai.4. Tiga orang budak lelaki bermandi-mandi sambil berbual di sungai itu dengan gembira.5. Seorang lelaki sedang menebarkan serawan jala ke sungai manakala seorang lelaki membuka ikatan tali sampan.

Analisis Bahagian B Jumlah markah bagi Bahagian B ialah 30 markah. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh calon dalam Bahagian B ini adalah seperi berikut: - Struktur ayat yang tidak gramatis dan ayat yang dibina ialah ayat tunggal. - Terdapat banyak kesalahan ejaan yang mengurangkan pemberian skor. - Penggunaan perkataan atau kosa kata yang tidak sesuai atau tidak tepat. - Imbuhan yang digunakan salah sehingga menyebabkan maksud juga salah. - Tanda baca yang digunakan salah, misalnya penggunaan huruf besar.

Analisis soalan Bahagian B secara ringkas adalah seperti berikut:

No. soalan Isi soalan Format1 ternampak kanak-kanak

terjatuhCerita tindakan

2 kebaikan menggunakan perpustakaan

Fakta

3 tempat menarik di tempat tinggal

Surat tidak rasmi

No. Soalan Isi soalan Format

1 ternampak kanak-kanak terjatuh

Cerita tindakan

Soalan 1 memerlukan murid menjawab tugasan dengan menulis tindakan apabila melihat kanak-kanak terjatuh dari buaian ketika bermain di taman. Lantaran itu, murid perlulah menulis tindakan yang perlu diambil selepas kanak-kanak itu terjatuh. Berikut dipaparkan antara kesilapan yang dilakukan oleh calon UPSR 2014 ketika menjawab soalan nombor satu. Antara kesilapan tersebut ialah: - membuat karangan yang berakhir dengan mimpi - tidak menyalin ayat yang diberi sebagai pendahuluan - menceritakan pengalaman orang lain

Cadangan isi untuk menjawab soalan nombor satu ini adalah seperti berikut: - Menulis pendahuluan dengan menyalin ayat yang diberi - Menulis gambaran awal tentang perasaan ketika itu - Berlari menuju ke arah kanak-kanak itu - Menjerit meminta tolong - Menyuruh rakan menghubungi ambulans dan ibu bapa kanak-kanak itu - Memberi bantuan kepada kanak-kanak itu - Bantuan sampai dan pulang ke rumah - Sampai di rumah menceritakan kepada keluarga

No. soalan Isi soalan Format

2 kebaikan menggunakan perpustakaan

Fakta

Soalan 2 ini memerlukan murid menjawab tugasan dengan menulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpus-takaan. Karangan fakta ini agak mudah untuk ditulis jika murid menguasai teknik menulis karangan fakta. Jika calon pernah menghadiri Klinik UPSR anjuran BH Didik sudah pasti boleh menjawab kerana semua teknik menulis karangan fakta telah diterangkan.

Antara isi karangan yang boleh ditulis dalam karangan ini ialah: - Pendahuluan dengan memberi definisi perpustakaan - Menambahkan ilmu pengetahuan - Mengisi masa lapang - Memberi hiburan - Tempat untuk mengulang kaji pelajaran - Tempat untuk berbincang dengan kawan - Meningkatkan kemahiran - Tempat untuk persiapan menghadapi peperiksaan - Mencari maklumat dengan melayari Internet - Penutup dengan menulis kesimpulan No. Soalan Isi soalan Format

3 tempat menarik di tempat tinggal

Surat tidak rasmi

Soalan 3 memerlukan murid menjawab tugasan dengan menulis tentang tempat-tempat menarik yang ada di tempat sendiri. Soalan berformat ini agak mudah walaupun ramai dalam kalangan calon tidak menjawab soalan ini. Soalan ini memerlukan calon bercerita tentang tempat menarik yang ada di tempat tinggal sendiri. Kesilapan yang banyak dilakukan oleh calon yang menjawab soalan ini kebiasaannya ialah kesalahan format. Kesalahan format akan menyebabkan markah ditolak. Calon yang menjawab soalan ini mestilah menguasai format surat kiriman rasmi dengan tepat.

Antara isi karangan yang boleh ditulis dalam jawapan calon adalah seperti berikut: - Nyatakan tujuan surat ditulis - Ceritakan tempat menarik yang terdapat di tempat tinggal - Nyatakan tarikan yang terdapat di tempat tersebut - Kemudahan awam yang disediakan - Keindahan flora dan fauna - Keunikan tempat sejarah dan keistimewaannya - Pusat rekreasi - Harapan agar rakan dapat datang

Analisis Bahagian C Jumlah markah bagi Bahagian C ialah 20 markah. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh calon dalam Bahagian B ini adalah seperti berikut: - Calon menyatakan nilai yang diberi salah atau tidak tepat. - Calon memberikan contoh yang tidak terdapat dalam petikan. - Terdapat calon yang memberikan nilai sinonim. - Huraian yang diberi tidak tepat atau tidak berkaitan dengan petikan.

Soalan pada tahun 2014 bolehlah dikategorikan sebagai aras yang agak tinggi kerana petikan yang kemukan ialah petikan surat kiriman rasmi. Namun begitu, jika kita analisis soalan tersebut, terdapat ayat yang boleh mewakili lebih daripada satu nilai. Kesimpulannya, soalan Bahagian C UPSR 2014 terdapat banyak nilai yang boleh dinyatakan walaupun aktivitinya agak terhad. Antara nilai yang ada ialah:- bertanggungjawab - prihatin - mengambil berat - ambil peduli - cakna - mematuhi peraturan- berwaspada - cermat - bekerjasama - semangat bermasyarakat - tolong-menolong - rasional- berbudi bahasa - beradab - bersopan santun

≤ Pelajaran Minggu Depan: Pengenalan

Oleh Cikgu Faiz [email protected]

12 JANUARI 2015 − ISNIN

ANALISIS SOALAN UPSR 2014BAHASA MELAYU - PENULISAN 1027

DIDIKDIDIKD6

Page 4: ANAlisis soAlAN UPsR 20146dedikasi.weebly.com/uploads/4/3/9/9/43998997/analisis_soalan_upsr... · soalan yang telah dikemukakan pada tahun 2014. Soalan 1 pada tahun ini melibatkan

The 2014 English UPSR paper was basically at par with the standard of the pupils. There were questions at all levels of difficulty. Thus, this has helped pupils with average competency to get good results. As with the previous UPSR papers, the questions in this paper were also divided according to numbers.

Questions 1 - 4 were mainly on adjective, noun (animals), home appliances, and homes of animals. Questions on places, verb and homes of animals were also asked in the 2010 paper. Pupils who did the past years’ questions would have a better understanding of the questions. The questions were direct and pupils should be able to answer them correctly.

Questions 5 -7 were on pictures describing a boy preparing himself to go hiking. The options given were easy and related to what pupils do everyday and were able to identify the answers. Most pupils would have answered these questions correctly.

Various situations were given in questions 8 to 10. The questions were rather direct, meaning pupils shouldn’t have any problem answering them. The situations given were a scene in a kitchen, three flower pots on a plank and baking cakes. Pupils had been exposed to these situations in the classroom during their lessons.

Questions 11 – 15 were on everyday situations that happened around the pupils. The functions that were tested were to enquire, to enquire information, to acknowledge and to thank/ show gratitude. Pupils should be able to answer all these questions easily as they were familiar with all the situations given.

Questions 16 – 20 were mostly on grammar items. Pupils were assessed on preposition, verbs to be, preposition, pronoun and adverb. Question 21 tested pupils on antonyms (opposite meaning). Questions 22 and 23 which was a test on spelling were on words that are common to the pupils. Although the words were simple and easy, pupils need to be cautious while selecting the correct answer as they need to select the option that has the correct spelling. Questions 24 and 25 were on punctuation. The questions tested pupils on the use of capital letter and exclamation mark.

The cloze passage (questions 26 – 30) was about a singing competition. The questions tested the pupils’ grammar skills and vocabulary. The questions were on nouns, verbs to be, nouns, continuous tense and preposition of location.

