soalan-soalan penting untuk anda tanya pada bank

Click here to load reader

Post on 12-Jan-2017

235 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Apakah yang anda

    perlu tahu...

    Apa Yang Patut Anda TahuMengenai Pinjaman Rumah Soalan-soalan Penting UntukAnda Tanya Pada Bank SebelumMengambil Pinjaman Rumah.

  • Apa yang patut anda tahu mengenai pinjaman rumah Soalan-soalan Penting Untuk Anda Tanya PadaBank Sebelum Mengambil Pinjaman Rumah.

    PENGENALANBagi kebanyakan orang, membeli rumah adalah pembelian yangtermahal dalam kehidupan mereka dan memerlukan pinjaman jangkapanjang untuk mencapainya.Panduan ini menjelaskan mengenai pinjaman rumah bagi pembelirumah. Pinjaman rumah atau gadai janji ialah sejenis pinjamanbertempoh, bercagarkan hartanah yang anda beli. Bank yang memberipinjaman memiliki hak caj yang pertama pada hartanah tersebut,diikuti oleh Lembaga CPF jika simpanan CPF digunakan untukmembayar pinjaman atau sebagai wang pendahuluan atau kedua-duanya sekali.

    MAKLUMAT ASASPerkara yang perlu diketahui:

    Sebagai panduan umum, bayaran ansuran bulanan bagipinjaman rumah anda dan hutang jangka panjang yang lainseperti pinjaman kereta atau pembayaran sewa beli tidaksepatutnya melebihi 35% dari gaji kasar bulanan anda

    Bersedia menghadapi masa kecemasan seperti kenaikankadar faedah ke atas pinjaman bertempoh1

    Periksa dahulu Had Pengeluaran CPF2 jika simpanan CPFanda digunakan dalam pembelian tersebut

    Bank mengenakan caj faedah lewat bayar jika pembayaranansuran lewat

    Jika anda gagal membayar ansuran anda, bank bolehmeminta kembali pinjaman tersebut dan merampas hartabenda anda untuk dijual

    Bank boleh menjadikan anda muflis jika hasil penjualanhartanah anda lebih rendah dari pinjaman yang belum lunasdan jumlah faedah, dan anda tidak mampu membayarbakinya

    Hartanah yang dibenarkan untuk Pinjaman Rumah: Flat-flat HDB Hartanah privet yang sudah dibina Hartanah privet yang sedang dibina

    Tempoh PinjamanTempoh pinjaman dikenali sebagai tempoh pinjaman atau tempohpembayaran balik.Pinjaman RumahIa terbahagi kepada dua kategori:

    Pinjaman kadar tetap Pinjaman kadar berubah-ubah

    Pemberitahuan3

    a. Perubahan pada Kadar FaedahBank hendaklah memberitahu anda lebih awal (biasanya30 hari) sebelum membuat perubahan pada kadar faedahpinjaman rumah anda.

    b. Perubahan pada Terma dan Syarat PinjamanBank hendaklah memberitahu anda lebih awal (biasanya30 hari) sebelum membuat perubahan pada terma dansyarat perjanjian pinjaman anda.

    Anda juga hendaklah memberitahu bank dan mendapatkankeizinan bank jika anda ingin membuat perubahan padaperjanjian pinjaman anda seperti membiayai pinjaman anda.Tanya pada bank bagaimana untuk memberitahu bank jikaanda mahu membuat perubahan pada perjanjian.

    Buat Perbandingan Tawaran Buat perbandingan di antara beberapa pakej pinjaman yang

    paling sesuai dengan keadaan kewangan anda Jangan terpengaruh dan terburu-buru membuat keputusan

    berdasarkan iklan atau tawaran hadiah Bandingkan ciri-ciri seperti:

    - kadar faedah- tempoh pinjaman dan yuran- yuran pembatalan- subsidi bank untuk yuran penaksiran, khidmat guaman

    dan insurans kebakaran

    Jika anda bercadang membuat pembiayaan, periksa kadarfaedah yang terkini selepas tamat tempoh wajib danbandingkan dengan kadar yang sedang anda bayar

    Maklumat mengenai pinjaman rumah di lelaman bankmungkin bukan yang terkini. Bincangkan dengan bank andamengenai produk-produk mereka yang terkini

    APA YANG PERLU ANDA TANYA PADA BANKSetelah anda memahami perkara asas, berikut ialah beberapa soalan-soalan penting yang perlu anda tanyakan pada bank sebelum membuatkeputusan pinjaman. Soalan-soalan ini mempunyai penjelasan yangmudah faham dengan menjelaskan ciri-ciri lazim bagi pinjaman rumah.

