an kelab guru dan kakitangan

Upload: zarah-binti-ahmad

Post on 05-Apr-2018

289 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 an Kelab Guru Dan Kakitangan

    1/5

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA

    JALAN PP3A, TAMAN PUTRA PERDANA

    47130 PUCHONG , SELANGOR

    PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN

    1. NAMA PERTUBUHANPersatuan Kelab Guru & kakitangan Sek. Men. Keb. Putra Perdana, (KGKSMKPP) Jalan PP3A,

    Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor

    2. OBJEKTIFMenjadi Persatuan yang cekap dalam memperjuangkan hak guru-guru dan kakitangan serta dapat

    menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan dari segi sosial, ekonomi, masalah semasa yang timbul

    serta pendidikan mengikut undang-undang sedia ada.

    3. MISI PERSATUANSentiasa AKTIF; merancang dan melaksana pelbagai program berfaedah , motivasi ke arah

    melahirkan warga KGKSMKPP yang lebih Inovatif, Proaktif dan Progresif selaras untuk

    meningkatkan profesion pendidikan dan dalam masa yang sama melindungi serta

    memperjuangkan hak setiap ahli persatuan.

    4. KEAHLIANSemua guru-guru SMK Putra Perdana dan kakitangan (staf sokongan) secara automatik menjadi

    ahli kelab.

    5. YURAN KEAHLIAN5.1Semua ahli wajib membayar yuran pendaftaran sebanyak RM10 iaitu sekali seumur hidup5.2Kadar bayaran yuran tahunan adalah seperti berikut :

    a) Guru : RM 80b) Kakitangan : RM 60

    Nota : Yuran tahunan boleh dibayar 2 kali setahun atau secara ansuran melalui Bendahari

    Kelab Guru dan kakitangan

    6. MESYUARAT AGUNG6.1

    Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan setahun sekali iaitu ketika mesyuarat guru pertamadijalankan

    6.2Mesyuarat Agung hanya boleh dijalankan sekiranya kehadiran ahli tidak kurang 2/3 daripadakeseluruhan ahli kelab

    7. MESYUARAT TERGEMPARMesyuarat tergempar boleh dilaksanakan tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

    7.1.1 1/3 daripada ahli kelab mengemukakan usul meminta mesyuarat tersebut diadakan

  • 8/2/2019 an Kelab Guru Dan Kakitangan

    2/5

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA

    JALAN PP3A, TAMAN PUTRA PERDANA

    47130 PUCHONG , SELANGOR

    7.1.2 Jika kehadiran itu kurang daripada 1/2 jumlah ahli jawatankuasa, mesyuarat akandigugurkan dan akan dipanggil semula selepas 14 hari dari tarikh tersebut. Padaketika ini, sebarang keputusan yang diambil adalah muktamad.

    8. AHLI JAWATANKUASANota : Sekurang-kurangnya seorang daripada kakitangan sokongan secara automatik menjadi

    Ahli Jawatankuasa

    Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah terdiri daripada 6 orang dan AJK terdiri daripada 7 orang

    termasuk kakitangan sokongan. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa mengikut perlembagaan ini

    adalah seperti berikut:

    8.1PengerusiI Memanggil mesyuarat

    II Mempengerusikan mesyuarat

    III Melantik Ahli Jawatankuasa kecil

    IV Membuat keputusan Ahli Jawatankuasa kecil

    V Memimpin aktiviti kelab secara keseluruhan

    8.2Naib PengerusiI Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya

    8.3SetiausahaI Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat

    II Menguruskan surat-menyuratIII Menyimpan rekod kehadiran ahli

    8.4Penolong SetiausahaI Membantu kerja-kerja Setiausaha seperti di atas

    8.5BendahariI Menguruskan hal ehwal berhubungkait dengan kewangan

    8.6Penolong BendahariI Membantu kerja-kerja Bendahari

    8.7Ahli jawatankuasaI Menghadiri mesyuarat

    II melaksanakan kerja-kerja sokongan

    9. PERLANTIKAN SAH AHLI JAWATANKUASA9.1Tempoh perlantikan sah Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah selama 2 tahun.9.2Jika Penasihat Kelab mengumumkan perlantikan jawatankuasa baru atau pembubaran

    jawatankuasa lama persatuan semasa Mesyuarat Guru kali pertama setiap tahun, secara

  • 8/2/2019 an Kelab Guru Dan Kakitangan

    3/5

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA

    JALAN PP3A, TAMAN PUTRA PERDANA

    47130 PUCHONG , SELANGOR

    automatik Ahli jawatankuasa yang telah dilantik pada tahun sebelumnya akan tamat

    berkhidmat.