Questions 31 – 40 tested the pupils’ reading and comprehension skills. Pupils were given two passages, linear and non-linear. The non-linear passage (questions 31 – 35) was on a notice in table form while the linear (questions 36 – 40) was on a newspaper report.

Pupils were tested on a variety of reading skills; identifying supporting details, making inference, making conclusions and interpretation. Overall, Paper 1 was not too difficult although there were a few questions that required pupils to think. The questions were a mixture of easy, moderate and difficult. Most pupils had no problem in answering the questions in this paper.

QUESTIONS SIMILAR TO UPSR

Questions 1 - 4Choose the best word to complete the sentence.

1 Ahmad : Where are you going, Halim? Halim : I am going to the ________. I have a toothache. A doctor C cobler B dentist D blacksmith 2 The sky is dark and __________. I think it is going to rain. A damp C cloudy B thick D stormy

3 You should do your work ____________ to avoid making mistakes. A gently C carelessly B slowly D carefully

4 The farmer uses a ____________ to fetch water from the well. A cup C bucket B pot D container Questions 5 - 7Read the text and choose the best phrase based on the pictures given. Samad went to Seremban last week with his parents. They drove

__________ from Shah Alam to Seremban.

On the stretch between Nilai and Seremban, he saw __________

parked by the roadside. They were

stopped by the traffic police because_______ .

5 A on the road C along the highway B near the street D across the elevated road

6 A a several cars C buses and trucks B many vehicles D motorcycles and bicycles 7 A the cars were racing B they were overloaded C they were speeding D their road tax had expired

Questions 8 – 10Choose the best answer for each of the pictures given.

8

Budak perempuan sedang memotong kain utk membuat baju.

A Siti is cutting a piece of paper. B Rina is making a birthday card. C Ramlah is cutting a piece of cloth. D Zainab is measuring a piece of satin cloth.

9

Budak lelaki sedang mengucap tahniah atas kejayaan kawannya

yg mendapat keputusan cemerlang

A Chong is consoling his friend. B The boy is congratulating his friend. C Zaini expressed his condolence to Karim. D The friends are bidding each other farewell. 10

ibu sedang menyiram pokok bunga

A The woman is watering the flowers. B The flowers in the pot are beautiful. C Pn. Kamariah loves her flowers very much. D The orchids in the garden do not grow well.

Questions 11 – 15Choose the best sentence to fit the situation shown in the picture.

11

A Please arrange the plates on the table. B Please wash the dishes in the sink. C Please put the dishes away. D Please clean the table.

12

A I just took my bath this morning. B Is it necessary for me to shower? C Have you seen my towel, mom? D Alright mum. I’ll do it now.

13

A You have to learn to use them one day. B Wear your sandals then. C They don’t provide boots. D You don’t need to wear shoes.

14

A I did, just now. B No, I called him this morning. C Yes, Sofia already wished him. D Yes, I bought him a big present.

15

A I like your handphone. B I am charging you for its use. C It's on the bookshelf in my room. D I told you not to use my handphone.

≤ Next Week Introduction

UPSR 2014 REVIEW

5

6

7

Is there anything I can do to help?

Take your bath.

Siti, have you wished your brother ‘Happy Birthday’?

Can I borrow your handphone?

I’m not used to wearing high heels.

12 JANUARI 2015 − ISNIN1027 BAHASA INGGERIS (KERTAS 1)DIDIKDIDIK

D7

Oleh Abdul Rahman [email protected]

Page 5: ANAlisis soAlAN UPsR 20146dedikasi.weebly.com/uploads/4/3/9/9/43998997/analisis_soalan_upsr... · soalan yang telah dikemukakan pada tahun 2014. Soalan 1 pada tahun ini melibatkan

● casual wear ● formal wear ● formal wear● blue and black ● white , blue and green ● blue, orange and green● RM60.00 ● RM50.00 ● RM120.00● M and L ● M, L and XL ● S, M and L● handkerchief ● hand towel ● batik necktie

In Paper 2, pupils were tested based on three questions in Sections A, B and C. In Section A, pupils were tested on their ability to construct sentences with the helping words given based on the picture. The situation given was a scene by the roadside. There were two boys sitting on a bench at the bus stop, a woman waiting for the bus, a lorry with loads of chickens and a man riding a motorcycle. The sentences should be based on what the people in picture are doing. Pupils were required to write sentences about the situation in the picture. They must not make any assumption but just write what they see in the given picture. Pupils need to look carefully at the activities that were going on. Using the exact words to describe the activities would be an advantage. For the 2014 English paper, pupils were given 4 verbs and 6 nouns to use in constructing sentences. Words given are simple and pupils can construct sentences easily. In Section B, pupils need to choose the fruit they would like to buy for their family. Pupils need to choose a pineapple, an apple or a starfruit. With the information, pupils were required to fill in the grids in question 2(a). The information given was not arranged in the same sequence as the table. Pupils need to read carefully and fill in the table with the correct information. Pupils can copy directly from the questions without changing anything. Then they have to write a short paragraph on why they chose the particular place. Pupils should choose the place that they’re familiar with as this will help them to write more information. They must also minimise the grammar errors to score higher marks. In Section C, pupils were tested on their ability to write creatively. Pupils were given three pictures with helping words about making a dessert. Pupils need to be careful while writing the answer. They need to describe the process correctly in the form of a story. Pupils need to read the words and be sure at what they should write. This will help them add relevant details to the story. If they could name the dessert, they will score higher marks. Pupils need not use all the words given. They were given more freedom to write creatively using words they feel appropriate and correct based on the pictures. As always, pupils need to be careful of the spelling, punctuation, grammar and their writing. The questions in Paper 2 were moderate in difficulty and pupils were able to answer all the questions. Those with a good command of English were able to answer the questions correctly and scored higher marks.

QUESTIONS SIMILAR TO UPSRPAPER 2

SECTION A[10 marks]

[Time suggested : 15 minutes]

Write five sentences about the situation in the picture below. You may use the words in the boxes to help you.

park kites ride baby mat bicycle jogging tree fat track

1.

2.

3.

4.

5.

SECTION B[15 marks]

[Time suggested : 25 minutes]

Study the advertisement and the information given below. Then, answer the questions that follow.

DENIM SHIRT COTTON SHIRT BATIK SHIRT

(a) Complete the table with the correct answers.

DENIM SHIRT COTTON SHIRT BATIK SHIRT

Price 1. RM50.00 8.

Type casual wear 5. 9.

Colours 2. white, blue and green 10.

Sizes 3. 6. S, M and L

Gift 4. 7. batik necktie

(b) You want to buy a shirt for your eldest brother. Based on the information given, which shirt would you choose? Give reasons for your choice.

I would buy ___________ because __________________________________________________

SECTION C[15 marks]

[Time suggested : 35 minutes]

Write a story based on the pictures below. You may use the words given to help you.

≤ Next WeekIntroduction

school – home – bus – bus stop

school – office – headmaster – keep

bench – looked – beg – no one

boy – thanked – forgot – repay – lunch

UPSR 2014 REVIEW

12 JANUARI 2015 − ISNIN

BAHASA INGGERIS (KERTAS 2) 1027DIDIKDIDIK

D8

Oleh P Rangit [email protected]

Page 6: ANAlisis soAlAN UPsR 20146dedikasi.weebly.com/uploads/4/3/9/9/43998997/analisis_soalan_upsr... · soalan yang telah dikemukakan pada tahun 2014. Soalan 1 pada tahun ini melibatkan

Pada minggu ini, cikgu akan membuat ulasan dan analisis soalan Matematik Kertas 1 UPSR 2014. Soalan yang dikemukakan pada tahun ini tidak jauh bezanya dengan soalan tahun-tahun sebelumnya. Ada soalan mudah, sederhana mudah dan mencabar. Cikgu percaya, bagi calon yang sentiasa bersedia, mereka pasti boleh menjawab dalam apa jua bentuk soalan. Pada pengamatan penulis, pada tahun 2014 tidak banyak rajah dan jadual yang dikemukakan. Terdapat 13 rajah dan 1 sahaja jadual berbanding 19 rajah dan 5 jadual disertakan dalam soalan pada tahun 2013. Calon perlu cekap membaca maklumat dalam rajah, jadual, bongkah, piktograf dan sebagainya. Ingat, rajah adalah sebahagian daripada soalan. Jadual di bawah menunjukkan taburan soalan mengikut topik berdasarkan analisis soalan Matematik Kertas 1 UPSR 2014.