    KELAYAKAN1a. Adakah saya layak untuk pinjaman rumah?

    Lazimnya bank mempunyai syarat-syarat bagi peminjam.Syarat-syarat kelayakan seperti: Gaji minimum Umur minimum dan maksimum Status kependudukanBank mungkin menetapkan jumlah pinjaman minimum. Ertinyaanda mesti mendapatkan pinjaman sekurang-kurangnya jumlahtersebut.

    1b. Adakah saya layak jika saya bekerja sendiri atau tidakmempunyai pendapatan tetap?Jawapannya bergantung kepada syarat yang ditetapkan bank.

    KADAR FAEDAH2a. Kadar Faedah Di Bawah Pinjaman Kadar Tetap

    Berapa lama kadar faedah akan kekal tetap? Adakah kadarfaedah seterusnya akan berdasarkan mana-mana kadarrujukan? Jika ya, apakah kadar rujukan tersebut?Untuk pinjaman kadar tetap, kadar faedah adalah tetap dandijamin dalam masa beberapa tahun pertama. Kadar faedahseterusnya akan berubah-ubah dan biasanya bergantungkepada kadar rujukan. (Lihat Soalan 3)Kadar rujukan tersebut boleh: Ditentukan oleh faktor-faktor yang ditetapkan oleh bank

    atau Berdasarkan beberapa penunjuk kewangan umum seperti

    Singapore Interbank Offered Rate4 (SIBOR), SingaporeSwap Offered Rate5 (SOR) atau kadar faedah yang dibayaroleh Lembaga CPF pada Akaun Biasa CPF

    Tempoh kadar tetap boleh dianggap sebagai tempoh promosikerana kadar semasa tempoh ini umumnya lebih rendah darikadar berubah-ubah yang seterusnya.

    2b. Kadar Faedah Di Bawah Pinjaman Kadar Terapung AtauBerubah-UbahAdakah kadar faedah tersebut berdasarkan mana-manakadar rujukan? Jika ya, apakah kadar rujukannya?Seperti pinjaman kadar tetap, kadar faedah di bawah pinjamankadar terapung biasanya berdasarkan kadar rujukan.Kadar rujukan tersebut boleh: ditentukan oleh faktor-faktor yang ditetapkan oleh bank

    atau berdasarkan beberapa penunjuk kewangan umum seperti

    SIBOR, SOR atau kadar faedah yang dibayar oleh LembagaCPF pada Akaun Biasa CPF

    Lazimnya, kadar berubah-ubah bagi beberapa tahun pertama adalahlebih rendah dari kadar berubah-ubah yang seterusnya. Kadarberubah-ubah yang lebih rendah ini boleh dianggap sebagai kadarpromosi, dengan diskaun atau premium lebih rendah pada kadarrujukan bagi beberapa tahun pertama pinjaman tersebut.

    Contohnya:

    Sementara diskaun dan premium biasanya tidak boleh diubah, bankmungkin boleh mengubah kadar rujukan pada bila-bila masa. LihatSoalan 3 untuk faktor-faktor yang menjejas kadar rujukan bagipinjaman anda.2c. Bila bank mula mengenakan faedah pada pinjaman rumah?

    Bank akan mula mengenakan faedah hanya dari tarikh pinjamanrumah dikeluarkan. Mereka tidak akan mengenakan faedahbermula dari mana-mana tarikh lain seperti tarikh surat tawaran.Bank anda akan memberitahu bila pinjaman akan dikeluarkanserta jumlah bayaran ansuran bulanan atau jumlah faedahyang perlu anda bayar bermula bulan yang berikutnya.