    10.JAWATANKUASA BIRO10.1 BIRO KEBAJIKAN

    Menguruskan hal berkaitan kebajikan ahli

    10.2 BIRO KECERIAAN DAN KESELAMATAN BILIK GURUMenguruskan kebersihan,keceriaan dan keselamatan bilik guru

    10.3 BIRO DAKWAH DAN UKHUWAHMenguruskan aktiviti kerohanian dan aktiviti perhubungan sesama guru

    10.4 BIRO PENAJAANMelaksanakan aktiviti pemasaran termasuk mengumpul dana kelab

    10.5 BIRO SUKAN & REKREASIMenguruskan aktiviti sukan dan rekreasi

    11.PEMANSUHAN KELABPemansuhan kelab boleh dibuat sekiranya menepati syarat-syarat berikut:

    I 2/3 daripada ahli kelab ingin atau bersetuju berbuat demikian

    II Baki kewangan tahun ini akan dimasukkan ke dalam akaun sekolah dan akan diserahkan

    kepada mana-mana kelab baru yang ditubuhkan.

    Nota : Baki wang tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada ahli

    12.FAEDAH AHLISetiap ahli KGKSMKPP dengan sendirinya menjadi ahli persatuan sekiranya bersetuju dan

    mendaftarkan diri sebagai ahli. Faedah diberikan ialah:

    12.1 Saluran Menyuarakan Pendapat

    Setiap ahli KGKSMKPP berhak untuk memperjuangkan hak mereka dan menyuarakan

    pendapat melalui persatuan ini, di mana pihak persatuan akan cuba mencari jalan

    rundingan agar kedua-dua pihak berpuas hati.Ini bermakna persatuan akan menjadi orang

    tengah (saluran terbaik) dalam menyelesaikan konflik yang berlaku.

    12.2 Majlis anjuran KGKSMKPP

    Persatuan akan terlibat secara langsung dalam majlis yang diadakan di sekolah. Ini

    bermakna dana yang disumbangkan oleh setiap ahli akan digunakan dalam

    majlis.Contohnya jamuan akhir Tahun, Hari Guru dan sebagainya.

    12.3 Khairat kematian

  • 8/2/2019 an Kelab Guru Dan Kakitangan

    4/5

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA

    JALAN PP3A, TAMAN PUTRA PERDANA

    47130 PUCHONG , SELANGOR

    Setiap ahli yang kehilangan/kematian ibu bapa kandung, anak atau suami/isteri layak

    mendapat sumbangan bagi mengurangkan beban kesedihan. Sekiranya ahli sendiri yangmeninggal, pihak persatuan akan cuba sedaya upaya menghubungi waris untuk

    memberikan sumbangan berkenaan. Sumbangan yang diperuntukkan adalah RM50.

    12.4 Perkahwinan

    Bagi ahli yang akan melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, ahli ini berhak

    mendapat sedikit sumbangan daripada persatuan dalam bentuk hadiah atau sesuatu yang

    dirasakan sesuai. Peruntukkan sumbangan adalah RM50.

    12.5 Kelahiran

    Ahli juga akan memperolehi sedikit sumbangan daripada pihak persatuan sekiranya anakpertama atau ahli yang isterinya melahirkan anak pertama di SMK Putra Perdana.

    Sumbangan yang diperuntukkan ialah RM30.

    12.6 Persaraan

    Pihak persatuan akan cuba mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan ahli yang akan

    bersara dengan dana yang ada. Guru yang berkhidmat selama lebih daripada sepuluh

    tahun berhak menerima RM150.

    12.7 Pertukaran guru/ perkhidmatan guru praktikal

    Pihak persatuan akan cuba mengadakan majlis meraikan guru baru atau guru praktikaldengan menggunakan dana yang ada. Guru yang berkhidmat lebih daripada satu tahun

    berhak menerimanya. Sumbangan yang diperuntukkan ialah RM30.

    12.8 Musibbah ahli

    Persatuan sentiasa peka dengan musibbah/masalah yang dihadapi ahli dan akan cuba

    mencari jalan untuk membantu bergantung kepada situasi. Contohnya kebakaran rumah,

    kemalangan,kecurian dan sakit yang kritikal.

    12.9 Hal-hal berkaitan

    Pihak persatuan sebagai medium pengantara kepada guru-guru dan kakitangan sentiasaterbuka untuk mendengar sesuatu isu dan akan cuba menyelesaikannya dengan syarat

    setiap ahli tidak terburu-buru dan sentiasa merujuk kepada pihak persatuan, khususnya

    Pengerusi dan Naib Pengerusi.

  • 8/2/2019 an Kelab Guru Dan Kakitangan

    5/5

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA

    JALAN PP3A, TAMAN PUTRA PERDANA

    47130 PUCHONG , SELANGOR

    LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

    Sebagai satu persatuan yang ditadbir dan diuruskan oleh warga SMK Putra Perdana , maka di sini amat

    ditekankan bahawa setiap keluar/masuk dana yang diperolehi MESTI direkodkan dan pihak persatuan

    mesti melantik satu badan bebas (audit dalaman) yang akan meneliti dan mengesahkan perjalanan

    kewangan persatuan.

    Disediakan oleh; Disemak dan Diakui,

    ----------------------------------- ------------------------------------------

    ZARAH AHMAD AMALLUDIN SUFIANSetiausaha KGKSMKPP Pengerusi

    Kelab guru & Kakitangan (KGKSMKPP)

    SMK Putra Perdana

    Disaksikan :

    ----------------------------------------ROGIAH ABD MOIN

    Penolong Kanan 1

    SMK Putra Perdana