Bil Topik Soalan Jumlah1 Nombor Bulat 1 2 8 9 10 22 23 72 Pecahan 3 11 12 13 14 53 Nombor Perpuluhan 4 15 16 34 Peratusan 17 15 Wang 24 25 31 36 Masa dan Waktu 5 18 26 27 28 57 Ukuran Panjang 29 30 32 38 Jisim 6 19 33 34 35 59 Isi Padu Cecair 7 20 36 310 Bentuk dan Ruang 37 38 211 Perwakilan Data 21 39 40 3

Jumlah soalan 40

Jadual di bawah menunjukkan peratusan jenis soalan berdasarkan taburan soalan Matematik Kertas 1 UPSR 2014.

Bil Jenis soalan Bilangan soalan Peratus (%)1 Pengetahuan 5 122 Pengiraan Terus 16 403 Penyelesaian Masalah 19 48

Jumlah 40 100

Berdasarkan analisis soalan Matematik Kertas 1 UPSR 2014, antara topik popular ialah, (i) Nombor Bulat dan Operasi (ii) Pecahan (iii) Masa dan Waktu (iv) Jisim

Untuk memudahkan calon mengikuti ulasan ini, calon disarankan agar merujuk kertas soalan Matematik Kertas 1 UPSR 2014.

Soalan Pengetahuan Bermula soalan 1 hingga soalan 6 (kecuali soalan 5) ialah soalan jenis pengetahuan. Soalan jenis ini bolehlah dianggap soalan mudah dan dianggap bonus kepada calon kerana calon hanya diuji dengan kemahiran asas matematik. Contohnya soalan 1, calon diminta mencari nilai yang sama. Untuk menjawab soalan ini calon hanya perlu menukar nilai juta dalam bentuk nombor bercampur kepada nombor bulat. Bagi soalan 2 pula, calon hanya perlu membundarkan nombor yang diberi kepada ratus yang terdekat, manakala soalan 3 pula, calon hanya diminta mengenal pasti pecahan yang mempunyai nilai terbesar. Begitu juga soalan 4, soalan yang berkaitan topik perpuluhan ini meminta calon mencari nilai digit dalam bentuk pecahan bagi nombor yang terdapat pada kad nombor yang diberi. Satu lagi soalan aras mudah dikemukakan pada soalan 6. Soalan ini hanya meminta calon mencari pasangan jisim yang betul dalam unit gram dan kilogram. Ternyata lima soalan di awal ini amat mudah untuk dijawab oleh calon.

Soalan Pengiraan Terus Terdapat 16 soalan jenis pengiraan terus iaitu bermula soalan 5, soalan 7 hinggalah soalan 21. Sebenarnya, soalan-soalan ini juga boleh juga dianggap mudah kerana soalan yang ditanya berbentuk pengiraan terus. Walaupun ada soalan yang turut disertakan dengan rajah tetapi rajah tersebut mudah difahami calon. Mungkin ada calon boleh membuat pengiraan congak sahaja untuk memperoleh jawapan. Walaupun soalan jenis ini nampaknya mudah, tetapi calon diingatkan agar berhati-hati apabila menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi yang empat (tambah, tolak, darab dan bahagi) terutamanya soalan yang melibatkan operasi bergabung. Contohnya soalan 8 melibatkan operasi darab dua digit dengan lima digit. Calon hanya perlu berhati-hati ketika membuat pengiraan, terutamanya ketika mengumpul semula. Soalan 11 melibatkan topik pecahan dengan disertakan rajah garis nombor. Untuk menjawab soalan ini calon

perlulah terlebih dahulu menyamakan penyebut, seterusnya menambah satu demi satu pengangka. Bagi soalan 15 yang melibatkan nombor bulat dan perpuluhan, terdapat dua operasi iaitu operasi tolak dan operasi tambah. Untuk mendapatkan jawapan, calon perlulah meletakkan titik perpuluhan pada satu garis menegak yang lurus. Bagi soalan 17 pula, melibatkan topik ukuran peratus. Calon dikehendaki mencari kuantiti daripada peratusan dan nilai yang diberi. Soalan 18 berkaitan topik masa dan waktu yang melibatkan operasi tambah. Untuk menjawab soalan ini calon terlebih dahulu perlu menukarkan masa dalam bentuk nombor bercampur itu kepada jam dan minit diikuti operasi tambah. Bagi soalan 21 calon diminta mencari purata bagi lima nombor yang diberi dalam rajah. Seperkara yang menarik ialah nombor yang diberi terdiri daripada dua nombor bulat dan tiga nombor perpuluhan. Ini bermakna calon bukan sahaja diuji kemahiran mencari purata tetapi soalan ini terlebih dahulu menguji calon menambah nombor bulat dan perpuluhan.

Soalan Penyelesaian Masalah

Terdapat 19 soalan jenis penyelesaian masalah harian dikemukakan dalam soalan Matematik UPSR 2014, iaitu bermula soalan 22 hingga soalan 40. Seperti di awal perbincangan tadi, cikgu mengingatkan calon agar berhati-hati ketika menjawab soalan jenis ini. Biasanya, soalan jenis ini melibatkan lebih daripada satu operasi dan langkah kerja. Sebenarnya soalan jenis ini memerlukan calon peka dan mahir berkaitan maklumat yang terdapat dalam soalan tersebut. Selain itu, calon juga perlu tahu formula yang perlu diguna dalam pengiraan untuk mendapatkan jawapan. Sebahagian soalan melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain menguji kemahiran asas empat operasi matematik (+, −, ×, ÷), soalan jenis ini juga menguji calon agar memahami masalah harian berdasarkan ayat-ayat yang agak panjang. Contohnya soalan nombor 24 yang mempunyai tiga maklumat dan untuk menjawab soalan ini calon memerlukan lebih daripada satu operasi. Daripada 19 soalan jenis penyelesaian masalah yang dikemukakan pada tahun ini, terdapat 9 rajah dan 1 jadual disertakan. Contohnya soalan 30, berkaitan topik ukuran panjang yang disertakan dengan rajah. Soalan ini meminta calon mencari jumlah jarak satu ujian kecergasan fizikal. Bagi soalan 38, soalan disertakan dengan rajah bongkah kayu berbentuk kuboid. Terdapat dua buah kubus yang sama digergaji daripada bongkah itu dan calon diminta mencari isi padu bahagian bongkah yang tinggal. Soalan 39 pula berkaitan topik perwakilan data. Soalan yang disertakan dengan rajah piktograf ini perlu difahami betul-betul oleh calon. Berikut ialah contoh soalan seiras;

Piktograf di bawah menunjukkan bilangan kek yang dijual di sebuah kedai kek. Bilangan kek yang dijual pada hari Selasa tidak ditunjukkan.

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

mewakili 30 biji kek

Jumlah jualan kek pada hari Selasa ialah 3 kali jumlah jualan pada hari Isnin. Hitung purata bilangan kek yang dijual oleh kedai kek itu dalam tempoh sehari.Penyelesaian: (a) Cari bilangan kek yang dijual pada hari Selasa = (8 x 30 kek) x 3 = 720 kek (b) Cari jumlah kek yang dijual Ahad = 7 x 30 kek = 210 kek Isnin = 8 x 30 kek = 240 kek Selasa = 720 kek Rabu = 7 x 30 kek = 210 kek Maka jumlah kek yang dijual = 210 + 240 + 720 + 210 ) kek = 1 380 kek (c) Purata bilangan kek yang dijual sehari = 1 380 ÷ 4 = 345 kek Jawapan = 345 kek

Akhir sekali, cikgu berharap agar calon UPSR 2015 mendapat manfaat daripada perbincangan ini. Anda perlu bersedia dari sekarang dan anda harus menguasai kemahiran Matematik dari Tahun 4 hingga Tahun 6.