    KADAR RUJUKAN3. Apakah faktor-faktor lain yang boleh menjejas kadar

    rujukan pinjaman saya? Berapa kerap bank bolehmengubah kadar rujukan selama tempoh pinjaman?Adakah kadar rujukan hanya khusus untuk pinjaman ini?Berapa lama notis yang perlu bank beri pada saya sebelumperubahan pada kadar faedah bermula?Kadar rujukan berbeza dari bank ke bank. Dalam sesebuahbank, kadar rujukan boleh berbeza dari satu pakej ke pakejyang lain.Penunjuk kewangan yang boleh didapati secara umum yangdijadikan ukur tara bagi kadar rujukan biasanya tidak ditentukanoleh satu-satu bank. Contohnya, SIBOR dan SOR menggambarkankeadaan pasaran, bukannya keputusan sesuatu bank.Sesebuah bank boleh membuat kadar rujukan mereka sendiridengan mengambil kira beberapa faktor: keadaan pasaran semasa seperti kos perniagaan dan

    pembiayaan bank pada masa pinjaman diambil butir-butir tertentu mengenai pinjaman seperti:

    - struktur kadar faedah (seperti kadar tetap dan berubah-ubah)

    - tempoh pinjaman- jenis hartanah- status pembangunan hartanah (iaitu sama ada sudah

    selasai atau dalam pembinaan)- peratus pinjaman yang diperlukan

    Untuk pinjaman dengan kadar rujukan yang ditentukan oleh bank,bank biasanya boleh mengubah kadar rujukannya pada bila-bilamasa.Di bawah Kod Amalan Perbankan Pelanggan, bank dikehendakimemaklumkan kepada anda lebih awal (biasanya 30 hari) sebelummembuat perubahan pada kadar rujukan. Namun, untuk pinjamandi mana tarikh menentukan kadar faedah telah ditentukan lebih awaldan dipersetujui bersama di antara bank dan pelanggan, sepertipinjaman berdasarkan indeks pasaran seperti SIBOR, maka tempohnotis pemberitahuan untuk mana-mana pertukaran kadar tidakdiwajibkan. Sekalipun begitu, bank perlu memberi penjelasan bagisebarang perubahan pada kadar.

    KADAR FAEDAH BERKESAN4. Apakah itu Kadar Faedah Berkesan (EIR6) bagi seluruh

    tempoh pinjaman?EIR menunjukkan kos faedah yang dikira secara tahunanyang anda perlu tanggung di sepanjang tempoh pinjaman.Lebih rendah EIR, lebih rendah kos faedah di sepanjangtempoh pinjaman.EIR mungkin lebih tinggi dari kadar yang diiklankan untukpinjaman bagi tempoh tertentu, contohnya, pada 3 tahunpertama kerana kadar yang diiklankan biasanya menunjukkanfaedah yang dikenakan untuk tempoh tertentu sahaja.Sebagai contoh, anda mengambil pinjaman rumah selama 30tahun sebanyak $500,000 dengan kadar faedah berikutnya(kadar rujukan semasa ialah 5%):

    Andai kata faedah dikira berdasarkan jumlah berkurangansetiap bulan dan tidak ada perubahan pada kadar rujukan,maka EIR untuk tempoh 30 tahun ialah 4.62 % setahun. Jikatiada perubahan pada jumlah pinjaman atau kadar rujukan,anda akan membayar caj faedah sebanyak 4.62% setahunselama 30 tahun.EIR sebagai penyebut sepunya yang membolehkan andamembandingkan pakej-pakej pinjaman dengan berbagai kadarfaedah dan tempoh pinjaman yang berbeza. Semasa andamenganalisis pakej-pakej pinjaman, anda perlu membandingkan:(a) Kadar faedah untuk tahun-tahun awal semasa kadar promosi

    (iaitu biasanya diskaun pada kadar rujukan) yang dikenakanoleh bank atau apabila kadar faedah telah ditetapkan

    (b) EIR yang menunjukkan kos faedah di sepanjang tempohpinjaman. Anda boleh bertanyakan bank mengenai EIRbagi pinjaman anda

    Perkara yang perlu diambil perhatian mengenai EIR: Ia dikira berdasarkan kadar faedah semasa, pelepasan

    pinjaman, dan ansuran bulanan di sepanjang tempohpinjaman

    Ia akan disemak jika terdapat perub

View more