analisis kritis rmk 7 dan 8

13
ANALISIS KRITIS RMK 7 DAN 8 SYAHARAWI BIN ISHAK (M20141000189) AINNUNNAZLI BT HASSAN (M20141000273) SUMITHA MUNIYANDI (M20141000177)

Upload: syaharawi

Post on 10-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

analisis

TRANSCRIPT

Analisis Kritis RMK 7 dan 8

Analisis Kritis RMK 7 dan 8SYAHARAWI BIN ISHAK (M20141000189)AINNUNNAZLI BT HASSAN (M20141000273)SUMITHA MUNIYANDI (M20141000177)

LATAR BELAKANG RM7RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 2000Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RME), 1991-95 jauh mengatasi sasaran RancanganPerkembangan pesat ini telah menimbulkan cabaran baru di dalam pengurusan ekonomi.Cabaran tersebut adalah berkaitan dengan masalah dan kekangan yang lazimnya berhubungkait dengan ekonomi yang berkembang pesat secara berpanjangan terutamanya ekonomi yang sampai ke tahap penggunaan kapasiti maksimum dan gunatenaga penuh serta menghadapi masalah imbangan akaun luar negaraCabaran daripada pembangunan yang pesat dan peralihan sosio-ekonomi yang cepat akan menimbulkan tekanan kepada individu, keluarga dan masyarakat. Kepelbagaian sosio-budaya negara ini yang unik boleh dijadikan salah satu aset yang berharga kepada negaraPendidikan moral dan agama perlu disusun semula bagi menghadapi cabaran yang wujud pada masa hadapan.Teras RM7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan yang seimbang.Kestabilan Ekonomi MakroPengurangan Kemiskinan dan Penyusunan Semula MasyarakatPertumbuhan Yang Didorong Oleh ProduktivitiPeningkatan Daya SainganPerindustrian Masa HadapanPembangunan Sumber ManusiaPembangunan TeknologiPenswastaanPembangunan MampanKualiti HidupMenangani Masalah SosialNilai Moral dan EtikaMemajukan PentadbiranPendidikan RM7Pendidikan Pra-sekolahPeningkatan kualiti pendidikan pra-sekolah telah dicapai melalui semakan semula garis panduan kurikulum, peningkatan latihan perguruan dan penetapan kelayakan minimum bagi guru pra-sekolah. Kurikulum yang disemak semula tersebut menekankan kepelbagaian kaedah mengajar untuk menjadikan kaedah tersebut lebih menarik kepada kanak-kanak. Pendidikan RendahPembangunan pendidikan rendah terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan keupayaan, memperbaiki kemudahan sedia ada

Pendidikan MenengahPenekanan yang berterusan telah diberi bagi menambah kemudahan, meningkatkan penyertaan dan mengurangkan kadar keciciran supaya nisbah enrolmen dapat ditingkatkan sejajar dengan matlamat pendidikan menengah universal. Keutamaan juga telah diberikan untuk memperbaiki kualiti keseluruhan pendidikan menengah dengan menambah bilangan guru berijazah mengajar di peringkat menengah. Usaha juga dijalankan untuk menambah dan memperbaiki bahan pengajaran dan pembelajaran termasuk buku teks.

Pendidikan TinggiPenyertaan Sektor Swasta dalam Pendidikan dan Latihan

RM8Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) yang meliputi tempoh 2001-2005Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7), negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, kecuali pada tahun 1998 apabila negara dilanda krisis ekonomi yang teruk. Dalam tempoh RMKe-8, ekonomi Malaysia akan menghadapi cabaran yang lebih besar kesan daripada peningkatan globalisasi dan liberalisasi serta kemajuan teknologi yang pesat, terutamanya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). -Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. -Teras RMKe-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan.-RMKe-8 akan memberi lebih tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta.PROSPEK, 2001-2005

Dalam tempoh RMKe-8, strategi pengagihan akan terus memberi penekanan kepada mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan dan meningkatkan pemilikan berkesan ekuiti korporat Bumiputera serta bilangan Bumiputera dalam pekerjaan berpendapatan tinggi. Usaha akan dipergiat ke arah membasmi kemiskinan menerusi program yang khusus bagi menangani kelompok kecil miskin di wilayah yang berbeza terutamanya di kawasan pedalaman. Strategi utama bagi mencapai objektif pengagihan dalam tempoh Rancangan adalah seperti berikut:mengorientasi semula program pembasmian kemiskinan untuk mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5 peratus menjelang tahun 2005;mempergiat usaha meningkatkan kualiti hidup terutamanya di kawasan luar bandar dengan memperbaiki kualiti kemudahan asas, perumahan, kesihatan, rekreasi dan pendidikan;memperbaiki pengagihan dan mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan antara dan di kalangan kumpulan etnik, kumpulan pendapatan, sektor ekonomi, wilayah dan negeri;mencapai penyertaan berkesan dan pemilikan ekuiti Bumiputera sekurang- kurangnya 30 peratus menjelang tahun 2010 dalam konteks pertumbuhan ekonomi tanpa melibatkan penyusunan semula peringkat mikro bagi usaha niaga yang sedia ada;membangunkan perusahaan Bumiputera yang berdaya tahan dan mampan menerusi penerapan nilai dan sikap positif serta peningkatan keupayaan keusahawanan;menyusun semula guna tenaga bagi mencerminkan komposisi etnik penduduk negara;dan mewujudkan kumpulan berpendapatan pertengahan Bumiputera yang lebih besar menerusi penekanan khusus kepada MPPB.

TERASPengekalan Kestabilan Ekonomi MakroPembasmian Kemiskinan dan Penyusunan Semula MasyarakatPeningkatan Daya Saing Sektor UtamaPerluasan Penggunaan Teknologi Maklumat dan KomunikasiPeningkatan Pembangunan Sumber ManusiaPeningkatan Kualiti HidupPenanganan Isu SosialPengukuhan Nilai Moral dan Etika

PENDIDIKAN RM8Enrolmen wanita di peringkat pendidikan rendah dan menengah di institusi awam tempatan telah menunjukkan nisbah gender dalam negara.

Di peringkat sekolah rendah dan menengah, enrolmen pelajar wanita adalah kira-kira separuh daripada jumlah enrolmen, sementara di peringkat menengah atas pelajar wanita adalah kira-kira 66 peratus daripada jumlah enrolmen pada tahun 2000. Pengambilan pelajar wanita di universiti awam telah meningkat dengan ketara daripada 50 peratus pada tahun 1995 kepada 55 peratus pada tahun 2000.