Oleh Roslan Rasip [email protected]

12 JANUARI 2015 − ISNIN1027 MATEMATIK (KERTAS 1)DIDIKDIDIK

D9

ULASAN SOALAN

Page 7: ANAlisis soAlAN UPsR 20146dedikasi.weebly.com/uploads/4/3/9/9/43998997/analisis_soalan_upsr... · soalan yang telah dikemukakan pada tahun 2014. Soalan 1 pada tahun ini melibatkan

Pada minggu ini, kita akan membincangkan mengenai soalan yang dikemukakan dalam UPSR 2014. Bentuk dan format soalan masih sama dan mengekalkan ciri-ciri Kertas 2 seperti tahun-tahun terdahulu. Soalan dikemukakan dalam dwibahasa dan calon boleh menjawab mengikut mana-mana bahasa yang dikuasai dengan baik. Aras soalan yang dikemukakan pada tahun 2014 hampir sama dengan aras soalan pada tahun 2013. Terdapat soalan 2 markah yang diletakkan di antara soalan 1 markah. Dikemukakan 6 soalan untuk soalan jenis 1 dan 3 markah, manakala soalan jenis 2 markah hanya tinggal 8 soalan. Terdapat soalan jenis 3 markah yang arasnya lebih tinggi berbanding pada tahun 2013. Soalan-soalan 1 markah merupakan soalan yang melibatkan kemahiran asas. Berbanding soalan jenis 1 markah bagi tahun 2013, pada tahun 2014 soalannya agak lebih mudah. Kebanyakannya menjurus kepada soalan jenis pengetahuan asas sahaja.Contoh: Convert 17 to a mixed number. 5Tukarkan 17 kepada nombor bercampur. 5

Kemahiran asas soalan ini adalah untuk menentukan nilai bahagi dengan nilai 5.Kemahiran hanya memerlukan baki daripada operasi bahagi dengan digit 5. 3 = 3 2 (memerlukan calon menulis nombor bercampur) 5 ) 17 5 - 15 2 Jawapan: 3 2 5

Bilangan soalan melibatkan rajah lebih daripada soalan pada tahun 2013. Soalan merujuk kepada sukatan. Calon hanya perlu menyatakan sahaja kehendak soalan atau membaca nilai pada sukatan yang diberi.

Contoh: Diagram 1 shows the volume of orange juice in a jug. Rajah 1 menunjukkan isi padu jus oren di dalam sebuah jag.

Diagram 1 / Rajah 1 State the volume, in ml of orange juice in the jug. Nyatakan isi padu, dalam ml, jus oren di dalam jag itu.

Jawapan: 600 ml

Kemahiran soalan ini telah diajar dalam Tahun 4. Calon membaca senggat untuk senggat 10, 5 dan 4. Oleh itu, calon hanya perlu menyatakan nilai yang dikaitkan dengan nilai 1 000 dibahagikan kepada 10 atau 5 atau 4.

TABURAN SOALAN

1 Markah

6 soalan dikemukakan merangkumi tajuk-tajuk seperti berikut: (i) Whole number / Nombor Bulat – place value / nilai tempat (ii) Decimal / Perpuluhan – menulis nilai (iii) Sukatan / Measurement – mencari nilai (iv) Percentage / Peratus – menulis nilai (v) Time and Duration / Masa dan Waktu – menukar sistem 12 jam atau 24 jam

Soalan yang dikemukakan agak mudah kerana setiap tajuk yang diuji hanya memerlukan calon tahu atau faham berkaitan kemahiran asas dalam tajuk tersebut. Soalan lebih kepada kemahiran yang diajar dalam Tahun 4 dan Tahun 5.

Contoh: Diagram 2 shows a time in the 24-hour system. Rajah 2 menunjukkan waktu dalam sistem 24 jam.

Diagram 2 / Rajah 2 Write the time shown in the 12-hour system.

Tulis waktu yang ditunjukkan dalam sistem 12 jam. Jawapan: 12:45 a.m.

Walau bagaimanapun, calon jangan terperangkap dengan soalan-soalan tahun lalu sahaja. Calon juga memerlukan latihan yang lebih kepada soalan-soalan “kemahiran asas”. Calon perlu menguasai soalan “aras pengetahuan” supaya dapat menjawab soalan bentuk “pemahaman” yang melibatkan operasi yang empat ( +, −, × dan ÷ ). Soalan berkenaan memerlukan kefaha-man yang jelas kerana soalan 1 markah ada sedikit perubahan aras kemahiran. Soalan yang dahulunya pada aras 2 markah, ada yang dikemukakan pada aras 1 markah. Kebanyakan kemahiran yang disoal dalam bentuk soalan 1 markah ialah: i. Nyatakan nilai sesuatu sukatan atau ukuran (melukis) ii. Rajah 2 dan 3 matra, ciri-ciri rajah dan melukis rajah iii. Nilai wang RM dan sen iv. Tempoh masa (bukan lagi jam dan minit tetapi hari dan minggu)

Kebiasaannya, satu soalan bagi setiap satu kemahiran. Oleh itu, sebagai persediaan untuk calon UPSR 2015, calon perlu menguasai: i. Place values and digit values (Nilai tempat dan nilai digit) ii. Rounding off decimal numbers (Bundarkan nombor perpuluhan) iii. Time (Masa) iv. Money (Wang)

Selain itu, terdapat beberapa soalan 1 markah yang melibatkan kemahiran seperti berikut: i. Measurement / Sukatan (Jisim, Ukuran Jarak, Isi Padu Cecair dan Masa) ii. Convert / Menukar (menukar unit dan pecahan kepada perpuluhan atau peratusan)

Lazimnya soalan 1 markah menggunakan rajah berkonsepkan kemahiran sukatan. Oleh itu, calon perlu membuat latihan soalan-soalan yang melibatkan rajah.

2 Markah

Soalan 2 markah diuji sebanyak 8 soalan. 6 soalan berbentuk “soalan persamaan” dan 2 soalan gabungan rajah dan ayat. Kebanyakan soalan berkaitan dengan kemahiran berikut i. Operasi yang Empat ( + , – , × dan ÷ ) Contoh: 780 ÷ 3 × 9 = dan 61 – 3.8 – 1.07 =Jika dilihat soalan ini, tentu mudah menjawabnya, tetapi kemahi-ran yang perlu dikuasai ialah kebolehan mengumpul semula hingga 2 nilai tempat.

Langkah pengiraan:

260 260 x 9 = 2 340 3 ) 780 - 6 18 - 18 0 - 0

ii. Perpuluhan dan Nombor Bulat 61.0 57.20 – 3.8 – 1.07 57.2 56.13 Calon perlu membuat latihan berkaitan BODMAS dan langkah menyelesaikan mengikut kepentingan operasi.Soalan bentuk rajah kerap melibatkan pecahan, peratus dan sukatan.

Contoh: Diagram 3 consists of several equilateral triangles of equal size. / Rajah 3 terdiri daripada beberapa buah segi tiga sisi sama yang sama saiz.

Diagram 3 / Rajah 3 60% of the whole diagram above is shaded.

How many equilateral triangles must be shaded? 60% daripada seluruh rajah di atas berlorek. Berapa banyakkah segi tiga sama sisi yang perlu dilorekkan?

Calon hanya perlu tahu bilangan keseluruhan segi tiga pada rajah yang diberikan. Tukarkan 60% kepada bentuk pecahan. Hanya perlu lorek 6 buah segi tiga sahaja daripada 10.

Langkah pengiraan: 60% = 60 100 60 × 10 buah segi tiga = 6 buah segi tiga 100

Soalan 2 markah pada tahun ini agak mudah berbanding pada tahun sebelumnya. Namun begitu, penekanan ada pada soalan membuat penukaran unit, seperti pecahan atau perpuluhan kepada peratus (%). Operasi melibatkan sistem BODMAS. Soalan ini mementingkan aspek pengiraan yang tepat. Calon yang gagal menguasai pengiraan yang tepat akan menyebabkan kehilangan markah. Pengiraan perlu ditunjukkan dengan jelas pada setiap soalan. Beberapa perkara harus diberi perhatian terutama bagi soalan yang melibatkan sukatan, rajah dan nilai wang. Calon yang akan menduduki peperiksaan pada tahun 2015 perlu lebih usaha bagi soalan topik Ruang, Unit (kg, l dan km), Masa (kalendar) dan Purata.

3 Markah

3 soalan melibatkan gambar dan selebihnya soalan bentuk persamaan. Oleh itu, latihan harian calon perlu memberi tumpuan kepada soalan berbentuk ayat serta gabungan ayat dan rajah. Perhatian juga harus diberi kepada soalan jenis penyelesaian masalah yang menggunakan ayat sepenuhnya.

Contoh:In Diagram 5, the pie chart shows the percentage of papayas and durian trees in a farm.The percentage of banana plants is not shown. Dalam Rajah 5, carta pai menunjukkan peratusan pokok betik dan pokok durian di sebuah kebun. Peratusan pokok pisang tidak dinyatakan.

Diagram 5 / Rajah 5

The total number of fruit trees is 400. Calculate the number of banana plants. Jumlah pokok buah-buahan itu ialah 400. Hitung bilangan pokok pisang tersebut. Langkah pengiraan: Calon mesti menguasai konsep % iaitu konsep darab dan bahagi dalam bentuk pecahan. 100% – 45% – 30% = 25% 25% ialah 25 100Langkah penyelesaian: 25 × 400 = 100 100 Kemahiran peratus lebih kepada menggunakan rajah atau jadual. Calon perlu faham tentang konsep peratus (%) membuat penukaran peratus kepada pecahan atau sebaliknya. Penekanan kepada konsep sahaja. Pada tahun 2014, soalan peratus disoal dengan menggunakan rajah.Selain itu, calon perlu membuat latihan seperti berikut: i. Diberi purata, cari purata dan menjumlah / dibahagi ii. Bilangan dan kuantiti iii. Tempoh masa / jam dan kalendar iv. Luas / isi padu bongkah

Pada keseluruhannya, soalan-soalan bentuk 3 markah masih agak mudah dari aspek penyoalan dan penggunaan ayat. Ayat yang digunakan terus kepada maksud soalan.Perlu diingat, sudah ada soalan menjurus kepada soalan kemahiran berfikir aras tinggi.

1 000

00:45

Papaya / Betik 45%

BananaPisang

Durian 30%

ml

Oleh M Ismail [email protected]

12 JANUARI 2015 − ISNIN

ANALISIS SOALAN UPSR 2014MATEMATIK (KERTAS 2) 1027

DIDIKDIDIKD10

Page 8: ANAlisis soAlAN UPsR 20146dedikasi.weebly.com/uploads/4/3/9/9/43998997/analisis_soalan_upsr... · soalan yang telah dikemukakan pada tahun 2014. Soalan 1 pada tahun ini melibatkan

ANALISIS SOALAN UPSR 20141. Pada umumnya struktur dan konstruk (jenis) soalan kertas Sains UPSR 2014 bagi Bahagian A adalah sama dengan kertas soalan tahun-tahun lepas. Soalan dikemukakan dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi SK) secara soalan bahasa Inggeris mendahului soalan yang sepadan dalam bahasa Melayu. Bagi SJK, soalan dikemukakan dalam dwibahasa (bahasa Mandarin / Tamil dan bahasa Inggeris).2. Terdapat 17 soalan yang merujuk kepada rangsangan gambar, gambar rajah atau jadual dan 5 soalan yang mempunyai pilihan jawapan berbentuk gambar. Ini bukan sahaja memudahkan calon mendapatkan jawapan yang tepat, bahkan juga boleh mengelirukan calon jika tidak berhati-hati dan salah pemahaman terhadap gambar / rajah tersebut.3. Taburan soalan mengikut konstruk / jenis:

* Sila rujuk soalan sebenar Sains (018) UPSR 2014No. Analisis Soalan Jawapan

cadangan

1Alam Kehidupan Tahun 5 – Rantai makananMelalui maklumat, perlu pindah maklumat simbol (dimakan oleh) → : T → P, T → Q, T →R, P→ Q dan Q → S 1 - T dimakan oleh P, Q dan R 2 - P dimakan oleh Q 3- Q dimakan oleh S(T pengeluar, dan S pemangsa paling akhir)

D

2 Alam Kehidupan Tahun 6 – Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitarPernyataan yang termasuk sebagai penerangan berkaitan tanah runtuh perlu merujuk kepada ‘cerun’. A

3 Alam Kehidupan Tahun 4 - Rantai makanan Piramid sedia menunjukkan Pengeluar di aras bawah yang paling luas (banyak) dan Karnivor di aras puncak (paling kecil sedikit). D

4

Alam Kehidupan Tahun 6 - Kesan tindakan manusia terhadap alam sekitarBilangan kenderaan meningkat di bandar X. Fokus kepada kesan terhadap alam sekitar ialah;II - Indeks pencemaran udara meningkat IV - Kesihatan penduduk terjejas* IV perlu diterima kerana ini merupakan kesan langsung kepada pelepasan asap kenderaan yang meningkat.Maklumat I (Kesesakan jalan raya meningkat) dan II (masa yang diambil untuk perjalanan berkurangan) merujuk kepada kesan perjalanan aktiviti manusia.

C

5 Alam Kehidupan Tahun 6 - Melindungi spesies terancamBerdasarkan rajah, keluasan peladangan kelapa sawit meningkat. Sedia dimaklumi, peladangan ini dimulakan dengan penebangan pokok-pokok (hutan) yang menjadi sumber kehidupan spesies asal (flora + fauna). Kekurangan sumber ini akan menjejaskan bilangan spesies asal di tempat tersebut.

B

6 Alam Kehidupan Tahun 5 - MikroorganismaRajah menunjukkan perubahan saiz doh yang membesar selepas 20 minit. Adunan tepung + air dalam doh membolehkan yis menjadi aktif dan bernafas. Pernafasan yis ini menghasilkan gas karbon dioksida dan menyebabkan doh menaik.

C

7Alam Kehidupan Tahun 4 - Keperluan asas tumbuhanTumbuhan yang ditanam di dalam bekas telah diletakkan di dalam Bilik Sains. Bilik Sains ialah tempat berbumbung dan tidak membolehkan tumbuhan menerima cahaya Matahari secukupnya untuk tumbuhan membuat makanannya.

B

8Daya dan Tenaga Tahun 4 - Mengukur luasJubin ialah kepingan kemasan di permukaan lantai / dinding. Untuk pemasangannya, perlu diketahui luas permukaan kawasan yang hendak dipasang jubin tersebut.

C

9 Daya dan Tenaga Tahun 5 - Pembentukan bayang-bayangPenyiasatan jarak sumber cahaya bagi pembentukan saiz bayang-bayang yang berbeza perlu melibatkan jarak objek dengan sumber cahaya ATAU jarak objek dengan skrin. Jika faktor lain dimalarkan dan diubah-ubah, faktor jarak antara lampu suluh dengan objek, jarak terdekat menghasilkan saiz bayang-bayang paling besar dan jarak terjauh menghasilkan saiz bayang-bayang paling kecil.

D

10Daya dan Tenaga Tahun 5 - HabaFakta berkaitan haba:A - Salah kerana suhu meningkat jika menerima haba C - Betul, suhu ialah penunjuk untuk mengukur darjah kepanasan B - Salah kerana jika bahan kehilangan haba akan menjadi lebih sejuk D - Salah kerana jirim akan mengecut jika kehilangan haba

C

11Daya dan Tenaga Tahun 6 – Kesan dayaRajah menunjukkan dia orang murid yang bermain sebiji bola. Rajah menunjukkan murid di sebelah kanan menyepak ke arah murid di sebelah kiri dan murid di sebelah kiri menyepak (boleh juga menghasilkan lantunan) ke arah atas. (Perubahan arah pergerakan bola telah berlaku)

A

12

Daya dan Tenaga Tahun 6 – GeseranRajah menunjukkan aktiviti mengasah kapak. Aktiviti bertujuan untuk menajamkan mata kapak. Aktiviti ini melibatkan kesan baik uta-ma aktiviti tersebut iaitu IV - Objek menjadi haus (lalu menamjamkan mata kapak).Kesan:I - Betul kerana geseran menghasilkan haba. II - Betul JIKA ada pilihan untuk menggunakan alat pengasah berkuasa elektrik.III - Salah kerana permukaan objek akan menjadi lebih halus (tajam).

B

13Daya dan Tenaga Tahun 4 - Pengukuran jisim Maklumat menunjukkan empat langkah membuat pengukuran. Maklumat yang menunjukkan tujuan utama pengkuran ialah: Langkah 2 - Letakkan objek ke atas dulang alat pengkur. Ini menjelaskan bahawa langkah ini ialah pengukuran jisim (amalan biasa dikenali sebagai menimbang berat).

D

14

Daya dan Tenaga Tahun 4 - Isi padu pepejalIsi padu ruang di dalam tin biskut = 8 000 cm2 Isi padu sekeping biskut = 100 cm2

(20 cm x 20 cm x 20 cm) (10 cm x 10 cm x 1 cm)Kiraan untuk menentukan bilangan biskut yang boleh diisi di dalam tin:100 cm2 x ? = 8 000 cm2 (Boleh secara congak, jawapan ialah 80 keping)

C

15

Daya dan Tenaga Tahun 5 - Litar elektrikMaklumat diberi M menyala, N dan O tidak menyala* Prinsip nyalaan mentol - terdapat arus elektrik lengkap melaluinyaRujuk kepada pihan jawapan: - Semua suis terbuka (switch off)A - M menyala kerana menerima arus elektrik lengkap, N, O tidak menyala kerana aliran arus elektrik tidak lengkap.B - M dan N menyala kerana menerima aliran arus elektrik lengkap, O tidak menyala kerana aliran arus elektrik tidak lengkap.C - Kesemua mentol M, N, O tidak menyala kerana arus elektrik tidak lengkap.D - M tidak menyala kerana arus elektrik tidak lengkap, N dan O menyala kerana arus elektrik lengkap.

A

16

Alam Bahan Tahun 6 - Pengawetan makananMaklumat berkaitan pemprosesan makanan berasaskan ubi kayu. Kerepek ubi (mentah dan tidak bergoreng kerana tiada aktiviti menggoreng).Urutan yang betul: Q - Potong ubi kayu kepada kepingan yang kecil S - masukkan ubi kayu ke dalam bungkusanP - Jemur ubi kayu di bawah cahaya Matahari R - Keluarkan udara daripada bungkusan dan ditutup rapat

C

17 Alam Bahan Tahun 6 – Bahan buangan Rajah menunjukkan timbunan sampah sarap yang dihurung lalat dan didatangi tikus. Masalah utama yang mungkin timbul daripada situasi ini ialah penyebaran penyakit bawaan tikus (contoh: leptospirosis) dan lalat (contoh: pembawa virus e-coli penyebab keracunan makanan).

D

18

Alam Bahan Tahun 6 – Kerosakan makananRajah menunjukkan pengelasan makanan yang:Cepat rosak: Susu segar, Ikan segar, Sayur-sayuran dan X) Lambat rosak: Biskut, Telur, Gula-gula dan YMakanan yang masih mengandungi air biasanya cepat rosak dan makanan yang sedikit atau tiada air kebiasaannya lambat rosak. X YIkan bilis kering (lambat) Roti (cepat) Daging (cepat) Gula (lambat)Serbuk teh (lambat) Nasi (cepat)Tepung (lambat) Ikan bilis kering (lambat)

B

19

Alam Bahan Tahun 6 – Pengurusan bahan buanganRajah menunjukkan pengelasan bahan yang boleh diurus secara 3R (Reuse - guna semula, Reduse - kurangkan penggunaan dan Recycle - kitar semula)X - Surat khabar dan tin aluminium (boleh dikitar semula melalui proses kilang untuk menjadikan jenis barang yang sama atau barang lain).Y - Pakaian lama dan tayar (boleh diguna semula contohnya pakaian lama boleh diguna untuk dibuat kain perca, kain lap, alas meja dll manakala tayar boleh diguna semula untuk hiasan tanaman pokok, alas hentakan di jeti dll).

C

20Alam Bahan Tahun 4 - Sifat-sifat bahan (Menyerap air)Merujuk jadual, kesemua bahan L, M, N dan O telah bertambah jisim selepas direndam di dalam air selama satu minit. Ini disebabkan air telah memasuki ruang-ruang udara di dalam bahan atau bahan tersebut terdiri daripada bahan serap air.Sifat fizik bahan yang diuji ialah kebolehan untuk menyerap air.

A

21

Alam Bahan Tahun 6 – Pengurusan bahan buanganBahan buangan diurus dengan pelbagai cara bergantung dengan sifatnya. Contohnya sama ada mudah / sukar mereput, boleh diproses semula atau tidak, bahan toksik atau bahan bukan toksik.Cara yang sesuai ialah:I - Aktiviti mengasingkan bahan mengikut jenis sebelum dilupus (tanam, proses kitar semula, guna semula dll).II - Aktiviti mengumpul sisa minyak enjin motosikal untuk tujuan pemprosesan semula atau pelupusan secara terancang.Cara yang tidak sesuai ialah:III - Aktiviti membakar bahan buangan akan menghasilkan asap dan pelepasan partikel-partikel yang mencemarkan udara.IV - Aktiviti membuang sampah ke saliran akan mencemarkan air dan menjejaskan ekosistem semula jadi di sepanjang aliran air tersebut.

A

22

Bumi dan Alam Semesta - Sistem SuriaRajah menunjukkan kedudukan planet, iaitu Zuhal, Uranus dan Neptun. Dimaklumi bahawa ini ialah susunan tiga buah planet yang jaraknya dengan Matahari dalam urutan menaik.Perbezaan jarak ini menyebabkan perbezaan masa planet mengorbit Matahari atas prinsip:Semakin bertambah jarak planet dengan Matahari, semakin bertambah masa (lambat) planet mengorbit Matahari.Fakta betul: III - Zuhal mengambil masa lebih singkat daripada Uranus untuk mengorbit Matahari.IV - Uranus mengambil masa lebih singkat daripada Neptun tetapi mengambil masa lebih lama daripada Zuhal untuk mengorbit Matahari.

D

23Bumi dan Alam semesta Tahun 5 - Fasa-fasa BulanMaksud Fasa-fasa Bulan: Peringkat-peringkat bentuk Bulan yang kelihatan dari Bumi dalam satu pusingan lengkap Takwim Qamari (kalendar berdasarkan pergerakan Bulan)

C

24

Bumi dan Alam Semesta Tahun 4 – Putaran BumiFakta tentang Bumi.A - Fakta salah sebab Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur. Sebab itu berlaku seolah-olah Matahari naik dari timur danterbenam di barat.B - Fakta salah sebab Bulan mengambil masa lebih kurang 28 hari untuk mengelilingi Bumi dan bukan Matahari.C - Fakta salah kerana Kejadiah Bulan dan Bumi beredar mengelilingi Matahari berlaku secara serentak (pada masa yang sama).D - Fakta betul Bumi beredar mengelilingi Matahari.

D

25Alam Semesta Tahun 4 - Bumi dan Matahari Jadual menunjukkan Y paling cepat air tersejat, diikuti oleh X dan Y. Fakta diketahui bahawa semakin bertambah luas permukaan air terdedah kepada Matahari, semakin bertambah cepat penyejatan air berlaku.

B

26

Bumi dan Alam Semesta Tahun 4 - Kedudukan yang sempurna antara Bumi dengan MatahariRajah menunjukkan simulasi kedudukan Matahari (lampu suluh), Bumi (glob) dan Bulan (guli). Berdasarkan jadual: Jarak Nisbah Bumi ke Bulan 1 Sehubungan dengan itu, jika jarak glob dengan guli 2 cm, maka jarak X ialah 400 cm x 2 = 800 cm Bumi ke Matahari 400

D

27

Dunia Teknologi Tahun 5 - Kestabilan strukturMenggunakan prinsip kestabilan:- Semakin bertambah ketinggian, semakin berkurang kestabilan struktur. - Semakin bertambah luas tapak, semakin bertambah kestabilan strukturJika tapak T ditambah kepada 24 cm2 maka: T paling stabil, diikuti R dan T.

D

28Dunia Teknologi Tahun 5 – Kestabilan strukturMaklumat yang diberi adalah urutan penyiasatan berkaitan kestabilan objek. Y - Papan tersebut perlu dicondongkan perlahan-lahan yang akan menyebabkan objek-objek tumbang satu persatu.

A

29Dunia Teknologi Tahun 6 - Mesin ringkas bajiBaji - merujuk kepada satu atau dua permukaan rata yang condong lalu membentuk hujung tirus (tajam) dan berperanan memisah / mengasingkan kepada dua bahagian.

C

30Dunia Teknologi Tahun 5 - Tahun 4Jika struktur bangunan ditukar kepada bentuk silinder, Fakta berkaitan ialah struktur yang melengkung lebih kuat daripada struktur yang rata.

C

Bil Konstruk / Jenis soalan No. soalan JUMLAH1 Fakta 2, 10, 24 32 Urutan 1, 16 23 Istilah 23, 29 24 Kaedah 13, 14, 28 35 Pengelasan 18, 19 2

6 Prinsip 9, 15, 25 37 Pentafsiran 3, 6, 20, 22, 27 58 Terjemahan 11, 12, 26 39 Ekstrapolasi 4, 5, 17 310 Aplikasi 7, 8, 21, 30 4

JUMLAH 30

12 JANUARI 2015 − ISNIN1027 SAINS (BAHAGIAN A)DIDIKDIDIK

D11

Oleh M Khalimi [email protected]

Page 9: ANAlisis soAlAN UPsR 20146dedikasi.weebly.com/uploads/4/3/9/9/43998997/analisis_soalan_upsr... · soalan yang telah dikemukakan pada tahun 2014. Soalan 1 pada tahun ini melibatkan

ANALISIS SOALAN

12 JANUARI 2015 − ISNIN

SAINS (BAHAGIAN B) 1027DIDIKDIDIK

D12

Oleh Ahmad Pua'ad Ibrahim [email protected]

≤ Pelajaran Minggu Depan Pengenalan Kertas

Soalan Sains dalam UPSR 2014 agak mencabar dan disebabkan itulah ramai calon tidak mendapat A. Dalam erti kata lain, Sains merupakan subjek yang menyebabkan ramai calon tahun lalu yang mendapat 4A 1B. Bagi calon UPSR 2015, anggaplah hal ini sebagai sumber teladan dan sempadan untuk kamu meraih keputusan yang cemerlang dan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September tahun ini. Pada minggu ini, cikgu akan membuat ulasan tentang soalan Sains Bahagian B dalam UPSR 2014. Calon UPSR 2015 perlu bersedia dari sekarang tentang teknik dan cara yang betul menjawab soa-lan Sains Bahagian B. Bahagian B menguji soalan yang berkaitan Kemahiran Proses Sains (KPS) iaitu Inferens, Pemerhatian, Mengawal Pemboleh Ubah, Hipotesis, Mentafsir Data dan Meramal. Soalan masih lagi dalam dwibahasa dan calon boleh menjawab mengikut pilihan bahasa masing-masing berdasarkan bahasa yang difahami calon. Soalan pada tahun 2014 ada yang berbentuk jadual, gambar, carta palang dan penyataan ayat. 5 tema diuji dalam 5 soalan utama iaitu:

≤ Tema 1 - Menyiasat Alam Kehidupan – Cara tumbuhan melindungi diri daripada cuaca melampau, Tahun 4≤ Tema 2 - Menyiasat Alam Fizikal – Haba dan suhu, Tahun 5≤ Tema 3 - Menyiasat Alam Bahan – Pencemaran alam sekitar (air), Tahun 6≤ Tema 4 - Menyiasat Bumi dan Alam Semesta – Planet-planet dalam Sistem Suria, Tahun 4≤ Tema 5 - Dunia Teknologi – Mesin ringkas (skru), Tahun 6

Jadual di bawah menunjukkan markah dan soalan bagi setiap Kemahiran Proses Sains yang diuji:

Kemahiran Proses Sains

Jumlah markah

Bilangan soalan dan soalan contoh

1. Pemerhatian 1 3 (b) Berikan pemerhatian lain untuk menyokong sebab (inferens) di 3 (a).

2. Inferens 4

1 (b) Nyatakan dua sebab (inferens) tentang keadaan pokok J dan pokok K selepas dilanda angin kencang.2 (c) Berdasarkan pemerhatian, nyatakan satu sebab (inferens) tentang suhu air di dalam bikar M.3 (a) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang keadaan air dari sungai K.

3. Mengawal Pemboleh Ubah 4

1 (c) Apakah yang ditetapkan (pemboleh ubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini? 2 (b) Nyatakan satu maklumat yang dikumpul daripada penyiasatan ini.5 (b) Nyatakan: (i) apa yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasi) dalam penyiasatan ini, (ii) apa yang diperhati (pemboleh ubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini.

4. Hipotesis 11 (d) Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan satu hubungan apa yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasi) dengan apa yang diperhati (pemboleh ubah bergerak balas).

5. Mentafsir Data 8

1 (a) dan 5 (a): Apakah tujuan penyiasatan ini?2 (a) Apakah corak perubahan bagi suhu air di dalam bikar L dan bikar M apabila masa bertambah?4 (c) Nyatakan corak perubahan purata suhu permukaan bagi planet-planet itu dalam penyiasatan ini.3 (c) Nyatakan satu hubungan antara apa yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasi) dengan apa yang diperhati (pemboleh ubah bergerak balas) berdasarkan sebab (inferens) di 3 (a).4 (b) Berdasarkan jawapan kamu di 4 (a), apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang jarak Bumi dari Matahari dan purata suhu permukaan Bumi?5 (c) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?

6. Meramal 3

2 (d) Ramalkan suhu air pada minit keenam jika air di dalam bikar L dan bikar M dicampurkan. 3 (d) Ramalkan keadaan hidupan akuatik di sungai K.4 (a) Berdasarkan Maklumat 1 dan Maklumat 2, ramalkan purata suhu permukaan Bumi sekiranya jarak dari Bumi ke Matahari ialah 200 kali jarak dari Bumi ke Bulan.

JUMLAH MARKAH: 20-----20

Berdasarkan jadual di atas, kita akan mengupas perincian setiap soalan tersebut. (Nota: Calon dinasihatkan untuk merujuk soalan sebenar Sains Bahagian B UPSR 2014)

1. PEMERHATIAN (1 soalan) Dalam soalan pemerhatian kali ini, soalan nombor 3 (b), fokus kepada pemerhatian lain; jarang ditanya dalam UPSR. Calon boleh menulis jawapan berdasarkan gambaran minda seolah-olah calon berada di tempat penyiasatan. Di sinilah pengalaman hidup seharian atau pengetahuan tentang tajuk ini boleh dijadikan sumber jawapan, selain apa-apa yang dinyatakan pada maklumat dalam gambar dalam soalan. Soalan ini juga agak mencabar.

2. INFERENS (SEBAB) (4 soalan) Soalan inferens yang diuji melibatkan 1 dan 2 markah. Terdapat unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam soalan inferens. Bagi soalan inferens (sebab) 1 (b) kali ini, perlu dibuat perbandingan antara dua pokok berdasarkan pemerhatian yang merujuk kepada pemerhatian dalam jadual. Calon boleh memberikan jawapan inferens berdasarkan pengetahuan sains yang dipelajari dalam silibus Tahun 4. Kebanyakan calon kehilangan markah yang banyak ketika menjawab soalan inferens berbanding sebab tidak menyatakan perbandingan atau menyebut kedua-dua pokok. Bagi soalan inferens 2 (b) pula, untuk mencari pemerhatian, jawapan boleh didapati daripada maklumat dalam bentuk carta palang selepas penyiasatan. Inferens ini merupakan

inferens tunggal iaitu calon hanya menyatakan tentang sebuah bikar sahaja. Jawapan sebab (inferens) boleh diberikan berdasarkan tajuk Sains yang dipelajari ketika Tahun 5 atau boleh daripada pengalaman hidup seharian. Begitu juga soalan inferens dalam soalan 3 (a), soalan berbentuk inferens tunggal. Jawapan ini boleh dikaitkan dengan tajuk Sains Tahun 6 atau berdasarkan pengalaman hidup seharian tentang alam sekitar. Antara kesilapan calon dalam menjawab soalan ini ialah calon mengulang semula pemerhatian tanpa memberikan sebab (inferens), selain kurang pengetahuan sains.

3. MENGAWAL PEMBOLEH UBAH (4 soalan)Soalan pemboleh ubah kali ini ada yang mudah untuk mendapat skor markahnya tetapi ada juga yang sukar apabila calon perlu tahu parameter dan objek. Soalan meliputi semua pemboleh ubah seperti apa yang diubah, apa yang diperhati, apa yang ditetapkan dan satu maklumat. Peluang calon untuk mendapat markah agak mudah kerana jawapan tersebut boleh diambil terus daripada maklumat dalam soalan seperti soalan 1 (c) daripada jadual dan soalan 5 (b) (ii) daripada jadual. Walau bagaimanapun, bagi soalan 5 (b) (i) tentang apa yang diubah, jawapan tidak boleh diambil terus daripada maklumat. Oleh itu, calon perlu tahu parameter dan objek yang dikaji serta perlu tahu menulis dengan cara yang betul ketika menjawab soalan pemboleh ubah ini. Bagi soalan nombor 5 ini, calon boleh rujuk buku teks Tahun 6 tentang istilah bebenang pada skru bagi objek yang dikaji.

4. HIPOTESIS (1 Soalan)Soalan hipotesis iaitu soalan 4 (d) berdasarkan penyataan ayat yang umum (sebelum penyiasatan dijalankan). Calon diminta menghubungkan apa yang diubah dengan apa yang diperhatikan berdasarkan maklumat yang diberi dengan disokong oleh pengetahuan sains calon sendiri. Soalan kali ini berbeza sedikit daripada kebiasannya. Yang penting, calon perlu membezakan kedua-dua pemboleh ubah (apa yang diubah dan apa yang diperhati) agar dapat menghubungkan kedua-duanya dan tidak terbalik jawapan apa yang diubah dahulu dengan apa yang diperhatikan kemudiannya, selain tidak tersalah konsep sains yang dipelajari menerusi ‘kesan – akibat’. Sekali lagi, parameter dan situasi yang perlu diketahui terlebih dahulu dalam dua pemboleh ubah ini sebelum menghubungkan kedua-dua pemboleh ubah ini.

5. MENTAFSIR DATA (8 soalan)Bagi pecahan soalan di bawahnya, seperti soalan tujuan (2 soalan), calon perlu tahu cara menulis jawapan yang betul di samping perlu ada dua pemboleh ubah seperti apa yang diubah dengan apa yang diperhati dalam jawapannya. Bagi soalan 1 (a), agak mudah – perlu diketahui parameter bagi apa yang diubah, manakala bagi soalan apa diperhati – parameter dan objek sudah dinyatakan dalam jadual dan boleh diambil terus sebagai jawapan. Walau bagaimanapun, soalan tujuan nombor 5 (a) agak mencabar memandangkan calon perlu kenal pasti apa yang diubah memandangkan maklumat tidak dinyatakan terus untuk dijadikan sebagai jawapan. Parameter dan objeknya perlu diketahui oleh calon. Soalan 5 inilah kebanyakan calon hilang markah kerana apabila calon salah menjawab soalan apa yang diubah, maka soalan tujuan dan kesimpulan juga akan salah (kesilapan berganda calon) dan akan hilang markah sebanyak 6 markah). Bagi soalan corak perubahan (2 soalan), ada maklumat terus boleh diambil daripada carta palang sebagai jawapan iaitu soalan 2 (a) dan 4 (c) dalam jadual. Sementara itu, bagi soalan hubungan (1 soalan) antara dua pemboleh ubah (apa yang diubah dan apa yang diperhatikan), soalan kali ini agak berlainan berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana maklumatnya tidak dinyatakan dengan jelas dalam soalan seperti soalan 3 (c). Sebaliknya, calon perlu menghubungkan apa yang diubah iaitu inferens dijadikan apa yang diubah dengan apa yang diperhati yang boleh diambil daripada Rajah 3. Soalan ini antara soalan berbentuk KBAT. Bagi soalan kesimpulan (2 soalan), tahun ini ada dua soalan berbanding tahun sebelum ini yang ada satu soalan. Bagi soalan 4 (b), jawapannya boleh diambil terus daripada maklumat dalam penyataan ayat yang diberikan iaitu apa yang diubah dengan apa yang diperhati dan menghubungkan apa yang diubah dengan apa yang perhatikan seperti dalam gambar. Bagi soalan kesimpulan 5 (c), calon cuma perlu mengetahui apa yang diubah iaitu tidak dinyatakan dengan jelas daripada maklumat dalam gambar, manakala apa yang diperhatikan sudah dinyatakan dalam jadual. Dua soalan kesimpulan ini agak mudah kerana melibatkan satu corak pada apa yang diperhati. Soalan kesimpulan berbentuk seperti ini yang ada satu corak apa diperhati merupakan soalan yang agak popular keluar setiap tahun. Rujuk semula kesimpulan pelbagai jawapan yang cikgu sudah jelaskan dalam keluaran BH DIDIK yang lalu.

6. MERAMAL (3 soalan)Soalan meramal kali ini agak mencabar iaitu ada unsur KBAT dimasukkan. Bagi soalan 2 (d) dan 4 (a) kedua-duanya boleh dijawab dalam bentuk angka kerana boleh dikira dengan kemahiran matematik. Jawapan yang diberikan berdasarkan pengiraan matematik berdasarkan data yang sebelum ini juga berbentuk angka, manakala bagi soalan meramal 3 (d), jawapan boleh diberi dalam bentuk perkataan berdasarkan pengetahuan sains yang lepas atau pengalaman hidup seharian. Soalan Sains Bahagian B kali ini agak mencabar kerana telah mula dimasukkan banyak unsur KBAT. Tambahan pula, soalannya agak panjang dan mengambil masa untuk calon membaca, memahami dan memikirkan jawapannya. Oleh itu, ada calon yang kesuntukan masa untuk menjawab soalan apatah lagi calon yang kurang pendedahan dengan bentuk soalan KBAT ini dalam latihan mereka. Kebanyakan soalan yang kurang maklumatnya untuk diambil sebagai jawapan agak mencabar kerana calon perlu mengambil masa untuk berfikir dengan menggunakan maklumat yang tidak dinyatakan dengan lengkap dalam soalan, sekali gus mengaitkan dengan kesesuaian tajuk yang dipelajari sebelum menulisnya sebagai jawapan. Oleh yang demikian, ramai calon yang tidak skor A dalam subjek Sains UPSR 2014 sama ada kehilangan markah yang banyak dalam Bahagian A atau Bahagian B atau kedua-duanya sekali. Hal ini juga berkaitan dengan penggunaan jawapan atau perkataan yang kurang tepat. Oleh itu, berhati-hati ketika menulis jawapan dan jangan lupa menyemak semula jawapan yang ditulis, khususnya pemilihan perkataan atau istilah sains yang tepat dalam jawapan kamu. Tidak dinafikan hanya calon yang betul-betul menguasai tajuk yang dipelajari, selain calon yang mempunyai teknik dan cara yang betul menjawab KPS Bahagian B sahaja yang boleh mendapat keputusan cemerlang A. Harapan cikgu agar calon pada tahun ini dapat meneruskan pembelajaran dalam Sains Bahagian B ini dengan mengikuti setiap penulisan cikgu dalam keluaran BH DIDIK seterusnya. Pembelajaran ialah satu proses berterusan, mulalah dengan langkah yang bijak dari sekarang. Semoga tahun ini lebih bermakna untuk kejayaan kamu sepanjang berada di sekolah rendah selama 6 tahun iaitu dengan mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2015. Jumpa lagi.

Page 10: ANAlisis soAlAN UPsR 20146dedikasi.weebly.com/uploads/4/3/9/9/43998997/analisis_soalan_upsr... · soalan yang telah dikemukakan pada tahun 2014. Soalan 1 pada tahun ini melibatkan

TAMAT

HAKCiPTA TERPEliHARA 2015 BHTiDAK BolEH DiJUAl BEli